Thursday, December 20, 2012

Roti Kahwin (cerpen)



Jam dipergelangan tangannya dipandang lagi sekali. Jarum sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi, menandakan bahawa si Sabrina itu sudah setengah jam lewat. Zayd Ahmad memandang ke arah peguam Sabrina. Keningnya diangkat, tanda mempersoalkan kehadiran wanita itu. Peguam Sabrina hanya mengangkat bahunya, tanda tidak tahu apa-apa.


Zayd mengeluh. Sabrina ni, masa nak dengar petisyen perceraianlah juga dia nak buat hal. Ingat senang ke nak selesaikan kes perceraian mereka ni? Ingat mahkamah tinggi syariah tu tepi rumah mereka je ke? Kalau duduk sebelah rumah, hari-hari boleh datang minta cerai.


“Excuse me, saya call Sabrina sekejap.”


Zayd bersuara sambil menolak kerusinya ke belakang. Nak tak nak, dia kena juga suruh Sabrina hadirkan diri hari ini. Lagi cepat perkahwinan ini tamat, lagi selesa hidupnya. Dia keluar dan mendail nombor isterinya itu. Sekali lagi jam dibelek, pukul 1 tengah hari nanti dia mesyuarat dengan board of directors. Memandangkan dia pun salah satu pemegang saham terbesar hospital bapak dia itu, memang dia kenalah menghadirkan diri.


“Hello? Bree, mana you ni? Today is our hearing session, remember?”
Zayd berkata tegas sambil mengusap dahinya yang sudah berkerut itu. Tension betul dengan budak sorang ni.


“J? J, I ada dekat carpark ni. I...I, I taknak bercerai. I need you!”


Zayd mengeluh mendengar rayuan Sabrina.Tengah menangis pulak tu. Minah ni pun satu hal. Hari tu dia yang suggest nak bercerai, sekarang tak nak pulak.


 Zayd mengenali Sabrina  semasa di England dulu. Dia jadi part-time tutor ketika membuat masters in Psychology dahulu, dan Sabrina yang baru masuk degree ketika itu selalu menceroboh private time dia.


 Lama-lama mereka menjadi kawan baik, dan dari sana mereka semakin rapat. Tup-tup, kahwin. Dan sekarang, selepas 5 tahun berkahwin dan tanpa cahaya mata, mereka decided untuk membawa haluan sendiri. Dah bosan kut dengan satu sama lain.


“You tunggu sana, I datang sekarang.”


Zayd mematikan telefonnya. Langkah kaki diatur ke tempat parkir kereta. Tali leher yang dipakai dirungkai, butang pada lengan bajunya dibuka dan dia lekas melipat lengan kemeja itu ke paras siku. RayBan yang tadinya tersangkut pada poket seluar sudah selamat tersemat pada batang hidungnya yang mancung itu. Panas, hari ini amat panas, matahari ibarat sejengkal dari kepala. Zayd Ahmad, bro, ini baru panas dunia.


Dia sudah ternampak kereta Sabrina, lalu dia mempercepatkan langkah. Tiba sahaja, pintu kereta sebelah penumpang dibuka dan dia menghempas pintu. Geram. Ini bukan masanya untuk Sabrina nak jadi kanak-kanak.


“Kenapa you buat hal? Kenapa sekarang Bree? You are so childish at times, and I hate that.”


Zayd menghentam dashboard, kuat. Dia memandang Sabrina dengan muka yang merah, tahan panas dan tahan marah. Sabrina yang tadi teresak-esak terkejut dengan bunyi tamparan telapak tangan Zayd tadi. Air matanya mengalir lagi.


“Hah? I dah ada depan ni, cakap lah. Bree, kita dah kahwin lima tahun. Even I dah kenal you sebelum kita kahwin.What we have between us, I tak rasa boleh exceed dari kawan. Kita sesuai jadi kawan sahaja, even you agreed hari tu. In fact, you proposed the facts to me. We stink as a couple.”


Sabrina semakin teresak mendengar kata-kata Zayd. Benar, dia pun rasa dia lebih suka berkawan dengan Zayd, dari menjadi isteri kepada Zayd. Masa dia berkawan dulu, memang mereka ibarat dua kutub magnet yang berbeza, melekat ke hulu ke hilir. Tetapi bila dah kahwin, semua tu macam dah hilang. Zayd dengan haluan sendiri, dia dengan haluan dia.


Mereka tak romantik, even nak cakap I love you pada satu sama lain pun sewaktu anniversary dengan birthday jelah kut. Tapi bab ehem ehem tu tak ada kuranglah. Mereka sukakan budak-budak, so tak ada masalah lah kan kalau bab nak try buat baby tu. Tapi, lima tahun kahwin, masih tak nampak ada chance dia nak pregnant.


“Uhuh, J...you janganlah ingatkan I pasal tu. Ni I rasa menyesal gila sebab I suggest kita cerai. Keadaan yang I tengah alami sekarang ni yang membuatkan I rasa nak hantuk je kepala I ni dekat dinding! Yang you ni pun satu, you ikut je kepala angin I. I nak cerai you kasi cerai. You tak cintakan I eh?”


Sabrina pergi pusing balik ayat dia. Zayd sudah menggelengkan kepalanya, dia yang sepatutnya jadi psichiatrist dekat sini pun rasa surrender, macam nak gila  deal dengan emosi tak menentu Sabrina ni.


