“Ibu, Ryan rasa macam tak bersedia lagilah untuk esok...
Ryan masih tak boleh terima Rayyan, bu...”
Adryan meluahkan isi hatinya kepada ibunya, Pn. Sri Tengku Dahlia.
Tg. Dahlia memandang tepat ke dalam anak mata Adryan.
“Ryan, jangan buat perangai saat-saat akhir ni! Ryan tahukan esok dah Ryan kahwin? Ryan jangan nak mengada-ngada ok! Ibu tak kira, Ibu nak Rayyan juga yang jadi menantu ibu!”
Tegas Tg. Dahlia berkata-kata.
Adam Williams hanya memandang kedua-dua beranak itu.
“Kenapa Ryan nak call-off wedding ni? Bukan ke dulu Ryan dah agree?”
Papa Adryan, Dato` Seri Adam Williams Abdullah masuk campur.
Pelik benar dia melihat perilaku anak terunanya yang sudah berusia 32 tahun ni, yelah... dah dua tahun dia bertunang dengan Rayyan, sehari sebelum kahwin nak minta batal pulak! Tak ke pelik tu?
“Pa... I’m still not ready to be a husband!”
Selamba Adryan menjawab. Ibunya memandang dia tajam. Nak marah la tu.
“Not ready? And then Ryan, bila Ryan nak ready? Adik-adik Ryan tu... semua dah kahwin, tinggal Qistina aja. Kamu tu dah matang, Ryan... mama yakin, kamu boleh jaga Rayyan.”
Tg. Dahlia masih memujuk Adryan. Adryan meraup mukanya. Stress!
“ Ibu... Ryan... taknak kahwin dengan Rayyan lagi...”
Tg. Dahlia sudah berdiri. Geramnya kalau anak berperangai macam ni! Selama dua tahun, kenapa hari ni jugak yang dia nak cakap yang dia tak bersedia? Kenapa tak cakap aja masa nak lafaz akad nikah!? Baru dramatik siket nak cakap tak bersedia! Geramnyaaa!!
“Ibu tak kira... Ryan kena kahwin jugak dengan Rayyan esok! NO compromy! Kalau Ryan nak tengok ibu bunuh diri, beranilah cuba buat benda yang mengarut!”
Tg. Dahlia dah mengelap air matanya.
Datuk Seri Adam dah memegang bahu isterinya.
'Alahai, tengok! Dah leleh dah Daisy ni....'
“Daisy, dah... dah, Adryan, I’m gonna take your mother upstairs... after that, we will have a father and son talk! Wait here...”
Adam Williams menarik isterinya ke bilik mereka di atas.
Hatinya tertanya-tanya kenapalah si Adryan tu berkeras ingin membatalkan perkahwinannya pada esok hari.
Atau... Adryan masih lagi dihantui bayang-bayang lama?
***
“Rayyan, janganlah banyak bergerak... tengok, dah lari dah tiara ni... susah I tau!”
Rayyan hanya tersenyum mendengar telatah mak andam tu, ke patut panggil pak andam? Hmmm....
“You ni kan Faizal! Mulut you tu buat I nak ketawa tau!”
Rayyan menjawab balik mak andam tu. Jelas kelihatan kerutan di dahi Faizal...
“Rayyan, just call me Zee, tak mainlah faizal-faizal ni... tak glamour!”
Sekali lagi Rayyan terbelahak. Haila...
“Laa, glamour apa nama you tu, cuba you tengok Faizal Tahir, haa... bukannya Zee Tahir nama dia... hehe”
Rayyan terus-menerus mengacah mak andam tersebut.
Nak hilangkan rasa gabra yang bertandang di hati... siapa yang tak gabra kalau nak kahwin? Memang kalau ada tu, boleh tabik spring la!
“Dahla you! Kesian la kat I, I nak make-up you cantik-cantik... barulah hubby you rasa nak NGAP aja!”
Pipi Rayyan terus merah apabila mendengar bidasan Zee tu.
‘Gulp! Hoho... tidur malam ni dah ada partner!! MAMA!!!’
Hati Rayyan semakin gemuruh. Pintu biliknya dibuka dari luar. Muncul kelibat Lea dan Zafran yang masing-masing mendokong kembar tersebut...
Tg. Zafran melabuhkan punggungnya di atas katil Rayyan.
Zahra yang didokongnya tadi diletakkan di bawah.
