Saturday, February 22, 2014

Tersalah Pilih : Bab 1



Once you've had a taste of her you'll never be the same ,
she'll make you go insane.


            “Hurmph...”
Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Pen di atas meja dipusing-pusing beberapa kali. Mata ralit memandang belakang tubuh genit cik setiausahanya. Sopan, cantik, berbudi bahasa, tapi kenapa dia tak pilih si Sabrina ni aja jadi isteri dia dua tahun lalu?
            Kenapa? Sedangkan dia tahu Sabrina pun ada hati sama dia, dia pun ada la juga terasa elektrik kadang-kadang apabila Sabrina wujud di dalam ruangan yang sama dengan dia. Oh lupa, dia tolak Sabrina ke tepi sebab dia memang berpegang dengan prinsip no funny business with own staffs. Dia tak nak membuat urusan kerjanya semakin semak dan rimas apabila bercinta dengan staf sendiri.
            Namun sekarang, lihatlah apa yang terjadi? Kahwin dengan yang bukan staf pun, hidup dia bukan kurang rimas, bertambah rimas adalah! Tambah-tambah lagi, apabila si Zandra tu berperangai seperti jembalang tanah! She-devil! Makin membuat hidup Karl ni kusut lebih dari biasa.
            “Karl...your wife is on the line...”
            Suara lunak Sabrina memecah masuk melalui interkom.
            Karl mengetap giginya. Pen tadi dicampak kasar ke permukaan meja lalu dia mengeluh kasar lagi sekali. Zandra tu nak apa lagi kali ni?
            “Okay, Sab. Cakap dengan dia saya dalam bilik mesyuarat.” Katanya hambar. Dia dapat mendengar Sabrina yang tergelak  kecil di sebelah sana.
            Padan muka kau Karl, padan muka. Dapat bini perangai macam hantu. Masa Sab nak sama kau, kau tak nakkan dia. Sekarang, kau dapat bini macam tu, kau yang menyesal, kan?
            “Ah, Karl. Tak tak tak...ni dah lima kali dia telefon. Mood dia bebal sikit tu. Marah-marah sebab you tak on phone. Be prepared. Saya dah tak boleh tipu dia. Sorry bos.” Tuntas Sabrina mudah.
             Dosa dia dah menimbun agaknya asyik-asyik kena taburkan penipuan bagi pihak si Karl tu. Talian Zandra disambungkan ke bilik Karl dan Sab bersandar pada kerusinya. Mata ditala ke arah siling. Kepala digeleng-gelengkan berkali-kali.
            “Itulah bos, kalau tahu dah tak cintakan si dia tu, kenapa nak kahwin juga? Berpegang pada pendirian konon. Sekarang, jiwa sendiri yang sengsara, bukan? Lepas tu, aku pula yang jadi mangsa kena reka penipuan supaya dia dapat mengelat dari bini dia tu. Ergh! Menyusahkan hidup!” ujar Sabrina sendirian sambil memerhatikan wajah Karl yang sudah kusut dari sebalik cermin bilik.


