Sara memandang lagi
sekali muka jam di dinding itu. Sudah pukul 9:00 malam namun batang hidung
suaminya masih lagi belum muncul. Dia menongkat dagunya pada telapak tangan dan
mindanya kembali ke scene tadi pagi.
Sara memandang
sekilas suaminya di tepi. Sudah bersiap sedia untuk ke tempat kerjanya.
Walaupun semalam shift dia pun tamat pada pukul 4:00 pagi, namun Sara sangat
memahami komitmen seorang pakar bedah terhadap kerjanya.
Sara pula tak kerja
ke? Baru 20 tahun, belajar pun tak habis lagi, nak kerja apanya? Namun, idol
terhebat Sara adalah lelaki yang sedang memakai necktie yang ada di depan
cermin tu.
“Abang tahu abang
kacak, sayang. Ce bawak berkelip sikit. Dah kahwin dua tahun pun masih tak puas
pandang abang ke?”
Shaikh Zayn Shaikh
Taj berkata sambil membetulkan letak tali lehernya pada kolar itu. Susah betul
tali ni, macam tali nak gantung orang pun ada.
Sara bangkit dari
katil lalu menghampiri suaminya itu. They are cousins at first, though. Parents
suruh kahwin, so mereka kahwinlah. Bolehje kan?
Sara memeluk suaminya
sekejap lalu mengambil alih proses mengikat serta membetulkan tali leher itu.
Tak reti-reti lagi ke orang tua ni? Ke, sengaja nak gedik?
“Siap! Senang je.
Abang tu yang gedik nak Sara ikatkan necktie.”
Ujar Sara sambil
menarik muncung itik. Amboi, itik tengok pun dengki, dorang punya pout tak
seseksi Sara punya bibir tu.
Zayn mengucup dahi
isterinya lalu berlalu. Sara menggigit bibirnya, nak cakap sekarang ke malam ni
ah? Besar keputusan ni.
“Abang! Tunggu...”
Sara mengejar Zayn
yang baru hendak turun tangga tu. Zayn berhenti memandang Sara.
“Balik awal malam
ni? Ada benda yang Sara perlu cakap.”
Sara bersuara
setelah puas berdebat dengan diri sendiri.
Zayn tersenyum lalu mengangguk.
“Okay sayang. Now
kiss me au revoir.”
Sara tersedar dari
lamunannya apabila sebuah kucupan singgah pada rambutnya. Dia memandang ke arah
Zayn yang sedang tercegat di belakang kerusinya itu. Sekilas pandang muka Zayn,
dia dapat tahu betapa penatnya suaminya iti, namun, dia harus juga sampaikan
apa yang dia mahu sampaikan malam ni juga. It is a very big move, a big
decision.
“Why were you
waiting me up, sayang? Kenapa tak tidur je?”
Sara bangkit sambil
membontoti suaminya ke bilik tidur mereka. Zayn yang sedang menanggalkan
kemejanya itu bertanya kepada Sara.
“ Abang lupa yang
Sara nak bincang benda yang penting malam ni?”
Sara mengetap
bibirnya apabila Zayn menarik muka tak bersalahnya. Sara dah agak, mesti dia
lupa. Geram betul.
“Sorry dear, today
was a buzy day.”
Kata Zayn senada
sambil menari tualanya dari tempat sidai. Sara memandang serius lelaki itu. Dah
nak berapi ni. Zayn baru sahaja ingin memulas tombol pintu bilik air apabila
Sara memanggilnya.
“Abang! Could you
please listen to me for a sec?”
Zayn mendengus. Apa
yang Sara ni macam duk desak-desak dia ni? Rimas!
“Could you just
give me a moment to breathe woman? I have had a very rough day okay? Tunggu 5
minit tak boleh ke? Bagi I freshen up dulu.”
BANG! Pintu bilik
air dihempas kuat. Sara membaling bantal ke arah pintu yang baru tertutup itu.
Sakitnya hati.
5 minit kemudian
pintu terkuak. Muncullah si Zayn dengan pajama bottom dia tu dengan tuala basah
dia.
Zayn mendaratkan
punggungnya di sisi Sara. Sara pandang Zayn mahu tak mahu. Merajuk.
“Dah, tak payah
merajuk. Talk, if not I am going to sleep.”
That’s it. Sara dah
tak tahan. Bossy betul mamat ni. Dia ingat dia lelaki dia sorang boleh ada ego?
Hello sikit bhai.
“ Sara dapat offer
ke Moscow.”
Senadar Sara
berkata. Zayn terdiam. Dia bangun dan terus bergerak ke his side of the bed.
Bantalnya ditepuk-tepuk beberapa kali. Lampu tidur sebelah katilnya di tutup.
Dia meletakkan kepala pada bantalnya.
“Abang tak izinkan
Sara ke Moscow. Sambung je medicine tu nationally.”
