Saturday, December 15, 2012

Aku Memang Heartless (cerpen)






“MH 5269, ready for departure.”


KUL Air Traffic Control(ATC) dipanggilnya. Dah nak take-off, this time round, heading towards Heathrow.


“MH 5269, cleared for take-off, wind 270’ 10 knots, report airborne.”


KUL tower memberi feedback.


“Cleared for take-off, MH 5269.”


Dia membalas balik. Engine sudah pada maximum power. Everything is in a good condition. Ready. 


“MH 5269, take-off immediately or vacate runway.”


Tu dia, tak sabar-sabar orang dekat Radio KUL Ground tu. Take a chill pill dude, orang lain pun kerja tak tidur malam jugak tau, bukan kau sorang. Desis Captain Zev Sulaiman dalam hati. 


“Taking off, MH 5269.”


Ini adalah penerbangan terakhirnya, ke Heathrow. Dia rasa dia sudah cukup berbakti dengan MAS, dan sudah tiba masanya dia berbakti kepada ayahnya pula. Dato’ Musa dah tua, Zev anak lelaki sulong, adik perempuannya yang lain semua ada kerjaya masing-masing, langsung tak ada interest nak majukan syarikat bisnes ayah mereka. Zev kena berkorban, lagipun dia dah 20 tahun jadi pilot. Semenjak berumur 19 tahun lagi. How fast time flies.



***


“Balqis, Captain nak coffee, pergi top-up. And take this juice too. Nanti dehydrate pulak asyik masuk caffeine dalam badan. Pergi sekarang.”



Balqis baru sahaja ingin duduk sebab seatbelt signal baru on, namun sudah dipanggil oleh Head stewardess. Mentang-mentang dia lagi junior dari wanita itu, senang-senang je dia dianggap sebagai door mat. Walaupun memang tugas dia sebagai flight crew untuk entertain passengers, tetapi biarlah relevan sedikit.


Dari tadi asyik dia je yang kena buat itu ini. Steward dan stewardess yang lain boleh pulak duduk syok-syok relaks. Dahlah dia langsung tak dilayan apabila hendak berborak, yang steward punya geng tu pulak perasan macho. My foot!


‘Itulah Putri Nur Balqis, lawan lagi cakap papa, papa suruh cepat-cepat masuk kerja dengan dia, kau pulak sibuk nak jadi FA, reason sebab nak travel free. Hamek kau! Tak kurang macam maid dah kerja kau ni.’



Balqis ikut sahaja kehendak wanita itu. Dulang diambil dan cepat-cepat dia berjalan dengan kasut tumit tinggi dia tu. Pintu cockpit diketuk dan dibuka. Meremang terus bulu roma Balqis. Sejuk gila dalam ni, dua orang duo kat dalam ni spesies polar bear ke? Tak reti nak reduce air-conditioning level?


“Captain, your coffee. Black. And some orange juice too.”


Balqis menyerahkan cawan itu kepada Zev. Baru sahaja dia nak lepas, pesawat tersebut melalui satu turbulance, maka tumpahlah segala coffee di dalam cawan itu ke peha Captain kita ni. First mate yang ada di tepi itu sudah cepat-cepat sambut orange juice itu. Nasib tak tumpah juga, dan nasib baik flight pun dalam mode autopilot.


Zev sudah menjerit perit. Gila kau tak jerit, kopi panas tumpah atas peha kalau kata tak sakit tu memang biol la jugak kan. Mesti dah merah peha dia ni. Balqis pula dah pucat muka. Dia tengok muka Zev itu sudah merah, mesti tengah tahan marah ni.


“Yang kau tercegat tu kenapa? Call Aziera to bring some ice and a wet towel! Damn.”


Zev sudah keluar aura singa dia. Lantak la dia nak kata apa, memang salah budak tu pun. Si Azi ni pun satu, yang pergi hantar amateur FA kenapa? Turbulance sedikit pun tak boleh nak handle. Kan dah kotor seluar ni. Lagipun seatbelt signal masih on, tunggulah dulu. Buta agaknya


Balqis pula cepat-cepat mencapai interkom di dalam cockpit itu dan membuat apa yang disuruh. Matilah dia, lepas ni memang akan kena dengan FA lain dah. Hampir semua di sini adore si Zev Sulaiman ni. 


Orang kata dia ni memang great lover, tapi tak ada sesiapa yang berani nak couple dengan dia sebab dia ni memang heartless. Jenis hati kering, sebab tu lah bini  dia pun tak sanggup tahan dengan dia. Sampai bercerai, lepas tu satu sen pun tak dapat dekat bini dia. Siap bini dia kena tuduh curang pun ada.


Itu yang dia terdengarlah,betul ke tidak, itu tak tahu. Yang stewardess lain pula, tak berani nak approach, takut kena ditch macam tu saja, jadi yang dapat di buat hanyalah adore dari jauh.


“ You are so stupid! Kalau iya pun tunggulah sampai seatbelt signal off. Sekejap je pun. Bodoh betul.”


Balqis tahan air mata dari keluar. Malu lah menangis depan mereka ni. Bukannya Zev sahaja yang kena, Balqis pun kena juga tadi. Dia dah dapat rasakan betis dia melecur. Pedih ditahan.


“I’m...I’m so sorry Captain. Betul, Balqis tak sengaja.”


Balqis memberanikan diri untuk meminta maaf. Salah dia, memang kena mohon maaf. Zev pula sudah tidak layan si Balqis tu. Dia sudah tumpukan perhatian kepada Aziera yang baru tiba dengan ais dan tuala tadi.


