Aidilfitri
2012
Wawa
resah sendirian di dalam bilik. Termasuk kali ini, entah berapa kali sudah dia
jalan dari pintu ke tingkap biliknya itu. Resah, resah, ibu ni pun, kenapa ajak
dia tu datang rumah malam ni untuk berbuka? Tunggulah orang keluar ke, orang
tak ada dalam rumah ke, ini tidak. Kalau setakat Mak Lang dengan Pak Lang
datang tak apa, ini kenapa si dia itu pun mesti ikut serta?
“Wawa! Wawa! Hey budak bertuah ni,
dia kunci pulak pintu bilik dia ni. Open
this door.”
Wawa menggigit bibirnya. Kalau ibu
dah turut dia sampai ke bilik ni memang nahas la dia kena lepas ni. Baik akur,
kalau tidak semalaman ibu akan membebel.
“Kejap ibu, I’m in the loo.” Bohong Wawa. Tipu sunat sekali sekala dua kali dua
kala tak apa kan?
“Ish budak bertuah ni. Lepas ni
keluar pergi buat air. Mak Lang dah sampai ni. Thariq pun ada ni. Dah nak
berbuka ni pun. ”
Wawa
menggigit bibirnya lagi. Hah, gigitlah sampai berdarah bibir tu. Ibu ni pun,
tak perlulah nak sebut nama si Thariq tu. Oops, Abang Thariq yang tuanya lebih
lima tahun dari Wawa itu. Wawa serba salah hendak keluar, berdebar tahu bila
bertembung dengan mata hijau-kebiruan si Thariq tu, dapat dari genetik sesat
arwah nenek agaknya. Dari dulu lagi dia pasang angan-angan nak jatuh cinta
dengan Thariq, tak sangka terbawa-bawa sampai ke besar. Masa Thariq ke luar
negara untuk sambung belajar, Wawa ingat infatuation
dia sudah berlalu, tapi bila jumpa balik , hati masih berdebar. Tak patut
betul rasa ini, dia tu abang sepupu kut!
Nak
tak nak Wawa gagahkan juga kaki untuk keluar bilik. Rambut yang berwarna perang
itu disepit dengan banana clip. Cekak
rambut berwarna pink pula disemat di atas kepala, rambut depan dah
panjang, tak sempat potong. Kalau aku keluar pakai tudung depan mak lang ni
pula nanti dia kata buang tebiat, iyalah, selama ini depan sepupu sepapat mana
ada dia bertudung. Siap boleh main tepuk tampar lagi, heh, tapi dengan Thariq
gila kau nak tepuk tampar! Sekali dah terpikat, baik elak terus!
Wawa
melangkah turun ke ruang tamu. Riuh ruangan itu. Dengan jenaka Pak Lang hinggalah
ke aduan dari Tania, si adik Thariq itu. Mereka terdiam apabila Wawa muncul
untuk menyalami Mak Lang dan Pak Langnya.
“Amboi
kau, ingat tak nak turun dari bilik tadi. I’ve
been here for half an hour wahai anak sedara, kau duk mengeram apa dalam bilik
tu? Beg-Beg semua pun dah siap susun daam bilik tetamu tu ha, bagus punya anak
sedara kau ni minah.”
Itu
ha, sedas Mak Lang bagi.Wawa pula tarik sajalah senyuman bersalah dia tu. Mak
Lang dari KL, wajib setiap kali aidilfitri mereka turun ke Melaka, iyalah,
ramai saudara mara berada di Melaka, di KL tu siapalah yang adanya. Badan Mak
Lang dipeluk erat.Sinis tak sinis, inilah satu-satunya Mak Lang yang Wawa ada.
Sayang tau tak. Calon mertua paling sesuai ni ha.
“Makin
kurus kau ni ha Wawa, tulang aja.”
Komen
Mak Lang, Wawa hanya mampu gelak. Eheh, kurus dia kata aku?Mak Lang oi, kalau
duduk ni boleh berlipat tau perut ni, kurus ke macam tu? Dia beransur untuk menyalami Pak Lang pula,
Pak Lang turut dipeluk sekejap. Begitu
juga dengan Tania. Namun, baru saja dia ingin mengangkat kaki ke dapur, si dia
itu pula yang menghulurkan tangan. Erk! Kena salam jugak eh? Kalau ikut hukum
batal air sembahyang ni, tapi dah terbiasa salam sepupu lain, kenalah jugak
kan?
Nak
taknak, Wawa bersalaman dengan Thariq, namun yang paling dia rasa jantung dia
hampir melayang apabila tangan Thariq turut menariknya kedakapan untuk dipeluk
sesaat dua. Muka Wawa menjadi merah. Agak-agak kalau aku pakai tudung depan dia
lepas ni dia berani lagi ke mintak aku salam dengan dia? Tanya Wawa sambil
melepaskan pelukan itu. Tak berani hendak bertentangan mata dengan si dia,
nanti makin ‘terjatuh’.
“You’ve grown taller dik. Last I saw you kepala tak cecah pun bahu
abang.”
Selamba
si dia bertutur. Wawa hanya tarik senyuman. Awkward!
Kalaulah Thariq tahu dia memasang angan-angan nak kahwin dengan Thariq,
agaknya Thariq pun tak akan bercakap dengan dia. Euh! Zaman sekarang mana dah
ada kahwin kaum kerabat sendiri. Pelik tu!
“Hish
abang ni, tentulah Kak Wawa dah tinggi. The last time you saw her was like three years ago!”
Tania
mencelah. Thariq menarik sebuah senyuman nakal, tangannya menggaru kepala yang
tidak gatal. Mata masih menikam wajah Wawa. Wawa yang sudah tak tahu hendak
pandang mana terus menekur lantai.
“Well you have grown like another 3 inches
then, Wawa.”
Selamba
badak saja si Thariq ni berkata sambil menepuk-nepuk kepala Wawa. Nak cakap pun
cakaplah, tangan tu toksah la tepuk tepuk kepala aku ni ha. Tahulah dia tinggi
melangit nun sana, kita ni pendek, duduk tepuk kepala orang nanti makin pendek,
niaya tau! Gumam Wawa dalam hatinya.
“Ish
Thariq ni, tak baik main kepala ni. Dah, Wawa, Mak Lang nak rasa air tangan
kamu masa berbuka ni. Pergi masak ke, bancuh air ke, asal aku rasa air tangan
kau dah cukup. Rindu tahu!”