Katanya sambil
menarik selimut. Sara mengeraskan badannnya. Dia membelakangi Zayn.
“I was not asking
for your decision. I was informing you. I’m leaving next week.”
Zayn mendengus. Sara
ni selalu mencabar kemarahannya, namun tak pernah overboard macam ni sekali.
“Abang tak suka
long distance relationship. It never works for me.”
“Sara tetap nak
pergi”
“Fine, you pergi
Moscow, we are over.”
Sara angguk. Dia
mengangkat bantalnya lalu berlalu ke bilik sebelah. It’s over. Arranged marriage
selama dua tahun ni sudah berakhir. Tamat. Finished.
Zayn mengeluh
berat. Harap-harap pagi esok, Sara kembali to her right mind.
Namun, harapan Zayn
hanya tinggal harapan. Apabila dia bangun pada keesokan harinya, apa yang dia
dapat hanyalah bau semburan perfume yang digunakan Sara.
Tuan badan, sudah
menghilang. Barangan peribadinya pun turut lesap. Zayn tahu, mulai saat itu,
Sara hanyalah his past. She chose Moscow over her own husband, what wife do
such decision?
*** 6 tahun berlalu
Sara membetulkan letak sanggulnya. Pagernya pula sudah beberapa kali berbunyi. Jam di tangan dipandang.
“Oh shoot! Macam
mana aku boleh lupa nak buat rounds? Damn you are in trouble missy.”
Sara berlari ke wad
yang semua budak interns berkumpul ketika itu. Tengah syok dia buat marathon
pecut ke wad itu terlanggar pula seseorang.
“Hey! Watch it.”
Lelaki itu bersuara
geram.
Sara buat tidak
tahu, maaf pun dia tak diucapkan. Siapa lelaki itu? Lagilah dia tak tahu, tak
ada masa nak ambil tahu, dan tak mahu ambil tahu. Apa yang dia tahu, stetoskop
dia jatuh, dia ambil dan cepat-cepat sambung dia punya marathon itu.
“Uuh, Sara, kau
lewat.”
Syah, nama penuh,
Syahrina a.k.a kawan berkepit Sara tu menegurnya. Sara yang sedang memegang
lututnya menarik nafas laju-laju. Oxygen debt seyh, kembang peparu nak sedut
balik segala Oxygen yang digunakan ketika berlari tadi.
“Aku tahu aku
lewat, tapi mentor kita tak datang lagi kan?”
Ucap Sara sambil
mengurut dadanya. Penat tau. Hospital ni besar. Dia turut memandang kiri kanan.
Agakdah, mentor tak ada. Semua muka interns yang berhingus tu.
“Speak of the
devil, here he comes!”
Syah cepat-cepat
masuk dalam bulatan bersama si Sara tu. Mata Sara tertancap pada doktor lelaki
itu. Mulutnya ternganga. Ya Allah, suami aku? Matidah lepas ni. Sara terasa
wajahnya menjadi pucat. Enam tahun lepas, dia larikan diri. Macam tu sahaja,
kalau dia mati dalam tempoh tu, agak-agak jadi isteri derhaka tak? Memang straight
masuk neraka lah kan?
“Sorry I am late
guys. Ada incident sekejap tadi. Okay, good, korang dah buat bulatan. Semalam
korang ada meeting dengan Dean hospital ni, and attorney hospital ni pun I
guess?”
Semua kepala
mengangguk. Kecuali Sara yang masih lagi kaku.
“Good then. I am
Zayn Taj, you can call me Mr Taj or Dr Taj. I’m a surgeon so kebiasaannya staff
refer I Mr. But I don’t care as long as it is my name. So, I guess, korang ni
akan jadi part of the trauma team bila jadi resident nanti, sebab tu dorang
letak bawah saya.”
Syah mencuit Sara
yang bagaikan patung itu. Sara mencondongkan kepalanya ke arah Syah itu.
“Apa dia?”
Sara berbisik. Syah
mendekatkan kepalanya pula.
“Mr Taj, he is so
hot in those scrubs. Kita boleh pakai scrubs ke kat sini?”
Sara memandang Syah
dengan muka disbelieved dia tu.
“Ni private
hospital babe, pakai je apa pun, boleh kut?”
Syah mengangguk laju-laju. Yelah, doktor yang pakai scrubs lagi bebas kuman berbanding
dengan yang tak pakai. Yelah, for instance, bagi doktor lelaki, mereka kena pakai neck-tie. Can you imagine
berapa banyak bakteria yang tersangkut pada neck-tie tersebut. Plus, scrubs are
super comfy.
“Barbie! Ada apa-apa
nak tanya?”
Semua mata
tertancap pada Sara yang baru selesai berbisik itu. Kantoi. Apasal kena panggil
barbie.
“Me Sir? I’m not
barbie, I am Sara. And no questions.”
