Qays tunduk lalu
memegang lututnya. Dia memandang Izz yang berada di hadapannya itu. Laju betul
budak muda tu pecut.
“Still can’t beat
me, old man!”
Izz sengaja
mengusik bakal abang ipar dia itu. Qays cepat-cepat menegakkan badannya. Tak
tua lagi tau, tapi kalau dibanding dengan Izz tu, agak tua la. Sikit je pun
tuanya.
“Hey, watch it. Aku
kenalkan engkau dengan makcik nasi berlauk tu tau dua hari lepas. Be thankful.”
Ujar Qays sambil
berlari-lari anak untuk catch-up dengan Izz. Izz tergelak sahaja. Sejak dari
hari itu, memang dah jadi tabiat dia dengan Qays untuk cardio pagi-pagi lepas
subuh. Qays pula, sejak dua menjak ni memang menetap dekat rumah mama papa dia,
rumah sendiri tengah renovate. Nak jadi pengantin baru kan, kenalah kurang
sikit part bachelor tu.
“Aku gurau je lah
bro. Memandangkan hari ni makcik nasi tu tak jual, kau datang breakfast rumah
aku. Aku suruh mama buatkan karipap untuk goreng kelmarin dulu. Ada lagi
separuh yang tak goreng dalam peti. Jom kita bedal.”
Izz mengundang Qays
ke rumah. Qays, orang dah ajak makan free tu memang tak akan dia tolak. Plus,
dia pernah rasa CikPuan Zarina punya home-made karipap dulu, memang sedap.
Sampai di rumah,
Qays dengan Izz masuk ikut pintu dapur.
“Assalamualaikum...”
Izz memberi salam,
siap berlagu lagi. Qays hanya ikut saja jejak langkah tuan rumah tu.
“Woi! Apa hangit
atas dapur ni?”
Izz menjerit
tiba-tiba. Qays, tindakan refleksnya cepat-cepat membuatnya menutup api dapur
itu. Izz pula sudah kaku, memandang seseorang yang sedang lena sambil menekup
muka di atas meja dapur tersebut. Qays juga tak tahu nak cakap apa melihat tuan
badan itu sedang berdengkur.
“Woi! Bangun
senget!”
Izz mengetuk meja
dapur itu sekuat mungkin. Geram tau, karipap yang tinggal tu semua dah hangit.
Berlapar la pagi ni!
Qays hanya
menggeleng kepala. Dia memberi isyarat kepada Izz untuk kasi dia pula chance
gerak puteri beradu tu.
Qays menarik kerusi
di sebelah EE yang lena itu lalu duduk. Rambut EE dikuak sedikit, jumpa pun
telinga! Punyalah tebal rambut minah ni.
“ERYNA BANGUN!”
Qays menjerit
betul-betul di dalam telinga EE. EE bangun dan serta merta tangannya menampar
wajah Qays. Mengigau lagi ke?
***
EE pusing di atas katil buat kesekian kalinya. Jam di dinding dipandang,alamak! Pukul 7 dah? Subuh terlajak!
EE cepat-cepat
bingkas bangun dari katilnya dan cepat-cepat menunaikan Subuh gajahnya itu.
Solat pun sambil menguap budak ni, masyaAllah!
Selepas dia beri
salam, dia terdengar perutnya memainkan
orkestra. Lapar la pulak. Mama dia tentu dah buat breakfast dekat bawah ni.
EE bergegas
menggulung sejadahnya. Dia memperketatkan ikatan kain batik dia itu dan turun
ke bawah. Harapannya untuk makan terbantut apabila dia baru ingat yang mama dia
dari semalam lagi tak ada dekat rumah. Attend conference dekat Melaka. Petang
ni baru balik.
“HA! Karipap dalam
peti! Yeah yeah!”
EE cepat-cepat
menyelongkar peti ais itu. Nak cari karipap yang dekat mata tu macam cari harta
karun , yelah, lupa nak pakai speks dia. Tambah-tambah, dalam peti ais tu ayam
ke, daging ke, karipap ke, semua nampak sama je. Beku semedang!
