Tuesday, May 13, 2014

Hopeless Romantik (S.E) : Mother's day special



These little things are the ones that gives colour to our lives. Those extra essences, those extra flavours, all are from these little things.

            Suara Amy Winehouse sayup-sayup kedengaran dari sudut dapur. Kay, yang baru selesai tugasan di hospital beri salam. Pintu rumah di belakangnya ditutup kemas. Seperti biasa, tali leher dilonggarkan, briefcase diletakkan di tepi rak kasut, dan butang baju tiga teratas dibuka. Rumah, walau pasang pendingin hawa pun tapi Kay masih berpeluh. Malaysia tengah alami cuaca tak menentu. Sekejap panas, sekejap sejuk.
            “Papa!!” Luqman yang berusia tiga tahun beberapa bulan itu cekap berlari memeluk kaki papanya. Teruja sangat bila seharian tak jumpa papa dia.
            “Papa balik! Mamaaaaa!!” Seperti biasa, komando kecil di dalam rumah itu sudah memberikan laporan kepada mama dia di dapur.
            Luth membontoti Luq dan memeluk pula pinggang Kay. Kay tergelak kecil, bahagianya dia. Balik rumah, anak-anak sambut. Segala penat, segala masalah, dah awal-awal lagi dia tinggalkan di sebalik pintu tadi. Balik rumah, family is the sole focus.
            “Papa, teacher Mona said Abang did excellently for this semester.” Luth sudah teruja. Hari ni hari akhir persekolahan buat penggal ni, tadi mama dia datang sekolah nak ambil keputusan pentaksiran. Seronok Luth, bila dapat tahu dia cemerlang. Lagi seronok bila dia tengok mama dia tersenyum sampai telinga.
            “Mama was so happy!”tambah Luth lagi.
            Kay melutut di atas lantai lalu memeluk erat tubuh Luth yang jelas tinggi  itu. Kemudian dia mengangkat tangan untuk high-5 dengan Luth.
            Really boy? Keep it up, okay! Tahun depan darjah 5, do your best too.
            “Papa papa...shee!Luq losh a tooth...” seperti Yaya, yang ini pun pelat!
Kay mengalih perhatiannya kepada Luqman yang turut inginkan perhatiannya. Gigi bawah Luqman yang sehalus belalang itu diperhatikan.
            Oh, yang ni memang dari dua hari lepas duduk goyang. Cabut jugak akhirnya.
            “Cabut dah...very good. Luq kena jaga gigi, brush your teeth...eat less sweets!” tegas, Kay pesan.
            Luq hanya terkebil-kebil memandang papanya. Jari dimasukkan kembali ke dalam mulut dan merasa tempat gigi yang sudah kosong itu. Eee..tak suka bila ada ruang kosong kat dalam mulut.
            “Abang ajar adik tanam gigi tadi. Mama suruh tanam dalam pasu.” Tokok Luth lagi apabila Kay bangkit sambil mendokong Luq. Kepala Luth diusap Kay.
            “Pasu bunga mana pulak Luth pergi suruh adik tanam tadi?”
            The ones with pink flowers tu pa.”
            Kay mengangguk. Pasu baru Kiah rupanya.
            “Pa, kenapa kita kena tanam gigi?”
Kay yang baru ingin melangkah ke dapur itu berfikir sejenak. Tangan Luth dicapai dan sambil-sambil dia ke dapur, dia menjelaskan kepada Luth soalan tadi.
            “Sebab dia, asal usul manusia dari tanah Luth sayang. Macam orang meninggal, kita kenalah tanam dalam tanah. Same goes to any of our bodyparts. Gigi kita tu dari badan kita , jadi kita kenalah tanam. Lagipun, tanah kan natural decomposer.” Tenang, Kay memberikan jawapan paling logik. Kalau dia dulu, mama dia cakap tanam gigi dalam tanah sebab nak dapat gigi yang cantik. Cuba kalau dia jawab macam tu dengan Luth, mahunya Luth tanya kenapa kenapa dan kenapa sampai malam! Budak zaman sekarang, kecil-kecil dah critical thinkers!
            Luth mengangguk mendengar penjelasan dari papanya. Tangan laju menolong Kay menolak pintu gelungsur yang menghubungkan dapur. Buka aja pintu, satu rumah bau wangi dengan aroma butter cookies yang baru siap dibakar mamanya.
            Kay tersenyum lebar, Luq didokongan diturunkan. Laju, Luq mencicit lari ke Yaya yang sedang berdiri di atas stool pendek. Yaya yang tekun memasukkan butter cookies ke dalam balang tadi berhenti dari membuat kerjanya apabila sedar papanya sudah balik.
            Tangan yang penuh dengan hampas biskut itu dikebas dan dia turun dari kerusi cepat-cepat. Kay melangkah ke island top itu dan memeluk satu-satunya anak dara dia. Yang ni pun dah besar, enam tahun dah!
            Hye Mister Teddy!” Mr Teddy, itu yang Yaya panggil dia. Kenapa teddy? Sebab kalau nak tidur, sampai sekarang kena papa dia yang ulikkan. Kena papa dia peluk baru dia nak lena. Luq pun tak manja sampai macam tu. Luq peluk Luth pun dah lena, Yaya juga masih nak kena peluk papa dia. Sampai sekarang, Kay kena baringkan Yaya atas dada, baru dia nak lena. Kiah mampu tengok saja perangai anak dara dia yang terlebih manja ni. Salah siapa, salah mama dia lah! Masa mengandungkan Yaya dulu tak boleh berenggang dengan Kay, anak keluar pun perangai ikut mama dia.
            Hye Princess.” Kepala Yaya dikucup Kay. Yaya senyum dengan lebar apabila suara papanya berbisik di telinga kecilnya. Makin bersinar-sinar wajah dia yang putih kemerah-merahan itu. Carbon copy Khairina si Yaya ni. Exactly the same. Rambut sama, alis mata yang sama, bibir aja ikut papa dia. Yang lain, muka mat saleh mama dia.
            Mr Teddy...say ‘aaa’...” Yaya menyuakan sekeping biskut ke arah Kay. Kay memegang tangan halus Yaya dan ‘ngap’ biskut rapuh tersebut. Sambil-sambil itu, mata tidak lepas memandang Kiah yang masih setia di sinki.
            Yang ni pulak...bila nak greet suami ni? Anak-anak dah greet, Khairina bila pula?
            “Dah, tolong mama angkat makanan. Letak atas dining table. Luth...angkat mangkuk ni. Yaya, bring the glasses...Luq...nah bawa senduk ni. Papa balik nanti dia lapar tu.”
            Kening Kay terangkat tinggi.
            Aik? Tengok tu...dia buat macam tak wujud pula seorang insan bernama Khayrel Reza kat ruang dapur ni. Papa balik nanti dia lapar? Oi Khairina, ni ‘papa’ dah balik ni...otak tu duduk berangan apa lah minah ni sorang! Getus hati  Kay, penyakit suka berangan Kiah tu memang tak hilang-hilang.
            Kiah memandang anak-anaknya yang diam mengikut arahan dari ekor mata, langsung dia tak perasan Kay yang sudah tercegat di tepi island top itu. Dia kemudian mencapai pinggan dari rak di tepi sinki.
            Jam di dinding dipandang, pukul 7.00 dah...kejap lagi Kay balik. Boleh dia rehat sekejap. Penat seharian melayan karenah tiga orang budak.
            Tiba-tiba, pergerakannya terhenti apabila terasa desah nafas di tengkuknya. Pinggan yang nyaris  terlepas ke dalam sinki itu berjaya disambut.
            Pinggangnya dipeluk erat. Sebuah kucupan singgah di belakang telinganya.
            “Papa balik nanti dia lapar ya sayang? Ni, reality check, I’ve been here for more than five minutes, sayang tak perasan ke?” Bisik Kay perlahan. Kiah dipeluknya erat. Rindu.
            Kiah terkedu. Aik, ni bila balik? Adoi!! Kiah...siapa suruh kau berangan sangat sambil basuh tray cookies tadi? Kan dah termalu sendiri ni!
            “Iya? Lima minit dah? Tak perasan lah darling. Sorry...
            Bibir Kiah mendarat pada pipi kiri Kay. Kay makin mengeratkan pelukan di pinggang Kiah.
            Setiap hari, inilah rutin mereka. Kay pergi kerja, dia layan anak-anak, hantar pergi sekolah, balik kemas rumah, jaga si Luq pula, sambil-ambil tu buat research untuk PhD dia. Kerja, usah ditanya. Sekarang dia nak belajar aja, kerja tak kerja, Kay ada, kikis je duit Kay yang bertimbun tu. Kemudian, dia ambil Yaya dan Luth dari school, balik rumah, masak apa yang patut, pastu tunggu Kay balik.
            “Berangan tak sudah ya Khairina?”
            You know me very well, hotshot. Dah, jom makan? Saya masak kari daging,” ajak Kiah, namun Kay masih statik di belakang Kiah.
            Kiah cuba melepaskan tangan dipinggangnya tapi macam mustahil sahaja. Kejap sangat!
            “Abang...jom makan. Nak suap Luq tu, dia lapar.” Pujuk Kiah lagi, tapi dia tahu sangat, Kay takkan lepaskan dia selagi dia tak buat yang satu tu. Ish, Kay ni makin tua makin naik bulu!
            “Nak buat-buat lupa kan? Welcome me properly first, then I’ll let you go.Kalau dulu dia yang semangat, sekarang anak dah tiga, baru tahu nak malu.” Kay perli. Kiah mendengus, ish! Pijak jugak kaki Kay ni karang!
            “Kalau Luth ke, Luq ke,  Yaya yang nampak?” balas Kiah selamba.
Kay tergelak kecil. Tangannya naik ke bahu Kiah dan dia memusing Kiah supaya menghadapnya. 
            Kiah menekur lantai, muka sudah rasa berbahang. Malu lah pulak nak tenung anak mata Kay ni.
            Kay yang melihat Kiah yang gedik nak malu tu terus paut dagu Kiah.
            Line clear. Cepat Khairina.” Arah Kay, tegas.
Nak tak nak, Kiah berjinjit. Tangannya naik memaut bahu Kay. Spesies tinggi melangit, nak sayang pun susah!
            Bibir Kiah cekap  mencapai sasarannya. Bibir Kay dikucup sekejap, dan apabila dia ingin lepas, Kay pula tunduk. Tak nak lepas pulak dah yang ni pun!
            Bahu Kay ditepuk manja. Kiah menarik nafas dalam-dalam.
            To be continued...bila dorang dah tidur.” Jawab Kay dalam nada mengusik. Dia membuka paip sinki dan mencuci tangan. Kemudian, air direnjis pada wajah Kiah yang macam out of the world  itu. Ya Allah! Mengelamun ke mana pula tu!
            “Khairina. Statik kat situ kenapa? Tadi kata nak makan. Jom jom...kesian Luq, nak makan, lapar dia.”
            Selamba, Kay menggunakan balik ayat Kiah guna tadi. Kiah yang baru tersedar itu menjeling Kay tajam.
            Kay menarik wajah polos.
            Kiah mencapai pinggan lalu membontoti Kay.
            Belakang Kay dipandang kecil besar. Dia yang distract orang, lepastu dia kenakan orang pula ya? Cheeky betul Kay ni sekarang! Dasar hopeless romantic sangat, katakan.

