Saturday, April 12, 2014

Oh Boy! (Hopeless Romantik S.E)





               


Special Entry 
HOPELESS ROMANTIK:
Oh...boy!
“Min oi! Hang ni memang desperate...”





We sometimes encounter people,
 even perfect strangers,
who begin to interest us at first sight; somehow suddenly, all at once,
 before a word has been spoken.



“A
NGKAT  kaki awak tu. Saya nak tengok teruk mana terkehel ni.”
Jaz masih terpegun melihat jejaka taf tahap Kellan Lutz’s tough yang sedang bercakap sesuatu kepadanya. Apa yang dia cakapkan pun Jaz tak dengar, yang pastinya sekarang ni...jantungnya sedang berdegup kencang. Masa si kacak ini dengan gagahnya mengangkat dia dari tengah-tengah gelanggang beach ball tadi, jantung dia ni sudah dupdap dupdap.
            Sampai sekarang jantungnya berdegup kencang. Benjamin dengan Kay pun tak mampu buat jantung dia berlari sekencang kini. Dengan hanya mendengar suara si tampan taf ni saja dia macam nak pengsan.
            Kacaknya dia...kenapa selama ni aku tak pernah nampak pun dekat hospital tu?Tanya Jaz di dalam hati. Tiba-tiba si kacak merenungnya tajam, eeek!!
            Jaz cepat-cepat tunduk. Malulah pula. Bibirnya digigit dan wajahnya yang dibasahi peluh itu tiba-tiba terasa hangat. Tiba-tiba si taf mengangkat kaki kirinya yang terkehel itu dengan kasar dan meletakkan ke atas lututnya. Jaz terjerit kecil.
            “Shhh. Sikit aja ni. Hang tahan la sikit sakit tu.” Aku suruh dia angkat kaki dia tak angkat. Bila aku angkat dia dok jerit-jerit pulak. Dok pikiaq apa lah tu agaknya. Mengelamun jauh nampak. Johan merungut di dalam hatinya.Habis terkeluar bahasa utaranya. Tangannya pula masih memegang pergelangan kaki Jaz dan dia tekan pada tempat yang sudah mula membengkak itu.
            “Attt! Ta...ta...ta, sakit sakit.” Jaz menjerit. Kakinya ditarik kasar. Saat kakinya memijak lantai, terus urat badannya  terrasa seakan-akan terkena renjatan elektrik.
            “Maaaak!!!” Raung Jaz kesakitan. Dia membongkokkan badannya sedikit dan memegang kaki kirinya itu. Johan sudah menggeleng kepala. Kerusi plastik biru itu ditolak ke belakang dan dia bersila di atas tanah. Tangan Jaz ditepis dan dia memegang kejap tempat yang Jaz terkehel tadi.
            “Tahan la sikit Jasmin oi! Awak ni sikit-sikit nak terjerit lepastu bila yang saya nak betulkan urat awak ni?” Johan menegur Jaz. Jaz sudah membulatkan matanya. Walaupun namanya disebut secara salah, tetapi si Kellan Lutz wannabe ni tahu nama dia? Macam mana dia boleh tahu nama aku? Aku tak pernah tahu pun kewujudan dia selama ni, dia boleh tahu nama aku? Oh...boy! This tough man knows my name! Nak pitam boleh idak?
            Jaz kembali ke alam realiti apabila kakinya lagi sekali terasa seperti dipanah elektrik. Bibirnya diketap kejap. Tak nak dah menjerit, nanti tough guy ni marah dia lagi sekali. Makinlah bertambah rasa malu tu. Jaz terasa tubir matanya menjadi hangat tiba-tiba. Setitis air matanya menitik jua ke pipi. Lama kelamaan makin lebat tangisannya. Dia teresak-esak di kerusi itu sambil menahan sakit setiap kali tangan kasar itu melalui buku lalinya.
            Johan yang mendengar esakan kecil Jaz itu terus mendongak ke atas. Dahinya dikerutkan. Macam ni punya sakit pun nak menangis ke? Lembik betul... Johan berhenti mengurut kaki Jaz lalu dia bangkit. Belakang seluarnya dikebas-kebas, takut ada pasir pantai yang terlekat. Poket seluarnya diseluk dan dia mengeluarkan sehelai sapu tangan. Sapu tangan tersebut disuakan ke arah Jaz. Jaz terkedu seketika. Dia memandang Johan dengan muka yang penuh dengan kekeliruan itu.
            Take it. Hingus dah meleleh tu.” Kata Johan dengan selamba. Jaz terus meragut sapu tangan itu dari tangan Johan dan cepat-cepat menghembus hidungnya. Johan sudah membuat muka gelinya. Jaz kemudiannya menyuakan balik sapu tangan itu kepada Johan. Johan cepat-cepat mengangkat tangannya, kepala digelengkan laju-laju.
            “Tak apa, awak simpan aja. Bakteria penuh tu. Saya gerak dulu na. Kaki tu awak jaga, bengkak tu kejap lagi surut lah tu. Jangan banyak gerak sangat, put your foot up for a few hours.
            Jaz sekadar memandang sepi pemergian si Kellan Lutz wannabe itu. Bibirnya diketap.Alahai, nama dia apa?
            “Jaz! Kau okay dah? Johan mana?” Jaz memandang ke arah suara yang memanggilnya itu. Ita rupanya. Ita ni adalah salah seorang doktor di hospital yang boleh tahan rapat dengan si Jaz ni. Jaz sudah merenung muka Ita dengan riak yang keliru.
            “Ni kenapa tarik muka keliru depan aku ni? Kaki kau okay ke tidak?” Ita bertanya lagi, sambil menunduk sedikit untuk melihat kaki Jaz yang sudah berbalut itu. Jaz mengangguk lambat-lambat.
            “Kaki aku okay, tapi kau tanya aku apa tadi? Johan? Johan tu siapa pulak?” Jaz bertanya, binggung sekejap dibuatnya. Ita sudah bercekak pinggang. Tangannya naik ke dahi Jaz dan menjentik sedikit di situ.
            “Engkau ni, mentang-mentang couple dengan Khayrel dulu, lelaki lain pun kau tak pandang dah. Lepas putus dengan Khayrel, kau pandang Benjamin tu aja. Memanglah kau tak perasan kan kalau ada intern masuk! Johan tu dah tiga tahun dekat hospital kita tau, ortopaedics. Dari dia housemanship, sampai dah jadi residence pun. Lebih dari tiga tahun dah dia kat hospital tu, kau masih tak boleh kenal dia?” Ita sudah melalut ke hujung dunia dengan penjelasannya yang langsung tidak menjawab soalan Jaz tadi. Jaz mengerutkan dahinya. Ita direnung tajam.
            “Ita, kau boleh tak jawab soalan aku tu dalam satu ayat aja? Johan itu siapa? Kenapa kau tanya aku pula Johan tu pergi mana?” Jaz bertanya lagi sekali. Ita sudah menarik muka menyampahnya ke arah Jaz.
            “Ni, ni...Johan la yang angkut kau tadi, yang balut kaki kau tu, itulah Johan! Dia budak ortopedik.” Ita menjawab geram, Jaz tergelak. Oooo...nama dia Johan...Jaz-Johan; Johan- Jaz...masuklah pula nama aku dengan dia.
            “Ahh...nama dia Johan ek? Aku tak tahu nama dia tadi. Aku ingat kau tanya siapa dah tadi.” Selamba Jaz menjawab sambil melihat kakinya yang terbalut itu. Kemas betul Johan buat, sesuai lah jadi doktor! Kemudian, Jaz tersenyum sendirian. Ita yang melihat Jaz tersenyum penuh makna itu terus menegakkan jari telunjuknya.
            “A’a’ah Jezamine. Aku tahu sangat apa yang tengah fikirkan bila kau senyum macam tu.” Kata-kata Ita membuatkan Jaz kembali mendongak memandangnya. Jaz tersenyum sampai ke telinga, matanya sudah bersinar-sinar.
            “Apa? Aku senyum pun tak boleh.” Balas Jaz, pura-pura geram. Ita mengeluh kecil.
            “Jaz sayang, dia tu pangkat adik kita tau. Dia baru nak masuk 30 tahun tu. Kau tu dari Januari lagi umur kau dah masuk 33 tahun. Sedar la Jaz, orang muda macam tu nak ke dekat kita ni? Lagipun, dia tu memang bukan taste kau lah.” Jaz memuncungkan bibirnya apabila mendengar komen Ita yang tidak menggalakkan itu. Age is never a matter! Lagi satu, Johan tu bukan taste aku? Badan sebijik macam Kellan Lutz tu minah ni boleh kata bukan taste aku? Kalau datang sepuluh Benji pun aku sanggup tepis untuk Johan ni.
            “Mana kau tahu dia bukan taste aku?” Jaz bertanya. Ita membeliakkan matanya. Tangannya sudah mendarat ke atas paha Jaz dan dia mencangkung di hadapan kerusi Jaz. Matanya menikam wajah Jaz.
            “Sebab, dia tu tak romantik langsung. Poyo lebih, cakap aci lepas, dahlah cakap bahasa utara pula tu, kekadang aku nak faham pun kena korek telinga dulu, baru boleh faham dia cakap apa. Kau kan nak yang romantik-romantik aja.” Bersemangat betul Ita memberikan segala karakter negatif Johan tu. Jaz mencebik.
            “Kau ni...aku tengok dia elok aja cakap dengan aku tadi. Cuma satu aja, dia sebut nama aku salah. Tak mungkin lah kau ni, aku nampak dia tak  macam poyo pun.” Jaz menyangkal kata-kata Ita dengan mudah.
            “Itu sebab kau jumpa dia tak sampai pun sejam tau. Aku ni dah puas jumpa dia, aku tahulah perangai dia tu macam mana. Kau tak caya, cuba kau pergi buat kawan dengan dia.Lepas tu kau tengok sendiri betul ke salah apa yang aku cakapkan ni.” Ita mencabar Jaz. Jaz sudah tayang muka hebatnya. Mata menikam mata Ita.
            Challenge accepted.Aku bukan setakat nak buat kawan, aku nak buat laki terus. Kau jangan ternganga nanti kalau aku dapat tundukkan mamat yang kau cakap poyo tu.” Jaz berkata yakin. Ita sudah tergelak kecil.
            “Okay, kalau kau kata macam tu, aku tunggu dan lihat ajalah.” Ita pasrah dengan Jaz yang sudah nekad itu.
            “Barulah betul macam tu, kawan! Ini, tolong papah aku balik chalet.” Jaz berkata sambil tersenyum sungging. Ita membantunya seperti yang di pinta. Dalam hati Jaz, sudah tiada lagi bayangan Benji, mahupun Kay. Yang ada sekarang, si kacak Kellan Lutz wannabe tadi...yang bernama Johan.
            Johan, simple nama tu, sesuai dengan si tuan badan yang taf tu.