Lea turut meletakkan Zahryn ke bawah. Dia mengambil tempat di sisi Zafran. Zafran memeluk bahu isterinya erat.
Budak-budak tu dah berusia 2 tahun. Dah pandai berlari dah pun.
Ayie bermain dengan adiknya, Aya di dalam bilik tersebut.
Zafran melihat ke arah Rayyan yang sedang dimekapkan oleh Zee tersebut
“Faizal, tak habis lagi ke duk tenyeh muka Ray ni?”
Zee berhenti dan memandangke arah Tg. Zafran.
“Tengku, janganlah panggil I macam tu, call me Zee okay!”
Zafran tergelak.
Lea menampar lembut peha suaminya.... tak baik gelakkan orang.
“Haih, mereka berdua ni sapa? Comel aja saya tengok Tengku!”
Semua mata memerhatikan Ayie dan Aya yang tengah sibuk duk memerhatikan Rayyan kena tenyeh make-up.
“Oh, they are my twins.”
Selamba aja Zafran berkata-kata sambil memeluk Lea. Lea dah tersenyum malu.
“La, I thought Esha anak yang bongsu, ada lagi rupanya...”
Esha yang turut membantu Zee mempersiapkan Rayyan tersenyum manis.
“Hehe, dah rezeki Faizal... tu pun I nak lagi, dia ni yang tak nak... apa kita nak buat!”
Kata Zafran macam tiada perasaan.
Lea dah menjelingnya tajam. Zafran buat-buat tak tahu.
‘Eleh, tak takut pun.... setakat jeling macam tu... dah kebal la!’
Gumam Zafran dalam hati.
“Now I wonder kenapa anak-anak Tengku semuanya cantik. Well, tengok ajalah parents mereka, wife Tengku macam model, Tengku pulak... prince charming pun kalah.”
Zee memuji Zafran dan Lea.
“Zee, awak duk bodek saya dengan Zafran ni... nak tambah bayaran ke?”
Sengaja Lea berkata-kata seperti itu. Malu la weyh asyik kena puji ni... kan tak pepasal riak.
“Eh tak, Saya Ikhlas Kak Lea... tak ada niat lain... sware!”
Haha, aaw Zee dah datang... comel jugak!
Jangan main tau, Zee ni aaw-aaw dia pun, dah ada anak tau... siap jadi engineer lagi... tapi, dah jiwa Zee memang minat dengan make-up ni, susah la nak tinggalkan...
“Yalah Zee, saya saja aja... Aya!! Put that lipstick down!”
Aya yang baru aja memegang gincu yang warna merah jambu tu terus memandang mamanya yang tengah mencekak pinggang.
Mata Aya bulat sahaja memandang Lea. Rambutnya yang berwarna perang semulajadi itu di biarkan lepas.
Sebijik macam budak yang berlakon dalam cerita Luz Clarita tue. Comel, macam mama dia.
“But Mama, I want to wear that too!”
Aya dah buat muka mengharap. Dia menayangkan gincu tu kepada Lea, dengan muka yang penuh menagih simpati mamanya.
Lea boh-layan... budak zaman sekarang, kecik-kecik dah kenal lipstik.
“Aya, Mama cakap tak boleh... so cannot la...”
Zahryn slow-talk dengan Zahra.
Ayie dah menarik adiknya ke tempat papa. Lea tersenyum melihat gelagat si kembar tu.
“Okay abang, Mama... Aya sorry...”
Lea terharu. Hoho, budak berdua ni memanglah berbudi bahasa.
Lea tunduk dan mencium kepala kedua-dua anaknya itu.
Zafran hanya tersenyum melihat telatah mereka.
“Dah-dah, come to papa... jangan kacau Uncle Zee punya barang...”
Mereka berdua akur. Zee tergelak melihat gelagat budak tersebut.
“Kak Lea, pakaikan la sedikit make-up kat Aya tu... barulah bertambah comel nak jadi flower girl!”
Lea mengangguk... orang dah kasi kebenaran, kita akur ajalah... hehe...
“Lip Balm ni ok kan untuk dia?”
Tanya Lea sambil menunjukkan Zee balm yang kurang sedikit bahan kimia, barulah tak berapa bahaya untuk budak-budak.
Zee mengangguk.
Lea menghampiri Zahra yang berada dalam riba Zafran tersebut.
Aya yang macam dah tau-tau Lea nak mekapkan dia terus dia buat mulut ikan. Nak pakai lipstik kan.... Lea hanya tersenyum
“Dah...jangan jilat bibir!”