    Malam itu...

            Setelah Kay menidurkan Luq dan Luth, dia masuk ke dalam bilik. Dilihatnya Yaya sedang baring di sisi Kiah sambil Kiah mengusik si anak dara. Yaya ketawa mengekek-kekek apabila Kiah menggeselkan hidungnya ke pipi Yaya. Manja betul Yaya ni.
            Yaya yang sedar papanya sudah masuk ke dalam bilik cepat-cepat bangkit dan memasang sila. Kay tarik senyum. Kaki melangkah naik ke atas katil.
            Now,  mana princess papa hah?”
            “Sini!!” Yaya jawab dengan teruja.
            Dengan selamba berbaring di atas dada papanya apabila Kay sudah selesa bersandar pada headboard.
            Kiah pula, faham yang Liyana nak tidur, terus memalapkan lampu bacaan.
            “Mr Teddy...hari ni buat apa kat work?” soalan yang biasa Yaya tanya kepada papanya.
            “Hari ni...papa...”
Sambil tangan bermain dengan kepala Yaya, dia bercerita. Kiah di sebelah ralit mendengar. Dia juga baring sambil peluk Yaya dari belakang.
            Setelah beberapa minit, Yaya sudah pun terlena.
            Kay mengucup perlahan pipi gebu Yaya lalu bangkit mencempung Yaya perlahan-lahan.
            Kiahjuga  kembali bangkittuk u bersila. Lampu kembali dicerahkan. Wajah Kay yang sedang mengangkat Yaya itu dipandang penuh sayang.
            “Abang...esok off kan?” tanya Kiah perlahan.
            Kay angguk. Esok, sampai seminggu lagi, dia off. Cuma itu...Khairina masih tak perlu tahu. Dia nak buat kejutan buat si isteri ni.
            “Yap.” Balas Kay ringkas. Senyuman yang mahu bertandang cepat-cepat disorokkan. Yaya di dalam dokongan ditepuk-tepuk perlahan. Karang bangun balik, susah.
            “Tengok movie kat bawah jum. Kiah rasa dah lama tak borak dengan abang. Abang busy, Kiah busy.” Sambung Kiah lagi.
            Ya, memang dia rasa dah lama dia tak borak kosong dengan Kay. Kay balik kerja, dia penat. Khairina pun sama penat. Nak borak pun, alih-alih jadi benda lain. Pillow talk pepagi mana cukup. Jadi, kalau Kay tak kerja esok, boleh tidur lewat malam ni. Saja nak borak kosong. Just like old times.
            “Okay sayang. You go and set up everything,  kejap lagi abang turun bawah.” Balas Kay mudah. 
            Kiah bergegas ke tingkat bawah apabila Kay sudah bersetuju. DVD cerita ntahpape dipasangnya, balang Garett’s popcorn yang warna pink itu dicapai dari dapur dan dia cari kedudukan paling selesa di atas sofa.
            Beberapa minit kemudian, Kay ikut serta. Kay duduk di samping Kiah, dan memaut bahu Kiah erat. Kiah tersenyum bahagia. Dia bangkit, bagi ruang untuk Kay lunjurkan kaki. Kemudiannya, dia baring di hadapan Kay, kepala enak bersandar di atas lengan kanan Kay. Selesa sangat.
            Betul kata Yaya, papa is a huuuge Mr Teddy!
            “Abang ada kat rumah esok, Khairina plan  nak keluar ke?” Kay memulakan perbualan.
Kiah angguk perlahan-lahan.
            “Orang plan nak pergi shopping sikit belah pagi. Tak lama tapi. Nak cari skirts. Yang lama dah ketat.”
            “Ketat?”
            I got mommy’s bottom now...
            “Ya ke?” Nada Kay nakal. Tangannya mula bergerak ke atas pinggang Kiah. Dan apabila Kay mula nak naik bulu...Kiah gigit bibir.
            Tengok, dia nak mula dah tu.
            Kay tarik senyum dan mengucup kepala Kiah, sayang.
            Your bot’m is just fine, darlin’. In fact...I like Khairina after giving birth to two kids, more. Awak lagi seksi.” Bisik Kay.
            Kiah tergelak perlahan. Ada-ada je si Kay ni.
            Pandai aja dia jaga hati Kiah tu. Seksi lah kononnya. Baguslah kalau masih rasa Kiah ni seksi, kalau tak, siap dia, Kiah kejar satu rumah.
            “Khayrel pun walau kepala tu dah mula nak naik uban, masih seksi kat mata saya ni. Tambah-tambah kalau dia pakai seluar pink dia tu.”
            “Pandainya dia. Dah, layan cerita ni pulak.”
Kay mencapai remote dan memainkan cerita yang dipasang Kiah. Apa lagi kalau bukan kartun.
            Kening Kay bertaut apabila melihat cerita itu berbahasa asing.
            French ke?” soalnya ringkas. Kiah tu, kalau dah nama minat kartun tu...semua jenis kartun dia layan. Tak kisah bahasa apa pun,  the power of subtitles, katanya.
            “A’ah. A monster in Paris. Tapi sebab abang faham French, bukan big deal pun kan. Lagipun cerita ni seronok. Moral values dia tinggi. Lagu dia, sedap. Syok nak layan.” Jelas Kiah lebih lanjut. Bukan main semangat lagi dia terangkan pada Kay. Kay dengar sahaja dengan setia.
            If you say so, Mrs Khayrel.
            Lagi sekali suasana ruang itu diam. Hanya kedengaran suara watak yang sedang bercakap di kaca TV. Kening Kay bertaut apabila melihat adegan yang bermain di matanya.
            Ish, tak logik!
            Oh, sebabkan dia boleh menyanyi, she lets him in?” Kay bersuara tiba-tiba.
            “Shhh!”
Kiah menyiku perut Kay perlahan. Tengok! Dia nak mula lah tu dengan logic reasonings dia tu. Tak reti betul nak tengok cerita sambil mulut tu zip kemas-kemas. Ada je dia nak bangkang.
            “Apa shhh shh. Cuba kalau dia tak boleh menyanyi...then what?” bangkang Kay lagi. Kiah mendengus. Tin popcorn di bawah di ambil dan dia mengenggam beberapa biji popcorn.Dua biji disumbat secara paksa ke dalam mulut Kay yang baru terbuka nak bagi komen kaw-kaw lagi. Terdiam Kay dibuatnya.
            “Diam la...tengok aja cerita ni.” Gumam Kiah perlahan.
            “Tapi...”
            “Shh...ni Beauty and the Beast moden punya versi.” Terang Kiah perlahan. Mata tidak lepas memandang skrin TV. Apabila Kay sudah diam, Kiah tarik senyum.
            Tangan Kay dipinggangnya dicapai dan digenggam halus. Jari jemari mereka ditaut. Kiah pandang ke atas dan mengucup perlahan rahang Kay. Boleh pun sayang dia ni diam. Tapi itulah, kena warning dulu baru dia tahu nak duduk senyap.
            “I love you, my personal Monster.” Luah Kiah, spontan.
            Kay dibelakang sudah tarik senyum. Kalau dia tahu esok Kay nak buat apa...makin tebal lagi kut love si Khairina ni terhadap dirinya. Harap-harap esok punya plan berjalan lancar selancar lancarnya!
            Love you too, mam.