            JAZ yang terjengket-jengket berjalan dari chaletnya ke tempat barbeku sudah menarik nafas sedalam yang mungkin. Baru dia tahu rasa orang yang sakit kaki macam mana, nak bergerak dari titik A ke titik B pun dah rasa macam maraton pusing padang bola tiga pusingan. Sakit, lelah, penat...semuanya ada.
            Jaz terlihat Benji bersama seorang wanita yang bertudung litup lalu menghampiri mereka. Punggung dilabuhkan pada kerusi di sebelah Benji.
            “Hai Ben. Tumpang duduk sini kejap. Sakitlah kaki ni.” Julia berkata sambil memicit sedikit betisnya. Kemudiannya, dia menegakkan badan dan memandang sekilas ke arah Benji dan juga wanita di hadapannya tika itu. Amboi, tinggi dia angkat kening. Eleh, aku tak nak dah aih sama Benji kamu tu...I sudah ada Jo.Jo.Johaaaaaaaaaan. Wee...tapikan Jaz, kau kena minta maaflah sama Benji sebab kau pernah kejar dia dulu tu. Kesian dia. Getus Jaz di dalam hatinya.
            “Ben, I wanna tell you something. Can you please look here?” Jaz menegur Benji yang masih tidak kalih memandangnya itu. Jaz mendecitkan bibirnya geram, lalu tangan kirinya naik ke lengan Benji. Tangannya ditepis kasar.
            Okay, memang aku tak patut pegang dia tadi...Benji! Aku nak explain aja ni...aku tak nak dah sama kau! Ish...Gumam Jaz lagi.  Tiba-tiba Benji bersuara, sinikal.
            "Shido fedido, ada orang tengah cakap dengan saya ke?" Jaz melihat Benji bertanya kepada wanita yang dipanngil ‘Shido fedido’ itu seolah-olah dirinya itu halimunan. Jaz menarik nafas dalam-dalam.
            "Beben sayang, ada nyamuk cikugunya tu ha tepi awak, saya ni kan rasa macam nak spray je dengan bom aerosol tu ha. Nak makan pun tak senang." Jaz yang mendengar balasan terlebih pedas dari Shida itu sudah terasa telinga seakan-akan berasap. Sabar Jaz, sabar. Memang diorang layak layan kau macam ni. Jaz kembali bertenang.
            “Hai, awak girlfriend Ben ya?” Tanya Jaz, ceria. Senyuman 700 megawattnya ditayangkan ke arah Shida yang masam cemberut itu.
            “Tak Jaz, she’s my wife to be.” Pintas Benji cepat-cepat sebeluk Shida sempat menjawab. Mendengarkan ulasan Benji, Jaz terus mengangguk kepalanya laju-laju.Wah, not bad la taste Benji ni. Cun!Jaz memuji Shida di dalam hatinya.
            “Wah, lucky you.She is pretty and nice. Saya tahu saya tak patut kejar awak macam tak cukup tanah.” Puji Jaz ikhlas, nadanya sedikit menyesal. Matanya lagi sekali memerhatikan wajah Shida yang bersih tersebut. Tiba-tiba Shida merenungnya tajam, terus Jaz tertunduk menekur meja.Uih, seram juga teman wanita Benji ni.
“And your point being is...” Tanya Benji tiba-tiba. Jaz mengangkat kepalanya dan memandang Benji kembali. Bibirnya dimuncungkan sedikit.
“Saya tak patut buat macam tu. Saya promise, saya tak akan kacau awak lagi. So, can we be friends again, Ben?” Ikhlas, Jaz merayu. Dia sedar kesilapannya, dan dia harap Benji dapat memaafkan perbuatannya dahulu. Dia tidak mahu kehilangan persahabatan dengan Benji. Dia mahu Benji berkawan balik dengannya.
“Kejap, saya nak tanya awak sesuatu Jaz, sebelum Benji jawab.” Lagi sekali tumpuan Jaz teralih ke arah Shida. Jaz mencarikkan senyum lalu mengangguk. Mata memandang Shida tepat. Wajah Shida ketika itu serius, I mean business punya serius!
“Tanyalah.” Sepatah yang terkeluar dari mulut Jaz. Tiba-tiba dia terasa cuak dengan aura singa yang mengelilingi Shida itu. Dia ni kan yang lawan beachball dengan aku tadi? Aku terkehel pun sebab nak sambut bola yang dia hantar tu kan? Hurm...
How will you ensure that you will no longer kacau my Benjamin?” Jaz tergelak setelah mencerna soalan yang diutarakan Shida tadi. Memang aku tak akan dah sentuh perihal Benjamin tu, sekarang dalam hati ni...ada nama Johan aja.
“Huu...awak tak perlu risau sebab someone else already swept me off my feet. Itu lagi satu sebab saya datang sini, saya nak berterima kasih pada awak. Kalau saya tak cuba nak tepis bola awak tadi, saya tak akan jatuh. Kalau saya tak jatuh, saya tak terkehel kaki, dan yang paling penting, Johan tu tak akan rawat saya.” Jaz berkata sambil memandang tepat ke dalam anak mata Shida. Memang, kali ini...Johan adalah cintanya.Final and last love.
“Johan, orthopaedic?” Benji bertanya mudah apabila mendengar Jaz menyebut nama Johan tadi.
Yep! That Johan.” Jawab Jaz sambil tersenyum manis. Hatinya sudah berkocak hebat, dengar nama Johan aja dah rasa melayang ke angkasa lepas. Tak kisah lah Johan tu macam mana pun perangai dia, biarlah kalau apa yang Ita cakap tadi tu benar, yang Jaz pasti, dia hanya mahukan Johan sebagai suaminya, sebagai cintanya.
Jaz, Jaz, kalau dah gatal tu...macam kucing kurap tak cukup bulu engkau ya? Jangan kau buat si Johan tu macam Benji dan Kay sudahlah! Jangan last minute kau cakap tak sedia, cukup! Kalau kau buat perangai macam tu, ada juga kau tu digilis dengan mesin gilis tar tu.
“Awak dah tak cintakan saya?” Jaz kembali ke dunia nyata apabila Benji bertanya. Jaz tergelak kecil. Kalau dah ada Johan, tak dapat Benji pun tak frust menonggeng aih!
“Saya cintakan Johan aja. Okay lah, saya cari Johan dulu. Bye-Bye you lovely people.” Jawab Jaz ceria, dia sudah tidak sabar-sabar ingin mencari Johan dan memulangkan kembali sapu tangan yang dihulur Johan tadi. Sempat pula kering ya dia basuh? Balik chalet tadi, dia celup-celup dalam air, perah sampai semua air dia turun, lepas tu letak direct  bawah kipas. Akhirnya, dia sembur sedikit perfume dia dan menggosok sapu tangan itu dengan saterika.
Nampak tak usaha si Jaz ni nak pikat anak teruna orang yang satu tu? Kalau Johan pun bolayan dia , memang dia meroyan sekejap lagi.
Jaz yang sedang terjengket-jengket itu ternampak satu susuk tubuh yang sudah dikenalinya walaupun baru berjumpa tak sampai sejam. Johan sedang bersila di atas kerusi batu yang agak tersorok itu. Ketika dia ingin bergegas ke tempat Johan, dia berselisih dengan Kay. Jaz memandang ke arah Kay yang sudah memberikannya sebuah senyuman sarkastik itu. Namun Jaz tidak ambil kisah dengan apa yang Kay fikirkan tentang dirinya, bila dia dah nampak kelibat Johan tadi, moodnya serta merta menjadi super duper ceria! Dia menghadiahkan Kay sebuah senyuman paling manis.
 Hye Kay, Bye Kay!” Tegurnya dengan ceria, kemudian dia cepat-cepat berjengket ke arah Johan.


