KIA memandang sepi susuk tubuh tinggi lampai yang sedang menunggu jawapannya itu. Bibir bawahnya digigit, hatinya berkira-kira; nak ikut, tak ikut, ikut...tak ikut? Sini ada bunga tak? Kalau ada bunga kan boleh buat scene ala-ala he loves me, he loves me not yang selalu ada dalam cerita Hollywood tu! Ah, pening!
“Kia? Hey Kia...saya tak paksa tau.
Kalau awak keberatan tak apa. Saya tak kisah pun.” Kata Kris selamba. Dia
berlalu ke arah tempat parkir di lot sebelah, dan Kia ternganga. Audi R8 hitam
putih itu dipandangnya. Kalau naik Audi, takkan dia nak tolak pula kan? Bila
lagi nak merasa naik kereta mewah!
“Saya ikut!” Kia berkata kuat. Kris
sudah membuka pintu keretanya lalu tersenyum nakal ke arah Kia. Kia bergegas ke
sebelah penumpang dan memandang Kris tajam.
“Apa senyum-senyum?” Tanya Kia
sambil menarik muncung. Kris selamba mengangkat bahunya.
“Senyum pun jadi masalah? Masuk
cepat.” Arah Kris. Kia membuka pintu kereta mewah itu perlahan-lahan. Takut
nanti kalau buka kuat-kuat tercalar ke? Kris pula selamba menghempas pintu
keretanya. Kia pula sehabis ayu menutup pintu kereta tersebut.
Kris memerhatikan gerak-geri Kia
lalu tawanya meletus lagi sekali. Dia ketawa sampai habis telinganya menjadi
merah. Matsaleh, kena panas sikit pun dah merah, kalau gelak pun jadi merah!
Kia sudah menarik muka masamnya.
Tangan dipanjangkan ke arah stering kereta lalu dia menekan hon sekuat hati.
Kris pula sudah berhenti mentertawakan Kia yang sudah cemberut itu.
“Saya tahula saya tak pernah naik
kereta mewah macam ni, janganlah gelakkan saya.” Kata Kia membawa rajuk. Kris
menarik nafas panjang-panjang. Kemudian dia melepaskan nafasnya perlahan-lahan.
Mata memandang ke arah Kia yang sudah berdiam diri itu.
“Tak...awak ni kelakar juga iya?
Buat macam biasa ajalah. Kereta aja pun, dah...buka balik pintu tu.” Kris sudah
mencapai handle pintu sebelah Kia
lalu dia sendiri membuka pintu kereta itu. Kia dari rasa nak marah terus naik
hairan. Kenapa buka balik?
“Sekarang, awak tutup pintu macam biasa.”
Kia memandang Kris pelik. Selama ni
kalau dia naik kereta orang, memang tak pernah lagi tuannya kereta tu
suruh tutup pintu macam biasa, yakni main hempas-hempas pintu. Kris orang
pertama yang menyuruh demikian. Kia menjungkitkan sebelah keningnya ke arah
Kris.
Kris mengangguk laju-laju.
“Hempas cepat.” Tegas Kris lagi. Kia
masih was-was.
“Kiasatina...saya bagi kebenaran ni.
Tutup pintu tu, kuat-kuat.”
Kia menarik nafasnya dalam-dalam.
Tangan kiri sudah memegang handle
pada pintu kereta tersebut. Bismillahirahmannirrohim!!
Baca Kia dalam hatinya sebelum tangan kirinya menarik kuat pintu kereta itu
sehingga tertutup.
‘BAM!’
Bergema
satu kawasan lot parkir itu dengan bunyi Kia menutup pintu itu. Kris sudah
tersenyum lebar di sisi Kia. Kia melepaskan nafas lega.
“Dah okay? Kalau awak nak pandu pun
saya bagi.” Kia cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Kris ni, tak sayang betul
sama kereta dia! Kia nak pandu kereta sport
ni? Memang tidaklah! Kereta mahal pulak tu, tambah-tambah kereta orang.
Lagilah dia cuak nak bawa.
“Tak mahu. Dah dah, kita nak pergi
mana ni? Saya nak pergi potong rambut, kemudian nak cari barang Sarah sikit.
Awak?” Tanya Kia sambil memasangkan tali pinggang keledarnya. Kris sudah
menghidupkan enjin dan membetulkan sedikit rambutnya pada cermin.
“Saya pun nak pergi potong rambut. Rambut
depan dah cecah mata. Lepastu saya nak cari baju. Kiranya memang kita tuju
tempat sama la.Cool.” Ujar Kris
sambil memacu keluar keretanya dari tempat parkir. Kia memerhatikan cara Kris
bawa kereta tu, kalau sekali pandang, memang boleh terpikat. Malang betul
lelaki sebelah dia ni hanya minat kepada kaum Adam.
“Awak nak cari baju apa Kris?” Tanya
Kia lagi. Kris memandangnya sekilas lalu mengenyitkan matanya sesaat. Kia
ternganga. Eh, orang tanya dia soalan, dia kenyitkan mata pula? Dengan toyanya, Kris mencapai kad keluar
masuk kondominium lalu menurunkan cermin keretanya untuk me-scan-kan kadnya itu
pada sensor di pondok pengawal.
Soalan Kia tadi dibiarkan sepi.
“Nanti Kia tahu juga. Lagipun, saya
perlukan pendapat awak juga nak cari baju tu.” Kata Kris sambil menaikkan
kembali cermin keretanya. Kia sudah menggelengkan kepalanya. Nak main rahsia-rahsia
pula anak matsaleh ni.
