Wednesday, January 26, 2011

Kerana Rayyan 15



Sebulan telah berlalu…

Tg. Nahariah kelihatan amat anggun dengan busananya. 

Biarpun usianya sudah nak masuk 60 tahun, namun wajahnya masih tetap jelita.

Dr. Adam sudah bersiap-sedia bersila di hadapan wali nenda, siapa lagi…Tg.Zafranlah.

Dengan sekali lafaz sahaja, nenda sah menjadi hak grandad.

Akad nikah berlangsung di masjid berdekatan…hanya saudara terdekat yang dijemput.

Di rumah pula, hanya doa selamat diadakan…nenda kata tak perlu nak kecoh-kecoh, bukannya muda lagi…

“ Rayyan!! Come here…ambik gambar sekeluarga ni!”

Grandad memanggil Rayyan yang sedang meletakkan pinggan yang telah dibasuh di meja.

“OK…Kejap..”

Rayyan berlari ke tempat mereka sekeluarga…

“Awak yang pakai baju Melayu purple tu, peluk sikit adik awak!”

Semua memandang ke arah Reyl...ya lah dia sorang aja yang pakai Baju Melayu purple...haha...

Reyl pula memandang orang yang dikatakan adiknya tadi...

‘Sejak bila pulak mama lahirkan budak perempuan ni, ah pek ni mesti tertukar aku dengan Zach...;

Reyl menjungkitkan bahu, dia menarik Rayyan yang digelar ‘adik’ oleh apek tadi ke sisinya...

Rayyan tahan aja debaran kat dada dia...selain Uncle Luth, Nial,Nish dengan Zach, tak ada lagi yang berani peluk dia macam mamat ni....

“Okay all, smile to the camera!”

Apek tu tekan flash bertubi-tubi...maunya tak berpinar mata ni!

“Okay sikalang, saya mau amek itu cucu-cucu Tengku punya gamba...okey ea? Cucu-cucu, mali sini...manyak cantik punya view ni...background kolam lenang maa!”

“Adik manis...dokong ini budak kecik....Abang ni pulak, pegang budak ni!”

Dengan selamba apek photographer tu letak anak Tg. Fakhri yang kecik sekali kat tangan Rayyan, anak Fakhri yang besar pula disuruhnya Reyl dokongkan...

“Dua orang lagi yang tak pegang baby...duduk kat tepi mereka...kasi yang pegang baby kat tengah!”

Selamba betul lah apek ni...manalah balance macam tu...

Tapi, tiada seorang pun membantah...lantaklah, uncle David ni kan professional photographer...

“OK...now, saya nak shoot,hmm...parents kepada cucu-cucu,ni...”

Zafran mengerling ke arah Myra...dia tersenyum...

Myra sedar dengan kondisi tersebut..

“Ya Allah, Myra lupa nak keluarkan dessert!”

Myra terus bangkit...Zafran memegang tangan isterinya itu...

“Sayang, sekejap lagi la, kita ambik gambar dulu!”

Keras, Zafran mengarah...Myra menggelengkan kepalanya...

“Tak boleh bang, nanti beku topping kek tu, tak sedap!”

Myra melepaskan tangannya dari genggaman Zafran...Zafran mengeluh.

“Ryte! Kita mula dengan anak menantu Tg. Nahariah dulu ye...”

Semua yang ada kat situ bersorak...menyakat la, apalagi...

“Urm...but wife saya ada kat.....”

Belum sempat Zafran habiskan ayat dia, Uncle David tu dah mencelah...

“Tak payah buat bising...wife awak ada kat sebelah aja tu...cepat-cepat!”

Uncle David tersenyum melihat telatah Zafran...

“Cepat!”

Selamba badut kat circus Uncle David pergi tarik tangan Zafran dan Lea...

Terkejut Lea dan Zafran...

“Peluk rapat sikit wife you, Zafran...Puan Lea...biar melekat terus kat dada hubby you...”

Zafran dan Lea hanya menurut...para penonton tak rasmi dah siap tarik sengih...

Dalam realiti, haram nak tengok free show macam ni...Zafran  buat sinis dengan Lea, Lea pulak buat blurr dengan Zafran...

“Lea...tenung mata Zafran!”

Hoho...nenda dah mencelah ni...lagi best!

Nenda dah bangun dari tempat duduk dia...dia menghampiri Zafran dan Lea...nenda mengambil tangan Zafran dan meletakkannya di atas pinggul Lea yang anggun dalam baju kurung moden tu...dua-dua pakai warna putih...

“Janganlah kayu sangat, Lea...tangan ni, letak kat dada Aidi sebelah, sebelah lagi letak kat belakang dia...”

