Wednesday, November 21, 2012

Lelaki Idaman 3




“Haih. Rindunya nak jumpa Uncle Long!”

EE tetiba je menjerit dalam bilik itu. Adelia yang tengah khusyuk membuat draft entahpape tu terkejut macam cicak dengar bunyi bom.

“Tsk. Woi daro, nak bertoghiak tu tengok kiri kanan buleh idak! Esey duk nulih ni, kan dah tekoyak draft sey ni. Ce hang duk ontok-ontok sat kek situ. Aku hawen kut tingkap tu baru tau! Next week dah due ni tau.”

Hamekkau. Ada pernah dengar orang cakap nogori ngan utagha sekali gus? Nothing is impossible with Adelia. Kalau dia tahu bahasa Siam, dengan Siam siam  sekali dia tibai.
EE pula menggigit-gigit hujung bantal busuknya. Tangan diletakkan di dahi. 

“ Senangla kau cakap Adel, kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tahu tak, tengok Uncle Long aku tu in real life is much better dari mimpi tau. Three- D gitu.”

Sekali lagi EE mengeluh. Adel pula bingkas ke katil EE. Bantal EE ditarik dan dicampak ke lantai. Bahu EE dicapai dan EE ditarik untuk bersila. Macam patung orang buat CPR dah lagak EE tu.

“ Apa kau cakap? Rewind balik.”

EE ketuk kepalanya sendiri. Haila, lupa yang dia tak cerita kat Adel pasal kejadian dua minggu lepas. Syok sangat kena sampuk ngan real-life-Uncle-Long sampaikan BFF sendiri pun lupa nak kasi gossip hangat. Macam-macam karenah anak pakcik Shahriman ni.

“I met my Uncle Long, dekat construction site. Area warung mak CT tu. And he has this cute little cat. “

EE dah kembali buat muka dreamy dia tu. Pantang betul sebut pasal Uncle Long, mesti tak jejak tanah punya. 

“Koba kat esey nama dia!”

Soalan Adelia kembali menarik EE ke alam nyata. 

“ Nama dia CAT, pelik betul kan kucing dia punya nama.”

Adelia menyekeh kepala si EE. 

“Woy, apa kes main kepala ni?”

“Mangkuk, aku tanya nama jantan tu. Bukan nama kucing dia. Lantak la kucing dia nak nama Cat ke, Tiger ke, Pooh ke, apa aku kesah. Uncle Long kau tu yang aku kesahnye.”
Kan dah kena dengan Adel. EE tersengih macam kerang tak cukup kalsium.

“ You see, that’s the problem. Aku tak tahu nama Uncle Long tu.”
Adelia membuat muka that’s-so-utterly-unbelievable. EE mengeluh kesekian kalinya.

“ Sah-sah kau ni songsang masa jadi janin dolu-dolu. You did not get his name, but you knew his cat is named Cat? Syabas bettey, kalau macam nilah, Uncle Long kau tu sampai bila-bila kekal dalam mimpi kau je.”

Adelia berlagak macam seorang hakim. Zapp, terus jatuhkan hukuman. Kecik hati si EE ni.

“ Adel, jangan cakap macam tu. Kau ingat aku ni berani sangat ke? Dia lelaki, aku perempuan. Dahlah masa jumpa dia tu pun dia dah tuduh aku macam-macam. Duk marah-marah aku, ingat aku nak culik Cat dia tu. Kalau aku tanya dia, ‘Uncle Long, sebelum awak marah, can I get your name, your number, address, yadayada’ lagilah berapi Uncle Long shayang I tu.”

EE memintal-mintal hujung selimutnya yang berwarna pink pula. Lepas satu, satu. Adelia pula rasa macam nak hantuk-hantuk je kepala kat dinding.

“Kau panggil dia Uncle Long? Direct? Seriously babe, kau ni memang innocent kadang-kadang tu. Innocent tapi miang. Kalau aku jadi jantan tu pun, aku pun paneh kalau orang aku tak kenal panggil Uncle. Macam tua sangat bunyi dia.”

