Sunday, May 29, 2011

Lelaki Idaman 1



" Mama nak cakap benda ni EE..."



EE yang sibuk mengeluarkan bajunya dari bagasinya menoleh ke arah ibunya. Keningnya yang cantik terbentuk itu dikerutkan. Sedikit lagi ingin bercantum, serius benar bunyi bait kata mamanya itu. EE meletakkan bajunya ke tepi. BAgasinya ditutup dah dia membetulkan sila mengahadap mamanya.


"Apa mama? Macam serius aja bunyinya..."


EE memandang mamanya.' Ini serius, perlu bantu mama.' Sempat lagi dia ubah lirik lagu wonderpets itu.


"Actually, malam ni EE kena kahwin."


EE membuntangkan matanya. Wajah mamanya dipandang tajam.KAHWIN?? As in...NIKAH???


"What the fish ma? kahwin? Serius? Mama jangan ingat main-main tau! EE baru je nak 22 tahun! Mama dah suruh kahwin? EE tahulah EE anak sulong, tapi kenapa pulak nak gesakan EE? "


EE menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Mama memeluk erat EE.


"Ala EE...kahwin ajelah...mama dah tengok lelaki tu..fuuh...cair mama, kalaulah mama muda macam kamu, mama sanggup kawen ngan dia!! Kahwin je lah!!"


EE membulatkan matanya. Dia memandang mamanya.


"CAIR? Handsome betul ke mama?"


Mama mengangguk.


"Dia tinggi?"

Angguk.



"Fair?"


Angguk


"Segak, body tough, rambut pacak-pacak"


Angguk.Anggukdan Angguk.


"Dia adalah semua ciri lelaki idaman EE nak tu! Mama dah ensure, lagipun, mama kawan rapat mama dia, so kiranya jadilah malam ni akad erk?"


EE mengangguk. Bibirnya tersenyum lebar. Ouh...akhirnyaaaaa...UNCLE LONG, erh! jap..jap...


"Ma, age dia berapa?"


EE bertanya.


"Dia dalam 8 tahun tua pada EE rasanya...kenapa...?"


Mama pula bertanya. Pelik juga dia melihat muka gatal yang ditayangkan oleh EZza Eryna itu. Manalah dapat genetik gedik itu. Eherm, mana tumpah kuah kalau tak ke lauk!


"O yes!! Thanks mama...akhirnya...EE dah jumpa UNCLE LONG EE!! Hoorey!! Okay mama...EE nak dress up! Dah pukul 2 petang ni...nak  pergi SPA, nak buat itu ini..."


EE senang-senang menolak mamanya keluar dari biliknya itu. Telefon pantas diambil dan di dail nombor rakan baiknya.


"ADEL! Eden mau kawen daa...kau mai rumah aku sekarang!"


Paap! Butang merah di tekan.


UUu..seronoknya mau kawen!! HAi senangnya dalam hati, dapat bersuami kacak!!
 

***







" Aku terima nikahnya Ezza Eryna binti Shahriman dengan mas kahwinnya RM 80 ringgit tunai.


Sekali lafaz, EE menjadi isteri kepada jejaka tersebut.


Jantung EE berdetak dua kali ganda laju apabila lelaki tersebut menghampirinya untuk sesi pembatalan air sembahyang. EE terpukau dengan karisma lelaki tersebut.


'Waah..ganteng bangat! Tinggi, muka bersih, cerah, tough, wow! exactly like mama said!'


Puji EE dalam hatinya. Kembang kuncup hatinya pabila lelaki tersebut duduk di hadapannya. Salam yang dihulurkan disambut dan tangan tersebut di kucup syahdu. Sebuah kucupan hangat singgah pada dahi EE. Mak aih budak miang tuh, senyumnya sampai ke telinga!



"Okay...UNCLE LONG!! Arrrrrrrrrrr!!!"