Sara buat muka
bijaknya. Zayn Taj menarik senyuman sinis.
“Okay then, just
because you were talking, I shall give you a spot quiz.”
Sara meneguk
liurnya. Mak oi, betul ke laki aku ni kat depan? He is very bitter. Rambut pun
dah ada uban sikit-sikit.
“What do we use as
the last resort for internal bleeding?”
Alamak. Come on
Sara, soalan paling senang dalam dunia. Apa dah menatang tu. Ala, ada lagu nama
dia. Ahacks!
“Tourniquet?”
Zayn hanya
mengangguk. Soalan senang je tu, basic. Dia tak tumpukan perhatian lagi sekali,
aku kasi soalan out of syllabus baru ternganga. Pergi Moscow rambut hitam,
balik rambut dah perang. Air kat Moscow karat ke? Chet!
Selepas itu, Zayn
membawa kumpulan itu survey pesakit yang ada, yang baru lepas operation
tentunya. Mereka bergaul dengan para jururawat, doktor-doktor yang ada, dan ada
juga yang bertanya soalan.
Sudah tiba masa
untuk bersurai, namun Zayn memanggil Sara ke arahnya.
“Barbie! Awak
tunggu. I have a few words to say.”
Sara memandang Syah
macam mahu tak mahu saja. Tak nak berdua dengan suami dia ni. Takut kena marah
pun ada. Namun, apa nak dibuat, Syah dah tinggalkan dia.
Sara hanya
membontoti Zayn. Dia nak bawa pergi mana ni? Alamak. Dia bawa pergi bilik dia. Mati
dah lepas ni.
“Sit.”
Sara cepat-cepat
menarik kerusi lalu mendaratkan punggungnya. Zayn memandangnya tajam.
Sara terasa kecil sangat di hadapan Zayn itu.
Gulp.
“Is that your stethoscope?”
Sara cepat-cepat
menyentuh stetoskop yang digantung pada lehernya itu. Kepalanya cepat-cepat
diangguk. Saya punya okeh!
“Okay then. Now go.
Disappear.”
Zayn berkata
senada. Sara menarik muka peliknya, namun arahan Zayn tetap diikut. Itu saja
dia nak tanya? No how are you? Sihat ke dak? Kenapa tinggalkan abang macam tu
dulu? Tak ada nak marah-marah?
Sara baru sahaja
ingin memulas tombol pintu apabila Zayn bersuara kembali.
“You better watch
your back , barbie. Sekali kau mess-up, I will end your career, just like how
you ended our marriage. Comprende?”
Sara rasa sesak
nafas. Sebak pun ada. Badannya dikalih menghadap Zayn yang tidak beriak itu. Nafas ditarik panjang.
“Abang tahu kenapa
Sara tinggalkan abang dulu? Abang tahu memang cita-cita Sara dari kecil nak
ikut jejak langkah arwah papa and mama. I want to be a surgeon, like you and
like papa. Tapi abang halang Sara. Masa Sara dapat offer UK, abang halang. Masa
Moscow, abang halang jugak. I have no other option.”
Zayn hanya
mendengar. Dia memusingkan kerusinya itu. Biadap. Namun, siapa tak geram bila
isteri tak dengar kata.
“I gave you an
option. Study locally, or we are over. You chose the latter. So stop calling me
abang! Kau dah disrespect aku sebagai suami. Aku dah tak anggap kau sebagai
isteri pun. Kau nusyuz. Faham?”
Sara mengetap
bibirnya. Ingat Zayn saja yang geram, dia pun berhak geram tau. Impian dari
kecil, tetiba terhalang sebab suami says no. Sara keras kepala, dia pilih apa yang
otak dia decide. Ya, dia menyesal sebab tinggalkan Zayn macam tu saja, tapi dia
tak menyesal kerana pergi Moscow. Now, she is back.
“ But itu perkara
dulu. Sara dah ada depan abang sekarang. Kita masih sah suami isteri. Sara nak
balik kepada abang.”
Sara bersuara
tenang. Api tak boleh lawan api. Enam tahun dulu, api lawan api, tengok apa
yang jadi. Sekarang masing-masing dah dewasa, kena berlagak pun macam orang
dewasa.
“Siapa nak
ambil engkau balik? Terima kasih Sara,
and sekarang, dengan engkau dah ada balik dekat Malaysia ni, aku dah boleh
berhenti feeding lies to my parents! Petang ni jugak aku pergi apply borang
perceraian dari Mahkamah Syariah.”
Sara terkedu. Sara,
apa kau dah buat ni. Kau ingat senang je Zayn ni nak maafkan engkau? Tapi Zayn
tak faham. Sara pun tak faham dengan Zayn sebenarnya.
“Apa lagi kau
tercegat situ? Get out, barbie!”
Sara cepat-cepat
keluar. Separuh nyawanya melayang. Cerai? Serius kali ini. We are over tu
memang maksudnya cerai? Sara, kau sanggup ke kehilangan Abang Zayn?
