Wednesday, December 4, 2013

4 kaki 10 inci : Cerpen




                “Wey, tengok dia tu...dahlah chubby...kontot pulak tu”  Bisikan dari dua orang gadis serba cantik serba tinggi di dalam lif yang dinaiki itu dihiraukan. Kaki yang tersarung ballet flats 0 inci itu diketuk-ketuk pada lantai lif itu. Ini karang ada aku baling jugak kasut ni kan...sabar Sha sabar...count 10 to 1...
 
            “Apa yang si pendek ni buat dekat sini ah? Ni kan modelling agency...takkan dia nak jadi model kut? Pakai pun selekeh...” Malaun dua ekor itu masih bersoksek-soksek di belakangnya. Natassha mengetap-ngetap bibirnya...tak habis-habis lagi kutuk aku dorang ni. Tangannya naik membetulkan letak selendang di kepala. Beg tangan Cath Kidston berlatar belakang putih beige diangkat naik ke bahu. Sebuah lagi beg yang dipegang di tangan kanannya juga diangkat. Beg yang mengandungi segala jenis gajet yang dia perlukan.Kalau dia keding, agak-agak dia larat tak nak angkut beg seberat ni ke hulu hilir? Mau pengsan dulu agaknya.

            Pintu lif terbuka dan dia menonong masuk ke dalam studio. Sempat lagi dia melemparkan sebuah senyuman manis ke arah Annie, model untuk cover shoot hari ni. “Natassha, ada slight problem,” Kata  Sherry, salah seorang jawatankuasa yang terlibat dalam photoshoot itu. Natassha yang sedang mengeluarkan laptop,tripod entah apa-apa lagi gadjet dari dalam begnya terhenti seketika. Mata memandang ke arah gadis yang tinggi di hadapannya itu. Kalau dah masuk modelling agency, yang bukan model pun cecah enam kaki agaknya. Rungut Sha di dalam hatinya. 

            Problem macam mana tu?” Tanyanya kembali, sambil cermin mata yang baru disarungnya itu dibetulkan. Mata kembali fokus kepada kerjanya, dengar pun dengar, tapi tangan tu mesti jalan. Multitasking.

            “Erm...ada mix up lah Sha. Actually untuk photoshoot  ni, dorang hire photographer lain.Kau back up je.” Kali ini, Natassha memandang terus muka Sherry yang sedang bercakap dengannya itu. 

            “Macam mana boleh ada mix up. Ketua projek korang sendiri suruh saya  yang handle photoshoot ni. Alex, tanya Alex. Semalam baru dia cakap dengan saya,” Tegas Natassha. Sherry menggigit bibirnya, tangan dilekapkan pada bahu Natassha.

            “Itu semalam Sha, masa tu Ken tak boleh confirm lagi. Baru pagi ni dia confirm dengan kiterang.” Natassha hanya mampu menjungkitkan keningnya sahaja. Apa nama tadi? Ken? Macam nama dalam cerita barbie je. Tahulah Ken tu memang semua orang nak jadi tukang ambik gambar, tapi rasanya aku pun sama hebat dengan Ken tu. Ini asyik aku yang jadi back up! Baik aku blah dari company  ni, buat freelance, lagi bagus aku rasa.
 
            “Macam manalah management  buat kerja ni? Menyusahkan orang betul.” Rungut Natassha sambil mengemas kembali barangannya tadi. Sherry hanya tersengih macam kerang busuk, memang dia lah tu kan budak management

            Sorry tau beb.” Sherry berkata-kata lagi, Natassha hanya mengangguk. Tak ada guna nak mengamuk pun kan? Dah memang dia yang selalu kena jadi second choice. Payah betul dunia yang penuh dengan double standards ni. 

            “Tak ada hal lah. Tak ada rezeki, nak buat macam mana. Apa-apa aku dekat bilik aku, manalah tau Ken korang tu tak muncul-muncul.” Sinis sekali jawapan yang diberikan Natassha. Kalau ikutkan hati, memang dia rasa nak mengamuk. Dia dah cukup professional tapi kenapa dia tidak diberi peluang untuk shoot majalah fesyen yang hebat-hebat? Kenapa mesti si Ken tu jugak yang dapat?

            Someone mentioned my name?” Teguran suara garau dari belakangnya itu membuat Natassha berdiri tegak. Selama ni asyik dengar nama saja,tak pernah bersua muka. Sekarang, orang yang selalu menjadi first choice itu betul-betul berada di belakangnya. Natassha menggenggam buku limanya. Sherry pula sudah bersinar-sinar wajahnya sambil memandang si dia yang berdiri di belakang Natassha itu. 

            “Ken!! You are late.” Tegur Sherry, ada terselit nada manja di situ. Natassha mengerutkan hidungnya, aik, cepat benar dia tukar nada dia tu. 

            Jammed la tadi.” Natassha masih lagi mendengar perbualan mereka berdua walaupun tangan masih lagi sibuk mengemas apa yang patut. Sesudah mengemas, dia mencapai beg tangannya dan membimbit balik beg yang terisi segala gadjetnya itu. Dia berkalih ke belakang dan secara kebetulan Ken juga memandang ke arahnya. Mata lelaki itu memandangnya atas bawah, dengan pandangan yang tajam, menilai dia barangkali. How do I do on your scale from one  to ten? Geram saja Natassha ingin menanyakan soalan tersebut. Judgemental!
 
            Americano. Not too sweet.” Ujar Ken sambil melayangkan duit 50 ringgit di hadapan muka Natassha. Natassha membuat muka beku. Mata memandang Sherry yang turut kelihatan terkejut itu. Kakinya kembali dihentakkan ke lantai, kemudian kepala kembali didongakkan ke arah Ken. Dia ingat dia tu siapa nak arah-arah orang?Rude!

            Pardon?” Sepatah terkeluar dari bibir mungil Natassha. Cermin mata di atas batang hidung ditanggalkan dan diselit ke poket jeans. Chubby pun chubby lah,pendek pun pendeklah, tapi muka aku macam anak patung okay. 

            Get me an Americano. Itu pun tak faham?” Dia berkata. Kemudian, Sherry yang sedang tersenyum pelik itu dipandang Ken. “Kenapa company you boleh ada orang yang slow dan tak faham bahasa ni?” Oh...sedap mulut dia kutuk aku ya? Natassha memandang Ken dengan pandangan yang membunuh. Pipinya sudah merah akibat amarahnya yang membuak-buak di dalam hati.

