Saturday, November 30, 2013

Jiran Rumah Abang : Bab 2


Almari kabinet dapur dibukanya. Susu,susu, mana lagi susu Sarah ni? Abang lupa nak topup stock ke? Ha! Itu dia, enfalac, ada pun. Kalau tak ada tadi agak-agak si Sarah tu mau tak minum Dutch Lady dalam peti sejuk itu? Haih, abang ni pun. 

“Tatatatatatatata!!! Ta! Taatataa!!Mmmaaa! Taaaaaahhhh!!!!”

Suara halus itu sudah kedengaran jelas, hah, mesti si Sarah tu sudah tolak walker dia keluar dari bilik. Mentang-mentang dia dah nak boleh jalan, dibuatnya walker tu macam kereta, pecut sana pecut sini. Tambat pada kaki meja baru tahu. Nasib baik sliding door balcony sentiasa tertutup, kalau tidak ada juga budak kecil ni terbang ke luar.  

“Iya sayang!! Wait a sec, I’m coming!”

Kiasatina bersuara dari dapur. Seminit kemudian, kedengaran roda walker merempuh pintu dapur, dan muncul wajah ceria Sarah. Kia yang sedang membancuh susu buat anak saudara tersayang itu memandang Sarah dengan senyuman yang lebar. Botol susu yang hangat itu dilalukan di bawah air paip.

            “Taaaaa! Mmaamaam! Aaahhhtatatata.Tiaaa, tutu!!”

Sarah berkata entah apa. Tangannya ditepuk-tepuk. Kia tergelak meihat gelagat tidak sabar si mem kecil itu. Tia...itu yang dipanggil Sarah kepada dirinya. Masih pelat, namun ada sesetengah perkataan dia pandai ikut.Sarah baru berusia tak sampai setahun, masih kecil. Mama Sarah dah meninggal, ketika melahirkan si kecil comel ini. Kia hanya menolong abangnya, tengah bosan-bosan habis belajar, baik jaga anak saudara,, tak gitu? Tambah-tambah abang memang sibuk 24-jam, mak suruh jaga Sarah, Kia pun ikutkan saja. Abang tak mahu bagi mak jagakan sebab mak pun dah tua. Kesian pula mak.

“Tia!! Nanak! Tuh!! Tuh!!” Kecik-kecik pun dah pandai demand. Botol susu yang hangat itu disuakan pada Sarah namun ditolak mentah-mentah. Dia siap suruh Kia meletakkan susu itu ke dalam peti, bagi sejuk dulu baru dia nak minum. Budak ni, nak jalan saja lambat, bab lain semua dah pandai. Haih. Memang menurun perangai model mama dia ni agaknya.
           
“Ini siapa ajar minum susu sejuk-sejuk ni? Kia tak pernah ajar pun tau.”

Komen Kia selepas meletakkan susu itu ke dalam freezer. Kia mencangkung di hadapan walker itu lalu mencuit hidung Sarah.  Sarah tergelak kuat.

Dadda! Tuhh!! Dadda!”

Kia pula tergelak, Ish Sarah ni, macam tahu-tahu je apa yang dia tanya tadi. Siap boleh cakap Dadda dia yang ajar. Dadda, merujuk kepada abangnya. 

“Hurm...okay missy. Tia make you some porridge, nak? Mamam, then only you take your chilled milk?”

Kia mencadangkan, bajet macam Sarah itu faham. Lantaklah faham ke tak, asalkan budak tu makan. Kalau tak makan, mulalah dia nak meragam nanti.

Mamam! Tia!!!”

Sarah bersorak. Kakinya dihentak-hentak ke lantai. Amboi, seronok sangatlah tu mem kecil?

Okay, Tia make you some porridge. But you...will have to get out of this walker first.”Seraya itu Kia mengangkat Sarah lalu membawanya ke ruang tamu, TV dipasang dan CD Sesame Street dimainkan. Bigbird dan Elmo tengah bermain. Sarah teruja. Kia meletakkannya di atas toto yang tebal itu lalu mengepungnya dengan beberapa biji kusyen.

“Tia kat dapur ye. You watch Elmo, okay?”

“Kai!”
           
Setelah itu Kia kembali ke dapur, kali ini sebab nak masakkan makan malam si Sarah itu. Ikan bilis dihancurkan, iyalah, budak tu baru ada tiga puntung gigi. Lobak merah dihiris halus-halus, beras ditanak di atas dapur.

Baru sahaja dia ingin memasukkan ikan bilis ke dalam bubur itu, tiba-tiba guruh yang kuat berdentum. Nyaris berkocak ruangan kondo itu. Kia dapat mendengar suara Sarah menangis, sah sah budak itu terkejut. Kia mematikan api lalu bergegas mendapatkan Sarah yang sudah merah muka itu. Alahai, kesiannya budak comel ni.

“Aww It’s okay sayang, Tia is here. Hurm?”

Kiasatina mendokong Sarah yang teresak-esak itu. Sarah memeluk lehernya erat, kepala dilabuhkan pada bahu Kia. Belakang Sarah diusap perlahan, bagi menenangkan si kecil itu.

“Shhh...dah dah. Teman Tia masak okay?”

Dan Kia mendokongnya ke dapur. Sarah diletakkan pada pinggangnya sebelah kiri manakala tangan kanannya kembali mengacau bubur di dalam periuk itu. Sarah diam memerhati perlakuannya. Angin sejuk bertiup dari grill yang terbuka luas itu. Nyaman sahaja.

Pandangan Sarah teralih apabila terdengar bunyi kunci. Ouh, mesti dia ingat Dadda dia balik. Padahal, jiran rumah depan yang baru balik kerja. Kia juga turut mencuri pandang.

“Sarah...usha siapa tu?”

Kia berbisik pada Sarah yang khusyuk memandang belakang lelaki berkemeja kelabu dan berseluar slack hitam itu. Sarah memandang Kia sekilas lalu kembali memandang lelaki yang tengah sedaya upaya membuka pintu rumahnya itu. Iyalah, duduk kondo pun pintu kena mangga tiga empat!  Kia asyik merenung belakang lelaki itu. Muka dia macam mana eh? Nampak dari belakang saja, and what a sexy back he has!  Kia yang sedar dirinya turut merenung itu terus mengalihkan perhatian ke buburnya di dapur. Sexy gila belakang dia, dahlah baju basah kena hujan, memang boleh nampak bentuk belakang dia tu.  Gumam Kia di dalam hati.

“ Tia!!!! Bub...Bubbles!”

Jeritan nyaring Sarah itu membawa Kia kembali ke planet bumi. Buburnya nyaris melimpah dah, menggelegak. Dan, suara nyaring Sarah itu juga membuat si dia di sebelah sana memandang Kia dan Sarah. Memang boleh pandang terus, grill dapur ni memang berlubang besar. Memang jelas Kia dapat melihat wajah si dia. Si dia melemparkan sebuah senyuman manis. Basah kuyup pun masih tersenyum pada Kia. Kia juga sengih sekilas. 

