Tuesday, March 26, 2013

Cik Kiah Hopeless Romantik! : Bab 6






Kiah membuka tudung minyak rambut bayi itu lalu menuangnya ke telapak tangan. Setelah itu kedua-dua belah tangan digosokkan lalu minyak dilumur ke kepala mamanya.Puan Maimunah memejam matanya, nikmat betul ada anak perempuan. Boleh urutkan kepala.


“Hurm, pandai anak mama. Untung suami kamu nanti Kiah.”


Kiah tergelak kecil. Ye ma, sangat untung. Kiah ni kan serba boleh. Semua Kiah boleh buat, menjahit je tak boleh. Ketar tangan nak pegang jarum tu.


Like mother like daughter...”


Kashaff mencelah. Mata masih ralit meneliti buku resipi yang dibeli adiknya hari itu. Adik dia ni beli saja, buat tu  tak. Kempunan tau aku nak merasa segala jenis desserts dalam buku ni.


“Eh, mama lupa nak tanya progress kamu Kiah.”


Kiah mencapai sikat lalu menyisir rambut mamanya. Dahi dikerutkan. Progress? What progress?  Aku tak ada pun buat rumah sampai mama nak tanya progress bagai ni?


Progress?”

 Kiah bersuara hairan. Getah dicapai lalu dia mengikat rambut mamanya.

“Takkan dah lupa deal kita? Setahun mama bagi untuk Kiah cari calon suami. Dah jumpa belum?”


Puan Maimunah bangun lalu duduk di atas sofa, bersebelahan dengan Kiah. Kiah menggigit bibir bawahnya. Aiseh mama ni, tak best la macam ni.


Kashaff pula...dengan muka tak malu pergi duduk di hadapan Kiah. Nak suruh Kiah picit kepala dia juga lah tu. Dia diam saja mendengar perbualan mama serta adiknya itu. Kalau perlu baru dia campur tangan.


“Ewah ewah. Abang pun nak menyemak ni kenapa?”


Kiah menghiraukan mama dia yang sudah menunjukkan muka cemberut apabila Kiah menepis soalan tadi begitu saja. Tak sia-sia dia masuk debat masa zaman baju putih kain biru dolu-dolu kala.


Puan Maimunah bersandar di sofa lalu kaki di angkat ke atas  pouf bercorak vintage itu. Kiah nak elak soalan mama ya? Heh.


“Adik picit kepala abang, dapat pahala free. Ha, sambil picit tu, jawab soalan mama tu. Dah ada belum?”


Bahu Kashaff ditampar perlahan. Abang dia ni kan, nak kena betul. Boleh pula dia join team dengan mama kenakan aku. Ish.


“Belum lah ma...boleh tak Kiah tunggu dapat PhD dulu baru Kiah kahwin?”


Kiah jawab selamba. Kashaff gelak tiba-tiba. Puan Maimunah makin berkerut dahinya. PhD? Bila dia nak timang cucu macam ni?


“Ah, no no. Kahwin dulu baru buat PhD. Masters pun tengah sangkut lagi. Apa nak jadi dengan kamu Kiah.”


Kiah tarik muncung. Kashaff makin galak gelakkan adiknya.


“Ma, kalau Mama nak tahu, Kiah nak PhD sebab abang sayang dia tu pun doktor. So dia pun nak juga rasa ada Dr depan nama dia. Tak gitu dik?”


Puan Maimunah tarik muka pelik. Tadi kata Kiah tak ada siapa-siapa, sekarang ni Kashaff pula cakap si ehem-ehem Kiah tu doktor. Siapa yang aku nak dengar ni? Dua orang ni kan, aku tarik juga telinga baru tahu.


“Ish abang ni.”


Serentak itu Kiah menolak kepala abangnya. Makin si Kashaff berdekah ketawa. Ada orang tu dah tersentap. Bila lagi nak kenakan adik dia...kan?


“Apa ish ish... Benji tu abang tengok macam nak je kat kamu. Hari tu kan Ma, dia siap keluar lagi dengan Benjamin senior abang tu tau. Ni, buku ni, dorang pilih sama-sama. Benji cerita kat abang tau Ma.”


Kashaff melapor pada Mama. Kiah mencubit leher abangnya. Ada plaster tak? Duck tape ke? Ada orang ni rasa nak makan gam plaster agaknya, pandai duduk reka cerita.


“Iya abang? Suka Mama kalau macam tu. Benji tu pun mama tengok baik, sopan-santun. Tapi masa abang kenalkan masa rumah Datin Zu dulu dia rambut panjang kan?”


Mama dah pedulikan anak perempuan dia. Kiah rasa nak bentang banner  besar-besar kasi mama dia nampak yang dia juga wujud di sana. Ini tidak, semua nak dengar cerita Kashaff buat tu.