            KAY  menggenyeh matanya apabila telefon bimbitnya bingit berbunyi dari meja kecil di sebelah katil. Telefon dicapai dan dia menjawab. Tanpa sempat dia beri salam, suara Benji sudah menerjah telinganya.
            Bro! Aku kat depan rumah ni. Buka pagar.”
            Kay yang masih mamai itu memandang sekeliling bilik. Kemudian, sesuatu menerjah fikirannya.
            Oh shit!Lupa!
            Shit! Kejap...aku baru bangun ni.” Tutur Kay cemas. Habislah...kalau dia terlewat je, semua plan hancur.
            “Takpa, saja aku datang awal ni. Buka pagar dulu.”ujar Benji. Untuk menyakitkan hati lagi, Si Benji pergi hon berkali-kali.Saja Benji ni.
            Benji pula memandang ke arah kirinya.
            “Daddy...shhh! Bisinglah Daddy ni.” Mulut  Batrisya sudah memuncung. Ikut muncung siapa? Shido fedido tu lah!
            “Yang Tisha  menangis malam-malam tu tak bising pulak?” balas Benji sedas. Terdiam terus ice queen di sebelah. Pandang luar tingkap lah macam ni...malas nak cakap dengan Daddy.
            “Aik...merajuk dah?” sangkal Benji lagi. Memang dia suka sangat usik anak dara dia ni.
            Tisha ni dia dapat selepas sembilan bulan sepuluh hari dia kahwin. Pandai-pandailah congak sendiri ya...
            Sekarang, umur Tisha dah empat tahun lebih. Lagi tiga bulan, Tisha akan dapat adik. Mula-mula Tisha tak nak adik, tapi bila tengok perut ibu dia dah besar, dia pula yang teruja. Katanya, dia sayang adik. Dia nak adik dia pun girl, sebab nak main barbie  sama-sama. Dia tak nak boy, sebab dia kata boys macam Luth dengan Luq tu tak nak layan dia main.
            “Mana ada Tisha merajuk.”
            “Ni...bontot itik ni apa?” Benji selamba menyentuh muncung bibir Tisha. Tisha terkekek-kekek ketawa.
            “Sebab nak cium Daddy lah. Muah!”
Pandai Tisha ni ambil hati. Cium daddy lah sangat, padahal tak jadi nak merajuk sebab Daddy dia pandai layan dia.
            “Muah! Sit down, sayang. Daddy nak park the car.” Benji membalas ciuman ke pipi Tisha.
            Tisha juga mendengar arahan Daddynya. Karang tak pasal-pasal pergi cium cermin depan. Seat belt dah awal-awal lagi dia buka apabila sampai di hadapan rumah Uncle Kay dia tadi.
            Benji membawa kereta memasuki garaj dan dia mampu menggeleng kepala melihat Kay yang masih berseluar pendek itu. Tidur pukul berapa ni malam tadi?
            “Masuklah. Aku nak mandi kejap. Kau tolong cakap dekat budak-budak tu tau. Aku tak dan cakap lagi,”kata Kay. Tangan cekap membuka gril rumah yang terkunci.
            Benji tunduk memecat kasutnya, kemudian dia pecatkan pula kasut Tisha tu. Kenapalah budak-budak sekarang kecil-kecil pun dah nak jadi diva? Kasut bukan main lagi, siap ada zip-zip!
            “Ye ye, sekarang kau pergi mandi, kemas beg. Budak-budak tu aku handle.” Benji berkata. Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, Tisha di hadapannya ditarik sama.
           

           
            TISHA!! UNCLE BEN!”
 Gamat ruangan rumah itu dengan suara Yaya, Luth dan juga Luq yang sedang makan di meja dining. Benji tersenyum lebar. Yaya pula awal-awal lagi mendapatkan Tisha. Melayang-layang tutu dress warna putih yang dipakainya tika itu. Princess,  dalam rumah pun kena pakai dress.
Uncle Ben, nak makan?” Luth tanya.
Benji menarik sebuah kerusi dan meriba Tisha. Pipi didekatkan pada telinga Tisha.
“Tisha nak makan tak?”
“Nanak. Tisha nak main dengan kak Yaya...”suara manja Tisha kedengaran. Yaya yang sedang menyuapkan sudu nasi terakhir itu memandang Tisha. Seperti faham dengan permintaan Tisha, dia cepat-cepat habiskan makanan dia.
“Jap. Yaya pergi wash mouth dulu.”
Dengan tekun, Yaya mengangkat pinggannya dan dibawa ke dapur. Luth hanya memandang dari ekor mata. Luq pula, Luth yang tolong suap sesudu dua, Luq ni bukan spesies nak makan pun. Tadi mama dah bagi susu sebelum mama keluar, dah kenyang Luq ni.
“Tisha, jom! Kakak ada barbie baru.” Yaya menarik tangan Tisha dan membawanya ke atas. Benji memandang dari ekor mata.
“Yaya. Kejap. Uncle Ben nak cakap benda.”
Yaya dan Tisha menarik muncung, namun kaki dipacu kembali ke arah Benji.
“Hari ni, Yaya,Luq dengan Luth tidur rumah opah Mun. Opah Mun rindu.”
Luq yang berlagak macam faham itu terus ‘yeay’. Luth pula tayang muka bosan. Mesti papa dengan mama dia nak pergi mana-mana ni. Setiap tahun mesti benda yang sama berlaku.
“Uncle Ben. Uncle Chap ada ke?” tanya Luth. Dia kemudiannya meneguk jus oren dari gelas.
“Abang, Yaya nak jus.” Yaya yang tengok tu terliur pula. Luth meneguk separuh dan separuh lagi diserahkan pada Yaya. Yaya minum, dan baki ditawarkan pada Tisha. Tisha seperti biasa, tolak. Dia nak main, bukan nak makan ke minum ke...
“Uncle Chap work la... tapi dia mesti balik rumah.”
Luth mengangguk tanda faham. Dia kemudiannya mengangkat pinggannya dan gelas tadi ke dapur.
“Uncle Ben. Kita kena duduk rumah opah berapa lama?” soal Luth lagi setelah dia kembali dari dapur. Benji menongkat tangan pada meja.
“Papa you all kata tiga hari.”

