Friday, November 29, 2013

Jiran Rumah Abang : Bab 1


            Beg tarik sebesar saiz almari kasut itu ditarik dengan penuh susah payah. Dahlah security kondominium ni ketat seketat ketatnya, boleh pula gaduh satu round dengan pak guard yang berganda-ganda lagi besar daripada dirinya ini. Akhirnya, keputusan masih tetap sama. Dia terpaksa memakirkan kereta di luar kerana visitors parking masih penuh. Cermin mata ala-ala diva yang tersemat pada batang hidung ditolak naik ke atas kepala. Getah rambut hitam yang tadinya dijadikan gelang di pergelangan tangan digunakan untuk mengikat rambut menjadi messy bun. Hujung baju kemeja hitamnya yang tadinya melepasi punggung diangkat naik dan diikat pada pinggang. Panas! Kalau skinny jeans dia ni pun boleh tarik naik, dah lama dia lipat sampai paras betis. Manalah abang Kamal dia ni? Tadi kata dia tunggu depan lif...

            Sejurus itu pintu lif terbuka. Terjongol muka abang dia yang sememangnya serba kacak itu dan juga buah hati seluruh keluarganya. Kiasatina atau lebih best lagi, Kia, menarik senyuman paling manis. Bayi berumur sepuluh bulan itu terus mendepakan tangannya ke arah Kia apabila dia melihat Kia yang sedang buat muka comel itu. 

            “Tia!!!! Tia tia!” Mulut murai si kecik itu mula berceloteh. Dia meloncat-loncat kegembiraan di dalam dakapan Kamal. Kamal  turut tersenyum apabila melihat adiknya itu.

            “ Ye Sarah. Kia datang sini sebab nak jaga Sarah. Dadda needs to work. Jangan nakal-nakal okay, sayang?” 

            Kamal berkata kepada Sarah. Sarah diam mendengar apa yang dadda dia katakan itu, fokus, macam dia faham aja apa yang sedang Kamal pesan itu.

            “Kai! Kai! Now Tia!Tia...” Sarah sudah tidak sabar-sabar untuk mendapatkan Kia. Kamal menyerahkan Sarah kepada Kia yang sudah mendepakan tangannya itu. Dia mengucup beberapa kali pipi gebu si Sarah itu. Sarah pula dengan manja melentokkan kepalanya ke bahu Kia. Kamal berdiri saja melihat keakraban anaknya dengan adiknya itu. 

            Lil sis, thanks for coming.Ini kunci rumah spare , access card, nanti adik parking   je kereta tu dekat lot abang. Rumah tu pulak, adik guna je mana-mana bilik adik nak, just unpack your things. Kalau nak masak, barang dapur ada lagi, kalau apa-apa dah habis nanti call abang bila abang dah balik nanti, abang singgah beli. If not, you can just go to the cold storage  kat depan tu. Duit claim dengan abang nanti.” Panjang lebar abangnya berpesan. Kia mengalihkan Sarah ke pinggangnya. Abang Kamal ni...

            “Abang, I can manage. Don’t you worry, okay? Dah dah, abang pergi kerja elok-elok.” Kia berkata sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali kepada abangnya. Kamal mengeluh lega. Pipi Kia dipegang. Kia senyum senget.

            You are an angel, Kiasatina Khairul!Muah!” Kata Kamal sambil mengucup dahi Kia. Kia memejam matanya. Dia memang dari kecil lagi rapat dengan abang Kamal dia ni. Walaupun jarak umur mereka tujuh tahun, tapi mereka sangat rapat. Barang-barang di tangan Kamal tadi diserahkan ke tangan Kia sambil-sambil itu.

            I know, Captain Kamal Khairul! Sekarang pergi bawak kapal terbang tu elok-elok. Sarah and I, will have a great bonding time, kan sayang?” Sarah diciumnya, si manja itu tayang senyuman yang boleh buat hati semua orang cair. Kamal mengusap kepala Sarah.

