Thursday, December 18, 2014

Demi Kasih Lova : Bab 2



“You...lain sangat dari Marsha.”
Komen jejaka yang tidak-diketahui-namanya itu menjengah telinga Maria. Giliran Maria untuk menyilangkan tangan ke dadanya.
            Cotton dress putih paras lutut serta hoodies biru berbunga halus yang dipakainya tika itu gagal untuk mempamerkan ‘kebengisan’ yang diingini. Tapi nak buat macam mana. Marsha telefon dia last minute, cakap yang dia perlukan bantuan untuk membuat persiapan perkahwinannya.
            Kebetulan pula Maria memang tidak ke mana-mana. Dia berada di stor rumah, sedang menyiapkan sebuah lukisan impressionis untuk dijadikan hadiah perkahwinan Marsha. Apabila Marsha cakap yang sepupu Gabriel akan sampai dalam masa 10 minit, dia terus mencapai baju yang mula-mula dia nampak.
            “Err...I’m Zehn. Sepupu Gabe.” Zehn terus mengubah topik apabila wanita di hadapannya itu bertindak seakan-akan ingin menelannya hidup-hidup.
            Pelik betul kembar Marsha ni. Tadi masa aku buka tingkap, dia seakan terpukau. Bila aku keluar kereta, dia macam marah. Did I say something wrongly?Zehn tertanya-tanya.
            “I lain sebab I bukan Marsha. DNA saja yang sama, selebihnya masing-masing punya hal lah...” Serius, Maria berkata.
            Dia tidak suka bila orang cuba hendak point out the obvious. Tak dak pekdah!
            Zehn tersenyum mendengar jawapan sinis Maria. Kemudian, entah kenapa dia jadi berani sangat...telunjuknya dijatuhkan ke pipi Maria yang mempunyai secalit warna merah.
            Pipi Maria itu dicuit sedikit, namun warna tersebut tidak mahu hilang.
            Maria terkejut dengan tindakan berani Zehn.
Hello! Main sentuh-sentuh ni kenapa?
            “Ada cat kat pipi you. Itu yang lain. Marsha yang I kenal, make up dia flawless. But you don’t wear make ups, you wore acrylic instead.
            Zehn memberi penjelasan, yang diakhiri dengan tawa kecil. Wajah Maria diperhatikan.
            Berbanding dengan Marsha, raut Maria sedikit keanak-anakan, menjadikan Maria tampil lebih muda daripada Marsha.
            Maria pula, setelah tahu yang pipi dia tercalit cat, terus menggenyeh tempat yang disentuh Zehn tadi. Dengan selamba, badan Zehn ditolak dan dia menunduk untuk menilik pipinya pada cermin sisi.
            Kebetulan pula, waktu itulah juga ada angin nak tiup. Sebelum sempat Maria berbuat apa...kainnya sudah terselak lantas menampakkan apa yang tidak patut dilihat Zehn.
            Wajah Maria menjadi semakin merah, dengan lehernya sekali.
            Dia menegak dan merenung ke arah Zehn. Lelaki itu sedang berdeham dan tangan kirinya menggaru belakang tengkuk.
            “Did you see...”
            “Nope. I saw nothing.”Zehn cepat-cepat memotong pertanyaan Maria.Namun, hujung telinga serta pipinya sedikit merah berbanding tadi.
            Renungan Maria semakin tajam. Mata dikecilkan ke arah Zehn yang sedaya upaya cuba mengelak dari memandangnya.
            He definitely saw it!