Nenda ambik lajak ke belakang sikit. Dia memegang dagu seolah-olah berfikir...apa lagi ek yang tak perfect...aha!

“Aidi...pegang sikit dagu Lea...ala kamu ni, buat pose macam nak kiss la! Itu pun susah ka?”

Fuhh! Merah terus muka Lea dan Zafran...

“Bonda, ni bonda ke Aidi yang nak kahwin ni?? Bukan main lagi sakat kami!”

Zafran dah geram dengan bondanya itu...geram-geram pun, tak dilepaskan pelukan Lea...

“Ala anak bonda ni, janganlah marah...saja je bonda nak sakat...Okay David...ambek banyak-banyak shot mereka berdua ni !”

Bonda kembali ke tempat duduknya...tangan suaminya digenggam...dia memandang Dr Adam...
Dr. Adam tersenyum...


***

Keluarga Dr Adam masih belum meninggalkan Villa Zafran walaupun hari sudah berganti malam.

Rayyan dan Esha sudah lama lenyap...pergi mandi...dah sehari suntuk pakai baju kurung.

“Ma, Reyl nak tidur sini boleh tak? Dah lama rasanya Reyl tak sleepover dengan Zach!”

Tengku Fazreyl Arfan dah menempel dekat mama dia...

“La Reyl! Kamu tak tahu lagi ke?”

Mama Fazreyl memandang Rayl dengan pandangan yang sukar ditafsirkan...Reyl mengerutkan dahinya...

“Tahu apa ma?”

Reyl memandang serious muka mamanya.

“Mama dengan papa pun nak ikut nenda dengan Grandad kamu, kami tidur kat Palace of Golden Horses malam ni...honeymoon!”

Mama Reyl, a.k.a Tengku Sarah memandang gatal ke arah Tg. Farhan yang sedang berborak itu...

Reyl membalikkan matanya...UNBELIEVABLE!

‘Dah tua-tua pun nak honeymoon? Grandad tu takpelah, newlywed!’

Reyl merungut dalam hati...

“Ooo...padanlah awal-awal suruh Reyl bawak baju spare! Ada udang di sebalik mi sedap, rupanya...”

Dalam hati Reyl, dah meloncat-loncat...bolehla nak kacau Esha!! Yes!!

“Reyl! Jangan duk kacau anak dara Uncle Zaf kamu ya!! Kesian Esha...”

‘Mama ni, telekinesis ke apa?Tau-tau aja aku siket punya sayang kat Esha tu!

“Hmm...yelah...Reyl tak kacau...” orang lain selain Esha....hahaha...

Nak mampus kalau 4 patah yang kat belakang tu keluar tadi!

“That`s my son!”


***

“Alamak...mana pulak handycam ni...try to remember Esha....dahlah Danish cute giler tadi masa kat masjid....”

Esha menggeledah serata biliknya, namun handycam tersebut masih belum ketemui...

“Ke...aku tertinggal kat kereta papa? Ya lah...kat dalam kereta papa!”

Esha keluar biliknya...Rayyan pun keluar jugak dari biliknya...

“Kak Ray...teman Esha keluar?”

Memang Esha dah bahasakan Rayyan, Kak Ray...biarpun mereka lahir sama tahun...seniority first!

“Esha nak buat apa kat luar?”

Rayyan bertanya kepada Esha sambil menuruni anak tangga.

“Esha tertinggal handy cam dalam kereta papa...temankan ek? Papa parking kat seberang jalan tadi...dia takut sesak nanti family Grandad nak masuk..”

Rayyan hanya akur...

Dia menemani Esha keluar...setelah selamat mereka melintas jalan, Esha baru teringat yang dia terlupa untuk mengambil kunci kereta BMW papanya...

"Alamak Kak, kunci still dengan papa la...malas nak masuk balik.."

Lea mengadu kepada Rayyan.

“Budak ni...kecik-kecik dah nyanyuk! Dah...tu Reyl, suruh dia ambilkan!”

Gara-gara malas nak lintas jalan balik, Esha melaung nama Tg. Fazreyl yang baru sudah berbual-bual di telefon....Reyl berpaling ke arah Esha dan Rayyan...

“Apa Sha?Reyl tak dengar la...”

Reyl ni pun ada sound trouble agaknya...suara Esha ni pulak...halus...

“Esha kata, tolong mintak kunci kereta dengan papa!Nak ambik barang ni!”

Rayyan tolong ulang balik kat Reyl...Reyl mengangguk faham...

Dia masuk ke dalam rumah...

