Qays membuka matanya yang masih berat itu. Dahinya
terasa sejuk. Dia meraba kepalanya, basah. Ada tuala basah yang terlekap di
dahinya. Eh, sekarang ni dah pukul berapa?
Qays memandang
sekitar biliknya itu dan membuang pandangannya ke luar sliding door verandah.
Langit sudah nampak gelap. Mesti dah nak Maghrib ni.
Tiba-tiba pintu
terkuak. Muncul EE dengan menatang dulang. Hurm, sedapnya bau.
“Owh? Kovu comel
dah bangun? Sayang baru nak kejutkan. Asar dah masuk, nak solat dulu ke nak
mamam?”
Qays rasa macam nak
hantuk kepala dia pada palang katil. Kenapa EE ni buat suara comel macam tu
hari ni? Special treatment untuk orang sakit ke?
“Baru nak Asar?
Mamam?”
Qays bertanya
dengan suara yang serak. Seriously? Mamam, ingat aku ni budak dua tahun ke? Sah,
Qays ni demam. Tadi kemain takmo mengaku
dengan Shah.
EE pula pandang
Qays dengan muka yang comel tu. Rambut dia pun siap buat tocang dua lagi, pakai
pun dress warna pink paras lutut. Barbie ke hapa ni?
“Uhuh, luar gelap
sebab nak hujan. Kovu mamam dulu ya? EE suapkan?”
Qays angguk. Dia
menolak badannya ke posisi duduk. Mau tercekik ke makan sambil baring.
EE pula bertatih ke
sisi katil dan duduk bersila di samping Qays. Dia menyudu nasi yang ditanak
super lembik itu dan digaulkan dengan stew ayam itu. Yummy!
“Say A’a baby
boy...”
Lagi sekali Qays
rasa nak hantuk kepala dia. Tadi Kovu comel, sekarang ni baby boy pula? Bini
aku ke aku yang tak sihat ni? Nak tak nak dia nganga jelah, dah si bini dia tu
masak sedap, takkanlah taknak makan.
“Oh! Amboi, suap
menyuap pula ya? Hye my lovely super duper handsome brother in-law!”
Itu dia, nyaris nak
tersedak dah tadi Qays tu. Izz ada kat sini? Sejak bila mamat doktor ni ada? Oh
hell, lupa adik ipar dia ni ada basis medicine, sah-sah lah EE call Izz suruh
check keadaan Qays tu.
Izz masuk ke dalam
bilik Qays dengan gaya selamba dia. Siap stetoskop gantung dekat leher tau. Itu semua POYO! Hah.
“Hye Izz. Lama tak
dengar khabar.”
Qays tegur sambil
senyum senget pada Izz. Izz menggaru kepalanya. Dia pandang ke arah EE yang
sedang meniup nasi ayam stew itu.
“Kak, kenapa buat
stew bukan sup? Soup gives more energy lah.”
EE menghadiahkan
Izz sebuah pandangan maut. Bisinglah mamat ni!
“Because, having
soup for sick people is to mainstream.”
Selamba EE membalas
adiknya itu.
“Goodness, Roll
eyes much! Qays, macam mana you boleh tahan tinggal sebumbung dengan minah
senget ni?”
Izz menghiraukan
kakaknya dan kembali menumpukan perhatian kepada abang iparnya. Qays senyum sambil
nganga mulut nak makan. Lapar tau.
“Qays sayang aku
dik. Kau jangan dengki. Kau je tak sayang aku.”
EE berseloroh. Dia
tarik sengih tengok Qays yang eager nak nganga mulut sebab nak suruh EE suap
tu. Alolo, bucuk-bucuk ni. Macam baby la. Dan satu suapan berjaya mendarat ke
dalam mulut Qays.
Kesian, suami dia ni demam, nak tumbuh gigi bongsu. Orang
lain dah tumbuh sedekad dahulu, dia baru nak tumbuh. Nak cakap retarded growth
tengok tuan badan tinggi melangit macam pencakar TELEKOM MALAYSIA tu pun ada.
“Ala EE, aku, kalau
tak sayangkan kau, tak jejak kaki dah dekat rumah korang ni. Sebab sayang lah
aku datang.”
