Monday, January 24, 2011

Kerana Rayyan 12



Lea melangkah longlai ke wad Tg. Nahariah ditempatkan….

Apa yang ditakutinya sudahpun berlaku…bolehkan Rayyan hidup tanpa dia?

“Ya Allah…nasib baik Myra belum membongkarkan rahsia itu…”

Lea bersyukur kerana kebenaran masih belum dibongkarkan. 

…sekurang-kurangnya…Myra masih ada untuk melihat-lihatkan anak-anaknya apabila dia sudah tiada nanti…

Doktor tersebut hanyalah memberi harapan…tak semua harapan menjadi kenyataan, kan?

6 bulan…6 bulan sebelum penyakit ini menjadi lebih parah…

Lea terus berjalan dengan langkah yang perlahan…mindanya bukan di sini…mindanya seakan-akan melayang…dirinya asyik diuji…namun…dia tidak pernah tewas…bukan juga pada kali ini…

‘You can defeat this disease, Lea…’

Lea bermonolog di dalam hati…


***


“Kak Lea?”

Myra menegur Lea apabila melihat kelibat Lea yang muncul secara tiba-tiba itu.

Lea tidak membalas panggilan tersebut. Zafran hanya memandang Lea tanpa perasaan.

“Akak? Kenapa muka akak pucat sangat ni?”

Myra mencuit lengan Lea…Lea menoleh kea rah Myra…

“Apa Myra? Akak tak dengar tadi?”

Lea tersenyum hambar kea rah Myra…Myra mengeluh…

“Akak…Akak sihat ke tak ni? Pucat aja muka…akak tak usah runsing dengan kata-kata abang tadi…dia tak maksudkannya..”

Lea hanya memandang kosong Myra…

“Zafran sentiasa memaksudkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya…setiap patah membawa makna…dia tidak pernah membuat lawak bodoh…his words are always serious…”

Perlahan, Lea berkata-kata…

Myra terkedu…

“Biarkan dia Myra…dah, jom kita balik!”

Zafran menggapai kasar tangan Myra…Myra tidak berkata apa-apa…dia hanya akur…

“Mama Lea…Mama tak nak jumpa nenda ke?”

Tanya Esha yang baru keluar dari bilik VIP tersebut…Lea hanya menggeleng…dia tidak boleh berjumpa dengan Tg. Nahariah dalam keadaan macam ni…Tg. Nahariah boleh meneka bahawa Lea sedang dalam masalah yang besar…

“Esok saja Mama jumpa nenda kamu…sekarang biarkan nenda rehat ya…”

Dia berkata kepada Esha…

“Rayyan dengan Zach masih kat dalam?”

Lea bertanya kepada Esha…Esha sekadar mengangguk…


***

“So, jadi tak nenda berlakon?”

Nenda kata sambil duduk menegak di atas katil tersebut…

Nenda terus jadi sihat selepas Esha keluar tadi…

“Thumbs up nenda…tapikan…nenda tak sepatutnya buat-buat pengsan tadi!”

Zach merungut…yalah…kalau nenda tak memengsankan diri…tentu mama tak kena halau keluar dari kereta…

“Iyalah…nenda yang salah…”

Nenda menarik muka…merajuklah tu!

“Nenda ni…tak payah la merajuk…Rayyan yang kena tampar pun biasa-biasa aja…”

Rayyan cuba memujuk nenda dengan caranya tersendiri…

“BTW nenda, macam mana nenda buat plot dengan doktor tu?”

Tanya Zach sambil enak mengunyah buah anggur yang terletak di sisi katil nenda..

“A piece of cake tu, meh nenda citer!”

Nenda pun membuka hikayat merong mahawangsanya....

~flashback nenda +doktor~

“Nurse, suruh family Tengku isikan form ya”

Doktor tersebut mengarahkan nurse tersebut...nurse tersebut keluar dari bilik itu..

Doktor tersebut memandang pelik ke arah nenda...

‘BP normal...heartbeat tiptop okay...ke mak cik ni buat-buat pengsan??’

Doktor itu tertanya-tanya dalam hati...