“Masak?”

Ouh...husky nya suara dia!!! Kia nyaris lembik lutut. Wey, kena sampuk hantu apa ni cik Kiasatina  binti Khairul? 

“Huh? Ha’ah. Masak untuk dia ni ha.”

Lelaki itu mengangguk. 

“Comel. Umur berapa?”

Kia terasa dirinya diawang-awangan. He said comel!

“Erm... twenty six.”

Selamba Kia menjawab. Muka sudah merah, gedik betul perempuan ni. Sarah di sebelah hanya memandang lelaki itu sepi.

“haha. Not you silly, her? Your baby, umur berapa?”

Dang! Kia tersedar. Ohmai! Malunya malunya!! Dia tanya pasal Sarah ke? Ceh, perasan comel kau ni pun Kia!

“Ouh! My niece ke? Sarah is...”

“One! One! One!”

Belum sempat Kia menghabiskan ayat, Sarah sudah mencelah. Semangat budak kecil ni, jari telunjuk diangkat satu, nak cakap  dia baru setahun. 

“No sayang, you are ten months old.”

Sarah memandang Kia. Mulutnya dimuncungkan, nak ikut balik apa yang Kia ungkapkan tadi. Dan lelaki itu masih memerhatikan gelagat mereka berdua.

ten math!ten!ten!”

“Pandai anak dadda ni?”Kia memuji usaha Sarah untuk bertutur itu. Lelaki tadi tergelak.

God she’s so cute. Okayla, Uncle masuk dulu. See you Sarah!”

Lelaki itu berkata dengan muka teruja. Bahagian see you Sarah itu disebutnya dengan nada budak-budak. Sarah tersengih, menayangkan giginya yang tiga batang itu. Kia mengerutkan hidungnya, see Sarah je abang sexy back? Makcik Sarah ni? Haha...

Tatai kel! Ta tai ta tai tatai!”

Dua-dua belah tangannya digunakan untuk melambai lelaki basah kuyup itu. Haih Sarah, kau ni memang peramah kan? Tambah-tambah dengan lelaki kacak yang basah kuyup tu. Dengan Kris pun kau buat kawan, dengan Mr sexy back pun kau ramah. Senang jadi engkau kan.

“ Okay, time for mamam.” Sarah diletakkan kembali ke dalam walker dan Kia bergegas ke dapur untuk mengambil gelas air dan juga bekas kecil yang terisi bubur itu. Baru sahaja dia meletakkan perkakas tersebut ke atas meja bulat, loceng rumahnya berbunyi. Siapa pulak datang malam-malam ni? Pintu dibuka dan Kia tersenyum. Kris...

“Kia!!Hey...can I come in for a while?”Kia terlopong. Kris tengah tayang muka sepuluh sen dia. Kia tertanya-tanya, dia nak buat apa masuk dalam rumah ni? Jangan-jangan dia nak...no! I’m not that cheap okay Kris!
 
“Sekejap aja...my cat escaped. She’s at your balcony now.” Kris berkata sambil kakinya digerakkan, nampak sangat risua dengan kucing dia tu. 

“Okay, okay.” Kia mencapai kunci dari dinding bersebelahan dengan pintu itu lalu membukakan gril. Kris sepantas kilat menuju ke pintu balkoni lalu membuka sliding door tersebut. Sarah yang melihat Kris itu kembali teruja. Kilat pun dihiraukannya. 

Kris kembali ke dalam rumah sambil memegang kucing berwarna ‘beige’ itu. Wajah Kris ternyata menggambarkan kelegaan, manalah tahu, kut-kut si debab tu mati sebab kena sambar kilat ke.
“Thanks Kia. Bo ni ibarat nyawa saya. My ex was a vet, one day he saw Bo in a drain, treated him, and he gave it to me. And then, that SOB left me, with this stupid cat.” Jelas Kris sambil mengusap-usap bulu si Bo itu. Kia yang sudah meletakkan Sarah ke atas riba memandang Kris tanpa kelip. Dia salah dengar ke tadi? Atau memang si Kris bahasakan ex dia ‘he’?

You mean ‘she’ left you...” Kia menekankan bahagian ‘she’ tersebut. Kris memandangnya lalu tanpa diundang, dia melabuhkan punggungnya di sebelah Kia di atas sofa itu. Kia dan Sarah dipandangnya, lalu tangannya naik mencubit pipi Sarah. 

You heard right, sweetheart. I’m not into girls...kecuali Sarah. She is lucky to have a hot daddy!” Selamba aja Kris membuka pekung di dada. Kia ternganga. What the hell? Muka Kia terus pucat. Kris memandang Kia sambil tersenyum senget.

You are...you are gay?” Omo! Kia...betullah kan, lelaki yang kacak dan baik-baik semua either dah kahwin, ataupun gay.
 
I am.You have a problem with gays?” Pertanyaan selamba Kris itu membuatkan Kia membuka tutup mulutnya tanpa suara. Sekali pandang macam ikan je gaya Kia itu. Tangannya diawang-awangkan dan mukanya jelas memaparkan riak tak tahu macam mana nak jawab soalan Kris itu. Karang kalau aku kata gay tu kaum dilaknat Allah dia balas dengan dalil Kristian dia pula mahu terlopong aku nak jawab balik. Aku ni baca Quran pun maksud bukannya faham sangat. Kia melepaskan nafas yang berat lalu memandang Kris dengan wajah yang sedaya upaya memberikan senyuman.

“You’ve helped me a lot though we were strangers the other day, to hell with being gay. I know you as Kris, not as gay Kris...” Kris tersenyum lebar apabila mendengar luahan hati Kia. Pandai kau buat ayat Kia, tak rugi kau dapat A plus masa SPM dulu.

“Tiaaaa, mammammam!” Sarah mengadu manja. Terlupa pula Kia nak suap budak manja tu. Alala, Kia sorry baby Sarah. Kris distract Kia with the fact that he is GAY! Gay! Gay.
 
 Bubur diceduk ke dalam sudu kecil lalu dia menyuap Sarah yang sudah kelaparan  itu. Masuk mulut je Sarah telan. Kia menceduk lagi bubur di dalam mangkuk itu. 

“Thank you, sweetheart. Saya balik dulu, need to wash this stupid cat. You too need to feed this angel.” Kris bangkit dari kerusi. Bo diangkatnya bersama, kucing tersebut diam saja, terkejut barangkali. Siapa suruh mengada lari masuk balkoni orang tika tengah hujan lebat. 

“Kris...” Kia memanggil jejaka bermata biru dan berseluar pendek itu. Kris mematikan langkah dan kembali memandang Kia. 

