skip to main |
skip to sidebar
Cahaya matahari menembusi segenap ruang kamar hotel mewah itu. Jam automatik di atas meja kecil yang terletak di sebelah katil sudah menunjukkan angka 10:30 pagi.
Entah mimpi apa yang membuatkan jejaka idaman Malaya itu masih berlingkar di atas katilnya itu.
‘Kring...’
Tangan lelaki itu masih menggagau-gagau mencari gagang telefon. Matanya masih lagi terkatup rapat. Segala jenis mak bapak syaitan ada tengah bergayut dan berjoget di kelopak matanya. Entah berapa liter air kencing syaitan yang telah berjaya ditadahnya kerana terbabas Waktu Solat subuh tadi.
Telefon itu diletakkan ke telinganya.
‘Hmm..’
Hanya itu sahaja yang mampu terkeluar dari bibirnya.
“Sorry for disturbing your morning sir, but this is your morning call. It’s 10:30”
Matanya terus terbuka apabila mendengar suara halus si penyambut tetamu itu.
Dia menarik sedikit cadarnya dan kembali meletakkan gagang telefon itu ke tempatnya. Pelipis matanya diurut perlahan. Inilah akibatnya apabila terlampau banyak menogok Air syaitan itu.
Dia melangkah turun dari katil king size itu dengan hanya memakai boxer. Rambutnya pula sudah tidak lagi terpacak, malah, boleh diklasifikasikan sebagai sarang burung. Kusut masai rambut yang berwarna coklat muda itu.
Langkah diatur ke arah beg pakaiannya yang terletak di sebelah almari. Kotak ubat yang disediakan oleh pakar kesihatan peribadinya dibuka.
Dua biji pil aspirin di ambil dari papan ubat itu dan ditelannya terlebih dahulu. Setelah itu baru dia kalut mencari air untuk menolak ubatan tadi ke dalam kerongkongnya. Inilah jenis manusia yang tidak boleh bersabar.
Kalau ya pun, peganglah dahulu pil tadi, isikan air dahulu barulah telan. Ini tidak. Tak apalah, diri dia yang rasa pahit, bukannya orang lain.
Beg kelengkapan bilik air di keluarkannya pula. Dia membuka pintu bilik air tersebut lalu mula mencuci mukanya, memberus gigi dan bercukur. Setelah itu, pili shower dipulasnya.
Air sejuk yang menjirus kepalanya itu turut melegakan sakit kepala yang dialaminya tadi. Botol gel mandian BVLGARI Aqua Marine itu dicapainya. Seluruh badannya diratakan dengan gel tersebut. Bau yang harum semerbak di dalam bilik mandi tersebut.
Tuala dicapai dan dililitkan pada pinggang. Telefon hotel dicapai dan jarinya laju menekan nombor 1.
“Front receptionist, how can I help you?”
Suara penyambut tetamu itu lembut menyapa Ian Isaac yang sudah kembali duduk di atas katil itu. Ian hanya tersenyum.
“Yes, urm...I wanna order for Brunch...could you fix me some Chicken Fajitas, Grilled Romaine salad and Avocado squash? For drink I want a simple orange juice. Make it less icy, Send it to room 214. ASAP yeah.”
Ian mengarah lagi. Jam dikerlingnya. Sudah pukul 11 pagi. Kapal terbangnya ke Kuala Lumpur berangkat pada pukul 1 tengah hari ini. Dia haruslah menepati masa.
“Alright sir, anything else?”
Tanya penyambut tetamu itu lagi. Ian hanya berkata tidak. Selepas ini dia perlu pulang ke rumahnya di Malaysia. Sudah 3 hari dia melarikan diri ke Australia.
Langsung tidak memberitahu sepatah kata kepada mama dan ayahnya. Bukan main risau lagi keluarganya apabila tiba-tiba dirinya menghilang. Nak kata dia anak tunggal, bukan.
Dia ada 3 orang adik-beradik, dan dia anak kedua. Namun, biasalah, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, tentulah mak ayah sayang!
15 minit kemudian, loceng pintu biliknya ditekan. Ian membuka pintu. Lain yang diharapkannya, lain yang muncul. Bukan room service, tetapi seorang wanita yang berpakaian miskin. Ian menarik wajahnya namun masih membenarkan wanita itu masuk.
Sebuah kucupan hangat hinggap pada bibir Ian. Ian hanya membiarkan. Tak ada gunanya mahu berdebat dengan wanita ini.
Wanita itu dengan selamba mendarat di atas sofa yang tersedia dalam bilik itu. Pakaian Luna amatlah seksi, tube top berwarna putih yang menampakkan lurah dadanya, dan seluar pendek yang betul-betul pendek. Betul-betul berada pada tengah peha mulus Luna.
“Isaac...Luna tak tahu pun Isaac ada kat sini. Luna datang ni pun sebab mommy kata Isaac ada kat sini. Aunty Suzie call mommy semalam, dia kata Isaac dah ada kat sini dah 3 hari. Kenapa Isaac tak cakap kat Luna? Kitakan dah tunang...janganlah rahsiakan hal macam ni.”
