Thursday, June 19, 2014

(S.E) Hopeless Romantik : Father's Day Specials



                 “Yaya...mama tak marah ke nanti kalau tahu kau guna oven dia without adult’s supervision?” pertanyaan bernas dari si adik pada pukul 4.30 pagi itu ternyata membantutkan pelan yang dirancang rapi oleh Nurul Liyana binti Khayrel Reza itu.
            Yaya mengeluh sambil pandang Luq yang jelas mengantuk  itu dengan penuh kebuntuan. Kaki yang tersarung bunny slippers di goyangkan. Jari mula menggaru pahanya yang tersarung yoga pants berwarna hitam itu. Alamak...macam mana ni?
            “Kenapa tak kejut je abang? Dia kan adult. So we would definitely not get into trouble.” Sambung Luq lagi. Ternyata bernas cadangan si 15 tahun itu.
            Apparently, mama dengan papa dia punya definition of being and adult is  dah ada lesen kereta, dah boleh mengundi dan dah 21 and above . Yaya pula baru 18 tahun, lesen kereta pun asyik sangkut masa nak naik bukit, sampai ke tua agaknya tak jadi adult dalam mata mama dan papa dia. Haila, nasib bila seorang sahaja anak perempuan  dewasa dalam famili.
            “Hoi. Nak kejut abang ke tak ni? Termenung pulak kau.”
 Teguran si adik mengembalikan dia ke realiti. Lagi sekali, dia mengeluh.
            “Kau pergi kejut dia Luq. Abang is not a morning person. Nanti dia marah.”
Serentak itu Luq menjungkitkan keningnya tinggi-tinggi. Kepalanya digeleng laju-laju. Nak kejut singa muda tu? Pukul 4.30 pagi? No way in hell!
            “Alaaa dik!! Please please please? Kau kan adik favourite abang. Dia takkan mengamuk punya kalau kau kejutkan dia.”
            “Eeesh favourite abang si kenit pelat yang umur lima tahun tu! Kalau aku kejut lagilah dia mengamuk! Kau kejutlah dia. Kau punya pelan nak buat surprise ni kan? Dah shuuh shuuh.”
Senang Luq menghambat Yaya keluar dari dapur. Yaya menunjal sedikit kepala adik dia lalu mencebik geram. Dasar adik tak boleh harap! Sengaja aja suruh aku hadap abang bila mood dia kelaut kan? Sengaja!


DIA mengetuk pintu yang mempunyai  emblem tengkorak dan juga bertanda ‘Do not Disturb’ itu berkali-kali. Sudah hampir lima minit dia berbuat demikian namun masih tiada respons. Rambut hadapannya ditiup kasar. Kalau lagi sekali dia ketuk dan masih tidak bersahut, jangan marah kalau dia terjah masuk aja.
            “Apa bising pagi-pagi ni? Orang nak tidur lah!” Rungutan dari dalam bilik sudah buat dia tersenyum lebar. Bangun pun dinosaur sorang ni.
            Pintu bilik dibuka kasar dan dia harus mendongak untuk memandang ‘dinosaur’ di hadapannya tika itu. Dari rambut yang serabut, turun ke mata yang masih merah, kemudian ke badan sasa yang masih tidak berbaju itu, semua dia pandang. Tiba-tiba dia terasa pipi dia panas. Aiyak!
            “Hmmm. 4.30 in the morning ni Liyana. Better be something good.” Garau suara Luth menyahut telinga Yaya. Yaya menekur kakinya lama. Hujung rambutnya  yang melebihi paras dada dipintal-pintal.
            “Nurul Liyana!”
            Suara kasar itu membuat Yaya tersentak. Dia membulatkan matanya lalu memandang Luth lagi sekali.
            “Hai abang!” nada suaranya diceriakan. Tangan naik membuat simbol ‘peace’ di muka pintu dinosaur itu.
“Hai-hai apanya? Aku baru nak lelap pun nak kacau.” Rungut Luth, geram. Badan masih belum terbiasa dengan waktu Malaysia, susah nak pejam mata pun. Seksa satu badan pusing kanan, pusing kiri atas katil.
Yang dia ni pula, pagi buta pun duduk ceria lagi. Sebijik ikut perangai mama. 24 jam ceria aja kerja.