Izz masih nak
menang. Qays diam saja melihat dua beradik itu saling berdebat. Alah, dia
dengan adik dia Laila tu pun macam ni juga. Hurm, cakap pasal Laila, dah lama
tak tengok Hud. Adik EE Farish tu pun lama tak nampak. Nanti satu hari ni kena
ajak pergi jenguk ni, silaturrahim kut.
Qays switch ke alam
nyata. Alahai, dua beradik tu tak habis lagi.
“Kau cakap tu biar
betul sikit. Kau datang sini sebab kau admire gila abang ipar kau ni kan? Bukan
sebab aku.”
Laju mulut EE
shoot, sama laju macam tangan dia duk suap Qays. Attention EE sudah beralih,
Qays diabaikan dan mata EE dari tadi tak tinggal dari pandang Izz. Dia suap
Qays tu macam mana? Nasib tak masuk hidung nasi tu.
“Memanglah. Qays tu
ex-jogging partner aku kut. Kau tu asal ajak buat cardio memang haram.Berat
punggung.”
Izz tayang muka
hebat dia. Siap berdiri depan katil tu sambil bercekak pinggang. Hesh, siapa
mem besar rumah ni ha? Izz ke EE?
“Eh, kau ni kan,
aku cili mulut tu nak?”
EE dah bangkit dari
katil. Qays pula berdiam diri sahaja, jangan masuk campur between siblings
banter. Nanti, orang yang masuk campur tu yang akan jadi mangsa.
“Cili lah. Aku
cakap benda betul apa.”
“Eh. Kau ni mulut
longkang lah. Malang adik ipar aku nanti.”
“Siapa kata aku nak
kahwin?”
“Oh, tak nak kahwin
ya? Aku tell mama okay? Suruh paksa kau kahwin.”
Ee masih ingin
menang, begitu juga Izz. Qays tu, boleh buat macam tengok pawagam. Kurang satu
benda saja, popcorn. Jahat budak demam ni kan.
“Kau cakaplah. Aku
kidnap Qays bawak pergi Golok.”
Aish. Qays dah tak
senang duduk. Nak buat-buat pitam boleh? Apasal mangkuk Izz ni perlu kaitkan
nama dia pula ni? Nak gaduh, gaduh sajalah dengan kakak dia tu. So not cool
Izz! Not cool!
“Weyh, Chup! I am
not included okay. Dah, stop it guys. Aku tak sihat ni, peninglah.”
Ha, bunyi pun suara
singa jinak ni. EE pula kembali memandang suaminya. Alamak, lupa suami dia ni
tak sihat, terbawa-bawa pula berlawan kata dengan Izz.
“Ala, Kovu. EE
sorry sangat, lupa pula sayang demam. Sorry ya, my cute little Kovu.”
EE memeluk
suaminya. Izz menarik muka jelik. Qays tayang muka bahagia, wah, seronok dapat
layanan manja EE. Bukan senang tau nak manja-manja.
“Cute little Kovu,
my foot.”
Izz menggumam namun
masih dapat didengari merpati sejoli itu. Mereka hiraukan saja Izz tu.
Dengkilah tu, dia tak ada isteri nak manja-manja.
“Wey, kak, kucing
mana? Aku pinjam seminggu boleh? Rumah kita tu sunyilah, kau dah takde.”
See, Izz ni dah
tukar balik mode baik dia. EE pun dah tukar mode baik juga. Gaduh tu tanda
sayang, bukan?
“Kovu nak bagi ke
Cat dengan Byron tu?”
EE bertanya pula
pada Qays. Qays angguk.
“Izz tolong
jagakan. Eryna kan dah jaga abang. Kesian Cat dengan Byron nanti rasa disisih.”
Qays berkata
perlahan. Sakit tekak kut nak cakap kuat-kuat. Selepas itu dia memandang pula
Izz.
“Ambil saja dorang
tu, Eryna pleaase passkan catfood semua pada
Izz. Nak solat sekejap.”
Qays berkata
senada. Dia perlahan-lahan bangkit dari katil. EE pula sudah tarik tangan Izz
bawa ke tempat Cat dan Byron tu. Cat pun makin hari makin cranky, nak beranak dah
kut? Tapi macam tak logik, cepat sangat tempoh mengandung.Selalunya 65 hari
baru kittens keluar, itu yang Qays cakap lah.
*** Cat & Byron
‘Ish, kenapa ni ha? Rasa nak scratch dinding lah. Alahai, mesti Ayah dengan
Mama marah nanti. Boleh tak cakap kalau Byron yang cakar dinding tu sampai
rosak? Well, Ayah kan tahu yang Cat ni a very well trained house-cat. Tak macam
Byron tu, dahlah buat orang pregnant! Geram tahu.’