            KARL sekadar mengeluh sahaja. Sedihnya hidup...kalau boleh berpatah balik, memang dia tolak Zandra tu jauh-jauh. Tak mahu kahwin dengan Zandra. Sumpah menyesal! Ah...rimas rimas!
            Doodle bug...kenapa you tak jawab handphone tu? Saya ada benda penting ni nak pesan sama you, honey bunch! Can you please be more responsible? Perangai tu tak semenggah tahu, ni buat I benci dengan sikap you ni, cherry bear!” Sedas Zandra bagi apabila Karl menjawab panggilan. Geram betul hati dia apabila berkali-kali tidak dihiraukan si suami. Payah betul!
            Telinga Karl pula berdesup setelah mendengar ayat pertama dari jembalang peliharaan dia tu. Urghh...kalau ada putik kapas, dah lama dia sumbat-sumbat dalam telinga ni. Membebel tak habis-habis Zandra ni.
            Lagi satu, dengan gelaran si Zandra bagi tu...yucks! Doodle bug lah, honey bunch la, cherry bear la...tak sesuai okay! Cuba panggil abang, sedap aja telinga ni nak dengar.
            Baby boy...dengar ke tak saya cakap ni?”
            Heee...baby boy la pulak dah! Badan taf macam aku ni boleh dia panggil baby? Balik ni aku sumbat juga kamus Thesaurus tu dalam kepala otak dia. Baby, baby.
             Suruh buat baby betul; Zandra juga yang tak mahu anak lagi. Lepastu, dia pula yang dipanggil baby. Oh...sakitnya hati. Kalaulah masa boleh diputar, memang dia sanggup ketepikan kerja dan dahulukan Sabrina tu dulu.
            Terkenangkan Sabrina, suara bebelan si isteri sudah menjadi kabur. Matanya memandang tepat ke arah cermin biliknya yang memisahkan ruangan dia dan juga Sabrina. Ralit dia memerhati gelagat cik setiausaha yang lemah lembut itu. Kalau masa boleh diputar, tentu dia berbahagia dengan Sabrina kan sekarang?
            Sabrina tu memang calon sesuai untuk dijadikan isteri. Bertudung litup, cakap lemah lembut, sopan santun, berbeza betul dengan Zandra. Zandra...tudung pun main letak aja atas kepala, lemah lembut? Sama sekali tidak. Zandra jenis berdikari, kalau boleh semua benda dia nak buat sendiri selagi boleh. Kasar. Kalau sekali dah gelak, bergegar satu rumah.
            Kalau Sabrina pula, gelakpun tersipu-sipu, sampai cair hati ni tengok dia gelak. Sabrina tu sekali pandang macam helpless, mungkin itu yang membuatkan dia sukakan personaliti Sabrina barangkali. Sabrina boleh buat dia rasa superior dalam hubungan, manakala Zandra buat dia rasa inferior. Lelaki mana yang suka rasa  kerdil depan isteri sendiri?
            “Sayang! Dengar tak apa yang saya tanya ni?”
             Suara Zandra memecahkan kepompong halusinasi Karl. Lagi sekali Karl mengeluh. Tangan kirinya sudah naik memicit pelipis.
            “Apa dia lagi ni? I ada banyak kerja ni, kalau you telefon sebab nak membebel, tunggu I balik ajalah.” Gerutu Karl, bosan. Zandra ni, makin hari makin buat darah dia naik pun ada. Ceraikan baru tahu, aman sikit dunia ni.
            Lailahaillallah! Sayang! Saya membebellah sebab awak tu susah sangat nak angkat telefon. Kalau awak balik pun tak sempat lah saya nak bebel, balik pun tengah malam buta.”
            “Cukup Zandra. You ni bising lah. Pening kepala I ni.”
            “Sayang...okay okay...saya tak marah dah sama awak. Saya nak ingatkan sayang ni, malam ni balik awal sikit ya.” Nada suara Zandra sudah berubah menjadi lunak, namun lunak tak lunak, Karl tetap rasa menyampah. Kalaulah boleh pita mulut Zandra tu, tentu dia akan aman bahagia selama-lamanya.       
            "Zandra, malam ni I balik lewat. Ada kena attend client dari..." Karl mencongak di dalam otaknya...nak kelentong dinner dengan klien mana pula kali ni ya? Rasanya, sudah hampir satu dunia punya klien dia sebut untuk mengelat dari Zandra.
            "Apa?Balik lewat lagi? Tapi sayaaang...malam ni kan sayang dah janji nak celebrate birthday Ren! Mama dah tunggu ni..." rengek Zandra.
Karl membeliakkan matanya. Ren tu adik kau, bukan adik aku...kau sambutlah puas-puas dengan adik kau tu. Nak aku ada sama kenapa?
            "Tak boleh I kata.This is one huge merger, tolong lah faham!" Karl mula melantangkan suaranya apabila Zandra masih kekal merengek. Geramnya hati ni.
            "I tak nak faham. Sayang, baby boy...listen up. Sayang ni asyik kerja kerja kerja...bila sayang nak rehat-rehat, teman saya shopping ke? Mama pun dah bising sebab sayang tu asyik tak ada aja." celah Zandra apabila sempat.
            "Buang masa nak teman you shopping." Sinis balasan Karl.
Agaknya, berapa lama lagi dia akan bertahan dengan Zandra ni? Kalau failkan perceraian, mesti  kecoh mama dah ayah dia bantah. Mereka kan sayang gila dengan menantu mereka ni. Ya Allah, buntunya hidup ni!
            "Okay...tak payah teman saya shopping. Tapi kalau ya pun sayang, baliklah rumah awal sikit..."
            "Not today...not this month.I sibuk." Keras Karl.
Zandra di sebelah talian terdiam sejenak. Keluhan dikerongkong ditahan dari terhambur. Sabar Zandra, sabar. Tangan ditekapkan ke atas perutnya. Senyuman cuba diukir pada wajah.
Dia bukan bodoh, dia tahu Karl tak sayangkan dia pun. Dia tak buta, dia boleh nampak dan menilai cara Karl layan dia, dan juga cara suami kepada kawan-kawannya melayan isteri masing-masing. Sangat berbeza. Tapi, dia sayangkan Karl, dan dia mampu Karl mampu sayangkan dia lebih dari kerja di pejabat itu.
            "Baliklah sayang...kesian mama dengan Ren tunggu awak tau.” Cuba Zandra lagi sekali.
“Zandra, kenapa suka sangat paksa saya lately ni?” Soal Karl tidak berpuas hati. Kalau ikutkan hati, dia nak aja hempas telefon ini.
“ Lagipun, saya ada good news ni nak cerita sama awak,” jawab Zandra seolah-olah tidak mendengar bantahan keras dari Karl tadi.
 Kalau ikutkan hati dia, memang dia nak sekolahkan balik Karl hati kering tu. Apa dia ingat Zandra ni anak patung yang tak ada perasaan? Minta maaf bebanyak, Zandra bukan tempat pijak kaki sesiapa pun ya! Jangan sebab kita sayangkan dia, dia boleh buat kita sesuka hati aja.
Cinta pun ada had, kalau cinta tu akhirnya dipermainkan macam bola, boleh sepak sana sini, cinta tu sendiri akan rasa tawar setawar tawarnya. Itu bukan cinta, tapi menyiksa diri namanya. Tapi...apapun, kita mesti sabar, ya tidak?
            "Goodnews apa?" tanya Karl nak tak nak.
            "Balik baru saya cakap...ya sayang? Meeting dengan klien sayang tu boleh habis awal kan? Saya dah check schedule awak dengan Sabrina tadi. Sayang jangan mimpi ya nak mengelat." 
Zandra menggigit bibirnya ketika mengucapkan ayat itu. Macamlah dia tak tahu yang Karl tak ada meeting pun pada malam ini. Semuanya penipuan semata-mata.
            "Hint sikit la pasal apa?" Tahap kebosanan Karl sudah meningkat. Nak main teka-teka pula dah? Me-nyam-pah!
            "Ok ok. Klu dia...kita dah bertiga. Bye sayang.Jumpa malam ni.Love you baby boy! Balik cepat-cepat lepas awak punya meeting tu ya?" Pesan Zandra sebelum meletakkan telefonnya. Sebuah keluhan dilepaskan berat.
“Sampai bila kau nak tahan, kak?” Ren merenung tajam Zandra.
Zandra tersenyum hambar sambil mengangkat bahunya.
“Aku sayang dia, Ren. Sayangkan dia.”
“Tapi...kau kahwin dengan dia sebab...”
“Tak ada tapi, dik. I love him.
“Zandra, kau tak perlukan dia kalau dia layan kau macam ni. Jangan seksa diri kau lagi, kak! Aku dah 20, aku dah mampu sara kau.”
“Ceh. Nanti kau pun akan ada anak bini, lepastu aku kau nak campak mana Fahrin? Kau belajar aja dulu, dik.” Zandra menolak manja bahu adik tunggalnya.
“Aku nak tengok kau bahagia kak.” Ucap Ren perlahan.
Zandra memeluk adiknya erat, kepalanya disandarkan ke dada si adik. Keluhan yang berat dilepaskan.
“Kakak bahagia dik. Kakak ada mama dan ayah yang baik, Ren ada tempat berteduh, ada mama dan ayah angkat, ada abang...”
You sure know how to manipulate words,kan kakak?”
“Adik kena ingat, mama dan ayah yang jaga kita masa kita terkapai-kapai. Hutang nyawa tu dik. Bawa sampai mati.”
“Karl tu akak dapat sebagai bonus, la kan?”
“Yap! Bonus.”
“Amboi...anak-anak mama ni berpeluk bagai kenapa?” Suara lunak ibu mertua Zandra menegur.
Zandra tersenyum lebar, pelukan beralih kepada ibu mertuanya pula. Mama angkatnya sebelum dinaik taraf sebagai ibu mertua.
“Saja ma. Budak mentah ni nak manja pulak dengan kakak dia.” Sakat Zandra. Ren sudah membuat muka meluat di sisi Zandra, namun wajahnya tersenyum manis pabila mama puji dia adik yang sangat baik.
 “Kalau Ren anak kandung mama, memang mama tak kisah pun Ren nak peluk mama hari-hari. Nak harap abang Karl kamu tu nak peluk mama? Dia nak peluk kakak kamu ni je...kan?”
Kata-kata mama merentap lagi sekali hati Zandra, namun Zandra tersenyum sahaja.
Memang dia nak peluk sangat mama, malam Jumaat aja dia nak peluk pun. Kenapalah anak mama tu tak nak curahkan kasih sayang dia pada Zandra ni mama? Kenapa dia kahwin dengan Zandra kalau dia tak sayangkan Zandra?
“Dahlah, Ren...mama nak pinjam kakak kamu, nak siapkan makanan untuk kesyukuran malam ni. Tak sangka anak mama ni bijak, sunyi mama bila kamu fly  nanti. Umur baru nak masuk 20 tahun hari ni, minggu depan dia dah nak pergi Ireland.” Rintih mama sayu.
Ren menghampiri mama lalu menepuk perlahan bahu mama yang berlapik baju itu.
“Ren akan tetap sayangkan mama, tahu. Forever!” Kemudian, dia mengucup pula kepala kakaknya.
You too darling,adik sayang kakak, selama-lamanya,” ucapnya, sebelum dia berlalu ke tingkat atas.
Zandra tersenyum manis. Manalah nak cari adik yang baik gila macam tu? Kalaulah Karl tu pun ada sifat penyayang macam Fahrin tu, makin berbunga-bunga hidupnya barangkali.