“Okay, dah kalau awak sendiri cakap
macam tu...jom pergi buat rambut dulu.”
KIA
memandang dari Kris dari ekor matanya. Kris sedang memejam matanya di kerusi
sebelahnya itu sambil menunggu warna rambut itu terserap. ‘Kata nak potong
rambut, sekali dengan warna rambut rupanya jantan ni! Kalah aku.’ Getus hati
Kia.
“Akak nak panjang mana?” Gadis tukang
potong rambut itu bertanya kepada Kia. Kris pula membuka matanya apabila
mendengar soalan yang diajukan oleh gadis itu. Tadi masa datang, salon ni penuh
dengan pelanggan. Hanya ada sebuah kerusi kosong, Kris dah pergi dahulu sebab
dia nak warnakan rambut dia pun. Makan masa lebih lama, sedangkan Kia hanya nak
potong rambut.
Kia memandang pula refleksinya di
cermin dan dia mengangkat rambutnya yang melebihi paras dada itu. Dia pusing kiri dan kanan.
Gaya macam mana ye? Gadis kenit itu masih menunggu jawapan dari Kia.
Kris tiba-tiba bangkit dari
kerusinya dan terus memegang rambut Kia. Dia mengangkat rambut Kia ke paras
leher, kemudiannya melemparkan senyuman penuh menggoda ke arah Kia.Kia menelan
liurnya, ‘Mak...kalau kau tak homo Kris...dah lama aku ambil kau jadi teman
lelaki angkat aku ni!’ Getus hati Kia lagi.
“Bob
cut buat awak nampak fresh. Kan?”
Ujar Kris.Si gadis potong rambut itu tadi
sudah tercengang dengan tingkah laku Kris. Dari tadi Kris berdiam diri, dan
kawan sekerjanya dari tadi berkebuk berbahasa Inggeris dengan Kris. Sekali Kris
bertutur di dalam Bahasa Melayu dengan Kia, siapa tak terkejut?
“Tak pendek sangat ke?” Kia bertanya
kembali. Kris menggelengkan kepalanya.
“Ian pasti akan suka punya. Sahkan
Ian, saya pun suka tengok awak rambut pendek.” Kia mengetap bibirnya, ‘Kau tu
homo, aku peduli apa kau suka ke tak!’ Getus Kia di dalam hatinya. Dia kemudiannya
memandang ke arah adik tukang gunting rambut tu dan memuncungkan bibirnya
sedikit.
“Bolehlah dik. Buat bob cut. Depan ni akak nak ada bangs.”
“Ooo,
you’ll look smoking hot with bangs, honey.”Kris berbisik ke telinganya.
Zapp! Terus muka Kia seperti dituang sos cili. Merah padam. Kia menggigit
bibirnya, ‘Kris ni kan...suka menduga hati perasaan perempuan lurus macam aku
ni!’
“Kris, duduk balik atas kerusi awak
tu. Jangan kacau saya.” Arah Kia tegas. Kris tergelak kecil namun dia akur
dengan arahan Kia tadi. Dia kembali duduk ke tempatnya, namun mata tidak lepas
memandang gelagat Kia.
Dia tersenyum sendirian. Entah
apalah yang Kris sedang fikirkan itu. Kia pula rasa tidak selesa ditenung
sebegitu. Dia berdehem kecil lalu merenung tajam ke arah Kris. Ketika itu gadis
tadi belum lagi memulakan proses menggunting rambutnya.
“Kristoffer....” Panggil Kia
panjang. Kris tarik senyum dari telinga ke telinganya.
“Apa dia Kiasatina?” Kris juga ingin
bermain game panggil-panggil nama ni.
“Jangan tenung anak dara orang macam
tu boleh tak? Saya tak selesa. Adik ni pun tak selesa nak buat kerja kalau saya
sendiri tak senang duduk.” Jelas Kia panjang lebar. Kris tergelak kecil. Dia kemudiannya
memandang majalah di hadapannya lalu tidak lagi mengacau ketenteraman awam si
Kia itu. Kia kembali fokus ke arah refleksinya di dalam cermin, memerhati
setiap gerak-geri adik tukang gunting rambut tu.Karang ada yang potong sampai
pendek sangat-sangat, dia pula yang bebal nanti.
“Okay kak panjang ni?” Adik itu
bertanya. Kia melihat elok-elok lalu dia mengangguk. Helaian rambutnya yang
sudah memenuhi lantai itu dipandang sayu. Sayangnya...nak bela bukan mainlah
lama, potong kurang dari sepuluh minit aja. Menyesal pula potong pendek.
Kris yang tadinya sudah selesai
mengeringkan rambut sudah memandang ke arah Kia. Akak tu pula tak habis-habis
lagi menggunting rambut Kris.
“Sedih ke?” Kris bertanya spontan.
Matanya ditutup apabila akak tu mula memotong rambut hadapannya.
“Agaklah, dua tahun tak potong.”
Jawab Kia sambil bangkit dari kerusinya. Dia memerhatikan Kris pula. Rambut
yang tadinya berwarna dull sudah dihiasi dengan beberapa
garis-garis coklat terang. Makin kacak si Kris ni.
“Nanti dia panjang balik tu.” Jawab
Kris mudah. Dia sudah menggaru sedikit dagunya.
“No
no, not too short please.” Kris menahan tangan akak yang sudah ingin
memotong pendek rambut hadapannya itu. Belakang semua dah pendek, apa mamat ni
pun nak buat bangs ke? K-pop sangat.