“Jumpa pun!Huwargh”
Kata EE sambil
menguap. Sungguh tak senonoh. Kuali dipanaskan, minyak dituang, tunggu minyak
panas dan goreng!
EE mengambil
keputusan untuk duduk sambil menunggu karipapnya siap digoreng. Lama tau,
lenalah kejap.
Lalu EE meletakkan
kepalanya ke meja. Sedar-sedar, dah lena budak ni. Karipap tu macam mana ye?
EE ada terbau
sesuatu namun dia hanya biarkan. Yelah, seronok mimpi Uncle Long. Alahai...
Omaigod! Kenapa
Uncle Long pandang macam tu? Eh, dia nak kiss ke? Ahaha...sukanye sukanye.
Uncle Long menguak
rambut EE dan dia tiup sedikit telinga EE tu. EE tersenyum, geli la!
Tiba-tiba suatu
suara menjerit di tepi telinganya.
“ERYNA! Bangun!”
Secara refleks, EE
bangkit dan tangannya menampar wajah di hadapannya itu. Mula-mula dia ingatkan
Izz, namun apabila menggenyeh matanya buat beberapa kali, bukan Izz yang sedang
merenungnya dengan muka bengis itu. Itu muka singa yang paling bengis atas muka
bumi ini.
“Sempat tak kalau
aku lari?”
EE bertanya pada
dirinya, namun dia tak sedar yang dia cakapkan benda itu kuat-kuat. Izz pula
sudah memegang perutnya, gelak dia dari Qays kena tampar lagi, tak henti-henti.
Qays mengecilkan
matanya apabila mendengar pertanyaan EE itu. Sekarang larilah, nanti kahwin
jangan harap nak lari lepas tampar muka tampan dia tu.
EE pula menggigit
bibirnya. Boleh dia buat releks dengan muka baru bangun tidur tu ya? Eh, kan
tadi ada ambil wudhu’, kira bersih la muka tu.
“Eryna, adik manis.
Sedar tak sekarang ni?”
Qays bertanya
sambil menahan geramnya. Tahan geram, tahan. EE tak sengaja tu tampar dia tadi.
Dia juga yang pergi jerit dalam telinga budak tu.
EE hanya mengangguk.
Qays tersenyum sinis.
“Okay then, cantik
sangat bedhair awak ni. Kalah saya.”
Zapp! EE terus
bangkit. Mukanya memerah. Boleh dia pergi buat selamba depan Qays? Tudung entah
ke mana, gigi belum diberus, haila. Kali ni entah kali ke berapa dah dia
malukan diri sendiri depan bakal suami dia tu.
Dah tak surprise
dah Qays bila kahwin nanti. Apa yang dia belum nampak? Dah tak akan jadi macam
novel yang dia baca dah. Dah tak ada umph dah nanti first night mereka. EE, EE.
Kesitu jugak otak engkau pergi ya.
***
Izz pandang muka Qays, Qays pandang muka Izz. Karipap yang hangit gara-gara perbuatan careless EE itu sudah berjaya dibuang ke dalam tong sampah.
Izz pandang muka Qays, Qays pandang muka Izz. Karipap yang hangit gara-gara perbuatan careless EE itu sudah berjaya dibuang ke dalam tong sampah.
Sekarang, nak makan
apa?
“Sorry bro, that
was the last batch of karipap. So...Koko crunch?”
Qays hanya
mengangguk. Yelah, kalau balik rumah parents dia nanti, dah tak sempat nak
breakfast, dia nak masuk kerja pulak nanti. Tolak jalan jam, itu ini, nanti
lewat pula.
Izz meletakkan dua
mangkuk kosong di atas meja itu lalu menuangkan Koko crunch ke dalam setiap
satu. Kemudian, dia menuangkan susu pula. Senyap je dua orang tu mengadap
cereal masing-masing. Sedih kut tak ada rezeki makan karipap.
