Tuesday, February 12, 2013

Lelaki Idaman 20 *semi-finale*



Shah yang baru selesai solat Subuh itu mencapai telefonnya apabila terdapat mesej masuk. Butang read di tekan dan dia tersenyum sendiri. Dia dah agak, sejak kebelakangan ini, mesti ada saja mesej masuk dari budak itu.


Miss Braces :
-Good Morning Mister Dentist, start your day with a 700 MegaWatt smile-


Shah menanggalkan kopiahnya lalu kembali duduk di atas katil. Sambil tersenyum, dia menekan butang dail wanita itu. Sebelum ni tak pernah-pernah nak call, rasanya, hari ni dia kena call kut wanita itu. She owns it!


Setelah beberapa deringan, akhirnya panggilan terjawab.


“Assalamualaikum.”


Suara itu kekok memberi salam. Shah tergelak sambil menjawab salam.


Thanks for your morning wishes lately. Ada apa-apa ke?”


Shah bertanya dalam nada bergurau. Adel di sebelah talian menggigit bibir. Nak jadi perigi cari timba tak?


“Urm, not really, just that...I sort of...”


Belum sempat Adel menghabiskan ayatnya, Shah sudah memotong.


“Saya pun suka awak, Cik Braces. Boleh bagi alamat rumah tak?”


Adelia gigit bibir lagi. Pipinya sudah merah. Tak sangka, usahanya selama sebulan asyik hantar wishes pada Shah membuahkan hasil.


‘Oh, he likes me too!’ desis hati kecil Adelia. Rasa macam berbunga-bunga, nak melayang ke langit pun ada. Sangatlah terlebih gula pepagi ni.


“What for abang Shah perlukan alamat Adel?”


Adel bertanya setelah kembali ke dunia nyata. Shah tergelak. Dia berfikir sejenak.


“Nak bagi kejutan untuk awak. Nanti SMS ya. Abang nak bersiap pergi kerja ni.”


Shah berkata lagi. Adelia tersenyum. Kejutan? Kejutan macam mana tu?


“Okay.  Kalau setakat nak bagi kad Raya, baik tak payah tau.”


Shah tergelak mendengar kata-kata Adelia itu. Seriously? Kad raya? Kalau setakat nak hantar kad raya, baik minta alamat Adelia dari EE  saja.


“Raya lambat lagi Adelia. Adalah, just make sure awak balik rumah awak bila cuti hujung minggu ni. Dah nak habis sem kan?”


Adelia ternganga. Mamat ni, banyak benar benda yang dia tahu tentang student life Adelia ni.


“Ya, cuti. Orang baru plan nak travel tau.”


Adelia tanpa sedar merungut lembut. Shah mengeluh perlahan.


“Trust me, hal travel tu kecil saja. Balik rumah tau nanti.”


“Yalah Mister Dentist. Kata nak get ready nak pergi kerja?”
 Sakat Adelia.


“Nak pergi lah ni. Assalamualaikum.”


 Adelia meletakkan telefonnya kembali ke meja studi. What just happened?


Adelia menggelengkan kepalanya sambil menaip alamat rumahnya kepada Shah. Setelah itu dia bergegas menggosok bajunya untuk ke kuliah.


Shah pula, tersenyum lebar apabila menerima mesej Adelia. Dia berlari ke bilik mamanya.


“Ma! Dah dapat.”


Shah menyuakan telefonnya ke Aunty Zah. Mamanya menjungkitkan kening sambil meletakkan Yaasin yang dipegang tadi ke tepi. Dia menarik Shah untuk duduk di sisinya.


“Alamat dia ni? Shah confirm nak dia ni? Shah bukan nakkan Adelia sebab dia kawan baik EE kan?”


Puan Azizah tayang muka serius pada anak terunanya itu. Shah menggelengkan kepalanya.


“EE masa lalu Shah, ma. This girl, she is my future.”


Puan Azizah senyum manis. Tangannya mengusap rambut anak terunanya itu.


“Mama dah agak, masa mama mula-mula pandang Adelia tu pun, mama dah rasa dia sesuai untuk Shah. Shah saja degil. Ni, beritahu mama, siapa yang usha siapa ni?”


Shah tergelak. Mama dia ni pun, nak juga tahu.


“Dia usha Shah. Dari hari dia datang pasang braces lagi, then, she keeps sending me early morning messages. Sweet kan ma?”


Shah berkata manja. Bibir tidak lekang dari tersenyum. Bahagia yang dulu hilang kini sudah kembali.


“Amboi, dah pandai nak sweet-sweet balik. Yalah, sweet sangat. Nanti jangan lupa carikan cincin untuk dia. Kita pergi risik khabar minggu ni.”


Shah memeluk mamanya. Jangan cakap Adel tu dah ada childhood boyfriend sudah. Buat kali kedua Shah akan terluka nanti.