KAY  membuka kabinet yang menempatkan baju Kiah lalu menggaru kepalanya. Baju apa nak bawa ni? Aah...ambil ajalah apa-apa pun! Kalau dia tak suka, beli jelah nanti.
Setelah itu, tangannya cekap menarik keluar beberapa helai seluar, skirt, t shirt, baju, blouse dan segala jenis kelengkapan yang patut. Kemudian, dia kemas pula toiletries Kiah. Luggage besar dicapai dan baju dia dan Kiah dicampakkan ke dalam satu beg. Set!
Setelah selesai barang Kiah, dia pastikan pula barang-barang tiga orang budak tu pun dikemas. Selesai semua perkara, baru dia turun.
“Dah, jom jom. Lewat dah ni.” Kata Kay, kalut. Namun, dia sempat memeriksa segala pintu, tingkap, gas, dan juga elektrik ditutup. Safety first!
Seperti yang dirancang dengan Benji, anak-anak Benji tolong hantar ke rumah mama Kiah. Dia, perlu proceed ke tempat Shida. Baik punya plan, jangan hancur sudah.
Kay mengucup tiga-tiga anak dia, lalu cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Kalau jalan jam...hancusss!



KIAH merenung Shida lain macam. Kenapa hati dia rasa dupdapdupdap aja ni? Shida pula kenapa tiba-tiba ajak dia makan aiskrim dalam kereta?
Shida di seat pemandu dipandang pelik.
“Kau napa beb? Tak nak aiskrim tu? Tak nak bak sini, aku makan. Baby ni keluar nanti konfem sweet talker macam Daddy dia. Aiskrim manjang!” omel Shida sambil mengunyah kon aiskrim sampai licin.
Penat membeli belah tadi, dia terima sms dari Benji. Benji cakap cepat-cepat cari apa yang patut, lepastu suruh Kiah duduk diam-diam dalam kereta. Nak suruh Kiah diam? Payah tu. Akhirnya, dia cakap...
“Beb. Aku nak aiskrim. Kita beli aiskrim, lepastu kita makan dalam kereta , please? Aku tak nak la duduk kat luar, panas. Dalam kereta ada aircond.
Kiah pula, tanpa sebarang syak wasangka, turut sahaja kehendak mak buyung tu. Tapi kalau dia tahu yang Shida ada agenda tersembunyi, mahu mengamuk Kiah ni.
“Kau ni Shido, karang kencing manis pula. Ni kalau Benji tahu kau melahap aiskrim lagi, mahu mengamuk dia.” Kiah mengubah topik.
Shida pula tarik muka masam. Tahu sangat Benji tak suka dia makan benda manis berlebihan.Mata dikerdipkan berkali-kali ke arah Kiah. Nak minta simpati...
“Beben takkan tahu kalau kau tak buka mulut. Lagipun, aku makan bila keluar dengan kau aja. Kempunanlah nanti...kalau ikut arahan mandatori Beben tu.”
Pandai Shida beralasan.
Kiah tersenyum sambil menggeleng kepala. Macam-macam.
Shida membelek telefonnya apabila sebuah sms masuk. Senyumannya semakin lebar. Kiah yang perasan riak wajah Shida itu sudah mula nak masuk mode mengusik.
“Amboi...senyum kalah kucing miang.” Ejek Kiah.
Shida mengenyitkan matanya , tangan kanan sudah menarik picu lock pintu. Sebelum sempat Kiah tanya kenapa, pintu sebelah Kiah sudah ditarik buka dari luar.
Pandangan Kiah tiba-tiba gelap dan tubuhnya ditarik keluar. Jantungnya semakin lari dari rentak. Sayup-sayup ditelinga, sempat lagi dia menangkap pesanan dari Shida.
“Sorry babe, tak cakap awal-awal! You can thank me later!
Kemudian, dia dengar bunyi pintu kereta ditutup. Tangan dia dipegang kemas di belakang pinggang dan matanya diikat sesuatu. Namun, bibirnya sudah mengukirkan senyuman apabila terhidu perfume yang dipakai Kay.
“Khayrel Reza...what’s your masterplan huh?” Dia bertanya, yakin yang sedang memegangnya sekarang adalah suami tersayang.
Kay tergelak kecil. Dia membawa Kiah ke arah keretanya.
Shut up for now, later you will know.


KAY  yang sudah nampak kereta Shida di lot parkir itu terus sms Shida. Setelah Shida balas, dia cepat-cepat keluar dari keretanya yang diparkir selang tiga kotak dari kereta Shida. Dia menghampiri tempat duduk penumpang dan cepat-cepat dia tutup mata Kiah dengan kain.
Kiah meronta-ronta seketika, namun apabila Shida keluarkan ayat you will thank me later, Kiah sudah sedar yang ini semua kerja Kay.
Nasib baik Benji dan Shida, sporting. Kalau tak, memang takkan boleh buat macam ni. Harap-harap, Khairina dia akan suka apa yang dia nak buat ni. Sekali sekala, tulang belakang keluarga pun nak kena ada time-off, bukan?
“Khayrel Reza...what’s your masterplan huh?” suara Kiah membuat dia terasa geli hati. Master plan  ya mon cherie?Master plan saya tak lain tak bukan nak bagi awak relaks, nak bagi awak breathing space, nak bagi awak rehat.
Awak dah jaga anak-anak saya, dah jaga rumahtangga, now it’s my turn to give extra care to you, pula.
Tapi semua itu, dia cakap dalam hati sahaja. Nak cakap depan-depan, tunggu scene romantik sikit!