Kemudiannya, EE
menebalkan muka untuk menjejakkan kakinya ke dapur. Dia menarik lagi satu
kerusi dan duduk. Kotak Koko crunch dirampas dari sebelah Izz lalu diletakkan
di hadapannya. Dia tahu, Izz ni, kalau mengadap cereal, akan tambah
berkali-kali sambai licin satu kotak tu.
Izz dengan Qays
langsung tak pandang EE. Buat tak tahu je. EE memeluk kotak Koko Crunch itu
lalu dia mengutip satu persatu bijirin itu dan menyuapkan ke dalam mulutnya. Kunyah
macam kunyah sireh, siap ada bunyi. Selendang dekat atas kepala tu pun sampai
nak meleret jatuh sebab kuat sangat pergerakan rahang EE ni ketika mengunyah.
EE menarik nafas
dalam-dalam.
“Sorry. Tak dapat
makan karipap.”
Qays mengangkat
kepalanya terlebih dahulu. Dia menyepak perlahan kaki Izz di bawah meja itu.
Izz memandang Qays. Tanpa berkata apa-apa, masing-masing mencapai keputusan.
Ada telepathy pulak bakal ipar ni.
Qays memandang EE
serius, ada mesej yang perlu di sampaikan.
“Kami boleh
maafkan, on one condition.”
EE cepat-cepat
mengangguk.
“Awak kena belajar
buat karipap dari mama awak. Kalau tak, bila kita kahwin, kita duduk bilik
asing-asing.”
Dan, dengan itu,
Qays berlalu. Tentulah selepas memberi mental high-five dengan Izz itu. Izz
pula menahan gelak melihat muka terkilan EE itu. Lagi dua hari nak kahwin,
sempat ke master dengan mama nak buat karipap? Ohoho.
EE memandang badan
Qays yang berlalu pergi dari pintu dapurnya itu dengan perasaan sebak.
“Uncle...Long.
Kalau bilik asing-asing nanti macam mana nak...”
Belum sempat EE
habiskan ayatnya itu, kepala EE sudah disekeh oleh Izz. Izz memandang EE dengan
muka selambanya.
“Refleks action,
sudah dengan Uncle Long kau tu. Pergi mandi, lepas tu jom kita pergi bantai
makanan mak tiri kita buat dekat rumah baba.”
EE terasa
semangatnya kembali. Betul jugak tu, sini tak ada makanan, rumah papa mesti
ada. Muahaha, pandai betul mamat bahlul ni. Tak menyesal aku ada adik sebijak
ni.
***
EE nak tak nak je serahkan kunci Swift dia tu kepada Izz. Kenapa bukan EE saja yang drive? Sebab, Izz ni memang the worst passenger ever, ada saja dia nak tegur cara EE bawa kereta tu sampai EE naik meluat, rela serahkan nyawa precious dia kepada Izz daripada dengar lecture free dari adik sendiri.
EE nak tak nak je serahkan kunci Swift dia tu kepada Izz. Kenapa bukan EE saja yang drive? Sebab, Izz ni memang the worst passenger ever, ada saja dia nak tegur cara EE bawa kereta tu sampai EE naik meluat, rela serahkan nyawa precious dia kepada Izz daripada dengar lecture free dari adik sendiri.
Izz membuat muka
bangga apabila dia mendapat kunci kereta dari kakak tersayang. Pintu di buka,
enjin dipasang dan driver seated!
“Hell, apa kau sembur
ni EE?”
EE membuat muka
pelik dia. Wangi tau kereta dia ni, siap sembur perfume tau.
“Dior.”
Izz membuat muka
nak muntah dia tu.EE mengangkat kening sebelah, memberi amaran kepada adiknya
supaya jangan komen apa-apa kalau still nak hidup.
Izz mengeluh.