“Sorry Zev. I tak perasan pula Balqis ni clumsy. I dah cakap dekat dia tunggu sekejap, tapi dia tak dengar.”


Itu dia, mula dah dia buat cerita. Balqis tahan je sabar, kalau tak kerana dia masih waras, dah lama dia pecahkan cermin dan campakkan si hipokrit itu ke awan biru.


“You nak I tolong lapkan ke?”


Azi bertanya lagi. Balqis dah buat muka meluat dia. Kenapa dia masih tercegat dekat sini?


“Eh, tak apa. I can manage. Just make sure I do not see that woman ever again. Try to avoid her from entering my cockpit.”


Zev Sulaiman berkata senada. Matanya sengaja ditikam tajam pada wajah Balqis. Balqis sudah tunduk.


“No problem, Zev.”


Azi menepuk bahu Zev. Selepas itu, dia menarik kasar lengan Balqis untuk keluar dari cockpit. Macamlah si Balqis tu budak-budak. Menyampah betul perempuan perasan hebat macam si Azi itu.


Zev mengelap seluarnya dengan tuala yang disediakan. Co-pilot di sebelah hanya memandangnya sambil menggeleng kepala.


“Zev, you are too harsh la kadang-kadang. Kesian budak tu tadi.”


Zev tarik muka sahaja. Kesian tak kesian, careless tetap careless. And of course, perempuan semua sama. Nak gedik je lebih, nak attention memanjang. Bikin serabut saja.


“Kesian tak kesian. Ada aku kisah? Bukan peha dia yang perit, aku ni yang perit tau.”


Zev berkata spontan. Tangannya masih lagi galak mengelap seluar. Dah ada kesan dah, ingatkan his almost last flight ni boleh lah jadi sweet memories, rupanya spoil sudah. Semua sebab budak tu. Apa nama dia? Balqis? 


“She is new bro. Biasa lah tu. And aku rasa bukan kau saja yang kena siram tadi, betis dia pun kena.”


Zev menjeling ke manusia di sebelah itu. Amboi, semua dia boleh nampak ye? Nak defend perempuan tu kenapa? Nak cucuk jarum ke mamat first mate ni?


“Mana kau tahu? Kau selak kain dia?”


Sarkastik betul Zev bertanya. Kalau dah hati kering tu memang perangai pun tak boleh blah la kan.


“Dude, kebaya punya kain tu kan terbelah dekat depan. Terselak masa dia jalan tadi, aku nampak la. Tak patut tau kau marah dia macam tu. Kecik hati dia.”


Nak touching-touching pulak. Zev bolayan sahaja. Nak melecur ke, terbakar ke, berkudis ke, itu bukan masalah dia. Salah Balqis, biar dia rasa jugak apa yang Zev rasa.Tapi, kesian juga kan dekat budak tu?


“Biar je nak kecik hati ke makan hati ke, I do not give a damn.”


Zev bersuara malas. Sudah, tutup cerita. Concentrate balik pada journey ni.


***


Dah selamat landing, dah selesai urusan check-in. Biliknya dikongsi dengan seorang lagi stewardess, naib baik bukan si Aziera itu. Yang ni dapat Sharifah. Sharifah tu senior daripada dia, tapi dia okay je. Tak adalah nak buli dia macam si Azi tu. 


Masuk bilik, Balqis cepat-cepat letak beg dia atas katil. Sharifah sudah mengambil port dia, dan sekarang dia tengah guna bilik mandi. Balqis menanggalkan kebayanya dan menyarungkan bathrobe yang disediakan. Dia bersila di atas katil lalu memeriksa kesan lecur tadi. 


Tak adalah teruk sangat, merah sahaja. Nasib baik. Shower kit yang dibawa dibuka dan dia mencapai minyak gamat yang sentiasa dibawa bersama. Bagus tau minyak gamat. Dia sapukan pada tempat melecur tadi. Kebetulan Sharifah juga sudah selesai mandi.


“Kenapa tu?”


Balqis senyum dengan pertanyaan Sharifah itu. Dia rasa satu cabin itu sudah tahu insiden dia dengan Captain tadi. Azi tu mulut tempayan, pantang ada cerita panas, ada je dia nak hebahkan.


“Alah, sikit saja. Kena masa kopi tumpah tadi.”


Sharifah mendekati Balqis. Dia membelek betis Balqis. Menggelupas kulit tu dia cakap biasa?


“Akak kesian juga dekat kamu, tak pepasal kena marah. Si Azi tu pun suka sangat perkenakan orang. Sabar je la ya Balqis.”


Sharifah berkata prihatin. Dulu masa jadi junior pun dia ada juga kena buli macam Balqis tu, tapi tak adalah sampai tercedera. Azi ni pun satu. Haih, bila nak berubah perempuan tu.


“Tak ada hal lah akak, Balqis ni pun bukannya nak forever dengan MAS, lambat laun kena join company ayah Balqis juga, I just delayed it. Balqis nak travel dulu.”


Dan dari situ, mulalah saat bonding Balqis dengan Sharifah. Setelah beberapa ketika, Balqis mengambil keputusan untuk mandi. Sharifah pun dah terlena. Jet lag, perkara yang normal bagi masa penerbangan yang panjang. 


Baru sahaja keluar dari bilik air, pintu biliknya diketuk. Baru nak pakai baju. Balqis cepat-cepat menyarungkan kaftannya  lalu membuka pintu.


Sungguh dia tak sangka apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Ternganga dia seketika.