            Scusi...do I look like your errand girl?” Natassha bertanya sambil membuat muka toyanya. Giliran Ken pula untuk menjungkitkan keningnya tika ini. Si pendek di hadapan dipandang dengan pandangan yang menikam. Eleh, dada aku pun tak cecah ada hati nak tunjuk hebat. Pijak karang si pendek ni baru tahu.

            What else could you be? Takkan model pulak kan? Sherry...jangan cakap dia ni model kita hari ni. Attitude problem much!” Sherry terpinga-pinga...apa kes boleh jadi macam nak gaduh pulak ni??? Uwaa, tolong!
 
            “ Tak, dia bukan model.” Balas Sherry. Ken tersenyum puas. Natassha mengecilkan matanya ke arah Ken. 

            “Lega I. Ingatkan korang dah habis stok model dah tadi. Dia ni cute tapi tak cukup cantik, tak elegan, dan yang paling penting, tak cukup tinggi...and too curvy too” Amboi Ken, mulut tu tak ada insurans agaknya.  Natassha mendecitkan lidahnya. Sumpah tangan dia ni rasa gatal nak tampar muka Ken tu. Bajet dia tu perfect sangat? 

            “Hey... mulut tu...”Pintas Natassha, pantang betul kalau ada orang nak pandang dia remeh.

            “Sha...please...kat bawah je pun...” Sherry cepat-cepat masuk line. Muka penuh sedih ditayangkan kepada Natassha. Duit di tangan Ken dirampas dan disuakan ke arah Natassha. Natassha masih enggan mengambil duit itu, sehinggakan Sherry terpaksa meletakkan duit itu ke dalam tangan Natassha.Natassha merengus geram. 

            “Apa please please Sherry?” Natassha menyergah Sherry. Sherry terkilan, selama ni tak pernah-pernah Sha ni nak melenting. Kenapa hari ni?

 Hey you, kaki ada tangan ada, lain kali kopi tu sendiri angkut lah. Ingat orang ni kuli dia ke?”  Tajam mata menikam lelaki setinggi gergasi di hadapannya itu. Kaki dijinjit dan duit tadi selamba dimasukkan ke dalam poket kemeja T berleher V yang dipakai Ken. Beg bimbit yang berat beberapa kilo itu diambil dan dengan sengaja dia melanggar Ken apabila dia berlalu pergi. Dia tersenyum apabila mendengar Ken mendecit kesakitan. 

Padan muka, jangan ingat aku pendek, aku tak cantik, aku tak sekurus model, aku akan tunduk dekat dia yang perasan alpha male tu. Ini Natassha lah, bukan nama aku aja yang Russian, tapi perangai aku pun macam Russian jugak.  I don’t beat around the bush! I’m frankly frank!And I don’t kiss asses

Ken mengusap pinggangnya yang dirempuh kasar perempuan pendek tu. Sakit siot! Dia bawak besi ke apa dalam beg tu? Sherry pula masih memandang belakang perempuan pendek psycho itu tanpa lepas. Wajahnya jelas terpampang bersalah. Tak padan dengan biadap, orang masih lagi nak kesiankan si psycho tu.

“Sherry, psycho tu siapa?Aku nak report dekat bos korang, tak guna ada crew yang ada perangai macam tu.”  Sherry berkalih memandang Ken yang bertanya itu. Bibirnya yang merah dicalit gincu digigit. 

“Urm..Ken...dia tu sebenarnya photographer  company ni yang kiterang book, sebelum kau agree.Back up.” Ken membulatkan matanya. Oh?Bukan krew picisan la kiranya? Padanlah melenting bila aku suruh belikan kopi tadi. Ken mengangguk. 

“Nama dia?” Tanyanya lagi. Sherry memandang Ken pelik, ini nak tahu nama si Sha tu kenapa? 

“Natassha.” Ken memuncungkan bibirnya sambil meletakkan beg galas ke atas meja. Kamera dikeluarkan. Natassha? Cantik nama...tak padan dengan tuan dia yang bengis tu. 


***


            Dia berlalu ke arah tangga spiral yang terletak di tingkat yang sama dengan studio itu lalu memanjat laju ke arah bilik yang disediakan untuknya. Dia masuk bilik, buka laptop, dan mula mengedit gambar yang ditangkapnya secara rawak. Baginya, gambar yang asli adalah candid,  di mana tiada apa-apa yang palsu dapat menutup emosi yang terpapar pada setiap wajah yang diambilnya melalui lensa kamera. Tambah-tambah lagi, angle dia ambil selalu aja sesuai, menjadikan gambar tersebut semakin cantik. 

Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia mencapai dan melihat si pemanggil. Alex? Apa lagi dia nak?

Yes Alex?

“Hey Sha, kenapa kau tak ada dalam studio ni? Kan aku kata kau incharge?” Lelaki yang berpelat Cina itu bertanya laju. Natassha mengerutkan keningnya, apa lagilah dorang ni? 

“Tak, aku kan back up aja. Sherry kata photographer  asal dah sampai, so aku blah ajalah.” Balas Natassha selamba, tangan masih rancak berlari di atas keypad laptop. 

“Sha!! Sherry tak tahu yang kita ada dua photographer this time.Why did you go and listen to her? Kenapa tak tanya aku?” Alex seakan-akan menuduh dia pula. 

“Wey, apa kes korang punya team ni? Anak buah kau kata lain, kau pula kata lain. Menyusahkan orang betul.” Sedas Natassha membalas, Alex pun terdiam. 

Sorry sorry... tapi sekarang kau datang studio jugak. Aku nak cuba buat something different dengan cover kali ni. Kau punya style and Ken’s macam ada chemistry. I want that chemistry in my magazine!” Jelas Alex. Natassha yang mendengar bagaikan ingin termuntah. Kepala hotak dia chemistry. Sejauh mana ketinggian dia berbeza dengan si Ken tu, sejauh itu jugalah perbezaan style dia dan juga Ken. Namun, dia tetap juga bangun dan kembali melangkah ke arah studio tadi. Hish la manusia zaman sekarang, suka sangat menyusahkan orang lain.


***

Sejurus sahaja Natassha membuka pintu studio, dia mendengar Ken memberi arahan kepada Annie. Kamera yang tergantung dileher dicapai dan butang on ditekan.