EE memasukkan jarinya ke dalam mulut. Nak jari logik dia la tu kan.

“ Pintar kamu ni Adel. Kenapa aku tak terfikir masa tu eh? Tapikan, aku tahu yang dia COO EDZRA & Co.”

EE berkata sambil berfikir.

“ Lor, tak habaq awai-awai. Boleh kita Google dia. Jom jom.”

Adelia pula dah semangat. Ni siapa yang nak kat Uncle Long ni?

“ Ish kamu ni. I don’t do cyber-stalking okay. Harassment tu.”

“Kau tak nak sudah. Aku proceed je. Nak jugak tahu nama Uncle Long kau tu.”

“Dah-dah, pegi buat apa kau nak. Kau jumpa nama dia bagi tahu aku.”

EE tergelak. Adelia berdecit berlari ke komputer ribanya sambil merungut.

“ Orang ajak stalk takmo, nama nak pulak tahu. Harassment my foot!”

PAP! Sebijik bantal landing tepat pada kepala Adel.

“ Merungut lagi. Dah jumpa belum?”

EE rasa macam nak makan popcorn je. Apalah nama mamat tu agaknya.

“ Kejap la.”
 “ Ish, daro, copat sikit ha, dah lamo den tunggu ni.”
 “Padahal tak sampai pun seminit dia tunggu. Ye la, orang dilamun cinta, seminit pun rasa macam setahun. Ni ha, dah jumpa.”

EE menggigit kukunya. Rasa macam tunggu result masa SPM pulak.

" Apa dia apa dia apa dia?”
“ Qays Dato’ Ahmad Ridhwan. Gila beb, no chance. Anak Dato’ walaweyh.”

EE rasa macam nak menangis. Memang kan, no chance la. Anak dato mau ke kat dia yang tak berapa nak betul ni? Tapikan, tak salah kalau ada effort sikit kan? Manalah tau taste Qays tu budak macam Ezza ni.

“ Jangan mengalah selagi belum berperang! Next time aku jumpa dia, aku akan make sure aku dapat dia punya attention! What say you.”

Ternganga mulut Adel mendengar kata semangat si EE. Budak ni memang die hard kan?
 
“Pokok kek kau lah. Lantak kau, kalau heartbroken nanti, jangan cari aku. Kau sendiri cari nahas.”

EE bangkit dan menghampiri Adelia.

“ Okay Dell jenama laptop , aku takkan cari kau. Tapi, kalau aku jadi dengan Uncle Long Qays ni, kau kena jadi pengapit aku.Deal?”

Kata EE sambil menolak lembut bahu Adelia. Adelia tersenyum.

“ Deal. Dah, pigi sana, mahu sambung draft. Shuh.”

Apalah nasib, sekali lagi kena hambat macam kucing si EE ni.

***

“ Qays, cuba bagitahu mama, yang mana kamu berkenan.”

Qays yang syiok garu perut Cat tu berhenti dari perbuatannya. Cat mengiau panjang, tanda tidak suka Qays berhenti memanjainya.

“ Ma, please stop feeding me that crap. Enough said okay, I do not like them all. I am not planning for a marriage in my near future. Bagilah Qays stabil dulu, kalau ye pun mama ni.”

“ Qays tak stabil lagi ke sekarang ni? Jadi COO dekat company tu pun still KO lagi?”
Dato’ Ahmad Ridhwan pula mencelah. Qays mendengus. Ini yang malasnya sleepover dekat rumah mama papa nya. Ada je hal kahwin berbangkit. Malas.

“Please do not question further pa, I said I am not interested, that’s it.”

Qays memberikan kata putusnya. Apa kes nak paksa-paksa kahwin ni. Sukatilah nak kahwin bila pun, tak matilah tak dapat bini pun. Cat ni dah ada, cukupdah.