“Kiasatina, tengoklah nanti. Ian tak boleh duduk diam
bila tengok gaya baru awak ni. Saya jamin.” Ujar Kris lagi. Kia sudah
tersenyum. Ya ke Ian akan suka? Tengok-tengok Ian suka perempuan berambut
panjang, macam mana? Nak pakai rambut palsu pulak ke nanti?
“Macam-macam awak ni. Dah, saya
tunggu dekat kerusi tu.” Kata Kia lalu berlalu ke arah kerusi yang disediakan
khusus untuk menunggu itu. Kris tersenyum sebaris. Kalau ikutkan hati dia,
memang Kia tampil comel sekali berambut pendek. Makin ayu, makin ceria,
makin...sedap mata memandang.
“Jangan bayar lagi. It’s on me.” Kata Kris lagi. Kia yang
baru ingin mengeluarkan duit dari dompetnya sudah memandang Kris semacam.
‘Rezeki aku hari ni! Tadi abang bagi duit, ini Kris pula nak belanja. Jimat!’
“Thanks
Kris.” Ucap Kia sebaris. Dia kembali duduk ke atas kerusi itu. Kris
memandang ke arahnya dari cermin dan mengenyitkan matanya sebelah. Bibir lelaki
itu mekar dengan senyuman.
“No
problem.” Jawabnya dalam senyuman. Kia menyilangkan kakinya lalu
membetulkan sedikit baju jersi yang tersarung pada badannya itu. Lagi sekali
tangan dilalukan pada rambutnya yang sudah pendek itu. ‘Betul kata Kris, macam
cantik je, macam comel je aku ni ha.’ Kia perasan sendiri. Ringan rasa
kepalanya apabila dia memotong rambut. Rasa...bebas, dan kurang rimas.
Sebuah majalah dicapai dan Kia mula
membelek muka surat majalah tersebut. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia
mencapai beg sandangnya lalu mengeluarkan telefonnya yang rancak berbunyi itu.
Terang-terang muka Kamal yang terpampang di atas skrin telefonnya tika itu. Kia
melekapkan telefonnya ke telinga serta-merta. Kenapa pula Abang Kamal dia
telefon ni?
“Ya abang?” Tanya Kia terus.
“Adik pergi dengan siapa tu? Kenapa
kereta ada lagi kat bawah ni?” Kia menggigit bibirnya. Ya Allah, lupa nak cakap
dekat abang dia ni yang dia pergi dengan Kris.
Tangan kirinya mengetuk sedikit dahinya yang luas itu. Muda-muda pun dah
jadi pelupa.
“Adik pergi dengan Kris. Tadi malas
nak naik balik suruh abang alih kereta, kebetulan Kris lalu, dia ajak.
Kebetulan juga kami nak tuju tempat yang sama.” Jelas Kia panjang lebar. Kris
pula, pantang disebut namanya, sudah mula memandang Kia melalui cermin di
hadapannya. Keningnya dijongketkan ke arah Kia namun Kia menggelengkan
kepalanya.
“Jaga diri elok-elok. Abang nak bawa
Sarah pergi jalan-jalan ni. Kunci kau bawa tak?” Lagi sekali Kia mengetuk
dahinya. Aiyok! Kunci pun tak ambil tadi.
“Adik lupaaaa...abang nak keluar
lama ke?” Kia bertanya kembali. Kamal mengeluh di sebelah talian.
“Lama kut. Tak apa, abang rasa jiran
yang selalu adik usha tu ada. Abang pergi tanya dia, kalau dia tak keluar abang
tinggal kunci rumah sama dia.” Kia terus rasa mahu pitam. ‘Homai...abang nak
tinggal kunci pada Ian? Homai...homai...’ Tangan Kia cepat-cepat mengibas
mukanya. Kris pula yang sudah selesai dengan perihal rambutnya datang mampir ke
hadapan Kia. Dompet dikeluarkan dari poket dan dia menghulurkan sejumlah wang
kepada kakak gunting rambut tu. Kemudian Kris mengisyaratkan Kia supaya bangun.
Kia membontoti Kris namun telefonnya masih setia di telinga.
“Abang nak tinggal kat Ian ke?”
Tanya Kia. Kris pula sudah mencapai tangannya ketika ingin melintasi jalan. Kia
pula ikut sahaja, memang dia tak boleh fokus dua benda dalam satu masa. Kalau
Kris tak pimpin tangan dia, ada juga dia mati katak di tengah jalan raya ni.
“Yep. Nanti adik minta dengan dia
ya?” Kata Kamal lagi. Kia mengeluh kecil. Kris pula masih diam, tidak ingin
mencelah barangkali. Dia membuka pintu keretanya untuk Kia lalu menyuruh Kia
masuk dengan hanya menggunakan isyarat tangan.
“Tinggal dalam letterbox tak boleh ke?” Kia memberi cadangan.
“Bahaya. Ian tu ada kat rumah.
Apa-apa abang cakap nanti.” Tegas Kamal. Kia tahu bahawa apabila Kamal sudah
bertegas, dia memang tak akan terima cadangan yang lain dah. Nak tak nak Kia
terpaksa akur.
“Okay then, abang tinggal dekat dia. Adik balik nanti adik ambil.” Akur
Kia. Kris pula sudah memandangnya, nak ambil tahu lah tu.
“Hmm...hmm...okay abang.
Waalaikumussalam.” Kia mematikan telefonnya. Sempat lagi Kamal tu nak pesan,
Kris tu cakap aja gay, tapi dia tu
lelaki juga. Kena jaga batas. Macamlah Kia ni tak tahu jaga batasan dia.