“You tanya I whether I love you or not? Kiranya I pun bolehlah tanya you, you love me or not kan?  Why are you doing this, Bree? ”


Zayd memulakan hujahnya. Sabrina dilihatnya hanya mengangguk.
Zayd menyambung ayatnya lagi.


“ You pergi suggest kita cerai tu apahal? Reason you agak kuat lah juga hari tu, you cakap kita tak dapat baby sama-sama so better kita remain as friends. You siap kata doctor you cakap you susah nak mengandung, kita pergi IVF apa semua, still tak pregnant. Then you nak I ceraikan you dan kahwin perempuan lain asalkan you still jadi BFF I. I setuju je lah, sebab I nak baby. I nak anak untuk jadi waris, I suggest poligami you tak mahu. I dah tua Bree, I’m 38. All my friends dah ada dua tiga anak. Me? Zero! Null! Ni sekarang ni apa pulak, Bree? Kalau you suruh I datang sini sebab nak tengok you nangis, better tak payah la.”


Zayd mengeluh perlahan. Sabrina mengelap air matanya. Huh, tak sanggup nak poligami, kasi makan hati berulam jantung lagi adalah. Dia tak tahu apa yang dia cintakan Zayd atau tidak, tetapi kalau dah hari-hari duduk sebumbung, tidur sekatil, sayang yang dirasainya itu semakin mendalam.


Dan dahulunya Sabrina yakin dia tak boleh mengandung, so dia minta cerai, sebab dia tahu Zayd macam mana pun akan cari perempuan lain untuk lahirkan waris untuk dia. Sebelum dia yang hancur hati, baik dia yang jadi orang yang suggest, so nampak tabah sikit kan?


“Sekarang ni, I nak bagitahu you, I dah tak period dekat dua bulan. Semalam masa I bagi lecture, I rasa nak pitam. Then, pagi tadi, masa I tengah buat my favourite roti kahwin, I dah tak boleh bau kaya tu tau. Rasa mual. Hari I tak complete tau kalau I tak makan roti kahwin!”


Zayd memandang Sabrina tajam. Minah ni sewel agaknya. Sekarang ni masuk bab roti kahwin pulak. Oh emosi! Haih Sabrina, janganlah buat hal, kau sendiri rela cerai dari bermadu.


“So? Apa kaitan dengan kita cerai ke tidak. I tak rasa semua benda tu equals to you saying to me ‘J, I cintakan you gila-gila, I need you, I can’t live if living is without you’ sort of thing.”


Sabrina menghantukkan kepalanya ke steering. Apasal bodoh sangat lelaki ni kadang-kadang hah? Nasiblah dia sudah join business bapak dia, kalau tidak, patients dia makin menjadi mental agaknya bila consult Zayd ni.


“Yang duduk hantuk-hantuk kepala tu pesal? You nak I hipnotise you sampai you agree into this and make you forget everything ke?”


Sabrina sudah mencengkam tangan Zayd. Tetiba dia rasa pitam lagi sekali. Rasa nak muntah pun ada. Dia menarik nafas dalam-dalam dan hembus. Tudungnya ditarik ke belakang, dan nak tutup mata dah tudung ni pun.


Kemudian, rasa mual itu hilang begitu sahaja. Ajaib. Sabrina mengeluh. Handbag dicapai dan dia mengeluarkan satu plastik bag berwarna putih. Dia menyerahkan plastik itu kepada Zayd.


“Apa ni?”


Zayd bertanya hairan. Yelah, jangan dibagi bom sudah.


“J, just open the bag and look for yourself. I am not in the mood.”


Sabrina berkata ringkas. Kepala disandarkan pada seat. Apa yang sudah jadi ni. Semua ini tidak dirancang, langsung tidak dirancang.


Zayd pula bertindak mengikut arahan. Plastik itu dibuka dan barang di dalam itu dipandang lama. Dia mengeluarkan satu batang, kemudian kesemua alat itu dicapainya. All five of them menunjukkan keputusan yang sama. Zayd rasa kalau budak 6 tahun tengok pun boleh tahu, today’s pregnancy test memang si dungu baca pun tahu. ‘Pregnant’ tertera pada batang kit itu.


Zayd menarik nafas panjang. Dia memandang Sabrina yang sedang termenung itu.


“ How far along?


Sepatah Zayd bertanya. Sabrina menekap dahinya.


“Dua bulan...kut?”


Zayd mengimbas kembali memorinya. Dua bulan lepas?  Ketika Sabrina minta cerai, dan mereka bergaduh, dan berakhir di bilik tidur.


 Yep, tepat sekali. Pergaduhan yang berakhir atas katil. Macam Hollywood dah gayanya. Then, bangun pagi, Sabrina mengamuk dan menyerahkan borang cerai pada dia.


Bumbung kereta dipandang Sabrina tanpa perasaan. Boleh ke baby ni survive dengan parents yang saling tak cintai each other? At least


“Oh God! Oh God! So, sekarang macam mana kita ni?”


Zayd turut bersandar pada seat kereta. Kepala yang tadi ringan menjadi berat secara tiba-tiba. Anak? Anak yang dia nak selama ni, yang muncul apabila perkahwinan mereka nyaris berakhir.