“Yaya nak mintak tolong...sekejaaaaap aja.” Halus, suara Yaya mencecah telinga Luth.
 Ingatkan balik rumah summer holidays  dapatlah rehat dan Qada’ tidur, rupanya dua kali lima sahaja. Kalau dia tahu adik-adik dia ni tahu nak ganggu tidur dia aja, baik dia ikut kawan-kawan dia pergi melancong Eropah.
            Tapi, mana boleh dia tak balik jenguk mama tersayang. Habis SPM sahaja dia dah terbang. Ikut jejak langkah papa dan Uncle Chap dia, nak jadi doktor, tapi doktor gigi. Mama dia kalau boleh tak nak lepas dia pergi luar negara, tapi apabila papa dia pujuk punya pujuk, terlepas juga. Betapa sayangnya mama dia pada dia.
            “Pukul 4.30 ni. Tunggu matahari terbit tak boleh ke? Abang jetlag lagi ni.” Rayunya. Memang, dah dua hari dia balik rumah, tapi asal nak tidur mama ajak pergi tengok opah, asal nak baring papa ajak keluar, asal nak lelap adik dia kejut suruh bangun sebab nak minta tolong. Haduila, penat jadi anak sulong. Tapi, sepatutnya Yaya yang sulong sebab dia anak angkat sahaja, tapi mahu mama dia pancung kepala dia kalau dia mendiskriminasikan diri dari keluarga itu.
            “Abang...hidup mati Yaya dengan Luq ni. Please?
            Gosh! This better be worth my sleep, Liyana.
            “Abang ni cranky la! Lupa ke hari ni hari apa?” balas Yaya se-das. Kakinya laju memanjat turun anak tangga.
            Luth menurunkan tangannya dari menggesel mata. Hari ni hari apa?
            “Hari ni hari apa Liyana?”
Yaya terhenti di hujung tangga. Dia bercekak pinggang dari bawah. Liyana. Dah lama ‘abang Fifi’ dia ni tak panggil dia Yaya. Sikit-sikit, Liyana. Dah tak ada ruang nak bermanja rasanya bila abang ‘tercinta’ dia panggil dia Liyana. Tegas semacam bunyinya.
            Yaya pun nak bergurau dengan Luth dia fikir dua kali. Sejak dah besar dewasa ni, jurang dia dengan Luth memang terasa. Abang dia manja dengan mama, papa, dan Luq. Tapi bila dia nak manja sikit, cepat-cepat kena tepis.
            “Liyana, mengelamun tak habis.” Suara Luth di hadapannya menyedarkan dia. Dia berdehem dan memandang ke tempat lain selain wajah Luth.
            “Hari ni kan father’s day!” jawab Yaya mudah. Dia melangkah ke dapur diikuti Luth.
            Yaya menolak pintu seret lalu menyambung tugasnya yang tergendala tadi. Luq sudah susun tray elok-elok.
            First batch ada tray chocolate chip cookies with hazelnuts, second batch ada muffin coklat M&Ms kegemaran Luth dan papa dia dan third batch ada cheese cake.
            Mata Luth terus segar apabila menghidu bau vanila dan coklat yang semerbak di ruangan dapur itu.  Dia menepuk bahu Luq kemudiannya menjungkitkan keningnya tinggi-tinggi apabila Yaya tidak berkata apa-apa.
            Yaya masih belum memberitahu tujuan dia dikejutkan seawal pagi ini.
            “Kakak kau kejut aku kenapa Luq?” tanya Luth sambil mengambil tempat di sebelah Luq. Yaya yang kelihatan sibuk dengan trays dia itu dipandang sekilas.
            “Dia perlukan adult supervision untuk guna oven mama.” Balas Luq mudah. Luth pula ternganga. Adult supervision? Itu sebab mustahak hidup dan mati yang Yaya cakap tadi? Apa dia tak cukup adult lagi ke nak guna oven tu?
            Just to get off the leash, abang. Yaya nak buat surprise untuk papa. Masa kita kecil mama kan selalu bake things for us, now we are returning the favour.” Ujar Yaya sambil menutup pintu oven. Dia kemudiannya bersandar pada sinki dan memandang Luth yang merenungnya dengan pandangan membunuh itu.
            Alahai, marah ke?
            “Abang, father’s day. Sekurang-kurangnya Yaya punya idea bernas. She does all the work, we just accompany her.” Tokok Luq, nak kasi abang dia sejuk sikit apabila dipaksa rela bangun dari tidur.
