Qays meletakkan
kembali pen ke mejanya. Kepala digaru, gatal pula tiba-tiba. Telefon
dicapai dan dia mendail nombor mamanya.
Rindu pula .
“Salam ma. Sihat?”
Datin Edzra
tersenyum mendengar suara anak sulongnya itu. Tengah syok duduk layan hindustan
telefon pula berbunyi. Makin gembira hatinya apabila melihat nombor Qays yang
naik di skrin.
“Alaikumsalam. Mama
sihat sayang. Qays ni call mama kenapa? Rindu?”
Qays tergelak. Ada
je nak sakat mama dia ni. Tapikan, memang rindu pun. Apa ingat orang lelaki ni
tak boleh nak rindu mak sendiri? Ingat perempuan je boleh?
“Rindu la. You are
the best mom apa.”
Qays puji mama dia.
Makin kembang Datin kita ni, tak muat dah nak masuk kebaya dia sat lagi.
“And you are the
best son. So, macam mana? Seronok kahwin?”
Cara mama dia tanya
tu macam lah tak tahu apa perasaan anak dia ni dekat menantu instant tu. Qays
dari tak reti nak cintan cintun terus jadi romantis selepas nikah dengan EE.
Baran pun dah melayang entah ke mana, jarang nak marah orang. Penangan anak Cik
Puan Zarina katakan.
“Seronok la. Ini ha
ma, lupa nak bagitahu, haritu Qays ada invite Shah for dinner, can we make it
tomorow night? Dia pun dah lama tak jumpa mama.”
Qays terus shoot.
Lupa pulak sebelum ni dia ada janji Shah
for a dinner. Iyalah, haritu balik kampung terus lupa pasal Shah.
“Besok malam? Boleh
sangat. I’m free, your dad’s free. Kamu datang pukul berapa?”
Datin Edzra bersetuju. Qays senyum
sorang-sorang. Mama dia dah anggap Shah tu macam anak angkat dah. Takkan nak
tolak permintaan Shah for dinner kan.
“Cool then. Qays
datang after Eryna habis kelas. Dalam pukul lima kut, kalau tak jammed jalan.”
Qays berkira-kira
dalam kepala, EE habis kelas pukul tiga. Nak balik rumah adalah dalam setengah
jam, nak rehat mandi-manda, iron baju semua pukul lima lah kut baru selesai.
“Okay. Itu ha,
suruh EE ajak juga bestfriend dia tu. Mama suka tengok si Adelia tu, kut-kut la
Shahzad tengok nanti berkenan kat mata tu. Kahwinlah jugak anak angkat mama tu.
Kamu dua ni sama saja perangai, spesies kahwin lewat.”
Qays menggelengkan
kepalanya. Mama dia ni, tak sah kalau
tak main matchmaker. Mana tahu si Adel tu dah ada boyfriend ke, tunang ke, apa
ke.
“Ish mama ni, tak
habis-habis. Okay,nanti I’ll inform Eryna. Got to go, love you.”
Lalu Qays
meletakkan ganggang. Mama oh mama. Telefon dicapai kembali dan dia menelefon
Shah untuk inform tentang confirmation dinner tu. Dia cepat-cepat SMS sama
sahabat karib dia tu.
-Wey, esok malam
dinner rumah mama, masak sedap, boleh? Kau Maghrib sini je. Takut jammed jalan
kalau lewat.- Qays
Tak sampai seminit SMS dibalas.
-Beres. Aku bawak
mama aku sekali. Esok aku tak kerja. –Shah
***
EE mematikan enjin. Dia mengangkat kening apabila melihat kereta Qays sudah cantik terparkir dalam garaj. Amboi, awal balik hari ni. Selalu pukul enam baru balik. Half day ke?
EE mematikan enjin. Dia mengangkat kening apabila melihat kereta Qays sudah cantik terparkir dalam garaj. Amboi, awal balik hari ni. Selalu pukul enam baru balik. Half day ke?
Salam diberi
sebelum memasuki rumah , dan Qays yang sedang mengemop lantai itu memandang
wifey dia yang tercinta itu.
EE rasa rahang dia
terjatuh memandang Qays yang tak pakai baju tu tengah mop lantai. Alahai, kain
sarung dia pun dah dilipat sampai jadi skirt, kalau lelaki lain mesti dah
nampak silly tahap gaban, tapi bagi EE, Qays ni macam male model yang baru
keluar dari majalah pun ada. Handsome siot.
“Hey babe. Jangan
lalu sana, slippery. Nanti you jatuh pula.”
