Saturday, March 23, 2013

Cik Kiah Hopeless Romantik! : Bab 4



Telefon yang tengah galak bergetar di atas coffee table itu dicapainya. Hish , telefon zaman sekarang ni, vibrate ala-ala harlem shake entahpapa tu pun ada.


Keypad ditekan lalu dia melihat notification yang tertera di homescreen itu. Viber ghupenye. 


UNKOWN: 6013955...
+Hye sweetie? Buat apa tu?



“Pak aji lebai mana pulak ni sweety tweety bagai ni?”



-Do I know u, weirdo? :P



Telefon kembali diletak ke meja. Alat kawalan jauh dicapai lalu channel Astro ditukar. Disney!


Namun, tumpuannya kembali beralih ke telefon yang bergetar itu. Kacau la.



+ Smpai hti u call me weirdo. BTW, tell ur abg that x ad gnanya ada Iphone tapi x ada Viber,LINE ke apa ke kan.



Kiah angkat kening? Lorh? Mamat ni siapa?



-Jap jap. U sape da?


+ >image< 
+Eherm. Ada mcm ala-ala ur dream guy x?
                                                                    


Kiah terlopong. Segala jenis siren tengah berbunyi di dalam kepalanya. God! God! God! Benjamin Franklin!


Kiah, cool down. Ah, tak boleh nak tahan kool. Sukanya, lagi seorang lelaki idaman ber-chat dengan dia. Dream come true pun ada.


Be sensible Kiah. Ask him how did he get your number? Hati Kiah berkata.


-   - Benji! Hw u get my no?

+  Kashaff.
+  Whatcha doin?
-     
     Disney time.

+  Grow up la. Nnt leh I masuk minang.

-    - Err...nak masuk minang, u kna live with the facts that I <3 disney.

+ X jd lah then. Nnt orang kata I pedo.
-      
      - Pedophile. Hah! Suits you. =P

+ Grr.  Gigit karang. Eh, nak pizza x?
-       
      - Boleh je. Mcm u nk datang my hse kan?

+ mmg nak dtg sana pun. Nk lepak ngan ur bro. =P
-       
      - OK! Pepperoni extra cheese. LARGE!

+ Pelahap. K, TTYL, nak order ni. C ya.



Kiah tarik senyum panjang. Yeay, ada orang nak belanja pizza. Siapa tak makan pizza memang rugi.



“Ui, panjang senyum. Wanna share?”


Si abang datang menempel di sebelah. Kiah mengesot sedikit memberi ruang kepada Kashaff. Tangan Kashaff otomatik melingkar pada bahu Kiah.


“Tak cakap pun Benji nak datang. Bagi nombor orang kat dia pun tak tanya tuan badan dulu.”


Kashaff pandang Kiah sekilas. Senyuman bersalah ditarik.


“Dia minta, abang bagi jelah, dia nak kawan dengan adik. Takkan abang nak halang kut.”


“Dia nak kawan eh? Hehe, dia nak datang, adik nak pakai senonoh sikit.”


Kiah berkata lalu memanjat anak tangga ke biliknya. Mahu pengsan Benji nanti kalau nampak Kiah dengan seluar kotak-kotak tiga suku dengan spaghetti strap warna hitam ni. Memang tayangan percuma lah kan.



***


 
Kiah melangkah turun dengan sehabis ayu. Acewah Kiah, bukan main lagi kontrol ayu depan tetamu ya? Kalau tetamu tiada, jangan haraplah nak sesopan ni, tak gitu?



“Assalamualaikum. Ha, tuan puteri,muncul pun.”


Kiah tarik senyum manis apabila ditegur Benji. Mata Kiah ralit memandang Benji yang pakai bermuda hitam tiga suku itu yang turut dipadankan dengan baju merah jambu. Auh, sangat kacak. Rambut dia pula ditolak ke belakang dengan cekak rambut halus. Bertambah manly walaupun rambut paras bahu. Ikal.



“Eherm. Lama pandang saya, berkenan?”


Benji menegur Kiah yang fikirannya sudah melayang ke mana itu. Kiah  pula tersedar dia tengah merenung Benji cepat-cepat melarikan pandangan ke kotak pizza di hadapan.


Kerusi ditarik lalu dia duduk. Benji di sebelah langsung tidak dipandang. Malu tau kena tegur tuan badan sendiri. Tak nak dah pandang dia lepas ni. Hari tu tak ada lah kacak sangat, hari ni overdose kacak tu kenapa?


“Dik, bila turun?”


Kashaff yang muncul dari dapur dengan menatang tiga gelas kaca serta sekotak minuman Yeos, soya bean  itu bertanya selamba. Gelas dari dulang diletakkan ke meja. Kotak kacang soya dibuka lalu kandungannya dituang ke dalam gelas. Gelas ditolak ke Kiah, dan juga Benji.


“Baru.”


