Friday, February 4, 2011

KP vs KB 3

Fight 3


“Mal, kau nak dengar cerita tak?”


Kat yang tengah syok baca buku Sejarah tadi bertanya kat aku. Cerita?


“Apa dia?”


Tanya aku acuh tak acuh. Lagi 2 minggu nak trial beb! Kena panaskan balik tajuk-tajuk ni.


“Musuh ketat kau dah putus dengan second musuh ketat kau!”


Ujar Kat dalam nada berbisik. Terbuntang mata aku.


“Whaddaya mean? Budak Nate tu dah break dengan KP sabun?Bukan ke mereka tu dah lama kapel?”


Kat mengangkat bahu. Bukan ke KP tu so in love dengan prefect yang baru kena lantik tu ke? 

Tapi, memang layak pun mereka putus, Nate tu terlampau sosial... tak sesuai dengan Danish. Aku yang tengok mereka berkepit pun dah rasa nak jeluak! Meluat betul!




“Tak! KP tu yang mintak putus dulu dengan Nate!”


Lagilah aku terkejut. Kat dah merenung aku semacam.


“Kau rasa Nate tu ok ke? Dia tu kan jenis dendam siket. Kalau la si KP tu lepaskan Nate sebab sayangkan budak lain, habisla... budak tu!”


Kat kembali bersuara. Dah tak jadi dah dia nak marathon Sejarah malam ni.


Aku hanya berfikir.


“Kenapa pulak?”

Aku bertanya...pelik aja bunyi ayat Kat tu...


“Kau ingat Izza?”


Aku mengangguk..


“Bukan ke Izza dah lama pindah ke?”


Tanya aku balik. Kat ni suka sangat buat orang suspens!


“Memang dia dah pindah, tapi...kau tahu tak kenapa?”


Aku menggeleng. Memang isu Izza pindah menjadi satu persoalan kat sekolah ni. Tiba-tiba aja lenyap macam tu.


“Aku dengar room mate dia cerita, yang malam tu...Nate serbu bilik mereka. Nate maki hamun budak Izza tu sebab boyfriend Nate dah jatuh hati kat Izza, dan Bf dia dah mintak putus. Habis Izza kena simbah dengan minyak tanah tau malam tu. Mujurla ada senior tu sempat halang.”


Lagi aku tercengang+dumbfounded. Ada jugak kes ni dalam sekolah? Kenapa aku tak tahu?


“Kenapa kes ni senyap?”


Aku memandang Kat.Kat mengikat rambutnya.


“Nate tu anak ahli politik. Kuasa besar. Bapak dia pandai cover la...”


Aku hanya mengangguk. Manusia,manusia...kat dunia aja kau lepas...kat sana, belum tentu!




“Aku rasa Nate tu memang mental la...”


Aku kasi pendapat kat Kat. Kat mengangguk bersetuju.


Tiba-tiba ada message masuk. Cendol? Apa yg KP ni nak?


“meet me at my class pukul 10 malam...urgent, HEM suruh!”


Aku membaca kuat sms yang baru diterima itu. Pelik? Malam buta hujung minggu nak pergi kelas?


“Kau pergi ajalah, Hem ada nak kasi makanan kot! Hehe...”


Betul jugak tu, Hem ni semakin lama semakin baik dengan aku...hehe


Terus cerita Nate tadi ditutup.


***




“Kat, aku pergi dulu!!”


Aku bergegas ke blok akademik. Alahai, ni aku lemah ni...gelap gelita! Tapi, lampu kelas Danish terpasang...fuuh!


Aku melihat tiada orang dalam kelas. Cepat-cepat aku mendail nombor Danish.


“Hello?”

Danish menjawab.


“Sabun, kau panggil aku kat kelas kau! Tapi kau kat mana?”

Terus aku serang si Varnish tu.


“Minah, kau melalut apa ni? Bila masa aku suruh kau ke kelas aku? Kau mimpi ek?”


Selamba Danish menjawab. Dia ni nak prank kat aku lagi ke?


“Weyh! Kau sendiri cakap HEM nak jumpa, janganlah tipu aku! Aku sorang-sorang kat kelas kau ni!”


Aku dah rasa seriau ni. Danish, please cakap kau yang hantar sms tu...aku tak sedap hati dah ni...


“Amal, bukan aku la...dah-dah...bazir masa aku aja..bye!”


Aku hanya memandang sepi telefon itu. Danish?


Tiba-tiba ada objek memukul kuat kepala aku. Pandanganku menjadi gelap.




***




Danish merenung telefonnya. Hairan betul, bila masa aku sms dia?


“Weyh Nish? Kenapa kau tenung semacam telefon kau tu?”


