Friday, January 14, 2011

Im A LAdy...3




~In the flight~

 Aku cari seat aku, 5B...cari punya cari akhirnya jumpa pun..,wow! Ni sayang Papa, dia booked First Class seat kat aku!

Wow one more time! Kali ni untuk cik pramugari MAS yang cantik itu...hahaha,cara dia jalan.... fuuh!Tyra Banks pun kalah...liuk-lentok, lemah -gemalai... cukup pakej.

Mujurla aku ni perempuan, kalau lelaki...dah lama aku mintak number phone dia, boleh la nak flirting bila ada masa 'spare'.

Dah-dah la IS duk puji anak dara orang, lebih baik kau puji anak dara Encik Mizan ye...

FYI,akulah tu anak EN.Mizan...hehe...kalau tengok 'style' aku hari nie agak 'sizzling' la jugak

Levis Jeans...black
Hoodies...warna latar putih...dililit kat pinggang...
T`s putih...siap ada corak footprints lagi..
Giorgio Armani`s Black knitted hat...
Sneakers...also hitam putih...
belts...


Macam lelaki kan?*yaay!!IS suuukaaa sesangat style ni,eee,gediknya IS*


Haversacks diletak di compartment atas, 'sling bag' dipegang di tangan...boleh dibuat kusyen.


Aku duduk dekat seat aku.'Sling bag' diletak di seat sebelah yang masih kosong.Sherlock Holmes dikeluarkan, dan dibelek...ala..page 114 baru?...lambat lagi nak habis...thanks Sara sebab bagi novel ni masa 'birthday' aku tahun lepas.Boleh killtime atas flight dengan membaca.

Apa?Korang tak percaya ea aku suka membaca? Korang sogok ajela apa-apa bahan bacaan kat aku, insyaallah aku layan...tapi satu aje...akukan..kalau baca novel cintan-cintun ni,takde la sampai jiwang karat macam korang, part sedih siket je dah leleh, apa class, tak macho la beb kalau aku nangis...paling koman tahan je la, pergi nangis dalam toilet...baru tak malu...wakaka.


'You guys,the flight hasn`t even take off  but I already missing you...humph..'gumamku.


Tiba-tiba ada budak lelaki nak duduk kat seat tepi aku.Aku pun angkat harta aku dari seat dia. Aku pandang dia...dia pandang aku...dari mata turun ke hati...ecece...takde masa la...


Dia cair kot tengok mata hazel aku ni, aku ni memang perasaan terlebih kan? Biarla,kalau aku tak puji diri aku, sapa lagi! Segala lamunan aku terhenti bila lelaki tadi berbicara..


"Sir, your belts are unfasten, It`s safety measures!"
hish dia ni...boleh jadi 'steward' la...aku takde la kuno sangat sampai taktau naik flight kena pakai 'seatbelts'.


Lagi satu, apa dia panggil aku tadi? S-I-R? Mat saleh celup,ko buta ke hapa? Se'brutal' aku,aku tak pakai bengkung kat 'chest' OKAY!!


Semua tu aku pendam je dalam hati.Malas la nak cari gaduh.Entah-entah,aku betulkan kesilapan dia tadi,dia pulak perli aku.Asalkan diri aku aje yang tau,dah memadai.

3 jam berlalu...

Adoi! Mata aku dah letih ni, specks disangkut pada soket hadapan. Aku jeling mamat di sebelah...wow!Dah selamat sampai ke Lalaland rupanya...aku pun nak join jugakla, syok je nampak dia tidur...zzzzzzzzz


TING!
To all passengers,please fasten your seatbelt, and return your seats to an upright position...yadayada....


Suara pramugari yang lunak itu telah mengejutkan aku dari mimpi yang lena.Eh?Dah nak sampai? Tapi,kepala aku masih lagi berat...memang la seat first class ni empuk, macam IKEA aje. Puas aku menggeliat baru la aku mencelikkan mata.

'Sejak bila pulak seat ni tukar warna? Tadi warna hitam, sekarang warna merah pulak...hairan betul..it`s magic!'


Ternyata aku masih lagi mamai.


'Snap out of it,IS?Betul ke seat kau ni?' Aku menoleh ke sebelah...'Oops! I did it again!'




                                         hoodies


                                          sneakers

GA`s knitted hat



2 comments:

  1. aik..ngak fhm yg last tu..ke dia tdo atas mamat tu..kikiki :)

    ReplyDelete