Ini
lagi seorang. Mak Lang Mak Lang, super
duper cool punya aunty! Selamba ber-aku-kau dengan anak saudara. Wawa
tayang sengih.
“Iya
Iya, Wawa pergi ni. Ibu, ada lagi ke benda nak kena masak ni?”
Wawa
bertanya. Ibunya yang sudah melabuhkan punggung di sisi mak lang hanya
tersenyum. Senyum berfikir lah tu.
“Wawa
tolong rasa garam dalam masak lemak cili api tu, lepas tu tolong gorengkan
sayur. Itu je kut.”
Zap!
Terus muka Wawa terasa bahang. Ish Ibu ni, kantoi tak puasa hari ni. Wawa hanya mengangguk.
Sebelum
dia sempat melangkah pergi, dia sempat memandang Thariq yang kembali duduk di
sofa itu. Muka Thariq tengah nak tahan gelak, nak gelakkan dia lah tu. Ibu ni
pun satu, tak perlu kut announce pada
semua orang yang dia tak puasa.
Wawa
menggigit bibirnya. Dia dapat melihat Thariq yang sedang mengacahnya itu.
Apabila dia lalu di hadapan Thariq, sempat lagi lelaki itu berbisik padanya.
Memang kaki mengacah betul!
‘Ouh...tak puasa ye? Berkurung dalam bilik
tadi mesti tengah makan kan??!’
Wawa
terus memanjangkan langkahnya ke dapur. Thariq dibiarkan sahaja. Hanya Tuhan
yang tahu betapa laju jantungnya sedang berdegup tika ini. Hesh Thariq,
tolonglah jangan bergurau, kalau boleh tolong jangan cakap pun dengan aku, tak
mahu rasa yang tak diundang ni semakin hari semakin menebal. Please just stop noticing me, if possible! Namun,
itu hanya terungkap di dalam hati Wawa. Mahu kena sepak dengan Mak Lang serta
ibunya kalau dia cakap macam tu pada abang sepupunya itu. Nanti dia kata
sengaja nak putuskan hubungan kekeluargaan.
Hish, mintak jauh!
Thariq
pula menarik senyum yang manis. Haih, sudah lama tak usik Wawa ni. Sekali dah
usik, gian nak usik lagi. Budak tu cepat sangat termalu sendiri, makin seronok
jadi bahan. Tania, yang dari tadi berada di sebelah Thariq hanya menggeleng
kepalanya. Abang dia ni, kuat sangat sakat Wawa. Dari kecik sampai besar.
“I saw that, abang.”
Tania
berbisik pada telinga Thariq. Tak boleh cakap kuat-kuat, nanti kacau orang
tua-tua tengah bersembang.
“Saw what?”Thariq
sudah tarik muka cemberutnya. Dasar adik busybody.
“Dah-dah
lah sakat Wawa tu. Kesian dia.”
“Eh
suka hati abanglah. Wawa pun cousin abang
jugak.Rindu nak sakat dia.” Sangkal Thariq.
Hello, nak sakat sepupu pun kena minta izin eh? Macam mana dia sakat Tania, macam itulah dia sakat Wawa. Dah namapun pangkat adik, tak salah pun nak acah-acah sikit. Mama dengan Ibu Waw pun tak cakap apa, Mak Ngah dia tu lagilah sporting. Dia acah Wawa , Mak Ngah lagilah tambah petrol bagi sedap nak acah anak dara dia yang sorang tu. Lagipun, dah lama tak jumpa Wawa, tambah-rambah Wawa tu macam selalu nak elak dia. Kalau tinggal dia sorang-sorang, jangan harap Wawa tu nak buka mulut nak tegur dia, pelik bonar daro sorang tuh!
Hello, nak sakat sepupu pun kena minta izin eh? Macam mana dia sakat Tania, macam itulah dia sakat Wawa. Dah namapun pangkat adik, tak salah pun nak acah-acah sikit. Mama dengan Ibu Waw pun tak cakap apa, Mak Ngah dia tu lagilah sporting. Dia acah Wawa , Mak Ngah lagilah tambah petrol bagi sedap nak acah anak dara dia yang sorang tu. Lagipun, dah lama tak jumpa Wawa, tambah-rambah Wawa tu macam selalu nak elak dia. Kalau tinggal dia sorang-sorang, jangan harap Wawa tu nak buka mulut nak tegur dia, pelik bonar daro sorang tuh!
“Rindu
nak sakat dia ke rindu kat dia? Abang suka Wawa eh?”
Kata-kata
Tania itu membuat Thariq terdiam. Eh?
Budak ni, aku lekuk jugak karang. Pandai dia buat andaian.
“Jangan
sibuk budak kecik!Dah, pergi tolong Wawa kat dapur tu. Anak dara pemalas sorang
ni!”
Kata
Thariq sambil mencubit paha adiknya. Tania mengusap tempat yang perit dicubit
itu lalu memandang abangnya dengan tak puas hati. Thariq menayang muka ada-aku-kesah-aku-cubit-kau.
“Mama!
Tengok abang ni. Dia cubitnya Tania.”
Adu
Tania kepada Mamanya yang rancak berborak itu. Mak Lang hanya memandang anak
gadisnya sekilas, lalu memandang wajah anak terunanya yang tengah mempamerkan
muka tidak bersalah itu.
“Hish,
you both kan, tak boleh tengok Mama
senang. Ingat senang Mama nak duduk berborak dengan Mak Ngah kamu ni? Thariq, behave! Tania, go help Wawa in the kitchen. Anak
dara apa macam ni yang tak reti nak bawa diri kat rumah orang.”
Sedas
Mak Lang bagi. Heh, jangan ingat doktor pakar sakit puan tu nak bagi muka dekat
anak-anak dia ni. Tania makin tarik muka, tadi kena dengan abang, sekarang Mama
dia pula. Thariq lagilah, sedap-sedap bisikkan padan muka pada Tania. Tania
ingin mengadu kepada Papanya namun dibatalkan hasrat apabila melihat papanya
dengan Pak Ngah sudah menghilang ke mana.