Sabrina menggelengkan kepalanya. Anak itu rezeki. Anak itu pengubat rindu, anak juga boleh jadi penyelamat perkahwinan mereka.


“Just damn!”


Zayd  menjerit tiba-tiba.


“Hey! Don’t say that! Okay J, you tak nak anak dengan I, that’s fine! I boleh besarkan baby I ni sendiri.”


Sabrina berkata sambil memandang Zayd. Zayd memusingkan kepalanya ke arah Sabrina. Ibu kepada anaknya. Bestfriend kepada dirinya. Di manakah khilaf perkahwinan mereka? Mana silapnya, sampai mereka sudah tak ngam? Inilah masa untuk memperbaiki semua itu. A miraculous second chance.


“Bree! I tak maksudkan tu lah. I am ready to be with you. I want to be with you, I nak tengok baby kita membesar depan mata I.”


Zayd berkata dalam nada memujuk. Tangan Sabrina diraih dan dipegang kemas. Sejuk tangan Sabrina, macam ais.


“Kalau...kalau kita tak jadi cerai, I nak you balik semula rumah kita. I takut duduk sorang-sorang.”


Sabrina mengadu manja. Tiba-tiba rasa nak bermanja, hormon mengandung ni kut. Jahat punya hormon, pasal hormon ni lah dia tak dapat makan roti kahwin tu. Sahkan makan, nak buat pun tak boleh.


“Alright. Malam ni I datang rumah. You take care.”


Zayd berkata. Dia tak tahu nak rasa apa sekarang. Macam tak ada perasaan pun ada. Tadi pagi, datang mahkamah rasa pelik sebab dia nak cerai, tiba-tiba tak jadi cerai, malah siap ada baby on the way lagi.


Zayd keluar dari kereta Sabrina dan menutup pintu. Tanpa menoleh ke belakang, dia berlalu. Keadaan isterinya langsung tidak ditanya. Sabar je lah Sabrina. Zayd is still in a shock.



***


“Kan mama dah kata, jangan cerai. Jangan nak cari yang lain pun, ada rezeki tu adalah anak. Masin mulut mama.”


Zayd masih tersangkut di rumah mamanya. Lepas habis meeting tadi terus ke sini untuk mengambil barangannya, dan juga untuk explain dekat ibubapanya.


Telinga Zayd sudah panas, ingat seronok dengar lecture free?


“Iya ma! For the last time, Zayd tahu Zayd buat salah. Okay? Mama ni over pulak dari Bree.”


Mama Zayd menggelengkan kepalanya. Apalah nak jadi dekat anak jantan dia ni. Selalunya orang nak kahwin dua untuk anak sebab mak yang suruh, ini mak dia okay dia pula melebih.


“Over tak over, mama sayang Sabrina tu macam anak mama tau. Mama tak kira, sekarang Sabrina mengandung, kamu jaga dia elok-elok. Find back the love between you both.”


Senang mama dia berkata-kata. Find back the love? Entah dah lari mana dah cinta antara mereka berdua tu. Setiap kali pergi cek pregnancy, setiap kali itu juga mereka hampa. Dan, semakin lama, semakin hilang perasaan cinta yang pernah dirasakan dahulu.


“Kalau jumpa, jumpalah ma. Okaylah, Zayd balik dulu. Love you.”


Zayd mengucup pipi mamanya sebelum keluar rumah.



***


 
Masuk sahaja ke dalam rumah yang ditinggalnya dahulu, mulutnya sudah ternganga. Sejak bila mereka letak gambar perkahwinan ni? Besar gedabak pula tu.


“J! I miss you.”


Sabrina memanggilnya bahagia. Setelah itu dia mendekati Zayd yang masih dimuka pintu itu.


Zayd masih terkilan. Sabrina pula sudah memeluknya erat. Zayd kaku sahaja, tak tahu nak buat apa, semua ini teramat drastik baginya. Dah lama Sabrina tak sambut dia macam ni. Terlalu lama untuk dia ingat kembali. Mungkin mula-mula kahwin dulu kut.



“Urm...Bree? You sihat tak ni?”


Zayd bertanya apabila Sabrina masih tidak melepaskan pelukannya. Sabrina 
pula terkaku, dan dia memandang muka Zayd yang tengah dilanda kepelikan itu.


“Apalah you ni, I sihat la sayang. I just...rindukan you.”


Sekali lagi dia memeluk Zayd. Zayd merungkai pelukan, Sabrina pula sudah tarik muncungnya.


“Hurm. Apa-apa jelah.Dah, jangan peluk I lagi. I nak letak barang ni.”


Zayd berkata sepintas lalu. Langsung tak jaga hati bini dia tu. Sabrina hanya buat muka selamba. Buat pekak saja, mission dia sekarang, dia nak kembalikan perasaan cinta antara mereka. Second chance bukan mudah nak dapat.


“Hurm, wangi la bau you ni, pakai perfume apa?”


Sabrina bertanya lagi. Zayd masih belum dilepaskannya.


“Peluh! Dah dah...rimas lah. I nak letak barang ni Bree.”


Zayd merungkaikan pelukan itu. Dia kemudian mengangkat begnya.


“Okay, you letak barang dulu. I sediakan dinner.”


Sabrina berkata manja. Zayd buat muka hairan dia. Kening dijungkitkan.