Sekelip mata sahaja, dia sudah muncul kembali...

“Nah! Esha...catch!”

Tanpa bagi signal, Reyl terus melempar kunci kereta itu ke arah Esha...belum sempat Esha nak sambut, kunci tersebut sudah selamat terjatuh di tengah-tengah jalan.

Esha memandang Reyl geram....

“Abang Reyl ni kan...tak boleh ke lintas jalan and pass elok-elok kat Esha? Pemalas betul!”

Esha mendengus geram.

Rayyan hanya menggelengkan kepala...

Reyl pula buat muka meluat...

“Dah mujur sangat Abang ambilkan tau...Esha dengan kakak Esha tu la yang pemalas...setakat nak cross jalan pun malas! Lain kali, nak suruh orang tolong, jangan banyak komen ye!”

Reyl dah nak start perang mulut dah dengan Esha ni
...memang macam debat lah...Reyl kat seberang sana...Esha pulak kat seberang sini...

“Dah-dah la kamu berdua ni, Esha...ambik kunci yang jatuh tu...”

Perlahan Rayyan membisik kat telinga Esha...Rayyan mengangguk...

“Betul tu akak...takde gunanya nak bertekak dengan playboy tembaga ni!”

Reyl memandang dua orang wanita tersebut yang bukan main lagi duk berbisik...

“Ha! Mengumpat pasal Abang Reyl la tu!Pigi dah!”

Reyl menyuarakan ketidakpuasan hatinya...Esha...huhu...I want you la sayang!!

“Perasan betul dia ni Kak Rey, kita bukannya mengumpat pasal dia!”

Kata Esha sambil ke tengah jalan untuk mengutip kunci yang dilemparkan Reyl tadi...

Reyl dah taknak bertekak, dia berpaling ,ingin masuk ke dalam rumah.

Namun, niatnya terbantut apabila terdengar jeritan nyaring Rayyan!

“ESHA!! Ketepi!!”

BUMMM!!

Esha merasakan dirinya ditolak kuat ke tepi jalan....

Kepalanya terhantuk di jalan tar...

Reyl dengan segera menerpa ke arah Esha...dia memangku kepala Esha yang berdarah tersebut...

Reyl memandang ke arah kereta tersebut...

WAJ 5542...Nissan skyline...silver...

Kereta terebut memecut pergi...

“Kak....Ray....”

Esha cakap sebelum terus tidak sedarkan diri...

“Uncle....Aunty...Ma....PA...!!”

Tg. Fazreyl melaung beberapa kali....dia kalut

Terkocoh-kocoh mereka keluar dari rumah...

“Kenapa ni Reyl...”

Tanya Zafran yang melihat Reyl yang terduduk di atas jalan tersebut...matanya kemudian terjatuh atas sekujur tubuh yang dipangku Reyl...

“Ya Allah, anak aku!!”

Zafran menerpa ke arah Esha yang sudah terkulai di pangkuan Reyl...semua orang tertumpu di situ...

Namun, Lea berasa tidak enak hati...tadi dia melihat Rayyan yang turut berada bersama Esha.

Mata Lea melingkas ke arah hadapan...

Dia dapat melihat ada sesuatu berdekatan dengan junction jalan di hadapan ...

Pelahan-lahan, dia melangkah ke arah objek tersebut....

Lea dapat melihat ada darah di atas jalan tar tersebut ...jantungnya berdetak semakin laju apabila dia menghampiri objek tersebut...

Dia duduk mencangkung...badan budak perempuan itu diterbalikkan...air matanya laju menuruni pipinya...baju putih anaknya itu sudah lencun dibasahi darah...

Perlahan-lahan, kepala Rayyan diusapnya dan dikucupnya...

Tangisannya semakin kuat...Semua yang melingkungi Esha tadi berpaling ke arah suara tangisan Lea...termasuklah Zafran...

Zafran dapat melihat, kurang 50 meter dari tempatnya , sekujur tubuh lagi terbaring...

Keadaan Rayyan jauh lebih teruk daripada Esha...

“Reyl, Zach...bawak Esha ke dalam...lepas tu call ambulance”

Arah Zafran sebelum dia menghampiri Lea...

Semua yang ada di sana bermandikan air mata...

Zafran merasakan sangat sayu melihatkan keadaan Rayyan...Luth juga tidak berani nak sentuh, dia kata takut lebih mencederakan anggota tubuh yang patah...

“Sayang...bangun sayang....jangan tinggalkan mama! Mama mati kalau sayang mati! Mama perlukan sayang!!”

Sayu Lea berkata-kata.

Zafran terus menarik Lea ke dalam pelukannya...Lea menangis semahu-mahunya di dada Zafran...

