Langkah kaki dibuka
juga secara malas. Kiah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Macam mana aku
boleh terlibat dengan mamat senteng akal ni? Tadi pagi selamat saja aku duduk
dalam bilik, berbungkus bawah comforter sambil mimpi best-best.
Sekarang, yakni tiga jam kemudian, aku dah ada dekat
sini, dengan orang yang penuh bersesak-sesak, berlumba nak pergi cari buku. This
place is a big no-no for a person with a claustrophobia like me!
Untung abang dia
terlepas, tapi sebab abang dia cari helahlah Kiah yang terpaksa ganti abang dia
ni. Si Benji ni tak ada kawan lain ke baya-baya umur dia? Hairan betul.
“Kiah! Kiah! Tu tu
tu, grab that one for me. Komik
Doraemon tu.”
Kiah memandang
Benji kecik besar saja. Besar panjang pun masih baca Doraemon? Namun, Kiah
ambilkan juga. Nanti ada yang menangis tak berlagu.
“Benji, lama lagi
ke?” Kiah merungut. Dah penat la, asyik cari buku dia je dari tadi. Kiah nak
pergi cari novel pun dia tak kasi takut Kiah hilang. Ingat aku ni budak? Kalau
aku hilang pun pandailah aku nak cari jalan balik rumah. Hish, Benji ni pun.
“Dah, mine dah settle, now yours pula. Jom cari novel you.”
Kiah yang tadi
monyok terus senyum sampai telinga. Yeah! Akhirnya...itu yang aku nak dengar.
“Amboi, dengar saja
nak cari novel, terus bahagia air muka tu.”
Kiah menghadiahkan
Benji jelingan yang tajam. Don’t say
anything about my novels. Grrr.
“Hurm...you baca novel apa?”
Benji bertanya
sambil membimbit green bag TESCO itu.
Kiah memandang ke hadapan namun dia tetap menjawab persoalan Benji.
“Romance...mysteries at times. ”
Lalu Kiah
meninggalkan Benji. Dia dah nampak novel Inggeris yang dia nak. Benji tiba
beberapa saat kemudian di sebelah Kiah. Dia mencapai novel yang sama yang
tengah diteliti oleh Kiah, lalu sinopsisnya dibaca. Benji meletakkan kembali novel
itu. Kiah pula membelek helaian muka surat sambil tersenyum seorang diri.
“Let me guess. That guy is so charming, oh so
handsome and sweet type? The type
that sweeps you off your feet.”
Suara Benji
membantutkan imaginasi Kiah. Kiah
meletakkan novel itu lalu memandang Benji. Aku luku jugak kepala dia lepas ni.
Kacau mood orang.
“Tentulah. Itulah
sebab I suka novel romance. You men wouldn’t understand us women.”
Benji jungkitkan
kening? Tak faham perempuan? Really?
Kiah ni pandai saja buat konklusi dia sendiri. Ini Benji lah, Benji always understand.
“Milady,
I’ll take these from here? Where shall we head next?”
Benji membuat gaya
seorang gentleman pada zaman Victoria
dahulu kala, ingin mengambil buku dari tangan Kiah untuk dibawanya. Kiah
senyum. Benji ni kan, memang one of a
kind la. Kiah menggeleng kepala, tak mahu Benji tolong bawakan. Dia boleh
bawa sendiri barangan dia.
“Well, thank you m’lord. But, as a lady, I am
capable of carrying my own belongings. ”
Kiah juga ambil port. Bila lagi nak berlakon kan? Masa nilah
boleh nak gurau gurau. Begnya yang tadi kosong juga sudah separuh penuh. Memang
rambang mata nak pilih, tapi kena juga pilih. Kalau tidak bila lagi nak beli
novel-novel murah!
“You are a lady, but I’m a gentleman. A
gentleman never allow a lady to carry her things by herself. Give them to me.”
Benji tarik
senyuman paling manisnya. Kiah terpana. Strike
three Kiah! You are OUT! Kiah
dapat membayangkan dia dalam pemainan baseball
ketika ini. Hai Benji, why are you so
sweet at times?
“Hah!
Ambillah.Pegang, dah nak pegang sangat! Beg galas ni pun bawa sekali!”