Cat rasa sangat
bebas apabila Byron tak ada di hadapannya. Belakangan ini, rasa macam nak
gigit-gigit je Byron tu. Nak cakar-cakar muka dia tu. Entah kenapa, aggressive
semacam Cat ni.
“Ha, itu dia, Cat
sayang, nanti ikut Izz balik ya? Ayahtak sihat, mama kena jaga Ayah. Uncle Izz
jaga sayang dengan Byron ya?”
Mama duduk depan
Cat sambil usap kepala Cat, takkanlah Cat nak tolak kut. Cat sayang Mama, for
surelah Cat ikut cakap Mama.
Tapikan, kalau tinggal Byron tu kat tong sampah
mana-mana pun tak apa. Aman dunia, kalau tak mesti saja dia ada nak manja
dengan Cat. Cat rasa rimaslah dua tiga menjak ni. Jantan tu tak tahu nak keep
his paws to his self!
“Okay, Izz, take
Cat. Aku cari Byron kejap. Mana pulak si gebu tu pergi?Byron! Manja! Puss puss.
Sini.”
Dan si jantan tak
guna tu pun datang menyendeng dekat kaki mama. Sengaja dia tayang muka bangga
dia dekat Cat. Wargh! Nak gigit sampai lebam boleh tak , Mama? I want to wipe
that smirk off his bloody face!
‘Purr, cara, even
Mama tahu yang Byron tak boleh renggang dengan Cara.’
Byron muka jelek tu
boast off dalam raga kami. Ish, tengok, sekarang basket pun kena kongsi.
Rindunya zaman single mingle dulu.
‘Byron, you shatap!
I want my peace and quiet.’
Iyalah, sedih rasa
tinggal rumah. Uncle Izz ni pun bawak kereta macam kura-kura. Lembab. Tak boleh
ke pecut sikit, tak padan dengan PoloGolf.
‘Okay, cara. You
know what, kalau you dah tak sayang I, tell it straight to my face. Jangan nak
pijak kepala I.’
Ituha, Byron dah
melenting. Cat speechless. Tak pernah
Byron hilang sabar. Hari ni meletup. Wah, hebat. Kacak la pulak rasa.
Gila punya kucing.
Cat ni kan, sengaja cabar Byron tu. Jahat betul.
‘Pandai marah dah
sekarang?’
Selamba Cat bertanya.
Byron pandang ke tempat lain. Dia ingat kat kittens dia dalam perut Cat, kalau
tak dah lama dia flee away.
‘Jangan cabar I,
cara? Please, I sayang you tau. Please jangan cabar kesabaran I. I love you,
jangan buat I menyesal sayangkan you.’
Cewah Byron. Apesal
kau tak jadi manusia? Memang kalah novel jiwang lah ayat tu. Macam dalam
movies.
‘Ah, apa-apa
sajalah. You tu jiwang karat. Dah, diam. I nak sleep.’
Cat berkata. MasyaAllah,
hati batu punya kucing ni. Mana hilangnya Cat yang loving tu?
Byron pandang Cat
dengan mata yang berkaca, Cara, jangan seksa I macam ni, I want the loving
Catarina back, please come back, love.Please.
***
Malam tu, rumah sunyi saja tak ada Cat dan Byron. Qays pun dah gagah sikit, dah
tak ada nak baring. Tapi EE tahu yang Qays kena rehat cukup-cukup. Oleh itu, dia
dah suruh Qays ambil M/C awal-awal. Nasib baik juga, esok EE tak ada kuliah.
Dia kena siapkan thesis dia, so boleh buat dekat rumah sahaja. Sambil-sambil
tu, boleh tengok-tengokkan Qays. Rasanya, esok dah elok kut Qays tu. Nak naik
gigi je pun.
“Eryna, garukan
belakang?”
Ituha, dah cakap
dah tadi, nak pakai sweater tu, pakailah at least pagoda ke kat dalam. Ini tak,
dia main hentam pakai direct to skin, dah sweater tu lama tak pakai, memang
gatallah belakang tu. Bertuah punya suami.
“Okay, duduk bawah.”