“You cooked? Simply wow. Hari ni tak busy pula you ni kan.”


Sinis sekali, Sabrina tarik senyum je. Sabar Bree, kau tahulah mulut dia ni, memang pedas. Salah kau juga, selama ni busy memanjang, masak pun tak sempat.


“Dah, tanya soalan lepas ni.Nak perli pun lepas ni. Pergi settlekan barang you dulu.”


Sabrina berkata lalu menghilangkan dirinya ke dapur. Lauk-pauk dicedok ke dalam mangkuk, dan dibawa ke meja makan. Masak biasa-biasa sahaja.


Zayd terdiam. Tak tarik muncung pulak Sabrina hari ni, selalu kalau kena perli muncung tu ada nak sedepa. Whateverlah.


Beg diangkut ke bilik tidur mereka. Kemudian Zayd beralih ke bilik kosong di sebelah biliknya itu. Letak dulu sini, nak tidur sebilik balik ke? Rasa awkward pun ada. Setelah itu, Zayd menanggalkan bajunya dan berlalu ke bilik mandi. Freshen up, seharian dalam baju kerja, rimas.



***


 
Nasi dicedok ke dalam pinggan. Sabrina senyum apabila melihat Zayd sudah berada di meja makan. Siap pakai baju melayu, dengan kain sarung. Makin handsome nampak. Deadly handsome.


Sabrina mengatur langkah ke meja makan dan meletakkan sepinggan nasi di hadapan Zayd. Kemudian dia mencedok lauk pauk pula. Setelah itu baru dia ambil untuk dia. Dahulu, tak pernah pula dia terfikir nak layan suami macam tu. Sekarang dia dah ingat, nak tawan suami, kena tawan perut dia. Nasiblah Zayd ni jenis bersenam, tak adalah nak boroi selepas ni. Sabrina bertekad nak masak sedap-sedap hari-hari.


“Bree, banyak tu je nasi?”


Zayd bertanya kepada Sabrina di sebelahnya tu. Sabrina pula memandang pinggannya. Dia angguk.


“Tak lalu la J. Bree tengok J makan, dah kenyang.”


Sabrina menjawab sopan. Zayd entah kenapa tetiba rasa sayang dekat bini dia ni. Tudia, mai balik dah rasa sayang dia tu. Sayang, lama-lama cinta. Betul idak?


“You have to eat for two. Tambah lagi nasi tu.”


Sabrina menggelengkan kepalanya. Tak boleh dah, tak boleh nak terima dek tekak. Nanti keluar balik.


“Tsk. Degil budak ni. I suap nak?”


Entah dari mana Zayd datang idea nak suap tu. Alah, bini kau juga, anak kau juga, suap jelah. Dia nak kasih sayang kut tu.


Zayd menceduk lagi nasi ke dalam pinggannya, lauk juga diceduk dan disuap ke Sabrina.


“Diam pulak. Nah, nganga luas.”


Bree pun nganga. Berlakulah adegan suap menyuap itu. Hah, boleh pun romantik. Bersuap-suapan gitu. Zayd nak suap Sabrina, sekali dengan mulut dia menganga. Comel je, caring kan.


Sabrina pun diam sahaja. Dalam hati dah rasa berbunga-bunga, kena suap dengan Zayd, rasa makin cinta. Yeah, cinta. First love ingat senang nak pudar? Dia cuma hancur hati sebab dia tahu Zayd nak baby, dulu dia ingat dia buat keputusan yang betul bila suruh Zayd cari yang lain dan lepaskan dia, tapi sekarang, menyesal tak sudah. Nasib baik ada second chance, dan dia berjanji akan mewarnai balik perkahwinan mereka dengan cinta.


“ Dah, Bree dah kenyang sangat.”


Sabrina surrender. Banyak juga dia makan, terbuka selera bila kena suap. Zayd hanya mengangguk. Pinggan di angkat ke sink.


“Eh, eh. Tinggal je bang, I will wash it.”


Sabrina yang membontoti Zayd itu berkata. Dia menghalang Zayd dari membuat apa yang sepatutnya jadi tugas dia.


“Bree, you dah masak penat-penat. Bagi I pula buat kerja. You rehat.”


Zayd berkata lembut. Matanya memandang Sabrina, dalam. Sabrina rasa terharu sangat. Tangannya dilekapkan pada pipi Zayd.


“J...abang. Kita, kita betulkan balik ya perkahwinan kita ni? Kita try our best ya?”


Zayd mengangguk. Dia nak cuba yang terbaik. Dia nak balik chemistry J dan Bree sebelum kahwin itu wujud kembali antara mereka.


“InshaAllah, abang akan cuba my best. Kita kena sediakan foundation yang kukuh untuk sambut baby kita ni. We need more love between us.Right?”


Zayd berhujah. Sabrina mengangguk. Dia memeluk Zayd, kali ini tidak ditolak lagi. Zayd turut sama memeluk Sabrina. Ingat, kena sayang isteri. Amanah Allah tu, kena jaga elok-elok.


“Yes, more love. More warmth.”


Sabrina mengiakan. Tiba-tiba dia rasa nak jadi nakal.


“Eh, lupa pulak. Ada orang tu kena basuh pinggan. And, ni dia apron! Hah, have fun washing yeah. Bree nak layan bola. Pukul lapan mula. Eh kejap, sekarang ni sudah pukul lapan la.”