“Buka pun pintu. Ingat nak kena robohkan tadi.”


Zev berkata spontan. Balqis di hadapannya dipandang. Pakai kaftan pun masih tampak cantik, muka free from make-up pun masih berseri. Rambut dia, fuh, itu perihal yang membuatkan Captain Zev Sulaiman ini nyaris tak berkelip. Rambut Balqis basah, baru lepas mandi. Haruman dia pakai pun menggetarkan jiwa lelaki dia ni. Dah lama tak ada wanita dalam hidup dia, dah lima tahun dia bercerai, so faham-fahamlah. Nafsu.


“Ehem. May I come in?”


Zev bertanya. Dia berdehem sebab nak cover yang fikiran dia tadi berlari liar. Balqis pula menarik muka pelik dia. Nak masuk bilik anak dara? Senteng ke akal mamat ni? 


“Tak eloklah. Captain nak apa datang cari saya ni?”


Balqis berterus terang. Biarlah dekat negara orang pun, tak elok masih tak elok.


“Room-mate awak ada kan. Saya masuk sekejap je. I have a few things to be settled with you.”



***


Buat kesekian kalinya Balqis menggosok tempat yang tertumpah kopi tadi. Persistent punya malaun si Zev itu. Ada ke patut dia suruh Balqis ni basuh uniform dia, tengah malam buta ni, dengan air sejuk lagi tu.


Zev pula siap ambil kerusi duduk di hadapan bilik air itu menyaksikan Balqis yang sedang memerah keringat menanggalkan stain kopi. Dahlah sejuk tahap beku air dekat sini, bukan macam air dekat Malaysia.


Air panas ada tapi Zev suruh guna juga air sejuk. Macamlah tak boleh suruh laundry tolong basuh. Balqis memang menggelegak di dalam hati. Tapi dia sedar yang salah dia, oleh itu dia hanya turutkan kehendak Zev. Sabo je lah daro oi. Kalau satu jadi api, sorang lagi kena jadi air, kalau tak, makin huru hara jadinya.


Balqis sudah merasa kebas. Sudah dekat 15 minit duduk menggonyoh seluar Zev, tapi Zev masih tidak berpuas hati. Si baju kaftan dia pakai tu pulak asyik nak meleret dekat lantai. Balqis geram. Dia campak seluar Zev ke dalam sinki, dia mengelap tangannya dan dia menyingsingkan kaftan yang dipakainya sehingga paras lutut. Baru tak basah.


Zev hanya memerhatikan Balqis. Suka kut dia buli anak dara orang. Sengaja dia suruh Balqis tu sental seluar dia banyak kali, revenge sebab dia dah lecurkan peha Zev tadi.


‘Uih, haha, geram ye cik adik. Baling-baling seluar pulak. Aku nak tengok setakat mana kau boleh sabar.’


Desis Zev di dalam hati. Jahat betul perangai. Dilihatnya Balqis menyinsingkan kaftannya sehingga mendedahkan lutut dia. Mak oi, gebu gila budak ni. Putih melepak.


Zev dah makin galak. Diperhatikan betis Balqis yang terdedah itu, namun ada satu yang tak kena. Dia teringat kata co-pilot dia tadi yang Balqsi turut kena air kopi panas, dan ternyata memang benar. Ada kesan lecur. Zev cepat-cepat berdehem. Dah rasa bersalah kut? Eh, bukankah dia ni heartless ke? Nak ke dia rasa guilty? 


“Urm, dah okat kut tu. Saya pun dah rasa sejuk ni. Awak sidai and ironkan bila kering. Nanti pulangkan balik.”


Zev berkata lalu cepat-cepat blah dari sana sebelum dia buat apa-apa yang bakal membuat dia menyesal nanti. Penangan Putri Nur Balqis ni dah kena pada Mohammad Zev Sulaiman Dato’ Musa ke?


***


Buntu. Benar-benar buntu. Mata dia tak boleh nak pejam dari tadi. Wallet dikeluarkan, gambar wajah comel itu ditatap sayang. Diusapnya wajah di atas kertas itu. Terngiang-ngiang lagi suara anak gadis yang sudah pergi meninggalkannya lima tahun dahulu. Kia...


“Papa, nanti belikan coklat banyak-banyak! Kia nak yang ada almond punya. Papa selalu lupa pasal almond tu.”


Zev yang sedang mengikat tali lehernya itu memandang ke arah Kia yang sibuk duduk di atas katilnya. Siap meloncat lagi.


“Okay sayang, papa belikan.”


Zev mengemaskan ikatan tali lehernya. Pukul 10 pagi kena fly ke Amsterdam. Kia pula menjerit kegirangan. Makin galak dia melompat di atas katil itu.


“Kia! I am trying to sleep. Stop jumping like a monkey!”


Dengus Jane, aka mama Kia ni. Kia buat tak tahu saja, memang mama dia ni selalu marah-marah. Kia nak have fun dengan papa dia pun tak boleh.


“Alah mama ni, asyik tidur je kerja. Papa tak ada asyik keluar. Papa je sayang Kia, mama tak sayang Kia. Kalau uncle Raymond datang, mama selalu je kunci Kia dalam bilik. Lepastu ugut Kia jangan bagi tahu papa.”


Selamba Kia mengadu. Zev yang tadinya hanya khusyuk mendengar sudah memandang tajam ke arah Kia dan isterinya. Dia terpana, apa yang Kia cakapkan itu? Raymond tu bukankah boss si Jane itu. Apa yang dia buat dekat rumah Zev?