EE menyuruh Qays
duduk di atas karpet. Kemudian dia melutut dari belakang. Qays dah tanggalkan
sweater tadi. EE pula dah mula menggaru, Qays tu mesti tengah buat muka heaven
gila kan? Siapa tak suka ada orang garukan belakang?
“Tsk! Jangan kuat
sangat yang, you tak potong kuku ke?”
Hah, kan dah pedih
tu. EE tahan gelak. Nak suruh orang garu sangat, bayak komen pulak dia.
“Taklah, baru
potong kuku ni.Memanglah tajam.”
Selamba EE
menjawab. Qays sudah menolak tangan EE. Dah cukup lah tu. Sebab dah pedih
belakang tu kan. Mana tak pedihnya, sampai merah EE garu.
“Thanks yang. Now,
jom layan movie?”
Qays berkata dalam
suara macam rockers tu. Alahai, ingat EE nak tolak ke kalau dah buat muka minta
sedekah tu? Makin comel.
“Kovu, tak sihat
kan? Rest la. Movie kita layan hari lain.”
Qays tarik muncung.
Yep, ingat lelaki tak reti nak buat duckface? EE dah tak sampai hati. Fine!
“Alright. Alright.
Nak movie apa?”
EE bertanya. Dia
sudah bangkit. Qays sudah tayang senyuman 700 megaWatt itu.
“Italian. Scusa mi
ti chiamo amore.”
EE tersenyum
mendengar. Hurm, pandai juga Qays sebut. Italiano. Cair weyh, dahlah tajuk
cerita tu pun kalau diterjemah , membawa maksud ; Excuse me, I love you! Haih,
cair!
“Okay. EE pasangkan
kejap ya. Kovu naik atas sofa.”
EE pergi
mendapatkan hard disk di dalam biliknya. Selepas itu dia mencucuk HD itu ke
player, remote ditekan, HDMI dipilih dan voila! The show is running.
Baru sahaja EE
letak punggung di atas sofa, Qays sudah merebahkan kepalanya ke riba EE.
Alahai, nak manja ya Qays? Tak cukup kasih sayang ya? Kesian.
Tangan EE pula
otomatik mendarat pada kepala Qays. Dia bermain dengan rambut suami dia. Hurm,
lembut. Macam pakai L’oreal pun ada.
Dah habis cerita
itu, EE rasa macam sweet sangat. Lagu dia pun best, dan quotes dalam cerita tu
pun memang hopelessly romantic! So sweet.
“Kovu, cerita ni
macam cerita kita kan? Lelaki tu jauh berbeza dengan perempuan tu.”
EE mengulas. Qays
bangkit dari pembaringan dan menarik EE ke dadanya.
“Hello, Kovu tua
lapan tahun saja tau. Lelaki tu tua almost 20 tahun dari perempuan tu. That
girl baru 17 tahun kut.”
Eleh, Qays nak
cakap dia muda lagi la tu. Hampeh.
“Iyalah. But they
are so sweet. Part lelaki tu tunggu perempuan tu dekat Lighthouse tu, memang
best la. Kovu nak buat macam tu kat EE?”
EE bertanya manja.
Qays gelak.
“Sayang, lighthouse
dekat Malaysia tak best. So, nope! I am not that romantic.”
EE tarik muncung.
Jahat tau. Baru je nak suruh Qays ni romantik macam lelaki Itali tu.
“Ala, baru je nak
sweet sweet dengan Kovu.”
Qays tergelak.
Alahai, EE ni. Nak sweet ya? Okay.
“Nak sweet sweet
cakap la. Tak payah nak lighthouse bagai. Okay, bare with me ya sayang?”
Qays berkata sambil
meraih tangan EE. EE pandang Qays sambil tersenyum. Nak sweet sweet dah ek ni?
“Jangan komen
suara, biasalah tengah serak ni. Okay, here goes nothing. Oh, before that. Jom
bangun!”
Dan, Qays pun mula
membuka mulutnya. Menyanyi. Serak habis, tapi still effort nak sweet sweet
dengan wifey dia ni kan? EE dah rasa nak nangis. Wah, terharu seyh Qays
nanyikan untuk dia.
Walau tak ada audience, tapi dia tahu Qays ikhlas. Dah lah
menyanyi tak ada minus one, then mereka pula duduk waltz-ing depan TV tu. How
can that not be sweet huh?
Suara pun dah nak
maca Chris de Burg tu. Kalau tak serak, memang sebijik dah sama.