“DAH boleh buka tak?”
Kiah bertanya buat sekian kalinya. Dah pening kepala dia, mata dia pun rasa penat.Tiap-tiap kali dia ingin melorotkan sleeping mask dari matanya, tangan Kay akan menampar perlahan tangannya. Jadi, yang Kiah mampu buat hanyalah tarik muncung panjang-panjang.
“Belum.” Balasan tegas dari Kay itu buat dia tarik muncung lagi sekali.
Kay yang sedar Kiah dah naik fed up mula nak usik isteri dia itu. Tangan kirinya naik mencubit perlahan muncung itik si Kiah. Kiah mendecit, tak suka.
“Muncung tu seksi sangat. Nak abang gigit ke?” acah Kay, mengada.  Kiah menampar kuat paha Kay. Gatal!
“Suka hati dia je nak gigit. Orang minta buka benda ni, tak kasi. Pastu nak gigit orang. Cuba kalau kita buat dekat dia, mahu dia mengamuk sakan.” Gumam Kiah perlahan, namun telinga lintah Kay tu masih dapat tangkap bait-bait tak puas hati si Kiah.
Dengan senang hati, Kay meledakkan tawa. Lampu merah di hadapan membuatkan dia mampu mengusik Kiah lagi.
Bibir didekatkan pada pipi Kiah dan dia gigit perlahan. Kiah menjerit!
“Ishh! Janganlah! Dah jadi Luq ke abang ni? Gigit orang aja tahu.”
“Hahaha...ni papa Luq la sayang. Papa Luq mana boleh resist tengok mama Luq yang so yummy ni...”
“Dah dah dah. Save your...mmm...
Kay berjaya buat Kiah terdiam. Tangannya kemudian naik membuka sleeping mask dari mata Kiah. Sempat lagi dia bawa bibirnya ke mata Kiah dan mengucup mata Kiah perlahan. Wajah Kiah tetiba rasa berbahang. Haila...unpredictable Kay is waaay hotter than heartcold Kay. Tapi bila dah terlampau unpredictable tu, sakit hati pun ada kekadang. Penat nak melayan karenah!
Mata Kiah menikam mata Kay yang sedang merenungnya. Kening Kay dijungkitkan tinggi-tinggi berkali-kali. Tangan kanan Kiah naik mengusap pipi Kay kemudian, pipi Kay ditampar perlahan.
“Apa punya perangai ni, abang? Bajet nak jadi penculik ke apa hah? Ingat seronok sangat kena blindfold?” Kiah mula nak sound Kay. Kay masih diam. Masih tidak lepas memandang wajah Kiah.
I just‘wife-napped’ you, sayang.”
“Nyenyenyenyet!! ‘Wife-napped’ kunun. Anak-anak macam mana?”
“Benji dah hantar rumah mama you. Now...it’s time for you and me, to spend some quality time together.
Jelas Kay, sambil tenang menyambung perjalanan mereka. Kiah terdiam tiba-tiba. Ouh...itu motifnya? Boleh tahan...sweet.
Mata menjeling Kay disebelah. Tangan Kay dicapai dan bahu Kay dikucup sayang.
Should’ve told me earlier la...”
Kay membeliakkan matanya, namun kepala Kiah sempat dikucup.
“Tak jadilah macam tu kalau cakap awal-awal.” Balas Kay selamba. Kiah mengeluh perlahan...banyaklah dia punya alasan tu.
“Haih...baju apa lah agaknya yang abang pack untuk saya tu...”
Kay ternganga mendengar keluhan Kiah.
Dalam banyak-banyak benda, dia runsingkan baju dia? Bukannya nak cakap thank you ke apa ke? Balik-balik baju juga yang dapat spotlight?Ni Khairina dah tertukar karakter dengan dia yang dulu ke apa ni? Mana Khairina dia yang hopeless romantik tu?


MATA  Kiah terkebil-kebil memandang segenap ruangan bilik itu. Liurnya ditelan berkali-kali. Lengannya dicubit, kut-kutlah mimpi.
Memang, Kay dah berubah. Kalau dulu, masa mula-mula kahwin, papa sponsor pergi France, Kay hanya tempah hotel bajet. Sekarang...dah pandai bawa Kiah masuk Flamingo! Wow!
“Okay, thank you.
Kiah terus berpaling ke belakang apabila mendengar suara Kay dari hallway. Kay, setelah berterima kasih kepada staf Flamingo itu, terus masuk ke dalam bilik dengan senyuman jelas tersungging di wajahnya.
Dia menutup pintu bilik dan bersandar pada belakang pintu. Mata tidak lepas memandang Kiah atas bawah.
Kiah yang sedang dirinya direnung sebegitu rupa menekur lantai. Kemudian, tangannya naik ke kepala dan melorot turun shawl yang dipakai.
Hey...” tegur Kay. Senyuman masih terpampang.
Hey yourself.” Balas Kiah, bersahaja. Selendang tadi dilipat dan disangkutkan pada belakang kerusi. Dia kemudiannya melabuhkan badannya ke atas katil yang empuk itu.
Beberapa minit kemudian, Kay turut berbaring di sebelahnya. Kaki mereka di atas lantai, hanya separuh badan yang ada di atas katil.
“Abang...” panggil Kiah lembut. Kay di sisi berpaling menghadap Kiah.
“Ya?Apa...” Ayat Kay termati di situ apabila Kiah sudah memeluknya erat.
            Dengan sehabis spontan, separuh badan Kiah meniarap di atas dada Kay. Wajah Kay dipegang kiri kanan dan jarinya singgah pada kening Kay. Kucupan jatuh pada hidung Kay.
This is the best...gift...ever...” setiap patah diselangi satu kucupan. Makin lebar senyuman Kay.
Gembira hatinya apabila Kiah suka dengan hadiah istimewa dia ini. Pinggang Kiah dipeluk. Dagu Kiah yang betul-betul tergantung di atas bibir dia menjadi mangsa.
“Happy mother’s day, sayang.” Ucap Kay, penuh ikhlas. Kiah tarik senyum dan mengenyitkan matanya kepada Kay.
Thank you, love! I really needed this break...abang memang pandai baca fikiran saya, kan?”
“Abang tahu sayang penat. Abang pun penat. We deserve this break, no?Sekali sekala...kena time off. Terutamanya awak, sebab you my darling...”Tangannya bergerak mencari tangan Kiah. Kedua-dua belah tangan Kiah digenggam dan dikucup.
“You are the backbone in our family.” Ucap Kay lagi. Apa yang Kiah mampu buat? Senyum sampai telinga!
Sungguh dia tak mengharapkan apa-apa, tapi Kay yang prihatin ni buat dia makin sayang pada suaminya. Makin nak gedik, makin nak manja, tambah-tambah si Kay pun dah pandai nak menggedik dengan dia. Kadang-kadang, Kay tu yang terlebih gedik.
“Okay, abang nak pergi solat kejap. Kemudian, kita turun ronda-ronda kat pantai.”
Kiah angguk, namun dia masih statik di atas dada Kay.Dia tenung wajah Kay, macam nak telan pun ada. Sayang teramat katakan!
“Sayang...” tegur Kay, garau terlebih. Kan dia dah kata dia nak pergi solat, karang benda lain pulak jadinya kalau Kiah pandang dia macam tu.
“Oh? Nak bangun ya? Okay...” Kiah mengengsot ke tepi. Bantal dari headboard ditarik dan dipeluknya. Sebuah keluhan lega dilepaskan, sedar tak sedar dia pun terlena.
Kay mampu tengok sahaja. Tidur dalam berangan lah tu Khairina dia ni. Perangai tak ubah-ubah...
Rest...sayang...” kata Kay, kemudian setelah solat, dia pun tumpang sekaki lena di sebelah Kiah. Penat drive...esok pun boleh lagi tengok pantai tu...tak lari aih.