Sara memicit
dahinya. Ini baru hari pertama, kalau hari-hari mengadap Zayn tu, mahunya tak
menangis si Sara ni. Tambah-tambah kalau bercerai.
Sara memandang
pagernya itu. Dia diperlukan di dalam Operation Room (OR). Selalunya, dalam OR tu banyak benda baru
dipelajari, tambah-tambah lagi teknik untuk membedah. Dan, Sara memerlukan
konsentrasi yang tinggi di dalam OR itu.
Tangannya
dimasukkan ke dalam poket labcoat dia itu. Jarinya mencapai sesuatu yang metal
dan juga sejuk. Apakah?
Sara mengeluarkan
benda tersebut dan dia terkilan. Tangan
kirinya pula cepat-cepat menarik turun stetoskop yang tergantung pada lehernya.
Sejak bila
stetoskop dia jadi warna biru? Padanlah asyik duduk tanya Zayn tu, rupanya
memang Sara terambil stetoskop dia. Stetoskop sendiri pula disimpan rapi di dalam
poket. Hadoila.
***
Sara menggeliat sepuas-puasnya. Lenguh satu badan berada dalam OR itu selama 4 jam. Itu baru 4 jam. Sara duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik rehat itu lalu menghidu kopinya. Bau kopi boleh menenangkan.
Sara menggeliat sepuas-puasnya. Lenguh satu badan berada dalam OR itu selama 4 jam. Itu baru 4 jam. Sara duduk di atas sofa yang disediakan di dalam bilik rehat itu lalu menghidu kopinya. Bau kopi boleh menenangkan.
“Hey Sara, baru
nampak batang hidung kau. Busy huh?”
Sara mengangguk kepada
Syah yang menegurnya itu. Dia nampak fresh, semalam tak on-call la tu.
“Baru habis
operation babe. Budak tu teruk sangat, mangsa car-crash. Habis ribs dia patah,
sekarang neuro tengah check for any head damage. Takut ada amnesia ke apa ke.”
Sara berkata
senada. Baru sahaja dia ingin menghirup kopinya, pagernya berbunyi. Alahai, tak
sempat nak lepas lelah.
“Got to go, ICU
needs me.”
Sara menyerahkan
mug kopinya kepada Syah. Syah hanya tersenyum. Lumrah hidup doktor, busy
memanjang sewaktu housemanship. Bila dah habis tu, bolehla lepas nafas lega
sikit. Sikit je tau, on call masih demanding.
“Mr Zayn. You
paged?”
Sara berbuat
profesional di hadapan lelaki yang dia sayang tu. Memang kena profesional, sini
tak sapa tahu dorang ni husband and wife. Zayn tak mungkin nak bagitahu, kata
dah apply borang cerai.
“Yes, barbie! Now,
tolong masukkan IV tu. Nurse tadi entah kemana pergi.”
Sara menganggguk
lalu membuat apa yang disuruh. Sara cuba mencucuk tangan pesakit itu namun
tangan Sara tiba-tiba sahaja kejang. Jarum tersebut jatuh ke lantai. Zayn
memandang Sara dengan pandangan yang menikam.
“Nak cucuk IV pun
tak boleh?”
Sara rasa macam nak
pecahkan muka orang je apabila mendengar nada sinis Zayn itu. Namun dia
menenangkan dirinya.
“Tangan cramp. Low
potassium, I did not eat nor drink in the last 12 hours.”
Zayn hanya
mengangguk. Dia meletakkan chart board dia di hujung katil pesakit yang masih
belum sedarkan diri itu lalu mengambil alih tugasan Sara. Sara hanya
tercengang.
“Apa lagi duduk
situ, pergi cafe and grab some food. Bananas will be good.”
Sara hanya
tersenyum. Ada lagi side baik rupanya Zayn ni. Ingatkan nak seksa hidup Sara dekat hospital ni. By the way,kenapa
asyik panggil Sara ni barbie ye? Tak faham betul perangai Zayn tu.
Sara kemudian
mengetuk dahinya. Aiseh, lupa lagi nak pulangkan stetoskop itu.
***
Zayn termenung di dalam biliknya. Dapat 30 minit break, lega sedikit. Sekarang ni macam-macam penyakit ada. Dia, trauma surgeon,aka general surgeon macam-macam kena handle. Walaupun dia boleh dikategorikan sebagai orthopedic, namun dia masih gemar buat kerja secara general. Sekali sekala sahaja ada patient buat appoinment pasal tulang dengan dia. Kalau bahagian trauma ada kes tulang patah ke cedera ke, dia take-over lah.
Telefon bimbitnya
berdering. ‘Mama?’
Zayn mengangkat
telefonnya.
“Assalamualaikum
mama.”
Salam baru sahaja
di beri namun ibunya terus memarahinya. Apa kes?