“Thanks ma. Love you.”


 
***



Shah bersandar pada kerusi di pejabat Qays.Qays merenung temannya tajam. Muka bercahaya saja mamat Shahzad ni. Berbunga semacam.


“Woi, aku rasa kau tak tinggal buah hati pengarang jantung kau tu semata-mata nak main pusing-pusing kerusi dekat office aku kan?”


Dan dengan buah hati pengarang jantung tu Qays maksudkan klinik gigi Shah itu. Iyalah, sebelum ni pantang nak tinggal kerja, hari ni pula, lain semacam mamat doktor gigi ni.


Shah memandang Qays lalu senyum. Dia mencapai pula kertas putih di atas meja Qays lalu melipat menjadi paper-plane. Qays menggaru dahinya, Shah ni kena sampuk apa ni? Sejak masuk pejabat dia tadi, tersenyum-senyum dan duduk pusing-pusing atas kerusi tu. Haih, sepatah benda pun dia tak cakap.


“Shah, either kau berambus dan bagi aku buat kerja aku ataupun kau cakap kenapa kau nampak terlampau angau hari ni?”


Qays menyergah Shah. Shah tergelak, marah nampak bro?

Shah membetulkan duduknya dan berdehem. Dia menarik muka serius.


“Aku suruh mak aku masuk merisik.”


Shah berkata dalam satu nafas. Qays tersedak.


“Dude, I am not gay, plus I am married.”


Qays berkata selamba. Shah menarik muka bosan. Heh, tak hingin aku nak risik kau samdol. Aku pun straight.


“What la you! Aku suruh dia merisik Adelia lah. I think I like that girl.”


Shah membetulkan persepsi Qays. Qays menepuk tangannya. Manalah Qays tahu yang jerat EE plan untuk Shah dan Adel tu berjaya.


“Serius ni? Haih, aku kena bagitahu EE dengan mama aku ni, memang mereka dari hari tu lagi nak kenenkan Adel dengan kau.”


Ujar Qays bangga. Bini dia dengan mommy dia ni memang boleh buka agensi jodoh betul. 


Shah pula menjungkitkan keningnya. Dah macam plan lah ni kiranya?


“Really? Dorang plan benda ni?”


Shah bertanya musykil. Qays angkat bahu.


“First time tu je aku rasa, lepas tu initiatif korang dua lah. Ni mesti Adel yang buat first move kan?”


Qays meneka. Shah menarik muka. Macam mana semua orang tahu ni? Dia tak cukup jantan ke?


“Mama aku pun teka macam tu, kau pun sama. Kenapa tak ada orang yang cakap aku yang buat first move tackle Adelia tu?”


Qays pandang Shah dengan muka tak beriak. Lama-lama dia mengangkat sebelah keningnya.


“Kau bukan jenis nak lovey dovey ni, heck, untung Adelia sebab dapat rasa first love engkau. Touché man!”


Shah mengerutkan dahinya. Qays oh Qays.


“Man, she’s not my first love lah. Kau ni.”


Qays terhenti dari menyakat Shah. Shah ada gegirl ke sebelum ni? Tak tahu pun!


“Oh? My bad, selama ni aku tak nampak pun kau dengan mana-mana perempuan lain. If you don’t mind me asking, siapa first love engkau?Macam mana aku tak tahu pasal ni?”


Qays tanya berderet. Shah tetiba rasa lelah. Alamak, nampaknya benda ni masih jadi rahsia, takkan nak bongkar kut, nanti awkward much!


“Erh..er...eh, look at the time! Aku ada patients kejap lagi, thanks dude, nanti kau bagitahu lah EE tu, boleh ikut rombongan merisik nanti.”


Kata Shah sebelum meninggalkan Qays terpinga-pinga di tempatnya sendiri. Hurm, rahsia bebenar nampak first love dia tu.



 ***



Qays pulang ke rumah lalu mengkhabarkan EE dengan khabar gembira itu. EE bersorak riang, tak sangka plan dia dengan mama Qays betul-betul menjadi.


“Wah! Eee seronoknya Kovu! Wahwah, Shah and Adel, oh they are going to make such beautiful babies!”


EE memberikan komennya. Qays tergelak mendengar.


“Amboi, sayang, memandangkan sayang dah nak graduate, boleh tak kita try for a baby?”


Qays berkata lembut sambil melabuhkan punggungnya di sebelah EE. EE tetiba terdiam. Mak ai, dia dah masuk bab tu dah ni.


“Urm, EE tak kisah, ada rezeki adalah. Hee.”


EE tayang muka comel. Qays mengusap kepala EE. Tiba-tiba, EE bangkit lalu menggaru kepalanya.


“Kovu, perlu tak EE cakap sama Adelia pasal ni?”