“Dah,
pergi masuk dapur. Kesian Wawa tu.” Sekali lagi Thariq berpesan. Tania terus
bangkit, panas telinga duduk tepi abang dia tu. Seraya Tania pergi, kepala Mama
dengan Mak Ngahnya terus memandang Thariq. Thariq yang baru ingin membaca mesej
yang baru diterimanya itu terus terbantut niat. Hah, ni kenapa pandang aku
semacam ni?
“Ariq,
ni Mama nak tanya, bila nak bawa girlfriend
kamu jumpa Mama?Kamu tu dah tiga puluh nak masuk tiga puluh satu, rasanya
dah boleh mama bermenantu ni.”
Aish!
Thariq mendecitkan lidahnya. Dah, mula dah. Tania ke siapa-siapa tak ada je,
soalan ni yang wajib diutarakan. Rambut coklat itu diseka ke belakang.
“Ariq
mana ada girlfriend Ma, I’m not getting married.”
Selamba
Thariq berkata. Mamanya terlopong apatah lagi MakNgahnya. Mak Ngah cepat-cepat
beralih kedudukan, dari sisi Mamanya, terus berpindah ke sisi Thariq. Tangan
anak saudaranya itu diraih.
“Kan
Lang dah cakap Ngah, dia tak nak kahwin. Ish, pening kepala aku Ngah oi!” Adu
Mak Lang sambil membaling sebuah kusyen ke arah anak terunanya itu. Thariq
tergelak. Namun Mak Ngahnya masih tayang muka serius.
“Ariq.
Kenapa tak mahu kahwin? Rugi betul lelaki kacak macam kamu ni tak nak kahwin.
Ke kamu tak minat perempuan?”
Mak
Ngah bertanya. Thariq memandang Mak Ngahnya. Jawapan yang sering diberitahu
mamanya, turut diberitahu sama Mak Ngah.
“Ariq
bukan tak suka perempuan Ma, Mak Ngah, tapi kadang-kadang tu mak mertua bukan
macam mak kita sendiri. Lepastu ada adatlah, macam-macam yang makin complicate things. Lagi satu, Ariq kerja shift, oncall lah macam-macam, ada
isteri collegues Ariq yang siap
mintak cerai sebab mereka tak sanggup nak cope
dengan a doctor’s hectic life. In
short, marriage will complicate things further.”
Itu
dia, panjang lebar Ariq menjelaskan kenapa dia tak mahu kahwin. Mak Ngah hanya
mampu mengangguk. Tak apalah, asalkan dia tidak gay, dah cukup.
Thariq
mencapai telefonnya dan membaca mesej yang diterima tadi. Haih, lagi sehari
mahu raya, mesej raya dah masuk berduyun-duyun. Semangat orang Malaysia ni nak
sambut hari raya.
“Eh!!
Tania jangan masukkan lagi tu. Auch!” Kedengaran suara kalut Wawa dari dapur.
Selepas itu kedengaran dia mengaduh. Mak Lang dengan Mak Ngah terus memandang
muka masing-masing. Thariq juga menegak di atas kerusi. Apa yang kalut sangat
tu?
“Oh my god! Akak
banyaknya darah!!” Giliran Tania pula menjerit.
Apa?????
“Pegang akak Tania!!” Mereka dapat
mendengar Wawa menjerit dan kemudiannya diikuti dengan bunyi kaca pecah. Thariq
sudah bingkas dari duduknya, terus menghala ke arah dapur. Langkah kakinya
menjadi laju setelah matanya menangkap situasi di ruangan dapur itu.
“Abang!!!! Kak Wawa pengsan!” Adu Tania
setelah Thariq tiba. Di belakang Thariq terdapat Mamanya dan juga Mak Ngahnya. Thariq terus menyerbu adiknya yang tengah
meriba kepala Wawa yang sudah terbaring itu. Kaca bersepahan di lantai dihiraukan.
Yang penting, dia harus memastikan keadaan Wawa itu.
**Di dapur Wawa *eh sama macam tajuk cerita kak Ika Madera pulak*** before the chaos*
“Hye kak Wawa, ada apa-apa yang boleh
Tania bantu?”
Tania
bertanya sambil mencuit pinggang Wawa. Wawa tergelak dengan sikap keanak-anakan
Tania itu, padahal mereka hanyalah berbeza 2 tahun.
“Hee,
budakni. Akak tak gelilah kat situ.”
Wawa
menjawab, sambil memercikkan air pada muka Tania. Tania menggelengkan
kepalanya.
“Akak
tak sayang suami ye? Dulukan, masa Tania sekolah, kawan Tania kata kalau tak
geli kat pinggang tu maknanya tak sayang suami.”
Tania
sudah mula mengarut dengan falsafah ntahpapa
dia itu. Wawa semakin rancak memotong lobak.
“Pandai
je kamu. Nonsense lah benda tu semua.
Eh yang, passkan pisau seramik tu,
pisau ni tumpul lah.”
Arah
Wawa. Tania pula selamba mencapai pisau seramik itu dari laci. Wawa membulatkan
matanya.
“Eih
budak ni tak sayang tangan ke? Pisau seramik tu sekali kena memang mahu
terputus tangan tu.”
Sejurus
itu Wawa cepat-cepat melepaskan pisau itu seperti memegang benda beracun. Fobia
betul gamaknya. Wawa hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Nak
tolong sangatkan? Itu ha, pergi tumis bawang dalam kuali.”
Arah
Wawa lagi. Tania hanya menjunjung perintah. Kuali diletakkan di atas dapur.
Wawa mencapai pisau yang dicampakkan Tania tadi lalu menyambung proses memotong
kobis itu.
“Kak,
masuk bawang eh?”
Tania
tanya setelah dia memasang api di bawah kuali. Wawa hanya mengangguk dan
menjawab ‘hmmm’ sepatah. Tania mengambil bekas bawang lalu membawanya ke kuali.
Namun, belum sempat isi kandungan bekas itu dicurahkan ke dalam kuali, Wawa
sudah menjerit terkejut.
“Eh!!
Tania jangan masukkan lagi tu. Auch!”
Wawa
menegur, dan serentak itu dia mengaduh. Namun tangan kanan yang tadinya
memegang pisau telah merampas kembali bekas bawang itu. Kepala digelengkan sama
Tania.
“Alahai
anak dara, minyak tak ada dalam kuali. Takkan nak goreng terus bawang ni?”