“Yes?” Dia tanya sambil mengangkat kening. Pipinya yang kemerahan itu diperhatikan Kia, pipi aku pun tak boleh jadi merah macam tu, macam pakai blusher je.
 
“Walau awak kawan saya, tapi kalau awak usha abang saya, you better watch out!” Tegas Kia memberi amaran. Kris tersenyum sinis. 

I wouldn’t dare mess things up with you Kia.Plus, Kamal is so not my type. He is not...feminine enough for a guy.Ciao sweetie.” Kia lega mendengar reply Kris tersebut. Lega sikit hati dia ni, takut juga tiba-tiba si Kris ni buat apa-apa dekat abang dia nanti. Phewww! Tapi,  Kris, kalau kau nak yang feminine, baik kau tak payah jadi gay! Buat rugi je! Haih, kalaulah Kris tu straight, aku pun nak! Getus Kia. Dia cepat-cepat menyuap Sarah sampai habis bubur di dalam mangkuk itu dan cepat-cepat pergi kunci balik pintu rumah. 

“Sebelah kanan dah gay, yang rumah menghadap dapur tu agak-agaknya gay jugak ke? Gaya macam bujang je...” Kia berkata kepada diri sendiri sambil tangan lincah mengunci datuk nenek mangga pada pintu gril. Baru aja dia ingin mengunci mangga terakhir, si sexy back lalu di hadapan rumahnya ke arah lif. Untung betul rumah abang dia ni betul-betul depan tempat orang tunggu nak naik lif. Si sexy back memandang ke arah Kia, macam mana tak pandang, bunyi mangga  kletang kletung berlaga dengan jeriji gril cukup kuat sampai seluruh aras sebelas ni dapat dengar agaknya. 

“Kunci pintu dah?” Sexy back berbahasa basi. Ceh, panjang umur sexy back ni. Kia tersenyum sambil di dalam hati membalas sinis, dak aih, duk lap debu ni haaa...of course la tengah kunci pintu.Nak suruh pencuri masuk ke apa?

“A’ah,” lain benar jawapan yang keluar dari mulut Kia, sangat berbeza dengan versi sinikal monolog dalamannya itu. Sexy back mengangguk. Bibir tersenyum sambil memandang Kia.

Baby dah tidur?” Dia tanya lagi. Kia yang masih mencari mana satu anak kunci mangga terakhir itu kembali mendongak. 

“Belum. Baru  je sudah makan.”  Balasnya dengan lembut kali ini. Ha! Jumpa pun kunci dia...

Ouh, I see. Ok lah, saya gerak dulu. Hitting the gym tonight.”  Si dia berkata. Kia mengangguk, tak tanya pun abang sexy back! Pergi gym, bertambah-tambah sexy nanti belakang tu. Makin I tergoda nanti. Getus hati kecil Kia. Dia cepat-cepat mengunci mangga terakhir dan berlalu masuk ke dalam rumah. Sarah dicapai dan dia melakukan segala jenis rutin harian bersama dengan Sarah sebelum menidurkan si comel itu.



 P/S: Ok, you may scold me for making him gay... XD




Friday, November 29, 2013

Jiran Rumah Abang : Bab 1


            Beg tarik sebesar saiz almari kasut itu ditarik dengan penuh susah payah. Dahlah security kondominium ni ketat seketat ketatnya, boleh pula gaduh satu round dengan pak guard yang berganda-ganda lagi besar daripada dirinya ini. Akhirnya, keputusan masih tetap sama. Dia terpaksa memakirkan kereta di luar kerana visitors parking masih penuh. Cermin mata ala-ala diva yang tersemat pada batang hidung ditolak naik ke atas kepala. Getah rambut hitam yang tadinya dijadikan gelang di pergelangan tangan digunakan untuk mengikat rambut menjadi messy bun. Hujung baju kemeja hitamnya yang tadinya melepasi punggung diangkat naik dan diikat pada pinggang. Panas! Kalau skinny jeans dia ni pun boleh tarik naik, dah lama dia lipat sampai paras betis. Manalah abang Kamal dia ni? Tadi kata dia tunggu depan lif...

            Sejurus itu pintu lif terbuka. Terjongol muka abang dia yang sememangnya serba kacak itu dan juga buah hati seluruh keluarganya. Kiasatina atau lebih best lagi, Kia, menarik senyuman paling manis. Bayi berumur sepuluh bulan itu terus mendepakan tangannya ke arah Kia apabila dia melihat Kia yang sedang buat muka comel itu. 

            “Tia!!!! Tia tia!” Mulut murai si kecik itu mula berceloteh. Dia meloncat-loncat kegembiraan di dalam dakapan Kamal. Kamal  turut tersenyum apabila melihat adiknya itu.

            “ Ye Sarah. Kia datang sini sebab nak jaga Sarah. Dadda needs to work. Jangan nakal-nakal okay, sayang?” 

            Kamal berkata kepada Sarah. Sarah diam mendengar apa yang dadda dia katakan itu, fokus, macam dia faham aja apa yang sedang Kamal pesan itu.

            “Kai! Kai! Now Tia!Tia...” Sarah sudah tidak sabar-sabar untuk mendapatkan Kia. Kamal menyerahkan Sarah kepada Kia yang sudah mendepakan tangannya itu. Dia mengucup beberapa kali pipi gebu si Sarah itu. Sarah pula dengan manja melentokkan kepalanya ke bahu Kia. Kamal berdiri saja melihat keakraban anaknya dengan adiknya itu. 

            Lil sis, thanks for coming.Ini kunci rumah spare , access card, nanti adik parking   je kereta tu dekat lot abang. Rumah tu pulak, adik guna je mana-mana bilik adik nak, just unpack your things. Kalau nak masak, barang dapur ada lagi, kalau apa-apa dah habis nanti call abang bila abang dah balik nanti, abang singgah beli. If not, you can just go to the cold storage  kat depan tu. Duit claim dengan abang nanti.” Panjang lebar abangnya berpesan. Kia mengalihkan Sarah ke pinggangnya. Abang Kamal ni...

            “Abang, I can manage. Don’t you worry, okay? Dah dah, abang pergi kerja elok-elok.” Kia berkata sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali kepada abangnya. Kamal mengeluh lega. Pipi Kia dipegang. Kia senyum senget.

            You are an angel, Kiasatina Khairul!Muah!” Kata Kamal sambil mengucup dahi Kia. Kia memejam matanya. Dia memang dari kecil lagi rapat dengan abang Kamal dia ni. Walaupun jarak umur mereka tujuh tahun, tapi mereka sangat rapat. Barang-barang di tangan Kamal tadi diserahkan ke tangan Kia sambil-sambil itu.

            I know, Captain Kamal Khairul! Sekarang pergi bawak kapal terbang tu elok-elok. Sarah and I, will have a great bonding time, kan sayang?” Sarah diciumnya, si manja itu tayang senyuman yang boleh buat hati semua orang cair. Kamal mengusap kepala Sarah.