Anne! Sad face, I want a freaking sad face! No! Sedih lagi...tak cukup, tak cukup...let’s take 5!  Akhirnya Ken berkata, fed up apabila tidak mampu mendapatkan komitmen daripada  Anne. Anne mengeluh.

Get yourself together.Kalau muka sedih pun tak mampu nak buat, tak ada guna kau jadi model.” Mata Annie berair apabila mendengar komen sinis dari Ken. Ken berlalu ke arah laptopnya.  Natassha pula, yang sudah bersedia dengan kamera ditangan itu terus menekan butang shutter bertubi-tubi apabila dia mendapat sudut yang perfect untuk merakam kesedihan Anne yang betul-betul tengah sedih itu. ‘Klik..klik...klik’ Annie yang sedang duduk berlatar belakangkan backdrop itu berkalih ke arah Natassha. Natassha menurunkan kameranya lalu menarik senyuman manis ke arah Annie. 

Wanna see? Natassha bertanya kepada Annie. Annie mengangguk laju-laju. Air mata yang nyaris mengalir tadi ditepis pada pipi. Natassha menghampiri Annie lalu menyuakan kameranya. Annie ternganga sedikit apabila melihat gambar kandidnya. Kelopak matanya yang terbuka sedikit dan bahunya yang membongkok sedikit menggambarkan emosi yang dirasai ketika itu. Air mata yang terhimpun pada bulu matanya menceritakan kesedihannya. 

Annie menyerahkan kembali kamera kepada Natassha dan dia juga menarik senyum. 

You are way better than him.” Bisik Annie perlahan. Natassha mengangkat keningnya sebelah. Matanya tersenyum.

Thank you...Annie, ulang balik emosi tadi nanti. You can pull it off, you just have to feel it here.”Nasihatnya kepada Annie. Annie mengangguk. 

“Sha!” Natassha berpaling ke arah suara Alex. Alex sedang melambai-lambai ke arahnya. Nak tak nak dia mengangkat juga kaki ke arah Alex dan juga Ken. Alex tersenyum lebar apabila Natassha tiba di tepinya. 

“Ken, this is the girl with amazing talent.Apa saja yang dia snap, mesti cantik.Sha, ini Ken. Korang dua handle elok-elok shooting ni. I want great pictures.” Kata Alex, sebelum dia berlalu. 

“Natassha right?” Tegur si tinggi lampai kepada si 4 kaki 10 inci. Sha membelek kameranya dan tanpa memandang tuan suara, dia mengangguk.

“Yep.” Kamera di bawa ke mata dan sekali lagi dia cuba snap selepas settings ditukar. Matanya kemudiannya menangkap Sherry yang sedang berjalan itu lalu memanggil namanya.

“Sherry!” Panggil Natassha dan serentak apabila Sherry memandangnya, dia menekan kameranya. ‘Klik’  Ken yang memandang hanya mampu mengangkat keningnya. Sha kembali sibuk dengan kameranya. Mukanya serius aja. Ken mengesot sedikit untuk mengintai apa yang sedang dibuat lagi oleh si pendek itu. 

“Wey, kau ni kan suka buat aku terkejut la Sha. Kandid memanjang.”  Bibir Natassha ternaik sedikit dan lagi sekali kamera dihalakan ke arah Sherry. Sherry sudah mengerutkan dahinya, cakap dengan si Sha ni pun bukan dia nak faham bahasa.

“Ha, cantik pun. Thanks Sherry. Kau tu poyo la, nanti hujung tahun aku bagi semua gambar kau dalam laptop aku tu. No worries.” Mulutnya potpet potpet. Senyumannya termati apabila melihat Ken yang tekun cuba mengintai gambar yang diambilnya tadi. Kamera di bawa kebelakang dan muka toya ditayangkan ke arah Ken. Ken mengecilkan matanya.

“Kalau dah ready kita dah boleh sambung balik.” Tanpa perasaan sahaja Natassha berkata-kata. Ken mengetap bibirnya. Ek, dia pula bagi arahan dekat aku? 

I’m the boss here, Miss 4 feet 10.” Balas Ken balik. Natassha menayangkan giginya sambil mendongak. Ceh, nama aja professional photographer, tapi perangai tak professional langsung! Lagi satu, mana dia tahu aku punya ketinggian tu! Tepat gila!

“Tak, tadi Alex kata, kita dua-dua bos dekat sini. Equal rights.” Kata Natassha bangga. Dia mengambil posisi di hadapan Annie lalu cuba mencari sudut yang sesuai. Apa yang penting dalam photoshoot, bukannya pose, tetapi emosi. Dan Natassha mahu merakam setiap emosi yang dipamerkan oleh Annie.

Ken pula terpacak di tempat dia berdiri. Lama-lama bibir mengukir senyuman. Mata tidak berkalih daripada susuk tubuh pendek dan agak berisi itu. She has the right curves at every right places... Natassha defines petite is sexy. Walaupun di sebalik pakaiannya yang sangat boring dan gaya lilit selendang yang entahapapa itu.  Kamera di tangan di bawa separas muka dan dia curi-curi menangkap gambar si pendek bengis itu. 


***


            “Great job guys...” Kata Ken seraya mengemas perkakasnya. Setelah Natassha ikut serta, Annie dan model-model yang lain memberi respons yang positif. Laju aja sesi berlalu. Ken melihat Natassha yang ingin berlalu keluar itu lalu cepat-cepat mendapatkannya. 

“Natassha!” Panggil Ken. Langkah kaki Sha terhenti lalu dia memandang ke arah Ken yang sedang berjalan ke arahnya itu. Sempat lagi hatinya mengutuk lelaki itu, jalan poyo macho kenapa? Ingat ni catwalk?
 
“Hurm. Ada apa?” Acuh tak acuh Natassha membalas. Ken menghampiri Natassha lalu menyerahkannya sekeping kad. Natassha memandang sepi kad tersebut.

My address. Nanti esok drop by studio saya, kita edit gambar sama-sama.” Ujar Ken. Natassha sudah mula membuat muka. Esok hari Ahad, hari dia cuti. Ini sesuka hati nak buat aku kerja ni kenapa? 