Lea kasi warning kat Aya... Aya mengangguk... Ayie hanya melihat. Dia pun nak sebenarnya, yelah...berkilat-kilat nampak bibir Aya...tapi, tak macholah nanti... Ayie kan lelaki!
Zafran mencacak-cacakkan lagi rambut Zahryn. Handsome anak papa ni!
Dahla rambut dia buat sama fesyen dengan papa dia... alahai... anak bapak betul!
“Mama,mama... yang blusher tu tak nak pakai ke? Mama pakai cantik la...i f Aya also wear it... mesti Aya pretty macam mama kan?”
Terjegil mata Lea apabila mendengar Aya cakap macam tu... dia naik hairan, manalah budak ni belajar semua tu?
“Aya... Aya belajar mana semua benda ni?”
Tanya Lea kepada anak perempuan bongsu dia. Aya memandang papanya.
“Papa yang ajar... masa mama pergi butik... papa selalu teman Aya main make-up mama,”
Sungguh tak bersalah cara Aya cakap tu.
“Ooo... padanlah lipstick YSL ROUGE VOLUPTÉ saya boleh patah! Ada orang tolong main sama rupanya... tak kira! Ganti balik! Lea beli mahal-mahal... korang patahkan!”
Lea dah berasap... tangannya diletakkan betul-betul hadapan muka Zafran, kononnya nak suruh ganti balik lah tu.
“Hey, anak awak yang patahkan ye... bukan saya... saya jadi dia punya doll saja!”
Lea ketawa. Zafran jadi Doll? Haha... Macam mana ek muka Zafran kalau kena make-up? Boleh bayang tak?
“Haha... Mama, Ayie ada snap gambar papa masa papa kena buli kat Adik... mama try tengok dalam DSLR papa tu!”
Lea memandang Ayie. DSLR? Yeah! Dia simpan mana ek gadjet dia tu? Nak kena cari ni.
Mujurlah Zafran ajar budak Ayie ni cara-cara nak guna DSLR tu... hehe, masuk perangkap sendiri rupanya kau Zafran!
Zafran dah menjeling Ayie. Ayie tayang muka selamba.
'Tulah, masa suruh teman orang main PS taknak, nak jugak teman Aya main make-up... padan muka papa!'
“Hahaha, Rayyan... your parents ni memang cute la... so romantic...”
Terdiam mereka sekejap dengan kata-kata Zee tu.
Oopss...tak ingat ada orang lain jugak kat sini...
“Mereka memang macam tu, Zee...”
Esha menjampuk. Rayyan tersenyum manis... dah siap! Akhirnya...
“Okay tak mama?”
Tanya Rayyan sambil berdiri dan menghadap mamanya.
Lea kasi thumbs up.
“Cantiknya princess papa ni...”
Zafran memeluk Rayyan erat. Rayyan dah sebak... lepas ni, dah jadi hak milik kekal Dr. Adryan Williams Abdullah. Takleh dah nak manja-manja dengan papa yang serba handsome ni.
“Tengku, you better not make Rayyan cry... I dah kasi make-up cantik-cantik tu!”
Zafran terus melepaskan pelukannya. Dia mengucup dahi dan pipi Rayyan.
“Dah... awak ketepi... cantiknya anak mama ni... betul tak Ayie and Aya?”
Lea cuba menceriakan suasana dengan meminta bantuan dua orang kembar comel tersebut.
“Kak Ray, duduk jap... Ayie nak usha dulu... kalau Ayie kata not pretty, Abang Adryan also will say the same! We guys, we think the same!”
Tergamam Lea , Rayyan , Esha dan Zee mendengar kata-kata Zahryn Zachquan tu. Baru 2 tahun dah boleh cakap benda macam tu dengan lancar?
Lea memandang Zafran yang dah bersiul-siul kecil.
“Abang yang ajar anak kita semua tu kan? Habislah anak Lea yang ni sorang...huhu...”
Lea dah memeluk Ayie yang terpinga-pinga.
“Ala, betul apa yang abang cakap? Guys do think the same... dia punya range takkan lari jauh punya...”
Paap!
Kan dah kena pukul dengan Lea.
Zafran memegang bahunya. Perit seyh!
'Siap lah Lea, abang belas dendam malam ni... hehehe....'
“Mama, Papa... Rayyan... Rayyan takut!”
Akhirnya Rayyan menyuarakan gemuruh di hatinya.