Sabrina menjelirkan lidahnya. Zayd mengecilkan matanya, geram. Sengaja pekena orang budak ni. Ingat dia sorang kaki bola?


Zayd cepat-cepat membasuh pinggan di dalam sinki. Dia kemudian memandang kain sarungnya, eh, belum Maghrib lagi.


Dia kemudian ke ruang tamu dan memandang sahaja Sabrina yang sudah bersila di atas sofa merah itu. Dari belakang dia menghampiri sang isteri.
Dia memulas perlahan telinga Sabrina itu, dengan jemarinya yang sejuk.
Sabrina terjerit perlahan.


“Nak tengok bola ya? Ini nak tanya sikit, Maghrib sudah?”


Sabrina tersengih bak kerang busuk. Kalut prepare dinner sampai Maghrib lupa.


“Eheh. Belom?”


Sabrina mengaku sejujurnya. Tak baik tinggal solat tau. Nak doa kesejahteraan baby lagi.


“Dah agak. Dah, record dulu. Jom kita solat.”


Sabrina cepat-cepat cari remote Astro itu dan tekan button record. Canggih teknologi sekarang. Janganlah kau gol lagi ya, eden pergi solat sat. Terkocoh-kocoh dia membontoti Zayd.



***



Mata Zayd dan Sabrina tidak lari dari kaca TV.


“Tudia tudia. Alah, pass je la bola tu. Orang tengah open tu, buta agaknya.”


Zayd memandang Sabrina. Mak oi mulut dia, mengata orang, kalau suruh dia masuk padang agak-agak satu bola pun tak boleh nak handle.


“Mulut jaga sayang. Baby kita boleh dengar tau.”


Zayd berkata sepatah. Tumpuan dikembalikan pada televisyen. Sabrina pula tunduk, tangan dilekapkan pada perutnya.


“Sorry sayang, ibu memang macam ni, tengok bola mesti nak kutuk orang. Sayang buat donno je yeah.”


Tiba-tiba perut Sabrina berbunyi. Zayd pun boleh dengar sebab Zayd memandang Sabrina selepas perut dia berbunyi itu. Macam kebuluran saja.


“Abang...”


Sabrina membuat muka simpati. Zayd dah hembus nafas perlahan. Adalah tu dia nak apa-apa ni.


“Buatkan roti kahwin boleh? Bree tak boleh bau kaya tu, makan bolehlah.”


Zayd antara dua. Dia tengok jam. Lagi berbaki 10 minit. Then game over.


“Bree, sayang. 10 minit lagi boleh?”


Sabrina menarik mukanya. Nak sekarang, pagi pun tak makan roti kahwin, supper nak makan.


“Baby lapar. Kesian dia.”


Muka Sabrina ditarik lagi, nampak kesian betul. Zayd pun dah tak sanggup menolak. Dia bingkas bangun dan baru sahaja dia melangkah masuk ke dapur, dia terdengar Sabrina menjerit gol. Alahai, rasa macam nak bunuh orang pun ada tau. Sebak hati, masa dia depan TV, tak ada pulak nak gol, dia bangun je, dah gol?


“J! Abang! Dah gol!”


Sabrina melaung kepadanya.


“Abang taulah sayang oi!”


Dia menjerit balik. Geram dilepaskan pada roti dihadapannya itu. Dibakar segaring yang mungkin. Kaya disapu sebanyak mungkin, dan marmalade dituang separuh botol. Geram punya pasal. Lepas tu dia kapit, letak dalam pinggan dan voila! Siap.


Dia kemudian berlari ke tempat Sabrina. Amboi, muka berseri gila. Mentang-mentang dapat tengok orang score goal.


“Nah, your goal worth roti kahwin.”


Sabrina mengambil pinggan dari tangan Zayd dan makan dengan senyap. Sabrina tahan gelak melihat muka Zayd yang berkerut itu. Tengah tahan geram lah tu. Tak sengaja, manalah dia nak tahu bila akan gol.


Licin sepinggan roti itu dibedal Sabrina. Memang lapar bebenar nampak gaya. Selepas habis perlawanan bola, mereka berdua naik ke bilik. Sabrina hairan apabila Zayd tidak masuk ke bilik mereka, malah melencong ke bilik sebelah.


“Tak nak tidur sekali ke J?”


Sabrina bertanya hairan. Zayd pula senyum sahaja.


“Nak ambil beg jelah sayang, abang letak situ tadi.”


Halus je Zayd berkata. Sabrina pula sudah rasa moodswing. Pinggan dicekak, mata dah nak berair, sampai hati tak mahu tidur sebilik.


“Tak apa, abang tak mahu tidur sebilik, tak apa. Tidur je lah kat sana. Tahulah tak sayang kat Bree. Bree je terhegeh-hegeh pergi sayang kat J.”


Lalu Sabrina masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Zayd pula kaku di tempatnya, alahai, orang nak ambil beg dia pergi translate ikut lain. Payah moodswing ni. Itulah Zayd, sepatutnya tadi kau letak terus beg dalam bilik korang, gedik letak bilik lain kenapa?


Zayd mengeluh. Tidur je lah kat sini pun. Manalah dia expect Bree tu nak touching pulak.