“Raymond? Your boss? Jane, are you hiding something from me?”


Zev bertanya, lembut. Depan anak, tak boleh nak tinggikan suara.
Jane sudah bangkit dari baringnya. Dia menjeling Kia tajam. Tak guna punya budak kecil, asyik mengadu je kerja. Potong betul.


“Ala, Kia tu exaggerate la sayang. Raymond datang sini sebab nak discuss hal kerja. I put Kia in her room sebab tak mahu diganggu. Trust me, okay?”


Lalu dia bangkit dan mengucup Zev manja. Zev terpedaya dengan godaan si isteri. Kia pula dah buat muka, namun Zev butakan saja mata dia. Budak-budak kekadang imaginasi tinggi sangat.


“Kerja pun kena kiss Uncle Raymond ke mama?”

Kia masih lagi ingin mempertahankan dirinya. Zev sudah memandang serius anak dia. Banyak sangat tengok drama si Kia ni.

“Kia, stop telling nonsense about your mama. Okay sayang, papa gerak dulu.”

Dia mengucup pipi si anak, dan juga si isteri. Namun, dia belum tahu apa yang Kia cakapkan itu rupanya kebenaran. Jane curang,dan kecurangan itu telah meragut nyawa anak tersayang.


Alangkah terkejutnya Zev apabila dia tiba sehari awal dari yang dia cakapkan pada Jane dan Kia. Dia ingin memberikan surprise buat kedua-dua insan tercinta. Dia sudah hairan apabila melihat kereta yang tidak dicam di dalam porch-nya. Dia masuk ke dalam rumah, dan memanggil nama Kia serta Jane.


Tiada respon. Dia sudah naik hairan. Seingatnya kereta Jane ada dekat luar tadi. Dia berlalu ke biliknya. Memang ingin tersembul keluar biji matanya melihat aksi di hadapannya ketika itu. Jane, lena di atas katil, di dalam pelukan Raymond. Dan dia tahu di bawah cadar itu memang tiada seurat benangpun pada badan isterinya.


“Jane!”


Dia sudah berang. Memang bergegar seisi rumah itu. Terbukti dia ni dayus sebab tak perasan isteri sendiri tengah curang. Sayangkan sangat si Jane sehinggakan kena pijak kepala pun dia biarkan. So stupid of him.


Jane pula yang terdengar jeritan itu cepat-cepat bangkit. Ditarik cadar untuk menutupi aibnya. Raymond di sebelah dikejutkan. Kantoi.


“Zev...sayang. I...I...”


Zev sudah berlalu ke dalam biliknya dan menarik kasar Raymond. Sebuah tumbukan dilepaskan ke muka tak malu jantan itu.  Setelah itu perhatiannya dialihkan kepada Jane.


“Kau perempuan sundal!”


Sebiji tamparan hinggap pada pipi Jane.


“Dude, be a gentleman ya. Jangan pukul perempuan.”


Raymond bersuara perlahan, sambil tahan sakit. Zev mencerlungkan matanya ke arah jantan tak guna tu.


“ Get out of my house! Keluar sebelum aku pecahkan muka kau.”


Zev memberi warning kepada Raymond. Cepat-cepat Raymond mengutip pakaian dia dan berlalu. Zev memandang Jane kecil besar. Jane sudah pucat mukanya. Terkantoi oleh suami sendiri.


“Kia mana?”


Zev bertanya. Suaranya sudah serak. Rasa macam nak menangis pun ada.


“Zev...I can explain. Sayang, please listen.”


Jane melembutkan suaranya sambil mendekati Zev. Soalan Zev tidak dijawabnya.


“Kia mana!?”


Zev menengking kuat. Jane tersentak. Setitis air mata mengalir, tak pernah Zev marah dia.


“Swimming pool.”


Zev memang rasa nak tampar lagi je muka Jane itu. Kia berenang sorang-sorang?


“Huh. Kia swimming and you were sexing another man! You sucks as a mother! You failed as a wife!”


Kata Zev sambil mengorak langkah ke swimming pool. Namun, langkahnya terhalang dek Jane yang memegang tangannya.


“Zev, please bagi I explain dulu. I tak sedar...”


“Kau tak sedar? Kau tak sedar apa? Kau tak sedar yang Raymond tu aku ke? To hell with you and you lies lah! I will not tolerate infidels!”


“Zev, you tak faham. I selalu sunyi masa you tak ada.”


Jane bersuara seolah-olah apa yang dia buat itu benar. Zev menggelengkan kepalanya.


“Kau dah buat zina dalam rumah aku, and kau nak aku tolerate engkau? Are you fucking kidding me? You are no more my sayang, kau pergilah dengan bohjan engkau tu. Aku boleh hidup dengan anak aku. Aku ceraikan engkau Jesnita Abdullah dengan talak tiga. Happy?”


Zev berkata senada. Jane sudah menangis teresak di hadapannya. Namun, apa yang Jane buat padanya lagi sakit. Cinta yang diberi, apa yang dia dapat? Kecurangan? 


Zev  berlari ke kolam renang yang ada di belakang rumahnya itu. Apa yang dia lihat nyaris meragut nyawanya sekali lagi. Kia, Kia sudah terapung dipermukaan air di bahagian kolam yang berukuran 12 kaki, dengan wajah membiru.


“Ya Allah! Kia!”


Zev terjun ke dalam kolam untuk mendapatkan anaknya itu. CPR dilakukan, namun tidak berhasil. Kia sudah lama pergi meninggalkan dia.