“Tak payah takut... mama yakin Adryan akan jaga sayang baik-baik, kan Abang?”
Lea memeluk Rayyan. Zafran juga begitu.
“Betul apa yan mama kata Ray, Adryan is a nice guy...”
Tenang siket hati Rayyan bila dipujuk sebegitu oleh papa dan mamanya. Esha hanya memandangnya dengan senyuman.
“Alaa Kak Ray, Kak Ray cuma kena takut masa first night aja!”
Gulp! Jantung Rayyan dah macam jatuh tergolek ke tanah dah....
'Baik punya adik! Benda yang aku taknak ingat tu lah yang dia pergi ingatkan...'
Rayyan merungut dalam hati.
Kembar dua orang tu hanya emandang terkebil-kebil ....akhirnya mereka bertanya serentak.
“Kak Esha, first night tu apa?”
Esha dah menggaru kepala... macam mana nak explain kat mereka ni?
“La, first night tu, bila Kak Ray dengan Abang Adryan buat....”
Cepat-cepat Lea dan Zafran menutup mulut Esha...
Rayyan dah makin blushing.
“Nanti bila Aya dengan Ayie besar esok, bila kamu dah kahwin.... kamu tahulah apa firstnight tu...”
Kan simple Lea explain.
Zafran mengeluh nafas lega.
'Esha, Esha... bendul aja dia nak pergi jawab soalan budak-budak tu.'
“Eh! Kompang dah bunyilah... jom turun!”
Esha mengajak semuanya untuk ke bawah.
Tangan Rayyan dipegang erat Esha. Zafran dan Lea mendokong Aya dan Ayie ke bawah.
Mereka menjemput pihak pengantin lelaki masuk.
Rayyan didudukkan di hadapan tangga.
Dari sana Rayyan dapat melihat Adryan yang segak berpakaian baju Melayu cekak musang yang berwarna krim tersebut.
Sama warna dengan kebarung Rayyan. Adryan ternyata berkali ganda segak pada hari itu.
Lea melabuhkan punggung di sisi Rayyan. Kembar tersebut juga berada bersamanya. Zafran pula sudah mengambil tempat di hadapan Adryan.
Dia yang mewalikan Rayyan pada hari ini.
***
“Aku nikahkan engkau, Mohd. Adryan Adam Williams Abdullah, dengan puteriku, NurRayyan Azalea binti Tengku Zafran Aidi dengan maskahwinnya sebanyah 200 ringgit,tunai.”
Zafran menggenggam erat tangan menantunya itu.
“Aku terima nikahnya NurRayyan Azalea binti Tengku Zafran Aidi dengan mas kahwinnya sebanyak 200 ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz sahaja, Rayyan sah menjadi isteri kepada Adryan.
Air mata gembiranya menitis.
Lea memeluknya erat. Begitu juga Pn Seri Dahlia yang duduk di sisinya .
Aya , Ayie dengan Esha pun tak ketinggalan.
Zach pun ada sama... sayu hatinya, adik dah kahwin... lepas ni mesti giliran dia....
'Tapi, lelaki... semakin tua, semakin naik saham... tengoklah papa tu... makin tua, makin kacak! Hehe....'
Zach menenangkan hatinya... wajah Ayu yang berada di belakang Rayyan dikerlingnya.
'Cantik jugak ye gilfriend aku ni, pandai aku pilih...'
Zach memuji dirinya. Ayu pula tersenyum manis ke arah Zach.



7 comments:
td adryan ckp tak sedia lg kan? nape kawen jugak..so curious ape yg jadi pas ni?
sabar sis!!! semuanya akn terjwb nnti!!
nk first night dorang !!! heee .kasi hot awin . anyway ; thumbs up !
najwa azrin
miang ko wawa! damn! ko ni kan..dah wajib kahwin dah ni..bkn sunat kg dah!! ish3...kawal sket hormon 2...
best cite ni..pjg jgk kena bce tp sya suka..puas bace,smbg lg ye.. ni mesti ade krisis lpas kawin...mesti adryan masih cintakan june... june 2 sape ye...
kelakar la bila fikir balik yang twins tu boleh bercakap dengan petah walaupun baru 2 tahun..after all cerita nie best..keep writing..
“Aya, Mama cakap tak boleh... so cannot la...”...'Aya sorry'. love the twins... comey sungguh. nak angkut bwk balik! eheh.
ala doc. asal lak ni? mcm kne pksa kwen lak...
Post a Comment