“KAU yang rawat si Jezamine tu ek tadi?” Mad berkata kepada Johan. Johan sekadar menjungkitkan keningnya sahaja, kemudian, sebuah senyuman nakal tercarik pada wajahnya itu.
“Ha’ah. Ita panggil aku, kebetulan aku memang standby  kat tepi tu pun.” Johan membalas komen Mad tadi. Tangan mencapai sekeping lagi paha ayam dari dalam pinggan lalu dicubit dan disuapkan ke dalam mulutnya.
“Kau tahu tak cerita si Jaz tu?” Tanya Mad lagi. Johan sekadar menggelengkan kepalanya. Cerita apa pula ni?
“Kau tak layan locker room  gosip ke?” Geleng lagi.
“Daripada aku layan orang mengumpat, baik aku layan pesakit aku. Hang bajet macam aku ni tadak kheja nak pi layan gosip.” Johan mula berleter. Mad ketawa kecil. Bahu Johan ditolaknya.
“Bukan gosip pun. True story. Kau kenal kan Dr. Khayrel?”
“Aku cam dia, nama aku kenal...tak pernah berbual tapi dengan dia. Awat pulak?” Johan meletakkan kembali tulang ayamnya ke dalam pinggan. Jarinya dijilat.Yum, sedap!
“Kalau kau nak tahu cerita, Jaz dengan Khayrel tu pernah nak kahwin dulu. Tapi tak sempat nak sampai hari kahwin, Jaz tu tiba-tiba minta putus tunang. Lepastu, dengan kepakaran kaki-kaki gosip tegar dalam hospital tu, entah macam mana diorang korek tup-tup dapat tahu yang sebelum ni si Jaz tu pernah couple dengan Benjamin tu. Dia tinggalkan Benjamin untuk Khayrel, lepas tu dia tinggalkan Khayrel untuk Benjamin.” Bersemangat Mad bercerita. Johan sudah menjungkitkan sebelah keningnya. Awat aku duk rasa yang dia ni pun termasuk dalam senarai kaki gosip tegar hospital tu ja? Hish mamat ni...
“Habis tu Mad, why are you telling me all these?” Kan dah terkeluar bahasa omputeh tu. Mad terdiam seketika, berfikir barangkali. Johan menggelengkan kepalanya.
“Hang pikiaq, aku pi buang sampah sat.” Kata Johan sebelum berlalu ke tong sampah. Mad masih terlongo, a’ah kan, motif aku cerita semua tu kat Johan tu kenapa ek? Oh well! General knowledge aja lah!
“Mad, Johan mana? Tadi aku nampak dia duduk sini.” Mad yang sedang hanyut di dalam fikirannya sendiri kembali berpijak pada alam realiti apabila seseorang menegurnya. Mad berkalih ke kiri dan dia nyaris terjatuh dari bangku apabila melihat Jaz yang menegurnya tadi.
“Kau ni Jaz! Buat aku terkejut aja!” Ish minah ni, baru sebut nama dia, dia muncul! Seram betul! Gumam Mad di dalam hatinya. Mata masih memandang ke arah wajah Jaz yang kelihatan ceria itu.
“Kau tu yang mengelamun panjang. Johan mana?” Sekali lagi Jaz bertanya kepada Mad. Mad mendengus geram.
“Kau ada  hal apa dengan Johan?” Soalan berbalas soalan. Jaz sudah melayangkan sapu tangan Johan tadi ke hadapan muka Mad.
“Aku nak pulangkan ni.” Sejurus Jaz habis berkata, Mad terus meragut sapu tangan itu dari tangan Jaz. Jaz tergamam. Dia menarik balik sapu tangan itu dari tangan Mad. Akhirnya mereka bermain aku tarik kau tarik aku tarik kau tarik dengan sapu tangan tersebut.
“Ish! Kau kenapa nak rebut hanky ni ha? Bak sinilah! Aku nak bagi sama Johan.” Jaz sudah geram dengan perangai mengada-ngada Mad tu. Dia bercekak pinggang apabila Mad menghidu sapu tangan tersebut. Mad sudah merenung Jaz tajam.
“Kau sembur perfume kau dekat sapu tangan Johan kenapa? Kau nak jadikan dia mangsa kau lagi satu ke?” Pedas ayat sinis Mad menusuk hati Jaz. Jaz terkesima.
“Maksud kau?” Tanya Jaz, keceriaannya tadi sudah menghilang entah ke mana.  Sekarang ni dia rasa macam nak cekik si Mad ni pun ada.
“Benjamin, Khayrel...next? Johan? Kau nak lukakan hati berapa orang ni Jaz?” Jaz terkedu. Tangannya merampas balik sapu tangan Johan dari tangan Mad. Kasar.
“Kau tak perlu sibuk nak tahu hal peribadi aku, Mad.” Balas Jaz dengan suara yang dalam. Tubir matanya tiba-tiba terasa panas.
“Tak peribadi dah pun, satu hospital dah canang kau, Jaz. Heartbreaker number one.Selepas ni diorang nak tengok pula hati siapa yang kau akan hancurkan.” Mad dengan toya memberitahu Jaz. Jaz menelan kesat liurnya. Adakan ini balasan yang dia terima? Semua orang sudah bercakap di belakangnya. Tak apa Jaz, be strong, mulut orang kita memang tak boleh tutup. Kau ikut kata hati kau, jadi kau tak salah. Kalau kau salah pun, you can always learn from the mistakes, right?
“Tak apa lah Mad, aku cari Johan lain kali aja. Thanks ye sebab bagi aku input tu.” Jaz berlalu sebelum air matanya menitis. Kenapa dia sedih pula? Dia tinggalkan Kay, Benji sudah terang-terang tak mahukan dia...Johan pula...Johan pula...mesti dah tahu apa yang dia pernah buat sebelum ni. Mesti susah nak buat Johan sukakan dia. Oh Jaz, macam mana kau nak raih cinta Johan tu? He is your prince charming...tapi kalau tak workout, habis memang satu hospital akan riuh.
No Jaz! Jangan mudah berputus asa. Kalau kau betul-betul pasti Johan tu cinta hati kau yang kau tercari-cari sebelum ni, kau kena kuat. Kau kena usaha lebih dan buktikan pada semua orang yang kau bukannya heartbreaker yang diorang canang-canangkan tu.Yosh!
“Jasmin!” Jaz mematikan langkah kakinya apabila terdengar suara Johan memanggilnya. Dia kalih ke belakang. Air mata yang nyaris menitis itu diseka cepat-cepat sebelum ada sesiapa perasan.
“Ya...” Jawab Jaz sambil mencarikkan senyuman buat Johan. Johan pula sudah berjalan ke arahnya. Senyuman Jaz makin lebar, manakala detak jantungnya juga bertambah kencang. Dia dapat menghidu semburan pewangi yang dipakai oleh Johan dengan jelas. Sedap betul bau dia.
“Jasmin cari saya ke? Mad kata Jasmin nak bagi benda tadi.” Johan berkata lembut. Jaz sudah tersenyum dari telinga ke telinga. Kan dah kata, apa yang Ita cakap tadi tu tak benar. Johan ni gentle aja. Dahlah kacak, baik pula tu...sweet je. Tapi, dia panggil aku apa tadi? Jasmin?
            “A’ah. Saya cari awak, Johan. Tapi sebelum tu, nama saya Jezamine, bukannya Jasmin.” Sempat lagi Jaz membetulkan kesilapan Johan tadi. Johan sudah menaikkan keningnya sebelah. Tangan disilangkan ke dada.
            “ Jezamine ke, Jasmin ke, Mina Kumari ke, saya apa kisah? Saya panggil awak sahut, saya anggap dah betul lah tu nama awak. Kalau awak tahu saya salah sebut, jangan sahut lain kali bila saya panggil, Jasmin. Awak ingat saya ni ada mikrocip ke dalam hemosfera otak saya ni? Ingat saya boleh ingat nama semua orang?” Jaz hampir ternganga apabila terdengar balasan dari Johan itu. Hidung sudah kembang kempis. Aku tegur sepatah aja, sepatah, dia bagi aku balik berkajang-kajang. Banyak mulut betul si kacak taf ni. Nasib aku nakkan kau, sebab tu aku diam. Kalau tak, dah aku cilikan mulut kau yang nipis comel tu.  Okay, nampaknya Ita betul. Heh! Joey sayang...takmo lah cakap kasar-kasar. Patient lari nanti tau...
Jaz mengetap bibirnya.
            “Itu, pandang saya macam tu, tak puas hati lah kan, Jasmin?” Johan berkata lagi. Jaz sudah membeliakkan matanya ke atas. Eee lah budak ni kan...Jasmin lagi yang dia panggil aku. Nama aku tu bukannya susah mana pun!
            “Johan, for god’s-sake my name is frickin' Jezamine!” Jaz sudah mengangkat tangannya. Jari menekan pelipis mata. Pening, pening! Niat nak bagi sapu tangan tadi pun sudah hilang sebab pening dengan penangan mulut machine gun si Johan itu. Petang tadi mulut dia tak macam ni pun, kena angin malam dia jadi macam ni pulak! Adui...kepala sakit, kaki berdenyut...Johan, awak ni dahlah buat saya jatuh cinta dengan awak, lepas tu satu badan saya yang sakit kena serang dengan ayat awak tu.
            “Okay, if you say so, frickin' Jezamine. Nak bagi apa tadi.” Selamba Johan membalas. Jaz mengeluh geram. Ya Allah...Johan ni kan, aku botolkan buat cencalok nanti baru dia tahu. Walaupun agak mustahil nak sumbat badan tegap macam tu ke dalam botol...
“Min! Saya dah mengantuk ni, nak balik tidoq. Hang nak bagi aku apa? Nak suruh urut kaki lagi ka?” Jaz nyaris pengsan. Homai...lagi sekali Ita betul. Keluar dah bahasa utara dia yang pekat tu. Homai...homai...Jaz, kau tak was-was kan? Mamat Poyo ni yang swept you off your feet petang tadi kan? Kau pasti ni nak jadikan dia last love kau ni?
“Okay, okay. Ni, saya nak bagi balik hanky awak petang tadi. Dah, goodnight.” Jaz menyerahkan sapu tangan tersebut kepada Johan dan dia cepat-cepat berlalu dari situ. Kalaulah Johan buka lipatan sapu tangan tu di situ juga, Jaz tak akan mampu memandang Johan. Bukan pada waktu ini, terutamanya. Malulah pula.
“Wey Min! Jadah apa ni? Hang contiang handkerchief aku dengan gincu hang? Wey, mai balik sini Min! Aku tak habis cakap lagi ni! Min!” Jaz memekakkan telinganya. Terjengket-jengket dia berlari selaju mungkin. Kan dah kata, kalau Johan tengok apa yang ditulisnya di atas sapu tangan itu, mesti Johan berasap satu badan. Itulah Jaz, drastik sangat kau ni, sua muka pun tak sampai satu jam, kau dah pergi tulis I Love You atas sapu tangan dia, siapa tak mengamuk! Lari cepat!