“Kia...oh Kia. Papa minta maaf sayang.”


Namun sia-sia. Dia kehilangan isterinya, anaknya dan serentak dengan itu, kehilangan hatinya. Buat apa ada kasih sayang, kalau akhirnya dirinya yang akan terluka?


Zev kembali ke alam nyata. Wajahnya diraup kasar. Sedar tak sedar sudah subuh. Wudhu’ diambil dah seorang hamba sujud bagi mengingati kebesaran yang Maha Mengetahui.


***


Sudah seminggu mereka berada di London, dan hari ini adalah hari terakhir. Balqis mengemas barang-barangnya dan kembali memakai uniformnya. Uniform si Zev itu sudah awal-awal lagi dia suruh Sharifah tolong bagi.  Takut kena sound lagi bila menghadap muka Zev. Inipun nak board plane, nak elak Zev tu memang impossible, at least impossible selagi tak jejak flight. Bila atas flight, tahulah dia nak menyorok celah mana.


Setelah tiba di airport, mereka berkumpul di bilik khas seketika. Zev dilihat Balqis sedang ralit dengan Ipad dia. Balqis turut melabuhkan punggung pada sofa yang tersedia, sudah tentu bukan di sebelah Zev. Dia duduk di sebelah Sharifah, over a week, mereka sudah menjadi rapat.


Balqis mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor telefon ayahnya.
Setelah beberapa deringan, telefon diangkat.


“Hello, ayah?”

“Tak, abang ni.”


Balqis mengerutkan dahi. Kenapa pula abang dia yang angkat? Satu tanda tanya di situ.


“Abang, ayah mana?”


Balqis bertanya. Jantungnya berdegup kencang. Tiba-tiba sahaja.


“Ayah warded, dia complain sakit dada so abang terus admit dia semalam. Abang pun tengah on-call so sempat nak pantau dia.”


Abang Balqis memberitahu. Sejak kematian ibu, Balqis rapat dengan ayah serta abangnya itu. Merekalah tempat dia berlindung.


“Kenapa abang tak beritahu? Kenapa nak rahsiakan?”


Balqis meninggikan sedikit suaranya. Semua pilot dan flight crew sudah memandangnya. Zev juga turut memandangnya tajam. Terkuat pula suara. Balqis bingkas bangun dan menjauhi tempat berkumpul itu.


“It is just a mild case, adik sayang. Abang tak mahu you risau.”


Balqis mendengus. Kadang-kadang geram juga dia dengan perangai abang dia.


“Fine. Nanti Balqis land je Balqis pergi visit you both. Bye!”


Balqis mengakhiri panggilannya. Nafas ditarik, semoga tiada apa-apa yang teruk berlaku ke atas ayahnya.


Penerbangan kali ini berlalu dengan smooth. Dirinya sudah tidak dibuli, malah dia rasa tak sabar nak pergi jenguk ayahnya. Selepas sahaja touchdown, dia cepat-cepat selesaikan double-check di dalam pesawat tersebut. Tak ada passenger yang tertinggal barang.


Balqis mengambil barangannya dan ingin berlalu namun Sharifah memanggilnya.


“Balqis, akak jumpa ni dalam cockpit, you dah nak turun kan? Tolong serahkan dekat Zev, ini dia punya wallet, it is pretty important.”


Balqis nak tak nak ambil sahaja dompet itu. Haila, baru je nak rush ke hospital, terpaksa delay lagi. Sekarang, celah mana dia nak cari orang yang dia paling tak mahu jumpa itu?


Cepat-cepat dia melangkah keluar, dan mencari kelibat jejaka tinggi lampai itu. Ha, itupun dia, baru keluar dari gents.


“Captain! Yuhuu. Wait! Zev!”


Namun Zev masih berjalan. Tak menghiraukan panggilan dari Balqis.


“Sulaiman!”


Dia menjerit bagai orang terencat akal. Apa-apa jelah, lantak orang nak kata apa, dan lantak Zev nak kata apa. Hari ni adalah hari terakhir Zev  berkhidmat di sini, so tak ada nak malu sangat.


“Yes?”


Zev berpaling. Balqis dilihatnya sedang mengambil nafas. Nasib baik dia berhenti dari jalan. Jalan pun laju macam ribut.


“ Your wallet.”


Balqis terus menyerahkan dompet milik Zev itu. Zev membuka dan membelek isi yang ada.


“Saya tak ambil apa-apa.”


Balqis terus berkata apabila Zev memandangnya tajam. Zev mengecilkan anak matanya. Tetiba je minah ni, terus tak jadi orang nak ucapkan thanks dekat dia.


Balqis membelek jam tangannya. Oh hell! Dah lewat ni, nanti habis visiting hours. Terus dia tinggalkan Zev terpinga-pinga di situ. Tugas dia nak kembalikan dompet, dan dia sudah buat yang itu. She should be free to go. Zev hanya tersenyum, lawak dia tengok sikap kalut Balqis itu. 


Dia pun lupa nak minta maaf sebab marahkan Balqis itu hari, yelah, nak tinggalkan tempat ni, lebih baik dia minta maaf dengan semua orang. Takut ada yang berdendam, dia juga yang tak senang nanti. Dan Balqis, budak itu buat dia rasa macam nak senyum pun ada. Kalut semacam.


*** tiga bulan berlalu


Balqis meletakkan jawatan dengan serta-merta, kebetulan juga kontrak dia sudah mahu tamat, so tidak susah sangatlah urusan prosedur itu. Dia terkilan apabila ayahnya memberitahu sebab dia sakit itu hari.