Kata Qays sambil
mengenyitkan matanya. EE pun dah melayang, amboi, pantang dikenyitkan mata,
mesti terawang-awangan terus minah gedik ni. Untunglah laki dia nak kenyit mata
kat dia. Asal tak kenit mata kat perempuan lain sudah.
“Ni apahal ni Kovu?
Bila you jadi maid ni? Mop lantai?”
EE bertanya sambil
mengangkat keningnya yang tajam itu. Beg laptop diletakkan ke atas sofa.
Punggung dilabuhkan ke permukaan empuk sofa itu. Ah, hilang penat. Hari ni
macam-macam belajar, berat-berat pula tu subjeknya.
“Ala, Kovu mop pun
jadi isu. Kovu just nak tolongmy little darling wifey ni. Dia penat belajar,
takkan nak double-kan penat dengan house chores. As a good hubby I wanted to
help you, babe.”
Qays berkata
spontan sambil tangannya rancak menggerakkan mop. Selamba badak dia angkat kaki
EE yang tadi terlunjur di atas meja kopi itu sebab dia nak mop lantai bawah
sofa itu. Lepas tu dia letak balik. EE pula gelak sahaja, untung bebenor dapat
lelaki understanding macam ni. So EE, nak lagi ke kat Shah tu?
“Okay Mr Muscle,
you finish up, then datang sini, picit kepala I, boleh?”
EE mengusik Qays.
Qays tarik senyum. EE nak suruh Qays picit kepala? Bukan ke minah tu penggeli
tahap cipan ke. Mahu tak pecah perut duk tahan geli satgi.
“Boleh je, Eryna je
yang geli kalau Kovu main kepala selalunya.”
Qays berkata. Mop diangkat
dan dibawa ke dapur. Dah selesai mengemop pun, senang saja. Lantai pun dah
wangi, berkilat lagi tu. Macam iklan Ajax Fabuloso pun ada.
Qays mencuci mop
dan cepat-cepat kembali ke sisi EE. Dia membuka kangkang dan menyuruh EE duduk
di atas lantai, baru senang nak urut kepala. EE pun ikut saja, kepala dah rasa
macam pikul batu se-tan. Tudung tadi pun dah campak entah ke mana dah. Penat
oi.
Qays melurutkan
jari-jemarinya pada kepala EE. Dia membuka banana clip yang mengikat rambut EE
itu. EE sudah rasa bulu romanya meremang. Alamak, mai dah geli dia. Tahan EE
tahan, bukan senang nak ada orang urut kepala ni. Tahan minah oi.
Selepas sahaja
tangan Qays yang sejuk kena pada kulit kepala EE, terus hilang geli EE tadi. Rasa
sedap pula datang mengganti. EE pejam matanya, nikmat betul. Kalau hari-hari
macam ni, makin sayang dekat Qays ni.
Qays pula dah
beberapa kali sendawa. Banyak angin betul bini dia ni, angin pula keluar ikut
badan Qays. Lumrah orang mengurut memang macam itulah.
“Hurm, Eryna, esok
mama ada ajak kita dinner sikit. Abang kata dalam pukul lima kita pergi sana,
boleh eh?”
Qays bersuara
sambil tangannya ralit memicit ubun-ubun
EE. EE yang baru nak hanyut itu membuka matanya. Lama tak rasa air tangan mama
Era dia ni.
“Boleh, tapikan, EE
petang tu nak kena pergi library kejap dengan Adel.”
EE berkata
perlahan. Masih ralit dengan belaian Qays. Untung betul.
“Okaylah macam tu. Mama
pun ajak Adel sekali, kesian dekat dia asyik makan dekat area campus saja.”
Qays berseloroh. EE
gelak kecil. Adelia sejak break dengan pakwa dia yang hot dulu dah tak jejak
kaki dekat cafe tu. Dia kata banyak memori pahit. Siap sanggup pergi tapau
dekat kedai mak CT tu sebab tak mahu terserempak dengan ex dia.
“Great idea. Esok
Kovu hantar EE ke campus, then on the way back EE ride with Adel. Nanti
ingatkan EE nak letak extra clothes dalam kereta Kovu. Boleh freshen up dekat
rumah mama Era.”
EE berkira-kira
dalam kepala dia. Lagi senang macam tu, tak payah nak bawa
banyak-bantak
kereta.
“Boleh juga macam
tu. Nanti bagitahu Adel.”
Qays menyokong
keputusan EE. EE dah tarik senyum, suka sangat kalau Qays bersetuju dengan dia.
Rasa macam bijak pun ada. Desperate betul budak EE ni. Haiyo.
***
EE mengelap peluh
di dahi. Adel pula mengeluh buat kesekian kalinya. Malaun betul! Mamat mana
yang pergi campak paku tekan dekat parking lot ni? Tengok, kan dah kempis tayar
tu. Kalau sebelah bolehlah ganti lagi, ini kedua-dua belah.
