Perlahan-lahan aku turun tangga...di tangga terakhir aku pandang ke kiri....ke kanan...kiri...kanan...line clear...ENCIK-ENCIK LIPAS dah tak ada...kena serang dengan pest control kot?
Aku nampak mama kat dapur, tengah layout meja untuk dinner kot? Maybelah... perut ni dah start putar lagu ala-ala Metallica dah ni!
Tiba-tiba aku terdengar suara orang lelaki yang semakin menghampiri dining room ni...uh oh...I`m in trouble...
INCOMING ALERT!! Lipas terbang masih hidup!! Take cover IS!! Enemies are approaching...
Baru aja aku bongkok nak masuk bawah meja makan, mereka dah selamat terpacak di hadapan muka pintu dining room...
"ADOI!!"
Bodoh punya meja! Kenapa kau hantuk kepala aku? KAU ada masalah ke dengan aku!!
Kesian kat meja tu...tak pepasal kena sebijik dengan aku.
"WOI Rish, kau ni...sejak pergi melancong kat Europe, dah pandai bawak balik anak dara orang kat rumah yea...ish3!"
Apa ke sentap sangat lipas ni? Dey thambi...ini you punya adik pun tarak kenal ka? Apala you ni macha?...
"Bila masa pulak aku bawak balik perempuan? Hey Fir, cuba kau tengok betul-betul muka dia...tengok!"
Mereka berdua ni menghampiri aku. Tangan Firhan dah mendarat kat rahang aku...setiap inci muka aku dia tilik...dua-dua lipas-tercabut-sesungut ni tenung aku...macamlah aku ni guinea pig yang orang buat eksperimen dalam lab tue!
"Eh, muka dia ni familiar la...kan Rish?"
Tak habis lagi duk tenung aku...dahla dekat gila...aku tarik muka kayu aje...
Kan tak pepasal ada dua lipas berbentuk manusia kena makan dinner guna straw malam ni!
"GRRRrrrrrrrr...."
Sengaja aku 'growl' kat mereka...ada gaya Wolverine tak? Ada kan...korang tak cakap pun aku dah tau!
"MAK!!" Pondan punya laki...pengecut sangat! Kedua-duanya terloncat kebelakang...aku rasa cam nak nyanyi la...jom nyanyi sama-sama...
~lompat si katak lompat...
lompat la tinggi-tinggi...
cepat cik abang cepat,
baik korang selamatkan diri!!
"WAAARGHH!! Aku pun korang tak kenal ke??"
Tengok...Puffffff!! Mercun untuk Tahun Baru dah meletus!!
" Laa...kau rupanya adeq! Abang ingat sapa la yang cun tadi...kan Fa...risy??"
'Aik, mana dia pergi? Tadi elok aja kat tepi aku nie?'
gumam Firhan dalam hati.
Cepat aja Lipas tu terbang...lipas kudung kot...hehehe!
" Makan time!"
Oh? aku memang kenal suara ni...kau ni Farish...pantang bau makanan, mesti kau serbu dapur!
"Adeq, sini jap!" Abang tercinta aku panggil.
"Apa dia?"
"Adeq cute la dengan baju nie, siap ada bunnies lagi...kesian kau deq, dah tak macho!Hahaha..."
Mana straw dalam rumah nie? Memang abang aku yang first nak rasa makan dengan straw ni! Panas...panas!!!
Mama dan Farish muncul dari dapur...
"Ha, kan comel princess mama nie...meh sini mama peluk! Alalalala...mmmuahhh! Comel anak mama ni, Farish...tak berkenan ke? "
WHAT? Oh no...no...no...nonono,dont punk with my heart!!
"Mama! Apa nie...IS bukan budak-budak nak tarik pipi segala ni!"
Mama buat tak heran je...yang si Farish ni, kenapa? Kau pergi tarik jugak pesal? Miang sangat eh?
"Ala aunty, saya OK aje, best apa jadi M-E-N-A-N-T-U aunty."
Kenapa dengan makhluk kat rumah ni? Habis title macho aku...dah tak tomboy dah aku ni...asyik kena buli aja...
"Alala...cute nye dia tarik muncung...nak Rish gigit ke?"
Mamat? Kau pegi men buluh kat mana tadi, banyak sangat miang melekat kat tubuh kau! Taula kau player, takkan dengan aku pun kau nak ayat kot?
"Dahlah, malas nak layan korang yang ntahpapa...baik aku pegi potong buah!"
Aku terus jalan masuk dapur. Mama dah ke hadapan untuk panggil papa.Aku menyelongkar refrigerator...
Wow! Unik nye buah ni...warna merah ada, hijau pun ada...dahlah merah menyala...confirm manis tak terperi ni...
Aku dengan yakinnya memotong buah tersebut...cara aku pegang pisau pun dah nampak macam nak bunuh orang! Fail terus bab dapur ni!
Buah tersebut aku potong satu dulu, kalau sedap boleh ambil lagi!
Aku ambil satu slice dan masukkan dalam mulut...sekali kunyah...tak rasa apa-apa, dua kali kunyah...
"MAMA!!!"
Pedas siot!Buah apa nie...
"Ya Allah budak ni, kenapa kamu potong pepper ni ISYA?"
Haa?rewind balik...pepper? So, bukan buah la ni? Haru...
"Dah-dah, jom makan, tinggal aje lada tu kat tepi sink! Dah merah dah pipi anak mama ni..."
Sumpah aku tak nak jadi chef nanti besar...Sebal betul la, buah pun aku tak kenal, sahkan lagi segala jenis cucu-cicit sayur-mayur tu! Fail...fail... Berpijar lidah...
**********
Kecoh aja suasana kat meja makan tu...berselera aku makan...dah lama tak makan air tangan mama kan? Basic la tue...tak sah la kalau tak tambah!
" So Ma? Esok apa plan kita?" tanya Firhan...
"Entahla...Isya nak pergi mana dulu esok?"
yeay! Mama tanya aku...
"Hmmm...apa kata...kita tengok wayang?" aku bagi idea..
"Good idea, papa dan mama pun dah lama tak tengok wayang, betul tak honey?" papa pulak bersuara.
Mama memberi senyuman yang penuh bermakna.Eh? duk main mata pulak dua orang ni?
"Haih...nampaknya Ayah Mi dengan Aunty ni ada chance la nak timang sorang baby lagi..."
Rish mengusik papa dan mama aku.Mama dah blushing seyh!
"Betul tu ma,Is dah lama sangat nak rasa ada adik...boleh buat buli nanti!"
Aku pun apa lagi, join venture la dengan Farish ni...segala persengketaan lama ditolak ke tepi...we need to be professional, right?
WOW! Pipi mama dah macam warna pepper yang aku potong tadi la...comel sangat!
ECECE...like mother like daughter la...kan..kan...
"Betul-betul-betul"
Fir buat suara Upin & Ipin...bluekk! tak jadi!!...
"Papa, mama...kami berdua nak ADEQ!"
Suara aku dan Firhan bergabung...dan meletup!! AHH!
Memang kuat kuasa telepathy kiterang...
"Bolehla Ayah Mi, Aunty...dah muak dah Risy ngadap muka si kembar ni...lagipun...bertambah lagi satu umat Islam,betul tak OPAH?"
huhu...kesian kat opah...kena abandoned dari tadi....
"Opah SETUJU 100%...cadangan ditutup!"
Mak oi! Bersemangat betul opah ni...bergegar meja ni dia ketuk tadi...dah la siap berdiri lagi...tabik spring la opah ni!
"Papa on aja...mama kamu ni ha...cuba la kamu tanya siket?"
My dad is the most wanted DADDY in the whole wide world!
"Urm...mama pun on aja papanya...hihihi"
Terbuntang mata aku bila mama buat cover malu macam tue...cute giler!...tapikan...GEDIK jugak mama nie...nampak aja suka ugut aku dengan rotan...papa ada dekat aja, cair terus!
"Dah-dah la tu adeq, kita makan dulu...kalau layan borak...esok pun tak habis..."
Ey lipas ni...papa tak cakap apa-apa...dia nak melebih...
tapikan...BESTNYA kalau ada adik!!haahaa...sakit perut aku, mama...mama...apa-apa ajelah!
*********************
*********************
SHAMIEN said:
....tak mo sedeh2 dengan cerita Kerana Rayyan ye...
NAH, kembalikan balik mood korang!
~smile 2 da world so the world will smile back at ue...~
hoho.. One Happy Family! sweet~~ ;)
ReplyDeletelaju cik kiwi...sorry la...ingatkan nak letak buah kiwi tadi tapi cam tak sesuai la nak buat lawak.....juz kidding tau!jgn terasa...kan tak pepasal nanges...
ReplyDeleteheheh..sweet2
ReplyDeletelenguh pipi daku asyik senyum je..hehe..
ReplyDelete