Tuesday, December 18, 2012

Lelaki Idaman 13







Selepas mengambil Cat dan Byron, Qays terus ke pet shop untuk beli barang kucing untuk Mr Byron romantik itu. Kesian tengok, sempit bakul Cat itu.


“Kovu, Kovu...I think this basket is perfect! They both can fit in here, tak sempit.”


Qays memandang pada raga yang dipegang oleh EE itu. Matanya dilirik pada Byron dan Cat yang ada dekat kaki dia ketika itu, masih tak berenggang dua ekoq ni. Nampaknya tak lama lagi dapat cucu kucing la Qays ni.


“Okay, we’ll have that.”


Qays berkata ringkas. Raga diambil dari tangan EE dan dibawa ke kaunter untuk proses pembayaran.


Selepas itu, mereka kembali ke rumah.


***

 
“Aik, gate kunci?”


EE bertanya pelik. Kunci pulak gate ni, Mama Era keluar lah ni. Papa kerja. Qays ni ambil kunci ke tak tadi ek? Qays memandang EE pula.


“I rasa kan, I lupa nak bawa kunci lah.”


Spontan, dia berkata. EE sudah mengetuk kepala. Nyanyuk dah laki aku ni. Lagipun memang tak expect mama keluar hari ni.


“Habis tu, sikalang macam mana?”


Qays tersenyum. Minda galak merencanakan sesuatu. Kunci dia bawa, tapi rasanya buat masa ini kita biarkan rahsia dahulu. Apa kata kita have fun sikit, betul idak?


“Singgah rumah mama you kejap.  I ada nak minta tolong Izz sesuatu.”


EE mengangguk sahaja. Qays ni, kalau dia  datang mood pelik, tok sah duk tanya panjang lebar, kita tunggu dan lihat saja apa dia nak buat ya.


“Izz tak start practical lagi kan?”


Qays bertanya lagi apabila kereta sudah di-U turnkan. Lorong ke rumah EE di masuki.


“Belum. Next week rasanya.”


Qays parkir kereta di sebelah pagar rumah EE.


“You tak payah turun, sekejap sahaja ni.”


Qays berkata sambil membuka pintu. Kemuadian dia buka pintu belakang dan ambil Byron dengan Cat yang sudah tidur itu. Macam pelesit saja Qays menghilang ke dalam rumah EE. Apalah mamat ni nak buat ye sampai dia kelek sama Byron dengan Cat? Bini dia takmo pulak kelek.


EE berfikir sejenak. Alah, buat apa nak sibuk fikir, baik layan lagu. Lalu EE menekan butang ‘on’ pada radio.


***

 
“Qays?”


Izz yang sedang sibuk memetik gitar di halaman rumah itu berhenti apabila melihat Qays yang sedang berjalan ke arahnya.


“No time to talk. Ini Cat , tu Byron. Ini RM 50 untuk kau keep an eye on them. Boleh?”


Qays berkata direct. Izz sudah tergelak. Alahai Qays, apa sudah jadi ni. Izz menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.


“Cun. Aku jaga, kau ikut idea aku la ni kiranya?”


Izz bertanya nakal. Qays mengenyitkan sebelah matanya. Idea Izz bernas, tentulah ikut. Lagi satu, seganlah kalau berlaku dekat rumah mama papa dia.


“See ya later bro! Jaga babies aku elok-elok.”


Qays berkata sambil berlalu. Senyum je sampai ke telinga budak ni. 


"Okay, and Qays, aku tak ready nak jadi pakcik lagi! Pepandai kau lah ya."

Izz menjerit dari jauh. Qays buat tak tahu saja.  


***

 
EE memandang Qays yang sedang memandu itu dengan curious. Dari tadi senyum sampai telinga, sawan agaknya.


“Kovu? Are you okay?”


EE bertanya. Badan sudah dipusingkan 45 darjah ke arah Qays. Qays pula memandang EE , senyuman still intact.


“Hari ni paling okay dalam 30 tahun I hidup.”


