“Adik...nanti besar kita kahwin yea?”
Isya yang tengah menyelup kakinya ke dalam air terjun yang sejuk itu berpaling ke arah budak lelaaki yang tengah bercakap dengannya.
“Kenapa? Adik tak suka Ikh. Ikh sering buli adik, cakap kasar dengan adik, sakitkan hat adik. Adik tak nak kahwin dengan Ikh, Adik nak kahwin dengan Abang.”
Kata Adik selamba.Kepalanya ditala ke hadapan, melihat air yang turun menimpa batu-batuan yang besar dan berlumut itu.
Ikh sekadar memandang adik dengan pandangan kosong. Tangannya menjalar ke arah tangan Isya. Dia menggenggam tangan Isya yang kecil itu.
“Adik...Adik nak tahu tak kenapa Ikh buat adik macam tu?”
Tanya Ikh dengan penuh lemah-lembut. Dia ingin mengumpan Isya supaya berpaling ke arahnya dan bukan melihat air terjun tu.
Ternyatan umpannya berhasil apabila Isya memandangnya dengan wajah yang penuh pertanyaan.
Ikh tersenyum manis. Isya terpempan, inilah kali pertama Ikh senyum dengan ikhlas kepadanya. Sebelum ini, hanya senyuman sinis menghiasi bibir merah jambu lelaki ini.
“Adik nak tahu?”
Tanya Ikh lagi. Sebenarnya dia ingin mendengar suara manja gadis yang perwatakan seperti lelaki itu.
Namun harapannya hancur apabila Adik sekadar menganggukkan kepalanya sahaja. Ikh belum puas.
“Okay, kalau macam tu...bila Ikh cakap adik kena janji yang adik akan kahwin dengan Ikh nanti? Boleh?”
Farisy Ikhwan bertanya. Adik mengerutkan dahinya.
“Adik tak nak! Adik tak nak Ikh! Ikh jahat! Adik sayang Abang!”
Isya membentak. Suaranya menjerit nyaring. Dia bangun dari tempat itu dan terus berlari, meninggalkan Ikh yang meraup wajahnya sendiri.
Setitik air mata budak lelaki itu menitis.
“Tapi Adik, Ikh ada sebab kenapa Ikh buat macam tu sebelum ni...kenapa Adik tak nak dengar Ikh?Kenapa?”
Ikh berbisik kepada dirinya sendiri. Tiba-tiba ada tangan menepuk bahunya dari sisi. Sia mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu.
“Sabarlah Ikh. Abang takkan rampas dia dari Ikh. Ikh tahukan abang sayangkan Ikh lebih dari segala-galanya.”
Mike datang dan menenangkan Ikh. Ikh sekadar tersenyum tawar sambil menekurkan pandangannya ke arah kakinya yang tersarung selipar Jepun itu.
Mike memandang ciptaan tuhan yang masih terpelihara di hadapannya ini.
“Abang...abang dengar ke apa kami cakap tadi?”
Tanya Ikh tanpa memandang ke arah Mikael Chazz Turee Abdullah, Abang tirinya merangkap sahabat baiknya dunia akhirat.
Mike hanya mengangguk asambil tersenyum manis.
“I heard everything. Abang pun tak sangka Isya yang tomboy tu jatuh hati kat abang! Well, biasalah...abang kan kacak! Ikut papa katakan!”
Mike bergurau dengan membanga diri. Ikh dah tarik muka meluatnya, Dia menumbuk sedikit perut Mike itu.
Mike mengaduh kecil. Ikh kmbali tersenyum.
“So, abang rasa Ikh ada chance la ni? Ikh sayang sesangat Isya tu, tapi mungkin cara Ikh sebelum ni tak sesuai dengan dirinya.”
Ikh mengadu kepada Mike. Mike mengangguk. Sekasar mana pun Isya tu, dia masih perempuan.
“Peluang Ikh tu memang ada, selagi abang tak cakap abang pun sayangkan dialah...abangkan lagi kacak dari Ikh!”
Lagi sekali Mike membangga diri sendiri. Ikh sekadar menarik muka meluat.
“Tolonglah yea...kita tengok nanti kita besar, siapa lebih kacak!”