            “Okay. I’ll supervise. Liyana, buatkan kopi secawan. Abang tak boleh buka mata ni.”
Yaya bergerak mencari balang kopi, namun hampa apabila melihat isinya yang sudah tinggal kosong. Balang ditayang pada Luth dan keningnya dijungkitkan.
            “Kopi habis.”
            “Nescafe tak ada ke?”tanya Luth kembali. Tangan ditongkatkan pada dagu, memandang si Yaya. Yaya kembali mencari paket Nescafe.
            “Hazelnut punya perisa aja abang.” Jawab Yaya apabila menemukan apa yang dicari tadi. Paket Nescafe itu ditayang pada Luth. Luth menggeleng laju-laju.
            “Original tak ada ke?” kali ini dia sudah bangun dan mendekati Yaya. Yaya cepat-cepat lari ke tepi apabila Luth yang tak berbaju itu mendekati dia. Segan la pulak rasa.
            “Teh ajalah Liyana.” Akur Luth apabila jenis-jenis kopi yang dijumpainya tidak menepati cita rasa. Baik minum teh, senang cerita.
            Yaya tersengih dan menggigit bibir bawahnya.
            “Yaya tak reti buat teh tak instant. Mama beli teh serbuk aja.”
Pengakuan Yaya membuat Luth memandangnya. Hujung bibir Luth sudah terangkat. Lengan Yaya disiku dan balang serbuk teh dicapai dengan tangan kiri dari atas rak.
            “Umur 18 tahun, buat teh pun fail? Tak kahwin sampai ke tua kau ni Liyana.” Selamba, Luth mengusik. Yaya sudah tarik muka masam.
            Kain buruk dicapai dan dia melibas bahu Luth, geram. Ada ke patut cakap orang macam tu.
            “Ala, I’ll find myself a coffee man  ajalah. Bukannya dia risau pun kalau Yaya tak boleh buat teh. As long as I make good coffee, kan?”
            “Mak mertua kau confirm bising nanti. Menantu tak pandai buat teh.”
            “Abang ni nak mula balik lah kan? Dari kecil sampai besar suka tease Yaya.”
            “Eh, masa kecil Liyana yang suka cari pasal dengan abang.”
            “Abang ni...mana ada, Yaya kan good girl.”
            Goodgirl la sangat. Luq, macam ni ke goodgirl? Rambut warna warni, tindik dua tiga kat telinga, kuku cat hitam, I do wonder where the Princess Liyana that you used to be those days went.” Komen pedas dari Luth setakat keluar telinga kiri sahaja.
            Papa dia cakap, buatlah apa dia nak buat pun masa muda ni. Mama pun setuju. Dia nak warna rambut, papa bagi. Nak tindik lebih dari satu, silakan. Nak cat kuku setiap kali lepas solat, buatlah. Asal tak lebih dari batas, sudah.
            Her hair is cool though. And of course she’s a good girl.” Luq menjawab dengan tenang.
            Yaya berjalan ke arah Luq dan memeluk bahu adiknya itu. Kemudian, pipi Luq dipegang dan Luq mula meronta apabila dah dapat kesan apa yang Yaya nak buat.
            I love you baby brotha!
            Get off me! Get off me! Abang!! Don’t  let her smother me with her yuckie kisses!” Luq menjerit dan sedaya upaya menolak muka Yaya menjauhi dari pipinya. Yaya masih berusaha untuk mengucup pipi adiknya.
            But you love my kisses, dik.”
            “Helo, tu masa aku kecik okay. Masa tu aku rendah pada kau, nak buat macam mana tak boleh nak elak. Now I’m waaay taller and I shall never let you kiss me again! Geli tau.” Luq berdiri cepat-cepat apabila Yaya nyaris berjaya tadi.
            Yaya bercekak pinggang. Kemudian, dia melihat baki tepung gandum yang digunakan tadi. Dengan serta merta, dia menggenggam sedikit dan membaling tepung itu kepada Luq. Luq terpana.
            “Okay. Aku tarik balik. She’s a bad bad bad girl abang.” Ujar Luq, sambil mencapai juga baki tepung itu dan baling ke arah Yaya.