EE tetiba menjerit apabila dibiarkan bersendirian di dalam bilik bersama suami yang baru dinikahi. Masyaallah budak ni, tak reti malu ke apa menjerit malam-malam buta ni?


"Hisy, sayang...janganlah menjerit! Abang tak buat apa-apa dah nak menjerit! Excited sangat eh kahwin ni?"


EE termalu sendiri. Muka kalah cili boh dah! Merah!


"Mestilah suka, saya dah jumpa UNCLE LONG saya!"


Selamba EE bercakap sambil menanggalkan tudung di kepala. Jejaka itu tersenyum sendiri.

"UNCLE LONG? Siapa?"


Si suami bertanya kehairanan. Siapa tak pelik.



"Awaklah..memang saya dah aim dari dulu lagi nak panggil hubby saya UNCLE LONG!"


Jejaka tersebut mengangguk tanda faham.

"Kenapa panggil abang UNCLE LONG?"



Tetiba jejaka itu bertanya lagi. EE memandangnya dengan sengihan yang paling gatal!


"Sebab, saya ni fanatik gila dengan cerita novel online neh! Tajuk dia BIDADARA, hero dalam cerita tu dipanggil uncle long oleh heroin dia...so, saya pun ikut lah macam tu sebab saya peminat fanatik!Lagipun, ciri-ciri awak ni sebijik macam Luth aka UNCLE LONG tu...I like lorh!! "


Lelaki itu hanya mengangguk. Dia memeluk EE dari belakang.


"Awak tak nervous ke?"


Lelaki itu bertanya. EE tersengih sumbing.


"Tak, ok, saya mengantuk! Saya nak tidur...nanti awak kejutkan saya yea..ok nyte UNCLE LONG!"

Selamba badak EE terjun ke atas katil dan melelapkan matanya. Jejaka tersebut hanya tersenyum. Pelik betul budak EE ni.





***




"sayang...bangun..."


Terpisat-pisat EE membuka matanya. Dia tersenyum melihat suaminya. Fuh! Shirtless tu, muscle dia nampak waaa...ada 6 packs! cair wa kata luuu...


"Hurm...bangun dah ni...UNCLE LONG nak apa?"


Adess, manja je dengar !


"Abang nak air...tatau dapur mana...ambilkan please..."


EE menyelak cadarnya dan bangkit. Namun belum sempat kakinya melangkah keluar bilik, tangannya disambar dari belakang.


"Satu lagi, DON'T CALL ME UNCLE LONG!"


EE tersentap. Fuuh, tegas pelik je dengar. Dahlah cam garang aje bunyi...dah abes ke ayat dia tu ha?


"Or...you know what I can do...right?"


Kan dah kata, ayat tadi tu tergantung! Apakah? 

"Awak boleh buat apa?"



EE bertanya selamba.


"Sayang rasa apa? Janganlah jadi decent sangat...ni kan first night kita..."


GULP. EE menelan liur.


"Okay Uncle long! I promise..."


Badan EE dipusing menghadap dirin suaminya. Alamak...tersalah sebut!


"Oops, you did it again! Tak jadi air,,,I.WANT.MY.WIFE.NOW!"


'Laaaarikkkkkk!!'


Belum sempat EE buat apa-apa, badan dia sudah diangkat dan dibaling ke atas katil. Redha je lah.




"HWAAAAAAARRRRGGHH!!"


EE tersedar. Peluh didahi diseka. Dilihat sekelilingnya. Nasib lah mimpi! Bukan kat rumah, masih kat kampus! selamat!


"Ekau ni nape melalak pepagi buta daa? Eden mau siapkan manuskrip novel nih pun x senang! Terkejut tau!"


Adelia aka roomate cum BFF EE menegurnya.


"Adel! Aku mimpi...UNCLE LONG laaa...hush!"


Adelia meletakkan laptopnya ke bawah dan bersila memandang EE yang sedang meraup mukanya itu.