“Zayn, Sara balik
pun kamu tak bagitahu? Anak apa kamu ni ha! Mama rindu dengan menantu mama tu.”
Laju je mama dia
serbu. Zayn terkilan. Macam mana mamanya tahu? Ni mesti kerja Sara ni. Tak
guna. Baru je nak apply cerai. Pandai dia pusing cerita.
“Mama, siapa
bagitahu?”
Bodoh tak bodoh
soalan tu. Yelah, tak boleh nak terus tuduh Sara, kan?
“Sara call mama
tadi. Dia ajak mama tidur rumah kamu hujung minggu ni. Tapi mama tolak, mama
nak kamu dua datang tidur sini malam ni. Adik beradik kamu pun ada sini malam
ni.”
Zayn mengepal
penumbuknya. Sara ni memang dah melebih. Tak faham ke yang Zayn dah tak mahukan
dia.
“Hrmph. Okayla ma,
Zayn ada patient ni.”
Salam diberi dan
telefon dimatikan. Dia bangkit serta merta dan terus mencari Sara tu.
Dia sudah
terpandang kelibat Sara di cafe. Tengah makan.
Dia merapati Sara
dan cepat-cepat menarik lengan Sara. Sara yang baru ingin mencapai jus oren itu
tertumpahkan jus itu ke atas bajunya sendiri. Habis basah. Namun Zayn butakan
sahaja matanya lalu cepat-cepat mengheret Sara keluar hospital.
Sara kecut perut.
Nasib baik shift dia sudah tamat buat hari ni. Sara tahu apa yang Zayn marahkan
itu. Mama dah call Zayn. Sara hanya menikus di dalam kereta itu.
Kereta dipecut
sehingga 140km/j. Nasib baik jalan lenggang hari ni. Kalau tak dah lama
accident. Zayn memakirkan keretanya ke dalam garaj, dan dia membuka pintu
rumahnya.
Sara diheret ke
dalam bilik. Dia kemudian menolak Sara ke atas katil. Sara terkilan. Zayn sedar
ke tak ni?
“Kau call mama?”
Zayn mengherdiknya.
Sara tersentak lalu mengangguk. Air matanya mengalir.
“Kau ajak mama
datang tidur rumah ni?”
Angguk lagi. Kali
ini sara memberanikan diri untuk bersuara.
“Tapi mama tolak.”
“DIAM!”
Sara semakin kuat
sedunya apabila melihat Zayn yang nyaris-nyaris menamparnya tadi. Sampai hati.
Tapi Sara, kau lagi sampai hati buat
laki kau macam tu dulu.
“Sorry.”
Zayn meminta maaf. Entah
apa yang merasuknya sampai nyaris berlaku kasar terhadap Sara itu. Dia
melabuhkan punggungnya di sebelah Sara. Dia
memandang Sara.
“Sara, can you
understand. I dah tawar hati dengan you. I nak cerai.”
Semakin lebat Sara
menangis. Dia memegang tangan Zayn.
“Abang, maafkan
Sara. Sara langgar cakap abang dulu. Sara sedar Sara tak patut tinggalkan abang
sebab nak sangat study dekat Moscow. I get it now. Please, ampunkan Sara.
Terima Sara balik?”
Sara sudah menunduk
dan mencium tangan suaminya. Zayn menarik tangannya lalu berdiri.
“Semua dah terlewat
Sara, enam tahun. Enam tahun abang tunggu Sara call abang. Say that you are
sorry, tapi sekali pun Sara tak buat. Tengok-tengok dah buat internship dekat
hospital tu. You denied me, your husband. Abang maafkan, tapi susah bagi abang
nak terima Sara balik.”
Zayn berkata sayu.
Sekarang, Sara tahu betapa hancurnya hati suaminya. Memang dia rasa bersalah
meninggalkan Zayn dahulu, tapi dia hanya mengejar cita-citanya. Salahkah?
“Abang please.
Jangan buat Sara macam ni. I love you. Sara hanya kejar cita-cita Sara nak jadi
macam arwah papa dan mama.”
Zayn mengeluh.
“Cita-cita Sara tu
lagi penting dari suami Sara? Malam ni, kita pergi rumah Mama, kita come clean.
Abang dah tak sanggup nak menipu mama papa abang tau. Abang cover Sara dah cukup
lama. Sekarang, abang nak semua ni berakhir. I can live without you. And I can
get a better woman as wife.”
Sara hanya
mengangguk. Sedar bahawa dia telah membuat keputusan yang amat salah enam tahun
dahulu. Apabila difikirkan balik, kalau dia dengar kata Zayn supaya sambung
pelajarannya di Malaysia sahaja, tentu dia tidak berada di dalam situasi ini.
Nampaknya, Sara
kena juga lepaskan abang Zayn. Abang boleh hidup tanpa Sara, tapi Sara macam
mana?