            Luth bersandar di tepi sinki. Mata tidak lepas memandang permainan dua orang adiknya itu tanpa minat. Cawan yang terisi air teh hangat dihirupnya perlahan-lahan. 
            “Wey bodoh!”
            Jerit Luq geram apabila Yaya mencurahkan kesemua gandum tadi ke atas kepala Luq apabila Luq terjatuh.
            Yaya tayang senyum puas hati. Tangan dihulurkan pada Luq, offer  nak tarik Luq bangun. Luq sambut huluran Yaya. Mata memerhatikan tangan Yaya yang masih menggenggam tepung dalam sebelah tangan.
Dia bangun, dan belum sempat Yaya buat apa-apa, Luq dah tolak Yaya ke belakang. Yaya melepaskan tangannya untuk berpaut pada hujung island table, namun lantai yang licin dek tepung itu membuatkannya semakin ke belakang dan akhirnya merempuh badan Luth. Cawan Luth di tangan jatuh ke lantai. Akhirnya, Luth juga bermandi tepung.
Yaya bangkit ingin menyerang Luq. Namun, Luth lagi pantas. Tshirt Yaya dipegang kejap.
“Nurul Liyana, enough.” Arahan sejuk beku dari mulut Luth membuat Yaya terdiam. Luth sudah pandang dia macam nak telan. Alamak, dinosaur datang balik dah.
“Tapi, tapi...”
No!
“Padan muka kau Yaya.” Luq menyambung. Bajunya yang penuh tepung dikebas-kebas. Lidah dijelir ke arah Yaya.
“Kau pun Luqman. Perangai macam budak-budak, kalah Wisya. Tengok dapur ni, bersepah dengan tepung! Kalau mama turun macam mana? Mama tahan lagi, kalau papa turun?”
Semua terdiam mendengar logik akal Luth. Yaya mengeluh, kemudian mencapai batang penyapu dan dustpan. Luq pula mencapai kain pengelap.
“Yaya pergi mop, abang handle kaca ni.” Arah Luth tegas sambil merampas penyapu dan dustpan dari tangan Yaya. Yaya turut tanpa membantah. Mau kena bambu dengan Luth kalau dia bantah.
Sekali pandang Luth, nampak sangat dia cuba tahan diri dari berleter lagi. Baru sahaja mereka ingin memulakan kerja kemas mengemas, pintu dapur dibuka. Kesemuanya membatu.
Mati semua orang kalau mama atau papa yang turun. Memang hancur surprise.
            Namun, kesemuanya melepaskan nafas lega apabila melihat tubuh kenit yang muncul dari sebalik pintu.
            “Kak Aya igi ana? Wicha impi oter! Wicha akut” Si pelat bertanya kepada Yaya. Botol susu dimulut tidak dilepaskan.
            Yaya melepaskan batang mop dan mendokong si adik bongsu yang mendepakan tangan ke arahnya. Besar panjang pun nak dokong lagi. Papa lah ni, ajar mendokong. 
            “Wisya mimpi monster ya? Mana ada monster sayang.” Pujuk Yaya apabila Liliana Luisa mula buat muka sememeh nak nangis. Rambut perang paras bahu Wisya diusap dan Wisya diletakkannya ke atas bangku.
            “Ada. Dia nak mam Wicha.” Budak kecil itu berkata lagi. Kepalanya diangguk-angguk.
            “Dia nak mam Wicha sebab Wicha ni sedap!! Ho ho ho.” Luq mengusik Wisya dan tiba-tiba kepalanya diluku perlahan oleh Luth.
            Yaya terkekek-kekek ketawa apabila Luq diluku Luth. Padan muka! Usik lagi Wisya.
            “Abaaaang!!” Wisya yang ingin menangis tadi terus tak jadi menangis apabila melihat Luth. Tangannya terus didepakan supaya Luth dokong dia. Luth akur dan mendokong si comel itu. Adik favourite katakan.
“Helo princess.Abang teman Wisya tidur ya? Yaya kena kemas dapur, she’s been a bad girl and she needs to clean up her mess.Luq too.” Luth berkata. Mata memandang tepat pada Yaya dan Luq yang berdiri sebelah menyebelah.
“Okay! Oter tak datang alau abang ada. Abang bg and twoong! Like papa.” Serentak itu Wisya menyandarkan kepalanya pada bahu Luth. Botol susu di mulut di lepaskan dan diserahkan pada Yaya. Ibu jarinya dimasukkan ke dalam mulut menggantikan botol susu tadi. Matanya kembali kuyu.