“Esok Ahad. Isnin tak boleh?” Tanya Natassha. Ken memandangnya tajam.
“Saya ada kerja lain Isnin ni. Kalau awak tak free, tak apa, saya boleh edit sendiri. Tapi awak bagi gambar-gambar tadi to me.” Natassha menggelengkan kepalanya. No way! Gambar aku, aku yang edit. Dia mengeluh kecil.

“Okay, saya pergi. “ Nak tak nak dia akur jua. “Great then.Urm...Natassha. Actually, saya nak minta maaf pasal tadi. I didn’t know yang awak bukannya...”

“Tak perlu jelaskan pada saya. Saya maafkan. Tapi jangan la buat orang lain pun macam kuli. They might be helpers but they are a part of the team. Okay, jumpa esok Ken.” Kata Sha laju. Dia memasang langkahnya kembali ke bilik kerjanya. Ken melihat Natassha berlalu pergi. Kalau tengok si Sha ni jalan, mata dia macam tak boleh nak lari ke tempat lain, macam nak je tengok si Natassha tu sampai hilang dari pandangan mata. Ini, dah kena sampuk apa agaknya ni?


***


            Tepat jam sepuluh pagi Natassha sudah terpacak di hadapan alamat yang diberikan Ken kelmarin. Hatinya tiba-tiba menyuruh dia berpatah balik. Rasa nak tenyeh muka Ken pun ada, alamat yang dia bagi semalam adalah alamat rumah! Kalau kena tangkap basah macam mana? 
Uwaaaa...seramnya! 

Natassha cepat-cepat berpatah balik ke arah keretanya, namun, bunyi pintu dibuka mematikan langkahnya. Ken muncul di sebalik pintu sambil tangan disilangkan ke dada. Natassha dipandangnya atas bawah.

Good morning.” Ucap Ken sambil tersenyum. Natassha menarik senyuman yang sangat tak ikhlas. Kaki kembali melangkah ke arah pintu masuk rumah tersebut. “Morning.”  Ucapnya ringkas.Lehernya panjang menjenguk ke dalam rumah itu. Mati dah, tak ada orang lain dalam rumah.

“Mak! Apa-apa cari along kat studio.” Jerit Ken. Natassha membulatkan matanya lagi sekali. Mak? Allah lega aku! Mati-mati ingat dia sorang-sorang je dalam rumah tadi. 

“Imran! Ajak kawan tu sarapan dulu. Mak dah masak ni.” Laungan wanita dari dapur itu membuat ‘Imran’ memandang ke arah Natassha. Natassha mengerutkan keningnya. Hooh? Imran tu siapa pulak? 

Breakfast? Mak I dah masak tu.”  Ken mengajak Natassha. Sha angguk sahaja, rezeki jangan ditolak. Dia membontoti Ken ke arah dapur. Sambil-sambil itu, matanya sempat lagi merayap ke segenap ruangan di rumah itu.Not bad, kemas pun kemas. Layout pun menarik. Elegant.

 
***


“Ini kawannya Imran? Comel...mak suka sangat kalau jadi menantu...Siapa nama?” hampir tersembol keluar mata Natassha tika itu. Ken cepat-cepat menarik emaknya ke arah sinki. 

“Mak, Natassha  ni kawan kerja along, mak. Bukan girlfriend.” Bisik Ken keras. Natassha hanya melihat gelagat dua beranak itu. Mak Ken walaupun sudah berusia, tetapi masih bertenaga. Sekarang, dia tahu mana datangnya genetik tinggi Ken itu, tengok emak dia pun dah tahu.  

“Imran, she’s a girl, and is your friend. Girlfriend juga tu. Mak acah sikit pun dah cuak, along ni...” Selamba aja emak Ken mengenyitkan matanya ke arah Natassha. Natassha tersenyum. Ada sense of humour betul emak dia ni.

“Natassha ya? Duduk la. Mak ada goreng nasi. Along, duduk makan. I’ve made your oats. Pergi self service sendiri. Mak nak bual-bual dengan girlfriend along ni.” Natassha tetiba terasa malu apabila emaknya Ken membahasakan dirinya girlfriend Ken. 

Sambil tangan menceduk nasi ke dalam pinggan, mulut emak Ken sibuk bercerita tentang anak sulongnya itu. Setelah itu, dia bercerita pula pasal dua orang adik  Ken yang meneruskan pelajaran di luar negara itu. Ken tayang muka bosan. Tak suka bila mak dia buka cerita. Payah nak jumpa titik noktah.

“Asyik Mak aja yang duduk potpet, Sha tak nak cerita apa-apa? Mak suka sangat nama Natassha tu. Dulu mak teringin juga, kalau ada anak perempuan, mak nak letak Natasya, Darwisya,  tapi dah dapatnya semua hero, tak kesampaian.”  Ken memandang emaknya pelik. 

“Oh, mak menyesal lah dapat kitorang ni?” Spekulasi Ken membuat Mak menggelabah. Dia menampar tangan anak sulongnya itu.

“Ada pula cakap macam tu. Mak cuma kata ada anak perempuan ni lain sikit rasanya.Ada tempat manja-manja, boleh kongsi-kongsi rahsia, boleh buat gosip, teman mak shopping, pergi saloon...lain sangat dengan anak lelaki. Eh, tengok tu. Mak pula duduk cakap lagi. Ini Sha, siapa yang bagi kamu nama tu. Sedap aja, mama ke papa yang bagi?” Celoteh mak Ken membuatkan Sha tersenyum. Nasi dipinggan dikuis-kuis. 

“Ayah yang bagi. Mama Sha meninggal masa lahirkan Sha. Ayah kata, dulu dia ada girlfriend Russian yang nama Natassha, tak dapat buat bini, nama tu dia ambik letak dekat anak dia.” Natassha membuat lawak, namun Ken dan Mak memandang ke arahnya dengan pandangan yang simpati.

It must be hard for your father. Mak hilang ayah si Imran ni tiga tahun lepas, pun mak syukur sangat anak-anak mak dah besar. Ini ayah kamu, bela kamu dari kecil...a challenge indeed.” Ujar Mak lagi. Natassha hanya mampu tersenyum, ya, ayah dia superdad!
 
“Ayah Sha happy go lucky. Sekarang ni, dia tengah syok visiting places around the world. Setiap bulan dia akan emel Sha gambar tempat-tempat dia dah pergi. Sha suka tengok gambar yang dia ambil.” Natassha sudah ingin bercerita sedikit sebanyak tentang kisah hidupnya. 