‘Banyaklah kau Kia, tadi tu dia pegang tangan kau, dia berbisik dekat
kau...jaga batasan ke namanya tu?’ Suara kecil di dalam hati Kia berbunyi. Kia
menggigit bibirnya... ‘eheh...Kris pimpin tangan aku ye tadi? Tak perasan
pula.’ Balas otak Kia.
‘Tu yang tadi, yang selama ni tu?’
Kali ini Kia buat tak tahu apa kata hatinya sedang cakapkan. Belum masanya lagi
dia ingin berdebat dengan hati sendiri. Asal dia tidak melebih-lebih, sudah
cukup baginya tika ini.
“Ehem. Lepas cakap telefon dia
mengelamun pula? Was that your brother?”
Suara Kris menyedarkan Kia. Kia berpaling ke arah Kris yang semakin kacak
dengan rambut yang berwarna coklat terang itu lalu tersenyum malu. Kepalanya
diangguk.
“Abang saya nak bawa Sarah
jalan-jalan. Dia tanya saya bawa tak kunci rumah, takut nanti bila saya balik
tak boleh masuk pula. Saya pun terlupa tadi, memang terlupa terus nak ambil
kunci.” Jawab Kia panjang. Kris menggigit bibirnya sehingga menampakkan
kedua-dua belah lesung pipit pada pipinya. Dia mendecitkan lidahnya.
“Nak saya patah balik ke kalau macam
tu? Ambil kunci...lepas tu kita pergi cari baju Sarah dan baju saya tu? Nak?”
Kris memberi cadangan. Kia cepat-cepat menggelengkan kepalanya. Nak redah traffic jammed semata-mata nak ambil
kunci? Baik tak payah.
“No
need la. Abang cakap dia tinggal kunci pada Ian.” Kia menolak tawaran Kris
tadi. Kris pula sudah tersenyum penuh makna.
“Owh
so now I see it. Nak jumpa Ian ya lepas ni? Okay...jom kita pergi setelkan
kerja kita, lepastu cepat-cepat kita boleh balik. Awak pun boleh cepat-cepat
jumpa Ian awak tu.” Kris mengejek Kia. Kia
pula sudah tergelak. Tangannya naik memukul perlahan bahu Kris. Nakal Kris ni.
“Rindu tau nak jumpa dia. Selama ni
saya usha ikut celah gril dapur aja.”
Giliran Kris pula tergelak besar. Gear kereta dimasukkan ke mode D dan dengan
penuh handal, Kris menyusuri kesesakan jalan raya tersebut. Tempat seterusnya, shopping mall!
“Bila swimming lesson dengan Ian tu nak mula?” Tanya Kris tiba-tiba. Kia
memuncungkan bibirnya.
“Entah la Kris.”
“Nanti bila Kia ambil kunci karang,
jangan lupa tuntut dengan dia swimming
lessons tu.”
Pesan
Kris awal-awal. Kia sudah tersenyum mekar. Okay, bos! Cheq tuntut jiran lagi
satu tu punya janji sat lagi!
“Kia...Ian dah tahu nama awak ke?” Soalan
dari Kris itu menyedarkan dia tentang perihal itu. Ian belum lagi tahu nama dia!
Kia terus membulatkan matanya. Ohoi!! Telefonnya cepat-cepat dicapai dan dia
mendail kembali nombor abangnya.
“Abang! Jangan beritahu nama adik
dekat Ian tu. Adik nak beritahu sendiri!” Kalut Kia memberitahu abangnya. Kris
pula sudah tergelak besar di sebelah Kia. Habis merah mukanya, lucu betul Kia
ni.
“Laa...hurm, yelah. Macam-macam kau
ni adik.” Balas Kamal, malas.
“Thank
you abang! Love you!” Kia menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg lalu
memandang ke arah Kris.
“Nasib baik awak ingatkan saya yang
Ian tu masih tak tahu nama saya.” Ujar Kia. Kris mengangkat kedua-dua belah
keningnya.
“Saya kan kena pastikan awak dapat
Ian tu, mestilah saya akan ingat segala details
yang terjadi depan saya.” Jawab Kris dengan poyonya. Kereta yang dipandunya
membelok ke kanan.
“Hurm...lupa pula awak in this together dengan saya.”
“Dasar pelupa Kiasatina ni ya?”
sakat Kris, namun matanya masih pada jalan raya. Kia sudah mengangkat bahunya.
“Nasib baik ada awak untuk ingatkan.
Hurm...tak sabarnya nak declare
dengan Ian.” Keterujaan Kia itu makin membuat Kris geli hati. ‘Nekad sangat
dengan Ian dia. Nama dia pun Ian tu tak tahu lagi. Kia...Kia...’ Gumam Kris
dalam hatinya. Ekor matanya memandang pula Kia yang sudah tersenyum seorang.
“Kris...jangan rampas tau Ian dari
saya. Saya dah minatkan dia. Dia lurus,
jadi jangan kacau dia.” Sempat lagi Kia memberi amaran. Kris tiba-tiba rasa
darahnya menyirap ke kepala mendengar kata-kata Kia itu. Haritu dah cakap
sekali, hari ni Kia masih mengulangi kata-kata tersebut.
Kris
mendengus kasar. Dia tidak suka apabila Kia berkata sedemikian.‘Ian? Not my taste!’ Kris berkata dengan
jengkel di dalam hatinya.