Ikh berkata-kata. Dirinya kembali tersenyum. Kehadiran Mike dalam keluarganya 5 tahun lalu mengubah segala-galanya, dia tak lagi kesunyian, dan dia mempunyai seorang lagi sahabat untuk berbicara mahupun bermain, dan dia punya seorang abang yang tu hanya 3 bulan daripada dirinya, namun, abang tetap abang kan?
“Okay...kita tengok! Tapi Ikh jangan risau, Isya tu hanya sekadar adik kepada abang! Tak lebih,tak kurang. Ikh sendiri lihat sebelum ni kan? Manalah abang layan sangat dia, dia aje yang menyibuk, sikit-sikit nak ada dengan abang.”
Mike berkata-kata seakan-akan ingin meyankinkan Ikh bahawa dirinya sememangnya tak mencintai Isya.
“Iya, Ikh percayakan abang, Ikh sendiri tak tahu kenapa Ikh minat sangat dengan budak kasar tu, pelik betul dengan diri Ikh ni kan bang?”
Kata Ikh sambil melemparkan sebutir batu bersaiz kecil ke dalam air tejun itu.
‘Blub’
Bunyi yang terhasil apabila batu itu menghempap air.
“Tak pelik la, dia ada dia punya self-attraction sendiri...tengoklah, kasar-kasar pun dia manja, manja ngan aku and manja dengan kembar dia...dengan kau aje dia tak manja, kau kan layan dia kasar sangat Ikh!”
Mike terus-terusan menyakat Ikh.Makin panjanglah muncung itik Ikh itu.
***
“Please...Isya, please sedar... kali ni saya tak sanggup dah kehilangan awak. I’m sorry, I’m sorry...Please bangun Isya.”
Bisik Risy perlahan. Tangan Isya yang dicucuk IV drip itu disentuhnya lembut.
Sudah 5 jam Isya pengsan, mujurlah warden bergegas tadi. CPR yang dilakukannya tadi sedikit sebanyak membantu pernafasan Isya.
Namun, Isya tak sedarkan dirinya.
Farisy kembali memandang tangannya yang menggenggam tangan
Isya itu.
Dia mengangkat tangan Isya dan mengucupnya. Kali ini, dia pasti akan menjelaskan perasaannya terhadap Isya, selama ini dia langsung tiada hati dengan Melly tu, itu hanyalah sebahagian dari lakonannya, dia hanya menurut kata doktor yang meyarankan untuk menghidupkan kembali watak dan perasaan yang akan membantu Isya untuk ingat kembali kejadian selepas dia berusia 5 tahun itu.
Amnesia Isya akan pulih sekiranya Isya dapat merasakan perasaan yang dia rasa sebelum ini, yang akan membantunya supaya ingat akan kejadian yang menimpanya dahulu.
Tiba-tiba Farisy merasakan tangannya digenggam. Dia memandang ke arah Isya yang sudah mencelikkan matanya itu.
Wajah Isya pucat. Matanya mengalirkan air mata. Farisy terkejut melihat Isya sebegitu.
Isya memecat topeng oksigennya. Dengan lemah dia memandang ke arah Farisy tanpa berkelip.
“Ikh?”
Isya bertanya. Farisy turut terkejut dengan nama yang dikelurakan oleh suara Isya tadi. Isya masih lagi tertanya-tanya.
“You remembered?”
Sepatah soalan berjaya diutarakan oleh Farisy. Isya hanya mengangguk lemah. Risy tersenyum hambar. Tangan Isya masih lagi dielusnya.
“Abang dengan Kazz, mana?”
Isya bertanya lagi. Risy hanya menunjukkan jari ke luar bilik yang menempatkan Isya ni. Dari tadi dia meminta kebenaran dari Ayah Minya untuk menemani Isya, encik Mizan pula ytanpa banyak soal terus memberi persetujuan.
Dia juga agak terkejut apabila mendapat berita yang anaknya diserang asma. Bergegas dia mendapatkan isterinya dan memecut ke hospital yang menempatkan anaknya itu.
“Isya, Ikh nak explain...selama ni Ikh...I mean, cara Ikh layan Isya tak...”
Isya merenung Farisy tajam. Dia menjeling Farisy yang sedaya upaya ingin menjelaskan dirinya itu.