EE angguk. Selama ni tak pernah okay lah kut? Eh, pelik je bunyi, sihat ke idak lai aku ni? Muka macam baru dapat gegula. Dia pula pergi tinggal Cat dengan  Byron dengan Izz tu kenapa?


“Kenapa tinggal Cat dengan Byron dengan Izz?”


Qays berdehem. Banyak soal EE ni.


“Privacy for us, Eryna.”


EE angguk lagi.


“Kita nak ke mana?”


Qays memandang sekilas ke arah EE.


“We will see. Okay, sekarang diam.”


EE yang baru buka mulut nak tanya soalan lagi terus tutup mulut. Macam automatik pula. Ish, tak seronok la Uncle Long ni. Dia nak main rahsia pulak.


Disebabkan arahan berdiam sudah dikeluarkan, dia diam sahajalah. Namun, EE sudah tak reti nak duduk diam bila Qays memasuki kawasan perumahan. Siap ada guard lagi. Qays mengeluarkan sekeping kad dan di scan pada alat di pondok guard itu. Palang diangkat. EE sudah ternganga. Qays terus membawa kereta hinggalah ke...


“Ko...Ko...Kovu???”


Qays sudah makin tersengih. Dia tahu apa yang EE nak tanya. Kereta diparkir di dalam garaj. Enjin dimatikan.


“Welcome to our home, pumpkin.”


EE sudah menjadi batu di tempat duduknya. Tak berkelip dia pandang rumah tiga tingkat itu, walaupun bukan banglo, hanya semi-D, tapi memang dia tak expect Qays ada rumah sendiri sebesar ni. Tapikan, Qays to COO, duit banyak.


“Rumah pijak tanah? I thought you live in a condo?”


EE masih lagi blurr. Qays hanya gelak.


“Dah jual condo tu. Terlalu bujang. Now this...lebih sesuai bukan?”


Senang sahaja Qays berkata-kata. Jari telunjuknya ditekan pada dagu EE, dan  dia menolak ke atas sedikit, dah tertutup mulut minah tu. Ee tarik senyum nakal.


“Sesuai! Sangat sesuai.”


EE berseloroh. Tali pinggang dibuka, dan dia melompat turun dari BMW itu. Eager habis.


Matanya dilarikan pada sekeliling rumah itu, ada mini-garden tepi porch, tiles porch pun cantik, garden pun ada water feature.


“Masuk jom?”


Qays mengajaknya apabila pintu rumah sudah dibuka. EE mengangguk lelaju. Selipar dibuka, dan belum sempat dia melangkah masuk, dia rasa dirinya sudah terapung.


“Ish! Apa ni Kovu? Trying to be romantic?”


EE berkata sambil tangannya memegang kejap leher Qays. Qays mengangguk. Kaki kirinya menolak pintu, tutup la. Kang pencuri masuk. Tangannya memegang kejap badan EE yang ditampungnya itu.


“Tak suka I romantik? I lepas nak?”


Qays pura-pura ingin melepaskan EE dari cempungannya. Menjerit si EE itu. Dia menampar bahu Qays.


“Jangan lepas. Bukan selalu dapat dokong over the threshold!”


EE berkata spontan. Muncungnya ditarik.


“Tahupun.”


Qays memerli EE. Kakinya memanjat anak tangga dengan hati-hati. Kalau tak hati-hati, nanti ada juga si EE itu jadi nangka busuk, tergolek jatuh tangga.


EE memandang interior rumah itu, cantik lah jugak.


“And here is our bedroom! Cepat buka pintu, belakang I tak tahan dah ni.”


EE menolak tombol pintu kayu tersebut. Dan dia terpana, sekejap. Cantik, menenangkan, dan...exquisite?


EE tidak sempat menganalisis bilik tidur itu kerana Qays sudah membalingnya ke atas katil.


“Uff! Hey, handle with care, pakcik!”


EE mengerutkan keningnya, konon marah dekat Qays itu. Qays menarik muka tak bersalahnya, jam ditangan dipandang, baru nak pukul 1 p.m. Dia memandang ke arah sliding door balkoni itu, luar dah gelap, nak hujan lebat ni. Diam-diam, Qays pergi menjatuhkan night curtain. Memang gelap gelita bilik itu. EE dah tak tahu nak cakap apa. Uncle long...apakah?