Tegur
Wawa sambil tangannya memegang jar yang terluka, namun mata Tania tidak melihat
Wawa malah dia lebih tertumpu pada tangan kiri Wawa. Dia sekarang tahu kenapa
Wawa ber-auch tadi. Darah merah pekat sudah mengalir dari jari telunjuk dan
menitis ke lantai. Namun, Wawa masih belum terperasan dengan jarinya yang terkena
pisau seramik itu.
Tania
lantas mematikan api di bawah dapur dan mencapai tangan kiri Wawa. Wawa
terpana. Dia melihat jarinya yang terluka itu. Darah pekat itu membuat
pandangannya berbalam. Oh no, mabuk
darah dia datang dah ni! Tak boleh tengok darah segar!
“Oh my god! Akak banyaknya darah!!” Tania
cemas menjerit. Wawa sudah dapat rasakan kakinya tidak jejak lantai. Mata
berpinar. Dalam kepalanya hanyalah nampak jarinya yang terluka teruk itu. Haih,
lain kali guna sajalah pisau biasa, pisau seramik tu terlampau bahaya, tajam
sangat!'
“Pegang
akak Tania!!” Jerit Wawa apabila dia dapat rasakan dia ingin pengsan. Setelah
itu semuanya gelap. Namun, dia masih dapat mendengar Tania memanggil abangnya
dengan cemas.
“Abang!!!!
Kak Wawa pengsan!”
***
Wawa
terkelip-kelip memandang siling rumahnya. Pipinya basah, sah kena renjis air
ni. Jarinya pedih dan berdenyut-denyut. Namun, dia dapat rasakan jarinya sedang
dibalut oleh sesuatu. Kepala disengetkan ke tepi dan matanya membulat. Mata
koko menikam mata hijau biru itu. Oh no, kalau
tadi pengsan, ini boleh dapat cardiac
arrest! Thariq, boleh tak awak cabut mata awak dan letak kat tepi sekejap,
saya tak tahan pandang mata sexy awak
tu!Namun, itu hanyalah di dalam hati
sahaja.
Thariq
yang sedang khusyuk membalut luka itu memandang ke arah Wawa apabila dia
tersedar. Wajah pucat itu lambat-lambat pusing ke arahnya. Lama Wawa
memandangnya, Thariq hanya teruskan membalut.
“Dah
boleh bangun?”
Sepatah
Thariq bertanya. Tadi bukan main cuak dia dibuatnya. Rupa-rupanya Mak Ngah
bagitahu yang memang si kecik ni mabuk darah. Haih, dahlah kena pisau seramik
memang dalam lah luka tu. Kalau luka dalam, darah yang keluar pun dua kali
ganda lah kan daripada luka pisau biasa. Logik kan?
Nak
tak nak tadi terpaksalah Thariq yang mengangkat Wawa. Takkan nak suruh kaum
wanita, dan takkan nak suruh Pak Ngah pula kan? Karang ada jugak yang terslip disc. Kalau Wawa tahu tadi, memang
sah setahun dia akan mengelak Thariq.'
“Dah.”
Jawab
Wawa perlahan. Thariq bingkas dari silanya lalu mengangkat kaki Wawa lalu
menjatuhkannya kembali ke ribaannya. Sangat selamba. Wawa nyaris ternganga.
“Okay.
Dah, bangun pergi bersiap. Abang nak bawa Wawa pergi klinik. Luka tu kena
jahit. Dalam.”
Wawa
terus menarik kakinya dan duduk bersila. Wajah Thariq dipandang cuak. Thariq
serius.
“Ap..apa?
Abang jangan buat lawak. Kalau darah pun Wawa tak tahan, apatah lagi stitches?You want me to faint again? Tak
lawak okay!”
Sangkal
Wawa, keras. Thariq mengeluh perlahan. Muka aku macam muka lawak ke, Wawa oi!
Ini muka doktor yang paling serius ni!
“Tak
lawak. Luka tu dalam. You want to be
infected and lose a finger or see the doctor and get some stitches?”
Tegas
Thariq memberi pilihan. Wawa menggigit bibirnya. Jarinya dibelek dan bandage diperiksa. Masih berdarah.
Kemudian matanya kembali memandang Thariq yang turut memerhatikannya.
“Abang
kan doktor. Abang tak boleh jahitkan?”
Wawa
bertanya dengan riak tak bersalahnya. Thariq tersenyum pula, sudah tidak mampu
buat muka serius. Tangannya diletakkan pada betis Wawa.
“Abang
tak selalu bimbit jarum-jarum tu dengan Abang, sayang oi! Dah jom, abang bawa
ke klinik. Mak Ngah dah suruh abang jagakan kamu ni. Dia dah takeover dapur. Tania tu pun dia nak
sental elok-elok. Nak goreng benda pun tak reti tuang minyak dulu. Hish, anak
manja!”
Sempat
lagi Thariq merungut pasal adiknya. Namun, apa yang dia tidak sedar adalah Wawa
sudah tidak mendengar perkara lain selepas Thariq memanggilnya ‘sayang’.
Alangkah indahnya kalau gelaran itu memang khas ditujukan untuk dirinya sahaja.
Ouh, how sweet it is to be a Mrs. Thariq.
Hesh, mimpi sajalah kau Wawa oi!.
“Oi
Wawa. Mengelamun pula dia. Dah, pergi siap-siap. Abang tunggu dalam kereta.”
Wawa
berdongkol geram. Tengok tu, sempat lagi dia nak sakat Wawa. Wawa bingkas dan
berlalu ke biliknya. Namun, dalam geram hatinya berbunga. Secret crush panggil dia
‘sayang’, tentulah hati mencecah bintang!
***
Mata
yang bergenang itu memandang ke tepi.
Tak nak bagi orang sebelah tengok. Dahlah nak keluar dari kereta tadipun dah
kena heret, kecoh suasana di hadapan klinik itu tadi. Si Wawa berkeras tidak
mahu keluar, si Thariq berkeras mengugutnya, lastly, Thariq terpaksa
mengheret Wawa keluar dengan Wawa yang meronta.
“tulah, buat kerja lain kali mata tu guna untuk
tengok.”
Selamba
Thariq menyakat. Wawa gigit bibir. Ih lah dia ni kan, kalau aku tak crush sama dia, dah lama aku crashkan kepala senget mamat ni sekor!