SELEPAS kejadian tempoh hari di Port Dickson itu, Jaz tidak cepat-cepat memburu Johan di hospital.  Dia mengambil masa hampir sebulan untuk memastikan bahawa dirinya betul-betul mencintai si Johan itu. Dia pun tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini. Kali ini dia pasti, she is in love and she wants to get married for real! Bukan lagi main-main. Dan dia akan pastikan dia dapat tawan hati Johan itu, walaupun first impression dan second impression Johan terhadapnya sudah hancur.
Setelah soksek-soksek bertanya dengan Ita, akhirnya Ita mengalah juga dan memberitahunya sedikit sebanyak maklumat tentang diri Johan. Johan ni asal Jitra, Kedah; anak kedua dari tiga adik beradik; ayah dia sudah meninggal, mak dia masih ada; mulut tu main cakap lepas; sayang gila dengan mak dia. Kalau mak dia cakap apa, Johan mesti ikut. Oleh itu Jaz sudah mencapai satu keputusan. Jaz nak Johan bawa dia, pergi jumpa maknya. Senang cerita sebab kalau Jaz terus-terang dengan mak Johan tu terus, mesti mak Johan akan suruh Johan kahwin dengan dia. See, smooth and simple.
Tapi Jaz, macam mana kau nak suruh Johan tu bawa kau balik kampung? Ha! Idea datang! Jaz sudah tersenyum simpul. Dia memanjangkan langkah ke arah bilik Johan. Kali pertama nak jumpa balik selepas hari itu, agak-agak apalah ya respon Johan tu nanti? Terkejutkah? Geramkah? Atau tiada perasaan?
Setibanyanya di hadapan pintu bilik Johan, Jaz mengetuk-ngetuk beberapa kali.
“Dr. Jaz, Dr. Johan sedang ada appoinment dengan patient tu.” Tegur jururawat yang membuka pintu bilik Johan itu. Jaz memuncungkan bibirnya lalu mengangguk.
“Kak Ani pesan dekat dia, saya nak jumpa dia sekejap. Lama lagi ke dia nak habis tu?” Jururawat yang Jaz panggil Kak Ani itu sudah menunduk memandang jamnya.
“Lagi sepuluh minit agaknya.” Jaz mengangguk.
“Okay, saya tunggu dekat luar ni aja.”  Kak Ani kembali menutup pintu bilik Johan tersebut. Jaz pula sudah menghampiri sofa yang tersandar pada dinding lalu melabuhkan punggungnya di situ. Kaki yang tersarung kain baju kurung itu disilangkan. Nampak tak betapa hebatnya cinta dia kepada si Johan tu? Selama ni memang baju kurung pun ada sehelai dua aja dalam almari, sekarang ni dah ada separuh almari dia penuh dengan baju kurung. Semuanya gara-gara persediaan untuk menawan hati Johan tu. Pakai baju kurung barulah nampak stok-stok ayu sikit.
Jaz merenung dinding sambil merencanakan apa yang akan dicakap pada Johan nanti. Apa yang pasti, dia nak Johan setuju juga bawa dia jumpa bakal mak mertua dia tu. Amboi Jaz, belum apa-apa pun dah panggil bakal mertua? Nama mak dia pun kau tak tahu lagi, dah pasang angan-angan.
“Dr. Jaz, dia dah free  tu.” Pesan Kak Ani apabila berlalu keluar dari bilik Johan. Jaz tersenyum kepada Kak Ani lalu cepat-cepat mengetuk pintu bilik Johan. Setelah mendengar suara garau itu cakap ‘masuk!’ baru Jaz membuka pintu. Senyuman sehabis manis ditayangkan ke arah Johan yang sedang menulis sesuatu di mejanya itu. Alahai, comelnya dia bila pakai cermin mata. Macam profesor pun ada. Hurm...alahai bakal laki aku ni...muka matang, memang orang tak akan pertikaikan pun kalau aku kahwin dengan dia.
“Hang nak apa Min? Kaki patah ke sampai mai jumpa aku ni?” Johan bertanya sambil mata masih menekur kertas di hadapannya itu. Jaz menarik kerusi di hadapan Johan lalu dia duduk di sana. Senyuman masih belum hilang dari bibirnya. Johan mengangkat wajahnya lalu menangkap Jaz yang sedang merenungnya dengan penuh perasaan cinta itu.
“Hang kalau mai bilik aku nak buat senyap baik hang tak payah mai.How can I help you?” Johan bertanya lanjut, cermin mata sudah ditanggalkan dari batang hidung dan kini dia tersandar pada belakang kerusinya. Jaz menggigit bibirnya.
“Urm...I datang sini sebab...sebab...awak ingat tak saya tulis apa atas sapu tangan awak itu hari?” Jaz bertanya. Segan pula dia rasa. Tapi, tak ada guna kalau dia malu tapi mahu, baik dia buat muka tak tahu malu terus, mahu cakap mahu!
Jaz dapat mendengar Johan mengambil nafas dengan dalam. Tangan kirinya sudah naik ke dahi, mata memandang Jaz tajam.
“Hang dah rosakkan sapu tangan aku Min. Sampai ke sekarang tak tanggal gincu hang tu. Hang tenyeh satu batang lipstik tu kot? Hang buang tebiat eh malam tu?” Bedil Johan senada. Jaz sudah tayang giginya.
“Baguslah, sengaja saya tenyeh kuat-kuat sebab saya nak awak tahu betapa dalamnya cinta saya buat awak.” Jaz menjawab selamba. Johan sudah mengerutkan dahinya, si Jasmin ni memang psycho ke? Cinta? Heh, masa tu dia baru jumpa aku, takkan dah jatuh cinta? Sewel punya minah!
“Min. Hang salah makan ubat ka? Hang demam panas ka? Hang tak sihat ek? Hang nak aku tolong telefon Tanjung Rambutan untuk hang? I’ll ask them to reserve a bed for you, just in case.
“Johan. Saya sihat. Saya cakap benda betul ni, saya dah jatuh cinta pada awak. Cinta pandang pertama, kedua, ketiga dan sekarang...keempat. Dah empat kali saya nampak awak, saya yakin saya dah jatuh cinta dengan awak.” Tulus Jaz menjawab. Selama ini, dia tidak pernah buang tebiat macam ni. Tak pernah lagi dia jatuh cinta pandang pertama. Well, there’s always a first time for almost everything, right?
“Urm Min...hang ni tengah ada middle age crisis  ka? Aku kenai hang pun idak, hang pun tak kenai aku, tiba-tiba macam tu ja boleh jatuh cinta? Berapa minggu dah aku tak jumpa hang, tup-tup hang mai bilik aku hari ni pastu hang cakap hang jatuh cinta dengan aku? Hang memang tak sihat ni, Min. Hang pi check nuh. Hang tak waras ni.” Johan beralasan. Jaz menggelengkan kepalanya.
Come on Johan, love at first sight happens all the time.I happened to fall for you.
If you say so, it might happen to you but I’m not buying any of that crap. Aku tak cinta kau pun. Bukan masalah aku kalau kau cintakan aku sekalipun.” Senang Johan menepis perasaan Jaz sebegitu sahaja. Jaz menggigit bibirnya.
“Tapi saya nak kahwin dengan awak...” Rayu Jaz manja. Johan terus bangkit dari kerusinya. Muka paling jelik ditayangkan kepada Jaz.
“Hish...tadi, hang cakap yang hang cintakan aku. Sekarang, ungkit hal nak kahwin dengan aku pulak? Min, hang nak aku tolong pikul hang  pi wad gila ka? Aku tak nak pun kahwin dengan kau, awat hang duk cerita semua benda ni kat aku? I’m just 30...you are what? 37? Nope, no one is getting married.” Lagi sekali angan-angan Jaz dimusnahkan. Jaz masih tersenyum. Mata masih memandang Johan tanpa lepas.
“Saya baru 33 tahun okay, lagipun, saya cakap aja sebab saya nak awak tahu yang saya dah jatu suka pada awak.” Jaz masih lagi tahan dengan muka selambanya. Johan pula sudah seakan-akan mati akal dengan kehadiran Jaz di biliknya itu. Tak pernah lagi ada orang segila Jaz ni.
“Aku tak tahu pun tak apa aih. Tak penting pun. Sebab aku memang tak sukakan kau pun.” Belum sempat Jaz membalas, se-seorang mengetuk pintu bilik Johan. Johan mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek lalu meletakkan pada permukaan meja. Kemudian, dia menyuruh siapa-siapa di sebalik pintu itu masuk.
“Min, hang boleh keluaq.” Katanya kepada Jaz apabila seorang jururawat muda yang Jaz kenali memasuki ruangan bilik itu. Jaz buat-buat pekak aja dengan arahan Johan itu.
“Tak apa, saya tunggu sini diam-diam.” Kata Jaz penuh makna. Matanya kini sudah tertancap pada Samsung Note di atas meja itu. Mindanya sudah kembali memasuki mode overdrive. Apabila Johan tidak membalas apa-apa, dia anggap Johan sudah bersetuju dia turut berada di dalam bilik itu.
Thanks beautiful.” Kata Johan sambil mengambil laporan X-Ray dari tangan jururawat tadi.  Jaz  pula hampir ternganga mendengar apa yang Johan katakan kepada si jururawat yang bernama Syuhada itu. Syuhada pula sudah tersipu malu, amboi, sama naik kegatalannya ya? Johan terus menyelitkan film X-Ray itu untuk diperhatikannya.
Jaz, apabila terlihatkan Johan sudah ralit dengan kerjanya, cepat-cepat mengambil telefon Johan. Contacts dibuka, dan dia mencari nama ibu, mama, ma,wan,umi, mak...untuk mendapatkan nombor bakal mertuanya. Kalau anak dah keras, harap-harap mak si Johan ni lembut selembut lembutnya dan membantunya dalam plan mendapatkan hati anaknya ni!
Ha! Jumpa pun! Jaz mencapai sebatang pen di atas meja itu lalu cepat-cepat menyalin nombor telefon yang sedang dibacanya itu. Kemudian, dia cepat-cepat meletakkan balik telefon Johan ke tempat asal. Dalam hati, dia sudah tersenyum lebar. Johan akan jadi miliknya, inshaAllah.
            “Siapa dia pada awak?” Jaz bertanya sepatah, bibir sengaja dimuncungkan. Johan yang sedang menilik film X-ray itu kalih memandangnya sekilas. Keningnya sudah terjungkit sambil hujung bibir ternaik sedikit.
“ Siapa? Jururawat tadi ke? Itu kalau nak kenal, calon menantu untuk mak saya.” Selamba Johan bertutur. Jaz sudah mengetap bibirnya.Ish dia ni...memain pula.
            “Tapi saya nak jadi calon menantu mak awak juga.” Jaz sengaja memanjangkan perbualan itu, masih tak puas dengar suara Johan. Lama kut dia tahan diri tak nak jumpa Johan sampai dia betul-betul sudah pasti yang memang dia nakkan si Johan tu sebagai suami. Johan pula sudah tergelak kecil.
            Sorry, saya tak nak bawa balik calon yang lebih tua dari saya.” Makin cemberut muka Jaz. Matanya sudah dibeliakkan. Main cakap lepas betul Johan ni.
            “Ala, tua tiga tahun aja pun. Bolehla awak...kita kahwin okay?” Jaz memujuk. Johan sudah tidak tenang menilik X Ray di hadapannya itu. Kacaulah perempuan ni...
            “Siapa nak kahwin dengan hang? Saya lagi suka budak perempuan tadi tu...alahai, lupa pula nak tanya nama dia apa. Hang kenai dia?” Jaz mengetap bibirnya lagi sekali.
            “Syuhada tu pun awak nak? Awak tahu tak dia...”
            “Syuhada ek?Sedap nama tu, sesuai dengan aku...hang ada nombor dia ada?” Tanya Johan lagi. Jaz bangkit dan terus menghentak meja Johan. Johan tergelak kuat. Tahu pun aku dah naik serabut dengan hang ni Min oi! Hang pi la bawak gila meroyan hang tu kat tempat lain. Sakit otak aku layan hang ni.
            “Awak! Kenapa awak suka sangat buat saya macam ni?”
            “Aku buat hang macam mana?” Johan cuba membuat bodoh. Jaz sudah terbakar hatinya. Eee Johan, siap awak bila saya dah dapat awak nanti...saya pulas telinga awak tu cukup-cukup.
            “Awak sengaja nak toreh-toreh hati saya kan?” Jaz cuba membuat ayat sedih, namun Johan sekadar mencebik.
            “Tak ada maknanya saya nak toreh hati awak tu.” Tepisnya tanpa perasaan.
            “Awak...saya nak kahwin dengan awak.” Jaz memulakan lagi sekali pujuk rayunya. Johan menghela nafasnya dengan kasar.
            “Tapi aku tak nak kahwin dengan hang, macam mana tu? Cuba hang fahamkan ayat aku ni. Aku. Tak.Nak. Aku kenal hang pun tak cukup 24 jam lagi. Aku tak segila hang nak kahwin saya kahwin dengan orang yang aku tak kenai. Buang tebiat dah hang ni. Dah, shooh. Aku nak buat kerja dengan tenang.” Johan dengan selamba menolak Jaz keluar dari biliknya. Jaz mendecitkan lidahnya, tak apa Jaz, nombor telefon mak kan dah ada. Hehe, bodek la mak dia pulak!