Sabrina pusing kiri kanan, namun tak boleh nak lelap. Dia akhirnya bangun. Lampu dipasang dan dia bergerak ke bilik sebelah. Pintu dibuka perlahan. Zayd dah berselubung dengan selimut pun.


‘Bree tak boleh lena, J relax je, siap snoring lagi.’


Gerutu sabrina dalam hatinya. Cadar Zayd diselak dan dia baring disebelah suaminya itu. Bantal ditepuk-tepuk. Kepala dilabuhkan.


“Ingat tak nak datang dah tadi. Siap kunci pintu bilik dia.”


Sabrina terkaku. Alahai, ingat dah tidur dah tadi.


“Eheh. Belum tidur J?”


Sabrina bertanya spontan. Kalau lampu pasang, dah nampak merah muka. Termalu sendiri sebab senyap-senyap naik katil dekat Zayd tidur ni.


“Dah tidur pun. Sedar sebab ada orang ketuk bantal kuat-kuat.”


Zayd bersuara malas. Dia mengiring menghadap Sabrina.


“Err...sorry? Bree tak boleh lena pulak.”


Sabrina mengadu domba. Zayd gelak perlahan. Tak lena lah, sebab dari tadi tak boleh renggang dari sisi Zayd. Pembawakan  budak.


“Yelah, sekarang ni tidur. Esok kan kerja.”


Zayd berkata lagi. Mata kembali ditutup, tangan merangkul Sabrina erat.


“Abang je kerja, Bree dah tak kerja. Tadi dah resign.”


Zayd kembali membuka matanya.Dia memandang wajah Sabrina dalam samar malam itu.


“Resign? Kenapa resign? Bukan Bree suka ke jadi lecturer?”


Zayd bertanya lagi. Sabrina mengeluh.


“Lecturer kerja banyak stress. Bree tak mahu bring any harm untuk baby kita. Lagipun abang mampu sara Bree. Resign la sekejap, lepas baby kita besar sikit, pandai jalan, Bree kerja balik.”


Zayd berasa terharu sekejap. Dia tak sangka Sabrina sanggup berkorban kerjayanya untuk anak dia ni. Selama ni sibuk memanjang, sampai makan minum suami pun tak terjaga. Sekarang, semua sudah berubah. Memang Sabrina tak mahu sia-siakan peluang kedua ini.


“Now that is the Bree that I know masa kita mula kenal dulu.”


Zayd memuji Sabrina. Sabrina senyum.


“Abang tadi apa kurangnya. Dulu ingat tak, Bree suruh abang buatkan hot chocolate. Also abang terlepas moment goal. You are still my old Zayd Ahmad.”


Sabrina mengusap dahi Zayd. Sekarang dah face to face dengan dambaan hatinya, baru celik mata, bahawa selama ni, mereka ignore satu sama lain. Bila dah notice one another, teringat balik kisah dahulu. Baru sedar yang cinta masih ada antara mereka.


“Kita dulu macam magnet with different poles kan J”


Sabrina menambah. Zayd senyum. Tak puas pandang Sabrina. Masih Sabrina yang dia kenal dekat England, Sabrina yang tahan perliannya, Sabrina yang sabar dengan dirinya.


“Tak. Kita macam roti kahwin yang Bree suka sangat tu. Different ingredient, kaya and marmalade, tapi bila dah dikapit dengan roti tu, memang superb rasa dia. Betul tak?”


Sabrina baru nak mengangguk, namun perut dia tiba-tiba berkeroncong. Sabrina angkat kening, Zayd juga.


“Lapar lagi ke? Pantang sebut hal roti kahwin.”


Perli Zayd. Sabrina tayangkan giginya. Tangan dibawa ke perut. Baby ni, buat malu ibu je tau.


“Ngee, kalau orang tu sanggup buatkan, Bree terima je.Lagipun...”


“Lagipun my little buddy ni lapar kan? Ish sayang daddy ni, makan je kerja ye, nanti ibu punya glucose naik la sayang, roti kahwin tu manis tau. Kaya pun dah habis, roti biasa boleh?”


Zayd berkata sambil mengusap perut Sabrina yang masih kempis itu. Sabrina dah senyum, suka tengok Zayd tunjuk manja macam ni. So fatherly.


“Asalkan J yang buat, roti kosong pun tak apa. Baby ni sayangkan daddy dia.”


Omel Sabrina. Zayd dah tarik manja pipi isterinya itu. Mengada ni.


“Haha, banyaklah dia. Dah, jom turun bawah. Nasib baik ada lagi roti, kalau dah habis, mana nak cari malam buta ni.”


Komen Zayd sambil memimpin tangan Sabrina menuruni tangga. Ni kurang 24 jam mereka bersama, dah romantik, kalau 5 tahun kahwin dulu romantik macam ni hari-hari, kan bagus. Tak apa, sekarang, dengan ada new member on the way, hari-hari dia akan jadi romantik untuk Sabrina. Bini mengandung, kena jaga hati, betul tak? Nanti, menurun dekat anak.



***


Sabrina mengunyah roti itu. Dia memandang Zayd yang sedang membaca surat khabar itu. Perut pun dah besar, dah masuk 9 bulan baby ni dalam rahim dia. Lelaki agaknya, bulat semacam perut. Kuat tendang pulak tu, memang kaki bola lah bila keluar nanti. Boleh join ibu dengan daddy dia.