“Abang diam boleh tak?”
Kata
Wawa geram. Iya, geram. Satu sebab dia terasa malu dengan seluruh rakyat di
klinik itu. Keduanya, malu dengan diri sendiri sebab bergelut tadi. Segala rasa
itu disalurkan kepada punca dia malu, yakni Thariq.
“Tak
boleh diam. Bosan.”
Selamba
Thariq menjawab, namun matanya memandang sahaja doktor yang sedang menjahit
jari Wawa itu. Sah doktor baru ni, pegang jarum pun terketar lagi. Apa lah nak
jadi ni.
“Tsk!Lambat
lagi ke doc?”
Tanya
Wawa sambil kepala memandang siling. Nak harap dia pandang jarum tu, memang
cari pada jawabnya. Dia sempat lagi menangkap gelak sinis Thariq di sebelah
apabila doktor tu kata sikit sahaja lagi.
“Dah,
turun dah harga hantaran dia, confirm ada
parut kat jari tu nanti.”
Acah
Thariq lagi. Badan disandarkan pada belakang kerusi dan tangan di bawa ke dada,
kaki dilunjurkan. Mata masih lagi khusyuk memandang jari Wawa yang sedang di
jahit itu. Wawa sudah tidak tahan dengan sikap Thariq yang suka mengusik itu
terus melarikan tangannya di atas paha Thariq lalu mencubit geram. Thariq hanya
mampu gelak, dan doktor yang sedang menjahit itu juga turut tergelak kecil.
“This jeans is thick enough Wawa. Tak
sakitlah.”
Terus
Wawa menarik tangannya. Malas nak layan Thariq. Makin hancur hati dia. Baik bolayan sahaja. Wawa mengetap bibirnya
dan dapat merasakan pipinya membahang. Apa yang dah merasuk dia sampai dia
gedik nak main cubit-cubit ni?
***
***
Jari
berbalut dipandang sepi. Haila, raya
kali ini dengan jari berbandage. So not
fun! Kepala diteleng ke tepi,tadi geram, sekarang rasa kesian pula pada
Thariq, gara-gara dia, Thariq pun terpaksa berbuka di dalam kereta.
“Pelik.”
Sepatah
yang terkeluar dari mulut Thariq itu membuat Wawa tertanya-tanya. Hah? Apa yang
pelik sangat?
“Pelik
sebab selama ni Wawa asyik elak abang, dan sekarang Wawa tengah tenung abang
semacam.”
Zapp!
Terus pipi Wawa terasa bahang. Ish,, usik memanjang je kerja lelaki ni. Wawa
terus pandang ke hadapan kembali. Rasa kasihan tadi terus melayang entah ke
mana. Rasa geram kembali merajai hati. Tak habis-habis nak sakat orang! Nasib
baik dah sampai rumah.
“Ish.Ada-ada
je dia ni.”
Bisik
Wawa perlahan, namun masih boleh didengari Thariq. Tangan mengetuk-ngetuk
steering. Enjin dimatikan, namun kereta
masih terkunci. Matanya dikecilkan, wajah beku Wawa dipandang.
“Abang
nak tanya sikit.”
“Wawa
nak keluar, buka pintu.”
“Abang
perasan yang Wawa selalu elak abang. Kenapa?”
Lagi
sekali Wawa menggigit bibir. Permintaannya ditepis begitu sahaja. Wajah Thariq
serius. Ini, nak kena jawab apa? Kalau aku cakap perkara sebetulnya, mahu dia
mengamuk nanti. Tapi...
“Nak tahu kenapa, saya tak suka dekat-dekat dengan awak? It is because of the fact that I feel something for you. So please main jauh-jauh kalau awak nak saya tak makin jatuh cinta pada awak.”
“Nak tahu kenapa, saya tak suka dekat-dekat dengan awak? It is because of the fact that I feel something for you. So please main jauh-jauh kalau awak nak saya tak makin jatuh cinta pada awak.”
Sedas
Wawa bagi. Thariq ternganga. Wawa, semasa tengah cakap tak bahasakan dia abang,
dan rasa sangat pelik dan sangat serius. Dan iya, Wawa serius. Thariq telan
liur. Dia masih memandang Wawa.
“Ouh?”
Sepatah
yang keluar dari mulut Thariq itu membuat Wawa makin geram. Dia dah luahkan apa
yang dia rasa dia tak mampu pendam, dan Thariq hanya cakap’ouh’??? Memang nahas
aku lepas ni! Wawa membuka sendiri selak pintu lalu bolos keluar. Persetankan
Thariq tu. Terkejut lagi agaknya.
“Wawa!
Wait...”
Thariq
bersuara kuat. Wawa hentikan langkahnya lalu mengepal buku limanya kemas di
sisi. Ih, apa lagi Thariq ni? Tahu tak betapa malunya dia untuk luah perasaan
sendiri?
“ Is what you feel for
me is love?”
Wawa
gigit bibirnya. Soalan Thariq dibiarkan di angin lalu. Kaki ini sudah tidak
mampu nak tampung badan dia, kalau dia cakap lagi, sah-sah dia akan pengsan
buat kali kedua. Wawa melangkah masuk ke dalam rumah, lagi sekali meninggalkan
Thariq sendirian. Thariq menggelengkan kepalanya.
Patutlah
selama ni dia elak aku, dia sukakan aku? Aiseh, macam mana ni? Sepupu sendiri
kut! Tapi, perasaan tu bukannya boleh nak halang kan? Thariq, now how would you respond to this sitch?
***
“Adik!!! Kau ni memang nak kena dengan aku kan? Ish, masalah betul.”
“Adik!!! Kau ni memang nak kena dengan aku kan? Ish, masalah betul.”
Rungut
Thariq geram. Macam mana tak geramnya, dah disuruh si Tania itu masukkan butang
baju melayunya, tapi hal sekecil itupun gagal dilaksanakan. Memang menyakitkan
hati betul, esok dah raya, malam-malam
buta ni mana nak cari butang baju melayu?
“Eh
abang ni, Tania ni adik abang, bukan bini abang, orang tolong kemaskan beg dia
pun dah okay apa! Pergi kahwinlah kalau nak ada orang tolong buat A-Z hah!”