“Saya
tak akan kacau dia. Saya tak minat pun dia. ” Jawab Kris mendatar. Tiba-tiba
dia rasa hatinya ditoreh. ‘ Aku tak boleh marah dia, dia tak salah. Aku yang
salah.Apa yang aku sudah buat dengan
hidup aku ni? Kenapa aku nekad berselindung di sebalik topeng ‘gay’ itu? Tengok apa dah jadi sekarang...aku tak boleh
lari dari menipu. Kenapa aku rasa selesa disebalik penipuan yang aku sendiri
cipta ni? Patutkah aku terus berselindung? Penipuan yang aku cipta untuk selamatkan ego sendiri, tapi akhirnya,
kelakian aku pula yang tercabar. Orang lain panggil aku gay, aku tidak kisah,
tapi kenapa aku jadi marah apabila Kia yang kata panggil aku gay? Kenapa Kia?
Aku sendiri yang cari masalah ini. Aku
sendiri yang mengaku aku gay padahal itu bukan hakikatnya. Akan tapi,
alang-alang aku sudah terlanjur mengaku ‘gay’ dengan Kia, lebih baikkan aku terus
kekalkan ‘gay’ itu dalam diri aku, Kia tu bukan sesiapa bagi aku. Aku akan
tolong Kia dapatkan Ian. Kemudian, baru aku akan fikirkan apa tindakan aku selanjutnya.’
Panjang lebar Kris bermonolog dengan dirinya sendiri.
Buat
masa sekarang, dia Kris yang gay,
minat lelaki, dan wanita hanyalah sebagai kawan. Walaupun Kia satu-satunya
kawan wanitanya. ‘Argh...susah betul bila sudah mula menipu ni. Payah. Bodoh
kau Kris, bodoh.’ Rungutnya lagi di dalam hati.
Sepuluh
tahun yang lalu punya cerita, tengok kesan dia pada diri kau. Tak senang hidup
kau Kris. Tak senang. Kenapa bila jumpa Kia baru kau terasa semua benda ni?
“Kris...saya ada tersalah cakap ke?”
Tanya Kia apabila Kris tiba-tiba terdiam. Kris meluahkan nafas kasar lalu
menggelengkan kepalanya. Namun, wajah Kris tika itu sudah menjadi ketat.
“Ya ke? Saya minta maaf kalau ada
tergores perasaan awak. Saya macam cakap lepas je tadi.” Kia menjadi runsing.
Kris lambat-lambat mencarikkan senyuman pada wajahnya. Dia memandang pula Kia.
“Tak ada apa lah yang mengguris
perasaan saya Kia. Saya tengah fikir tempat mana yang ada jual Baju Melayu ni.”
Jawab Kris, tenang. Pandai Kris mengawal perasaannya. Kia pula sudah berkerut
kening. ‘Baju Melayu? Nak buat apa?’ Dia tertanya di dalam hati.
“Siapa pula nak pakai Baju Melayu
tu?” Akhirnya Kia bertanya jua setelah otaknya tidak dapat mencari jawapan yang
munasabah kepada jawapan Kris tadi.
Kris memandangnya sekilas.
“Saya yang nak pakai. Kawan baik saya dalam dunia
ni nak kahwin. Saya nak rasa juga pakai Baju Melayu.” Kata Kris ringkas. ‘Owh,
kawan baik dia Melayu rupanya. Nak kahwin dah. Kris ni nanti merasa ke kahwin?
Malaysia ni tak bagi kan kahwin sesama jantina? Kris ni warganegara ke? Eh...mesti
dia balik negara dia kalau dia nak kahwin. Aku risau apa...buat pening aja
fikirkan pasal dia ni.’ Getus Kia.
“Pergi cari dekat butik la.”Kia
mencadangkan.
“Nak pergi lah ni. Ada satu butik
tu...saya kenal.” Jawab Kris biasa-biasa. Kia angguk. ‘Okay...mesti Kris macam
anak patung yang orang buat display
tu kan bila pakai Baju Melayu tu nanti. Sayangnya
kau tak lurus Kris...kalau tak, aku pun dah tolak tepi Ian tu. Tengoklah tadi,
aku cakap telefon pun kau boleh gentleman,
pimpinkan tangan. Sayangnyalah...haih, Kris...apa yang buat kau gay Kris oi?
Apa kurangnya kaum wanita pada mata kau?’ Otak Kia kembali berputar pada isu
Kris.
Nampaknya, memang satu hari ni, dia akan
fikirkan Kris sahaja. Hati kata sukakan Ian, namun otak pula fikirkan si homo
di sebelahnya itu. Kia...apa masalah kau ni?’ Giliran Kiah pula yang
bermonolog. Macam-macam karenah mereka ini. Apakah yang akan terjadi selepas
ini? Siapa Kris tu?
KRIS
dengan konfidennya memasuki butik pakaian tersebut. Kia pula seperti biasa,
setia di samping Kris. Matanya menerawang ke segenap ruangan butik dua tingkat
tersebut. Pelbagai jenis baju ada, sampaikan rambang matanya untuk memilih.
Kris menonong pergi ke tempat yang
menyediakan koleksi Baju Melayu lalu dia mula membelek satu persatu baju
di situ.
Kia pula sudah membulatkan matanya.
‘Macam mana Kris nak pilih ni? Banyak gila Baju Melayu yang ada ni, sahkan
Kris, aku pun jadi rambang mata.’ Gumam Kia sambil tangannya turut membelek
beberapa helai Baju Melayu yang tergantung itu.