            Dadda pergi kerja ya sayang? Nanti dadda call ye bila dah land nanti. Gonna miss you, baby.”  Sarah dicium Kamal sehingga naik rimas budak itu. Peak cap disarungkan ke kepalanya dan kali ini giliran Kia pula. Pipi Kia dicium lembut dan rambut Kia dikusutkan. 

            “Jaga rumah elok-elok.” Dan Kamal bergerak ke parking lot. Sarah yang sedar daddanya ingin meninggalkan dia itu sudah mula gelisah di dalam kendongan Kia. Sarah mendongak memandang Kia. Matanya berair.Alahai, jangan nangis please....

            “Tia...dadda?” Suara Sarah yang bertanya itu kedengaran sedikit serak. Oh no...dia nak nangis la tu...

            Shhh.Dadda go work, sayang.” Berulang kali Kia berkata-kata sedemikian, menenteramkan  Sarah supaya  tidak menangis. Beberapa minit kemudian, Kamal lalu dengan keretanya lalu dia menurunkan tingkap. 

            Bubbye sayang!” kata Kamal sambil memberikan flying kiss kepada Sarah. Sarah tersenyum sambil melambaikan tangannya. 

            Tatai dadda!


            Cubaan ketiga Kia untuk menarik beg itu dibatalkan. Rambut hadapan yang sudah menutupi mata ditiup geram. Peluh di dahi diseka. Sarah yang masih lagi setia dipegangnya dipandang. 

            “Sarah, macam mana Kia nak heret benda ni? Help me think ? Takkan Kia nak kena sumbat Sarah dalam beg ni dulu,” Kia berfikir sejenak. Macam bernas je, sumbat Sarah dalam beg ni, lepas tu heret naik atas. Tapikan, macam kejam aja kalau dia buat macam tu. Tak sampai hati. Sarah sekadar memberikan senyuman yang manis sambil tangannya memeluk leher Kia. Kia pun secara otomatis tersenyum. Semua masalah boleh hilang kalau Sarah peluk dia macam ni. 

            I just need to try harder, kan?” Kata Kia kepada Sarah. Sarah menepuk pipi Kia, sambil mulutnya tak henti-henti ‘berkicau’. Egkau cakap bahasa apa pun Kia tak faham, tapi Kia anggap je Kau setuju dengan apa yang Kia cakap tu. Desisnya dalam hati. Tangkai beg tarik itu dicapai lagi sekali dan segala kudrat digunakan untuk mengheret benda alah tu masuk ke dalam lif.

            Hey miss!!Miss! I’ll take it from here.  Suara garau yang berat dengan ‘accent’ yang datang dari arah belakangnya itu berjaya membuat Kia berpaling menghadap lelaki itu. Benda pertama yang Kia nampak adalah mata biru lelaki tadi. Wah, biru macam biru air kolam!

            I’ll give you a hand.” Kata si stranger itu lagi. Kia hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Alahai, nasib baik ada dia ni. Kalau tak, sampai ke esok aku tak sampai lagi kat tingkat 11 tu. Kia memasuki lif dan menekan butang open itu lama-lama. Si mata biru menarik beg itu seperti ianya tidak mempunyai apa-apa isi di dalam. Macam ringan je dia buat beg tu. Tapi, cara  urat pada biceps dan tangan dia timbul tu ternyata membuktikan bahawasanya beg itu berat. 

            Thank you so much...” Kata Kia sambil membetulkan posisi Sarah. Sarah tersenyum lebar apabila melihat si mata biru. Amboi, senyuman dia tu macam senyum paling gembira abad ini pun ada.

            Oh?I was just helping Sarah’s friend. Right sweetie? Your friend is my friend too...” Si mata biru berkata sambil mengacah-acah Sarah. Sarah apa lagi, terkekek-kekek ketawa. Bajet faham! Kia pula sudah membulatkan matanya. Eh? Dia kenal Sarah ke? Hebat kau Sarah, kawan kau matsalleh!
            Si mata biru kemudiannya berkalih menghadap dinding lif itu lalu dia kembali memandang Kia dengan senyuman yang manis. Kia dipandangnya atas bawah.

            Sarah’s friend, since you are holding Sarah and having a huge luggage with you, I guess we are heading to the same floor? Eleventh that is, right?” Kia menarik senyum senget. Kepalanya diangguk laju-laju. Yezza, tepat sekali. Five marks untuk si mata biru. Kemudian dia bersandar pada dinding lif itu, mata tidak lepas memandang Kia. Kia termalu sendiri. Bibir digigit, ni wat duk tenung aku macam tak pernah tengok manusia ni? Terus terkeluar dialek utara Kia, walaupun hanya bercakap di dalam hati.

            So...umm...you have a name?” Pertanyaannya memecahkan kesunyian di dalam lif itu. Sarah pun tetiba saja jadi senyap bila masuk lif. Kia membasahkan sedikit bibirnya.

            “Kiasatina. Kia.Her aunt. And you are?” Kata Kia, serentak bertanyakan nama si mata biru.

            Such a sweet aunt, I mean, name.Sweet name. I’m Kris, Krisstoffer Matthews but just call me Kris.” Jawabnya  , walaupun ada terbabas sedikit, Kris masih kaya dengan senyuman. Lesung pipit terbentuk pada kedua-dua belah pipinya itu. Tinggi, kacak, ada lesung pipit lagi, bonus betul. Satu pakej yang lengkap. 

            “Kis!” Baru kedengaran suara si Sarah itu. Kris merapati Kia lalu dia mencuit manja pipi Sarah. Seelok itu, pintu lif terbuka. Tanpa dipinta, Kris terus mengheret beg Kia sehingga ke hadapan rumah Kamal. Kemudiannya, dia mengambil Sarah dari Kia, agar memudahkan Kia untuk membuka segala datuk nenek mangga yang tergantung pada pintu gril itu. Tanpa disuruh juga, sambil-sambil sebelah tangan mendokong Kia, sebelah lagi mengangkat beg itu masuk ke dalam rumah. Kia tidak mampu berkata apa-apa, selain terima kasih.

            Thanks again Kris.” 

            Don’t mention it sweetheart. I’m at home most of the time, so if you need anything, I’m just...” Katanya sambil membuka pintu gril rumah  di sebelah kanan. Kondo abang dia ni, rumah dibuat ala-ala semi-D. Dua rumah lepas tu jarak, dua,jarak, dua. 

            “Ouh, you are just nextdoor?” Kia bertanya spontan. Kris mengangguk laju-laju. 

            Yes, do come over sometime. Sarah loves my aquarium.” Katanya sambil mengenyitkan mata kepada Sarah. Sarah yang tahu Kris sedang bercakap mengenainya itu mula ‘berkicau’ balik. 