Kiah berkata sepatah. Tangan pantas mencapai kotak pepperoninya lalu dibuka. Pinggan tidak diambil, dia terus makan dari kotak. Hujung bibir Si abang dan juga Benji sudah ternaik. Kiah ni gopoh sangat kenapa? Kebuloq nampak.


“Awak, doa makan dulu ya?”


Benji bersuara spontan. Kashaff sudah tidak tahan, menghamburkan gelaknya. Belakang Benji ditepuk berkali-kali. Lawak sangat.


Kiah pula lagi sekali termalu sendiri. Benji ni kan, takmo kawan la camni! Asyik kenakan aku saja kerja dia.



“Hooh. Adik, muka dah merah macam topping pizza tu. Dah, Benji, doa makan. Cepat baca.”


Benji membacakan doa makan lalu mereka menikmati Pizza masing-masing. Kiah tersandar pada kerusi setelah menelan 4 keping.



“Tak habis?”
Benji bertanya. Kiah menggeleng.


I’m so stuffed.”

Kiah menjawab kekenyangan. Rasa macam nak keluar balik pun ada makanan ni.


“Ha, bak sini. Abang habiskan.”

Kashaff bersuara. Kiah menolak kotak pizza ke arah abangnya.


“Teruklah Kiah, crust pun tak makan. Hih, hulurkan pinggan, kacau mood orang nak makan betul.”


Kiah tarik muka. Bising betul abang dia ni. Aku tak bagi pizza tu baru tau. Suka hati lah tak makan tepi pizza tu pun, itu pun nak kecoh.


“Eh, bak sini. Aku makan crusts.

Benji menghalang Kashaff yang ingin bangkit dan membuang tepian pizza itu. Kiah pula sudah membulatkan matanya. Apakah? Dia nak makan bekas aku? O-la-di-da. Benji ni boleh jadi Benz Aliff aku lah! Suka lah macam ni!



***


Beg dikeluarkan dari bonet lalu diletakkan di atas troli. Pintu bonet ditolak tutup. Kemudian, matanya memandang ke arah wanita berseluar slack hitam berbaju putih itu. Sebuah keluhan berat dilepaskan.



“Hey, sayang...jangan buat muka sememeh tu depan I. I pergi seminggu dua saja pun. Lepas I balik saja kita kahwin.”


Tangan dilekapkan pada pipi Kay. Kay memandang Jezamine tanpa berkelip. Benarkah apa yang dia tengah buat ni? Patut tak dia halang Jaz dari pergi? Kenapa hati dia rasa berat saja hendak biarkan Jaz pergi?


Oh hati, dia pergi sekejap saja. Cuba kau bawa bertenang. Jangan risaulah, InshaAllah selamat pergi, selamat balik.


Dear, jaga diri baik-baik. I love you. And please, jangan lupa pula jalan nak balik Malaysia ya?”


Kay tarik senyuman sambil berpesan, walaupun hambar namun masih senyuman yang manis di mata Jaz. Jaz angguk. 


“Takkan  lupa punya. My hubby to be ada di sini, tempat lain dah tak ada Mister Khayrel Reza I ni. Unless, tiba-tiba I dapat amnesia.”


Kay mengerutkan dahinya apabila mendengar komen Jaz. Jaz membetulkan skarf dikepala.


“Mulut tu jangan mintak benda tak baik boleh? Kata-kata tu doa.”


Dah nak mula dah baran pakcik ni sorang. Jaz menyeringai apabila ditegur sebegitu. Lidah digigitnya.Lupa pula pak cik ni sensitif sedikit bila tiba masa nak berpisah jauh.


“Ololo, sorry, sorry. I surely will come home, sayang.  I go first.



 

P/S : pendek. sorry. esok ada lagi, inshaAllah. hehe, Save our planet people. Happy earth hour. Apa yang penting tu kita sentiasa berjimat-cermat, tak perlu nak tunggu setahun sekali nak padam lampu bagai. Toodles!



P/S/S : I think korang dah boleh agak apa akan berlaku next. So, just hope that I will end up surprising you.

12 comments:

  1. Nak kenen kiah dgn benji? I tot she like kay?

    ReplyDelete
  2. Erkk tak boleh agak! Perhaps Jaz hilang ingatan kot. hahaha.. jahat pulak saya.

    ReplyDelete
  3. nk kiah dgn kay.. coz i sukew ade budak kecik tu.

    ReplyDelete
  4. aahahaa, saya dah pening dah ramai sangat nak macam-macam, i'll try to satisfy yeah, kalau boleh.

    ReplyDelete
  5. Benji pun bapa sedara luth kn?so ngan sesape pun kiah ok.tp better benji kot.coz dia bkn hak org

    ReplyDelete
  6. mala unila: gila kentang nama kau gym! haha, tegelak!

    ReplyDelete
  7. redpepper here.

    cepat ah smbg ! excited tahap ghaban !

    ^^ eh, ke dah smbg ?

    ReplyDelete
  8. pe plak yg jdi pd jaz nti..tah2 mmang x jdi khwin kot..kiah nie nk benji gak ke

    ReplyDelete