Your dad photographer too?” tanya Mak lagi. Natassha menggelengkan kepalanya.

            “Tak, dia lecturer. Dah pencen, dia pun mulalah nak merayau sana sini. Lagipun dia kata Sha dah besar, dia tak runsing sangat nak tinggal sorang-sorang.” Ujar Natassha lanjut. Mak Ken mengangguk.

“Okay mak, kami nak kena mulakan kerja dulu. Kalau tak lambat pula siap.” Ken memberi isyarat supaya Natassha cepat-cepat menghabiskan nasi goreng dipinggan. Setelah itu mereka berlalu ke studio kerja Ken, di bilik bawah tanah yang dibina khas untuk keselesaan lelaki itu. Tengok saja rumah ni, dan juga barang-barang dalam rumah tersebut, secara konklusinya Natassha mampu mengatakan bahawa Ken ni memang berasal dari keluarga berada, tambah-tambah pula dia pun jurugambar yang memang orang demand. Lagilah berlambah ‘chingching’ dalam bank tu.

“Imran huh?” tanya Natassha sambil meletakkan perkakasnya ke atas meja yang tersedia di bilik yang agak luas itu. Ken memandang Natassha sekilas sambil tangan menekan punat ‘on’ pada PC. Laptopnya diletakkan bersebelahan dengan komputernya dan dia memusingkan kerusi roda tersebut.

“Rakin Imran. Ken tu dari Rakin. Terbongkar rahsia saya selama ni. Watch out miss 4 feet 10, awak ceritakan dekat orang lain pasal nama saya, saya cari awak sampai lubang cacing.” Ken berpura-pura mengugut Natassha. Sha apa lagi, cepat-cepat dia tayang muka nobody-cares dia tu. 

“Cara cakap macamlah nama Rakin Imran tu tak tertera pada mana-mana dokumen rasmi. Takkan awak sign kontrak letak nama Ken kut? Cari padah namanya.” Natassha membalas secara realistik. Ken pula mengecilkan matanya ke arah Sha. 

“Awak memang cepat nak balas balik kan. You are one interesting creature four feet ten.” Erk, dia puji aku ke dia perli tu? Sha hanya mampu tersengih saja, tak pasti kena puji atau kena perli. Lantaklah, dia bukan hidup atas kebergantungan pujian dari orang lain. 

Let’s start our work six foot one.” Natassha mencuba nasibnya. Ken di hadapannya sudah menggelengkan kepalanya.

“Salah tu. I’m six feet two.” Ken memperbetulkan Natassha balik. Sha membeliakkan matanya. Satu inci je pun, itu pun nak kira. 

Whatever. Nah pendrive.” Pendrive yang terisi segala gambar yang diambil oleh kameranya di serahkan kepada Ken. Ken mengambilnya lalu cucuk ke komputernya. Semua gambar disalin ke folder yang khusus. Ceh, dia label folder tu FFT. Tak guna nya...tak perlulah FFT sangat! 

Folder tersebut dibuka dan Ken meneliti satu persatu gambar yang diambil oleh Natassha. Kebanyakannya adalah kandid. Ken terhenti pada sebuah gambar dan dia tersenyum panjang. Ini mesti kes terlupa nak delete ni! Dia memandang ke arah Natassha yang sibuk dengan laptopnya itu lalu memanggil namanya.

“Sha, nice shot!” Natassha mengangkat kepalanya dan memandang ke arah skrin komputer Ken. Gambar Ken yang kelihatan serius membongkok sambil melihat ke dalam kamera digitalnya. Angle yang diambil Natassha sungguh tepat. Kelihatan Ken seolah-olah menjadi model kamera pun ada. Serta merta pipinya menjadi merah. Macam mana tu boleh tersesat masuk ek?

“Hurm...lupa nak delete. Tengah test setting masa tu, main snap je.” Natassha cuba untuk cover line. Nasib baik Ken tidak pertikaikan apa-apa.  

“Betul Alex kata, you are one brilliant photographer.” Ken puji ikhlas. Natassha tersenyum. Matanya memandang Ken sebentar kemudian ditekur ke atas meja.Segan pula nak main mata.

Thank you. Ayah saya yang dorong saya sebenarnya. Dia cakap, setiap gambar yang kita ambil sepanjang kita hidup tu umpama butang pause dalam hidup ni. Ayah selalu tunjuk gambar arwah mama saya, dan setiap kali itu jugalah, saya akan tengok dia tersenyum bagaikan baru semalam  dia menangkap gambar tersebut. That’s why I love this job. Setiap kali saya tengok balik gambar-gambar yang pernah saya ambil, I went back to the time I took the photos.  Katanya sambil jari melukiskan corak ntahpapa di atas meja tersebut. 

‘Klik’ 

            Natassha terus memandang ke arah Ken yang sedang memegang kamera itu. Wajahnya terkejut.Lelaki itu tersenyum manis. Kamera di tangan dipandang lama. 

You are right Sha. You are so transparent through my lens.Simply perfect.Semua emosi you terpancar pada wajah. That pleased look in your eyes, that slightly curvy shape of your smile, the way your fingers trace the surface of the table...as if you are thinking about a lover pun ada.” Kata-kata Ken itu membuat pipi Natassha semakin panas. Sejak bila pula gambar kandid boleh jadi barang nak ayat orang ni? Ken ni...sweet talker betul sampai jantung Natassha pun dah lari rentak ni.

“Ken!! Dah dah, jangan describe gambar I macam tu lagi. Saya tak cantik macam model, awak sengaja exaggeratekan description tu. Dah jumpa gambar sesuai untuk cover?” Laju aja Natassha bercakap. Ken sekadar tergelak kecil lalu menunjukkan satu gambar yang dipilihnya tadi. Natassha bangkit dan menghampiri Ken. Ini kebetulan ataupun memang taste mereka sama.

“Saya pun pilih yang sama.” Komen Sha. Mindanya kembali teringat kepada kata-kata Alex kelmarin. Adakah ini Chemistry yang Alex katakan? 

Ken berpaling untuk memandangnya. Mata Natassha turut jatuh pada anak mata coklat terang itu. Dari kerana mata...yang mempunyai kuasa...ooo...aku tergoda, aku tergoda terkesima...
 