KIAH membuka matanya apabila terdengar Lenka berkumandang dari telefon Kay. Dia memandang Kay yang masih lena di sebelah. Huish, tidur sampai berdengkur. Letih bebenor drive sampai Penang sayang dia ni. Kesian.
Dia melepaskan tangan Kay dipinggang lalu menggagau XperiaZ di bawah bantal Kay. Melihatkan caller ID yang naik, bibir Kiah terus tersenyum lebar.
“Assalamualaikum abang?” bisik Kiah perlahan.
Salamnya dijawab kemudian tiga suara serentak menjerit. Kiah tergelak besar, kemudian cepat-cepat menekup mulutnya apabila takut Kay tersedar.
“Ni dik. Anak-anak kau ni. Bingit gila! Sibuk nak suruh aku call korang.” Kashaff mengadu. Belum sempat dia cakap lebih lanjut, Luth sudah merampas telefon.
“Mama!! Yaya doesn’t want to listen to abang!
“Tak mama, abang tipu! Yaya goodgirl!
“Mamaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Lebiu!!”
Kiah tergelak lagi. Yang terakhir itu sudah tentu Luq. Kalau cakap telefon, itu sahaja yang di atahu. Mama, love you.Papa...miss you. Itu aja, yang lain,masih belum reti nak cakap guna telefon agaknya.
“Dah dah...Luth, jangan strict sangat dengan adik-adik tu.” Pesan Kiah. Tahu sangat, Luth ni sebijik macam Kay dulu. Jenis strict kalau Yaya nak melebih. Yaya pula, macam dia. Suka juga buat walaupun dah kena halang. Lagilah si Luth tu panas bila adik kesayangan tak nak dengar kata.
Setiap sorang ada perangai masing-masing, memang penat Kiah nak melayan. Nasib baik Kay pun jenis memahami. Dah ada tiga, dia pun diam. Tak mintak dah baby  baru. Tapi kalau rezeki nak datang lagi, Kiah pun takkan tolak. Hati ibu, lagi ramai anak, walaupun lagi penat , tapi sanggup jaga sebab rumah pun akan jadi serba meriah.
“Luth tak strict pun mama. Yaya is too...naughty.
“Mana ada! Uncle Chap Yaya good! Abang naughty!Tak nak kawan dengan abang! Luq! Jangan kawan abang!” Nyaring suara puteri dia mengamuk. Tak cakap ikut telefon pun dah boleh dengar. Kiah mampu menggelengkan kepala sahaja. Luth dan Yaya, kalau mood baik, baik sesangat. Kalau mood mengamuk, tak mahu tegur sapa langsung! Bahaya betul dua orang ni.
Yang jadi mangsa, si mesra alam Luqman tu. Luqman yang rapat dengan Luth, dan juga Yaya, sentiasa jadi rebutan. Yang itu pun, layan ajalah karenah kakak dan abang dia. Penyabar betul.
See, mama. Your daughter is too loud.I don’t like her...at least not right now.” Adu Luth lagi.
Yaya yang faham Luth sedang mengadu pada Kiah ketika itu sudah bercekak pinggang. Muka masam ditayang pada si abang. Mata sudah berair. Tak suka bila Luth cakap dia loud and naughty.
“Ma...Mamaaaa....” Kiah mengetuk kepalanya apabila mendengar suara tangisan Yaya. Padanlah Kashaff pun tak menang tangan nak tengokkan dorang.
“Tengok mama, dia sikit-sikit nak cry.You talk to her, mama. Abang tak suka dia nangis.” Adu Luth lagi. Telefon kemudiannya diserahkan pada Yaya yang teresak itu. Memang dia dari kecil tak suka tengok Yaya dia ni menangis. Kalau gaduh aja, Yaya mesti nangis. Serba salah Luth rasa, walaupun Yaya yang selalu mulakan pergaduhan.
“Mama...bila mama nak balik...huuuu...
Yaya bertanya apabila telefon diserahkan kepadanya. Dia masih tersedu-sedu. Terasa hati kut bila Abang Fifi cakap dia macam tu.
“Mama balik lusa, Yaya.”Jawab Kiah ringkas. Bibirnya digigit apabila tersedar yang Kay sedang memerhatikan dia.
Sejak bila bangun ni? Terkejut orang sesaat tadi. Mata bukan main luas! Kusss semangat.
Kening Kay terjungkit tinggi , bertanyakan siapa yang telefon.
Kiah mendengar aduan Yaya sambil mulutnya bercakap tanpa suara dengan Kay. Kay angguk faham.
Kalau Luth, kerja dia mengadu sambil-sambil berlagak cool dan superior, Yaya dua kali ganda  mengadu. Mengadu, sambil menangis! Drama queen!
Luq pula...orang yang akan memberikan konklusi.
Bye! Lebiu! Itu sahaja anak ketiga tu mampu cakap. Sesuai lah tu, sorang sejuk, sorang panas, sorang...tenang saja. Warna warni keluarga dia ni.
“Mama...baliklah. Yaya tak tahan  ni. Abang suka buat Yaya marah. Suka kacau Yaya.” Adu puteri tu lagi. Kiah memasang loudspeaker, agar Kay pun boleh dengar.
Mendengar suara Yaya itu, Kay terus membeliakkan matanya. Kiah pula cepat-cepat pukul bahu Kay. Suka buat muka macam tu bila anak dara dia ni mengadu!
“Ye ke abang yang kacau? Yaya yang kacau kan?” Kay mencelah. Yaya terus terdiam. Mr Teddy dia ni kenal sangat perangai dia. Ya, memang dia suka kacau abang Fifi dia tapi balik-balik, dia yang geram sendiri.
“Mr Teddy i’m not talking to you! I’m talking to mama!” terus suara singa kecil itu memecah ruangan bilik itu. Kiah tergelak kecil namun Kay menekup mulut Kiah cepat-cepat.
“Now Yaya, that’s not the way to talk to Papa!”suara Luth mencelah kedengaran. Yaya terdiam.
 Kiah menaikkan keningnya tinggi-tinggi. Macam ni rupanya perangai anak-anak dia bila mereka berdua tak ada di rumah.
Pandai Luth tegur Yaya, tapi Yaya tu kepala angin. Kena papa dia tegur baru dia nak dengar. Kalau tak, tak jalan. Tapi kekadang tu, Luth tegur pun dia dengar juga...dengan mama dia aja teguran tu tak jalan.
Sowie papa. Papa...nanti belikan Yaya teddy ya? Yaya nak yang small one, like a keychain...
Dari situ, Yaya mula cool off. Setelah itu Kay berpesan lagi supaya mereka tak bergaduh, terutamanya pada si Yaya tu. Luth, dia tahu sangat Luth bukan yang jenis pergi cari masalah. Yang suka cari masalah, si Yaya. Bila Luth dah rimas,Luth pun mulalah nak buat hal. Budak-budak, katakan.
Setelah puas mendengar mereka berborak, Kiah melihat jam di skrin  telefon sendiri. Alamak, dia belum solat pun lagi! Nasib baik boleh jamak. Cepat-cepat dia bingkas ke bilik mandi membiarkan Kay berborak dengan anak-anak.
Kay yang faham Kiah nak solat tu cepat-cepat tutup loudspeaker.
Kiah membuka luggage yang dibawa Kay bertujuan untuk mencari kain sembahyangnya. Namun, sambil-sambil dia nak jumpa kain sembahyang tu...dia geleng kepala sahaja tengok baju yang dibawa Kay itu.
Kalau dah lelaki tu, lelaki juga! Nasib baik dia datang sini pakai jeans. Apa yang Kay bawa semuanya kain, kain, dan kain. Bajet tourist sangat.
“Apa benda yang abang pack ni?” tanya Kiah  sambil menayangkan kain pario berwarna warni itu.
Kay yang baru mematikan talian itu memandang ke arah Kiah sambil mengangkat bahunya. Manalah dia tahu benda apa, asal dalam almari tu, kalau dia rasa sesuai untuk pantai, dia sumbat aja tadi.
“Abang nampak macam kain, abang ambil aja tadi.” Ulas Kay lanjut. Sebelum ni dia pernah aja nampak Kiah pakai kain tu...tapi...
Kay mula teringat sesuatu. Kiah pakai ni macam seksi aja dulu, ala-ala lilit kat leher tu. Liur ditelan. Jangan kata dia salah bawa, sudah.
Melihatkan muka Kay sudah cemas, Kiah menarik sebuah senyuman halus.
“Tak apa, boleh pakai jadi skirt pun ni.”
Kay mencapai sebiji bantal lalu dibaling ke arah Kiah. Saja je kan Kiah ni, buat dia cemas aja tadi.
Bantal itu sempat ditahan Kiah dari menyentuh mukanya. Sebelum dia menghilang ke bilik air, sempat lagi dia menjelirkan lidah ke arah Kay. Kemudian, dengan tawa yang masih bersisa, dia bawa sepersalinan baju dan juga fresh towel ke bilik air.
Nak solat! Nanti habis waktu...sia-sia dapat dosa.