Tadi, pergi library
elok sahaja tayarnya. Balik hostel nak mandi sekejap, then nak keluar dari
kotak parking tu, ada pula orang lempar paku tekan. Samdol mana pun tak tahu,
mungkin terjatuh dari kotak kut paku tersebut. Tak baik berprasangka buruk
terhadap orang.
“So? Nak aku call
Qays ke nak charter taxi?”
EE bertanya Adel.
Tudung bawalnya ditiup, dah terpenyek dah tudung tu, tak cantik terbentuk dah.
Basah dengan peluh.
“Eh, tak payah la.
Kita naik taxi saja. Kesian laki kau nak patah balik sini.”
Adel menolak
suggestion EE yang pertama tadi. Taxi jelah, dekat saja pun dari rumah mertua
EE tu. Ini pun baru pukul 4, Qays pun mungkin baru nak keluar dari tempat
kerja, kesian dia nak kena pusing seround sebab nak ambil mereka. Baik ambil
taxi dan terus ke destinasi mereka, dekat sikit.
“Okay.”
Sepatah EE
menjawab. Mereka mengambil tas tangan masing-masing dan bergerak ke bus stand.
Ada la juga taxi lalu lalang di situ.
Tiba sahaja di
rumah mama Era, mereka berdua memberi salam. EE perasan yang Qays juga telah
tiba, sebab kereta dia tu dah cantik terparkir di dalam garaj. Ponteng lagi la
ni hari ni. Untunglah, syarikat sendiri. Tapi Qays tu weekend pun kadang-kadang
masuk kerja, a good example to his employees.
Qays yang baru
ingin keluar rumah ke keretanya itu memandang EE dan Adel yang baru keluar dari
taxi tersebut. Itu ha, muka berpeluh sakan. Qays angkat kening.
“Kereta mana?”
Dia bertanya pada
Adel. Entah kenapa Adel pun rasa macam nak kecut dengan Qays, macam garang je
nada suara tu. Muka pun dah bengis semacam. Naik teksi pun salah?
“Kovu, we took a
cab. Tayar pancit.”
Jelas EE mudah. EE
menghampiri Qays dan memegang tangan suaminya itu. EE pun dapat rasa yang Qays
macam nak marah tadi. Dia ni memang tak suka kalau EE naik public transportation.
Tapi benda dah nak jadi, tak mahu lah menyusahkan orang lain.
“Hurm. Masuk dulu,
Adel, come in. Eryna, stay here.”
Adel macam lipas
kudung pergi masuk dalam rumah. Dia terus ke dapur dan bersalaman dengan Datin
Edzra. EE pula ditinggalkan di garaj dengan singa yang kononnya jinak itu.
Qays, jangan marah, nanti kena jual tau.
Setelah Adel
berlalu, Qays membuka kereta dan mengeluarkan paperbag yang mengandungi baju
EE. EE tidak berkata apa apabila Qays menarik tangannya dan dibawa ke bilik. Ada
gunung api nak meletus, kita jangan pulak pergi siram petrol, nanti makin hebat
letupan.
Qays meletakkan
paperbag itu ke atas katil dan dia mendudukkan EE. Matanya kemudian menikam
tajam mata EE.
“A cab? What are
you thinking? Telefon tu tak reti nak guna? Tak boleh nak call abang suruh
jemput kamu berdua?”
Itu ha, dah naik
seoktaf suara tu. Mai dah baran dia. Lama tak mai, hari ni jugak dia nak mai.
EE gigit bibirnya. Qays ni, gedik nak marah lak.
“Tak nak susahkan
Kovu.”
Perlahan saja suara
EE namun Qays masih boleh menangkap bait-bait yang dikeluarkan tadi. Dia meraup
mukanya, EE dah ada depan mata, sah selamat kenapa dia nak marah pula.
Qays memegang pipi
EE. Dia mengelus lembut.
“Eryna tak mungkin
menyusahkan abang. Remember that I will always be there for you. Lain kali,
kereta rosak ke , apa ke, give me a ring and I will fetch you. Sekarang ni
bahaya, public transportation tu pun not very reliable. Look what happened in
India last few weeks. Malang tak berbau sayang. Abang sayangkan Eryna, get it?
I can’t stand it if anything bad happens. Hmm?”
Qays berkata
lembut. EE yang mendengar pun rasa sayu tiba-tiba. EE cuba menarik senyum.
Kepalanya diangguk tanda faham.
“That’s my girl. Dah,
pergi mandi, busuk.”
Qays buat jenaka.
EE tarik muncung. Busuk dia kata aku, busuk-busuk pun bini dia.