“Lady in Red, is
dancing with me;cheek to cheek,
There’s nobody
here, it’s just you and me...”
EE dah kesat air
mata yang mengalir. Alamak, sensitif pula malam ni. Hesh. Hancur.
Qays perasan EE
menangis hanya senyum. Bibirnya masih galak menuturkan bait lagu itu. Nangislah
puas-puas EE, kau sangat nak romantik tadikan.
“And when you
turned to me and smiled, it took my breath away,
And I have never had such a feeling,
Such a feeling of complete and utter love, as I do tonight;
The lady in red, My lady in red.”
And I have never had such a feeling,
Such a feeling of complete and utter love, as I do tonight;
The lady in red, My lady in red.”
EE rasa dah lencun
dada Qays sebab air mata dia. Qays dah berhenti menanyi, dah habis dah lagu tu.
“I know I sounded
like a toad, but I love you, My beautiful lady in red. Thanks sebab jaga your
Kovu comel ni hari ni.”
Qays berkata sambil
merangkul pinggang EE. Muka EE sudah lencun, hingus pun dah nak meleleh. Still,
Qays kata dia beautiful.
“Huu, I’m in pink,
Kovu, not red.”
EE cuba untuk jadi
practical. Padahal, taknak tunjuk yang Qays tu dah betul-betul kidnap hati dia.
Oh Allah, she is so in love dengan suami dia ni. Thanks for giving her Qays as
a companion.
“Pink, is part of
red. It is Red, being mixed with white.”
Qays balas. EE
pandang muka Qays. Dia kemudian melemparkan kedua-dua tangannya ke leher Qays.
Dipeluknya Qays erat.
“Oh Qays, I too
love you! I love you, my cute little Kovu.”
Qays senyum sampai
telinga. Jarang nak dengar Eryna panggil dia Qays.
“Good. But I am not
little.”
EE ketawa. Tahu apa
yang Qays maksudkan. Very naughty pakcik ni.
“Cheeky much Uncle
Long.”
EE tarik senyum.
Tahu sangat kena denda kalau panggil Uncle Long. Tapi kali ni tak boleh elak.
“Ya Allah. Kita
habis romantik dengan dia, last-last dia panggil kita Uncle Long jugak?
Unbelievable much, Eryna.”
Qays bercekak
pinggang. EE tayang dua jari, peace.
“I am
unpredictable, you know.”
EE buat muka
genius. Qays angkat kening.
“I know, alright.
Dah, jom tidur. Dah nak pukul satu dah ni. Kita sambung romantik kat atas pula.”
EE sengih lagi. Hari
ni boleh escape.
“Baca doa tidur
sama-sama romantik juga kan?”
Qays garu dahi. Say
that again?
“Doa tidur and doa
lagi satu lah.”
EE sengih lagi.
Lepas tu dia gelengkan kepalanya.
“No can do tonight,
love. God is giving me time out.”
Qays rasa nak
kambus kepala dalam tanah. Man, masa dia romantik juga bini dia ni nak time
off.
“Aww Man! Hurm, tak
apalah. Baca doa tidur sama-sama pun dah romantik. Jom tidur. Mengantuklah,
makan ubat tadi.”
Qays mengadu manja.
EE tarik pipi Qays.
“Bagus, pandai
makan ubat. Muah!”
“Ala, janganlah
kasi harapan palsu. Lagi seminggu baru kiss-kiss.”
Macam budak kecil
Qays ni. Umur dah 30 tapi perangai macam dak kecik!
“Kiss pipi je pun.”
EE membalas.
“Pipi tak pipi,
seminggu. I time-out jugak!”
Hamekkau! Nak juga
ye Qays? Kau demam ke kau mereng ni? Haih, macam-macam budak dua orang ni.
p/s : hey y'all. Ni *cough* *cough* nak introduce my brand new *sparkling* FB page. Tak keberatan silalah LIKE. Senang, kalau ada excerpts apa-apa story mory, I memang letak kat situ saja. Please and thank you =D Have a great day, or night! haha . Just click on : Lala~Land Yeah Right (Ezzessaybee)
comey pulak dua beradik tu..izz yang cheeky :)
ReplyDeletehaha, who doesn't banter with their siblings!
ReplyDeletebest2.. ♥♥♥
ReplyDeletenice..loikey..
ReplyDelete=D
ReplyDelete