Sara mengelap
matanya. Nampaknya, memang dah tak boleh buat apa-apa dah ni.
“Sara perlu balik
ke hospital.”
Zayn mengangguk.
Dia hanya diam semasa memandu. Keras betul hati dia ni. Yelah, dulu, ego dia
kena pijak sebab bini lari.
Sebelum Sara
kembali ke lokernya untuk menukar baju, dia memandang Zayn. Dia keluar hospital
sekali dengan kot putihnya tadi.
“Sorry, Sara
terambil your stetoskop.”
Sara meletakkan
stetoskop tersebut ke dalam tangan Zayn lalu berlalu sebelum air matanya
menitis buat kesekian kalinya.
Zayn hanya merenung
kelibat Sara sebelum menghilang. Wajahnya diraup. Kesian juga dia tengok Sara
tu. Namun, kalau terkenangkan kembali tindakan Sara dahulu, tak ada makna nak
kesian.
***
Sara tertunduk dihadapan mertuanya. Mama dengan Papa Zayn terdiam setelah Sara memberitahu segalanya. Zayn juga terdiam.
Sara tertunduk dihadapan mertuanya. Mama dengan Papa Zayn terdiam setelah Sara memberitahu segalanya. Zayn juga terdiam.
“Sara minta maaf,
ma. Sebab tindakan bodoh Sara tu, Abang Zayn terpaksa menipu mama.”
Tipu cakap yang Zayn rela sara ke Moscow. Tipu cakap yang Sara sihat. Tipu yang sara selalu call dia. Tipu yang Sara tak balik cuti sebab dia pergi lawat Sara dekat Moscow. Itu selalunya alasan Zayn bila mamanya bertanya tentang Sara.
Sara berkata dalam
sedu-sedannya. Ibu mertuanya aka mak
saudaranya itu mendekatinya lalu memeluknya. Terasa kehangatan pelukan ibu.
Rindu pula dekat arwah mamanya.
“Dah Sara, dah.
Jangan menangis sayang. Bukan salah Sara sorang, hmph?”
Zayn hanya memandang wajah isterinya itu.
Betulkah keputusannya untuk cerai?
“Zayn, pujuk Sara
ni.”
Semuanya sudah
diberitahu mamanya, kecuali bahagian nak cerai tu. Zayn merasakan mamanya tak
perlu tahu lagi hal cerai tu. Mama dia dah tua, nanti kena heart attack ke,
high blood pressure ke, makin teruk nanti keadaan. Papanya pula, dari tadi
duduk diam. Tak mahu masuk campur barangkali.
Zayn baru sahaja
melabuhkan punggung di sebelah Sara, namun Sara cepat-cepat bangun. Dia
mengelap air matanya. Senyuman di tarik walaupun hatinya sebak.
“Sara okay dah
mama. Sara nak buat air milo. Mama, papa, abang nak?”
Mamanya menarik
senyuman manis. Namun kepalanya digelengkan. Papanya juga menggeleng kepala.
Zayn, tak ada riak pada wajahnya. Sara membawa diri ke dapur. Di sana dia
menangis sepuas-puasnya. Air dijerang di atas dapur. Dia menarik kerusi lalu
meletakkan kepalanya ke atas meja. Memikirkan masa depannya tanpa Zayn.
Cerek sudah
berbunyi. Dia mengangkat cerek tersebut untuk menuang ke dalam mug.
“Sara.”
Dia terkejut lalu
tangannya terlepas cerek tersebut. Matanya hanya melihat pergerakan cerek
tersebut di dalam slow motion. Tiba-tiba
dia merasakan badannya ditarik ke belakang. Selamat. Dia selamat di dalam
pelukan Zayn.
“Gila ke? Heater
ada kenapa guna cerek?”
Zayn memarahi Sara.
Sara kembali menangis. Zayn serba salah. Dia menekup wajah Sara dan memandang
matanya. Sara kembali ditarik ke dalam pelukannya.
“Kenapa tarik Sara?
Biar je la Sara cedera. Kalau abang tak sayang Sara, tak ada siapa sayang Sara.”
Zayn mengeratkan
pelukannya. Gila ke Sara ni.
“Sara, Sara ingat
Allah. Bawak mengucap sayang?”
Sara semain sebak
mendengar suara Zayn. Benar tu, Allah masih sayangkan dia.
“Abang, maafkan
Sara. Maafkan Sara.”
Sudah lencun dada
Zayn dengan air mata Sara. Zayn mengeluh. Dia suruh Sara ingatkan Allah, dia
pun sama. Cerai? Apa yang dia fikirkan? Benda halal yang Allah SWT paling
benci. Kepala Sara dikucup.
“Zero zero. Abang
maafkan. Kita mulakan balik relationship kita.”
Sara terhenti
menangis. Benarkah apa yang dia dengar tadi? Zayn terima dia balik? Start anew?