Balqis dirahsiakan tentang kondisi syarikat ayahnya itu. Nyaris bankrupt, dan nasib baik ada sebuah syarikat yang terkemuka mahu ambil-alih. Abangnya sudah tidak membenarkan ayahnya untuk berkerja, dan sekarang adalah giliran Balqis untuk menggantikan tempat ayahnya. Dia perlu menghadiri semua mesyuarat dengan shareholders, dan hari ini, dia kena jumpa dengan wakil dari syarikat yang mahu mengambil-alih nanti. Harap-harap, tiada pekerja yang akan dibuang.


Balqis mengenakan selendang bersama dengan kurung moden. Sejak dia berhenti jadi stewardess, dan sejak dia mengambil alih tempat ayahnya, dia merasakan dirinya patut kuat secara rohani juga, bukan sekadar fizikal sahaja. Dia semakin rapat dengan Allah, Quran juga tidak ditinggalkan, dari situ dia mencapai ketenangan. Bagi Balqis, ketenangan yang dicapai amat membantunya untuk menstabilkan keadaan syarikat ayahnya.


Setakat ini, semua yang terlibat yakni board of directors dan shareholders sangat memberikan kooperasi yang jitu pada Balqis, walaupun Balqis masih mentah di dalam bidang bisnes. Balqis bersyukur. Dia juga terfikir kenapalah dari awal dia tak dengar cakap ayah dia, dan dia selalu beristighfar selepas itu, dia tidak patut mempersoalkan takdir. Semasa menjadi pramugari, dia dapat melihat pelbagai tempat, yang dia lupa adalah untuk memuji kebesaran tuhan. Sekarang dia sudah sedar, dan dia tidak akan sesekali alpa.


Balqis menjejakkan kaki ke bilik mesyuarat itu. Dia menolak pintu dan tanpa disengajakan pintu tersebut terhantuk pada seseorang. Oops, lupa nak ketuk pintu dulu.


“Ah!”


Balqis cepat-cepat masuk dan memandang si dia di hadapannya itu. Oh no, tumpah air lagi? Cliche betul bila menghadap si Zev. Eh? Zev? Dia ke yang take-over company ni?


“Urm...Sorry?”


Balqis bersuara sambil membuat muka minta simpatinya. Seterusnya dia mengorek beg tangannya dan terjumpa beberapa helai tisu. Dengan spontannya tangan Balqis mengelap baju Zev yang tertumpah kopi itu.Zev pula terus memandang muka Balqis. Panas siraman kopi itu dilupakan sebentar.


“You?”


Zev akhirnya bersuara. Balqis berhenti mengelap lalu memandang Zev. Alamak, macam mana boleh sampai duduk lap badan dia ni. Alahai, refleks action betul. Terus muka Balqis memerah. Dia tunduk malu.


“Kamu ni Balqis,kan? MAS?”


Balqis mengangguk. Mata masih lagi memandang kasut.


“I see, memang suka tumpahkan kopi atas saya ye?”


Zev bertanya serius. Balqis mengangkat wajahnya. 


“Tak sengaja. Mana saya tahu ada orang belakang pintu tadi.”

Zev tahan gelak. Alahai, innocentnya muka dia. Makin comel pulak dah pakai tudung, sweet je tengok. Zev, ehem, jangan ke situ pulak. Kau tu hati kering. Tapikan, Balqis ni berbeza dari ex-wife engkau. Tak nak ambil chance ke?


“Tak tahu then kena ambil tahu. Have a sit.”


Zev menjemput Balqis duduk. Balqis rasa awkward sangat. Yelah, masa first time jumpa dulu kena tengking. Sekarang, macam relaks je dia. Like a different Zev Sulaiman.


“Captain...I mean Encik Zev okay ke?”


Zev tarik senyum. Balqis dah nyaris cair onspot. First time tengok Zev senyum, manis sangat!


“Sikit saja. Biarkan.”


Oh? Sikit saja? Yang haritu sampai menjerit dalam cockpit tu kenapa pulak? Drama King betul!


“Okay then. Saya wakilkan ayah saya. I wanted to discuss about your company taking over mine. I have some terms.”


Dan mereka pun berbincanglah. Bincang punya bincang sudah sehingga waktu maghrib. Dah habis office hours pun. Balqis pun tak sedar. Ralit sangat. Yelah, nak serahkan company kena pastikan bahawa serah pada tangan yang betul-betul stabil. Dan nampaknya, dia boleh harapkan company Zev untuk menyelamatkan syarikat ayahnya itu.


“Awak nak solat ke? Maghrib dah masuk ni, kalau tak mesti sangkut dalam jam.”


Balqis mengiakan. Lagi satu Zev tak tahu, dia ke sini dengan taxi. Dia fobia memandu, sebab mamanya dulu maut sebab kemalangan jalan raya. Sehingga sekarang dia tidak menggunakan lesen yang ada.


“Lead the way.”


Zev membawa Balqis ke surau. Balqis menunduk sedikit untuk menanggalkan straps sandal yang dipakai. Kain kurungnya diselak sedikit. Si Zev pula tiba-tiba terjatuhkan telefon bimbitnya ke lantai. Memang nampak lah buat kali kedua betis cik adik manis tu.


“Perfect. Cantik.”


Balqis yang terperasan kain dia terselak cepat-cepat menurunkan kainnya. Dia memandang Zev yang bagaikan terpukau itu.


“Apa dia?”