"Whaddaya mean UNCLE LONG?"


EE menghentak kepalanya dengan bantal. Kenapalah minah Adel ni lampi bila bab UNCLE LONG? Aku rasa aku dah cerita mimpi aku pasal UNCLE LONG sebelum ni.


"UNCLE LONG aka SUAMI aku dalam mimpi tu laa, haritu PART 1, ni PART 2...huhu...seram gak lau difikirkan!"


Adel sekadar mengangguk. Dia sudah dapat ingat cerita pasal UNCLE LONG si EE ni sebelum ini.


"Kau nampak tak muka dia kali ni? last time kau mimpi kau sedar je tak ingat muka dia. kali ni kau ingat tak?"


EE sekadar menggeleng. Adelia mengeluh.


"Aku rasakan beb, kau terlampau taksub dengan e novel cucuratap tuh! Tak de maknanya UNCLE LONG kau tu!"


EE mencebikkan bibirnya. MAk nenek betul Adel neh!


"Aku yakin Adel, dia wujud! Aku ingat satu je, aura dia kuat sangat! Aura dia buat aku rasa selamat je!"


EE dah start balik dah duk bayangkan LElaki Idaman itu.


"Woi! Dah-dah la melamun! Cecite cecite apa yang kau ingat lagi..."


Adelia dah semangat tu. manalah tau kut-kut boleh buat modal untuk mansukrip dia ni!


"Tang muka dia aku tak ingat apa-apa, kecuali bibir dia yang menggoda itu, pink gila bibir dia, dia putih, gigi dia cantik..."


"Woah, gigi cantik best nak kiss woo..."


EE menjeling tajam Adelia yang dah naik ulat bulu tu. Patrick di sebelah dicampak tanpa perasaan ke arah ADElia.


"See, kau sama je gatal ngan aku! Kata dulang paku serpih kunun!"

"Dah kau yang mula...kenapalah dalam banyak-banyak hal, kau ingat bibir dengan gigi dia aje? Orang ingat lah wajah penuh dia!"



Adelia mencicit ketawa. EE dah masamkan mukanya.


"Mana aku tau! Kau ingat aku pandai ke nak melukis sambil bermimpi? Aku tak ada lagi bakat macam tu! Kau ingat ni cerita HEROES ke ha? tapi betul juga, kalau aku ada power macam Milo dalam HEROES tu, mesti boleh tengok dah macam mana wajah Uncle Long tu!"




"Dah, dah...kau memang absolutely tiada power macam tu, tak payah nak berangan, sambung lagi!!"


EE berdehem. Adelia dah tak sabar nak tahu cerita selanjutnya.


"Muka dia aku totally tak ingat, masa akad tu dia pakai songkok hitam, baju melayu putih, samping perak emas hitam...and he is TALL!!"


Adelia tersenyum. Sebijik macam mimpi pertama yang EE cerita dulu. Haish EE ni...macam-macam songehnya.


EE pula tak habis-habis menjerit. Semangat sangat dia bila bincang pasal UNCLE LONG tu.


"Tu je ke? Nama dia?"


Adelia bertanya. Dengar cerita EE ni, sampai ke dia pun excited!


"Huhu..ni yang sedih, dah la muka dia aku tak ingat, nama pun aku tak tau!"


Adelia kembali mencapai laptopnya. Tetiba logik attack!


"EE, ko real la babe, mimpi je tu kan! Ish kau neh, Umur baru 22, dah sibuk nak berlaki! Dahlah lelaki tu tak wujud! Carilah cam aaron aziz tu kat real neh, yg dalam mimpi kau jugak kau nak!"


Selamba Adelia bersuara. EE dah tarik muncung.


"Lantak aku lah! Suami aku tuh! Aku yakin, Insyaallah, aku akan jumpa gak lelaki ni! Mana boleh aku mimpi kawen ngan firstnight ngan orang lain, tup tup kat realiti aku kawen ngan orang lain! Aku pun reti malu gak tau!"


EE tersenyap. Alamak..ada perkataan tak sepatutnya keluar tadi!


Adelia memandang EE dengan penuh curiga.


"EEeuuhh...kau mimpi tut? Hahaha...kau ni aku sangsi la, baru nak baligh ke? Aku ingat lelaki je wetdream, kau pun ada ek? hahaha..."


Ee membuat muka toya. Tak usah dilayan si kepala tak betul Adelia ni. Buang karan aje. Sambung tidur lagi baik! Kut Kut boleh dating lagi dengan UNCLE LONG kat alam mimpi...haish..sweetdreams EE, sweetdreams...


- To be continued-

Mr Perfectionist FINAL




‘100...110..120..’


“Baby...passkan abang susu tu...”


Daye meminta tolong Jazz yang sedang merenung ke dalam mangkuk bijirinnya itu.


‘Aik?? No respons?’


“Baby...darling...sayang...ayang...moyang...opah!!”


Masih takde respons?


‘Parah betul bini aku ni, kena belikan hearing aid ke?’


“Jazz...yuhuu...”


Jazz yang khusyuk mengunyah cornflakesnya mengangkat muka memandang ke arah suaminya.


‘Kacau betul Daye ni, tak tahu ke aku tengah kira berapa keping cornflakes dalam semangkuk ayun neh!cess...’


Jazz menjungkitkan keningnya tanda bertanya apa?


“Milk, please! Kita dah lewat ni, flight to Paris lagi 3 jam, kita breakfast pun tak lagi!”


Daye mengomel. Akhirnya, honeymoon jugak mereka ni. Sponsor dari mamanya Daye, siapa nak tolak! FOC tu!


“Yelah, yelah...ish...nah, ambil ni!”


Jazz menghempas kotak susu Dutchlady itu di hadapan Daye. PMS ke apa perempuan ni?


“Kenapa moody ni yang?”


Tanya Daye sambil menuang susu ke dalam mangkuknya. Kotak koko crunch pula dicapainya selepas itu. Alahai, makin tinggilah Daye lepas ni.


‘Boleh lagi tanya kenapa aku moody, hari ni birthday aku lah ngek! Wish pun tak! Inilah lelaki!eee....geramnyaaaaa!!’


Gumam Jazz dalam hatinya.


“Tak ada ape lah! Ok, I dah siap, you makan, I nak dress up! Nanti tolong basuhkan ye mangkuk I ni.”


Kata Jazz sebelum berlalu ke bilik.




***


“Alahai...mak cik sorang ni, orang lambat wish birthday pun dah membentak...hisy...”


Rungut Daye sambil membasuh mangkuk-mangkuk dan gelas-gelas yang digunakan untuk sarapan pagi pada hari itu.


“ Oh JEZZNITAaaa...eh, salah nama...Oh Jasmeyn super five, Abang Daye janji birthday ayang kali ni akan jadi the most memorable one!”


“Boleh ulang balik tak ayat tadi?”


“Oh mak mentua aku terbang melayang macam kluangman! Ish....”


Mangkuk di tangan terlepas ke dalam sinki.


Daye berpaling ke belakangnya. Wajah selamba Jazz dipandangnya sambil diukir sebuah senyuman yang mengalahkan kerang busuk! Nak cover line lah kononnya.


“Apa sayang buat di sini? Tadi kata nak bersiap?”


‘Nak ubah topik ke pak cik ni?’


Gumam hati Jazz sambil memandang Daye ibarat pesalah yang menanti hukuman dari hakim ketika itu.


Jazz berpeluk tubuh sambil menjungkitkan sebelah keningnya ke arah suaminya. Fuh, macam gangster kelas pertama tu...UNDERWORLD betul!


“You panggil I apa tadi?”


Serius. Jazz bertanya.


“Err...”


‘Hancur plan aku nampaknya...huuuu...telinga lintah punya bini.’


Daye masih tergagap-gagap.


“I tak panggil apa-apa sayang...kenapa? Sayang dengar abang panggil apa?”


Daye menggunakan reverse psychology nampaknya. Satu tidakan yang bijak!


“I heard you calling me Jasmeyn Super-5! Sampai hati abang. Dahlah, Jazz malas kawan ngan abang! Huuu.....Dahlah birthday Jazz pun tak wish, tak apalah..Jazz tahu siapa Jazz di hati abang.”


Air mata Jazz pantas diseka Daye. Daye memeluk Jazz seerat mungkin.


“Baby abang ni, spoiler laa...orang baru aja nak wish dengan cara yang lebih romantik! Tak apalah, sebagai memenuhi syarat, abang wish la dulu...tapi hadiah nanti-nanti abang beri!”


Daye menggumam. Matanya menikam mata Jazz.


“Happy 25th birthday sayang...ok dah, jum naik, kita dress up! Nanti tertinggal flight! Tak larat la nak kejar...abang bukan superman nak terbang-terbang neh!”


Sempat lagi buat lawak bangan si Daye ni. Tak apalah...masih ada kezzzutan untuk Jazz di Paris nanti. Mwahahahaha...


***


PARIS


“Abang, kita stay dekat mana nanti ni?”


Jazz bertanya setelah tayar ke tiga kapal terbang mencecah landasan di airport tersebut. Tak menyempat si Jazz ni.


“Rumah Mama Ngah la...kan rumah tu kosong, Mama ada kasi abang kunci pendua rumah tu, dia kata gunalah, Mak Ngah dan family dia ada kat Aussie sekarang.”


Daye menerangkan sedikit. Jazz hanya mengangguk.


“Dah lah...jom turun sayang...”


Daye bangkit dari seatnya. Compartment bahagian atas dibuka dan beg galasnya di ambil.


Setelah itu mereka berdua melangkah keluar dari kapal terbang tersebut.


Setelah menjejakkan kaki ke dalam bangunan terminal, mereka bergegas mencari teksi.
Alamat yang tercatat di dalam PDA ditunjuk kepada pemandu teksi tersebut.


Setengah jam berlalu, dan mereka sudah tiba di kotej tersebut. Terpegun Jazz melihatnya. Cantik benar, walaupun salam keadaan bersalji sekarang, namun masih kelihatan indah rumah tersebut.


Setelah membayar tambang teksi, mereka memasuki rumah kotej tersebut.


“Wow...”


Sekali lagi Jazz terpegun dengan susun atur perabot di dalam kotej itu. Sungguh tenang mata memandang.


“So? Kita nak buat apa dulu sayang?”


Kata Daye seraya meletakkan beg galasnya serta bagasi-bagasi ke dalam closet yang disediakan.


Jazz pula melabuhkan dirinya ke atas bean bag yang tersedia di ruangan tersebut. Selamba aja dia melihat Daye menyalin pakaian.


“Suka hati abanglah...Jazz jet lagged la, penat nak fikir...kalau boleh nak tidur aja.”


Daye tersenyum dengan jawapan selamba Jazz. Dia mencampakkan bajunya ke atas lantai dan terus menghampiri Jazz dengan senyuman yang penuh makna.


“Abang tahulah memang main motif nak tidur, tapi untuk esok, lusa??”


Daye bertanya. Tangan Jazz ditarik dan dia menghulurkan sebuah kotak berwarna pink kepada Jazz.


“Ni bukan hadiah Jazz, ni hadiah abang beli untuk abang sendiri. Go and change, I wait you here.”


Jazz sudah tersenyum penuh makna.


‘Memang Daye ni tak sempat-sempat, aku sumpah kasi tersedu lagi baru tau.’


Gumam Jazz dalam hati. Tapi hakikatnya, si Jazz ni pun sama gatal je dengan Daye tu.


Daye memalapkan lampu di dalam bilik tersebut dan memasang beberapa lilin aromatheraphy untuk menambahkan lagi keromantisan suasana.


“Sayang.....”


Daye berpaling apabila namanya dipanggil lembut.


Matanya tertancap pada sekujur tubuh Jazz.


‘Wow! Astonishing!’


Jazz mendekati suaminya. Jet-laggednya sudah melayang entah ke mana. Tubuh seksi Jazz yang hanya tersarung lingerie nipis itu membuatkan Daye menelan liurnya beberapa kali.


“ Wow...cantik!”


Daye memuji Jazz. Jazz hanya tersengih kali ini.


“ So? Urm...”


Daye tak tahu macam mana nak cakap. Tetiba termalu sendiri. Jazz menayangkan muka toyanya.


“Jom tidur daa...saya taula awak nak apa tu! Ish...blushing cam anak dara.”


Kan dah kena sebijik dari Jazz. Daye pula merapatkan dirinya di sisi Jazz yang sudah tersenyum itu.


“Lights off...”


Jazz bersuara apabila Daye baru ingin memeluknya. Hahaha...sekali sekala buli suami, best jugak!


Daye pula hanya merengus dan menutup lampu melalui alat kawalan jauh yang disediakan.


Tubuh isterinya didakap mesra dan di angkat.


“I love you Puan Jasmeyn Lamia! You are my wife hereafter!”


Dan bersama mereka terciptalah satu lagi kenangan terindah.


***


Jazz tersedar apabila sesuatu bermain dengan alis keningnya. Perlahan-lahan dia mencelikkan matanya. Wajah Daye yang sedang tersenyum itu dipandangnya.


“Hye, wifey...”


Lantas sebuah kucupan kudus hinggap di pipi gebu Jazz.


“Hello hubby...”


Waah...dah berubah ke panggilan? Haha...macamlah korang tak kenal mereka dua ni? Bila masanya nama panggilan tu pernah kekal? Tak pernah...mesti berubah punya!


“Dah la tidur tu, dah malam ni, lepas ni maghrib...and then kita dinner. Terpaksa dinner kat rumah wifey, sebab kat luar tu ada blizzard.”


Jazz duduk bersandar di kepala katil. Cadar ditarik sehingga menutup dadanya. Rambut ikalnya yang agak kusut dibetulkan menggunakan jari.


“Hurm...penatnyaaa...”


Jazz mengomel kecil sambil memeluk Daye. Sejuk la pula rasa bilik ni.


“Haha...I always knew that I was strong...eherm!”


Jazz buat-buat tak dengar. Daye tu tak habis nak bangga diri.


“Okayla...nak mandi!”


Jazz berlalu ke bilik mandi.


Sementara Jazz mandi, Daye menjenguk chicken chopnya. Setelah itu, dia mengambil beberapa biji kentang yang telah direbus dan dilenyeknya. Nak buat mashed potato la, apa lagi!


Setelah itu dia membuat pula blackpepper sauce dan menggoreng fries. Siap! Now for the desert!


Ketika Jazz tidur tadi, Daye sempat menyiapkan peach cobbler. Bila lagi Jazz nak rasa air tangan Daye ni.


“Hurm...sedapnya bau!!!”


Jazz memeluk Daye dari belakang. Daye tersenyum.


“Kejap wifey, hubby pergi lay out table...”


Ujar Daye yang ingin berlalu. Namun Jazz sempat menghalang.


“Kenapa nak skema? Kita makan je depan TV...duduk atas couch...lagi romantik!”


Daye tersenyum mendengar cadangan Jazz. Benar juga!


“Okay, I’m fine with that, now birthday girl, tolong hubby angkat dinner kita.


Jazz hanya menurut perintah. Terkedek-kedek dia membontoti Daye ke ruang tamu.


Mereka duduk bersila di atas karpet tebal yang di kelilingi bantal tersebut.