Sara membelek muka
suaminya, cuba nak cari jika apa yang dikatakan tadi hanyalah gurauan semata-mata.
“Abang serius
barbie! I have decided that I want you. Kita deserve a second chance. Enam
tahun, sayang. Enam tahun tu hari-hari abang terseksa, abang rindukan Sara.
Abang pun salah sebenarnya. Abang tak ada reason nak halang Sara pursue your
studies.”
Zayn ujar lebih
lanjut. Sara memeluk Zayn erat. Bahagianya!
“Abang, terima
kasih. Sara sayang abang.”
Zayn tersenyum. Tak
adalah keras sangat hatinya. Ego sahaja kut yang buat dia nak cerai dengan bini
tersayang ni.
“Sayang barbie
abang ni.”
Sara tergelak. Dia
memandang suaminya.
“Kenapa panggil
barbie?”
Sara bertanya. Dah
berbaik kan, boleh la tanya soalan macam-macam. Sebab si suami ada nak layan
dia.
“Sebab, Sara masa
pergi Moscow, rambut hitam. Balik Moscow, rambut perang. Kalau buat blonde, dah
sama dengan barbie.”
Sara mengangguk.
Sedar suaminya sedang memerli.
“Sara pakai inai
bang, uban banyak tumbuh, stress study.”
Zayn tergelak.
“Kalau study
Malaysia, tentu tak stress. Abang ada special treatment nak release your stress
tu. Screaming every night releases stress you know.”
Zayn buat muka
bijak. Sara sudah blush. Tak senonoh punya lelaki.
“Keep your sexual
innuendo in the bedroom. Mama papa ada dekat ruang tamu tu. Malu sikit.”
Sara berkata manja.
Zayn menarik muncung. Dah tak kisah tentang ego, bolehlah tarik muncung.
Kalaulah dulu dia tak halang Sara, tentu mereka sweet je kan selama 6 tahun tu?
Perkara dah lepas, biarkan sahaja.
“Yang oi, enam
tahun, lama tu.”
Sara membiarkan
sahaja suaminya. Sekarang, dia dah mendapat kembali cahaya di dalam hidupnya.
Sukanya, Zayn masih lagi kekal dengan dia. Alhamdulillah.
Zayn membontotinya.
“Barbie, kalau
pakai tudung, lagi first class tau.”
Zayn berbisik
perlahan. Sara memandangnya sambil mengenyitkan matanya. Mesej diterima.
***
Sara memandang Zayn di dalam OR itu. Dia dah tak sanggup nak berdiri. Terasa kejang di bahagian pinggang. Nasib baik dah nak selesai operation itu. Internship dia pun dah nak habis, tak lama lagi dah jadi resident. Sukanya!
Sara memandang Zayn di dalam OR itu. Dia dah tak sanggup nak berdiri. Terasa kejang di bahagian pinggang. Nasib baik dah nak selesai operation itu. Internship dia pun dah nak habis, tak lama lagi dah jadi resident. Sukanya!
Syah pun terkejut
bila Sara cerita yang Zayn tu suami dia. Termalu sendiri Syah bila dia sedar
yang dia cakap suami kawan sendiri hot masa mula-mula kenal dulu.
Sara melepaskan
nafas lega apabila operation itu selesai. Dia cepat-cepat memegang jururawat di
sebelah apabila dia terasa ingin pitam. Apa pulak kali ni. Nasib baik nurse itu
cepat memegangnya. Zayn dan seorang lagi surgeon cepat-cepat menyelesaikan apa
yang patut . Kemudian Zayn mendudukkan Sara di atas katil yang sudah kosong
itu.
“ Barbie, kita
pergi Ob-Gyn?”
Sara membulatkan
matanya. Selama ni dia mual-mual, asyik nak pitam tu tanda pregnant ek? Sedar
juga si Zayn ni, tuan badan sendiri pun tak perasan.
“Baby?”
Hanya satu patah
itu yang keluar dari bibir Sara. Zayn mengangguk. Dia pasti akan ada new member
arriving tahun ni. InsyaAllah, sudah rezekinya dapat zuriat. Dia positif.
Sara memegang
tangan Zayn dan berjalan ke arah sink. Tangan dicuci, muka dibasuh. Tudung
dipakai dan mereka berpimpin tangan bergerak ke bahagian Obstetriks dan
Gynaecology.
Zayn mengucup dahi
Sara setelah berita mereka dipastikan. Memang ada baby on the way.
“Abang sayang Sara.
Lagi sayang dari masa sebelum Sara fly Moscow.”
Sara tersenyum.
Wajah Zayn dicapainya lalu diusap.
“Sara tahu.”
Zayn senyum nakal.
“Yelah. Dia ambil
stetoskop orang, tak mengaku.”
Mengada pulak Zayn
ni. Sara senyum manis.
“Tak sengaje.”