‘I hate the smell
of ladies perfume! Too fruity, yucks. Bau mayat lagi awesome. Izz, ye ke
awesome? Tak tak, Armani lagi awesome.’
Sempat lagi Izz ni.
“Woi mamat, reverse
la cepat, aku nak pergi makan ni.”
Izz mengikut
arahan. Lupa pulak nak reverse, khusyuk sangat dengan monolog dalaman dia tu.
EE memperketatkan
seatbeltnya, sebab dia tahu,sebaik sahaja Izz ni jumpa jalan besar, minimum
speed dia akan bawa adalah 100km/j. Itu minimum, maximum? Selagi kereta tu tak
melayanglah jawabnya. Memang doktor to be yang tak sayang nyawa.
Sampai sahaja di
villa babanya, EE mengambil mandat untuk menekan loceng bertubi-tubi.
“Didik! Didik!
Yuhuu, buka sama pintu pagar ini dong!”
Tak cukup dengan
loceng, EE sempat lagi meniru dialek indon bibik babanya itu. Ha, muncul pun
Didik tu. Amboi, make-up bagai. Ni mesti kerja mak tiri dia ni. Yelah, Mummy
Sam dia ni ex-pastry chef, sekarang dah tak kerja. Sibuk nurture Farish aka
adik paling bongsu si EE ni. Sekali
sekala je dia pergi pantau bakery dia tu.
“Oh! EE, lama tak
ke sini kamu. Eh! Tuan Izwan pun ada”
EE hanya tersenyum.
Hanya Didik yang panggil Izz, Izwan. And Tuan Izwan at that too. Itu yang Izz
tu syok lebih bila datang sini.
Eh, apasal Didik datang dekat pagar ni? Bukan
ni pagar letrik ke? Dia buat dah lupa dia ni.
“Hey Didik! Lama
tak jumpa.”
Didik tersipu
apabila Izz menjengukkan kepalanya dari tingkap kereta. Gatai ye Didik? Didik
siap pegang lagi palang pagar tersebut nak tengok muka Izz dengan jelas.
“Didik sayang, buka
dulu pagar letrik ni dong, baru boleh lihat pacar kamu puas-puas. Ya ke tidak?”
EE bersuara. Adalah
jugak dekat seminit Didik duduk dalam dunia sendiri berimaginasi dia dengan
Tuan Izzwan dia tu. My foot!
Didik tersedar dari
lamunan. Kepalanya diketuk perlahan. Dan dia mengungkapkan ayat yang memang EE
sudah hafal.
“Aduh! Lupa ini
pagar letrik EE. Sebentar ya.”
Dan macam tu sahaja
Didik lesap. EE hanya menggelengkan kepalanya sambil kembali ke dalam kereta.
Pagar di buka dan vooosh, Izz terus masuk parking bawah pokok.
***
Selepas memberi salam , terus dua beradik ni macam lipas kudung menerjah dapur villa tersebut. Ingat kenyang ke makan koko crunch? Buat tahi gigi je tu.
Peti ais gedabak
itu di buka dan voila! Moist chocolate cake dengan creame chese yang sudah
tinggal separuh itu menunggu masa untuk dibedal. Wah, ada strawberry topping
pun.
“E , bawak keluar
cepat. Tempation!”
EE mengangguk lalu
menarik kek itu keluar. Mereka dah nampak kek, sehinggakan tak perasan baba
dengan Mummy Sam mereka hanya memerhatikan gelagat mereka dari muka pintu dapur
itu.
EE cepat-cepat
mencari sudu. Izz sudah mencuit creame cheese itu. Nyum! Sedapnye.
“Tak ada sudu kat
tempat biasa! Didik dah pergi lempar mana entah.”
EE cepat-cepat join
in Izz. Makan dengan tangan je lah, nikmat. Ikut sunah nabi apa.
“Kamu dua ni memang
kebulur sangat ke?”