“ Kau ni Qays, kerja siang malam pagi petang. Too workaholic sampai kalah papa kamu dulu-dulu. Take a chill-pill la sekejap. Kalau kamu ada bini, mahulah kamu pulang awal hari-hari, makan pakai kamu terjaga, kami pun nak rasa ada cucu.”

Dato’ Ridhwan terus berhujah. Qays memicit keningnya. Haila, tak ada alasan yang lebih creative sikit ke? Bail-balik hal makan pakai. Very stereotypical, apa ingat lelaki bujang tak reti nak jaga makan pakai sendiri? Tak reti masak semua tu? Qays menggeleng kepalanya.

“ Lapuk dah alasan tu pa, tak ada bini pun Qays sihat walafiat ni. Ada lagi kaki tangan mata kepala ni. Entah-entah, kalau ada bini boleh jadi gila Qays. Perempuan sekarang ni banyak songeh,mengada je lebih.”

Qays masih lagi enggan mengalah. Datin Edzra pula mengambil tisu, nak ugut guna air mata pulak.
 
“ Qays, Qays tak sayang mama? Mama nak sangat rasa ada baby kat rumah ni.”
Dia lap hujung matanya, kasi mantap sikit drama dia tu. Qays tersenyum senget.

“ Ma, jangan nak guna air mata palsu mama tu. I said no, means no. Tak jalanlah air mata palsu mama tu dengan Qays, papa je yang selalu cair pun.”

Datin Edzra rasa nak hentak je kepala dia kat dinding. Haish, ‘Qays’ membawa maksud tegas,firm. Kenapalah dia letak nama tu kat anak jantan dia ni masa beranak dulu.

“Lagipun, bukan mama tak ada cucu, tu, Hud tu bukan cucu mama? Ma dah lupa Laila ,my little sister, anak bongsu mama tu, dah ada baby?”

Terdiam mamanya. Datin Edzra memandang simpati ke arah suaminya. Dato’ Ridhwan berdehem, nak ambil balik momentum katakan.

“ Bukan yang itu maksud mama, kami nak cucu dari anak lelaki kami pun Qays.”
“ Sudahlah pa, I am not yet interested. Kalau kahwin pun takkanlah nak ada anak terus.”

Masih berdalih.

“ Qays, Qays bukan gay kan??”
Ternganga rasanya Qays bila mendengar mamanya punya soalan.

“ Astaghfirullah mama, sampai ke situ mama fikir? Ingat Qays ni tak tau hukum hakam agama ke ma? Mama ingat Qays dah lupa al- Quran yang mama papa didik Qays dari Alif Ba Ta dulu? Qays Cuma tak mahu kahwin sekarang mama, please. Stop all these nonsense okay? Dahlah, Qays tak jadi tidur sini malam ni. Esok Qays nak kena masuk awal office.”

“Meeooow”
 
Qays mengutip Cat dari lantai dan mendokongnya di atas bahu.
Kemudian dia mencium pipi mamanya dan menyalami papanya. Setelah itu dia meninggalkan banglo tersebut.

Dato’ Ridhwan memeluk isterinya dari tepi. Datin Edzra hanya menyandarkan wajahnya pada dada suaminya sambil mengeluh perlahan.

“ Dahlah tu awak, ada jodoh tak kemana anak kita, lafaz tu dia jugak akan lafaz dengan rela. Betul tak?”

Datin Edzra mengangguk perlahan. Dia kemudiannya memandang wajah suami tersayang.

“ Bukan yang tu awak, saya punya mulut ni, still tak ada insurance, pergi pulak accuse anak kita gay, kan dah melenting si Qays tu.”

Dato’ Ridhwan hanya mampu senyum.

“ Mulut tak ada insurans awal tu jugak la yang paut hati saya dulu tau. Dah-dah, redha je lah dengan keputusan Qays tu. Lama-lama nanti dia tahulah sendiri what he missed out by not getting married.”

Datin Edzra mengeluh lagi.