“Apasal pandang abang macam tu?”


Sabrina yang tadi terleka kembali tersedar. Dia tarik senyuman yang manis.


“Sajaje, J.”


Zayd melipat surat khabarnya. Perhatian diberi pada Sabrina. Masih 3 keping roti berbaki.


“La, tak habis makan lagi? Selalunya sekelip mata je tibai roti kahwin tu. Hari ni kenapa lambat habiskan?”


Zayd bertanya. Sabrina memang hantu roti kahwin, tambah-tambah yang Zayd buat. Kalau nak kira biasa je air tangan Zayd tu, tapi dah Bree tu tengah mengandung, bau peluh pun dia kata wangi. Macam-macam pe’el perangai.


“Tak adalah. Bree Cuma terfikir, kalau baby ni tak ada , mesti kita dah cerai kan? Mesti abang dah kahwin lain.”


Zayd tersentap. Sejak tahu Sabrina mengandung, memang dia dah lupakan hal cerai tu. Tak sanggup nak akui yang dia nyaris kehilangan wanita yang sangat berharga ini.


Zayd bangun dan memeluk Sabrina dari belakang. Kepalanya diletakkan di atas kepala Sabrina. Tangan Sabrina dicapai dan dielus lembut.


“Hakikatnya Bree, jodoh kita panjang. And abang rasa, kalau kita cerai pun, abang akan cari Bree balik, sebab Bree cinta hati J. Dah tak sempurna nanti hidup abang kalau Bree digantikan dengan wanita lain. Abang pun agak stupid dulu, tengok je cinta antara kita pudar, tak buat apa-apa. I did not treasure our love.”


Zayd menjadi sayu.


“Bree pun sama bang. We both are idiots. Tapi dulu, sekarang ni tidak. Tapi abang kena mengaku, yang baby ni menjadi penyatu dan pelengkap relationship kita.”


Sabrina berkata-kata. Zayd senyum.


“Allah satukan kita sayang, dengan menghadiahkan kita our junior ni.”


Lalu Zayd melekapkan tangan pada perut Sabrina. Kebetulan baby itu tengah menendang.


“See, even he agrees. Apa sayang? Betul daddy cakap? Allah hantar sayang sebab nak daddy dengan ibu kembali together?”


Zayd berkata sambil melekapkan telinganya ke perut Sabrina. Sabrina menjeling. Pandai betul buat cerita Zayd Ahmad ni.


“Iyalah. Allah tak galakkan cerai. Alhamdulillah, hopefully our love never fades, although kita ni a bit different. Macam roti kahwin, abang lelaki, Sabrina perempuan, abang sinis, Sabrina buat sabar jelah, buat dono, tapi satu yang sama, abang sayang Bree, Bree sayang abang. Makin sedap perkahwinan kita.”
  

Pabila lecturer Bree mulakan hujah, satu patah tak akan cukup.


“Betul tu, dah, jangan banyak sangat cakap, sekarang habiskan roti tu. Nanti lagi dua jam, si kecik dekat dalam perut Bree tu mintak lagi.”


Sabrina sambung makan setelah diberi warning dari Zayd. Memang betul, kerja dia masa mengandung ni, makan je. Nasib baik tak naik sangat badan dia, metabolisme tinggi.


“Ikut perangai daddy dia, kuat makan.”


Sabrina menambah lagi.


“Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.”


Zayd menyakat Sabrina. Sabrina yang baru nak gigit roti tu tiba-tiba tak jadi. Dia letak balik roti ke dalam pinggan.


Zayd sedar akan keadaan itu. Sekarang ni, pantang nak usik, nak merajuk je kerja Sabrina ni.


“Tak lah sayang, abang gurau je. Bree makan lah banyak mana pun, badan maintain, bulat sebab ada baby bump je kat  depan. Yang lain memang maintain sangat. Abang ni ha yang makan banyak, sebab tu kena excercise.”


Sabrina hanya memandang Zayd tak berkelip. Apa pula mamat ni tiba-tiba.


“You mengarut apa ni J? Bree berhenti makan sebab, my water just broke.”


Sabrina berkata selamba. Nak masuk labour, tak boleh panic, kena relax.


“WHAT? You are in labour! Oh my! Oh my! Apa abang perlu buat sekarang? Kunci kereta mana? Beg you mana?”


Itu dia, Zayd ke dia ni nak beranak? Sabrina menggelengkan kepalanya.


“Beg dekat tepi pintu, kunci J dalam kotak kunci tu. Kunci rumah pun sama. Your phone atas almari TV. Rekod baby pun dalam file beg baju I tu. Comprende?”


Sabrina berkata tenang. Zayd sudah mendapatkan apa yang dilistkan tadi. Bini nak beranak, siapa tak kalut?


***


Jari dikira, sempurna. Mata juga cantik, cerah. Muka merah. Zayd senyum memandang bayi lelaki di dalam dokongannya itu. Kecil saja, 2.30 kg. Tapi kalau tengok cara ibu dia makan dulu, ingatkan sudah 4 kg dah tadi.


“J, Bree nak pegang.”


Sabrina meminta perlahan. Penat bersalin masih terasa. Awal seminggu baby dia ni keluar.