             “Kia, jangan malu-malu yeah? Apa-apa tekan aja loceng.Saya masuk dulu.” Kata Kris lancar tanpa sebarang pelat langsung.Senyuman nakal dihadiahkan pada Kia. Kia terlongo sendirian. Erk? Pandai cakap Melayu? Omo! Tambah lagi satu bonus! Nakal Kris ni!
           
           

  P/s: Galang ganti KIAH. JRA nama pendek dia. Pilot chapter ni macam mana? Hope it's interesting enough!


Thursday, November 28, 2013

Mr. Kerek : final part


            Highlighter biru itu dipusing-pusingnya buat kesekian kali. Apa yang dibacanya pun sudah hilang kelaut. Keluhan dilepaskan. Rowena yang perasan akan Gee yang keresahan itu terus bersila di atas katilnya. 

            “Gee...kau ok ke tak ni? Dari tadi duduk resah gelisah kenapa?” Sedas ditanya Rowena. Gee mengeluh lagi. Highlighter dicampak dan buku setebal 2 inci itu dikatup. Kerusi dipusing menghadap teman sebiliknya itu. Telapak tangan diregangkan dan dia menayangkan apa yang tertera di sana.  Rowena bangkit dan memegang tangan Gee, nak baca sikit apa yang tertulis.

                        ~MRS Adrian Saidin.~

            “Bapak! Gila drastik .Bila kau dapat ni. Bukan last kau jumpa dia tiga hari lepas ke?”Tanya Rowena. Komen dari Rowena membuat Gee mengangguk seperti burung belatuk. Dah tiga hari, kesan name stamp tu masih tak tanggal-tanggal. Name stamp yang samar-samar mencatat nama Adrian dan jawatannya itu ditenung geram. Sama kerek dan degil macam tuan dia! Dia teringat balik scene bagaimana name stamp itu boleh melekap pada tangannya.

*** flashback

            “Nur Jehan...” Gee yang sedang menyusun kertas yang baru sudah di print oleh Adrian itu mengangkat matanya sekilas dari kertas. 

“Saya,” kata Gee ringkas. Setelah dia pasti Adrian sudah tahu dia mendengar dia kembali fokuskan matanya pada kertas-kertas tersebut. Ini kalau salah susun ada juga budak dalam kelas tu tak faham. Nama aja budak-budak final year, tapi kalau dah keliru tu, kelirulah jugak. 

            “ Nombor phone ayah awak dalam student profile ni betul tak?” Tanya Rian sepatah. Kertas di hadapannya itu diangkat sedikit ke arahnya, tak adalah kantoi kalau Gee tiba-tiba intai kertas tu nanti. Gee yang memang percaya saja dengan helah Rian itu tanpa syak wasangka terus menyebut nombor telefon ayahnya, siap dengan nombor pejabat lagi. 

            Telly kan doc?” Tanya Gee apabila selesai menyusun segala kertas itu. Fail dibuka dan dia menyumbat khazanah tersebut ke dalam folder yang tersedia. 

            How would I know.” Balas Rian acuh tak acuh. Senyuman nakal diberikan kepada Gee. Gee terlopong. Leher dipanjangkan sedikit, bukan tadi dia kata nak tengok sama ke tidak dengan student’s profile ke? Ke aku yang salah dengar? 

            “Tadi bukan ke...” Kata-kata Gee dipotong. “I tricked you. I’m calling your dad and I want to ask for your hands.”   Gee terkelip-kelip memandang Rian. Dia cakap bahasa apa ni? Kenapa otak aku tak boleh nak digest?
 
            What are you gonna do with my hands??” Tanya Gee, otaknya sedang blurr. Dia nak potong tangan aku ke apa?  Rian tersenyum manis. Budak ni buat teruk ke memang dia tak faham?

            “Sini tangan tu...” Arah Rian sepintas lalu. Gee menggelengkan kepalanya. Tangannya dikepal dan dibawa rapat ke dada. 

            “Tak nak. Gunalah tangan awak sendiri doc.” Gee cuak. Apa kes main mintak tangan orang nih!! Seriau ahh!

            “Letak sini saya kata. Karang saya tarik tangan awak tu baru tau.” Ugut Rian. Gee mendengus geram. Tangan kirinya didepakan ke hadapan. Mata memandang ke atas. Sejak Rian jadi tutor kelas dia, hubungan dia dengan Rian pun makin rapat. Kalau dia singgah rumah Jo pun, kalau Rian ada, nak nak je Rian tu datang menyemak dengan dia dengan Jo. Bajet muda agaknya.

            Rian menguis-nguis tangan Gee dengan jari telunjuknya. Gee menarik sedikit tangannya.Bibir diketap, matanya merenung Rian dengan geram. Rian hanya tayang muka kereknya. Mata dikecilkan sedikit dan separuh daripada barisan gigi atas ditayang. 

            “Adrian! No. Touching.My.Hands.”Gee menyebut satu persatu perkataan itu dengan gigi yang diketap. Ini cari gaduh dah ni, tak pernah lagi lelaki sentuh tangan dia ni. Dahlah sentuh tangan orang, tayang muka kerek dia pula tu. Paneh ni paneh!
 
            Whoops! Kita kena kahwin la kan?” Rian tayang muka tak bersalah. Gee tetiba rasa kering tekak. Dia ni memang macam yang Abah kata itu hari agaknya, mental! Macam manalah aku boleh kata okay masa dia minta couple itu hari ek? Mindanya kembali ke situasi setelah beberapa hari selepas Adrian dan dirinya berbaik-baik. 

            Ketika itu, dia, Jo dan Rian sama-sama naik kereta  nak balik rumah. Aunty nah  menyuruh Gee juga datang rumah, sebab dia nak suruh Gee rasa resipi masak lemak cili apinya. Jo awal-awal lagi duduk di belakang, siap tersenyum nakal lagi ke arah Gee. Gee yang turut ingin duduk di bahagian belakang ditegur Rian.

            “Nur Jehan, abang bukan driver korang dua. Duduk depan ni.” Adrian otomatik membahasakan dirinya abang apabila tamat waktu kuliah. Gee menayangkan muka tak puas hati pada Jo lalu dengan malasnya melangkah naik ke tempat duduk hadapan. Adrian sudah tayang senyum macam kerang busuk itu. Gee, sepanjang perjalanan, sibuk dengan Candy Crushnya. Tiba-tiba Adrian berdehem. 

            “Nur Jehan...” Panggil Rian. 

            “Hrmmm?” sahut Gee, jarinya rancak berjalan di atas skrin telefon bimbitnya itu. 

            “Jo cakap Gee single...” Kali ini, Adrian berjaya menarik perhatiannya. Kepala dikalihkan ke belakang lalu jelingan maut dihadiahkan kepada Jo. Jo sengih panjang, sambil bibirnya membentukkan perkataan ‘kakak ipar’. Ish budak ni kan, drastik betul. Gatal nak berkakak ipar bagai.