            MALAM juga Jaz menghubungi mak kepada Johan di Kedah. Dia agak cuak pada awalnya, namun apabila mendengar suara Mak Johan yang ramah itu, hatinya menjadi terbuka sedikit.
            Assalamualaikum...mak cik ni mak Johan ke?” Ayat pertama yang ditanya kepada mak si Johan. Dada Jaz boleh tahan cuak. Dia pun tak tahu bagaimana respon mak Johan tu nanti.
            Waalaikumussalam...makcik ni mak Johan. Johan kenapa? Dia kemalangan ke?” Ada nada risau pada suara tua tersebut.
            “Eh tak tak makcik...saya ni memang nak cakap dengan makcik pun. Saya ni Jezamine, rakan sekerja Johan.”
            “Ooo, Jasmin. Doktor jugak la ni?”  Jaz sudah tersenyum. Like mother like son betul rupanya?
            Setelah bersuai kenal secara biasa, Jaz terus melompat ke niatnya yang sebenar  apabila dia menelefon mak Johan tadi.
            “Mak cik...sebenarnya kan, Jaz nak bagitahu makcik sesuatu. Tapi makcik kena janji yang  kita dua saja yang tahu hal ni. Johan tak boleh tahu langsung.”
            “Iya, makcik janji.” Mak Johan berkata di sebelah talian. Jaz menarik nafas dalam-dalam.
            “Mak cik, Jaz sebenarnya kan, Jaz cintakan anak mak cik...Jaz nak kahwin dengan dia. Tapi dia tak nak kahwin dengan Jaz...”
            Dari situ, perbualan mereka berterusan sehingga larut ke tengah malam. Jaz menceritakan bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan Johan dan apa rancangannya. Yang paling membuat hati Jaz mencecah ke bintang adalah apabila Mak Johan bersetuju dengan ideanya. Malam itu, Jaz tidur dengan lena yang amat. Johan...tak lama lagi, awak pun akan saya pikat!