Encik Shahriman
menegur dua ekor tikus itu. Izz yang baru menyuap mulutnya penuh dengan kek itu
terhenti. EE juga sama, dia kemudiannya pandang tangannya. MasyaAllah, penuh
dengan topping. Macam ni ke perangai budak nak kahwin lebih kurang 48 jam lagi?
Qays tengok memang tak jadi kahwinlah.
“Ish honey ni ,
biarkan je mereka indulge dengan kek I buat tu. Kalau bukan both of my angels
ni nak habiskan, siapa lagi? Farish tak suka my desserts.”
Mummy Sam
menyelamatkan keadaan. Sebab tu EE dengan Izz ni sayang mak tiri mereka ni.
Paham dengan kondisi mereka yang suka melahap tu.
“Makan je semua tu,
Mummy dengan baba pergi mandikan Farish. Tak cukup dengan tu, atas dapur tu ada
leftover chicken pie semalam. Itu pun kasi sapu licin ye angels.”
Samihah menolak
suaminya keluar dari pandangan budak-budak kebuluran itu. Izz dengan EE sudah
high-5. Memang tak salah mencari makanan di rumah babanya. Ibarat orang
mengantuk disorongkan bantal, chicken pie itu pun dilahap selicinnya.
***
EE dan Izz tersadai di bilik TV villa itu. Dah kenyang sangat. Mereka kemudiannya disertai oleh baba, mummy Sam dengan Farish yang baru berusia 2 tahun setengah itu.
EE dan Izz tersadai di bilik TV villa itu. Dah kenyang sangat. Mereka kemudiannya disertai oleh baba, mummy Sam dengan Farish yang baru berusia 2 tahun setengah itu.
“Faish nak EE.”
Farish yang melihat
EE itu terus ingin turun dari dakapan babanya. EE pula cepat-cepat memeluk Farish
yang comel dan gebu itu. Sayang tau dengan adik dia ni.
“Farish, ingat tak abang Izz?”
Izz mengangkat
tangan untuk high-5 dengan Farish tu. Farish pun kasi high-5 sebab dia budak
bijak.
“Come here boy,
kita tengok bird kat luar. EE, kau bagitahu belum baba?”
Izz cepat-cepat
mendokong Farish yang sudah nak dekat dia tu. EE pulak tercengang, bagi tahu
apa ye? Oh, pasal kahwin.
EE melabuhkan
punggungnya tengah-tengah mummy Sam dengan babanya.
“Ba, lusa EE
kahwin.Baba datang tau, jadi wali.”
EE bersuara halus.
Takut babanya kecil hati tak bagi tahu awal-awal. Lupa pulak tu nak bagi tahu.
“Mama kamu dah
bagitahu baba.”
EE memandang
babanya dengan muka tak percaya dia itu.
“Huh? Mama dah
cakap dengan baba?”
Babanya mengangguk
dan tersenyum. Handsome juga babanya ni, macho pun ada.
“Awh, sedihnya. My
daughter dah nak kahwin, hunny...passkan tisu tepi you tu.”
EE hanya tersengih.
Mummy Sam dia ni memang dramatis dan lembut hati, sebab tu mama dia pun suka
dengan bini baru ex suami dia ni.
Encik Shahriman
menyerahkan kotak tisu kepada isterinya lalu bahu EE dipeluk.
“Ceritalah sedikit
pasal Qays tu. Papa nak buat dia gabra masa akad nanti, cerita dengan detail.
Mama kamu tu memang tak pandai nak cerita.”
EE tarik senyuman
dia. Macam Chesire cat , nak cerita pasal Uncle Long dia? Sangat sangat boleh,
no problemo monsieur. Dengan itu, EE membuka al-kisahnya. Dari A sampai Z dia
berkisah. Seronok baba dengan mummy Sam dia mendengar celoteh EE.
Apabila sudah tiba
masa mereka berundur diri, Farish yang paling kesian. Monyok je muka dia,
yelah, seronok main dengan abang dengan kakak dia tu.