“Kalau saya tahu sebanyak ni, baik
saya pakai dress shirt. Leceh betul
nak pilih ni.”
Kia memandang pula ke arah Kris yang
seolah-olah mati kutu itu. Nampak sangat tak tahu nak pilih yang mana satu.
“
Kenapa nak Baju Melayu. Kenapa bukan dress
shirt? Tak wajib pun pakai Baju Melayu tu. Lainlah kalau awak tu pengantin.”
Kiah memberi pandangannya. Kris menarik muka seriusnya. Dia memandang Kia lalu memuncungkan bibirnya
sejenak. Tangan sudah diseluk ke dalam poket seluarnya.
“
You are starting to sound like my
brother. Saya memang tak nak pakai kalau boleh, tapi si Ahmed tu paksa juga. Ahmed cakap kalau dia
kena pakai Baju Melayu, saya pun kena pakai Baju Melayu.” Terang Kris. Kia pula
menggaru keningnya yang tidak gatal. ‘Kris tengah cakap pasal siapa ni?’
“Ahmed?
Ahmed tu siapa?” Kia bertanya. Kris tersenyum senget lalu dengan selamba dia
menjawab.
“Abang
saya la.” Keselambaan Kris itu nyaris membuat rahang Kia jatuh ke lantai. Abang
dia nama Ahmed? Abang Kris ni Islam?
“Your brother is a Muslim? Tapi...tapi
tadi awak kata kawan awak yang nak kahwin. Sekarang abang awak pula?” Kia
menyuarakan kekeliruan yang sedang melanda benak fikirannya. Kris menjuihkan
mulutnya.
“Abang
saya tu kawan baik saya la. Dia dah lama masuk Islam.”
“Ok,
now I’m confused!” Kata Kia. Benar
“
Okay...awak kelirulah sorang-sorang. Saya nak pilih baju ni.” Senang aja Kris
menepis permasalahan Kia. Kia mendengus geram. Acuh tak acuh betul Kris ni hari
ni. Kalau iya pun terangkan la pasal abang dia tu.
“
Ish Kris ni...abang awak duduk Malaysia juga ke?” Tanya Kia lagi.
“Yap!” Ringkas jawapan Kris.
“Mak ayah awak?”
“Kensington
Park.” Kia mengeluh. Kris ni nak cerita ke tak nak cerita ni? Macam tak ada mood aja.
“Yeah,
England right?” Soal Kia lagi. Kris
kembali memandangnya hairan. ‘Eh, dia pula nak hairan sama aku kenapa? Aku yang
patut hairan dengan dia. Sehabuk pun aku tak tahu pasal latar belakang dia.’
Getus hati Kia. Tak salah kan kalau dia nak tanya lebih-lebih pun? Kris kan
kawan dia juga.
“Mana
ada England. Mak ayah saya duduk di Kengsington Park, Jalan Duta, Kuala Lumpur,
Malaysia.” Kris memberi alamat penuh. Kia ternganga.
“Homai...bukan
dekat England?” Pangkah Kia.
“Kenapa?
Saya tak cakap pun saya lahir dekat England. Saya rakyat Malaysia la. Moyang
saya datang Tanah Melayu dulu.” Kata Kris. Mata kembali difokuskan ke susunan
Baju Melayu itu.
“But you have a posh accent.” Kia rasa
macam tidak puas hati. Kenapa Kris tak cakap pun sebelum ni? Aih Kia, bajet kau
kenal Kris dah setahun, kau pun baru kenal dia, memanglah dia tak sempat nak
buka salasilah keturunan dia pada kau. Kau tu aja yang sibuk nak korek pasal
latar belakang dia. Tengok dia tu, dia hanya tahu apa yang dia nampak aja. Umur
kau pun dia tak tahu!
“It runs in the family, sweetheart.” Kris
menjawab mudah. Sehelai baju dicapai dan dia meneliti persalinan tersebut.
“Abang
awak pula Islam.” Kia masih berpusing di kawasan yang sama. Kris pula nak tak
nak melayannya.
“Yap...”
“And you are gay?” Kia sudah memeningkan
kepalanya sendiri. Kris memegang bahu Kia lalu mendongakkan dagu Kia. Kia kini
merenungnya.
“Kia
sayang, saya rasa sekarang ni kita tutup dulu pasal semua benda tu. Sekarang,
awak tolong saya pilih Baju Melayu ni, lain kali baru kita buka balik tajuk
perbualan ni. Saya boleh bawa awak jumpa mama saya kalau awak nak tahu sangat
pasal keluarga saya.” Kris berkata geram, namun ada sebuah senyuman sinis
terpalit pada wajahnya.
“I
wanna die now, Kris. Saya mati-mati ingat awak ni warga asing.” Akur Kia.
Tangannya ditekapkan pada wajahnya. Malunya bila membuat konklusi sedemikian.
“Surely you can die after helping me choose a
damn Baju Melayu. Dan itu mini skirt
yang diorang pakai atas baju tu pun. Ahmed kata yang tu pun kena pakai” Kia
terlongo sekejap. Okay, sekarang dia dah tahu
Kris ada abang yang beragama Islam, nama dia Ahmed. Ahmed nak kahwin
dengan orang Melayu lah tu kan? Kalau tak kenapa nak pakai pakaian Melayu.
‘Okay Kia, bak kata Kris tadi...tak
usah pening-pening nak fikir pasal keluarga dia lagi. Fikir pasal Baju Melayu
dia dulu.
“Mini skirt?” Kia bertanya apabila dia
sudah menepis jauh-jauh segala persoalan tadi.