Ian Isaac hanya tersenyum pada tunangannya itu. Kalau nak kira, Luna jauh lebih muda dari dirinya. Isaac sudah hampir mencecah 30 tahun, manakala Lune baru genap 21 tahun pada tahun ini.
Namun, usia bukan penghalang. Lagipun, Ian Isaac ini teramatlah kacak, sekiranya mana-mana wanita memandangnya nescaya ada yang pengsan. Sebab itulah Luna seakan berbangga untuk mengenalkan Ian Isaac kepada seluruh dunia, agar dirinya juga dapat menumpang glamer.
“Luna, I kat sini sebab nak release tensyen. Buat apa I nak jumpa you? You kan sibuk, belajar lagi, bersosial lagi...I tak mahu ganggu you.”
Ian Isaac berkata senada. Dalam hatinya tiada siapa yang tahu betapa menyampahnya dia dengan kehadiran Luna ini. Agaknya kalau mama dia nampak Luna berpakaian sebegini, apakah yang akan terjadi? Putus tunang ataupun majlis perkahwinan akan dipercepatkan?
Sebelum ini, mama Ian Isaac ini mengenali Luna dengan sikap yang sopan santun , peramah, dan yang paling penting, menutup aurat walaupun tidak mengenakan tudung.
Material macam Luna sekarang ni, tak layak dibuat isteri, buat untuk isi masa lapang sememangnya boleh, namun isteri? Tak mungkin. Hal inilah yang dia perlu bincang dengan mama dan papanya nanti. Harapnya semua berjalan lancar.
“Sayang, sesibuk I pun, I boleh aje luangkan masa dengan you. You tahukan I cintakan you!”
Ujar Luna. Tangannya sudah lari memanjat dada bidang Ian Isaac yang tersarung T-shirt Polo berwarna merah darah itu.
Berbagai-bagai jenis corak yang dilukiskan dengan hujung jarinya yang runcing itu. Tubuhnya digesel-gesel kepada tubuh Ian Isaac. Ian hanya menahan naluri kelakiannya yang berkocak hebat itu.
Wangian dari tubuh Luna sering membuatnya kecundang! Tambah-tambah dengan setiap lentok liuk dari tubuh montok Luna ini. Kalau dia jadi lelaki lain, sudah lama ikan di hadapan matanya ini di sambar.Namun dia masih lagi dapat bersabar.
Sesosial manapun dirinya, tak pernah lagi dia mencuba perempuan. Walaupun dengan gelaran dirinya sebagai playboy itu, namun dia juga punya prinsip!
“Luna...I tak mahu susahkan you. Lagipun, you dah jumpa I kan ni? Dah okay dah tu...daripada tak jumpa langsung, kan?”
Ian Isaac cuba mengubah hala tuju perbualan itu. Dia tak mahu mendengar rengekan manja si Luna ini lagi. Lagipun, dia sangsi, Luna sebenarnya mencintai dirinya atau hartanya? Entah mengapa dia dapat rasakan bahawa selama ini Luna tidak ikhlas bertunang dengan dirinya.
“Betul juga, baik kita jumpa dari langsung tak! Oklah Isaac...I sebenarnya nak pergi shopping tadi, bukannya nak jenguk you aje. Have a safe flight this noon!”
Ujar Luna lalu berlalu. Kan Isaac dah kata, Luna ni tak ikhlas. Tak akan mungkin dia datang semata-mata ingin menjenguk Ian Isaac di sini.
Namun, sebelum sempat Lune menutup pintu bilik itu, dia sempat menghadiahkan sebuah lagi kucupan ringkas buat Ian di keda-dua belah pipi. Ian hanya tersenyum tawar.Luna ni cantik, tinggi, bijak...namun masih ada sesuatu yang tidak lengkap pada mata kasar Ian Isaac.Apakah ia?
Makanan yang dipesan tadi sudah tiba. Ian menjamu seleranya di dalam kamar itu. Makanan itu dikunyah dan ditelan dengan laju apabila jam menunjukkan angka 12:00 tengahhari. Sungguh, makanan itu tak sempat dinikmati.
Dia tak mahu terlewat menaiki pesawat, sekiranya terlewat, habislah hancur reputasinya dan juga popularitinya sekiranya dapat oleh para peminat.
9 comments:
sweet dear...tp kalau buleh...abiskan satu2 dulu...shayer nk im yours dulu abis...huk2.....but...dis story...nice n great...like3....ngeh3...
awin : spt biase..besst..hehe
nex epi awin..
^__^
hee..best gak yg nie... :)
nak abeskan im urs??? takleh la dearest...sbb awin mudah jadi blank kalau stick to 1 story aje...tapi citer ni update jarang2...hahaha, im urs jadi keutamaan
awin... bst2... i like it.. =D
citer ni best...truskan mantapkan usaha...chaiyok!!!!
ayat yang aku tak tahan tu..
Ian Isaac ini teramatlah kacak, sekiranya mana-mana wanita memandangnya nescaya ada yang pengsan.
Cheh!! kcak sgt ke?? *ni nada org geram pada laki playboy! hahahahaha!!
awin! smbg lg ye...
np la idea awk m'curah2 eak? isaac .. uwww.. hahah .. t'gode. hehhe. thumbs up !!!
Post a Comment