“Faish nak follow
EE.Pwease?”
EE menarik seluar
babanya sambil menunjukkan puppy eyes dia. Baba cepat-cepat kalih pandang mummy
Sam. Kalau pandang mata Farish lama-lama, memang tak boleh nak tolak request
tu.
“Aww...sayang
Farish! Baba, please? Kami janji kami jaga Farish elok-elok. We are adults!”
EE dengan Izz pula
buat puppy face. Baba pandang mummy, mummy pandnag baba. Semua dah buat muka comel, macam mana nak
tolak?
“EE, Nanti kamu
sibuk hal nikah.”
EE menggeleng
kepalanya. Tak ada sibuk mana lah, semua dah settle, mostly mama dia yang handle
pun. Kerja dia daydream pasal Qays.
“Sure?”
Izz dan EE angguk
macam belatuk.
“Mummy okay
je.Baba?”
Yes, sorang dah
setuju. Cepat-cepat semua kepala memandang Encik Shahriman. Farish pun pandai
tahu, paham je dia dengan situasi.
“Fine, Fine!
Anyhow, bawa juga Didik dengan kamu berdua. At least dia boleh tolong
kemas-kemas rumah mama kamu tu.”
EE, Izz dan Farish
sudah berpelukan bahagia. Baba dengan mummy Sam ni understanding lah. Ke, ada
udang di sebalik batu?
“Boleh baba dengan
mummy honeymoon.”
Mummy Sam menampar
dada suaminya, Tak senonoh.
“Gurau je lah
honey! Dah EE, pergi inform Didik. Sam, pergi kemas barang Farish.”
Selepas itu baba
mengambil Farish dari Izz dan mencium puas-puas budak itu.
“Behave okay boy?
Promise baba.”
Farish memeluk
babanya. Bahagianya dia ye , dapat hangout dengan Izz dan EE.
“Faish pomish!”
Perjalanan balik mereka girang dengan celoteh Farish. Walaupun dah di strapkan pada baby seat dia, mulut tu dari tadi duduk tunjuk semua jenis kereta yang lalu. Izz pun tak bawak laju sangat, ada budak dalam kereta, be reasonable people!
“Abang! Faish wanna
play shwing later.”
Izz senyum panjang.
Seronok ada orang panggil abang. Dan cara Farish panggil dia abang itu sangat
comel. EE pula mengintai Didik , mak aih, lena dah minah indon tu. Alahai, biar
je lah.
***
Selepas solat Asar,
EE memakai seluar petak-petak dia dengan t-shirt lalu menyarungkan tudung. Nak
bawak Farish jalan-jalan dekat taman. Mama dia call, malam nanti dia sampai. Mama
dia juga suka sebab Farish ada, budak baik, siapa yang tak suka. Tak kiralah
anak tiri ke apa ke.
“Farish! Izz! Jom
gerak.”
EE melaungkan
suaranya. Dia keluar rumah dan tersenyum riang. Cuaca cantik, tak adalah panas
sangat. EE mengerutkan dahinya apabila
terdengar suara Farish tergelak riang.
“EE, look! Faish
tall!Taller than abang!”
EE terkaku dengan
pemandangan di hadapannya ini. Rasa nak meloncat pun ada, comel sangat tengok
Qays yang entah dari mana munculnya itu yang tengah kendong Farish atas bahu
bidang dia tu. So fatherly.
Izz juga sudah ada
di sebelah Qays. Dah jadi best friends
forever dah kut mereka dua ni. Pagi tadi pun duk berkepit, dekarang pun
berkepit.
“Qays? Bila datang?”
EE memandang Qays
yang sedang tersenyum itu. Kacak berganda bila dia senyum macam tu. Jiwa raga
EE dah melayang dah.
“Hari ni half day,
esok off day. Ingat nak get to know adik ipar I ni, sebab tu datang sini.”
EE dah tarik
muncung. Get to know adik ipar, si bini to be ni tak nak get to know?