Qays yang baru ingin khusyuk menonton berita itu memandang EE sekilas.


“Jangan, biar Shah bagitahu. Kita ikut saja rombongan merisik tu nanti.”


Kata Qays serius. Tangannya laju menukar channel TV. Hish, iklan iklan iklan saja.


Ee tarik muncung.


“Nanti Adel marah EE sebabtak bagitahu.”


Rungut EE manja. Qays menjeling isterinya.


“Biarkan dia marah, tapi trust me, nanti dia juga yang akan suka.”


EE angguk, betul juga tu kan. Surprise lagi masyuk!


“Okay, Kovu Kovu, memandangkan dalam fridge kita dah tak ada stock ice-cream, can you pretty please be a good boy and go buy some for me?”


EE berkata dengan penuh lenggok. Qays mengeluh, pasai pa tak pesan awal-awal. Boleh singgah  masa balik kerja tadi, minah ni pun.


“Iyalah, dah buat muka comel macam tu takkan Kovu you ni nak tolak. Dah, pergi ambilkan kunci kereta kat atas, boleh I singgah Isya’ kat surau.”


Qays berkata lanjut. EE bersorak lalu berlari ke tingkat atas mencapai kunci kereta Qays. Selepas itu dia memeluk Qays.


“You are the awesome-est hubby in the world.”


Puji EE sambil tayang senyuman manisnya. Qays senyum sambil menepuk pipi EE itu.


“Iyalah, asalakan you dapat ice-cream you tu kan. Dah, kunci rumah elok-elok.”


Kata Qays sebelum berlalu.  Serentak itu juga telefon EE berdering. 


Caller ID : Abang Shah


“Abang? Hye!! Qays baru beritahu EE yang Abang nak masuk pinang Adel?”


EE terus menyerbu Shah. Shah hanya mampu tergelak. Minah EE ni bila semangat dia datang, itu ha, tak sempat bagi salam apa dah.


“Wa’alaikumussalam! Ituha, salam ke mana cik adik?”


Shah memerli EE. EE mengetuk kepalanya sendiri.


“Sorry sorry, lupa. Eksaited sangat ni, abang nak kahwin, wah, kurang rasa bersalah EE tau.”


EE berseloroh. Shah pula pelik, bersalah? Bersalah untuk apa?


“Hey babe. Kenapa nak bersalah dengan Abang?”


Shah bertanya. EE menggigit bibirnya. Dia duduk di sofa. Nafas panjang dihela.


“EE rasa bersalah sebab EE lupakan janji EE dengan Abang masa kahwin dulu. Kalau EE ada ingat pasal abang, abang tak akan kecewa, kan? EE guilt sangat-sangat.”


EE berkata dengan nada yang lembut. Shah mengeluh. Budak ni kan, nak kena ni.


“Dah takdir dah Eryna, let us forget about that okay? Abang still sayang Eryna, sebagai adik and isteri bestfriend Abang. So no worries lah, tak ada masa abang nak makan hati sebab Eryna ditch abang dulu.”


Ayat Shah itu membuatkan EE tergelak. Lawak Shah ni, orang serius.


“Sure ni? Nanti jangan jadi psychopath nak dendam EE tau. And please, take care of my bestfriend bila abang kahwin nanti ya. Eventhough she is your second love, she is the best for you.”


EE menasihati Shah. Shah terangguk sendiri. Jodoh, kita pun tak tahu, bila, siapa dan di mana. Untunglah kalau dia boleh dapat Adelia. Baik pun baik.


“Yes. I think she is better than you lah. Kita dulu puppy love saja!”


Shah berseloroh. EE mengetap bibirnya.


“Hey, I am your first love tau. Respect sikit.”



EE berjenaka. Shah makin galak tergelak.


“Amboi, jangan lupa Qays tu.”


“That,EE tak lupa. My forever love tu. Jangan jealous.”


EE menyisir rambutnya yang tiba-tiba memasuki matanya. Haih, syukur sangat Adel nak kat Shah ni. Sesuai sangat.


“Hurm, tak dengki pun. Okaylah adik Eryna, Abang pergi dulu, Love you buddy!”


Shah berkata. Ada patients pulak malam-malam ni. Haih.


“Okay, Love you too my dear so called abang.”


Dan EE mematikan telefonnya. Dia bangkit dari sofa untuk mengecas telefonnya. Low battery pula.


EE memandang ke belakang dan jantungnya berhenti berdegup. Qays sedang merenungnya tajam. Mata Qays sudah merah. Macam menangis pun ada. Kenapa pula Qays nak nangis? Dan kenapa Qays ada kat rumah? Cepat pergi surau dan solat? Ice-cream dah beli? Bila Qays masuk? Tak dengar bunyi pintu buka pun.


“K...Kovu? Cepat balik?Tak dengar pintu buka pun.”