Siap ada selimut segala lagi.


“Pandai abang buat chicken chop! Sedapnya...”


Jazz berkata sambil mengunyah ayam tersebut. Daye bahagia melihat penghargan Jazz terhadap masakannya itu.


“Nah, say aaaa..”


Jazz menyuakan fries ke arah Daye. Daye terus ngap!


Sambil makan-makan, sambil suap-menyuap...sambil berborak-borak.


Jazz turut merasa peach cobbler yang dibuat Daye. Memang dia kagum!


“So...happy tak dapat spend time dengan abang ni?”


Daye bertanya kepada Jazz yang sedang berbungkus di dalam selimut sambil memerhatikan salji yang turun di luar sana. Pelukan Daye terhadap Jazz semakin di ketatkan.


“Happy sangat, this is the best birthday gift ever!”


Jazz menjawab tulus. Sebuah kucupan di hadiahkan pada bibir suaminya itu.


“Aish! Baru abang ingat, gift sayang!”


Jazz termangu-mangu melihat Daye yang kalut berlari ke dalam bilik. Daye, Daye...


Seminit kemudian, Daye kembali bersama I-Phonenya.


“Sorry...gift sayang ni, tak ada kat sini...ada kat Malaysia sebenarnya...”


Daye berterus terang. Jazz dah pelik, hari tu kata dapat gift nanti kat Paris. Tapi, tak apalah.


“Take a look...ni gift abang kepada sayang...suka tak?”


Jazz melihat I phone Daye. Matanya membulat.


“Apa ni semua?”


Jazz bertanya direct.


“Bilik baby? For our juniors la sayang...”


Jazz tersenyum. Patutlah bilik tu terkunci selalu. Rupa-rupanya ada muslihat! Pandai Daye menghias bilik bayi tersebut. Siap ada feature wall pampang gambar kahwin mereka besar-besar. Ada satu sudut meletakkan teddy bears, stuffed toys. Ada dua buah bean bags...ada cradle baby...waah...


“Juniors? Plural tu...”


“Abang aim satu team tau...tak dapat satu team football, dapat satu team debate dah cukup...”


Jazz tersipu malu. Fuuh..pandai jugak nak malu minah ni rupanya.


“So...memandangkan suasana dingin...jom panaskan badan!”


Selamba Daye menarik Jazz ke kamar. Memang mood honeymoon betul!




***


~5 tahun kemudian~


“Mama...look at acik!! Eeessy...geramlah...dia kacau Lana...”


Elyana anak keempat Jazz dan Daye yang berusia 3 tahun itu mengadu kepada mamanya.


Jazz sudah bercekak pinggang.


“Dilshad! Mama babab kan! Jangan main crayon adik mama kata! Mama rotan nak?”


Terus Dilshad aka Acik terhenti dari perbuatan khianatnya itu. Tak padan dengan umur 5 tahun masih nak kacau adik.


“What else I can do mama? Along dengan Angah tu asyik dengan Kumon mereka! Acik dah siap acik kacau la adik!”


Jazz menarik Dilshad ke pangkuannya lalu digomolnya budak kecil itu.


“Pergi kat Daddy, tolong daddy basuh kereta!”


Dilshad menarik muka.


“Mama...mama tahu tak, kat kereta daddy tu, ada berapa banyak germs? Euuh!”


Mohd Dilshad menarik muka jijik.


Jazz menepuk dahinya. Kenapalah dalam tiga orang anak kembarnya itu si ke tiga ni jugalah yang terslack genetik perfectionist si DAYE?


“Mama...Along and Angah done KUMON! We wanna play outside can we?”


Jazz hanya mengangguk.


“LANA...kemas barang...jom kita pergi tengok daddy basuh kereta.”


Lana memandang mamanya dengan mata yang bulat. Bibirnya yang kecil itu dicebikkan.


“Malas...lepas ni nak kaler balik!”