Zayd menyerahkan anak lelakinya itu dengan berhati-hati. Sabrina mengucup sayang wajah anaknya itu.


“Thanks Bree. Thanks for this moment.Alhamdulillah, hero daddy dah lahir.Handsome macam daddy dia.”


Sabrina menyiku perlahan perut Zayd. Siku perut, sebab Zayd berdiri di sisi katil.


“Perasan handsome pulak J ni. Bibir dia ikut ibu dia ni, seksi gitu.”
Sabrina pula ambil port, puji diri sendiri, kalau tak puji siapa lagi nak puji kan?


“Yelah, comel, sebab parents dia cantik dan handsome. Turun kat anak, jadi awesome lah. Harap perangai pun awesome nanti ya, jadi anak soleh ye sayang.”


Zayd berkata-kata. Dari kecil lagi kena nasihat, baru dengar kata. Lalu Zayd mengucup perlahan pipi Sabrina.


“Love you both. Selagi Allah izinkan.”


Sabrina tersenyum mendengar bisikan Zayd itu. Dia memandang Zayd dan mengenyitkan matanya. Zayd mencuit hidung Sabrina. Nakal!


“Lepas ni, J kena prepare roti kahwin banyak-banyak ya. Kita bagi adik perempuan dekat hero kita ni. Amacam?”


Zayd senyum nakal. Pantang dia tak habis lagi, dah buat plan.


“Deal! Abang buka kilang roti pulak lepas ni. Nanti kita propose idea dekat papa bila dia datang kejap lagi.”


Dan serentak itu Sabrina mencubitnya. Dia buat dah loyar buruk dia.


“Mengada abang ni.”


Zayd senyum saja mendengar omelan Sabrina.


“Saya mengada, awak tu menggoda. Boleh?”


Sabrina bolayan. Baik dia layan baby dia dalam dakapan tu, lagi bagus dari dia layan Zayd yang tak habis nak sakat dia tu. Alahai, suka tengok wajah suci hero dia ni.


‘Sayang, roti kahwin tu sebab kita tahu sayang pregnant. Kalau sayang tak mual bau kaya, takkan punya sayang pergi beli pregnancy kit tu. Sayang Bree abang ni, our second chance dah hasilkan buahnya. Abang tak akan menyesal sebab cintakan Bree. I have found the love that we lost. We have found it, together.’


Desis Zayd dalam hatinya. Dia melihat wajah isterinya yang memegang anaknya itu. A perfect family, a perfect love, for him from Allah.


Roti kahwin, kaya sebelah, marmalade sebelah. Apabila dimakan, rasa sangat sempurna, tidak pelik langsung. Konsep yang sama telah wujud ketika Allah S.W.T ciptakan Adam untuk Hawa, di mana kedua-duanya berbeza dari satu sama lain, namun kedua-duanya, adalah untuk satu sama lain.



THE END


 


25 comments:

  1. so sweet .. roti kahwin, now i got the meaning of it...

    ReplyDelete
  2. superb best...cerpenn awak semua best... :D

    ReplyDelete
  3. roti khwin?first time dngar tau..n bru je searc google..hehe nk tngok rupanye...

    ReplyDelete
  4. haha, dia roti biasa je, cuma letak 2 different spread on it. you can put marmalade vs kaya, peanut butter and marmalade/jam, apa2 je lah. lepas tu kapit and potong nipis2 ( my dad selalu buat mcm tu la). kasi garing~

    ReplyDelete
  5. Can't say no to your stories! Love 'em all!

    ReplyDelete
  6. Hmm..teringin plk nk try roti kawin..
    Best..tq

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. roti kahwin mmg sedap..klu kat sabah ni..sebut saja roti khwin orang da tau sangat..writter,citer ni mmg superd..second chance tak semua org dpt..jadi klu da dpt tu buat la yg terbaik..gud job hehe..

    ReplyDelete
  9. haha,, itulah. hari tu i pergi KK, my bro bawa pergi ada this one chinese shop, dia buat roti panas2, best sangat. I love Sabah, everyone supports the local market, love that attitude of Sabah people!

    ReplyDelete
  10. best sgt... tp nk ckp, pe'el mksudnya perangai jgk.......;)

    ReplyDelete
  11. Thanks for the feedbacks =D

    Anonymous : It is redundant, terbawa-bawa pula cara orang kelantan cakap, we kelantanese love to be obvious.

    ReplyDelete
  12. tau tak cerpen paling best tau bagi saya.. saya boleh bace ulang2 kali cerpen ni tanpa rase puas.. patut buat sambungan cerpen ni utk anak kedua dieorng pulak... hihihihihi

    ReplyDelete
  13. bez...so sweet for yg berumahtangge..i hope can get like that one day...

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. mcm tak puas jer bac cerita nie..terbaiklah..good job.....roti kawin terbaik

    ReplyDelete
  16. Srsly, alrdy 2 or 3 times i read this. Awesome! ;) thumbs up! Hehe

    ReplyDelete
  17. Berulang kali bace..tetap best...
    Terbaek...

    ReplyDelete
  18. dah 2 kali baca ......x puas2 lagi....so sweettttttttt...

    ReplyDelete
  19. best nye sweet baby pelengkap hidup dan atas usaha mereka utk meneruskan hubungan itu am i right

    ReplyDelete