“That kain some...something!” Kata
Kris geram. Geram sebab tak jumpa cari lagi ni baju yang dia berkenan. Kia pula
mengangguk.
“Kain sampin Kris. Okay, saya tolong
awak pilih baju, lepastu baru kita cari kain sampin tu. Awak cari dekat sini,
saya cari dekat hujung sana.” Senang Kia mengarah. Dia bergegas ke hujung
ruangan itu lalu meneliti koleksi yang tersedia.
Matanya terus tertancap pada
sepersalinan yang menarik perhatiannya. Dia mencapai baju tersebut lalu
mengangkat tinggi-tinggi. Material kainnya
"Kris..."
Panggil Kia. Kris masih sibuk membelek baju-baju di situ.
"Yap?" Jawabnya selamba.
"Yang ni?" Kali ini Kris sudah memandang ke arah Kia sambil memuncungkan bibirnya. Kia setia menayangkan baju melayu yang dijumpainya itu sambil tersenyum lebar.
" Wow! Kiasatina...pandai awak cari my favourite colour." Kris sudah menghampirinya lalu membelek baju tersebut dengan penuh keterujaan. Cari punya cari, ada juga yang dia berkenan.
"Huk? Sama..." Kia terkejut dengan respon dari Kris. Warna ni pun dia suka? Jodoh ke apa ni?
"Apa yang sama?" Tanya Kris kembali, baju itu tadi sudah diukur pada badannya sendiri.
"Turqoise pun warna kegemaran saya." Jawab Kia lagi.
" Lucky us." Balas Kris sambil menyangkut bajunya pada lengan . Kia pula tayang senyuman puas hatinya. Macam-macam betul mamat matsaleh ni.
"Yap?" Jawabnya selamba.
"Yang ni?" Kali ini Kris sudah memandang ke arah Kia sambil memuncungkan bibirnya. Kia setia menayangkan baju melayu yang dijumpainya itu sambil tersenyum lebar.
" Wow! Kiasatina...pandai awak cari my favourite colour." Kris sudah menghampirinya lalu membelek baju tersebut dengan penuh keterujaan. Cari punya cari, ada juga yang dia berkenan.
"Huk? Sama..." Kia terkejut dengan respon dari Kris. Warna ni pun dia suka? Jodoh ke apa ni?
"Apa yang sama?" Tanya Kris kembali, baju itu tadi sudah diukur pada badannya sendiri.
"Turqoise pun warna kegemaran saya." Jawab Kia lagi.
" Lucky us." Balas Kris sambil menyangkut bajunya pada lengan . Kia pula tayang senyuman puas hatinya. Macam-macam betul mamat matsaleh ni.
“Awak tunggu sini, saya nak pergi fitting. Sambil-sambil tu, cuba cari
kain sampin tu ya?” Kris berlalu ke bilik persalinan. Kia menghembus rambut
hadapannya yang baru dipotong itu. Matanya melilau-lilau pula mencari kain
sampin yang sesuai.
“Kain sampin warna perak-hitam mesti
masuk.” Dia berkata kepada dirinya sendiri. Dia kemudiannya bergegas ke
bahagian kain sampin dan mencari warna yang diingini tadi. Setelah menjumpakan
warna tersebut, dia bergegas pula ke hadapan bilik persalinan yang Kris masuk
tadi. Pintu bilik kecil itu diketuk.
“Kris, saya dah jumpa kain sampin
ni.” Kata Kia. Pintu bilik persalinan itu dibuka dari dalam dan Kia terasa
jantungnya menghempap lantai. Kris
sedang menjungkitkan sebelah keningnya dengan muka bangga.
“Kacak tak?” Tanya Kris sepatah. Kia
menelan liurnya. Kesat.
“I
so could marry you right now, Kristoffer.” Ujar Kia perlahan. Kris
tergelak. Tangannya menarik kain sampin dari Kia lalu menebarkan kain tersebut.
Corak yang dipilih Kia juga menarik, simple
tapi tidak terlampau berat.
“I’ll
take that as a compliment, then. Okay, sekarang saya nak ikat benda ni
macam mana? Ahmed nak bukti yang saya dah pakai penuh benda ni, baru dia nak
percaya yang saya akan pakai baju ni nanti dia kahwin.” Kia menarik nafas
dalam-dalam lalu dia kembali mengambil kain sampin tersebut dari tangan Kris.
Jantungnya sudah berdetak laju. ‘Kia...dia gay dia gay dia gay. Ingat Ian ingat
Ian. Kau nak Ian tu, bukan Kris.’ Kia berulangkali mengulang ayat tersebut di
dalam hatinya.
Tangan Kia secara otomatik membuka
kain sampin tersebut dan dipegang sebawah mungkin.
“Kaki awak masukkan ke dalam ni.”
Arah Kia sambil membongkok. Tangan Kris sudah memegang erat bahu Kia ketika dia
mengangkat sebelah kakinya, mengelakkan dirinya dari jatuh. Habis goyang satu
badan Kris tu, tak stabil.
“Okay, sekarang masukkan kaki
sebelah lagi.” Kris akur dengan arahan Kia. Setelah itu Kia menarik kain sampin
itu ke paras pinggang Kris dan dia memandang pula Kris.
“Lepastu nak buat apa?”Tanya Kris.
Nasib baik setiap kali raya Kia pakaikan abang Kamal dia kain sampin, jadi tak
adalah jakun sangat bila Kris minta tolong dia.