            Single la abang, tak ada masa nak layan lelaki. Pointer kena maintain. Serabut je kalau ada boyfriend.” Sinis jawapan Gee itu. Adrian mengetuk-ngetuk stering. Bibirnya dimuncungkan sedikit. Lampu merah sila lama-lama sikit. 

            This is your final sem right?” Rian tanya, walaupun dia sudah tahu jawapannya .Wajah dipusing memandang Gee di sebelah. Gee mengangguk. 

            Assignments semua dah hantar pun kan?Practical pun dah over. Tunggu final exam je kan?” Angguk lagi. Rian menaikkan kening kanannya. Bibir tersenyum sungging.

            Then be my girl?” Gee terbatuk mendegar proposal tersebut. Jo pula terlebih dahulu lagi mengetuk bahu abangnya. Adrian mengerutkan dahinya. Lorh, salahke?

            “Abang...tak boleh romantik sikit ke?” Komen Jo dari belakang. 

            “Kau duduk dediam kat belakang tu Jo.” Arahan keras dari Rian membuat Jo menikus. Ek eleh, abang ni, nak usha kawan kita, lepas tu suruh kita senyap. Pangg karang!

            “Err...chop chop! Gee...Gee nak tanya talian hayat boleh?” Gee buat muka paling comel. Adrian mengeluh. Tangan Jo dicapai dari belakang dan adiknya itu ditarik ke tengah.  Rian tahu sangat siapa talian hayat Gee itu. Jo tayang muka bangga. Inilah salah satu sebab dia nak Gee jadi kakak ipar dia, boleh buat Rian tu behave sikit bila layan adik dia ni.

            Beb.Go for it.  Cakap Jo sepatah. Adrian tersenyum bangga. Ada guna juga adik dia ni rupanya. Ingat reti kikis duit dia aja.

            “Hurm. Ok.” Balas Gee. Adrian mengenyitkan matanya sebelah kepada Gee. Jo pula bersorak riang. 

            “Johanna, diam.Melalak tak sudah-sudah.”  Sempat lagi Adrian membakar hati Jo. Jo menggerutu di dalam hatinya.

            “Eh Gee, tarik baliklah. Kau cari laki lain.” Bentak Jo. Adrian meletakkan tangan kirinya pada belakang kerusi penumpang yang diduduki Gee. Dia merapatkan sedikit kepalanya pada telinga Gee di sebalik tudung itu dan dia berbisik; “ You bedazzled me, kenit.” Zapp! Muka Gee terus menjadi merah. Perbuatan itu membuatkan apa yang ingin dihasut Jo kepada Gee tak boleh didengari. “You are too cute for your own good. Love you, girl.” Sambung Rian lagi. Siapa sangka bila si kerek sudah naik miang dia jadi sweet talker. Gee membekukan dirinya. Mata pandang depan. Jantung sudah sama laju dengan kmph BMW ni. Dup dap dup dap dup dap dari tadi.
        
            Gee tersedar apabila terasa ada benda dilalukan di atas telapak tangannya. Matanya dibulatkan. Rian tayang muka comel sambil pen itu dikembalikan ke kocek kemeja. Gee melihat apa yang dibuat Rian tadi. Mulutnya ternganga sedikit. Mrs. Adrian Saidin.MRS! Astaghfirullah, anak teruna terlajak pak cik Saidin ni memanglah weng!
 
            My name looks good on you,” Lalu dia mengangkat tangan Gee itu dan mengenggamnya erat. Gee rasa nak pengsan, hish la si kerek comel ni, lagi aku kata jangan, lagi dia buat. Tangan ni rasa gatal je nak pang sebijik muka dia tu.

            “Rian...” suara Gee seakan-akan memberi amaran terakhir. Leave my hand alone or you die!!

            “Hurm...lembutnya tangan dia, macam tangan baby.” Rian menggeselkan pipinya pada belakang tangan Gee. Gee bangkit dari kerusinya dan tangan kanannya laju menarik telinga Adrian. Seperti ibu menarik telinga anaknya yang nakal, itulah yang dibuat Gee. Hamek kau! Tak sabar-sabar nak pegang tangan orang.

            “Buat lagi sesuka hati. Orang kata jangan dia buat lagi.” Luah Gee geram, cuping telinga Rian dipulas sehingga Rian melepaskan tangan kirinya itu. Gee tersenyum puas apabila melihat Rian sedang menekup telinga yang sudah merah itu. Muka geram ditayang.

            “Sakitlah kenit!” Tempik Rian. Gee mencebikkan bibirnya. Ada aku kesah ke bro? Nan hado! Sindiri buat sindiri tanggung. Muka jahat ditayang Gee.

            “Tak apa, Aunty Nah kata, kalau , kejap I nak quote her, ‘Kalau anak jantan aunty tui buat perangai macam-macam, Gee ajar je dia. Jangan bagi dia naik kepala,’hehe, itu yang what your mak said.” Gee tayang muka bangga, sekarang, siapa yang lagi kerek? Memang Abah dan Aunty Nah tahu hubungan mereka. Siapa lagi kalau bukan si mulut kecoh Jo tu yang beritahu. Gee pun ada beritahu papa dia, dan papa dia tak kisah pun sebab dia pun dah habis belajar. Lagilah dia suka sebab Rian tu pun accountant.
           
***

            “Gee? Gee...” Suara Rowe itu menyedarkan Gee kembali. Panjang dia berangan kali ni. Gee memangdang ke arah Rowena yang membuat muka teruja tu.

            “Bila kahwin??” Dush! Itu je ke  dia nak tanya? Gee mengangkat bahu. 

            “Entah. For sure, dia dah bincang dengan papa aku. Papa aku  ada call aku semalam, cakap Rian datang jumpa dia. Dia pun dah bagi greenlight.Lepas grad kut. Senang pula papa dia nak lepaskan dia. Entah si kerek tu jampi apa lah dekat papa dia. 

            “Gee, kau kahwin la cepat-cepat. Aku sponsor kek kahwin kau. Tapi kau kena jadikan aku jadi orang tolong kipas-kipas kau atas pelamin tu ha.” Kemain  lagi Rowena membodek. Gee merenung Rowena tajam. 

            “Patut ke aku kahwin terus lepas grad ni?” Dia tanya, musykil lah pulak! Macam tak puas je hidup membujang.

            “Kau nak dia buat cap mohor kat dahi kau dulu ke baru kau nak kahwin ha? Dia dah nak dekat engkau tu, kau on sajelah! Itu pun susah.” Gee mengembangkan hidungnya. Ish mak nenek ni, bila cakap, terus macam kejar kereta api. Tak reti nak letak titik noktah.

            “Senang lah kau cakap.Aku ni ha yang nak kahwin” Balas Gee. Kaki dihentak laju-laju ke lantai. Nak kahwin ke tak arr?