            TEPAT  jarum jam menginjak ke pukul 12  malam, Kiah dan Kay sampai ke bilik mereka. Selepas isyak tadi, mereka bersiap-siap keluar jalan-jalan cari makan. Sebelum tu, sempat lagi saja-saja buang masa, buang wang pergi naik feri ke seberang, kemudian patah balik pun naik feri juga...nak merasa lah kununnya naik feri dengan kereta. Dasar jakun!
            Selepas itu mereka pusing-pusing area  ChowRasta, pekena dua mangkuk Sup Hamid yang sedap tu...kemudian pergi Padang Kota, makan jagung bakar...dan apabila perut sudah kenyang, mereka ambil keputusan untuk balik dan tidur.
            Kiah terus membuka sandalnya dan terus memanjat naik ke atas katil. Kenyang-kenyang, terus baring. ‘Sihat’ sangat amalan mulia tu. Ternak lemak!
            “Tak da tak da, pergi freshen up dulu Khairina. Lemau satu badan, abang tolak jatuh katil baru tahu.” Selamba Kay menegur sambil dia membuka bajunya yang dah bau asap jagung bakar tadi.
            Kiah terus mencebik. Bukannya dia nak tidur lagi pun. Kay ni, saja aja!
            “Abang pergilah freshen up dulu.” Jawab Kiah selamba. Dia nak releks sekejap, baru dia akan fikir pasal mandi. Sungguh, tadi makan macam tak ingat dunia!
            “Jimat air, jom.”
            Tanpa sempat Kiah respons apa-apa, Kay dah heret dia masuk ke bilik mandi. Jimat air lah sangat!
            “Gatal!” jerit Kiah sambil tergelak kuat sebelum Kay menutup pintu bilik air.


            KIAH menggoyangkan kakinya yang diriba Kay sambil matanya ralit membaca random posts  di Newsfeed Facebook. Kay pula, sibuk melayan lagu apa entah dari telefonnya, kekadang itu sempat dia curi beberapa bait lagu dan menyanyikannya kuat-kuat. Jam sudah berganjak ke pukul 1.30 pagi, tapi masing-masing masih celik. Sudah puas tidur petang tadi, malam jadi burung hantu tak terlatih.
            Kiah tiba-tiba tergelak kuat apabila melihat satu post pasal suami yang marah pada isterinya. Boleh pula si suami itu pergi ketatkan semua jenis tudung botol yang ada, bagi susah sikit si isteri nak gaduh lama-lama. Last-last, kena cari si suami juga sebab nak buka botol. Cilik betul suami orang tu.
            Typical your kind of mischievious tricks la, Khayrel Reza.” Ujar Kiah selamba sambil dia menyuakan telefonnya ke Kay. Kay menyambut huluran Kiah, membaca dan kemudian dia pula yang tergelak.
            “Ces, dah bocor rahsia abang. Tak apa, I got plenty of tricks up my sleeves. Lagipun, Khairina bukannya selalu gaduh dengan abang. Merajuk sekejap aja pun, pakai aja seluar pink...fuhh...terus berkesan! Dijamin berkesan.” Panjang lebar Kay mengulas.
            Kiah menghentak sedikit paha Kay dengan kaki kirinya. Main-main pula sayang dia ni! Sengaja buat jantung orang berlari tak tentu hala. Jangan sebutlah seluar pink  masa-masa macam ni, getus hati Kiah.
            “Kaki ni tak boleh duduk diam, abang gigit karang.” Ugut Kay perlahan. Mata menikam wajah Kiah yang terbaring melintang di atas katil. Bukan nak baring elok-elok, macam budak-budak pun ada Khairina dia ni kekadang tu. Masa anak-anak tak ada baru Khairina nak jadi manja macam ni, kalau ada budak-budak tu...typically mom mode!
        “Lapar ke nak gigit tu? Tadi makan macam tak ingat dunia...masih lapar? Dinosaur ke apa abang ni?” balas Kiah, sinis.
        Geram punya pasal, kaki Kiah dipegang kemas dan digaru-garunya. Kiah menjerit sakan, tak tahan geli! Kay ni memang lah!
        Kiah bergelut dan sambil gelak sudah beberapa kali dia meminta Kay lepaskan kaki dia tu. Sumpah, tak tahan gelak dah ni, semput dah.
        “Abang, stop! Please stop! I was just joking...”
        “Cakap lagi abang ni dinosaur. Abang NGAP dia baru dia tahu.”
        Kiah terus terdiam. Muncung ditarik panjang. Kaki ditarik turun dari ribaan Kay. Dia kemudiannya menghampiri Kay. Tangan dilingkarkan pada leher Kay dan dia membuat muka comel.
        “RAWR!!” kata Kiah sambil mengenyitkan matanya.
Kening Kay terus naik. Ini pasal apa tetiba nak mengaum ni? Memang sengaja nak suruh diri kena ngap ke...ada agenda lain?
        “Tahu tak maksud RAWR tu apa?” tanya Kiah lagi.
Kay menggeleng. Manalah dia nak tahu...tak ada tertulis pun dalam kamus. Lagipun, dia buka kamus medical saja, kamus lain tu dari zaman sekolah lagi dia tinggalkan.
        “RAWR  tu...I love you, in dinosaur language, of course.” Sambung Kiah lagi. Sebuah kucupan dihadiahkan pada pipi kanan Kay.
        Kay pula, setelah faham dengan apa yang disampaikan oleh si isteri, terus berdekah tawanya. Ini sebab banyak sangat layan 9gag dekat Facebook lah ni jadinya.
        “Tak sangka Khairina abang ni pun ada honours dalam Linguistics for Dinosaurs...” ejek Kay, rambut Kiah diserabaikannya.
        Kiah tayang senyuman bangganya.
        Say I RAWR you too Khairina...” pujuk Kiah manja.
Kay tersenyum lebar. Tangannya naik memaut dagu Kiah, kemudian hidungnya digeselkan pada hidung Kiah.
        I RAWR you more, Mrs Khayrel Reza...
Seraya itu, jantung Kiah ibarat tumbuh sayap. Tetiba rasa jantung dia terbang keluar dari ribcage dan membuat pirouette  berkali-kali. Bahagianya tidak mampu terungkap!
        Kay melepaskan dagu Kiah. Dia bingkas berdiri di tepi katil. Dia tersenyum penuh muslihat dan merenung Kiah seperti tak pernah tengok isteri dia tu sebelum ni. Macam orang angau pun ada, macam mabuk cinta.
        “Kenapa pandang macam tu? Nak buat apa ni?”
Soalan Kiah dibiarkan tidak berjawab. Sebaliknya tangan Kiah ditarik sehingga Kiah berdiri.Kening Kiah sudah terjungkit tinggi. Onar apa pulak Kay nak buat malam-malam buta ni?
             “Khayrel Reza...” panggil Kiah meleret apabila Kay bagaikan di dalam dunia dia sendiri. Senyum penuh muslihat yang terpampang pada muka Kay itu membuat hati Kiah semakin berdegup kencang. Kena sampuk angin laut ke apa ni?
            Kiah memandang ke arah sliding door bilik itu. Tertutup rapat aja...takkan kena sampuk ni. Nauzubillah.
            "Khay..." kata -kata Kiah terus termati apabila telinganya disumbatkan sebelah earfon. Sebelah lagi Kay pakai pada telinganya sendiri. sambil-sambil itu, sempat lagi dia mengenyitkan mata pada Kiah.
            Kiah ternganga.Maigod! Bila Khayrel Reza dia naik bulu...dia pun jadi tak tentu hala. Ingat senang nak tengok Kay jadi romantis ni? Kalau masa mula-mula kahwin dulu, memang Kiah kata mustahil. Tapi sekarang, bila cinta semakin bercambah, ini adalah satu rutin yang boleh melemahkan jantung Kiah.
            "Tonight, I'm Shayne Ward. And you, my Khairina...you make me breathless. You leave me breathless."bisik Kay garau ditelinga Kiah. Pinggang Kiah dipaut erat dan kaki mereka bergerak perlahan mengikut irama.
            Pengsan!! Pengsan! Kiah tetiba rasa nak pengsan bila Mr teddy si Yaya ni mula pasang ayat romantis! Homai...bukan setakat Kay yang breathless, Kiah pun sama! Oksigen!
            Trust me abang, saya lagi breathless sekarang ni...” gumam Kiah perlahan sebelum dia menekup mukanya ke bahu Kay. Sumpah, muka dah merah ni.
            If our love was a storybook...we would meet on the very first page...”Kay mengikut suara Shayne Ward. Tangannya kedua-dua telah selamat melingkari pinggang Kiah.
            Kiah juga berbuat demikian, kedua-dua belah lengannya disangkutkan pada bahu Kay, kemudian melingkari leher Kay. Dia senyum manis ke arah Kay yang juga tersenyum penuh makna itu.
            The last chapter would be about...how I’m thankful for the life we’ve made.” Sambung Kay lagi. Kiah setia mendengar suara garau Kay itu. Rasa tenang, rasa nyaman, rasa serba kena. Kalau dulu dia sayangkan Kay, sekarang ni makin berganda sayangnya pada Kay dia ni.
            Happy Mother’s Day, sayang. You are a supermom.” Ucap Kay ikhlas.
Pinggang Kiah dilepaskan dan dia menghampiri laci dressing table. Laci dibuka dan sebuah kotak empat segi ditarik keluar.
            Kiah sudah menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Tiba-tiba rasa tubir matanya basah. Terharu kut dapat hadiah!
            Kay kembali menghampiri Kiah dan menyerahkan kotak itu bersama dengan sekeping sticky note.
            Kotak Pandora itu dibuka. Seutas gelang tangan yang tergantung beberapa biji charms yang dipilih khas untuk dirinya. Mata kembali memandang Kay dan dia peluk Kay serta merta.
            You shouldn’t have...” basah juga pipinya dengan air mata gembira. Kay mengusap belakangnya beberapa kali.
            “Dah lama abang beli ni. Masa keluar dengan Yaya and Luth dulu tu. Awal tahun lagi. Yaya cakap nak beli untuk mama, Luth pun setuju. They helped  to choose those charms for their mama.” Ulas Kay lebih lanjut.
            Mendengar penjelasan Kay, lagilah Kiah terharu. Tak sangka kecil-kecil pun anak-anak dia dah pandai nak please mama diaorang. Sepakat dengan papa diaorang pula tu, lagilah mama dia ni terharu.
            Kiah kemudiannya membaca sticky note yang dilekatkan Kay pada kotak itu tadi.