“Tak payah terangkan apa-apa! Isya tak pernah pun hilang ingatan sebelum ini! Nampaknya apa yang Kazz cakap tentang kau hanyalah pura-pura! Kau tahu tak, dulu aku bukan main menangis tak mahu ikut mak usu sebab aku nak kasi kau chance, nak tengok betul ke kau sayangkan aku, tapi mama tetap paksa aku, suruh aku teman mak usu ke UK. Aku ingat maybe bila aku tinggalkan kau, kau akan rayu-rayu kat aku supaya aku stay. Tapi, kau ingat tak kau buat apa dulu? Kau siap pergi terjun waterfall dan menjerit kegembiraan bila aku kena ikut mama balik ke rumah! Kau siap memerli aku.”
Isya berkata dengan geram. Farisy memandang Isya dengan terkejut.
‘Isya tak pernah lupa sebelum ini?Dia hanya menguji aku?Oh Isya...tuhan! Aku dah sulitkan keadaan!’
Gumam Risy sambil meraup mukanya. Dia bertemu pandang dengan Isya yang sedang memandangnya sinis.
“Isya, let me explain first...lepas tu you cakaplah you nak cakap apa pun.”
Farisy Ikhwan merayu kepada Isya. Isya menggeleng kepalanya dengan keras sekali. Dia sedang menunjukkan kedegilannya.
“I don’t care about your lame explanations anymore. I don’t need you!”
Selamba Isya menuturkan perkataan itu. Jantung Farisy rasa bagai dicarik-carik dan direntap dari soketnya. Dia rasa seakan-akan kehilangan nafas. Dengan perlahan, dia bangun dan berdiri menghadap Isya.
“Fine then, bye Isya. If you don’t need me, I am sure that I don’t need you too. I panggilkan mereka masuk. Nanti bila you sedar kesalahan you, tak perlu you cari I!”
Isya hanya memandang Farisy yang berlalu itu tanpa perasaan.
Namun, entah mengapa Isya berasa sakit sangat apabila dia kata dia tak perlukan Farisy.
Ah, persetankan semua itu, dia dengan Melly gila tu dah sesuai!
Kazz dah tipu aku dulu.
Sia-sia aku jatuhkan diri dalam air terjun tu, aku tahu yang Kazz tak pandai renang, dan aku nampak Ikh tengah tengok kami, tapi aku terkejut bila bukan Ikh yang jaguh renang itu yang selamatkan aku, tapi Kazz yang sememangnya tak pandai renang.
Aku juga yakin yang dulu Kazzlah yang menjadi sandaran aku selain Firhan. Bodohnya aku termakan kaata-kata Kazz!
Isya memuhasabah diri dalam hatinya. Ya, dia tak perlukan kehadiran Risy dalam kehidupannya. Hidupnya sudah lengkap. Dan dia sudah membuat keputusan yang bakal mengubah hidupnya.
Pintu bilik dikuak dan dia melihat susuk tubuh mama, papa, Firhan dan Kazz memasuki ruangan itu.
Mamanya memeluk erat dirinya. Isya juga memeluk mamanya.
“Isya okay dah ke?”
Mamanya bertanya lembut. Rambutnya diusap-usap penuh kasih oleh mamanya. Isya hanya mengangguk.
“Ma, Isya nak balik UK. Isya dah jadi perempuan dah ni, dan Isya minta sangat mama benarkan. Pa? Ma? Please...Isya nak ke sana.”
Isya berkata terus. Dia sudah tak tahan hidup di sini. Dia lebih sesuai di UK sana. Mamanya memandang ke arah papanya. Encik Mizan pula sekadar mengangguk.
Kalau Isya dah kata macam tu, dia nak buat macam mana. Dah berapa tahun dia dibesarkan dalam suasana seperti di UK itu.
“Thanks pa. Lagi satu...selama ni, Isya tak pernah lupa apa-apa. I’m sorry, tapi Isya ada sebab Isya sendiri.”
Isya berkata-kata sambil memandang ke arah Kazz yang turut teerkejut seperti adik tirinya tadi.
Yang lain turut terkejut. Namun, perkara dah terjadi, pandai Isya memperbodohkan mereka selama ini. Tak sangka, budak kecil pada masa itu pandai menipu dan pandai berlakon.
“Papa tak boleh komen apa-apa. Papa yakin motif anak papa ni besar, kalau tak Isya tak akan bermain dengan kepercayaan orang, betulkan?”
Tenang, Encik Mizan berkata kepada Isya. Isya kemudiannya memeluk papanya dan menangis teresak-esak. Encik Mizan mengusap-usap kepala anak perempuannya itu. Dia tahu sedikit sebanyak kisah anaknya itu dari Kazz dan Firhan dahulu. Dia memandang Firhan dan Kazz yang memandang Isya itu.