“Eih tak aih ma. Dah pendek ma. Keluar dengan adik je, dia pergi potong. Makin kacak bakal menantu mama tu.”


Kashaff makin galak. Kiah merengus. Boleh tak aku nak blah dari sini? Bosanlah dengan dorang ni, pepandai buat cerita sendiri.


“Hah Kiah, apa lagi, panggil Benji datang lunch sini. Mama pun nak kenal-kenal. Bakal menantu...”


Puan Maimunah berkata sambil senyum sungging. Kiah buat muka jelik. Puh-lease! No way man.


“Ma...orang kawan sajalah dengan dia...abang ni pandai reka cerita.”


“Ma, tak pa ma, abang ada nombor Benji, abang inform dia sekarang juga. Adik ni yang jual mahal.”


Kashaff mengeluarkan telefon bimbitnya lalu laju menekan keypad pada skrin. Kiah mengecilkan matanya lalu merampas telefon dari Kashaff. Kashaff menjelirkan lidahnya.


“Wekk, abang dah send. Esok Benji datang lunch kat sini, yeay yeay. Orang tu dah ada calon. Yeay yeay.”


Kiah bangkit lalu membawa telefon Kashaff ke akuarium di sudut bilik itu. Telefon di pegang betul-betul pada hujung, dan sudahpun diacah untuk dimasukkan ke dalam air. Kashaff terdiam tiba-tiba. Dari mood menyakat terus bertukar mood cuak. Itulah kau bang, sakat lagi aku. Sakat...aku celup je telefon ni, menangis kau bang.


“Adik! Gimme back my phone!”


Kiah buat tak tahu. Kashaff sudah turut bangun untuk mendapatkan jantung hatinya yang ingin diselam oleh si adik.


“Jangan gerak. Abang gerak telefon ni adik selam.”

Dan, serentak itu juga telefon Kiah berdering. Kiah mengeluarkan telefonnya dari poket lalu memandang abangnya.


“Opps-si...cellphonus interuptus! Nah telefon abang...”


Kiah menekan butang answer sambil tangannya lagi satu melepaskan telefon Kashaff ke dalam akuarium. Bloop bloop bloooooooop. Kashaff ternganga. Kaki laju melangkah untuk menyelamatkan hartanya itu.


Kiah pula tarik senyum sambil mengenyitkan matanya pada si abang. Ambik kau, buat lagi cerita tak betul pasal aku dengan Benji. Kita tak declare apa-apa pun lagi, so jangan memandai nak cakap apa-apa. Hee-yee!


“Aloha, Cinderella speaking.”

“Kakak Cinderella!”

Kiah senyum panjang. Ini dia, ini barulah buah hati dia yang sebenar.

Hye handsome! Kejap, ni, mana Luth dapat number kakak ni?”

Kiah bertanya sambil menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dia kembali duduk di sofa. Kepala disandar pada bahu mamanya.

“Luth minta dengan opah. Opah minta dengan mama kakak. Dah lama Luth ada, hari ni baru Luth dapat suruh Uncle Long dailkan. Miss you kakak. Bila kita nak jumpa?”


Kiah menggigit bibirnya. Rindu? Alahai Luth ni sangat comel. Kiah rindu pun tapi dia tak ada usaha nak call  Luth. Budak kecil tu juga yang lagi pandai. Sayang betul pada kakak Cinderella dia.


“Bila Luth free? Luth tak school ke?”

“Kejap. Luth tanya Uncle Long.”


Kiah tersenyum. Telefon masih pada telinga. Dia dapat mendengar soksek soksek yang ditanya oleh Luth kepada pakcik nya itu.


“Kakak, Uncle nak cakap.”


Senyuman Kiah terus termati. Apa dia?? Oh la la la. Si dia nak cakap? Waaa sukanya. Maintain Kiah maintain.


Kiah menegakkan badannya. Nak cakap elok-elok kan? Kenalah badan tegap. Barulah voice projection tu betul.


“Khairina?”


Kiah yang tadi hampir mengelamun kembali ke realiti.


“Ya saya.”
Skema kau Kiah! Hihi.


“Esok Luth nak pergi outing dengan Benji. You ikutlah Benji kalau nak jumpa Luth, and also if you are free. Nanti I inform Benji sekali ya? Sebab malam ni I hantar Luth tidur rumah sana.”

Kiah yang tadi harapan menggunung nak jumpa Luth  serta Uncle Long Luth terus hancur. Haih, jumpa Luth sajalah nampaknya, dan juga Uncle Ben Luth. Bukan Uncle Long.


Heh, tak apa Kiah. Motif kau nak jumpa Luth, ikhlaskan hati. Budak tu sayang kau, dan kau juga sayang budak tu, Mercedes Benz aka Kay tu ke, Bently aka Benji tu ke, belakang kira. Sekarang, kau nak jumpa dan have fun dengan that cute little boy!