“EE buat
monkeyface! Abang snap, snap!”
Farish dengan
semangatnya menggesa Izz yang sibuk duduk ambil gambar Cat dengan Nikonnya itu.
Ya, Cat pun si Qays ni heret sekali.
Izz yang kebetulan
memegang kamera itu cepat-cepat menekan button snap. Hah, dapat pun muka buruk
EE ni.
“Izz, not funny.”
Kata EE sambil
matanya memandang ke arah benda yang tadinya di obses oleh Izz. Senyuman EE
melebar. Yes, jumpa lagi sekali kucing comel ni.
“Cat!!! Meow, sini
sayang.”
Cat pula yang sudah
selesai posing itu cepat-cepat melompat ke dalam dakapan mommy tercintanya.
Cinta sejati kepada mommynya ini tak akan pudar.
Farish pula semakin
seronok melihat Cat si Qays itu. Dia menjerit girang. Lepas tu, dia suruh Qays
turunkannya.
“ EE, Faish nak
hold...”
Farish sudah
membuat muka sepuluh sen dia. Cat sudah resah di dalam dukungan EE.
“Tanya abang long dulu.”
EE berkata sambil
menyuruh Farish meminta izin daripada Qays. Dia refer Qays abang long, sebab
dia kan sepatutnya di panggil kak long. Tapi tak guna term tu, hahaha.
“Abang Long incwedible,
Faish nak pat Cat?”
Qays sudah cair
dengan rayuan comel Farish. Sedap nama tu, Abang Long Incredible. Macam Mr
Incredible!
“Okay, tapi Cat ni
tak berapa suka budak-budak. You pat him gently okay sayang?”
Qays mencangkung
sambil membelai kepala Farish itu. Izz buat apa? Duduk capture memori bersama
ni dengan kamera dia la. Farish pula melonjak riang apabila diberi kebenaran pleh
Qays.
Perlahan-lahan EE
melepaskan Cat ke tanah. Cat mula-mula statik, tak bergerak, Farish juga
takut-takut. Tak pernah dia belai binatang berbulu ni, selain bear dia lah.
Qays, Izz dan EE
melangkah ke belakang sedikit untuk memberi ruang kepada Farish dan Cat.
EE tanpa sengaja
tersandar pada badan Qays. Dia memandang Qays yang buat tak tahu itu, malah
Qays sangat khusyuk memerhatikan Farish dengan Cat. Macam satu detik yang
sangat indah, EE tak dapat lari dari membayangkan anak dia dengan Qays nanti.
Mesti comel macam Farish kan?
EE terasa bahunya
dipegang. Cat sudah menghampiri Farish. Dan, Farish cepat-cepat angkat Cat dan
memeluk Cat.
“She is pretty
Abang Long! Fluffy!”
Farish berkata
sambil tersenyum sehinggakan menunjukkan lesung pipitnya.
“Hrmph, we make a
son ye nanti?”
Gulp! Bila Qays dah
peluk dia dari belakang ni? Alamak! Haram! Baru je dia nak respon, Izz dah
tangkap gambar Qays dengan EE.
“Perfect couple! Dah,
tak kahwin lagi, no peluk-peluk! Jom pergi taman.”
Izz berkata sinis.
Qays berdehem atas keterlanjuran dia tadi. EE juga cepat-cepat mendapatkan
Farish yang nyaris-nyaris mencekik Cat itu, hairannya, Cat rela saja. Cat pun
suka Farish lah tu.
“Farish, jom jalan.
Cat tu kasi Abang Long pegang.”
Farish hanya
menggeleng. Tak nak kasi Cat balik.
“No, I want to hold
Cat.”
EE mencubit manja
pipi Farish.
“Okay, tapi jangan
pegang kuat sangat, kesian Cat”
EE berdalih. Farish
pun cepat-cepat mengucup kepala Cat. Sayang dia.
Qays hanya
memerhatikan EE dengan Farish tu. Tak rasa menyesal menerima EE untuk jadi
isteri.