“Erm...erm...” Ken berdehem. Tangan naik ke kepala, rambutnya dikusutkan. Natassha cepat-cepat memandang ke arah siling. Panas pula rasa suhu dalam bilik ni. 

“Kita guna yang inilah.” Natassha mengangguk, setuju dengan kata putus Ken. Dia cepat-cepat kembali ke tempatnya dan menyudahkan kerjanya yang masih berbaki separuh itu. Rentak jantungnya yang kencang itu dihiraukan. Lelaki yang kacak macam Ken tu tak mungkin akan date perempuan biasa-biasa macam dia ni. Dah Natassha, fokus pada kerja kau. Lagi cepat siap, lagi cepat dapat sedut udara segar yang bebas Ken!


***

           
“Imran...bila lagi nak jemput menantu Mak datang sini?”  Tanya Mak tiba-tiba. Ken yang sedang berbaring di riba emaknya itu terus membuka matanya. Mak ni, tak habis-habis dengan Natassha tu.

“Mak, along dah settle kerja dengan company Natassha tu...” jawab Ken acuh tak acuh. Mak sudah tarik senyum simpul. Tangan jatuh ke dahi anak sulongnya itu. Sulong-sulong pun manja, tak padan dengan umur.

“Tengok. Mak tak kata pun Natassha orangnya, tapi Imran bayangkan dia kan?” Ken menggigit lidahnya. Pandai betul Mak pasang perangkap ya. Dia tersenyum kecil. 

“Dah antara ramai-ramai kawan along, Mak berkenan dekat dia je yang along perasan. Mak jangan nak putar belit fakta pulak.” Ken cuba menegakkan benang yang basah. Mak sudah mengangkat keningnya. Kepala Ken ditunjal. Ken mencebik.

“Menjawab lagi. Mak berkenan, sebab mak tahu yang anak mak ni pun dah ada hati dekat dia. I can read my sons like the back of my hand. Mak sarankan, Imran dekat-dekat dengan dia. She’s a keeper. Kalau Imran terlepas yang ni, possibility Imran nak membujang sampai ke tua tu sangat tinggi. Ada bran?” Keningnya dijungkitkan bertalu-talu. Imran sudah menarik muncungnya. Mak siapa yang poyo sangat ni? 

“Tak pelik ke mak? Kalau tetiba along ajak jumpa dia lepastu cakap yang along ni dah terpikat dengan dia?” Ken menyuarakan kegusaran di hati. Keluhan dilepaskan. Karang ada jugak four feet ten tu sumbat mulut dia dengan lensa kamera sebab terkejut dengan pengakuan cinta yang tiba-tiba itu.

 “Kalau Imran sayangkan mak, Imran dengar nasihat mak ni. Embrace her. Speak your heart out. Love at first sight happens all the time...cuma kita aja tak sedar.” Ken memikirkan kata-kata emaknya itu. Dia mencapai tangan emaknya lalu mengucup halus. Jam di tangan diperhatikan, hari ni Sabtu, kalau sebulan lepas Natassha masih masuk kerja pada hari sabtu, agak-agak Sabtu ni dia masuk kerja tak? 

“Mak, along nak pergi cuba nasib. Pray for me.” Ken bingkas bangun dan terus mencapai kunci keretanya. Nasib baik dia memang sudah memakai seluar jeans dan T shirt yang boleh tahan baru lagi. Jari dilalukan ke rambut dan dia membolos masuk ke dalam Audi R8 nya itu. Duit dalam bank banyak, nak elak cukai, beli kereta mahal. Senang cerita kan?

Please Sha, please kau ada kat tempat kerja hari ni.” Desis hatinya sambil kaki menekan laju pedal minyak itu.


***

            Dia terserempak dengan Sherry ketika memasuki bangunan tersebut. Dia memanggil Sherry dan Sherry tanpa sebarang prasangka terus memberitahu kedudukan bilik kerja Natassha. Dia berterima kasih kepada Sherry dan cepat-cepat mencari bilik yang diberitahu Sherry tadi. Tangga berspiral itu dipanjat laju dan dia terus mencari yang mana satu bilik si empat kaki sepuluh inci itu. Setelah jumpa, pintu terus diketuk. Dadanya tercungap-cungap dek kerana larian tadi.

“Masuk...” Ken tersenyum lebar apabila mendengar suara di sebalik pintu tersebut. Nafas disedut dalam-dalam dan dia menolak pintu tersebut. Matanya terus tertancap pada susuk tubuh yang nyaris tenggelam di sebalik meja tersebut. Alahai, comel betul si pendek tembam ni.

Matanya yang tadi memandang skrin komputer terus memandang susuk tubuh yang baru menutup pintu itu. Cermin mata dilurutkan dari batang hidung dan diletakkan ke atas meja. Bibirnya tersenyum melihat wajah merah yang berpeluh sedikit itu.

“Hai Ken! Duduklah.” Jemput Natassha ramah. Ken masih tersenyum. Tangan yang membawa dua cawan Americano itu diletakkan ke atas meja. Sebuah cawan di tolak ke arah Natassha manakala sebuah lagi adalah untuknya. 

Coffee. Saya lalu area ni I thought of coming up and meet you. Mak kirim salam by the way.” Pandai Ken kelentong. Natassha mengangguk sambil menghirup kopi yang dibawa Ken itu. Hmm...yum!
 
“Waalaikumusallam. Mak sihat?” Tanya Natassha berbahasa basi. Ken mengangguk. Dalam hatinya dia tak habis-habis mengerah Natassha supaya cepat-cepat menghabiskan kopi tersebut.
She never been better. Sha sihat? Lepas ni projek apa pulak?”  Natassha menarik senyum manis. Jarinya mengetuk-ngetuk permukaan tudung plastik cawan kopi tersebut. Dia memandang Ken.

“Sebenarnya Ken, saya dah tak ada projek. Saya nak buat freelance work, lepastu travel, then open my own gallery.” Ujar Natassha. Ken mengangguk.

“Nak berhenti kerja la ni?”  Ken meminta kepastian.  Kalau Natassha nak berhenti kerja, lagi besar potensi dia nak ambil Sha menjadi duo dia nanti. Projek besar yang melibatkan dia, dan juga beberapa orang lagi krew dia. Dapat melancong free pula tu.

“Yep! Lagi seminggu dekat sini, then tamat kontrak.”  Kata Natassha sambil meneguk titisan terakhir kopi tersebut. Ken tersenyum lebar. Okay, kopi dia dah habis, dah boleh mula masuk jarum ni kan?