KERUSI HITAM itu dipusing berkali-kali. Kakinya dinaikkan ke atas meja, mata menekur cermin biliknya itu, namun fikirannya menerawang ke tempat lain.
"Bertiga???Jembalang tu mengandung ke? Macam musykil aja tu...hish...rimas! Suka hati aku lah nak balik pukul berapa pun. Dia duduk ajalah diam-diam kat rumah tu.Ini tak...tapikan...kalau dia memang mengandung? Seronoknya kan kalau ada baby? Mini Karl harap-harap.Nak balik awal ke tak agaknya ni?"
Jam Tag Hueur ditangan dikerling. Pukul 9 malam.
“Tak mungkinlah Karl...Zandra nak mengandung? Kiamat dulu agaknya,” ujarnya, namun kaki sudah dijatuhkan dari meja dan tangan sibuk mengemas beberapa perkara mustahak ke dalam briefcase kulit berwarna coklat gelap.
“Pecah rekod balik rumah pukul sembilan, mama mesti terkejut ni.” Katanya lagi sebelum menutup suis lampu bilik kerjanya. Sebelum dia menaiki lif, sempat lagi dia mengintai meja Sabrina yang dari pukul 6 lagi kosong.
Matanya terbuntang luas apabila melihat sekuntum ros merah di dalam cawan yang terisi  air di sudut meja Sabrina tadi. Tangannya pantas mencapai ros tersebut. Kemudian, matanya tertancap pada sekeping kad ucapan yang dilekatkan ke atas papan lekat milik si Sabrina tadi.
Dinner with me tonight, Bree?” Karl membaca setiap patah ayat itu dengan perasaan yang geram. Bree? Hanya seorang manusia dalam pejabat ni yang panggil Sabrina dengan nama Bree.
“Sabrina...dengan Anuar?” Fikirnya sejenak. Keningnya yang tebal itu nyaris tercantum.
No way in hell that’s happening!
Malam itu, dia pulang dengan hati yang terlebih panas dari biasa. Sabrina dah tak cintakan dia ke? Sabrina dah jumpa orang lain? Perlukah dia cakap pada Sabrina yang dia juga sayangkan Sabrina? Tapi Zandra tu nak buat macam mana? Ceraikan?
Ya Allah...! Buntu! Buntu! Buntu!