“Abang...anak Lea,bang...jangan bagi anak Lea mati!”

Lea merayu kepada Zafran...Zafran terkedu...

“Trust me Ana, anak kita akan selamat...anak kita kuat...”

Zafran mengusap belakang Lea...

“Maafkan abang,sayang...abang dah lama tahu yang ini semua fitnah...tapi abang terlampau EGO!”

Zafran akhirnya mengalah...dia mempercayai kata-kata bondanya dahulu...namun, dia malu untuk menerima balik Lea yang telah dihinanya...

Betul kata bonda...dia menyesal kerana terlampau fikirkan maruahnya...dia tidak pernah memikirkan perasaan Lea dan Rayyan, yang disisih ileh dirinya sendiri!

“Abang...anak Lea...”

Lea seakan-akan tidak mendengar apa yang diucapkan Zafran tadi...

Zafran mengeratkan pelukannya terhadap Lea..

“SHH...abang ada kat sini, anak kita akan selamat...SHHH...abang ada...abang ada...”

Lea terus menggongoi di dada suaminya...di dalam kesedihan terselit kebahagiaan...dia yakin segala-galanya akan berubah selepas ini...

“Anak kita?”

Lea memandang sayu wajah Zafran untuk mendapatkan kepastian...matanya yang basah dek air mata itu dilapnya...

Zafran menganggukkan kepalanya, seakan-akan faham dengan pertanyaan Lea...

“Rayyan anak abang, abang sahaja yang menafikannya dulu,...kita doakan Rayyan selamat ya?...”

zafran cuba untuk menenteramkan Lea.

Lea mengangguk perlahan....

Tangan Rayyan yang kaku itu digenggamnya...

“Sayang, bangunlah...papa sayang dah terima sayang ni...bangunlah...sayang...jangan buat mama macam ni...”

Zafran setia di samping Lea apabila ambulans tiba untuk mengambil Rayyan...

“Jangan ambil anak aku!!Dia anak aku!!”

Lea dah jadi macam orang gila...dia takut Rayyan mati...

“Abang...mereka ambil anak kita!”

Zafran terus memeluk Lea...

“Jangan macam ni Lea, Abang tahu Lea kuat...Anak kita akan selamat...Lea isteri yang kuat kan? Lea juga boleh jadi mama yang kuat...betul tak?”

Zafran dah macam memujuk budak kecil...Lea pula hanya mengangguk dengan soalan Zafran tadi...

“Dah, jom kita ke hospital...”

Zafran memimpin Lea ke arah keretanya...apa-apa pun, dia kena kuat, kalau dia menangis...Lea juga akan jadi lebih teruk...

‘Ya Allah...selamatkanlah anak aku, berilah aku kesempatan untuk menyayanginya selayaknya seorang bapa menyayangi anaknya...amin...’

Zafran terus membontoti belakang ambulans tersebut...Lea disisinya masih lagi mengalirkan air mata...

‘Andai masa dapat dipatah balik, abang tidak akan menuduh sayang sebegitu...Aku akan cari sampai kelubang cacing siapa yang berani memporak-perandakan rumahtangga aku dulu...jangan harap aku nak maafkan orang tu!’

Zafran berkata-kata keras di dalam hati...

Tangan Lea dicapainya dan digenggamnya...sejuk betul tangan Lea...

Semoga, keadaan bertambah baik selepas ini ...panjangkanlah umur Rayyan, Tuhan yang maha mengasihani...








8 comments:

  1. huhu...nah...amek tisu ye...bye2 Rayyan!! hope u R.I.P ye....

    ReplyDelete
  2. awinnn!! yeah..haha..aku syg zafran skang..

    ReplyDelete
  3. ske cite nih...smbung la jugak m.a.g tu....ok..keep it up..

    ReplyDelete
  4. Yes! ngaku juga akhirnya... tp mse Rayyan accident. tak kira, nak hempuk jugak kepala Zafran. hehe.. hopefully, sume bnda akn jd lebih baik~~ :)

    ReplyDelete
  5. atiq...mag 2 next week ye sy smbg...nk hbskn Rayyan dulu...keh3

    ReplyDelete
  6. finally zhafran mengaku jugak..ape2 pun hrp semua selamat :)

    ReplyDelete
  7. benci3 zafran anak dah nak mati bru buang ego.... buat smpai dia mnyesal bru padan dgn pnderitaan anak bininyer......eeeeee....

    ReplyDelete
  8. yelah ape2 pun hendaknya kedua
    anak lea selamat. cpt sambung
    ye..

    ReplyDelete