            “Kau kahwin je lah. Dia tu kan dah tua terlajak, kau nak tunggu dia masuk 40 ke baru kau nak kahwin dengan dia? Bajet Hollywood sangat!” Rowena merungut geram. Tak faham betul dengan Gee ni. Adrian tu dah suka kat dia, biarlah Adrian tu macam kerek sikit kekadang, tapi most of the time dengan Gee dia baik je. Kahwin kahwin je lah. 

            “Ye tak ye kan? Lupa pulak dia tu tua. Pandai kau Rowe.” Gee mengangguk sambil jari telunjuknya digigit sedikit. Hurm, kahwin jelah. Nak tunggu pilihan lain, tak mungkin dapat macam yang kerek tapi comel tu. Lagipun, dia memang dah rapat sangat dengan keluarga Jo tu. Dah memang cukup ngam lah!

            “Nanti, nanti...bila kau kahwin, aku tau yang buat kek kahwin kau tu.” Dah berapa kali si sengal ni nak cakap? Gee menarik pipi Rowena geram.

            “Iyalah makcik! Lagi sekali kau cakap, kau yang jadi kek kahwin aku. Dah, shuh sana, aku nak study ni. Kahwin tak kahwin, sayang tak sayang, exam kena excellent! Lagipun, pak cik tu kerek, bab markah pun kedekut tahi hidung masin! Salah eja pun dia potong markah.”

3 tahun kemudian

           
Uwaaaaaaaaa!!!” Gee yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah Jo melepaskan keluhan. Jo hanya memandangnya dengan penuh simpati. Aunty  Nah yang sudah digelar mak juga memandang Gee kesian. 

            “Gaduh lagi ke tu, Gee?” Tanya Abah yang sedang membelek surat khabar itu. Gee bangkit sambil mengangkat bahu. Ada juga dua orang manusia nak kena pang ni! Tak boleh tengok orang duduk senang sikit. Gee melangkah memanjat anak tangga dengan malas. Giginya diketap geram. Perut yang memboyot sedikit itu dipegang.  Baby, bila keluar nanti, please mummy minta tolong sangat, please jangan banyak songeh. 

            Pintu bilik yang bertanda ‘Rian’ itu dibuka kasar. Tangan sudah naik ke pinggang. Wajah masam dua orang kaum adam itu diperhatikan tajam. Sorang sedang menangis, sorang lagi tengah buat bodoh. Tangan dia rasa gatal aja nak pang laju-laju muka yang tengah buat bodoh tu. Dengan budak umur 2 tahun pun tak nak mengalah. Hish! Budak yang sedang menangis itu memandang ke arah pintu. Tangisannya terhenti. Tangan mengelap matanya lalu dia bangkit bertatih ke arah mummynya.
 
            Now now Addi. What did Daddy do this time huh?”

Tanya Gee, walaupun tahu sangat kenapa si kecil ni menangis. Mesti sebab berebut lego yang bersepah tu. Daddy dia pun alahai, macam tak pernah main lego zaman kecik dulu-dulu.

            Mimmi, Diddi take mine. Blue one. Diddy bad!” Si Addi dengan polosnya mengadu pada mummynya.Gee mengangkat Addi lalu dikendongnya ke arah katil. Ini gaduh bukan sebab apa ni, si Addi ni dah mengantuk sangat dah ni. Addi di peluk dan disandarkan pada dadanya. Belakang Addi ditepuk-tepuk.

            He took mine first, sayang! Adil lah I ambil balik.” Gee memandang Rian yang menayangkan muka comel itu. Addi pun setelah mendengar daddynya membongkarkan rahsia turut buat muka comel yang sebijik macam bapak dia. Gee mengeluh. Habis dia, habis! Kalau dua-dua buat muka comel, ada juga Gee pangg diri sendiri. Payah! 

            “Dah dah. Tak kesian ke dekat mummy ni? Penat mummy layan korang. Ingat hujung minggu bila datang sini dapat mummy rehat kejap. Ini tak, dekat sini pun nak gaduh, dekat rumah pun nak gaduh. Tak sayang mummy ke?” Gee sengaja tayang muka sayu. Addi sudah kembali memandang daddynya. Dia memanjat turun dari katil lalu menghampiri daddy dia. Addi memang selalu buat manja balik dengan Rian kalau Gee buat touching macam tu. Memang emotional blackmail Gee dimakan bulat-bulat oleh Addi. Yang tak makan saman, si bapak budak tu je. Kerek memanjang, dengan anak sendiri pulak tu. 

            Sowie Diddy, Mimmy.” Kata Addi sambil berjinjit memeluk tengkuk Rian. Adrian menepuk-nepuk belakang anak terunanya itu. Kepala Addi yang dilapik rambut yang tebal itu dikucup. Gee yang melihat kemanjaan anak sulongnya itu tersenyum. Kan tenteram sikit keadaan kalau dua-dua ni baik baik macam ni setiap masa.

            Kiss daddy?” Adrian menyuakan pipinya. Addi mengucup kuat lalu apabila bibirnya terkena pipi Adrian yang kasar berkumis nipis itu dia menyeringai. Geli! Gee tergelak melihat respons semula jadi Addi itu. Addi paling tak suka cium muka orang lelaki, tapi nak ambil hati punya pasal, sanggup!  

            Now help daddy put these back.” Addi tunduk mengutip lego-lego yang bersepah itu dan meletakkan mereka ke dalam bakul yang tersedia, seiring dengan Adrian. Sesudah aja mengemas, Addi menguap. Adrian menekup mulut Addi yang ternganga luas itu. Mata Addi sudah berair, tanda dia sudah mengantuk. Tanpa dipamit, Addi terus mendapatkan Diddynya.Gaduh macam mana pun, nak tidur mesti kena cari bapak dia. Adrian bangkit dan menepuk-nepuk punggung Addi yang montok dengan diapers itu.

            Diddy, milk.”Pinta Addi. Gee yang terlupa untuk  membawa naik botol susu ketika naik tadi terus bangkit dari duduknya. “His bottle is still downstairs. I turun ambik kejap.” Kata Gee. Adrian menggelengkan kepalanya lalu meletakkan Addi ke atas katil. Mata budak tu sudah kuyu. Ibu jari kanan dihisap. 

            “Tahulah dia supermom pun, tak payah lah rajin sangat.” Kata Rian sambil menjamah perut Gee. Lagi empat bulan, konfem makin riuh keluarga dia ni. Gee mendongak memandang Rian yang sedang tersenyum kecil sambil mengusap kandungan Gee itu. Kerek macam mana pun, dia tetap sayang. Tambah-tambah si Adrian ni kerek sebab mengada lebih. Nak rebut perhatian dengan Addi tu. 