“Awak pegang hujung kain tu...” Kris
memegang kedua-dua belah bucu kain sampinnya lalu Kia menolak masuk bahagian
tengah kain itu, rapat ke perut Kris.
Kia membulatkan matanya, boleh rasa ketak-ketak abdomen Kris tu. Tangannya
dibiarkan lama di situ, gatal Kia ni!
“Then what?” Suara Kris menyedarkan dia
kembali. Dia tersengih malu .
“Hujung kiri silangkan ke kanan,
kanan silangkan ke kiri.” Kata Kia cepat-cepat. Kris ikut sahaja telunjuk Kia.
“Lepastu, lipat lah. Gulung gulung
gulung.” Kris sudah membuat riak hairan ajaibnya.
“Tak pandai lah. Awak buatkan.”
Senang aja Kris mengarah. Kia mengeluh.
Tangannya
naik ke atas lipatan tebal itu lalu mula melipat masuk kain itu.
“Stomach
in, Kris. Tahan nafas. Susah saya nak selitkan ni.” Kris mendepakan
tangannya lalu menahan nafasnya seketika. Kia sedaya upaya menolak masuk
lipatan tebal tadi untuk diselit ke pinggang Kris.
“Okay, siap!” Kata Kia sambil
tangannya selamba menepuk sisi paha Kris itu. Kemudiannya dia menggigit bibir.
Alamak, lupa pula ni bukan abang Kamal dia. Dah tertepuk dah anak jantan orang
lain ni. Haiyo, bahaya kau ni Kia.
“Heh. Nanti hari abang saya kahwin,
awak kena ada sama tau. Saya memang tak pandai nak lipat benda ni sendiri.”
Lagi sekali Kia menelan liur. Dia jemput aku lah ni? Biar betik! Tak nak bawa
teman lelaki dia ke?
“Awak tak nak bawa boyfriend awak ke?” Mulut lembik Kia
terlepas soalan tersebut. Riak wajah Kris kembali menjadi suram.
“Orang tu tak wujud, buat apa saya
nak jemput. Saya jemput awak. Dah, ambilkan gambar saya.” Kia terus terdiam.
‘Kenapa Kris ni jadi macam moody aja
hari ni? Tanya pasal boyfriend pun
dia macam sentap. Siap alih topik lagi. Kris ni hari tu ceria, tapi kenapa hari
ni lain macam?’ Hati Kia tertanya-tanya. Namun, tangannya tetap mencapai
telefon bimbit Kris lalu mengambil beberapa gambar. Kemudian, dia menunggu Kris
untuk menyalin kembali bajunya dan membuat pembayaran.
“Okay, sekarang kita pergi cari
barang awak pula.” Kata Kris dengan ceria. Kia mengeluh halus. ‘Kris ni ada
butang on off ya? Sesaat moody, sesaat kembali ceria. Kenapa
macam ada benda tak betul je hari ni? Aura Kris macam lain sangat hari ni.
Kris...macam bukan Kris. Kalau sebelum ni Kris rasa macam warm, tapi hari ni Kris ni rasa macam darker sikit. Ada benda yang tak kena ni.’ Gumam Kia lagi.
Biarla Kia tak kenal Kris lama pun, tapi dia
pasti ada sesuatu yang tak kena dengan si Kristoffer tu. Tapi, apa dia?
Kenapa...ada satu perasaan halus dalam hati dia tiba-tiba dapat rasa yang Kris
ni macam beku sedikit dari kebiasaannya. ‘What
is wrong with you, Kris? Is there anything that you are hiding from me?’
Persoalan itu bermain di benak fikiran Kia.
Dah baca bab ni...tetiba rasa naknkia dengan kria boleh tak...hahahaha
ReplyDeleteoh no,,, kia dah jtuh hati,, hehe
ReplyDeleteAiyaa. Nape la slama ni die duk ngaku yag die tu gay??? Mesti ada kisah silam ni..
ReplyDeletebetty: yep, ada
ReplyDeleteOne good story sis... keep it up on writing...
ReplyDeleteHikhik... ambil kesempatan Kia ni ya...
ReplyDeletehomaii...awesome! kris and kia sound sweet. double k! but how bout ian? (>.<)
ReplyDeleterasa cam jatuh cinta lak ngan kris...eh, kris bukan gay ek...boleh la kia ngorat...nak kia couple ngan kris la...tanak couple ngan ian...
ReplyDeleteNk kris ngn kia jugak.. I'm rooting for them!!
ReplyDeleteKak shamien kalo kris dengan kia.. encik Ian dengan siapa?kesian dia -,- dengan saya jelah..haha
ReplyDeleteFarisya : hahahha...siapa kata kris ngan Kia. kalau tambah lagi satu watak lain haaaa...XD
ReplyDeleteHahaha...buat encik ian sweet okay?teruja nak baca bab seterusnya.. dulu silent reader je tapi bila shamien buat cerita lagi best rasa nak lompatt jeh nak komen bebanyak..haha.. *excited terlebih* opssssll
DeleteBest..kia gan kris...
ReplyDeleteKris mcm suwiiiiit je dgn kia....n3 ni patutnya ckup...tapi kristoffer punya psal, rasa mcm bca 3 bris je...love it!!
ReplyDeleteKia dgn kris jer lah...mcm sweet jer dorg nih.. :)
ReplyDeleteteruja nak baca yg seterusnya...so sweet!!!
ReplyDeletejust passing by, btw tq for using my name..kia & kiasatina..haha
ReplyDeleteit is your name sis, and you know it! haha
Delete