Luth menepuk-nepuk punggung Wisya dan berjalan keluar dari dapur. Sebelum itu, sempat lagi dia memesan kepada Yaya dan Luq supaya mengemas semuanya sebelum naik sambung tidur.
                       
LUQ melepaskan nafas lega apabila abangnya keluar dari dapur. Serentak itu, oven pun berbunyi ‘ding’ tanda sudah siap.
“Luq, kau mop. Aku nak check sana.” Kata Yaya. Batang mop diserahkan kepada Luq. Luq tarik muka masam.
“Eh, tak dengar ke tadi? quote‘Yaya kena kemas dapur, she’s been a bad girl and she needs to clean up her mess.’ Unquote.”
“Iya aku dengar, kejap lah. Kau mula dulu, aku nak decorate muffin semua benda ni.”
“Okay okay. Kau buat benda kau, aku kemas. Deal.

Sepuluh minit kemudian...
Luq menutup mulutnya yang sedang menguap itu. Mop diperah dan dibilas di dalam sinki. Kemudian dia mengeringkan mop itu di luar dapur. Pintu belakang ditutup dan dikunci.
“Kau naik tidur la, dik. Aku dah nak siap ni.” Pesan Yaya. Kesian dia tengok Luq, penat kena dera. Luq angguk kemudian menghampiri Yaya. Sebiji muffin dicuri dan dia mengucup kepala Yaya yang sedang duduk itu.
Nights kak. Sorok leklok nanti.”
Yaya tayang sengih. Dia angguk. Kemudian, dia kembali fokus kepada kerjanya.
“Sikit aja lagi, lepas tu boleh tidur.” Katanya pada diri sendiri. Piping bag  dicapai dan dia mula membuat bentuk ros di atas setiap cawan cheese cake.
Setelah siap, dia simpan elok-elok kek itu. Dia kembali duduk di atas kerusi dan kepalanya disandarkan pada island top tersebut. Bibirnya tersenyum lebar. Selesai pun apa yang dia rancang. Lama-lama matanya semakin kuyu.


YAYA berlari sepantas mungkin sambil memegang tray cheese cake itu. Tak akan sesekali dia menyerahkan kek cawan papanya kepada circus clown yang gila kek itu. Dia harus selamatkan kek itu.
Namun, malang tidak berbau, kakinya tersadung akar pokok ketika melarikan kek itu.Clown tadi menghampirinya dan merampas kesemua cheese kek.
Don’t take it!!” jerit Yaya. Serentak itu bahunya disentuh. Yaya tersedar dari mimpinya. Dia memandang sekeliling dan melihat Luq dan Luth yang sedang memandangnya pelik.
“Apa pandang-pandang? Tak pernah mimpi kena kejar dengan badut ke?” tanya Yaya selamba. Dia bangun dan mencuci muka di sinki. Tak sangka dia terlena di meja dapur.
“Tak pernah. Dah pukul tujuh ni, mama papa mesti bangun dah.Aku check nak gerak kau kat bilik tengok-tengok abang yang tidur tepi Wisya.Aku pun kejut abang and cari kau.” Jelas Luq. Yaya angguk sahaja walaupun dia masih mamai.
So, shall we wake papa up or what?” soal Luq.  Yaya pandang Luth dan Luq, kemudiannya angguk kepala.
“Abang dah hantar Wisya suruh kejutkan papa dan suruh papa turun.” Jawab Luth tenang. Yaya mengangguk.
“Luq, ambil cupcake dari peti. Abang, passkan piring satu.”


“PAPA!! Good morning!” suara halus itu membuatkan Kay membuka matanya. Belakangnya yang masih dibalut cadar dihenyak-henyak.
“Warghhh!!! Papa no! Papa no!” Wisya ketawa terkekek apabila papanya menariknya turun dan mula menggeletek badannya.
Kay menggeletek kaki kecil Wisya dan semakin kuat puteri bongsu dia menjerit-jerit. Nasib baik ada Wisya, anak-anak dia semua dah besar, Wisya buat teman main-main macam ni. Kalau dulu Yaya, sekarang Wisya.