            JOHAN menekan-nekan pelipis matanya yang terasa perit itu. Telefon masih lagi dilekapkan pada telinganya, sudah hampir setengah jam dia mendengar leteran si ibu.  Balik-balik soalan yang sama yang diajukan.
            “Angah. Hang bila nak kahwin ni? Hang tu dah masuk 30 tahun tau. Tak elok kahwin lambat. Kamu tu anak jantan mak! Waris bapak hang tu! Cepat-cepat lah kahwin, mak nak cucu!” Ayat biasa yang selalu maknya akan ajukan apabila dia menelefon. Sebab itulah Johan tak mahu kahwin, memberontak!
            “Mak, Angah tak ada masa nak bercinta ni mak. Angah nak fokus dengan kerja Angah dulu. Lagi lima tahun Angah kahwin la.” Seperti biasa juga, dia akan memberikan alasan yang sama.
            “Tak ada. Mak dah fed up dengan alasan hang tu Ngah! Haritu hang habaq kat mak yang dua minggu lagi hang cuti kan? Masa hang balik nanti, mak nak bawa hang pi masuk meminang anak Pak Midin tu. Si Nita tu, dah lama berkenan kat kamu. Sesuai lah korang kahwin!” Selamba mak mengeluarkan kuasa vetonya. Johan terkelu seribu bahasa.
            “Mak...tapi Nita tu...macam saiko la mak...Johan tak nak...” Johan sudah mula menggelabah. Dia mana boleh tolak apa yang mak dia kata! Dia kan anak mak!
            Mak Johan di sebelah talian pula sudah tahan gelak. Padan muka hang, Jaz tu hang tak nak, Nita tu lagilah hang tak nak kan?Aku pun tak nak bermenantukan si Nita tu! Gedik melebih!Hish!
            “Mak, kalau...kalau Angah bawa balik calon menantu untuk mak macam mana? Tapi mak kena janji dulu jangan paksa Angah pergi minta tangan Nita tu.” Johan sudah terdesak tika ini. Mindanya tadi tiba-tiba terbayangkan muka Jaz, Min cakap dia cintakan aku kan hari tu? Dia nak jadi menantu mak sangat kan? Dia kena ikut aku balik Jitra! Yes, that’s it. Kalau si Min tu saiko, si Nita tu dua kali lagi saiko dari Min tu!
            “Kalau Angah cakap macam tu awal –awal lagi jimat bil telefon mak ni! Bawak balik lah calon menantu mak tu. Nak tengok jugak hebat tagha mana berbanding si Nita tu.” Johan menghembuskan nafas leganya apabila maknya memberi kelonggaran.
            “Okayla mak, Angah letak dulu. Nak pi cari menantu mak ni.”
            “Habaq kat dia mak tak sabaq nak jumpa dia na Ngah oi.” Sempat lagi mak dia berpesan. Johan mencampakkan telefonnya kasar ke atas meja. Kepalanya semakin kencang berdenyut. Alahai...kat mata ni tak nampak orang lain dah yang dia nak heret balik Jitra tu, nampak muka Jaz saja.



            “HANG nak jumpa mak aku sangat kan? Nak ikut aku balik Kedah minggu ni?” Tanya Johan sambil menghirup air milo dari cawannya. Nak tak nak, dia terpaksa juga mengajak si Jaz ni makan tengah hari bersama untuk memaklumkan mandat yang maha mulia maknya di kampung itu.
            Jaz pula, setelah mendengar soalah Johan tadi terus cerah matanya. Bibirnya sudah mencarikkan sebuah senyuman yang mekar. Hatinya melonjak girang.Mak, I love you lah! Superb betul mak ni! Petik jari aja, anak mak ni tunduk macam kucing jinak!
            “Nak!” Jaz menjawab dengan penuh semangat.
            “Aku habaq awai na, rumah mak aku tu kampung ja. Mandi ayaq telaga. Hang bawak kain batik hang tu siap-siap. Kalau dak hang tak payah mandi. Rumah aku tak ada line internet, betul-betul kat ceruk hutan. Mak aku suka nature.” Panjang lebar Johan menjelaskan. Jaz masih setia mengangguk, apa-apa sahaja untuk Johan tersayang!
            “Wah, saya tak pernah lagi mandi telaga.Kain basahan ek? First thing I’m gonna pack!” Jaz sudah membuat checklist di dalam kepalanya. Tidak sabar nak tengok kampung si Johan taf ni!
            “Lepastu sampai aja kat rumah tu, hang kena habaq kat mak aku, hang cakap hang yang nak kahwin dengan cheq. Hang pujuk mak cheq sampai dia tak jadi nak pinang anak Pak Midin tu.” Johan sudah menjatuhkan bom hang nak sangat aku hang bagitau sendiri mak aku! kepada Jaz. Jaz mengerutkan keningnya, padahal dalam hati sudah melayang-layang. Misinya hampir berjaya dah ni nampak gayanya.
            “Kenapa saya pula yang kena bagitahu?” Jaz bertanya, wajah sedaya upaya di buat serius.
            “Dah bukan ke hang yang nak sangat kahwin dengan aku? Aku tak mboh kahwin dua. Either you or Nita. I’d rather choose you.
            “Nita tu teruk sangat ke?” Jaz bertanya lagi.
            “Kalau aku rasa hang tu dah gila,Nita  tu dua kali lebih gila pada kau.” Jelas Johan, yakin dengan keputusannya.
            “Homai...teruk la juga. Tapikan Johan, kiranya lepas jumpa mak awak ni, kita nak kahwin la?” Jaz bertanya lagi, meminta kepastian. Johan sudah mengerutkan hidungnya.
            “Iye lah kut. Aku serah semua dekat mak.” Selamba ayat Johan, Jaz sudah menghembus nafasnya geram. Dasar anak mak, nak kahwin pun macam tak semangat aja aku tengok! Mak, mak pesan tau kat anak mak ni supaya cintakan Jaz pun, kut-kut la dia tak mahu cintakan Jaz selagi mak tak pesan!