“Oih, pandang kakak
aku tak berkelip. Sabar bro, kurang 48 jam lagi.”
Qays hanya tergelak
mendengar ucapan Izz itu. Ingatkan dia dah ada dekat depan, rupanya dia pergi
kunci pagar tadi.
“Sini jap kamera.”
Qays mengambil
kamera lalu dia melihat balik snapshot Izz tadi. Memang betul, perfect couple,
namun Qays tahu, tak akan ada benda yang perfect dalam hidup ni. Allah sahaja
yang perfect.
“Nice shot Izz.
Nanti kasi satu copy ya. Aku nak framekan.”
Qays berbisik
kepada Izz. Izz mengenyitkan matanya, tanda okay. Qays dan Izz berjalan di
belakang Farish dan EE. Qays tak sabar nak ada family sendiri, dah hilang dah
principle yang dia dulu cakap dekat mama dia. Sekarang, dia tak sabar nak ada
anak sendiri. His mini me-s and EE’s.
***monolog Cat
Alahai, sukanya Cat ada orang nak ambil gambar ni. Bukan hari-hari tau boleh tunuk bakat model Cat ni. Yang ni abang mommy ye? kacak jugak, macam Ayah.
Kebelakangan ni Ayah memang in a good mood. Nak kahwin la katakan, walaupun kahwin paksa, tapi Ayah tak nampak macam terpaksa pun. Mommy pun baik, sukanya!!
Ah, tu dia mommy! Yeay! Sukanya mommy dokong Cat. Rasa keibuan gitu. Ayah, rasa kebapaan la, mana boleh jadi ibu. Weird.
Eh, siapa budak kecik ni? Alahai, janganlah macam Hud! Cat tak suka Hud, dia selalu tarik bulu Cat, sakit tau. Naughty Hud tu.
“ EE, Faish nak
hold...”
Alamak! Tidak! No! No way! Cat tak suka budak kecik! Dia buat niaya dengan Cat.
Ayah please jangan bagi. Cat takut!
“Okay, tapi Cat ni
tak berapa suka budak-budak. You pat him gently okay sayang?”
Matidah aku! Mommy! Mommy jangan lepaskan Cat. Ish mommy ni, tak faham pulak dia. Come on Cat, you can face this little monster.
Dia pun macam takut je dengan Cat. Cat rasa budak ni good boy. Apa kata Cat jalan dekat dia.
Cat nak sampai dah and dia pun peluk Cat. Suka, walaupun dia peluk Cat kemas, tapi dia tak tarik bulu Cat. Sedap pulak dia usap badan Cat ni.
“She is pretty
Abang Long! Fluffy!”
Ah, Cat suka Faish puji Cat! Mulai sekarang, Faish buat la apa dengan Cat, Cat tak kisah, Cat pun sayang Faish!
Hoho! Cutenya Farish. Sweet pulak Qays dalam entry kala ni. Suke Suke!
ReplyDeletehahahaha... gatai na si cat ni. awesome lah shamien. suka qays dah sweet2 gitu.. :D--> big laugh
ReplyDeleteqays tu a bit bipolar, mood gelak dia gelak, mood marah dia marah XD
ReplyDeleteperfect ouhh.. lepas kawen, msti lg perfect. haha~
ReplyDeleteBibik lah bukan didik .....
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBibik dia nama Didik. =D
ReplyDeletehaha. this lil boy remind me some1. zz.
ReplyDeletebudak kecik kt hostel aka ank makcik dm.
mmg die hntm gile2 kcg2 dkt asrama tuh.. ==''
(cey,sebok citer plk.:sharing je)
LOL. so, mmg btol lah tu CAT xmo di pgg oleh mne2 kids.haha.
redpepper.
ayat tunggang langgang...meluat aku bace
ReplyDeleteso sweet..
ReplyDeletengiaww dayyum! cat is soo funneh!
ReplyDelete