Kiah menyerahkan
beg-beg nya itu kepada Benji. Nak bawakan sangat kan? Ambil semua, bawa. Padahal,
Kiah buat macam tu sebab tak nak hati dia semakin terjatuh pada makhluk di
hadapan dia ni. Kan Kiah kan?
Kalau letak Uncle Luth yang lagi seorang tu, nak
nak je kau jatuh tergolek terus kan pada makhluk lagi satu tu kan? Apa
kurangnya Benji Kiah? He is a nice guy,
what?
Kiah menggelengkan
kepalanya. Dah mula dah nak celaru balik. Kiah memandang ke belakang. Benji
mengekorinya. Kiah melepaskan keluhan ringan, nampak habis ketak-ketak biceps Benji bila dia angkat beg penuh buku itu.
“Ada lagi apa-apa
nak cari? Cooking book ke? Kashaff
kata you suka bake.”
Kata-kata Benji itu
membuat Kiah berpatah balik ke seksyen buku masakan. Lupa pula tang tu tadi. Benji
pula, setia mengekori Kiah. Kalau orang tak kenal, boleh kata macam laki bini
dah.
“Benjiiiiiii...banyaknya!
Help me choose.”
Kiah melepaskan
keluhan. Inilah masalahnya datang booksale,
terlampau banyak pilihan sampai tidak tahu mana satu yang benar-benar
diperlukan. Benji pula turut menggaru kepala. Susah ni.
“You minat pastries kan? Belilah
satu dua pasal desserts.” Kata Benji
sambil tangannya turut membelek buku masakan di hadapannya. Dia mengambil satu
lalu menyelak helaian demi helaian. Matanya tertancap pada muka surat di
tengah-tengah itu.
“Honey, you kena
buatkan I benda ni! chocolate souffle. Argh...sedapnya!”
Kiah mengangkat
mukanya lalu memandang ke halaman yang sedang diunjurkan oleh Benji itu.
Souffle? Lecehla nak suruh dia jadi perfect
tu.
“Ha, ini pun. Butter tarts. This, this, this too, this one
also included, I just love brownies, eh, ambil je lah buku ni.”
Kiah senyum senget
memandang Benji. Kepala digelengkan. Pak cik lebai ni, gaya macamlah dia nak
upah aku ni jadi personal pastry chef
dia kan? Namun tangannya mengambil juga
buka yang dicari Benji itu. Desserts dalam
tu macam best saja, tak salah kan kalau kita cuba buat. Manalah tahu menjadi.
“Yeay, nanti you buat, you call I ek. I nak rasa.”
Omel Benji sambil
mengambil balik buku dari Kiah lalu dimasukkan ke dalam beg yang dipegang.
“Depends. Mood I okay, I inform you. Dah, jum bayar. I tak nak lama-lama kat sini, nant pokai
poket! Jom jom.”
Gesa Kiah sambil
tangannya menepuk haversack pink yang
tadi tersangkut dibelakangnya namun sudah berpindah tuan. Comel Benji bawa beg
pink!
***
Kiah menggoyangkan kakinya malas. Gambar lelaki berambut mo-hawk di dinding itu
dipandang dari tadi. Tak sangka, mo-hawk yang asalnya dari natives American aborigins boleh jadi tersebar seluruh dunia
sebagai trend rambut. Manusia ni macam-macam karenah kadang-kadang. Botak pun
jadi trend, rambut ala-ala biawak
atas kepala pun jadi trend. Haiyo.
Oh iya. Macam mana
dia boleh ada di dalam kedai gunting rambut lelaki ni? Sila salahkan abang
Benjamin Franklin tersayang ni ya, lepas habis
shopping buku tadi, entah
kenapa dia tiba-tiba kata nak potong rambut.
Kiah pun tak sempat
nak tanya, tup-tup dah sampai sini pun. Benji memandang Kiah dari cermin. Barber tu pun dah siap trim rambut.
“Awak yang cun. Okay
tak?”
Benji
memusingkan kerusinya lalu menghadap Kiah. Abang Barber itu hanya menjadi pemerhati. Dia juga memandang Kiah. O-kay,
dorang dua ni tunggu approval aku ke?
Kiah
meneliti Benji seketika. Kemudiannya dia bangun lalu menghampiri Benji. Dia
melihat rambut belakang Benji, dah kemas, siap kena shave lagi. Nice. Rambut Benji pun dah di potong pendek. Nampak lah
sikit kedoktoran dia tu. Kalau tak macam bohemian
artist celah mana entah.