Selamba budak kecil itu menjawab.


“Kenapa ada jugak yang dapat genetik pemalas aku???Huhu...ABANG!!!”


JAZZ mengeluh. Dia ke luar rumah.


“Hai sayang...cantik hari ni...”


Jazz tersenyum hambar. Perutnya yang membukit itu dijamahnya. Puuh...kasilah yang ni nanti keluar yang perangai stabil, tak macam mama dan papanya dulu.


“Ashraffe, Eddryl, Dilshad, Lana...jangan naughty-naughty...main elok-elok!”


Daye menegur anak-anaknya yang sibuk mengelilingi keretanya itu. Bukan apa, dahlah kawasan itu basah, nanti tak pepasal ada yang terjatuh nanti.


“Okay DADDY!”


Sahut mereka berempat.


Daye menutup kepala paip lalu menghampiri Jazz yang ralit memerhatikan anak-anak mereka.


“Khusyuk pandang mereka? Abang tak mau pandang?”


Kata daye sambil memeluk tubuh Jazz.


Perut Jazz diusap-usap. Zuriat kelimanya. Haha...Jazz bernasib baik. Anak sulong dapat kembar tiga, hero pulak tu semua...Lena pula solo, yang dalam kandungan ni pun solo.


“Sayang...lepas 6 bulan lagi...abang nak sorang lagi tau!”


Jazz menjeling Daye.
Tajam tu!!


“Apa enam bulan lagi ha? Yang ni pun tak keluar lagi...hisy! Rotan kang baru tau! Gedik!”


Jazz sound sikit Daye.


“Yerla...abang ni dah 40 tau...sayang dah 30...baby ni kuar lagi 4 bulan, som sayang pantang dalam 2 bulan...pastu kita cukupkan la team debate kita tu! 3 orang jadi pihak kerajaan, 3 orang jadi pembangkang! Tapi kalau sayang sanggup...kita tambah 2 lagi...buat reserve!”


Selamba aja Daye berkata-kata. Jazz sudah mendongkol geram!


“Mengarut je lebih abang ni...”


“Alaa..abang mengarut pun...sayang tak leh tolak...kihkihkih...”


‘PAAP’


“Sorry DADDY...ANGAH terbaling bola tu...”


Jazz tersenyum sinis ke arah Daye. Padan muka...apa kau ingat aku tak ajar Angah nak ketuk kau bila kau gelak cam tadi tu!Well done angah...lepas ni kena buat semua anak-anak defend aku! Ngahngah ngah!


‘BUKK’


Daye cepat-cepat memeluk tubuh Jazz takut terlentang ke belakang .


“Towie mama...LANA tak shengajer...”


Kata-kata maaf LANA tidak didengar Jazz. Jazz sibuk merenung mata Daye yang memeluknya itu. Daye ketawa dalam hati.


‘Ingat I tak tahu apa muslihat you...I dah pandai la train Along and Lana and Acik nak kasi chance kat Daddy dia bermesra ngan MAMA dia...hwahwahwa...ANGAH je tak makan saman!’


“So...jum kita ke...kayangan?”


Daye berbisik kepada Jazz. Jazz tersenyum.


“No chance! Kids! Attack!!”


Habis basah baju Daye disembur air oleh anak-anaknya. Hahaha...seronoknya tengok mereka main air. Daye dan Jazz...semoga berkekalan!


~THE END~


*******

dah tamat!! haha...sorry korang lama menyepi...awin dapat offer penang!! dapat maktab perguruan penang. CHEQ JADI TEASHEERR dah pasneh!! hahaha..so quite BZ lately...CKSC pun x de idea lg...but awin de plan nk bt 1 lg cerita agak jenaka menggantikan MR P ni...tajuk dia, LELAKI IDAMAN...yg lainn tu, masih x dapat lg hidayah nak smbg! HARAP KORANG MAAFKAN AKU!!