“ tapi awak...”
“ Tak ada tapi-tapi.  Kita biarkan je dia. Kita doa je cepat-cepat dapat jodoh. Okay manja? Jom layan cerita kartun malam ni, kasi cheer up sikit my wife ni.”

“Mengada awak ni...”
*** monolog dalaman CAT

Ish Datin ni, Ayah tengah sedap-sedap duk garu badan montok Cat ni, boleh pulak dia rosakkan mood. Menciknya!! Cat tak suka tengok Ayah buat muka macam tu.

Dia kasi tayang kat Ayah gambar anak-anak dato’ lain tu kenapa? Macamlah Ayah nak kat mereka tu. Dekat gadis haritu yang cute miut pakai spek tu pun dia tak layan tau.
 
Ayah, jangan buat muka marah macam tu, Cat seriau tengok. Dah macam sepupu Cat, Simba, dalam Lion King tu. Handsome tapi bengis.
 
Huhu, Ayah...
 
““ Sudahlah pa, I am not yet interested. Kalau kahwin pun takkanlah nak ada anak terus.”

Aiyak! Ayah!!! Kenapa Ayah kenapa? Kenapa Ayah not interested? Nanti kalau kita jumpa lagi gadis comel tu baru je Cat cadang nak set up kan korang dua. Hish, hancur plan. Boleh bangang Cat macam ni.

Tapi Ayah, Cat yakin bahawasanya si comel tu boleh pikat hati Ayah. This is the cat instinct inside me saying this Ayah. Cat tak kira, mommy Cat hanya boleh jadi si comel tu je, calon lain, Cat reject!

“ Qays, Qays bukan gay kan??”

Alamak! Pengsan~

Takkan la Ayah gay Datin oi! Semayang lima waktu tau, mengaji hari-hari. Gay ke macam tu. Tuduh tu jangan sembarangan Datin mulut lepas oi. Ayah anak soleh okay.

“...Dahlah, Qays tak jadi tidur sini malam ni...”

Yes!! Itu yang kutunggu selama ni. Tak sanggup nak tidur kat sini. Kesian ayah, kena tuduh gay, kan Ayah dah marah tu. Mesti mood dia macam haram je lepas ni. Tengok Datin, sapa yang bakal kena letusan larva lepas ni, akibat mulut kau, Cat yang kena nanti dalam kereta. Nasib Catlah malam ni.

“Meeeooooow”

Ayah kutip aku and cium Datin tu. Erkh.

Lepas semua kekecohan kat banglo tu, tinggallah Cat dengan Ayah dalam kereta. Ayah bawak kereta laju, memang tengah geram lah tu. Apa yang Cat mampu buat? Cat ngaiu jelah.

 Kalau Cat tetiba boleh cakap, mahu tak accident  nanti. Haih, gadis comel, cepatlah masuk balik dalam hidup Ayah ni, tak sabar la nak tengok Ayah jadi manja-manja dengan gadis comel nanti.

-to be continued-

P/S: jangan segan nak tanya apa-apa or comment or kritik okay? *toast*

9 comments:

  1. Cumelnye si Cat nie....
    Suke sgt.....

    ReplyDelete
  2. awak... sambung cepat ea. nk tau sambungan die.

    -Teacher Miejah-

    ReplyDelete
  3. Cat nak mommy comel tu ye..heheh..
    Camane cat nk reject calon mommy lain, cat nk cakar dorg ke?comel je cat ni..

    ReplyDelete
  4. cakar je, asalkan mommy dia is EE cat tentu suka~

    ReplyDelete
  5. awkward la bahasa n9 tu..
    rasa mcm nk edit je.. haha!

    ReplyDelete
  6. haha, H.D, den orang klate, tak reti sangat nogori

    ReplyDelete
  7. fuyoo ! Cat dy pun pandai speaking lah. Lol *bantai gelak dr tdi
    haa, kan dah cat yang dpt attention reader ni. Hahaha

    ReplyDelete
  8. bestlah si cat ni.....cat bantu ayah tu tackle si comel ya.

    ReplyDelete