Balqis menegur Zev. Zev bagaikan tersedar dari lamunan. Apa yang dia sudah cakap tadi?


“Saya imamkan awak?”


Zev cover line. Balqis pula terpinga-pinga. Macam tak real betul. Dulu dia sangat tak suka aku, sekarang? Well, niat dia nak jadi imam itu baik, Balqis, kau pun dah berubah, mungkin Zev pun sama? Everything is possible in Allah’s hands. Kun Fayakun.


Balqis mengangguk. Solat berimam lagi besar pahalanya. Wudhu’ diangkat, kain sembahyang dipakai dan dia cepat-cepat masuk Saf. Zev mengangkat takbir. Balqis merasakan bahawa solat itulah yang paling khusyuk yang pernah dia alami. Bacaan Zev juga sangat syahdu.


Salam diberi, kanan dan kiri. Doa diangkat dan Zev menitiskan air mata di rumah Allah itu. Dia memohon kesejahteraan bagi ibu bapanya, memohon syurga bagi anaknya, dan memohon ampun bagi segala khilafnya. Entah mengapa dia sedar yang selama ini dia bukannya heartless, dia masih ada cinta di dalam hatinya. Kalau dia heartless, dia tak akan cintakan Allah dan Rasulnya, tak akan rasa bersalah ketika memarahi gadis bernama Balqis, semua itu hanyalah ego yang menghalang dirinya dari menunjukkan apa yang dia rasa.


 Balqis dipandangnya. Dia rasa dia tahu apa yang dia perlu buat sekarang. 


***


Setelah segala agreement ditandatangani, Balqis berasa lega. Sekarang, syarikat ayahnya sudah selamat di bawah kepompong Zev Sulaiman. Dua bulan duduk deal elok-elok, akhirnya semua pihak berpuas hati. Walaupun rasa berat hati dan sedih kerana syarikat itu bukan lagi milik keluarganya, namun beban yang dipikul dirasakan ringan sedikit.


“Thanks Zev. You apparently saved my family from hitting zero.”


Balqis berkata. Zev memandangnya tajam, dan pandangan itu penuh makna.


“Allah bukakan pintu hati saya untuk dengar nasihat ayah saya. Your dad was his friend, I just wanted to help.”


Zev berkata. Duduknya dibetulkan. Sebenarnya, dia sudah berjumpa dengan ayah Balqis. Kebenaran, seluruh keluarga Zev membawa rombongan ke rumah Balqis. Akan tapi, Balqis je yang tidak tahu tentang perihal tersebut. Zev mohon untuk dirahsiakan.


“Satu lagi, Cik Putri Nur Balqis...saya ada satu lagi syarat, sebenarnya.”


Zev mengatur katanya dengan teliti. Balqis mengerutkan mukanya. Dia membelek kertas di tangan, semua dia dah tahu tentang syarat penyerahan, apa lagi?


“Tak usah dicari dalam tu, saya tak masukkan. Balqis, saya hamba yang lemah ni, nak mohon sesuatu dari awak. Saya nak awak di sisi saya sentiasa. Kalau saya bernama Adam, saya mohon awak jadi Hawa saya. Tapi saya punya nama Sulaiman, kenapa saya nak cari Hawa sedangkan Balqis sudah di depan mata? Putri Nur Balqis, sudi awak terima Sulaiman ni sebagai suami? ”


Zev sudah memandang Balqis dengan muka mengharap. Balqis ternganga. Bior betik makhluk depan dia ni. Kenal pun gitu-gitu saja, tak pernah pergi date, tup-tup ajak nikah? Macam dalam filem je? 


“Awak main-main ya? Zev? Sulaiman? Whateverlah.”


Zev menggeleng.


“Then? Awak nak kahwin dengan saya sebab awak cintakan saya?”


Zev masih menggeleng. See, cinta pun tidak then nak kahwin? 


“Saya tak cintakan awak, tapi saya cintakan title saya sebagai imam awak bila kita sah nanti. You made me realise the other day that saya ni masih ada perasaan.”


Zev terus terang. Buat apa nak belit-belit, memang dia bukan head over heels pun cintakan Balqis ni, tapi dia suka bersama dengan Balqis. Sanggup je dia kalau nak ditumpahkan kopi panas lagi, asalkan Balqis ada nak tolong jadi tukang lap.


Balqis sudah ternganga. Zev Sulaiman memang seorang yang unexpected tingkah lakunya. Hari ni jumpa  boleh marah-marah, lain kali jumpa boleh buat gelak-gelak. Dan Zev di depan dia ni, memang tengah ikhlas gila, nak terima ke tidak?


“Tanya ayah saya.”


Balqis berkata spontan. Zev senyum lebar.


“Saya dah tanya awal-awal. Hanya nak tunggu greenlight awak saja.”


Itu dia. Balqis memandang Zev geram. Bekas pilot ni, memang perangai dia tak boleh orang lain nak baca betul.


“Setuju?”


Zev bertanya kesekian kalinya.


“Kalau saya tolak, ada yang menonggeng pula nanti.”


Balqis berseloroh. Zev gelak bahagia. Kalaulah dia jumpa Balqis dulu, tak adanya dia kena chop heartless. Sikap ex-wife dia dulu yang membuatkan dia tak mudah nak percayakan wanita lain. Tetapi dengan Balqis, Balqis memang untuk Sulaiman apa. 


***


“Assalamualaikum anak papa. Kalau Kia ada hari ni, tentu Kia dah masuk form 1. Papa harap Kia bahagia di sana.”