EE berkata setenang mungkin. Kenapa nak takut,bukan dia cakap dengan boyfriend pun.


“I tertinggal wallet. Siapa tu?”


Qays bertanya, lantas menghiraukan soalan EE tadi.


“Mama?”


EE berkata dengan tidak meyakinkan langsung. Entah kenapa mulut EE ni cepat sangat menipu. EE menepuk mulutnya. Ish...


“Berapa kali dah sayang tipu abang?”


EE tercengang. Qays syak dia ke ni? Sekarang Qays sudah berhadapan dengan EE. EE rasa kecut perut.


“Kovu, actually tadi bukan mama.”


EE pun rasa macam nak nangis. Mulut nilah, cepat saja cakap mama.


“Abang tahu. Kenapa sayang tak cakap yang Shah tu your ex? Your ex yang masih lagi bukan ex waktu kita kahwin dulu? God, baru petang tadi I asked him about his first love! No wonder dia tak cakap apa-apa. You are his god damned first love yang lukakan hati dia? God!”


Suara Qays naik seoktaf. EE buntu. Itulah, dulu takmo terangkan elok-elok, tengok sekarang dah jadi salah faham ni.


“Abang, itu hal lalu. Sekarang ni you are my love.”


Ee berkata lembut. Tak boleh sama-sama tinggi suara, nanti tak ada benda yang selesai.


Serentak dengan itu juga mesej masuk ke dalam telefon EE.
Qays memandang EE tajam.


“Checklah mesej tu. Mesti abang sayang you tu kan.”


EE mendecitkan lidahnya. Apa Qays ni.


“He is your bestfriend, Kovu. I sayang you saja sekarang ni. I dengan Shah hanya macam abang adik saja. Trust me.”


Qays menggelengkan kepalanya. Dia mencapai telefon EE dan tergelak pedih.


“Wow, look what we have here, dia cakap , “G’nite, thanks, Love you so much babe, kita jumpa esok?” Should I trust you, Eryna?”


Qays bertanya sinis. Dia merenung EE tajam. EE merampas kembali telefon dia itu lalu menarik tangan Qays.


“Fine. You tak nak percaya kan? Jom kita pergi ke rumah Shah sekarang juga. You degil sangat kan tak nak percayakan I?”


EE mengeraskan suaranya. Qays ni, kalau dia dah percaya satu benda tu, payah nak suruh dia believe otherwise. Hish, kena Shah juga yang knock some sense into him!


“ You nak sakitkan hati I lagi ke?”


Qays merentap tangannya dari genggaman EE. EE nyaris tersungkur namun sempat bertahan di sofa. Dia mendengus kasar.


“You tu syok sendiri saja. I dah cakap I dengan Shah tak ada apa-apa. You degil, you tak percayakan  I kan? Jomlah kita tanya Shah sendiri yang dia tu main-main ke nak kahwin dengan Adelia. Tak adalah nanti I nak rosakkan hidup bestfriend I sendiri kalau Shah tu rasa nak mempermainkan Adel tu. You dengar I cakap dalah telefon saja, and terus jump to conclusion.Hish!”


EE sudah nyaris meletup di situ. Qays hanya angguk, tahupun tak feel sangat. Ingat semua yang dia dengar tu betul ke? Emo sorang-sorang lah pak cik!


“ Kalau Shah masih cintakan you, I sanggup lepaskan you. I tak suka curi kebahagiaan orang lain.Tambah-tambah lagi best friend sendiri pula tu.”


Qays berkata sepatah lalu berlalu ke keretanya. EE pula menjadi patung di muka pintu. Astaghfirullah, tak sangka cinta Kovu buat EE sebegitu cetek. Sungguh tak disangka.



p/s: *Sobs, cerita ni nak the end dah lagi satu dua entry.*


 


10 comments:

  1. Huhuhu. . Sedih sbb ada baby kot. Moody semacam jer. But I love all ur writings. Jgn berhenti dr berkarya ya. .

    ReplyDelete
  2. hasnie : haha, tak terfikir pun sal sedih tu, maybe ;) and no, I won't stop writing =D

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Best.....nk eppy ending....takmo sedih2 plz....

    ReplyDelete
  5. yup....harap2 hepi ending n ee preggy...huhuhuh

    ReplyDelete
  6. erk asal pulak si Qays ni jeles2.. jangan la jeles2... heheheh

    ReplyDelete
  7. nak happy ending please..
    sweet2 tau.. bagi ada baby ka please please writer.. haha
    smbng scepat yg mngkin tau.. hihi

    ReplyDelete
  8. haish, ramai nak preggy yerk, we will see ;D

    ReplyDelete
  9. ke sebenarnya ee da pregnant??? >,<

    ReplyDelete
  10. adeiiii...apasal plak nih....Qays ni mmg nak kena luku.

    ReplyDelete