“Natassha...saya nak tanya satu benda ni. Just be as frank as you always are, okay?” ken berkata, tangannya sudah berpeluh. Di dalam fikirannya bermacam-macam consequences bermain di kepala. 

“Kenapa ni Ken? Tanya ajalah.” Natassha yang tidak mengesyaki apa-apa itu dengan selamba memberi respons. Ken menarik nafas dalam-dalam. Mata Natassha dipandang.

You believe in love at first sight?”  Kay bertanya. Natassha terus tergelak mendengar soalan luar alam Ken itu. Ken menggigit bibirnya, dah agak! Mesti kena gelak punya.

“Sha, Sha...please stop laughing.Jawab dulu soalan I tu.” Desak Ken. Natassha menarik nafas dalam-dalam namun mukanya sudah merah akibat tergelak tadi. 

“Fuh!! I do believe it, Ken. Nak tengok tak gambar kandid orang yang jatuh cinta pandang pertama?” Ken mengangguk dengan pelawaan Natassha itu.

Natassha mencapai kameranya lalu dia bawa ke aras matanya. Dengan selamba dia menekan punat shutter. Jelas kedengaran ‘klik’ di ruangan bilik itu. Ken terkesima. Huh?

“Ini dia muka mangsa cinta pandang pertama. Eh, muka dia sama macam muka awaklah Ken.” Kata Natassha dengan muka yang tidak bersalahnya itu. Ken merampas kamera dari tangan Natassha lalu dia melihat skrin pada kamera tersebut. Natassha tersenyum manis ke arahnya. Muka dia memang head over heels habis, padanlah mak pun tahu perasaan dia. Sahkan mak, si Sha ni pun tahu.

When did you know?” Tanya Ken sepatah. Natassha mengetap bibirnya, matanya dikecilkan.

“Masa kita bertentangan mata dalam studio awak tu. The way you looked at me, was the same my father looked at my mom’s pictures. You have love and admiration written in your eyes pada masa tu. Dan awak nak tahu satu lagi benda tak?” Natassha bertanya, sambil menarik muka bangganya. Ken menganggukkan kepalanya, kagum dengan pemerhatian Natassha terhadap dirinya itu.

At that time, my heart too skipped a beat.” Perlahan aja Natassha berkata-kata tika ini. Mukanya ibarat diselam di dalam sos cili, merah padam. Ken sudah tersenyum lebar, ucapan syukur dipanjat di dalam hati. Yes! Mak, menantu in progress!

“Natassha, you felt it too?” Ken bertanya. Hatinya melonjak ke bintang apabila Natassha mengangguk.

Hah! Sha...Sha, God I love you! Sha, awak terbalikkan bekas kopi awak tu, please?” 

Natassha membuat seperti yang dipinta. Tulisan pada tapak cawan kopi itu di bacanya. Grow old with me? Lepas tu ada corak hati di tengah-tengah cawan itu. Natassha meletakkan cawan itu kembali ke atas meja. Dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Love at first sight happens, and then what??Matanya memandang Ken. Ken pun rasa apa yang dia rasa. Tapi mampukah cinta ni bertahan?

“Ken...awak pasti? Saya tak cantik macam perempuan lain, saya tak kurus macam perempuan yang awak tengok hari-hari, saya tak tinggi...I’m far from perfect!And you are nearly perfect! Awak sure awak tak akan menyesal?” Natassha meminta kepastian. Ken memandangnya semacam. Tiada lagi senyuman pada wajah kacak tersebut. Matanya serius menikam wajah Natassha.

“Awak ingat perempuan tu semua akan kekal cantik macam tu jugak ke lima puluh tahun dari sekarang? Awak ingat saya pandang fizikal? Natassha, I love the way you make me feel when I’m with you. Awak sangatlah bijak, spontan, unpredictable, you are my four feet ten bundle of joy! Orang lain tak mampu buat saya rasa macam ni. Hanya awak yang mampu. You are my kind of perfect,miss four feet ten.” 

Natassha tersenyum lebar. Alahai, lemah lutut dengar Ken punya ayat jiwang. 

Grow old with me?” Ken tanya lagi sekali, dan kali ini, Natassha mengangguk laju-laju.

“Tentulah. Saya tak sanggup tengok awak pandang perempuan lain macam awak pandang saya. You are my six feet two tripod stand! Angle saya asyik tak kena aja lepas habis projek dengan awak hari tu. Macam cacat je saya ambil gambar. Semua tak kena.” Rungut Natassha. Ken tergelak kecil. Mata tidak lepas dari memandang Natassha.

“Sekarang kita dah ada sebab tersendiri untuk hadir dalam hidup masing-masing kan?” Kata Ken. Natassha mengangguk, ya, sekarang kita dah lengkap. Macam kamera yang tak lengkap tanpa orang yang berada enam inci di belakangnya,macam itulah hidup Ken dan Natassha  yang tak akan lengkap tanpa satu sama lain.

           
 *** enam tahun dua bulan kemudian ***


            “Tok mak, smile!!!” Tangan yang memegang kamera yang senyap-senyap diambil dari bilik ayahnya dibawa ke aras mata. Tangan yang kecil itu berusaha untuk menekan punat demi menangkap gambar neneknya itu.

            “Idham...jatuh kamera ayah tu nanti. Mengamuk dia.” Budak lelaki yang berusia lima tahun beberapa bulan tersebut  membuat muka ke arah neneknya. Tok mak ni kan...

            “Tok ma, nama along Ken lah! Bukan Idham. Tok ma selalu macam tu, sama macam mama. Ayah elok-elok je panggil along Ken!” Rungut si kecil itu. 

            “Cepat pergi simpan, tu ayah dengan mama dah balik tu.” Kata Tok maknya diendahkan. Sebaik sahaja ayahnya membuka pintu kereta buat mamanya, Ken junior  bersedia dengan kamera gedabak itu di tangan. Dan elok sahaja mama dia keluar kereta sambil memegang adik barunya di dalam kendongan, tangan kecilnya menekan butang di atas kamera itu beberapa kali. Bunyi ‘klik’ kedengaran bertubi-tubi. Ayahnya tersenyum manis sambil memeluk pinggang mamanya. Mama pula walaupun nampak letih, tapi masih sempat mendongak memandang ayahnya. Ken paling suka bila tengok cara ayah dan mamanya melihat mata satu sama lain. Dia berundur ke belakang sedikit, ayah dia tinggi sangat, sampai tak nampak penuh cara mama dia tengok ayah dalam kamera ni.