Jawab
Tania geram. Iyalah, orang dah susah payah kemaskan luggage dia bukannya nak berterima kasih, makin dimarahnya ada. Apa
punya abanglah ni? Beg sendiri pun tak boleh kemas.
“Aku
kerja kan semalam? Lepas tu kena drive ke
sini pulak pagi-pagi buta. Ada kau dengar aku merungut?”
Perbalahan
semakin hangat. Masing-masing nak tunjuk besar kepala, sehinggakan Mak Ngah
mereka yakni mama Wawa pun hanya mampu gigit jari.
“Kenapa
tak suruh je aku bawak kereta tadi, abang? Hish!”
“Sudah!
Sudah! Heeyee, buat malu mama je lah! Thariq,
butang baju kamu tu boleh cari lah. Tania, hormat sikit, abang kamu tu
yang kamu duduk tinggikan suara tu.”
Mak
Lang mencelah. Apalah nak jadi, dahlah malam raya, rumah kakak dia pulak tu,
malu tahu! Gaduh macam budak kecil saja.
“Nak
cari kat mana mama? Malam dah ni.”
Thariq
bertanya malas. Tubuh dilabuhkan ke atas sofa. Kusut dapat adik macam Tania ni.
Satu benda pun tak reti nak buat elok-elok.
“Itu
ha, ajak Wawa. Dia tahu je tempat yang masih jual benda-benda macam cufflings tu.”
Celah
Mak Ngahnya yang muncul dari tingkat bawah. Nampak sangat mereka membuat
suasana menjadi kecoh sehinggakan Mak Ngah pun datang intai. Thariq memandang
Mak Ngahnya lalu mengangguk.
“Wawa
tak sibuk ke Mak Ngah? Kata nak anyam ketupat?” Thariq bertanya dahulu. Mak
Ngah hanya tersenyum sinis.
“Tangan
berbalut Ariq, mana boleh anyam. Dah dah, kamu pergi suruh dia temankan. Duduk
gaduh dengan adik kamu ni pun bukannya butang baju tu boleh muncul sendiri.”
Sedas daripada Mak Ngah membuat Thariq
menggaru kepalanya. Iya tak iya jugak kan?
***
“AEON”
“AEON”
Sepatah
dari Wawa yang dari tadi diam tak berkutik di tempat duduk penumpang itu.
Thariq hanya melepaskan keluhan. Ish la budak ni pun, tadi cakap ada perasaan,
lepastu sekarang dia buat endah tak endah je. Inilah lagi satu sebab aku sampai
sekarang tak paham perempuan. Banyak sangat moodswing!
Rungut Thariq dalam hati. Dia mencuri pandang ke arah Wawa yang beku disebelah.
“Jauh
lah. Dekat sikit tak ada jual ke?”
Pertanyaan Thariq itu mendapat jelingan tajam dari Wawa.
Thariq tersenyum sinis. Sebelum ni belum pernah Wawa jeling dia. Adoi, salah
tekan butang ni?
“Tak
cantik. Wawa ada ternampak haritu ada yang cantik kat sana. Gonna suit you well. ” Wawa berkata
selamba. Thariq hanya mengangguk.
“erm...Wawa,
should I respond to your sudden
confession? Abang rasa awkward sangat
ni.”
“Suka
hati. Wawa dah cakap apa Wawa rasa, dan Wawa tak expect apa-apa dari abang. Cuma iyalah, I am not comfortable with you sebab ada rasa tu.”
“Agak-agak,
kalau kita kahwin, rasa awkward tu
ada lagi tak?”
Wawa
memandang tajam Thariq di sebelah. Thariq tarik senyum senget. Gotcha!
“Huh?”
“Mak
Lang Wawa dah bising abang tak kahwin-kahwin, bila Wawa confess tadi, abang rasa tak salah kan kalau kita kahwin?”
“What! Tapi Abang tak cintakan Wawa.
Abang gila ke? Told ya I don’t expect
anything from you.”
“Kita
kahwin. Period!”
Tegas
Thariq. Lot parkir dimasuki dan kereta dihentikan. Thariq menghembuskan
nafasnya perlahan lalu memandang Wawa dengan senyuman manis.
“You idiot girl. I have been in love with you
since you were born! Ingat abang saja-saja ke nak volunteer kahwin? Abang pause
bila mama suruh kahwin sebab abang tunggu Wawa.”
Thariq
mengenyitkan matanya. Wawa terkesima. Sumpah aku tengah mimpi ni, kan?
“Huh?”
Wawa dah tak tahu nak cakap apa. Thariq
memegang kedua-dua belah pipi Wawa lalu mengangguk laju.
“Abang
tunggu Wawa, sebab tu abang reka alasan banyak-banyak.”
“HUH???”
Aidilfitri
2013
“ Mak Lang dah sampai!”
Thariq yang
sedang lena di sofa itu dikejutkan.
Thariq hanya membuka sebelah matanya lalu memusingkan badan ke arah
lain.
“Mak Lang apanya, mak mertua tu.
Mama lah.”
Sempat lagi dia
menegur Wawa. Wawa merengus.
“Suka hatilah, itu mak saudara saya
dulu. Baru mak mertua.”
“Bisinglah, abang nak tidur ni.
Penat drive.”
“Esh,
tahulah mak sendiri pun, tapi senonohlah sikit.”
Wawa
menguis-nguis bahu Thariq. Thariq sekadara bolayan.
“Ariq,
baring dalam bilik. Tak elok.”
Suara Mak
Ngahnya berjaya membuatkan Thariq bangun. Matanya digonyoh-gonyoh. Penat masih
belum hilang. Jam dipandang sekilas, dah pukul 6 petang, malam ni takbir. Esok
raya.
“Okay Mak Ngah.”
Wawa menjuihkan
bibirnya. Paha Thariq dicubit geram.
“Bajet sakit lah tu?”
Sarkastiknya mamat
mata biru hijau ni. Wawa mengecilkan matanya. Nak tunjuk samseng.
“Marah kita panggil mama dia Mak
Lang, dia panggil mama kita Mak Ngah tak apa?”
Thariq mencarik
senyum senget pada wajahnya. Kening dijungkitkan. Ada orang tak puas hati ya?
“Like
you said, Mama jadi Mak Ngah abang dulu, baru jadi mertua.”