“Mengada.”
EE berkata sepatah
lalu berlalu ke bilik air. Qays tergelak. EE oh EE.
***
EE menolong mamanya menghidangkan lauk pauk ke atas meja. Mata dia asyik pandang jam sahaja. Selepas dia mandi tadi, Qays cakap yang Shah pun datang malam ni. Alahai, kan dah datang balik rasa serba-salah dia tu. Tapi, EE tahu, EE sayangkan Qays sekarang, dan Shah harus terima kenyataan itu. Dia dah jadi milik Qays, so no funny business with Shah.
“Woi, kau dah
melayang mana tu?”
Adelia mengetip
jarinya di hadapan EE yang kelihatan jauh mengelamun itu. Macam-macam minah ni
sorang.
EE pula galak
merancang sesuatu apabila terpandang muka Adel. Adel, single, Shah, single.
Boleh sangat kan mereka berdua ni? Shah pun macam baik, Adel sah-sah baik.
“Siap dah
sayang-sayang mama ni? Dah, itu ha, Shah pun dah sampai dah tu kat depan. EE,
tolong panggilkan Qays dengan papa turun. Adel, pergi bukakan pintu tu ha.”
Datin Edzra sudah
mengeluarkan arahan. Adel pun dia dah buat macam anak sendiri. Mereka berdua
pula menjunjung perintah cik datin itu.
Setelah Adel
berlalu, Mama Era cepat-cepat menahan EE. Amboi, berseri muka datin ni, muka
nak set up kan orang lah tu.
“EE. Sini.”
Mama Era berbisik,
EE pun ikut jelah.
“Mama rasa kan,
Adel tu sesuai dengan Shah. EE dah pernah jumpa Shah kan?”
EE angguk. Dia
kenal sangat dengan Shah, tapi tak perlu beritahu lebih-lebih. Tapi EE kagum,
mama dia ni fikir macam dia, set up kan Adel dengan Shah.
“EE pun rasa macam
tu mama ,but we have to be discreet about it though. Kena sembunyi-sembunyi
jalankan plan.”
EE mengujar lanjut.
“Be discreet about
what, Eryna?”
“ Plan apa ni?’
Dua suara garau
bersuara serentak. Gulp. EE terkaku. Mama Era pun sudah frozen. Aiyoyo, malaun
mana pulak yang dengar plan diorang ni. Kalau
Qays, memang kena marah lah sebab EE berkomplot dengan mama dia nak set up kan
Shah and Adel. Kalau Shah sendiri yang dengar, makin awkward lah nanti. EE
berkira-kira dalam hatinya.
Dia memalingkan dan
memandang insan-insan yang ada depan mata dia ini sekarang. Dah tak payah
panggil Qays turun dah, papa pun dah turun, even Shah dengan Adel pun dah ada.
Apasal mama dia tarik dia nak bincang hal ni dekat living room? Mama Era ni pun.
Agak-agak mereka overheard tak plan mereka itu tadi?
Qays merenung EE
tajam. Shah juga begitu. Mama pandang papa, Adel, dia apa kisah? Semua orang
dia pandang. Memang budak Adel ni tak pernah tahu hujung pangkal cerita, jenis
tak ambil tahu kekadang tu.
“Eh, Shah! Mana
mama kamu? Tak bawa dia?”
Pandai mama Era
tukar topik. Shah sudah menarik tenungannya daripada EE. Lega sikit EE, tapi
tak habis lega lagi sebab Qays masih tenung dia. Memang malam ni Qays nak
korekcerita dari dia lah tu. Habislah
engkau EE, boleh ke nak discreet?
Kalau Qays tahu cerita, dia mesti warn Shah.
Kalau Shah tahu, mesti dia tak mahu punya dengan Adel tu, and forever lah kau
akan rasa bersalah dengan Shah tu sebab lukakan hati dia. And then, kau pun tak
boleh nak cerita pasal history kau dengan Shah, gila ke nak cerita, nanti Qays
pula yang terasa.Nanti mereka putus kawan ke apa ke? Adoilah, masuk perut buaya
dah engkau ni EE. Tunggu nak kena NGAP saja! Apa nak buat ni. Qays, pleaselah
jangan korek cerita dari EE, EE mesti spill punya nanti.
yeay!!!!!...ada new entry...
ReplyDeletethanks cik writer....good job:)
cepat2 sambung..best2..
kihkihkih,,EE, habislaa,,Kantoi~
ReplyDeleteBest sgt....no lgi....
ReplyDeleteno cat part ....kan wajib ada -_-
ReplyDeletebagus..bagus..EE dah tetapkan hati dia.....
ReplyDelete