“Perfect. Middle length suits you better.”
Kata
Kiah selamba sambil menepuk sedikit rambut di bahagian atas kepala Benji. Ouch,
agak tajam you.
“Ouh.
Selama ni rambut panjang tak okay la?”
Benji
sengaja bertanya. Kiah menggaru pipinya. Soalan apakah ini?
Benji
membalas sambil mengenyitkan mata pada Kiah. Kiah senyum senget. Gatal punya
Benji. Eh Kiah, kau tu sama je gatalnya. setelah Benji membayar cas potong rambut,
mereka bangun untuk berlalu. Baru mereka ingin keluar, satu figura yang sangat
dikenali masuki kedai potong rambut itu.
Benji
menegur dahulu. Kay yang sedang membelek Blackberry itu memandang ke arah suara
yang memanggilnya. Senyuman dicarikkan, mata beralih pada gadis di sisi
Benjamin. Whoa, Kiah? Mana saja aku pergi, mesti Kiah ada. Kebetulan betul kan.
“You two? Dating?”
Kay
bertanya selamba. Kiah terkelu lidah. Benji tarik senyum sambil bersalaman
dengan ipar arwah adiknya.
Benji
menapak ke luar. Kiah masih lagi statik memandang Kay. Kay pula masih senyum
pada Kiah. Apa kes cik adik manis ni? Boyfriend dah gerak, dia masih statik
depan aku?
“Kiah...coming dear?”
Itu
sahaja yang sempat Kiah keluarkan dari mulutnya. Hati tadi yang bercelaru
semakin bercelaru. Kaki digagahkan untuk mengikut langkah Benji. Wajah yang
tadi berseri sudah hilang serinya. Kiah, apa masalah kau ni? Bak kata Hlovate,
do not trouble the trouble if you don't want the trouble to trouble you.
Jangan cari masalah. Pilih Benji yang trang
tang tang tak ada kekasih hati. Oh
hati... ya Allah, kenapa semua jadi celaru bila ternampak saja muka Kay? Kalau
tak nampak bahagia saja dengan Benji. Nampak saja, dah rasa macam Benji tu
sebenarnya bukan apa yang dia nak, tapi yang lagi satu.
Ya
Allah, jangan Kau pesongkan hati-hati ini setelah engkau tempatkannya pada
jalan yang benar. Ameen. Andai dia jodoh aku, maka doronglah aku kepadanya,
andai bukan, maka jauhkanlah aku dari terus mengharapkannya.
OMG! Kiah... jangan obvious sangat suka Kay. dia tu tunang orang kot. ishh.. Pilih je Benji.. err,tapi Kay pun ok jugak sebenarnya. haha. cuma tak best la kalau kacau hak orang. thehehe
ReplyDeleteYeay. . best. . Hope next entry ada la pulak esok ya. . Senyum jer baca all ur story. Boleh hilang stress. . .thanks dear. .
ReplyDeleteBest man win...kan kiah?!...
ReplyDeleteixora : susah tu. tunang orang tu serba elok.
ReplyDeletehasnie : u r welcome. inshaAllah.
roziah : kiah kata yep! best man wins.
Huhuhu nangis Kayyyyy I want Uuuuuuu......
ReplyDeleteyeah..ada sambung lagi..
ReplyDeletekiah..kiah.. ko buat ku tersengih... hehehe
ReplyDeletekiah nie gatal gak ea..
ReplyDeletexjage pandangan betul.. hehe..
tp kn, klau dh tangkap cintan tu, kiri kanan pun xamek peduli.. same lar kite kiah..
hehehe,
ReplyDeletekalau tangkap cintan,
memang tak lepas pandang,
betul betul
buat solat istikharah lar, cik kiah oi..
ReplyDeletesusah sgt.. klau dh jodoh ko dgn kay tu, tunang org pun tunang org lar.. janji bukn suami org.. haha...
amboi kiah siap tnung org kay smpai benji pn dia lupa ea..
ReplyDeleteredpepper here.
ReplyDeleteahhhhh...*continue jerit kat sini pulak*
im glad much with his new appearance.
excited for next entry....
dipersimpangan dilema...
ReplyDelete