Seraya itu dia
bingkas untuk menyambut kehadiran keluarganya. Tak perlu nak berebut raya kat
mana setiap tahun, memang jadikan rumah Mak Ngah dia ni port beraya.Senang cerita. Untungnya kahwin dengan sepupu sendiri,
tak banyak kecoh kalau nak pilih tempat beraya.
“Pandainya my ‘abang’ Thariq.”
“Thanks for the compliment.”
“Gosh,
perasannya.” Wawa menyilangkan tangannya ke dada. Thariq menayangkan muka
hebatnya.
“Macam wife dia yang sama naik perasan jugaklah.” Wawa ternganga. Eh eh
pakcik ni, suka hati mengata bini sendiri.
“I am not talking to you.” Bentak
Wawa.
“Ouh, okay, no duit raya!” Selamba,
Thariq ugut.
“Eh! Mana boleh!” Kaki Wawa
dihentakkan ke lantai. Macam budak-budak.
“Boleh aje.” Masih selamba.
“Hate you!” Bisik Wawa perlahan.
Thariq hanya mampu gelak.
“Love you too, Wawa.” Wawa cair lalu
memeluk suaminya. Thariq menepuk-nepuk kepala Wawa. Manja betul si kenit ni,
kalau sebelum dia tahu Wawa ada hati kat dia, nak nak aja Wawa elak dia
habis-habisan. Bila dah tahu, melekat macam magnet.
“Ohoi, kurus puasa bang. Lagi sejam
lebih nak berbuka.”
Tania yang
sedang memikul beg galas itu menegur suami isteri yang tengan ber-romantika d’amour
itu. Wawa cepat-cepat melepaskan pelukan Thariq lalu memeluk Tania pula.
“Kak, nanti Tania tolong goreng
sayur ya?”
Acah Tania. Wawa menggelengkan
kepalanya cepat-cepat.
“Parut ni masih belum hilang, jangan
mimpi nak masak dengan akak!” Wawa menayangkan jarinya yang pernah menerima
jahitan itu.
Dan,
mereka tergelak. Tania menarik muncung , tak sengajalah dulu tu, terlupa nak
masukkan minyak dalam kuali.
***
“Boleh ke tu?”
“Boleh ke tu?”
Wawa
yang sedang melilit selendang dikepalanya terhenti apabila melihat Thariq
sedang bersusah payah menyarungkan butang baju melayu. Kepala Wawa digelengkan.
Sepatutnya, sarungkan butang dulu baru sarungkan baju! Haiya ini orang haaa...
“Help.”
Wawa
meletakkan pin dia ke atas dressing table
lalu melayan suaminya yang gedik semacam tu.
“Ish
ish, sarung butang pun fail!Doktor ke
macam ni?”
Perli
Wawa. Thariq menarik muka bosan. Dahi Wawa diluku perlahan.
“Ini
orang nak romantik pagi-pagi raya lah cik adik! Dahlah, bagi balik then, I can do it myself.”
“Eh no! No! I was just
kidding.”
Wawa
menggigit bibirnya sambil memasang butang ke leher baju melayu Thariq itu.
Thariq tersenyum puas. Pinggang Wawa diraih dan dibawa rapat ke badannya. Wawa
mengeraskan badannya, dada Thariq dipukul perlahan.
“Duduk
diam-diam sekejap, abang. Last button ni.”
“Perasan
tak ni button yang mana?”
Tanya
Thariq kepada Wawa yang khusyuk itu. Wawa angguk sambil tersenyum.
“Yang
kita beli lepas abang suggest kita
kahwin.”Thariq senyum lebar. Hidung Wawa dikucup halus.
“Great choice, by the way.”
“Mengada.
Dah, siap-siap. Lepas ni nak buat scene
air mata pulak kat depan tu.”
“Bet
ya tak boleh lawan scene surprise tahun lepas.” Ucap Thariq sambil menyarungkan
kain sampingnya. Wawa yang kembali mengemaskan selendangnya senyum lebar. Suaminya
dipandang dari cermin.
“Memang
lah idak!”
Aidilfitri
2012
Setelah
semua orang selesai bersalaman dan meminta maaf, Thariq menghampiri Wawa dan
memegang tangannya. Wawa terkilan. Apa lelaki pujaan hati cuba nak buat
pagi-pagi raya ni?
“Jom,
kita terus terang.”
Sebaris
ayat itu mampu membuat Wawa menjadi beku. Thariq menganggukkan kepalanya, cuba
meyakinkan Wawa dengan keputusan mereka ini.
“Mak
Ngah, Mama, Papa, Pak Ngah...kami ada benda nak cakap.”
Semua
yang ada di meja makan itu berhenti mencedok lauk ke dalam pinggan. Mereka
menumpukan perhatian kepada Thariw dan Wawa, yang tengah berpegangan tangan
itu.
“Kenapa
Ariq?”
“Makan
dulu la bang, adik lapar ni.” Celah Tania, tangan masih lincah mencedok rendang
ke dalam pinggan. Thariq hanya menghiraukan adiknya itu. Masak tak reti , makan
saja reti.
“Ma,
Mak Ngah, kami nak kahwin.”
Semua
terdiam. Tania yang sibuk mencedok rendang juga sama. Wawa menyorok di belakang
Thariq. Mak Ngah terkaku, Mak Lang membulatkan matanya. Pak Ngah dan Pak Lang,
tersenyum lebar.
“Boleh
tak Mak Ngah, mama?”
Thariq
masih bertanya. Wawa sudah menyembamkan kepalanya pada belakang Thariq, kalau
boleh dia nak jadi invisible je tika
ini.
“Boleh!
Ngah, kita jadi besan! Syioknya! Tahun-tahun kita boleh beraya sama Ngah! Aku
suka!”
Mak
Lang memecahkan kesunyian. Badan Mak Ngah dipeluknya erat. Thariq tersenyum
sambil menarik Wawa kembali ke sisinya.
“Whoa,
great decision abang!” sorak Tania sambil memeluk Thariq dan Wawa.
“Wawa
dengan Thariq? Wah Lang, my besan!” Mak Ngah yang seolah-olah baru tersedar itu
memeluk kembali Mak Lang. Aidilfitri paling bermakna agaknya.
“Now,
you are my Wawa.” Bisik Thariq perlahan. Pinggan diambil, baru terbuka selera
nak makan.