Where is that little monster that woke me from my sleep? I want to eat her for breakfast!” Kay membuat jenaka. Kaki Wisya digigitnya perlahan. Semakin kuat anak gadisnya itu menggelupur di atas katil.
“Mamaaaaa!!!” jerit Wisya, minta pertolongan dari mamanya yang dari tadi hanya diam memerhati. Kiah sekadar tersenyum.
“Olong Wicha mama!!” rayu Wisya sambil gelak menahan geli.
“Mama tak tahu. Wisya yang kejutkan papa. Mama tak boleh tolong.” Jawab Kiah selamba. Wisya terjerit sekuat hati apabila Kay mula menggeletek perutnya.
“Bukan Wicha sengaja, abang suruh.” Jawab Wisya. Bibirnya dimuncungkan. Dia hanya ikut arahan abang. Tak pepasal kena attack dengan papa macam ni.
Kay mengucup muncung itik Wisya sebelum bangun. Wisya cepat-cepat turun dari katil apabila papanya sudah tidak menggeleteknya.
“Mama papa cepat-cepat. Abang suruh turun.” Pesan Wisya sebelum dia berlari keluar dari bilik.
Kiah memandang Kay dan Kay memandang Kiah. Muka mereka penuh dengan tanda tanya.
“Pagi lagi ni sayang, anak-anak kita tu plan apa dah ni?” tanya Kay. Kiah mengangkat bahunya. Dalam diam dia simpan senyum, hatinya kuat mengatakan ada surprise menanti Kay di bawah nanti.


“Huk! Lupaaa!!” Yaya menarik rambutnya sedikit. Sumpah lupa. Luth memandang yaya dengan kening ternaik. Luq pula sibuk menyusun kek cawan, dan segala mak neka yang dibuat dini hari tadi di atas meja dining.
“Lupa nak tulis wish.” Jawab Yaya, kalut.
            “Tak dan dah. Cakap je kat papa nanti.” Tokok Luth apabila melihat Wisya sudah melangkah turun.
            “Papa coming!” Jerit Wisya teruja. Dia kemudian berlari ke arah Luth, seperti biasa, nak minta dokong. Luth pun bukan nak menolak.
            “Happy father’s day!!” jerit mereka bertiga apabila Kay muncul dari atas tangga dengan Kiah disebelahnya. Kay terpana. Dia memandang ke arah Kiah yang turut terkejut itu. Nampak sangta Kiah tak tahu menahu tentang idea ini. Selalunya Kiah yang menjadi dalang.
            “Wow. Thank you kids.” Ucap Kay apabila sudah turun dari tangga. Pinggang Kay diraih Yaya dan dia dibawa ke meja makan.
            Kiah yang diiring oleh Luq itu terus membulatkan mata apabila melihat apa yang terhidang di atas meja itu.
            “ Yaya...”
            “Abang supervise Liyana dengan Luq ma.” Cepat-cepat Luth mencelah sebelum mamanya sempat bertanya kepada Yaya. Yaya tersenyum lebar. Selamat!
            “Wow...sweet tooth papa dah berdenyut ni. Smells delicious.” Puji Kay, matanya sudah rambang melihat cheese cake dan muffin yang terhidang.
            “Yaya buat! And we all helped.” Luq memberitahu papanya.
Kay memandang Yaya dan mengucup pipi anak daranya yang dah besar itu.
            “Wicha elped too! Wicha waked papa!” Wisya juga nakkan perhatian. Mereka semua tergelak dengan telatah si comel itu.
            “Love you Mr teddy. You are the best dad in the world.” Yaya berkata. Kay tersenyum lebar sambil mengenyitkan matanya kepada Kiah.
            “You love me more because I convince mama that you can dye your hair kan.”
Kiah sudah menampar bahu Kay apabila Kay menayangkan muka nakalnya kepada Kiah. Mahu dia pengsan masa Kay bagi kebenaran kepada Yaya itu hari. Ingatkan Yaya nak dye warna biasa-biasa tapi sekali rambut perang dia diselang dengan beberapa helaian yang warna warni, nyaris dia mengamuk.
            “That makes me love you more, papa!” balas Yaya sambil tergelak kecil. Ya, dia anak papa dari kecil. Tapi perangai aja ikut mama dia.
            “You are my idol, papa!” Luq mencelah.