Yade menegur Danish yang jauh mengelamun.


“Yade, apa kau rasa bila kau jatuh cinta dengan orang yang kau benci?”


Yade tersentak. Dia memandang ke arah Danish.


“Don’t tell me, kau break dengan Nate sebab kau fall in love with....”


Danish memotong ayat Yade. Dia berkata sambil tersenyum.


“Yes Yade, I love her...I love Amalin!”


Yade dah meraup mukanya. Janganlah perkara yang pernah berlaku pada Izza dulu menimpa Amalin.

“Kau cakap kat Nate ke kau suka kat Amal?”


Yade rasa macam nak pengsan bila Danish mengangguk. Habislah Amal kali ni!


Danish pelik melihat tingkah laku Yade. Apahal pulak mamat nie? Gelisah aja? Jangan cakap dia pun nak kat Amal sudah!


“Kenapa? Kau pun nak kat Amal ke? Terus terang Yade!”


Danish dah mencekak kolar baju Yade apabila Yade masih lagi membisu.


“Amal is in danger!”


Terus pucat muka Danish bila mendengar kata-kata Yade.


“Why?”


Yade memandang mata Danish. Nafas ditarik dalam-dalam.


“Kau ingat budak bernama Izza?”


Danish menggeleng. Siapa dia?


“Izza tu pernah jadi mangsa Nate sebab BF Nate dulu tinggalkan Nate untuk Izza. Nate tak dapat accept lalu dia serang budak tu.”


Danish menjadi tak keruan.


“So, you mean...maybe Nate akan serang Amal?”


Danish cuba mengagak. Yade mengangguk.


“So, memang betullah ada orang sms Amal tadi! Yade, we gotta save Amal! Amal dah kena jerat Nate gila tu!”


Danish terus menarik tangan Yade.


“Tunggu dulu, kita kena ada bukti supaya boleh hapuskan perempuan macam Nate tu dari sekolah ni! Panggil Ash dan MT Pengawas lain! Aku pergi amek Video Cam!”


Mereka lekas bertindak!



***




“Sedar pun kau! Nate...bangang ni dah bangun!Apalagi...”


Nate menghampiri aku. Dia tersenyum sinis.


Tangannya mencengkam muka aku.


“Oh, jadi kaulah Amalin tu yea...”


La, budak ni sekadar nak kenal dengan aku ke? Tapi, kenapa dia ikat aku kat dalam semak ni? Apa yang dia nak sebenarnya?


‘PAANG!’


Tersentak aku bila dia tiba-tiba menampar aku.

Mujur tangan aku terikat, kalau tak...Nate ni akan jadi bubur kat sini!


“Kau ni kenapa ha? Apa masalah kau dengan aku!”


Akhirnya aku bersuara.


Nate tersenyum sinis.


“Memang aku ada problem dengan kau! Kau sebabnya Danish tinggalkan aku”


Aku tergelak. Lawak betul! Aku sebab Danish tinggalkan setan ni?


“Bukan aku, perangai kau macam setan ni yang menyebabkan dia tinggalkan kau!”


Nate menerkam aku. Kepala aku dihentak-hentak ke batang pokok.


Selepas itu, aku dapat rasa bahu aku dikelar dengan sesuatu yang tajam. Aku menoleh ke arah bahu aku. Dah lencun dengan darah.


“Kalau kau menjampuk lagi...aku toreh muka kau dengan pisau ni...hahaha”


Ya Allah, seram aku dibuatnya...hujung pisau itu menari-nari di wajahku...someone... help, aku tak nak jadi mangsa budak psycho ni...


*****

sorry if roo short atau cliche` or boring! Buntu...takde idea sekarang, im urs ngan IAL pun tgh buntu...haih,apa2...komen ye! Kasi idea sket!




















7 comments:

  1. Pergh... Bahaya gler budak Nate ni.. mmg nates sungguh... Danish! cepatlah!

    ReplyDelete
  2. rrrrr terrrrkedu sat.. ganas gler nate 2 huhu..

    ReplyDelete
  3. seriau bace cite ni. nate tu takde otak ke? yang daniel tu pulak kenape lembab sangat? kecian dekat amalin.. tulun jgn buat sad ending eh?
    btw, best sangat cite ni..

    ReplyDelete
  4. ngee, citer ni jadi seriau sebab takde idea la,hehe...hepi ending rsenye...ngehehe

    ReplyDelete
  5. ganas giler la nate nie..... nak hepi ending la amal dgn danish

    ReplyDelete
  6. ske cite ni...
    dan sungguh nate tu psycho...hoho...harap x de yg real gitu kat dunia ni...

    ReplyDelete