24 comments:

  1. Hopefully zandra is the main heroine not sabrina plssssss! Anw,permulaan yg baik n will wait the nxt entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong! Death to all meek n spineless heroine

      Delete
    2. No offense but yeah, time for some heroines to straighten their spine huh?

      Delete
  2. sya pn harap zandra ngan karl ...tp dah tersalah pilih kan ....agaknya sape watak utama nya zandra ke sab....lama lgi la nk tau...


    ReplyDelete
  3. Huh nyampah kat Karl. Dh berapa kli jumaat.. dh dua jdi tiga baru nk bandingkan. Klu mcm ni bkn Karl yg tersalah pilih isteri tpi zandra yg tersalah pilih suami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, the title is tersalah pilih, siapa salah pilih siapa you will know ;)

      Delete
  4. sape yg jadi watak utama ni....agak2 karl ni cam kay jugak ke...mula2 x nak ....pahtu...emmmmmmm..melting3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dia punya melting point macam lagi tinggi pada Kay kut sis

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. tak kire...tak kire..nak zandra ngan karl ....hahaha.

    ReplyDelete
  7. Kalu karl hero, nmpk gaya heronya la yg spineless

    ReplyDelete
  8. sape yang tersalah pilih sebenarnya ni?
    jangan nanti dah takde depan mata baru nak hargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap yap, jangan bila dah takda baru mula nak cari...

      Delete
  9. MUNGKINKAH KEDUA-DUANYA TERSALAH PILIH...
    KEDUA-DUANYA ADA ORG LAIN SEBELUM NI...
    Menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak! ^_^ nanti kita tgk siapa yang salah pilih

      Delete
  10. aishhh..ni betul2 antara dua penjuru ni..! karl yg hampeh dgn pendirian dia then 2 hamba allah yg bername perempuan juga yang terseksa!ciss

    ReplyDelete
  11. what a good prolog. hee. mnimbulkan curiosity.

    ReplyDelete
  12. Kesian Zandra dpt suami cam gitu..msti zandra yg trsalah pilih kan...nk lgi...best...

    ReplyDelete