“ Hurm...off lah alarm tu... orang nak tidur la...”
Randa hanya tersenyum jengkel ke arah Sansan yang masih selesa berbalut comforter itu. Nak kena betul budak ni.
“Wake up! Lupa ke semalam kamu janji apa?”
Sansan makin menarik selimutnya.
“Diamlah boy, tengah mimpi best ni... ada orang nak kasi set penuh Diana ni...”
‘Mamai betul bini aku ni...’
Randa kembali duduk di atas katil, tangannya memegang lembut pipi Sansan lalu...
“ARGHH! Sakitlah mangkuk!”
Sansan membuka matanya sambil menjerit kuat apabila rahangnya ditekan.
“bangun! Boy kat rumah dia, dah lupa ke kamu dah kahwin? Buat breakfast, lapar ni.”
Sansan mencebik.
‘Mengarah orang je kerja. Itulah, semalam suruh tinggal la dulu rumah mama ke mummy ke, dia nak jugak balik kondo dia ni...degil, gedik! Nasib baik dapat escape bab tutt semalam, dentist ni memang gedik and selfish! Nasib kak Tania dapat abang cam dia ni! Geramnyaaa...’
“Tu mulut terkumat-kamit tu apahal? Nak suruh saya buat lagi macam tadi?”
Randa bertanya tegas pabila melihat Sansan seakan-akan mengutuknya. Sansan menjelingnya tajam. Terkejut mak!
“None of your business!”
Ujar Sansan lalu bangkit dari katil. Cadar dan bantal dibiarkan berselerak begitu. Seluar pendeknya dibetulkan dan baju lengan panjangnya disinsing ke siku. Rambutnya diuraikan dengan jari lalu disepit.
“Eh, nak ke mana tu? Sapa nak kemaskan semua ni? Mummy saya?”
Randa menarik belakang baju Sansan apabila Sansan ingin berlalu.
Sansan memandang Randa dengan perasaan tidak puas hati.
“Kuat lah mengarah kamu ni! Patutlah saya jugak kena kahwin dengan kamu, tak laku rupanya...mengarah je kerja!”
“Eh, mulut tu elok sikit, puaka betul! Siapa tak laku? Saya ke awak?”
“Awak lah tak laku!”
“Apalak aku? Kau lah?”
Randa tak mahu mengalah.
“Kau lah , tak laku tak laku taaaak laaaakuuu...oi!”
Cuak sekejap Sansan bila Randa mencampaknya ke atas katil.
‘Tahu pun nak senyap...’ Gumam Randa di dalam hatinya.
“Aw...Awak nak apa ni? Kenapa nak kena duduk cam ni atas katil?”
Randa menahan gelaknya. Cuak betul muka isterinya ni.
“Takkan tak faham apa abang nak, sayang? Kata pandai...”
Perli, perli.
“Tak faham, sebab tu San tanya...”
“Abang. Nak. Sayang.”
Gulp! San dah telan liur. Randa hanya beberapa cm di hadapannya.
“Tapi semalam dah janji...”
San mencelah.
“Aku nak kamu kemas katil la! Pastu buatkan breakfast!”
San menarik nafas lega apabila Randa bangkit dari katil itu. Ingat dia nak apalah tadi.
Randa pula menutup pintu dan bersandar di belakangnya.
“Gila kau Randa, narrow escape! Kalau kau eherm tadi dah konfem mengamuk minah kecik tu. Give a break la, kenal-kenal dulu, baru la you-know-what! Siapa suruh ko gedik kahwin cepat-cepat. Padahal kau takut membujang! Workaholic sangat!”
Gumam Randa sendirian.
“Sayang, I pergi jogging...”
Randa melaung dari luar pintu.
“Wait! I called her sayang?? Memang biol la ko neh dude.”
Sansan pula membuat muka meluat mendengar statement suaminya tadi.
Sayang la sangat kan?Terus dia menyambung kerja kemas katil itu, dengan penuh perasaan yang tidak ikhlas.


10 comments:
sooo suwit..sambung lagi..~~
awinnnnnnnn....nak lagi!!!!!...hehe
ce sabo kakak...idea tarak neh
skit benau.........kata bosan tahap gaban..... nak lagi.....~~~~
yong...idea ditelan kebosanan...hehe
apa da jadi dgn cter CKSC??da lame x de n3 baru..
CKSC dlm proses hendak menyambung....tgh kumpul idea n cuti nnt awin type~
ur story r soo funny,beb!hahaha..
ala..mst best cte nie..ble nk smbung nie..x sbar nk bce next n3 la..
the next Hlovate, perhaps? =D
Post a Comment