I SAW IT!
            Zehn terus mengalihkan pandangannya pada punggung Maria. Kenapalah Maria pergi tonggeng macam tu? She’s bloody oblivious!
            Sekilas dia ternampak kain lace merah jambu yang bukan sebahagian dari dress putih Maria itu, dia terus mengalihkan pandangnnya ke tempat lain.
            Damn...
            Zehn...think of something different from that perfect behind! Think paperworks, think charts...think...pink undergarments...
            Pink lacey undergarments...
            Tangannya naik ke belakang kepala. Nafas ditarik dalam-dalam. Mata dipejam sekejap, sebelum kembali dibuka. Apabila dibuka, terpandang pula renungan maut yang disalurkan dari Maria.
            She saw me looking at her...
            Shit!
            Riak wajah Maria tika itu sukar ditafsir. Dari tona warna wajahnya yang sudah menjadi merah, sudah tentu wanita itu sedang menahan malu.
            Zehn menggigit bibir bawah.Awkward much...
            “Did you see...”
            Zehn sudah dapat agak apa yang ingin ditanya Maria. Sebagai seorang lelaki yang boleh tahan budiman, dia cepat-cepat menggeleng kepala sambil menjawab, “Nope. I saw nothing.”
            Lying through your teeth now, Zehn? Suara hatinya menegur. Zehn menyepak dirinya secara mental.
            Diamlah!
            Zehn berdeham lagi.Kaki melangkah ke pintu sebelah penumpang. Pintu dibuka untuk Maria.
            “Masuk, Mar. Diaorang tunggu kita ni.”
            Tanpa kata, Maria membolos ke dalam kereta. Pintu ditutup oleh Zehn. Sebelum Zehn masuk, sempat Maria menarik nafas panjang-panjang.
            Oh boy, this is going to be a looooong ride...be still, my beating heart...ujarnya di dalam hati.
            Zehn Handerson.
            Sepupu Gabriel si muka ketat.
            Seorang gentleman yang sanggup menipu agar maruah perempuan bernama Maria masih terjaga.
            Dan dia juga seorang yang kacak, kaya dan berkarisma. 3Ks.
            Kenapalah Marsha tak pilih Zehn sahaja sebagai calon suami?
Kenapa mesti si Devil’s Incarnate yang bernama Gabriel itu juga yang menjadi sasaran untuk kakaknya jatuh cinta?
            “Set?”
Zehn yang baru masuk ke dalam kereta menoleh ke arah Maria yang seakan-akan hanyut memikirkan sesuatu.
            Fikirkan apa tu sampai bermuncung itik bagai?
            “Earth to Mar...
            Maria tersedar dari fikirannya. Zehn yang sedang memerhatikannya, dipandang. Dalam masa kurang daripada 15 minit dia kenal Zehn ni, sudah tiga kali dia memalukan diri sendiri.
            What is wrong with you, Maria Hannan?
            “Cara you fikir, Einstein pun boleh kalah, Mar. I panggil banyak kali baru nak sedar. Betul Marsha cakap, you mudah masuk ke dalam dunia sendiri.”
            Zehn mula membuka cerita. Tangannya menekan suis radio. Suara The Monotones dengan lagu Book of Love mengisi segenap ruangan di dalam R8 tersebut.
            “Marsha cerita pasal I?” Maria mula mengorek maklumat.
Zehn sekadar mengangguk kemudian dia tergelak kecil.
Apa yang lucu pun Maria tidak tahu.
Gosh...don’t you just love this song, Mar? I boleh tiru sebijik suara korus dia.” Pandai Zehn mengalih topik.
Kening Maria nyaris bercantum menjadi satu. Zehn ni tengah high ke apa? Seriau pula aku. Detik Maria di dalam hati.
Zehn mula mengetuk stereng, mengikut rentak lagu tersebut.
Here it is...here it is...” suara teruja Zehn mencuit urat geli Maria. Hujung bibir Maria ternaik sedikit.
Lawak pun ada tengok Zehn ni. Beberapa saat kemudian, tawa Maria meletus.
Zehn...menyanyi...lagu yang paling dorky!
Chapter One says to love heerrrr...you lov’er with all your hearttt...Chapter Two you tell herrrr...you never ne’er ne’er ever gonna part...”
Muka sehabis ‘layan’ ditayang oleh Zehn tika itu, lagilah Maria ketawa besar. Segala awkwardness ditolak ke tepi. Yang pasti, Zehn dan Gabriel adalah dua kutub yang berbeza. Gabriel jenis serius dalam semua perkaran, manakala Zehn...Zehn knows to crack a joke! Walaupun dia memalukan dirinya sendiri, tapi Zehn tidak kisah langsung!
 “In Chapter Three remember, the meaning of romaaaance...In Chapter Four you break up, but you give her just one more chance!”
Mendengarkan Maria ketawa, Zehn melepaskan nafas lega. Ice breaking session, done!
Wajah Maria yang merah dek banyak gelak itu dipandang dengan perasaan puas.
“Satu nasihat I pada you, Zehn...” Maria memulakan bicara apabila sudah puas mengetawakan lelaki yang sungguh spontan itu.
“Kejap-kejap...”
Zehn mengangkat tangannya suruh Maria berhenti dari bercakap. Lagu belum habis ni...dahlah bahagian paling best!
I...wonder whooooo...who wrote the Book of Loveeeeee!” Setelah selesai sesi menyalak secara spontan di dalam kereta, Zehn kembali memberikan perhatiannya kepada Maria.
Senyuman tidak lekang dari bibir Maria. Zehn juga menarik senyuman 700MegaWattnya.
Was I great, Mar?” Zehn bertanya sambil tangannya memberi signal untuk membelok.
Padahnya, Maria menampar bahunya.
“You memang gila ke hari ni special occasion?That antique song is damn hilarious lah!”
Special occasion for a girl named Maria.It’s a good way to break the ice though...gotta admit that, Mar.
“You lah satu-satunya manusia yang berjaya buat I gelak macam orang gila. Kita baru kenal dalam masa 15 minit kut! I’m impressed.
We have the ‘zing’, Mar. You pasti you kembar Marsha? Entah-entah you pun kembar I...kita terpisah waktu kecil ke, apa ke...” Zehn kembali hendak merapu.
Maria sekadar menggeleng kepala. Masih tersenyum lebar.
You are a funny guy...
“Marsha takkan percaya kalau you cakap macam tu depan dia. Abang bos dia, tanya dia Abang macam mana.”
Abang?
Maria memandang tingkap. Bibirnya digigit.
            “Abang tua pada Mar, dan Mar tak kerja dengan Abang, so you are allowed to adress me so.Lagipun, adik abang baya Mar...”
            Maria mengangguk tanda faham. Seronok juga dapat abang. Kalaulah Zehn ni yang menjadi abang ipar dia, lagi dia seronok.
            Tapi masalahnya, Gabriel tu juga yang berkenan dengan Marsha.
            “Jangan rasa tak selesa dengan Abang tau, Mar. Abang buat perangai gila-gila ni dengan orang yang abang selesa sahaja. You happen to be one of them. You make me feel like doing some crazy things...macam tadi. Mar pun, bila dengan Abang...just be yourself,okay. We are awesome being ourselves.
            Apabila Zehn senyum, kedua-dua belah pipinya mempamerkan lesung pipit. Kecacatan yang turut menyumbang kepada kekacakannya.
            Maria mengangguk laju. Dia setuju sangat dengan kata-kata Zehn. Dia selesa menjadi dirinya sendiri, dirinya yang bebas bersuara, bebas untuk mengejar apa sahaja yang diidamkannya.
            Dan dia rasa bertuah kerana dipertemukan dengan Zehn yang turut mempunyai kefahaman yang serupa dengannya.
            

...bersambung 
=)