            MINGGU yang ditunggu-tunggukan Jaz muncul jua. Sedar tak sedar, dia sudah berada di Jitra pun, dan betul kata Johan, rumah mak dia ni betul-betul di atas bukit dan di ceruk hutan. Nak naik rumah mak dia pun Jaz kena panjat batu-batu kecil beberapa langkah. Entah mana silapnya, Jaz nyaris tergolek jatuh.
            “Hish...kalut memanjang hang ni. Sini beg tu.” Johan yang berjalan di belakangnya terus merampas beg di tangan Jaz. Jaz, tanpa memegang beban beg itu, dengan mudahnya mampu memanjat naik tangga yang dicangkul dari sebahagian tanah bukit itu.
            “Nah, ambik balik.” Johan mengunjurkan beg Jaz tadi kepada tuan badan. Jaz mengambil balik begnya, kemudian dengan maconya, Johan mengusung begnya dengan sebelah tangan sambil menaiki bukit kecil itu. Sekali lagi jantung Jaz jatuh ke tanah. Homai...macam tengok cerita koboi pun ada...Cuma ni koboi Jitra yang tak pakai topi dan tak ada kuda. Macam hebat aja Johan ni, duduk dalam kampung, sayang mak dia gila-gila, dengar cakap mak...haih, sejuk perut mak dia mengandung dulu.
            “Assalamualaikum! Mak, Angah balik ni.” Laungan Johan dari muka pintu rumahnya menyedarkan Jaz. Jaz mengetuk dahinya, lagi sekali dia mengelamun di hadapan lelaki yang dia cintakan itu. Haila...parah dah ni Jaz. Pintu rumah dibuka dan Jaz tersenyum lebar apabila melihat tubuh tua yang kenit itu. Alahai, comelnya mak Johan ni!
            “Anak mak! Makin gemuk hang ni Ngah! Ini menantu mak ya?” Jaz tersenyum lebar apabila Mak sudah memandangnya. Jaz diraihnya ke dalam pelukan, dan dipeluk erat.
            “Calon menantu, mak...” Johan membetulkan ayat mak nya tadi. Maknya hanya tayang sengih.
            “Ish, duduk depan muka pintu pula. Mai la masuk. Mai mai...Jaz, rumah mak ni kecik aja, mak minta maaf la ya. Johan ni dah ajak mak banyak kali supaya duduk dengan dia kat sana tu, tapi mak tak mahu, mak suka duduk rumah sendiri.” Mak Johan menjelaskan kepada Jaz. Jaz sudah telan liur awal-awal apabila Mak tersasul menyebut namanya tadi. Johan pula sudah merenungnya tajam. Beg di tangan di letak ke lantai dan tangannya sudah bercekak ke pinggang.
            “Mak, mak habaq apa tadi?” Tanya Johan tegas, mata masih belum lepas dari memandang Jaz. Jaz tiba-tiba terasa dirinya kecil di bawah renungan maut Johan  tersebut. Dahinya tiba-tiba rasa berpeluh.
            “Hah? Mak habaq apa pulak? Mak cakap kat Jasmin ni ja. Pasaipa dengan hang ni Ngah?” Mak bertanya kepada Johan kembali. Kemudian, selepas beberapa saat...mak sudah menepuk dahinya.
            “Haa...mak minta maaf Jasmin. Mak lupa hat mak patutnya tak tahu nama kamu. Ish, nyanyuk dah mak ni. Takpa, kamu duduk bincang dulu, mak pi hidang nasi na? Angah, hang jangan mengamuk dengan bakal menantu mak ni! Bincang elok-elok.” Cepat-cepat mak meminta diri apabila terasa aura di situ sangat tegang. Jaz sudah memandang mak dengan pandangan meminta simpati. Mak...jangan tinggalkan calon menantu mak ni...cheq takut! Tiba-tiba Jaz pun jadi pandai cakap bahasa utara, kuat penangan renungan tajam Johan taf ni rupanya!
            “Awak terus terang dengan saya, Jezamine.” Jaz membulatkan matanya. Oh? Tengah marah dia pandai la pula sebut nama aku betul-betul? Ish Johan ni!
Jaz tanpa dipinta, terus melabuhkan punggungnya ke atas kerusi rotan di ruangan tersebut. Nafasnya sudah ditarik dalam-dalam, buku limanya dikepal-kepal, mengharapkan Johan sedia menerima alsannya kali ini.
            Spill it, you’ve planned this ahead? Tricking me into this?” Johan masih bertanyanya bertalu-talu. Jaz mengangguk perlahan-lahan.
            “Saya akui, saya bersepakat dengan Mak. Saya nak sangat kahwin dengan awak, saya cintakan awak Johan. I’m getting older by the second, I want to have my own family.” Johan tergelak mendengar ayat dari mulut Jaz itu.
            “Hang? Bukan dulu memang hang dah nak kahwin pun kan? Hang lari kan? Why all of a sudden huh? Why me?” Jaz menekur lantai. Sudah kata, dia tak boleh elak. Apa yang dia telah buat pada Kay mesti orang tak akan habis ungkit sampai ke bila-bila.
            “Saya tak lari dulu. Saya dah sedar yang saya tak cintakan Khayrel, jadi saya layak mencari kebahagiaan saya sendiri.” Senang, Jaz menjawab. Johan sudah menggelengkan kepalanya.
            “Owh really? If that’s the case then, aku memang tahu aku tak cintakan hang...aku bolehlah tak kahwin dengan hang kan?Aku pun nak cari kebahagiaan aku sendiri kalau lagu tu!” Johan selamba badak memulangkan paku buah keras kepada Jaz. Jaz termati akal. Dia tidak terfikir pun pasal kebahagiaan Johan...
            “Ya, awak layak dapatkan kebahagiaan awak. Saya minta maaf Johan, saya terdesak sangat sampai melibatkan mak awak pula dalam rancangan ni. Saya minta maaf...” Kata Jaz sebak. Kenapa selama ini dia fikirkan dirinya sendiri sahaja? Dia langsung tidak fikirkan kemahuan Johan. Dia terlampau taksub dengan cintanya sendiri.
            Orang kata, cinta sejati itu sepatutnya bukan berkisar pada kebahagiaan diri sendiri, cinta sejati sepatutnya membuatkan orang yang kita cintai itu bahagia. Nampaknya, lagi sekali dia tersalah hitung lah ni? Jaz...apa kau dah buat ni. Tapi hati kau memang pada Johan kan? Dia bolayan kau pun kau masih rasa sayang dekat dia kan? Walaupun kau tak kenal dia...tapi kau tahu apa yang kau rasa ni betul! You love him...don’t ruin this one too...
            “Min, cuba hang khabar sikit kat aku ni, pasaipa hang boleh suka kat aku? Aku layan hang habis teroq, habis poyo...hang tak give up lagi na? Memang hang cinta gila kat aku ek sampai sanggup libatkan mak aku yang gian nak ada menantu perempuan tu?" Johan bertanya sambil giginya diketap kasar. Dia sedaya upaya menahan amarahnya, tidak mahu pula maknya pening kepala nanti tegok anak dia bergaduh dengan calon menantu tersayang.
            "Iya Johan, saya cinta gila kat awak ni. Kenapa susah sangat awak nak percaya?" Jaz berkata, nadanya sudah ceria. Serasanya, dia sudah tahu hala tuju hubungan yang belum sempat di bina ini. Memang selepas ni, Johan akan hantar dia ke stesen bas, dan dia akan pulang ke rumahnya. Tamat cerita. Johan tu bukannya nakkan dia pun. Dia aja yang bertepuk sebelah tangan.
            " Aku tak percaya lah sebab sebelum ni hang dah tinggai dua orang jantan yang kata hang cinta. Mau aku nak percaya hang? Hish...simpang malaikat la!" Agak kasar ayat Johan itu, namun Jaz telan sahaja. Memang betul apa yang Johan katakan itu. Selama ini dia menghancurkan hati dua orang jejaka, dan apabila tiba masanya untuk mendapat balasan, dia sudah rasa keperitan yang dibawa bersama perasaan cinta itu. Untuk tidak dapat orang yang kita cintai adalah sesuatu yang sangat sakit, sehingga mampu membuat hati ini hancur.
            "Well please trust me this time Johan? I really am in love with you. Be my third and final love please, Johan?” Jaz sudah sampai ke tahap merayu. Ya Allah, dia tak nak kehilangan cinta dia kali ini. Dia sudah betul-betul pasti yang dia cintakan Johan, dan dia tak mahu kehilangan Johan.
            “Min...hang ni memang desperate sangat ke?" Ayat pertanyaan dari Johan itu membuat Jaz mendongak memandangnya. Kenapa macam lembut aja nada Johan tu?
            Does desperately in love counts?” Jaz bertanya takut-takut.
            "Hang janji lepas ni hang tak cabut lari na...kalau hang cabut lari, siap hang aku ajaq." Jawapan Johan itu membuat Jaz terkeliru sejenak.Maknanya apa?
            “Maksud awak?” Jaz meminta penjelasan. Johan melutut di hadapan Jaz lalu mukanya yang serius itu memandang Jaz tajam.
            “Maknanya, since hang dah all out bersepakat dengan mak aku suruh hang bawa balik rumah ni, aku rasa hang deserve a chance. Aku bagi hang satu peluang, kalau hang buat nanar dengan peluang ni, aku dah tak akan pandang hang Min.” Johan berkata serius. Jaz sudah mampu tersenyum. Matanya memandang Johan.
            “Terima kasih Johan. Terima kasih. Satu peluang pun dah cukup buat saya. Kali ini saya betul-betul pasti...awaklah orangnya. I will not bail on you. Never!” Jaz berkata dengan penuh semangat. Johan tersenyum sejenak dua.
            “Hang ni memang biol Min, dengan aku-aku jadi biol. Kalau orang lain, memang aku tak bagi dah peluang, entah kenapa dengan hang ni aku jadi terbuka hati.” Johan merungut perlahan namun Jaz masih mampu menangkap apa yang dikatakan tadi.
            “Mungkin Allah memang nak satukan kita kut?” Jaz bercadang. Johan memandangnya sejenak. Bahu diangkat.
            “Entah. Wallahualam.” Balas Johan selamba. Dia bangkit dan berlalu ke dapur.
            “Mak, tak payah pura-pura buat macam mak tak dengar. Angah lapaq ni, nak makan.” Tanpa riak, Johan berkata kepada Mak nya. Mak sudahpun tersenyum lebar sambil memegang senduk nasinya. Dari tadi rupanya orang tua kenit yang comel ni mengintai dari dapur apa yang dua orang dara dan teruna tu tengah bincangkan.
            Mak memandang Johan dengan senyuman manis.
            “Angah...amacam. Mak perlu pergi pinang anak Midin tu ka?” Sakat Mak selamba. Sama selamba macam anak teruna dia. Johan tarik muka jeliknya.
            “Mak jangan mengada...calon menantu mak yang ini...” Kata Johan sambil menunjukkan ke arah Jaz yang turut mampir ke dapur itu. Jaz sudah mampu tersenyum.
            Oh...boy...mak tak sangka berjaya juga rancangan kita ya Jaz?” Mak berkata apabila Jaz sudah membantunya mencedok nasi ke dalam pinggan. Johan pula sudah tarik muka masam, masih tak percaya dia buta-buta kena pedajal oleh mak dan juga Jaz.
            “Mak dah rosakkan rancangan kita awal-awal lagi mak.” Jaz berkata sambil tergelak kecil. Mak sudah terkekek-kekek di meja.
            “Mak dah tua sayang...sebab tu kamu dua-dua ni kena cepat-cepat kahwin, lepas tu...bagi mak cucu.” Jaz terus terasa pipinya berbahang setelah mendengar komen Mak itu. Johan masih dengan muka tiada perasaannya.
            “Mak, bagi Angah cintakan dia dulu mak, baru kahwin mawen bagai tu.”
            “Ala...cinta lepas kahwin pun okay apa, Angah.”
            “Tak ada tak ada...”
            “Tak apa mak, nanti Jaz menuntut dengan mak macam mana nak bagi dia dengar kata Jaz.” Jaz mencelah. Mak sudah memberi thumbs up  kepada Jaz.
            “Mana boleh macam tu...mak...” Johan merungut, tidak puas hati mak menyebelahi Jaz. Jaz sudah tersenyum puas. Selepas ini, Johan tak boleh lari dari dia dah nampak gaya ni. Mak dah bersepakat dengan dia, kuasa veto ada di tangannya.
            I’m your mother, I can do whatever I please...” Habis bersepah keluar BI mak. Jaz tergelak melihat muka Johan seperti tapai basi itu.
            “Tak apa awak...nanti saya bluetooth rasa cinta saya ni dekat awak ye hari-hari, lama-lama, awak mesti boleh sayangkan saya juga.Kan mak kan?” Jaz bekata yakin. Johan sudah terdiam.
            “Awak jangan pergi bluetooth kat jantan lain sudah ye Min. Satu peluang sahaja.” Johan bertegas. Jaz mengangguk laju-laju.
            “Saya janji. I’m hooked to you, dah tak boleh lari dah pun. Saya dah jatuh sayang dekat Mak dah pun. Saya janji saya tak lari.”
            “Dan saya janji saya akan bukakan hati saya untuk awak...” Johan berkata dengan lembut kali ini. Rahang Jaz hampir mencecah lantai.
            “Hang habaq apa?” Jaz berjenaka. Johan menolak sedikit dahi Jaz. Ada hati nak ikut dia cakap utara. Pelat semacam bunyi!
            Cheq habaq cheq akan cuba sukakan hang!