Qays sudah perasan yang EE sudah tak senang duduk di atas katil itu. Qays duduk dibirai katil dan membuka stoking. Dia memanjat katil dan duduk menghadap EE.


Biarlah gelap, dia masih boleh lihat wajah EE samar-samar. EE sudah kehilangan kata-kata. Sekarang dia tahu sudah apa motif Qays maksudkan dengan privacy tadi. Mak oi, tengah hari buta pulak ni. Walaupun luar gelap nak hujan, still, tengah hari itu tengah hari jugak kan.


“Kov...abang?”


EE tak jadi nak panggil Qays Kovu. Rasa macam tak sesuai pulak dengan moment ni. Abang lagi sesuai, sebab Qays nampak serius je ni. Dia duduk renung EE. Tangan Qays sudah berada pada tudung EE.


Perlahan-lahan Qays tarik tudung EE. Lepas tu serkup kepala pula, lepas tu banana clip EE pula. EE dah kaku, otak dia dah mereng sebab dari tadi duduk tanya ‘apa nak buat, apa nak buat, apa nak buat’.


“Baru shampoo?”


EE berkelip. Qays sudah seinci dari mukanya. Suara Qays pun dah terlebih garau. Alahai.


EE cuba nak bersuara tapi tak keluar pulak. Dia hanya mengangguk. Qays pula menguraikan rambut EE.


“Sayang abang?”


Tiba-tiba Qays bertanya soalan itu kepada EE. EE menjilat bibirnya. Qays hanya memerhatikan tindakan itu. Jarinya bermain-main pada dagu runcing EE.


EE memberanikan diri untuk bertentang mata dengan Qays. Hidungnya bertemu dengan hidung Qays, lalu digeselnya.


“Sayang...” kut? Mungkin.


Qays senyum. Ada pun suara budak ni.


“Then...kita...”


Qays melarikan tangannya pada butang baju EE. EE menelan liur. EE angguk sahaja, redha je lah. Tapi, sayang ke dia pada Qays? Selama ni duduk gembira sangat sebab dapat jumpa so called lelaki idaman dia, sampai dia lupa nak tanya dia sayang ke tak dekat Qays ni.


‘Sayang...confirm sayang. EE sayang je lelaki idaman EE ni.’ Detak hati EE.


***


EE bersila di ruang tamu rumah itu. TV pun tak pasang, dia hanya termenung. Amboi kau, termenung pulak. Qays kata, malam ni lepas Maghrib baru balik rumah papa mama, yelah, sepasang baju pun tak bawa, takkan nak tidur sini. 


EE rasa bahagia sangat, dapat Qays yang caring tu sebagai suami. Dah, takmo cerita lebih-lebih, makin sewel EE ni jadinya.


“Tudia, senyum sorang-sorang! Pizza dah sampai, nak makan kat sini ke kat meja?”


Suara Qays menyedarkan EE. Terus merah muka EE, adoiyai, malu pulak lepas kejadian tengah hari tadi.


“Dah tak ada suara pulak dia? Okaylah, kita makan dekat sini saja.”


Qays melabuhkan duduknya di sebelah EE, kotak pizza diletakkan ditengah-tengah.


“Eryna?”


Qays memanggil lembut. EE memandang Qays. Qays senyum ke arah EE.


“Thanks.By the way, berseri abang tengok muka Eryna tu.”


EE sudah merah muka, dah tak sanggup rasa dia duduk diam. Qays tak habis-habis sakat dia.


“Abang! For the last time, jangan ungkit! Orang malu tau. Cubit kang!”


Itu dia, dah berbunyi pun murai ni. Qays sudah gelak berdekah. Sengaja dia ungkit, geram EE dari tadi diam.


“Tak nak ungkit, Eryna kena stop being awkward. Pandai kan abang, kalau first night happens semalam dekat rumah mama papa, agaknya hari ni the whole day abang dapat silent treatement. Dah, dig in! Sejuk pizza nanti tak best dah.”