Zev berkata-kata sambil menyiram tanah kubur itu dengan air mawar. Balqis juga ada bersamanya, malah siap bersila pada tikar yang dihampar. Yaasin turut dibacakannya tadi.


Balqis meletakkan bunga pada kuburan itu. Zev selalu akan melawat kubur Kia, dan dia tidak pernah menghalang. Kalau dia larat, dia akan ikut sekali. Maklumlah, budak berdua di dalam perut dia ni makin aktif, nak bernafas pun semput.


“Abang, InshaAllah Kia tenang di sana.Kita doakan saja dia.”


Zev senyum. Pipi montel Balqis ditarik manja. Macam mana tak montel, makan tak henti-henti, craving for two.


“Pandai Balqis abang ni.Dah, hari dah nak hujan. Kita berangkat dulu.”


Zev bangun lalu menarik Balqis untuk turut bangun. Setelah itu, kepala nisan disentuh, seakan-akan dia menyentuh kepala Kia.


‘Papa akan tetap sayang Kia, forever.’


“Encik Sulaiman! Dah hujan ni! Cepat! Dah basah ni ”


 Balqis mengadu manja. Kereta diparkir dihujung, baru separuh jalan hujan dah turun dengan lebat.


Zev memegang tangan Balqis. Tak boleh nak lari, memboyot dah ni. Kalau lari boleh terberanak dekat sini.


Balqis mengangkat sedikit kain kurungnya. Zev dah pandang semacam.


“Oit, jangan gatal nak angkat kain! Awak tu putih sangat, saya je boleh tengok kaki seksi awak tu.”


Kata Zev sepintas lalu. Balqis menggerutu di dalam hati.


“Labuhla, nyaris tersadung dah tadi. Eh? Apa abang buat ni?”


Baru senyap Balqis tu. Zev dengar je perkataan tersadung dia cepat-cepat cepung si Balqis itu. Malang tak berbau, lebih baik kita elak awal-awal.


“Sekarang dah tak tersadung, saya dokong awak!”


Ada jugak perangai macam ni kan? Apa-apa pun, se-heartless mana orang itu, kalau sudah terbuka mata hatinya, dia akan berasa rugi akan nikmat Allah. Cinta dan kasih sayang juga adalah nikmat dariNya. Jangan kita lupa untuk menyayangi sesama Umat. Sesungguhnya, Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Penyayang, then, kita ni siapa untuk tidak cintakan Tuhan balik? 


THE END

P/S: (Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: “Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini.”

“Oh,Tuhanku,” Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, “aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan karunia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”
)

A/N : Cerita agak mengarut, tak related dengan yang hidup mahupun yang dah tiada,
tetapi inspiration itu tidak mengarut.





28 comments:

  1. bezzzzzzz.... tp sdih part kia passed away :(

    ReplyDelete
  2. first time bc citer awak.. best gaya awak tulis.. ada gaya sendiri :)

    ReplyDelete
  3. gaya tersendiri? haha, thanks. for what I know, boleh translate terus jadi english stories cerpen2 ni. BM spoil~ cikgu BM tenguk mmg fail terus.

    ReplyDelete
  4. nama Zev tu pelik. jalan cerita best. jahat gila bekas isteri Zev tu. Kesian Kia. Anyway, great job writer! :D

    ReplyDelete
  5. afiqah ai : Zev is a Hebrew name.Ada nama Arab yang sama dengan maksud dia tapi macam tak masuk je dengan nama Sulaiman dekat belakang tu. So i just take Zev.


    moon : thanks babe!

    ReplyDelete
  6. awh nma i lah heroin tu..hehe...ngan pilot plk tu....holaaaaaa ska2..hehe

    ReplyDelete
  7. best....x nk smbng lg ke?...biar pjg sikit...hehe..

    ReplyDelete
  8. tak sambung kut buat masa sekarang

    ReplyDelete
  9. dh baca 3 cerpen so far.. bnyk sangat 'CERAI'. amboiii... trademark? haha

    ReplyDelete
  10. H.D :trademark? tak kut. Just that some people deserves a second chance. And my life adalah related skit2 ngan hal cerai berai ni. lalalalala, not my parents of course =D

    ReplyDelete
  11. Kalau heartless xkn ada cinta utk Allah dan Rasul.
    Subhanallah. Sweet.

    :)

    ReplyDelete
  12. redpepper here.
    dah baca yg ni.
    but still, wanna leave a comment here.
    bestttttttt~ ~
    i hate zev. n at the same time like him (hlovate) ngee..
    *mmt mata krnjg yg heartless* kahkahkah.

    ReplyDelete
  13. Now that I've just spent five hours on your website reading your posts, I'm absolutely hooked on
    your blog. I saved it as a favorite it to my bookmark website list and will be
    keeping track in the near future. Check out my own personal
    blog if you have a chance and give me suggestions.

    .

    Look into my web site; Sophia Tolli Mori Lee Bonny Bridal San Patrick Maggie Sottero La Sposa Veils and others 2013 Wedding Dresses A line Ball Gown Mermaid Classic Modern Cheap Bridal Gowns Simply Wedding Dresses Beautifull Gowns Destination Wedding Dresses Da Vinci comment

    ReplyDelete
  14. Hm, maybe certain people deserve the second opportunities. Btw, i love ur writing skill.

    ReplyDelete
  15. http://taipanqqgood.blogspot.co.id/2018/04/5-alasan-cinta-cenderung-hilang-setelah.html

    Taipanbiru
    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete