Thursday, March 27, 2014

TERSALAH PILIH : Bab 2


Whatever you choose, you might as well enjoy it. It is your choice.

          PINTU RUMAH ditutup  rapat sebelum kaki melangkah ke arah dapur. Tangan laju merungkai tali leher yang menjerut lehernya seharian. Mata memandang sekilas ke arah jam dinding di kanannya, jam 11 malam. 

            Rumah, walaupun baru sebelas malam sudah pun sunyi sepi. Tadi Zandra pesan suruh balik awal, nak sambut hari lahir Ren. Namun, dia sengaja lengah-lengah di luar, malas nak hadap drama keluarga edisi terhad.

            Kaki dipacu ke arah dapur. Dahaga pula tiba-tiba. Briefcase dicampak ke atas sofa, diikuti dengan tali leher. Sekali lagi matanya melilau ke segenap ruangan, manalah tahu tiba-tiba ada lagi yang belum lena.

            “You baru tahu nak balik?” tegur Zandra dari belakangnya. Karl terangkat sedikit bahunya,terkejut ditegur tiba-tiba. Wajahnya dikerutkan, geram apabila tidak peka dengan sekeliling.

            ‘Ingat dah tidur jembalang ni...hari ni lewat pula tidurnya?’ getus hati Karl. Persoalan dari Zandra diendahkan. Sebaliknya, dia ke dapur demi menghilangkan haus yang bertandang di anak tekaknya. 

            “You tahu tak mama, Ren, I...we all  tunggu you? Sekarang baru nampak jalan nak balik ke? Saya tak minta banyak pun, saya suruh awak balik awal. Saya ada berita baik nak cerita, ada majlis kesyukuran, tapi you tengah malam baru nampak jalan nak balik rumah...” bebel Zandra perlahan. Hatinya sudah terasa seperti dirobek. Karl dari dulu sampai sekarang anggap dia ni macam kertas sahaja. Pakai buang!

            “Zandra, diam sekejap boleh tak? Orang baru balik dah mula nak bising. Rimas , faham tak? Rimas!” Bentak Karl. Gelas ditangan dihempas ke meja. Zandra terdiam apabila dimarah sebegitu. Tangan disisi disilangkan ke dada dan dia merenung Karl tajam atas ke bawah.

            “Rimas? Kalau Rimas kenapa kahwin juga dengan saya ni?”celah Zandra, kali ini suaranya juga bertambah nyaring. Amarah di hati seakan tidak dapat dibendung lagi.

            Forget I said that okay? Saya dah ada depan awak ni, awak nak sampaikan berita baik apa?”Karl mula untuk cakap baik-baik. Bahu Zandra diraih namun ditepis kasar Zandra.

 Zandra mengetap giginya, ‘kalau aku tak sayang, dah lama dia ni kena cincang lumat lumat buat sambal pekasam!’ getusnya geram.

            FORGET IT! Tak ada dah berita baik! Rimas konon. Rimas sangat awak tidur bilik lain malam ni. Saya nak tengok sampai mana awak nak rimas tu. Buat sakit hati orang aja,” bebel Zandra geram. Kaki dihentak dan dia meninggalkan Karl terpinga-pinga sendirian. Buat apa nak layan kalau orang tu sendiri cakap yang dia rimas. Buang karan namanya!

            Namun, baru setapak dia melangkah, badannya sudah ditarik ke belakang.Tangan gagah Karl yang sudah melekat dipinggangnya cuba dirungkai namun gagal.

            “Lepaskan I,” arah Zandra tegas namun tangan Karl di pinggangnya makin ketat. Kalau Karl boleh layan dia mahu tak mahu, dia pun boleh buat benda yang sama, kan? Bisik hati kecil Zandra.

            Karl memeluk erat Zandra dari belakang. Bibirnya tersenyum nakal. Zandra ni, sekejap aja panas, bila dah peluk, sekejap saja dia akan cair. Zandra kan cintakan dia. Dah nama cinta, mana boleh nak marah lama-lama kan.

            Namun, percaturan Karl tidak mengena kali ini. Zandra menyiku kuat abdomen Karl.

             KARL mengaduh sambil tangannya melepaskan pelukan pada pinggang Zandra. Tangannya turun mengurut  bahagian perutnya yang terasa senak dek penangan Zandra tadi. Hatinya berdongkol geram kepada isteri sendiri. Ini kenapa nak ganas sangat ni? Physical abuse.

            “Awak ni dah kenapa? Meroyan?” tanya Karl tidak berpuas hati. Senak diperut masih belum hilang. Zandra dicerlungnya tajam. Jangan sampai aku cakap dengan tangan sudah, jembalang ni!

Zandra menengadah siling. Tangannya dipeluk ke dada. Ya, memang aku meroyan! Jawab hati kecilnya. Orang tengah sedih, dia boleh balik lewat. Tadi baru nak kongsi berita gembira, tapi bila dapat tahu false result, terus mood Zandra merudum.

            “Ya! Saya meroyan. Tadi pagi saya buat test.”Zandra membuka cerita.
Pagi tadi apabila Karl pergi kerja, dia terasa mual-mual. Dia khabarkan kepada mama dan mama sudah tersenyum pulas. Kata mama, mungkin Allah dah nak bagi mereka rezeki.

            Zandra pun dengan percayakan naluri seorang ibu, ajak Ren ke farmasi. Dia beli beberapa jenis stick ujian kehamilan. Sampai aja di rumah, dia terus memacu ke bilik air. Ujian pertama mengatakan positif hamil, lalu dia terus hubungi Karl. 

            Namun, apabila dia sudah cakap dengan Karl, dia baru terbaca yang di atas kotak itu ada tertulis bahawa disarankan membuat beberapa lagi ujian susulan bagi mendapat kepastian.

            Tanpa berfikir, Zandra terus mencapai baki test kit yang ada. Apabila semua keputusan negatif, dia bagaikan hilang semangat. Nak telefon Karl pun macam Karl tak mahu layan dia. Baik dia tunggu dan cakap depan-depan dengan Karl. Bukan dia tidak mahukan zuriat, dia teramat mahukan zuriat dengan Karl.

            Namun, bila fikirkan Karl yang acuh tak acuh, dia jadi was-was. Kalau Karl tak sayangkan dia, dan kalau dia ditakdirkan cerai dengan Karl, apa akan jadi pada zuriat dia nanti? Dia tak mahu zuriatnya mengalami apa yang dia  dan Ren telah alami sebelum ini.

            “Test?”

 Soalan Karl membawa balik Zandra ke bumi. Dia dapat rasa Karl tidak akan suka dengan apa yang dia bakal khabarkan ini. Namun, sebagai suami, rasanya Karl berhak tahu kenapa dia masih was-was dengan kredibiliti Karl. 

            Pregnancy test! I got a positive.”jelas Zandra, tenang. Suaranya cuba didatarkan namun masih ada sendu yang kedengaran. Dia cuba tampil beku di hadapan Karl namun susah. 

            Setiap wanita idamkan zuriat, tambah-tambah dengan lelaki yang paling dicintai. Tapi, susah apabila lelaki tu tak mencintainya kembali. Keluarga, harus berlandaskan perasaan cinta dan kasih sayang. Barulah keluarga tersebut bahagia.

            “Alhamdulillah...kita nak dapat anak lah ni, Zandra?” tanya Karl teruja. Lagi sekali dia cuba meraih Zandra ke dalam pelukan. Zandra cekap menepis. 

            Mata Zandra sudah berair namun Karl tidak nampak semua itu. Yang dia nampak hanyalah Zandra dan ego seorang wanita. 

            “Dengar dulu. Bila I tengok positif, tiba-tiba I jadi terfikir. Karl ni dah sedia ke nak jadi papa? Isteri sendiri pun dia tak cinta, mampu ke dia nak sayang anak dia nanti? Kemudian I rasa macam regret pula...” Zandra cuba berterus terang tentang apa yang dirasainya.

             Ya, memang dia rasa yang Karl belum sedia untuk menjadi ayah. Karl boleh kata Zandra pentingkan diri, namun serasanya, Zandra juga berhak tetapkan syarat sebelum lahirnya seorang bayi di dalam keluarganya. Dan syaratnya, harus ada perasaan cinta yang utuh. 

Karl pula, tidak mempunyai perasaan tersebut, membuatkan Zandra agak terkilan dan terasa hati. 

            You what? Zandra tahu kan I memang dah lama nak baby?” Protes Karl habis-habisan. Dia terasa semua darahnya naik ke kepala. Zandra ni memang melampau. Silap haribulan aku madukan juga baru dia tahu. Dah pandai nak pijak kepala. Aku? Belum sedia jadi bapa? Bullshit!

            “Dengar sampai habis la Karl. I penat tau. I penat dengan you, I penat dengan majlis...”rayu Zandra.

 Karl mendengus geram mendengar ayat Zandra itu. Dasar jembalang. 

            “Oh, jadi I ni tak penat?” bantah Karl. Badan disandarkan pada meja dan Zandra dipandang kecil besar. Kalau ikutkan hati, lafaz cerai tu bila-bila masa sahaja dia boleh lafazkan. Tapi bila fikirkan mama tersayang, dia cuba bersabar, cuba tolerate dengan Zandra ni. Tapi apabila Zandra mula nak pijak kepala dia, patutkah dia masih bersabar?

            Let’s not make this about you, please.Karl...” pusing Zandra. Wajah tidak puas hati Karl dipandang lama. Sumpah, dia sayangkan Karl. Tapi, dia pun ada naluri untuk disayangi. Dia bukan objek, dia bukan sampah. Dia pun ada hak untuk dapatkan apa yang dia mahukan. Kenapa Karl tak mahu faham perkara itu?

            Dia wanita, dia juga ingin dicintai. Tapi Karl...Karl tak pernah nampak kewujudan dia. Karl hanya tahu cakap dia ni isteri, dia kena buat apa yang suami suruh blablablabla.
 
            “Cuba bagitahu I sesuatu. Kenapa you macam tak mahu sangat nak baby dengan I?” 

            Ayat itu berjaya merentap hati Zandra buat sekian kalinya. Ya Allah...kuatkan aku. Pinta Zandra di dalam hati.

            Dia membasahkan bibirnya, tangan dikepal di sisi. Badannya tegak. Mata mula membalas renungan tajam mata Karl. Kali ini, Karl akan dengar apa yang dia nak cakap. Karl yang kena mengalah, bukan lagi dia.

            “I nak anak dengan you, tapi I tak nak anak selagi you tak mampu nak sayangkan I. Apa you ingat I ni namanya perempuan, then memang tugas I jadi kilang buat anak? I tak perlu nak kena belai, nak sayang-sayang dengan suami sendiri ke?” Luah Zandra, laju. Dia menarik nafas yang dalam lalu menapak selangkah ke arah Karl. 

            Dada Karl digosoknya, muka yang sehabis lembut ditayang. Tak guna kalau dia guna kekasaran, kan? Karl cuma perlu tahu yang dia anggap ini perkara serius, dan dia juga mahu Karl take her seriously. Bukan lagi main-main.

            “I pun manusia Karl. I nak orang yang I cinta, yang I sayang, cuba untuk balas balik perasaan I tu...” jelasnya dengan lebih terperinci. 

            Karl tergelak sinis. Dagu Zandra didongakkan.

            “By telling that you are not ready to give what he wants most?” tanya Karl balik. Dia menjauhi dan membelakangi Zandra. Otaknya kusut. Jadinya, selagi dia tak balas cinta Zandra, selagi itu dia tak boleh ada zuriat?

            Wah, hebat permainan kau Zandra. Apa kau tu Tuhan? Kita tengok nanti... cinta konon. Macam aku tak tahu kau tu bukannya cintakan aku tulus hati pun. Kahwin dengan aku sebab hutang budi dengan mama. Ambil kesempatan. Piraah! Desis hati jahat Karl. 

            “Karl...” Panggil Zandra apabila Karl terdiam lama. Dia mampir dan menyentuh bahu Karl. Giliran Karl untuk menepis.

            Dia toleh ke sisi lalu bertanya, serius.

            “Jadi sekarang you pregnant ke tak ni?”

            Zandra telan liur. Saat gembira false alarm tadi dilupakan. Dia tahu Karl nak sangat bayi, tapi...

            Salah dia juga, dia tak patut telefon Karl. Salah dia juga, yang dia buat-buat seakan tidak ada keinginan untuk berzuriat. Tapi, for once, let Karl play by her rules!
 
            Zandra menekur lantai. Karl...susah sangat ke nak sayangkan saya? Zandra menelan liur sebelum bersuara.

            “Satu test  cakap positif, tiga lagi cakap negatif.” Akur Zandra. Mata memandang belakang Karl yang kaku itu.

            You must be so overjoyed kan? Tak mengandung lagi. Buat lah apa yang  kau suka, Zandra. Aku malas dah nak peningkan kepala aku dengan perangai tak semenggah kau tu. ” kata Karl senada. Zandra terkedu. Air mata cuba ditahan dari mengalir. Payahnya nak jaga seorang Karl ini. Payah sangat, hati dia dah berapa kali terguris. Tapi dia tahu dia kena kuat. Dia juga tahu dia tak boleh beralah sekarang.

            “Tapi awak punya perangai lagi tak semenggah dari saya.” 

            Entah dari mana Zandra menjadi berani untuk menjawab. 

            Karl tak jadi melangkah pergi. Dia berkira-kira untuk membalas balik perlian spontan Zandra, namun niatnya ditahan. Mulutnya dikunci.

            I’ll be sleeping in the other room tonight.” Ujarnya, sebelum berlalu meninggalkan Zandra keseorangan. 

            Zandra terpacak di tempatnya berdiri. Tanpa disedari, air mata yang ditahan tadi mengalir jua.

            Kerasnya hati awak, Karl Raihan. Mampukah cinta saya cairkan hati awak ni? Please tell me, that I am making a right choice here, Karl. Tolog cakap yang suatu hari nanti awak akan terima saya , baik buruk saya, seadanya. Tell me that you will learn to love me and not leave me, Karl...rintih hati Zandra.

            Namun, pada luarannya, Zandra harus tampil kuat. Kuat untuk melawan ego seorang suami. Kuat untuk melicinkan perjalanan perkahwinannya. Kuat untuk sedarkan makhluk bernama Karl bahawa perasaan cinta dan kasih sayang itu juga penting untuk hidup bahagia.
 


P/S: karang aku hantuk gak kepala dua malaun ni haaa...ish

18 comments:

  1. macam nak debush ja dua makhluk tu. hehehehe.

    ReplyDelete
  2. kesiannya ....tapi tak tau nak kesian kat siapa sebab 2 2 pun macam tak betul aje...hahahah. but zandra, be strong. show that he thinks he so great karl tu he's made a very wrong decision by ignoring ur heart....lalalala. btw awin, keep this up. love all ur karya... ;)

    ReplyDelete
  3. sila hantuk!!geram naa dengan mereka2 ni!!eeee

    ReplyDelete
  4. Mmg patut kena hantuk 2 2 nie...
    Best..nk lgi..

    ReplyDelete
  5. ni yang buat akak menyampah ngan karl.....rasa nak srh rara larikkk jauh2 ngan dzihan.....aduhhhhhhh pening.....

    ReplyDelete
  6. salam .. hye please visit my belog http://www.apitshaffiq.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. geramnya dgn mereka berdua ni...hantuk kan jela kepala diorang tu...dua2 keras kepala, ego...

    ReplyDelete
  8. erghhh benci betullah lelaki mcm karl ni..klau ada llaki lain mint kt wife dia..Baru pdn muka

    ReplyDelete
  9. Shamien...

    Looks like another KIAH will be cominggggg....

    TP.... jgn lepas ni Karl kawin gan Bree... yg dia rasa perfect... and than baru he notice that TP tu sebenar untuk Bree... hahahahha.. akak suka berimaginasiiiii yg terkedepannnnn.... good job my dear mein...

    Hug and kissess
    kak itasukri....

    p/s: dah banyak kali ulang baca HR... suka KIAHHHHHH

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. bila nak up n3 baru ni kakkkk..? ke dah jd novel dah??

    ReplyDelete
  12. fening2 kalau tak suka kenapa kahwin. adus... dua2 ego tak tau nak cakap tahap mana dah...

    ReplyDelete