            Dadda pergi kerja ya sayang? Nanti dadda call ye bila dah land nanti. Gonna miss you, baby.”  Sarah dicium Kamal sehingga naik rimas budak itu. Peak cap disarungkan ke kepalanya dan kali ini giliran Kia pula. Pipi Kia dicium lembut dan rambut Kia dikusutkan. 

            “Jaga rumah elok-elok.” Dan Kamal bergerak ke parking lot. Sarah yang sedar daddanya ingin meninggalkan dia itu sudah mula gelisah di dalam kendongan Kia. Sarah mendongak memandang Kia. Matanya berair.Alahai, jangan nangis please....

            “Tia...dadda?” Suara Sarah yang bertanya itu kedengaran sedikit serak. Oh no...dia nak nangis la tu...

            Shhh.Dadda go work, sayang.” Berulang kali Kia berkata-kata sedemikian, menenteramkan  Sarah supaya  tidak menangis. Beberapa minit kemudian, Kamal lalu dengan keretanya lalu dia menurunkan tingkap. 

            Bubbye sayang!” kata Kamal sambil memberikan flying kiss kepada Sarah. Sarah tersenyum sambil melambaikan tangannya. 

            Tatai dadda!


            Cubaan ketiga Kia untuk menarik beg itu dibatalkan. Rambut hadapan yang sudah menutupi mata ditiup geram. Peluh di dahi diseka. Sarah yang masih lagi setia dipegangnya dipandang. 

            “Sarah, macam mana Kia nak heret benda ni? Help me think ? Takkan Kia nak kena sumbat Sarah dalam beg ni dulu,” Kia berfikir sejenak. Macam bernas je, sumbat Sarah dalam beg ni, lepas tu heret naik atas. Tapikan, macam kejam aja kalau dia buat macam tu. Tak sampai hati. Sarah sekadar memberikan senyuman yang manis sambil tangannya memeluk leher Kia. Kia pun secara otomatis tersenyum. Semua masalah boleh hilang kalau Sarah peluk dia macam ni. 

            I just need to try harder, kan?” Kata Kia kepada Sarah. Sarah menepuk pipi Kia, sambil mulutnya tak henti-henti ‘berkicau’. Egkau cakap bahasa apa pun Kia tak faham, tapi Kia anggap je Kau setuju dengan apa yang Kia cakap tu. Desisnya dalam hati. Tangkai beg tarik itu dicapai lagi sekali dan segala kudrat digunakan untuk mengheret benda alah tu masuk ke dalam lif.

            Hey miss!!Miss! I’ll take it from here.  Suara garau yang berat dengan ‘accent’ yang datang dari arah belakangnya itu berjaya membuat Kia berpaling menghadap lelaki itu. Benda pertama yang Kia nampak adalah mata biru lelaki tadi. Wah, biru macam biru air kolam!

            I’ll give you a hand.” Kata si stranger itu lagi. Kia hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Alahai, nasib baik ada dia ni. Kalau tak, sampai ke esok aku tak sampai lagi kat tingkat 11 tu. Kia memasuki lif dan menekan butang open itu lama-lama. Si mata biru menarik beg itu seperti ianya tidak mempunyai apa-apa isi di dalam. Macam ringan je dia buat beg tu. Tapi, cara  urat pada biceps dan tangan dia timbul tu ternyata membuktikan bahawasanya beg itu berat. 

            Thank you so much...” Kata Kia sambil membetulkan posisi Sarah. Sarah tersenyum lebar apabila melihat si mata biru. Amboi, senyuman dia tu macam senyum paling gembira abad ini pun ada.