            Sebaik sahaja ayahnya memimpin tangan mamanya, dia tersenyum lebar. 

            “Mak, Idham mana?” Mamanya bertanya. Ken cepat-cepat menyorok di belakang langsir. Ah sudah, mana nak sorok kamera ni?

            “Rakin Idham, mana kamu? Mama dah balik ni...come have a look at your little sister!” Tok mak sudah memanggilnya. Ken meletakkan kamera itu di belakang pasu bunga di atas meja bulat bersebelahan dengan pintu masuk rumah dan senyap-senyap berjengket ke arah mamanya. Muka tidak bersalah ditayang. Sofa dipanjat dan dia mengucup pipi mamanya. Kemudian dia mendapatkan pula ayahnya yang  sedang berdiri di belakang sofa itu. Tangan didepakan dan ayahnya mengangkat dia. Pipi ayahnya juga dicium manja. 

            “Imran, mak naik dulu. Nak solat.” Kata Tok maknya sambil berlalu.

            “Ayah, kenapa adik kecik sangat,” Dia bertanya spontan. Matanya jatuh pada wajah adiknya yang sedang tidur di dalam riba mamanya. Ayahnya tergelak. Dia di bawa ke sebelah mamanya lalu ayahnya meletakkannya ke atas riba. 

            “Sebab dia baru lahir.Nadine baru tiga hari, Ken. Nanti dia dah umur Ken, dia besarlah.” Kata ayahnya kepadanya. Dia mengangguk sahaja, tapikan...

            “Ayah, mama, kenapa nama dia pelik?” Mamanya sudah menjeling ke arah ayahnya tika itu. Ayahnya hanya mampu tergelak. Ken mengerutkan dahinya, kenapa ayah dia gelak? Lawak ke soalan dia tadi?

            “Sebab...dulu kan, sebelum ayah kahwin dengan mama, ayah ada girlfriend orang Perancis, ayah tak dapat kahwin dengan dia, ayah bagilah nama anak ayah nama Perancis.” Serentak itu mamanya mencubit lengan ayahnya. Merah muka ayah tahan sakit. Ken mengesot turun dari ribaan ayahnya. Ini memang kena tangkap gambar ni. Dia cepat-cepat menangkap gambar ayahnya yang sedang mengusap kesan cubitan mamanya tadi dan juga muka bangga yang ditayang oleh mamanya itu. Kemudian, ayahnya memandang tepat pada arahnya. Uh oh!

            “Rakin Idham! Ayah dah pesan jangan main kamera ayah kan? Bagi balik kamera tu!” Ken junior tarik muka masam namun kamera ayahnya tetap dibagi balik pada tuan azali. Ayahnya membelek kamera itu dan menekan tempat review balik gambar-gambar yang ditangkap. Kamera ditayangkan kepada mamanya dan Ken kecik hanya mampu menggigit bibir. Mamanya memandang gambar yang diambil selepas itu memandang ke arahnya dengan muka yang sangat kagum.

            “Pandai anak mama cari angle, sayang...we need to get him his own camera. He is a natural!” kata Natassha teruja. Ken enam kaki dua inci memandang Ken yang baru mencecah empat kaki satu inci itu. Yang ni memang ikut bapak, tinggi. 

            “Ken janji dulu dengan ayah yang Ken akan jaga kamera tu elok-elok, baru ayah belikan.” Ken sudah teruja, dia terus memeluk ayahnya. Siapa tak suka kalau dapat kamera? Tambah-tambah lagi kamera dia sendiri. Lagi banyak dia boleh tangkap gambar mama dan ayahnya, dan juga baby Nadine tu.  

            “Dah, pergi simpan balik kamera ayah tempat Ken ambil tadi.” Sepantas kilat Ken menurut kata ayahnya. Nak bodek katakan.

            Natassha tersenyum. Nadine yang terlena dipangkuannya ditepuk-tepuk. Kepala disandarkan pada dada Ken senior di sebelahnya. 

            “Cepat aja dia besar kan , sayang?” Dia berkata, sambil tersenyum. Ken mengangguk. 

            “Dah pandai tangkap gambar caught in the moment kita pulak tu.” Tokok Ken. Natassha mengangkat kepalanya untuk memandang suaminya. 

            You still look at me like how you looked at me six years ago.” Bisik Natassha lembut. Ken mengucup hidungnya manja.

            And I still will be looking at you like that for the rest of my life, four feet ten!” Sebuah kucupan hinggap pada bibir munggil Natassha. Natassha menutup matanya sambil mengeluh kecil. Bahagia rasanya, sampai sesak dada dia rasa. Bahagia di samping encik enam kaki dua dia ni, tripod stand limited edition khas untuk dia. Natassha mengucup dagu Ken sambil kembali menyandarkan kepalanya ke dada suaminya itu. Dan tanpa mereka berdua sedar, Ken junior dapat tangkap lagi gambar kandid mama dan ayahnya. Great job Ken junior! Nanti bila mama dan ayah dah tua, boleh tengok balik gambar-gambar dorang ni masa muda-muda dulu. Bijak betul Ken junior ni. Macam mama dia!


P/S : A good snapshot keeps the moment from running away-Eudora Welty

P/S/S: Salah term mana2 tu sorry lah ye. I am not familiar with any of those mainstream canggih-canggih cameras. Peace yaw!


           




















13 comments:

  1. Exactly my height. Haihh so short laa

    ReplyDelete
  2. too cute, too sweet, i'm melting..

    ReplyDelete
  3. best gle writer...sggup ketepikn assgnmnt sbb nk abeskn baca cerpen ni..btw, saya ni petite too...heeee

    ReplyDelete
  4. i like..

    -che`leen-

    ReplyDelete
  5. speechless kejap baca..sangat2 menarik dan best!!! :)

    ReplyDelete
  6. yes i love it.. not boring at all

    ReplyDelete
  7. best giler...tersengih2 sensorang masa baca cerpen ni...sweet giler ken dgn natassha ni...

    ReplyDelete
  8. Best kott. Sy pon renek je. Hehe. Daebakk awin :) comel je rakin idham

    ReplyDelete