“Okay, Isya...nanti papa uruskan tiket Isya. You are still on MC for now, habis MC, papa hantar Isya ke UK.”
Encik Mizan berkata hambar. Isya pula masih tersedu-sedan di dada Encik Mizan itu. Kazz memandang Firhan.
“How can we stop them now?Kau dengarkan apa yang Risy kata tadi...”
Kazz bertanya pelahan kepada Firhan. Firhan mengangkat bahunya, tanpa berkata apa-apa. Memang mereka mengendap perbualan Farisy dengan Isya tadi.
“Aku rasa kita tak perlu buat apa-apa, biar masa yang satukan mereka. Kisah mereka ni belum habis. Aku pasti.”
Kazz hanya memandang Firhan. Dia rasakan Firhan ada menyorokkan sesuatu daripadanya.
“Fir, apa yang kau tahu yang aku tak tahu?”
Kazz bertanya kepada Firhan. Firhan memandang Kazz dengan senyuman bermakna.
“ Kau tunggu lagi 8 tahun. Kau akan tahu sendiri. Lagipun, adik kau punya perkataan tu, bukannya boleh diercayai sangat, dia tu kuat berlakon. Dah-dah, lakonan kita dah tamat sampai sini, sekarang, Kita biarkan Isya ke UK dulu yea. Tak payah halang dia, pasal adik tiri kau tu pula...nanti aku ceritakan dalam masa 8 tahun lagi.”
Firhan berkata dengan tenang. Dia ingin tergelak melihat wajah Kazz yang seperti cicak tertelan kapur itu. Pelik sangat ke apabila dia kata dia akan cakap segala-galanya dalam 8 tahun lagi? Biasa aja tu. Pejam celik dah pun 8 tahun.
“Aku tuntut janji kau lagi 8 tahun! Jangan kau buat-buat lupa.”
Kazz memberi amaran kepada Firhan yang tengah tersengih itu. Firhan semakin menyangkan gigi putihnya itu.
Mereka berdua keluar dari wad itu apabila melihat Mamanya yang ingin menyalin baju Isya.
“Kazz, kau betul ke tak ada perasaan apa-apa terhadap Isya?”
Kali ini Firhan pula yang bertanya. Mereka melabuhkan punggung di atas kerusi biru yang dikhaskan untuk pelawat menunggu. Kazz tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
“Memandangkan adik tiri aku dah nak pergi larikan diri, aku rasa aku boleh dengan senangnya rampas adik kau. Well, dia kan dah lama menaruh hati kat aku!”
Firhan mendebik belakang Kazz yang dengan senang –lenang berkata-kata itu.
“Sakitlah mamat! Hahaha...lagi 8 tahun, aku kasi tau kau...”
Kazz juga meniru gaya Firhan. Firhan mencebik bibirnya. Kazz tergelak. Kemudiannya dia mengeluh perlahan. Perlukah aku berkorban lagi kali ini? Tak bolehkah aku yang menjadi hero pada kali ini? Patutkah aku membiarkan mereka sebegitu. Dan patutkah aku menjadi terlampau baik sehingga hati aku sendiri bakal tergores?
Dia menyebak rambutnya ke belakang. Firhan hanya memerhatikan gerak laku Kazz dengan ekor matanya.
‘Kazz...kau insan yang mulia.”
Mereka berdua melayan perasaan sendiri. Biarlah masa menentukan jodoh Isya. The best man wins, but the most cunning guy will steal away the heart.
***
8 years later...
One Republic-Secrets tengah bergema di telinganya. Kakinya melangkah kemas ke dalam pejabatnya itu.
Jawatannya yang disandang bukannya calang-calang jawatan. COO syarikat perkapalan bapanya. Tak sia-sia dia kembali kepada bapanya 8 tahun dahulu.
I need another story
Something to get off my chest
My life gets kind of boring
Need something that i can confess
“Morning Nelly...Any appoinment today?”
Dia bertanya kepada setiausahanya.
Till all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no, I've been on the brink, so
Tell me what you want to hear
Something that were like those years
I'm sick of all the insincere
So I'm gonna give all my secrets away...
“Nope Sir, but there is someone waiting for you inside your office now.”