If children are cherubs, then mothers are angels. And that makes fathers into guardian angels, sayang. Kahwin dengan awak, abang tak jangka yang I'm actually booking a ticket towards lifelong happiness.

Your life-long guardian angel,
Khayrel Reza.
           
Kiah meletakkan kotak itu ke atas katil dan lagi sekali dia memeluk Kay sepenuh perasaan.
            Thanks a lot, SuperPapa.
            My pleasure SuperMom.” Gelang itu disarungkan Kay ke lengan Kiah. Kay kemudiannya tarik lengan isteri dia dan kucup tangan Kiah penuh sayang. Tangan yang jaga anak-anak dia, tangan yang belai anak-anak dia...tangan yang mendidik mereka bertiga.
            Every mother is a supermom, and my Khairina is one of the supermoms in this world.
            Bisik hati Kay perlahan. Kay mampu tersenyum lebar, ya, dia bahagia dengan Khairina. Dia bahagia ada keluarga dengan Khairina dia yang gedik melampau ni. Teramat-amat bahagia, full of liveliness. Dan dia yakin, yang Allah telah hadiahkan dia Khairina agar dapat didik dia menjadi manusia yang penyayang dan bersyukur, selain menjadi pemimpin keluarga yang berjaya.
            Tanpa Khairina, mustahil dia kecapi apa yang dia ada sekarang. Dan dia bersyukur, dia masih boleh bangun pagi dengan senyuman yang melebar, kerana hari-harinya dipenuhi dengan gelak tawa Luth, Luq dan juga Yaya, serta karenah Khairina yang sentiasa membuat dia tersenyum lebar.
            You don’t even know how very special you are to me, Khairina Ibtisam...but I will let you know how very special you are to me, everyday, till my very last breath.


TAMAT


33 comments:

  1. ahaaaa shuwit sgt! dahlah baru je smalam layan kaykiah versi novel! sikit lg nak habis, pulun baca yg ni dulu... novel lps ni smbg. hahaa.
    serius sgt suwit versi cerpen nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq :) kalau rajin yang novel nanti kasi awin feedback ye.

      Delete
  2. Sweetnye..terlebih gula tol laa..mmg best..

    ReplyDelete
  3. sweet... bila nak smbung cerita laen? semua karya dlm blog ni best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,, and tq. yang lain kena on hold dulu, sorry. kena siapkan manuscript secepat mungkin. sorry for that

      Delete
    2. Kiranya akak ada novel on the way lah ni ? Omgggg *0*

      Delete
    3. ada dua manuscript otw. kena work hard for that! haha, sebab tu blog ak terupdate sangat.

      Delete
  4. Wow!!! Loikeeee sampai ke bintang budak musyuk :*

    ReplyDelete
  5. So sweet.....i love u kay...and i missed u kiah gediks.....tp rs mcm kiah dh kurg gediks je... - jumay jue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiah kurang gedik sis, sebab separuh gedik dia tu dah transfer ke Kay ^_^

      Delete
  6. Wow so suuuit kiah n kay hihihi xjemu baca kisah diaorg xsangka ada special n3 for mother day tahniah

    ReplyDelete
  7. Sweet sesangat. ..rasa tak puas je baca...rasa nak lagi...ala...knp hopeless romantik belum ada kat popular wangsa walk mall ni...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hr popular penang pun xda lagi. So i got no inkling why popular lembab sgt.better Try other bookstores.

      Delete
  8. So sweet.....love both of them....♡♡♡

    ReplyDelete
  9. Shamieennnnn....

    Luv uuuuu sooooo muccchhhhh.... teruja kak ita.. till the moon and come backkkkk.... super duper sweeetttt muuueeettt...

    hurm ni yg buat akak nak ulang baca lagi HR niiiii.... izinkan akak print SE ni tuk tampal kat buku HR....

    Thanks my dear... u r superb... semoga SE ada lagiiii

    Lots of luv
    kak itasukri

    p/s: sorry tak komen kat FB... red alert.. my bubbly boo hubby akak dah buka fb... nanti kalau dia baca ayat super sengal akak... pediiiihhhh telinga... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...print ajalah akak. Hr ni mmg untuk blog je.tq for ur feedbacks

      Delete
    2. hurm akak baca ada nak siap kan 2 mss terbaru... Tersalah Pilih dengan Jiran Rumah Abang ke...

      rindu ngan mereka di TP dan JRA... juga tak lupa MV...

      apa2 pun blog ini everdy akak terjah... hahahhha... pengsan juga student akak dpt lectr mcm ni...

      Delete
    3. JRA belum lagi. TP dengan Lova

      Delete
    4. good... waiting for that dgn penuh sabar

      Delete
  10. Best sgt2... Happy mothers day Kiah...

    ReplyDelete
  11. To everyone
    tq for ur support and tq for enjoying ur read. Yang baik ambil jadi contoh and yang buruk tu simpan jauh-jauh ya. Thanks again and sorry awin x reply satu persatu.

    ReplyDelete
  12. Sukaaa sangat SE nie.. Thumbs up to u Shamien.. Seronok tgk romantika Kiah dan Kay.. serta anak2 dia orang.. best2 :)

    ReplyDelete
  13. Sweet and lovely....terharu sangat....hehe...

    ReplyDelete
  14. perfect!!.. pls write more, pls pls pls..

    ReplyDelete
  15. double WOW for se hopeless romantik ni. hehe memng xmenghampakan mcam novelnya. next novel sis apa ya? xsabar nk bca lgi karya sis ;) ^^

    ReplyDelete
  16. Sweett sesangat...bila nk buat novel bru lagi...?

    ReplyDelete