                                                                           TAMAT


Reminder : No proofread has been done. This is just for fun :)

18 comments:

  1. Ngeeeeee... ohsem!!! Yeay!!! I lioke!!!

    ReplyDelete
  2. best giler la...tersengih sensorang bila baca...

    ReplyDelete
  3. Uhuuuuuu
    akhirnya jaz jumpa cinta sejati dia
    sukanyaaaa
    selamber jek.si johan ni
    dgn mak dia skali poyo....
    hahaha ai like
    thumbs up shamien.... ^_^

    ReplyDelete
  4. Awin...best sgt. Tapi cam tergantung aje...hahaha.

    ReplyDelete
  5. Cik Penulis ada tak nak buat lg sambungan cerita ni. Nak juga baca Jaz tu dah kahwin hahaha

    Harnani_Husin

    ReplyDelete
  6. buat la smbungan sampai dia kahwin plak..pleaseeee.......

    ReplyDelete
  7. sporting la mak ni..nice plan jaz!!

    ReplyDelete
  8. Best......25x harap ada sambungan sampai diorang kahwin

    ReplyDelete
  9. best sgt..xde smbungan dah ke...

    ReplyDelete
  10. aduhaii rasa nak melayang2 je baca.. sweet sangat

    ReplyDelete
  11. waaaaaaaaa. tak nak continue part kahwin2 cintan cintun ke?
    nak tengok gak garang tang mana bole p si Johan ni?

    tq cik writer

    ReplyDelete
  12. Teringin nak tau, jadi ke dak depa kawen. Apa jd lepas kawen. Serius memang best cite nie.

    ReplyDelete
  13. Best laa..suka2..sambung kisah cinta lps kawin Johan n Jaz..

    ReplyDelete
  14. Hahaha kesian Jazz .. tapi akhirnyaa..dpt jugak dia kat Johan tuh.. :)

    ReplyDelete
  15. Sangatttttttttt comelllllll

    ReplyDelete