Wawa
tersenyum, tangan yang berbalut dijadikan lapik ketika memegang pinggan. Tangan
yang elok mencedok lauk. Thariq yang sedar Wawa yang kekok memegang pinggan itu
terus mengambil pinggan dari tangan Wawa.
“Jari
berjahit kena jaga elok-elok. Wawa duduk, abang ambilkan lauk.”
Wawa
senyum segaris. Owh, my abang Thariq, thanks
a lot! The best Eid ever, kalau
tahu Thariq pun simpan rasa yang sama, dah lama dia terus terang. Owh, yang
lepas biarlah lepas. The future with
Thariq is waiting!
Aidilfitri
2013
“Wawa,
raya tahun depan kita tambah ahli nak?” Tanya Thariq sambil membilas
pinggan-mangkuk di dalam sink itu. Wawa yang sedang menyabun semua pinggan itu
terhenti seketika. Huh?
“Ahli
apa abang?” Tanya Wawa, naif sangat leh tu?
“Ahli
keluarga lah! Nak baby.” Thariq kata
spontan. Wawa tersenyum.
“Nice plan.”
Wawa
tersenyum penuh makna. Tangan dibilas dan seterusnya dia turut membilas tangan
Thariq. Thariq menjungkitkan keningnya.
“Kenapa?
Tak habis lagi basuh pinggan ni.”
Wawa
sekadar tersenyum dengan kehairanan Thariq.
Tangan Thariq yang masih basah dilekapkan pada perutnya. Dia memandang
Thariq yang masih hairan itu lalu mengenyitkan matanya. Thariq ternganga luas.
“Ouh??”
Luah Thariq, senyuman mekar pada wajah.
“Yes
my abang Thariq, ouh!” Balas Wawa, juga tersenyum. Seriously, nice plan indeed Thariq. Nice plan!
The End.
bestlah nak lagi...........
ReplyDelete"Kalau aku keluar pakai tudung depan mak lang ni pula nanti dia kata buang tebiat, iyalah, selama ini depan sepupu sepapat mana ada dia bertudung."
ReplyDeleteIdealnya, wajib sarungkan tudung tu & x boleh salam. Tapi realitinya, memang ramai yang begini.
NIce plot! ^_^
btw, cik penulis copy paste 2 kali cerita ni.
Chomellll..!!
ReplyDeleteYup.. Realitinya ramai cmtu..
~ma
Betul tu cik n.haliban..
ReplyDeleteBut i'm one of the reality huhu
X tau cmne nak start kan perubahan tu
Anonymous : bukan awak sorang, saya pun. We are that close, memang serious tak tahu mana mau mula.
ReplyDeletebetulkan yang biasa. biasakan yang betul :)
DeleteBetul, mudahan kita dimudahkan Allah menjalankan yg benar
Deletenice story
ReplyDeleteya... memang susah nak mula... hana pun rasa pelik ja bila tiba2 bertudung dpn sepupu sebab x nah buat.... susahkan walau tahu mereka bkn mahram kita ;)
ReplyDeleteshana, =D yes. But hopefully we try our best from now.
ReplyDeleteBest sgt...nk lgi...
ReplyDeleteIt was the same for me too before, but then bila fikir balik, mana lagi penting? To please Allah or to please my family? So I chose to start wearing tudung and to stop salam my uncle ipar semua. First first kenalah jugak kutuk semua kan, buang tebiat ke hapa, tapi nak buat mcam mana? Buat taktau jelah, and now Alhamdulillah diorang dah boleh terima though it's still a little awkward. This is what happens when people put cultures ahead of syariat. I'm glad to see ramai yang feel the same way as me too. let's start changing for the better aye?
ReplyDeletesama...cuma salam 2 x la...kalau ngan pak cik n sepupu lelaki...berlapik kalau dyeoeg hulur tgn nak salam..kalau x sambut..kata kurg ajar pulak..x hormat org tua...
ReplyDeleteYeah too hard. Me too. But now alhamdulillah. Im wearing hijab. Dulu yes. Depan spupu tak pakai. Lngsg tak mlu. Yalah kecik lg. Skrg kn dah bsar. Wajib menutup aurat u. However best i like
ReplyDeletePndek, tepat n padat.nice shot.hihi..tq winnn..
ReplyDelete=D thanks, *if only i know your name *
ReplyDeletealala..bestnyaaa..senyum je dr mula smpi ending..thehehe
ReplyDelete-Yannie-
redpepper
ReplyDeletebest.packed wf phantasy huh? Lol jk ^^
n btw, moh ler sesame pakai tudung tuh..
YANG TAK TERBIASA BERMULA DENGAN KETERPAKSAAN.
DARE TO TRY SOMETHIN NEW ;BUANG TEBIAT TUH OSEM
redpepper
ReplyDeletecop, TERBIASA BERMULA DENGAN TERPAKSA, tht's exctly what did I mean. wahaha. Kay, slh struktur ayat. Lol -,-''
same here..masalah bersalaman nie dah diterap dari kecik..bila dah besar,kite kene pandai mengelak dan senyum n tunduk hormat je la bila mereka hulur salam..mengharapkan mereka paham..n yeahh,mereka paham.. :) btw,sweet story!!
ReplyDeleteBefore this saya pun macam tu..tp saya try..pakai handsock,stoking,pakai tudung..ok..rasa tenang..walaupun tudung tak labuh..tapi tutup dada..memang cousin and family rasa pelik..diaorang tegur tanya saya nak keluar ke..saya hanya mampu tersenyum...
ReplyDeleteLps dengar ceramah ustaz kazim pasal halal haram dlm hubungan keluarga sy trus x salam tgn lg dgn anak2 saudara dan sepupu lelaki yg dh akil baligh...klu diaorg tnya sy just jawab " awak dh besar lah"
ReplyDeleteooooooh…nak fengsan…sweetnye citer ni..good plot and excellent flair of writing..thumbs up
ReplyDeleteohsem. super duper like. =) great job.
ReplyDeleteSaya dlu gitu la..dgn spupu spapat mmg x pkai tdg sbb family sya gitu...tpi bila first time nk pkai tdg dpn spupu spapat mmg plik...ada yg x kata pa..ada pak cik sya kata 'eh..bdk mne ni' bila sya pkai tdg dpn family..tbi sya snyum n buat donno je...n skrg saya ok...dh slesa..
ReplyDelete