“Sara tahu tak,
masa Sara ambil stetoskop abang tu, jadi handicap sekejap abang ni. Tak boleh
dengar heartbeat patients.”
Sara tergelak dengan
reaksi Zayn tu. Manja.
“Tak apa, sebab
Sara gantung stetoskop abang tu dekat leher Sara, so stetoskop Mr Surgeon ni
duduk dengar rentak jantung Sara selama Sara pegang stetoskop tu.”
Zayn dan Sara
tergelak.
“Very cheeky! Dah,
bangkit dari sini, kita still ada patients.”
Dan , mereka
berlalu dengan wajah gembira mereka. What a sweet couple, nasib baik tak cerai.
Kalau tak, harulah nak mengadap satu sama lain dalam hospital tu. Jadi macam
Grey’s Anatomy pulak.
The End
P/S: kalau ada salah terms, sorry. I am not a medical student. Kalau tak capai korang punya expectations pun, very sorry yeah.
FUHH.. Nseb baek x jdi crai..
ReplyDeletegud job awien.. aq suke,, short n sweet n HAPPY ENDING !!
aku rasa cam laju gila citer ni, but glad kau suka dearest!
ReplyDeletebest! ya,nsib baik x cerai..brdebar jgk ingt jdik cerai..anywy,manis je overall~sy girl yg tye hw 2 pronoun zayn tdi kt fb,hehe
ReplyDeletehaha, okay! noted. thx for the feedback
ReplyDeletePheww, garang sungguh Zayn dekat Sara masa memula jumpa balik tuh. Nasib tak cerai. Hee =) Thanks for make it happy ending, sha.
ReplyDeletebest gila
ReplyDeleteOhooo tuan rumah! Phewww! What a relief! Ingatkan betul-betul nak cerai tdi but sis, mcm biasa! Best! Dh lme tnggu cerpen, at last boleh jgak bce! Hewhew
ReplyDeleteske nyeww...besttt..=)
ReplyDeleteIgtkan nk cerai btul2 . huhu !! Klau cerai btul2 pun best jgk , sad ending . haha !
ReplyDeletenice story... :)
ReplyDeletecerpen ni buatkan saya nak ulang tgok grey anatomy
ReplyDeletehehehe.. shamien gud job! sweet couple.. :D
ReplyDeleteTq all fr your +ve feedbacks
ReplyDeleteFuh Zay watak yg serius but looks alike 6 years is a great lesson to him..Isteri muda bukanya dia pujuk ke ape.. he make her to choose so she did make her ow choice.. Luckily tak cerai (*tak suka sad ending hehe).. Although u r not a media student but u did it well ;) Write more gal ;) All the best ;)
ReplyDeletedorang ni bukan ker dah jatuh talak coz zayn tu dah lafaz taklik dia kata kalau sara pergi so its ovr??
ReplyDeleteanonymous : u r the 2nd person tat asked me, i tatau nk jawab apa sincerely. tapi, kalau real life tu, mungkin kut.
ReplyDeleteAnonymous : dalam citer ni talak tak jatuh, sebab Zayn x lafaz cerai on the day that Sara pergi moscow, dia taklik masa Sara masih ada depan dia, i rasa this is what ust Azhar idrus is saying in this vid. http://www.youtube.com/watch?v=zxmU9vl4UkE
ReplyDeleteSangat sukaaaaaaaa.....
ReplyDeleteSweetttttt ^_^
ok2...faham knp xcerai...
ReplyDeletelove it awin!
ReplyDeleteredpepper still here, stalking ur page. ngeh3.
ReplyDeletefirst :orthopedic? the 1 tht i really wish for. *angan2 je la*
second :"Screaming every night releases stress you know.” ? one word from me. boongok *giggle*
special treatmnt annnngattt~
third: flying kiss for this page. gudjob weh.
myb , sbb die cerpen. so cm.. err . flow of the story tuh... cm cepat sgt. cmtuh la. tp. ok.
wow gitu.=)
impress me!!!
ReplyDeleteOgosh! Awat cerita u ni semua best best gila!
ReplyDeleteTapi I want a sad ending.
Patut cerai je isteri centu.
Hahah, jahat kan.
Buat la satu citer sad ending sbb isteri nusyuz. Mwehehhe
Setuju sgt. She doesn't deserve 2 be happy...
DeleteOgosh! Awat cerita u ni semua best best gila!
ReplyDeleteTapi I want a sad ending.
Patut cerai je isteri centu.
Hahah, jahat kan.
Buat la satu citer sad ending sbb isteri nusyuz. Mwehehhe
Yang lagu 'Tourniquet' tu nyanyian Evanescence ke? ??
ReplyDeleteMizuki: Yappp!
ReplyDeleteBest..suka cerpen ini..
ReplyDeletemcm cite emergency couple pun ade cket2...lakonan song ji hyo, hero xingt nama
ReplyDelete