            “Addi kan nak abang je kalau dia nak tidur.” Gee berkata, sambil-sambil menekap tangannya di atas tangan Rian yang menekap perutnya itu. Rian memandang wajah Gee, senyum nakal ditarik.
            “Aih, nada suara macam dengki je?” Dengki ke? Dengki la jugak, sebab Addi tu sikit-sikit cari bapak dia je. Addi cari dia bila gaduh dengan Adrian ni je. 

            “Dengki sikit.” Akui Gee. Tangan Adrian dialihkan dari perut lalu dilekapkan pada pipinya. Adrian tunduk dan memagut bibir Gee perlahan. Muka Gee terus merah. Tiga tahun masih tak dapat hilangkan rasa malu bila Adrian manja-manja dengan dia. Bila si kerek naik miang, inilah yang dia dapat.

            “Mrs Adrian Saidin, ibu kepada anak-anak Rian, si kenit saya, nak dengki apanya. Addi cari saya bila nak tidur, saya cari awak. See, undivided attention. Dah, tengokkan dia, I’ll get his bottle.” Sebelum Rian berlalu, sempat lagi dia mengucup Gee lagi sekali. Gee hanya mampu gigit bibir. Tak menyesal dia ikut kata Rowena untuk kahwin. Walaupun penat layan karenah sorang-sorang, tapi berbaloi. Si kerek dan si kerek junior dan soon to be junior number two ini membuatkan hari-harinya riuh rendah.

***3 tahun yang lalu

            “Dahlah kerek, tinggi pulak tu. Tunduk lah sikit.” Sempat lagi Gee memerli Rian. Adrian pula menyangkan muka tak puas hati.Namun dia tetap merendahkan badannya, memudahkan Gee untuk tolong mencabut butang baju melayu cekak musangnya itu. Dah nak tercekik rasa ni. Patut nama baju melayu ni cekik manusia, bukannya cekak musang!

            “Dia yang kenit tak sedar pulak. Dahlah kenit, makan tambah tiga kali.” Dah mula balik dah perangai kerek dia tu. Gee memegang bibir Adrian yang cotcet cotcet tanpa henti itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Hyper semacam mulut dia hari ni. 

            “Abang tak puas hati kenapa? Kenduri saya ni sekali saja seumur hidup, makan lah banyak-banyak! Mana sama rasa nasi minyak kita kahwin dengan nasi minyak orang lain kahwin. Tak macam orang tu, makan pun nak kontrol. Kenapa? Takut students abang cakap abang kaki lahap lah tu kan?” Sesedap rasa aja Gee menjawab. Tangan Adrian memegang pergelangan tangan Gee. Jari yang memegang bibirnya tadi dikucup perlahan. Gee mendengus, dia mula naik miang dah!! 

            “Bukan tak puas hati, saja nak buat kerek dengan bini sendiri...” Gee membeliakkan matanya. Kerek tak bertempat namanya tu. Pijak kaki karang!

            “Dan saja nak buat Nur Jehan ni marah. Sebab dia comel sangat. Dahlah kenit, tengah marah pulak tu, rasa macam nak penyek-penyek je. Sekali pandang macam ayam penyet pun ada.” Adrian berkata. Senyuman mengejek yang nakal ditarik. Gee menolak kasar dada Rian. Dasar Mr Kerek. Kita perli dia sikit, berdas-das dia bagi balik.

            “Nak tahu saya rasa nak buat apa sekarang ni Mr Kerek? Saya rasa nak cili je mulut awak tu tau. Rasa nak buat sambal belacan pun ada. Perli orang memanjang. Mulut takde ins...” Gee berhenti dari bercakap apabila Rian mendiamkannya. Matanya ditutup  sambil hujung bibirnya ternaik sedikit. Sempat lagi nak senyum! Tangannya yang tadi menolak-nolak Rian sudah melingkari tengkuk Rian. Tangan Rian yang melingkari pinggangnya diperketat. Kaki yang tadi berpijak pada lantai sudah tidak mencecah lantai. Mata dibuka.

            “Habis lah dia. Nanti jangkit dah lepas ni, nasib baik tak dan nak cili lagi kan? Kalau tak, sayang pun sama-sama rasa pedas.” Perli Rian apabila Gee membuka matanya. Tangan Gee memegang pipinya. Dia menolak sedikit Gee ke atas, supaya tidak melorot jatuh. Gee tersenyum memandangnya.

            “Just shut up Mr kerek. I’m enjoying this free lift.” Kata Gee sambil tersenyum lebar. Last kena dokong masa dia umur lima tahun agaknya. Ini rasa macam budak-budak balik.

            “Kiss me first.” Gee mengucup dahi Rian. Rian tayang muka tak puas hati.Bukan cium dahilah yang oi...

            “Dahlah, turun, berat nak mampus. Naik lima kilo ke apa lepas tambah tiga kali tadi tu.” Acah Rian sambil buat-buat hendak menurunkan Gee. Gee menolak sedikit pipi Rian. Ish la dia ni kan. Suka demand lebih-lebih.  Gee mendengus kecil lalu mengucup perlahan bibir Rian. Tak sampai sesaat lepas tu dia tarik balik mukanya. There, dah kena pun kira cukup ah kan?

            “Ceh, macam tu pun muka merah macam kena tuang sos. Dasyat, dasyat.”  Rian tetap dengan kritikannya. Gee memegang telinga Rian lalu dipulas.

            “Banyak cakap lagi...saya repot dekat mak!Biar mak sendiri pulas telinga anak jantan dia ni.”Ugut Gee. Namun bibirnya tersenyum.

            “Saya lagi suka awak yang pulas telinga saya,” Kata Adrian sambil mengenyitkan matanya. Gee diletakkan ke lantai. Tuala di sudut bilik dicapai.

            “Saya sayang awak for real tau, by the way.” Katanya. Gee menjungkitkan keningnya. Itu semua orang pun tahulah.

            “Iya...dahlah pergi mandi tu.” Gee menghambat Adrian. Adrian berlalu. Gee merebahkan dirinya ke atas katil. Penatnya layan Adrian sorang, ini, kalau dah ada anak nanti, bertambah penatnya! Beberapa saat kemudian pintu bilik air terbuka.

            “Kalau sayang rasa nak join, pintu ni tak kunci tau...” Gee membulatkan matanya. Muka Adrian  terjongol dari sebalik pintu, siap  dibuat secomel mungkin lagi.  Macam mana dia boleh buat ayat minta penampar tu jadi macam polos je? Gee berkira-kira di dalam otaknya. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Nah...siapa nak join dia tu.Bluwekk! Tak hingin pun lah.

Lagi sekali pintu bilik air dibuka.Kali ini Adrian sendiri yang keluar macam lipas kudung. Gee diangkatnya dan dibawak ke bilik air. Gee pula, macam roh dia melayang saja. Bila kerek dah guna kuasa veto, dia diam sajalah. Pintu bilik air ditutup dengan kaki. Adrian tayang muka bangga.

“Itulah, siapa suruh fikir panjang-panjang!”  

The End =)