            Oh?I was just helping Sarah’s friend. Right sweetie? Your friend is my friend too...” Si mata biru berkata sambil mengacah-acah Sarah. Sarah apa lagi, terkekek-kekek ketawa. Bajet faham! Kia pula sudah membulatkan matanya. Eh? Dia kenal Sarah ke? Hebat kau Sarah, kawan kau matsalleh!
            Si mata biru kemudiannya berkalih menghadap dinding lif itu lalu dia kembali memandang Kia dengan senyuman yang manis. Kia dipandangnya atas bawah.

            Sarah’s friend, since you are holding Sarah and having a huge luggage with you, I guess we are heading to the same floor? Eleventh that is, right?” Kia menarik senyum senget. Kepalanya diangguk laju-laju. Yezza, tepat sekali. Five marks untuk si mata biru. Kemudian dia bersandar pada dinding lif itu, mata tidak lepas memandang Kia. Kia termalu sendiri. Bibir digigit, ni wat duk tenung aku macam tak pernah tengok manusia ni? Terus terkeluar dialek utara Kia, walaupun hanya bercakap di dalam hati.

            So...umm...you have a name?” Pertanyaannya memecahkan kesunyian di dalam lif itu. Sarah pun tetiba saja jadi senyap bila masuk lif. Kia membasahkan sedikit bibirnya.

            “Kiasatina. Kia.Her aunt. And you are?” Kata Kia, serentak bertanyakan nama si mata biru.

            Such a sweet aunt, I mean, name.Sweet name. I’m Kris, Krisstoffer Matthews but just call me Kris.” Jawabnya  , walaupun ada terbabas sedikit, Kris masih kaya dengan senyuman. Lesung pipit terbentuk pada kedua-dua belah pipinya itu. Tinggi, kacak, ada lesung pipit lagi, bonus betul. Satu pakej yang lengkap. 

            “Kis!” Baru kedengaran suara si Sarah itu. Kris merapati Kia lalu dia mencuit manja pipi Sarah. Seelok itu, pintu lif terbuka. Tanpa dipinta, Kris terus mengheret beg Kia sehingga ke hadapan rumah Kamal. Kemudiannya, dia mengambil Sarah dari Kia, agar memudahkan Kia untuk membuka segala datuk nenek mangga yang tergantung pada pintu gril itu. Tanpa disuruh juga, sambil-sambil sebelah tangan mendokong Kia, sebelah lagi mengangkat beg itu masuk ke dalam rumah. Kia tidak mampu berkata apa-apa, selain terima kasih.

            Thanks again Kris.” 

            Don’t mention it sweetheart. I’m at home most of the time, so if you need anything, I’m just...” Katanya sambil membuka pintu gril rumah  di sebelah kanan. Kondo abang dia ni, rumah dibuat ala-ala semi-D. Dua rumah lepas tu jarak, dua,jarak, dua. 

            “Ouh, you are just nextdoor?” Kia bertanya spontan. Kris mengangguk laju-laju. 

            Yes, do come over sometime. Sarah loves my aquarium.” Katanya sambil mengenyitkan mata kepada Sarah. Sarah yang tahu Kris sedang bercakap mengenainya itu mula ‘berkicau’ balik. 

             “Kia, jangan malu-malu yeah? Apa-apa tekan aja loceng.Saya masuk dulu.” Kata Kris lancar tanpa sebarang pelat langsung.Senyuman nakal dihadiahkan pada Kia. Kia terlongo sendirian. Erk? Pandai cakap Melayu? Omo! Tambah lagi satu bonus! Nakal Kris ni!
           
           

  P/s: Galang ganti KIAH. JRA nama pendek dia. Pilot chapter ni macam mana? Hope it's interesting enough!


11 comments:

  1. quiet interesting...suka3...kia n kris...hope be a sweetttt couple...

    ReplyDelete
  2. Ai suka ai suka ai suka....sarah dan kia sangat sweet with their cute conversation... tambah dengan kris...looking forward this story dear..

    ReplyDelete
  3. The starting is quite nice, can't wait for the rest.

    ReplyDelete
  4. very interesting..fall for Kris already

    ReplyDelete