Nelly yang mengenakan kemeja biru dan skirt paras peha itu bersuara sambil tersenyum ke arah bosnya.
“Okay, bring us two hot chocolate.”
Dia berkata sebelum memasuki pejabatnya itu.
This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm Gonna give all my secrets away...
Pintu biliknya dikuak dan dia memandang tepat ke arah susuk tubuh yang sedang duduk sambil mengangkat kaki di mejanya itu. Lain yang dijangkanya, lain pula yang sampai.
Wajahnya yang tadi berseri-seri terus menjadi masam.
“Dah 8 tahun kan? Dah lapan tahun saya berfikir Ikh. Dan saya rasa saya dah tahu apa yang saya nak.”
Gadis itu bersuara. Farisy Ikhwan menarik gadis itu bangun dari kerusi kulitnya itu.
“So, buatlah apa yang kau nak, tak perlu cari aku, kan aku dah pesan.”
Gumam Risy perlahan namun masih lagi didengari oleh Isya. Isya mencebik.
My God, amazing how we got this far
It's like were chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
“suka hati aku, and sekarang Farisy Ikhwan...saya nak dengar penjelasan awak.”
Kata Isya dengan nada yang lembut, susah payah dia menjejaki Farisy, dia amat menyesal dahulu apabila dia tak ingin mendengar penjelasan Farisy.
Kata-kata Isya itu membuatkan Farisy tergelak.
“Penjelasan? Apa lagi yang nak diperjelaskan? Kau jangan kata kau datang kat US ni semata-mata nak tanya benda bodoh tu? Sedarlah Isya, aku bukan jenis terdesak yang nak tunggu bulan jatuh ke riba, just forget it, aku dah tak cintakan kau! Baliklah...menyemak aje kau kat sini.”
Isya tak berkutik mendengar ayat-ayat sinis Farisy. Isya bangun dan menghampiri Farisy. Earfon ditelinga Farisy di cabutnya sebelah dan dilekatkan ke telinganya. Dia tersenyum sinis ke arah Farisy. Sungguh Ironi lagunya.
And everyday I see the news
All the problems we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album?Singing straight to cold?
I don't really like my flow, no, so
Got no reason
Got no shame
Got no family
I can blame
Just don't let me disappear
I'ma tell you everything...
”Hurm...I tak percaya lah...I lagi percaya kata-kata abang tiri you dengan Abang I, they said you always asked about myself, and you still in love with me, so...darling, tell me all your secrets away, please?”
Isya mempamerkan muka comel. Farisy mengeluh.
Firhan!! Aku dah kata jangan bocorkan rahsia kepada sesiapa!! Mentang-mentang dah cukup tempoh lapan tahun tu sesenang hati aje dia hebahkan kepada Kazz dan Isya! Tak guna punya bakal abang ipar!
Risy memandang Isya nak tak nak aje. Perlukah dia memberitahu Isya sekarang?
****
nak abes dah ni...dlm 3-5 eps lagi kot....
the end 2 btol ke x...mau terkuar jntung bc cte gntung2 nie...spechless..bile bc 'the end' otak cam x leh register pe yg bc sblm nie...btw nice 1 4rm u...n thx
ReplyDeletesabo ajelah aku... igt btul2 the end td.. ceh~!
ReplyDeletehoho... rupanya Risy mmg dh lme ske Isya la ni? yeah! wlupun ku mmg dh mula sukakan Kazz, tp ttp mahu Risy! hehe ;P
Wahahahaaa...tipah tertipu la sisters berdua ni!!hahaaha...ada lg la...sesaje nk bt lawak kampus!!
ReplyDeletelawak la no.....
ReplyDeleteklu the end...mmg la awin ni anti klimak........tul-tul antu mak limah.......
hahahaha..sgguh ku tertipu tdi..
ReplyDeleteoke thanks ntuk entri ni ^^
The end tu dah buang la...siannye ramai yg tetipu!!
ReplyDeletejgn wat cm tu lg tau..sakit jantung kite nnt..huhu
ReplyDeleteHahaa...suka2! :D
ReplyDeletehahahaha
ReplyDeletei like....
cian kazz....
nk kazz n isya.....
aha. best sangat! :)
ReplyDeleteHuhu. Tp rasa nk isya dgn kazz laa. Nice one. Nk lg win!
ReplyDeletelagi2!!
ReplyDelete