            “Pa...Luth tahu Luth bukan anak kandung papa, but you are the best father figure I could ever asked for. Luth sentiasa akan sayangkan papa dan mama.” Luth pula berkata. Semua yang ada di situ tiba-tiba menjadi sayu.
            Kay bergerak mendekati Luth. Dia memeluk Luth erat, dan Wisya menjadi sardin ditengah-tengah.
            “Papa, Wicha loves you! You are my king!” Wisya mencelah dengan ceria apabila pelukan dilepaskan. Dia memanjangkan tengkuknya untuk mengucup pipi Kay.
Kemudian, dia memegang pula wajah Luth.
            “Abang my pwince!” dan sebuah kucupan di hadiahkan juga kepada Luth. Luth tergelak senang, seiring dengan papanya.
            “Khairina loves you too, papa!” Kiah mencelah dan dia membuat gaya peace di tepi Yaya. Dahla sama-sama kenit, wajah pun nak sama.
            “Arghh mama ni...janganlah kacau daun.” Rungut Luq apabila Kiah mencelah.
            “Eh biarlah. Mama nak ucap juga kat papa.” Bantah Kiah, bibir dimuncungkan.
            “Mama mana boleh panggil papa, papa. Mama kan isteri papa. Kalau mama nak ucap, call la atuk.” Yaya menjawab pula. Kiah makin membuat muka toya.
            “Ala biarlah mama kamu nak perasan muda.” Balas Kay senang. Kiah tersenyum gembira.
            “Pa, kalau mama perasan muda, dan kalau Khairina tu jadi kakak kiterang, mama baru kita nama apa ek?” Sakat Luth, serentak itu Kiah terus mencerlung ke arahnya. Dia membuat muka hebatnya ke arah mama tersayang.
            “Abang! Jangan ajar papa kau bukan-bukan.” Dengan geram Kiah berkata. Kesemua mereka tergelak melihat  mama mereka yang berapi itu.
            “Ala mama, chill la. Papa tak pandang orang lain selain mama lah. Ingat kami tak tahu ke?” Luq menambah.
            “Usik lagi mama kamu ni. Khairina abang ni pun, cepat melatah.”
            “Whatever, abang sayang. Happy father’s day, darling! You have been the best husband, and the best father to me and our children.” Serentak itu, sebuah kucupan singgah di pipi Kay.
            “Wuuu!! Mama dengan Papa makan cepat lepas tu boleh sambung geli-geli dalam bilik.” Selamba saja Yaya berkata.
            Serentak itu, kepalanya disekeh perlahan.Dia memandang Luth geram. Apa main sekeh-sekeh ni?
            “Papaaaa...tengok abang ni, sekeh Yaya.” Adu Yaya manja.
            “Usik mama lagi, Liyana. Tak baik.” Balas Luth selamba.
            “Abang ni sengaja tau!”tokok Yaya lagi.
            “So?” Luth menjungkitkan kening. Yaya bercekak pinggang.
            “Mamaaa...tengok abang ni!” Yaya memandang Kiah dengan penuh harapan agar mamanya itu marah kepada abangnya.
            “Mama dah puas tengok, Yaya.” Jawapan selamba dari Kiah membuatkan Yaya tidak berpuas hati.
            “Papa...” Harapan Yaya hancur apabila papanya juga turut menangkan si abang.
            “Papa pun dah puas tengok Luth tu.”
Yaya mencebik. Dia menghentakkan kakinya lalu duduk di atas kerusi.Sebuah kek keju dicapai dan disuapnya ke dalam mulut. Baik makan kek dari tengok semua orang geng dengan Luth.
            “Yaya, asyik gaduh dengan abang tu nanti berjodoh baru tahu.” Teguran Kiah membuatkan Yaya tersedak.
            “Tak ada orang nak kahwin dengan dia ma, pa. Buat teh pun tak lulus. Luth pun tak nak dekat dia tu.” Suara jengkel Luth makin membuat darah Yaya mendidih. Sebiji lagi kek dicapai dan ditelannya rakus.
            Ingat aku nak sangat dekat dia? No way! Never! Setakat ni perempuan yang boleh tolerate dia pun mama sorang, entah-entah, dia yang tak kahwin sampai ke tua. Baru padan muka. Tengok lah nanti abang, bini kau tu macam mana. Asyik mengata aku kan, sekali dapat bini lagi teruk pada aku, baru tahu, getus Yaya geram.
           
           
  :) The end