“OK, you informkan Benji. I join. Thanks Abang Kay.”

Lalu Kiah memutuskan talian. Kejap, apa dia panggil tadi? Abang? Abang Kay? Pheewit! Kelas kau Kiah. Berabang dengan tunang orang. Habis kau.


Kiah...perasan tak. Kau dah ada phone number Khayrel Reza? Kau-ada-nombor-dia. Save cepat! Yes yes yes! Dan dari situ, Kiah senyum sehabis lebar. Hai senangnya dalam hati, dah ada nombor si dia.


***


Di sebelah talian juga orang tu tersenyum. Abang Kay? Dah lama tak dengar orang panggil aku abang. Heh, Kiah Kiah. Apalah yang kau dah jampi sama anak sedara aku ni sampai dia suruh aku telefon engkau banyak-banyak kali? Kay tersenyum sendiri sambil menggelengkan kepalanya.


“Uncle Long are you OK? You are smiling like...like....Goofy.”


Luth bertanya dengan muka tak bersalahnya. Riba Kay dipanjat lalu dia memeluk Uncle Long nya itu. Kay mengusap rambut perang Luth.


“Tak ada apa-apa lah. Dah, jom siap-siap. I want to send you to Uncle Ben’s.”


Kay mengangkat Luth lalu menghumbannya ke atas katil. Luth melompat di atas katil itu. Kay pula mencapai tualanya lalu berlalu ke bilik mandi.


“Yeay! Esok nak pergi jalan-jalan. Eh, Uncle Long wait for me!”
Luth melompat turun dari katil. Kaki kecilnya melangkah ke pintu wardrobe.


“Luth, cepat! Lepas tu Uncle pula nak mandi.”


Kay memanggil dari dalam bilik air. Luth turun lalu mencapai tualanya dan ikut serta Uncle Long dia. Suka sangat bila Uncle Long mandikan. Boleh buat rambut macam Mr Bean tu, rambut ikan jerung. Ten-net, tennet tennet.

22 comments:

  1. So sweet je part last tu.. Kay baik sangat dengan Luth..dah macam anak dia sendiri jr.hehe

    ReplyDelete
  2. kau dah ada number dia~ seriusly lawak.. hahahhaha

    ReplyDelete
  3. sis...sis mmg suka dgn 'uncle long' sesangat ekkk... camna nak rebut tunang org tu??? hmmmmm.. hehe

    ReplyDelete
  4. What happen to the brother? n mama tak terkedu ke mama, kiyah panggil Abg Kay

    ReplyDelete
  5. noorliyana : to be continued! mama mungkin tengah syok layan TV~ abang dia pulak buat tatau ja. hehehe

    hk : secara kebetulannya. ada aura LI kan? haha

    ReplyDelete
  6. rajinnya u post entry sekarang ni? Banyak idea eh? i nak kiah dengan benji please. Kay tu biarlah dengan tunang dia. Anyway, taste i pun macam kiah juga, suka badboys. hiks~

    -ana-

    ReplyDelete
  7. haha. tgh cuti, idea takde pun kena perah sampai ada

    ReplyDelete
  8. sejak semalam duk baca cerita2 kat blog ni..superb la ur story, sempoi~~

    ReplyDelete
  9. Terbaek...nk kiah gan benji...boleh x...??
    Yg pnting ade luth...cumell sgt die...

    ReplyDelete
  10. Nak Kiah ngan Benji . .. . Sweet ape kalau diorang kahwin ??

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Dear Shamien
    I lke this phase...."Mercedes Benz aka Kay tu ke, Bently aka Benji tu ke" hahahahaha.... tqvm.....:)

    ReplyDelete
  13. kiah + kay baru ngam..kan cik writer?

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Nisa Kasyah : that phrase is really something huh? hehehe,,thanks to that girl la kan kan kan.

    inochi : errrrr...hehe, just wait and see.

    adha : hurmph...tatau tatau, just wait and see.

    ReplyDelete
  16. uncle long nie da mcam uncle long cte lelaki idaman jew..

    ReplyDelete
  17. uncle long sini betul2 uncle long. yang LI tu bini dia panggil mcm tu. hehe

    ReplyDelete
  18. redpepper here.

    errr...no comment.hihi

    ReplyDelete
  19. nk kiah dgn kay ar..
    kiah klau ending dgn kay, sure lg romantik.. cewah..! kiah kn jenis giler2.. hehe...

    ReplyDelete
  20. suke kiah dengan due2 ! just love ur story :) keep it up :)

    ReplyDelete
  21. Giler brani kiah buang hp abg dia.hahah...

    ReplyDelete