EE turut senyum. Malu tau. Diam-diam sudah. EE pun mencapai sekeping pizza, dia makan isi saja, crust dia tak makan. EE tengok saja Qays yang turut mengutip crust yang dibiarkan EE itu. Selamba Qays makan bekas EE.


“Eryna tak makan crust, sama macam si Laila. Abanglah tukang makan.”

Qays berhujah.


“Bagus, tak adalah membazir. Kat rumah, Izz yang makan.”


Dah recharge balik Eryna kita ni. Kurang sikit awkward dia. Sampai bila nak awkward, suami sendiri bukan?


“You women are so fussy.”


Qays menolak perlahan bahu EE. EE mendengus geram.


“Yeah, and men are so bossy. Macam Kovu ni.”


EE menjelirkan lidah. Qays mengangkat keningnya.


“Jangan cabar, kan ada yang tak tidur malam ni baru tau.”


Qays mengugut. EE terus diam. Takmolah.
 

“Eh, jangan nak mengada. Malam ni strictly adhered for only sleeping and cuddling.”


EE cepat-cepat menegakkan haknya. Qays sudah mengecilkan matanya.


“Abang cakap tak tidur saja, tak cakap tak tidur sebab nak you now what. Sah otak kuning.”


EE mencebik mendengar kata-kata Qays. Impossible punya laki, kata aku otak kuning, dia tu?


“Well abang Kovu sayang ni did not imply anything else dengan mimik muka gatal tu.”


Sebijik EE bagi. Qays cepat-cepat buat muka selamba. Obvious ke muka dia gatal tadi ?


“Kita boleh tak tidur sebab tengok movie pun apa.”


Qays menegakkan benang yang lencun basah itu. EE mencebik.


“Rest your case Kovu, I already know what you mean. Tak payah nak belit-belit.”


Lalu EE bingkas bangun. Meninggalkan Qays yang menarik muka hampa itu, boleh tahan jugak EE ni. Sekejap dia boleh jadi malu, sekejap berani macam singa. Sekejap lagi, heartless. Alahai, macam mana tak sayang minah unik ni?


‘She makes me as childish as I could get. Eryna, I think I am falling hard for you, sayang. Alahai.’


Desis Qays sambil sambung mengunyah lebihan crust EE tadi. EE oh EE.Jangan kau hancurkan hati Qays sudah.


***

"Eryna, tolong keluarkan charger dalam dashboard "

Qays menyuruh EE. Bateri fon masa ni jugak nak kong, nasib baik dah nak balik. Qays hanya fokus pada pemanduan. EE yang sedang menggeledah dashboard di dalam kegelapan itu sudah jumpa dengan apa yang dicari. Namun,  benda yang tak dicari pun dia terjumpa.


EE mencapai segugus kunci itu dan menayangkan di hadapan batang hidung Qays. EE sedar dia telah tertipu tengah hari tadi. Semua ni helah Qays nak bawa dia lari dari rumah mama Era.


"Uncle long! You tricked me? Oh you are so dead meat! Kata tak bawa kunci rumah mama, ni apa ni? Tulang lembu? Malam ni tidur luar! "


Dan Qays hanya tergelak. Kantoi jugak akhirnya. Comel tengok EE marah. Eh, Eryna panggil apa tadi?


"Tak ada maknanya tidur luar. Eryna dah panggil abang Uncle Long tadi. You break your promise!"


Qays tahan gelak. EE dah tak buat muka marah, malah dia sudah buat tangan peace. Tak bersalah lah kunun, apa nak jadi dua orang ni agaknya. Aneh sangat karenah.  

6 comments:

  1. haha, I like it...

    bole x kalw nak new n3 cepat..
    hohho!!

    ~:Thanks

    ReplyDelete
  2. lg22... hehe... ~~~

    ReplyDelete
  3. sweet jer... pleas eley them stay this way. tak nak konflik yg berat-berat ya. mcm tak sesuai je.

    ReplyDelete
  4. er, a bit curious.
    budak bwk umo bole bace ke chp ni .
    er. like me ?
    *tayang muke gedik*
    redpepper

    ReplyDelete