“Nurse, get the OT ready...we got to cut her open!”

Doktor tu menguji nenda...dia just saja-saja buat-buat mengarahkan nurse...padahal dalam bilik tu hanya ada nenda dan doktor tu aja....

Nenda cepat-ceoat celik mata...

“Saya OK Doc...kenapa tetiba nak bedah saya?”

Nenda terkejut melihat raut wajah doktor di hadapannya itu...

Doktor tu pun terkejut dengan nenda...yalah...tetiba aja buka mata...sapa yang tak terkejut!

“ Tengku Adam??”

Nenda dah tercegat atas katil!

“ Na? Ya Allah!! Kamu rupanya Na?”

Nenda hanya tersenyum...Kenal lagi rupanya doktor ni dengan dia, ingatkan dah tak cam tadi...terharunya...

“Awak...I mean...sayang? Kenapa macam ni...abang Am tak cam sayang tadi! Apa yang dah jadi ni Sayang??”

Hoho...apakes ni...siap bersayang-mayang ni....

“SHH!! Abang!! Slowla siket suara tu...nanti anak saya dengar kat luar!!! Saya tak cakap pun lagi awak ni boyfriend saya!!”

Nenda tarik muncung...haila...comelnya!

“OK...OK...abang cakap slow-slow...kenapa dengan sayang ni? Tiba-tiba lak nak berlakon? Kesian kat Zafran tu tau! Saya dah rasa nak peluk son-to-be saya tadi...dia nangis tau tak! Tapi...dia tak kenal saya...macam mana saya nak peluk dia!”

Doktor Adam dah merungut dengan perangai Tengku Nahariah...

“Awak ni kan...macam budak-budak...padahal dah jadi nenek budak!”

Tak habis lagi Tengku ni duk tembak nenda....

“NENEK-nenek jangan main ya! Saya nenek yang paling cool!”

Nenda cakap dengan bangganya...

“Whatever la ! Tapi...kenapa awak buat apa yang awak buat tadi? Siap berlakon pengsan lagi? Explain!”

Tegas, Tengku yang bergelar Doktor tersebut memberi arahan kepada nenda...

Nenda tarik muncung itik dia lagi sekali...jemarinya leka bermain-main dengan neck tie husband-to-be nya itu...

“Abang, janganlah marah ye kalau saya cakap ni...”

Doktor Adam memegang tangan nenda yang asyik memutar necktienya...maunya tak tercekik...dia melabuhkan punggung di sisi nenda...matanya menikam mata nenda...

“Ya, saya janji saya tak marah...tapi kalau awak tak cakap...jangan salahkan saya kalau hospital ni runtuh ye...”

Doktor Adam sempat lagi nak mengugut...

“La, ni kan hospital yang awak bina...awak lah yang tanggung...bukan saya...hahaha..”

Doktor Adam mencubit pipi nenda yang masih lagi mantap itu!! Tak payah guna botox...ambik air sembahyang aja...

“OK...macam ni cerita dia...”

Nenda pun menceritakan segala-galanya dari A-Z tentang plannya bersama cucu-cucunya untuk menyatukan balik keluarga mereka...Doktor Adam hanya menjadi pendengar yang setia...

Dia berasa amat senang dengan Tg. Nahariah...

Tengku Nahariah merupakan wanita yang berjaya mengisi kekosongan hatinya setelah menduda selama 10 tahun... 

Sekarang umurnya sudahpun mencecah 60 tahun...tapi tak salah kan nak kahwin? Tg. Nahariah baru berusia 58 tahun...ok apa tu...

“So? Boleh la ya abang? Tolong sayang ye...cakap aja apa-apa, asalkan Zafran tu akan dengar setiap benda yang saya cakap...please!!”

Nenda buat muka cute...Doktor Adam melepaskan keluhan...

“Benda ni langgar etika kedoktoran tau!”

Dia berkata-kata sambil memandang buah hatinya itu...

Nenda hanya sekadar mengangguk...

"Saya tau abang, tapi...sekali ni aja!!"
Nenda berkeras...memang kepala konkrit la!Padanlah Zafran pun degil...ikut mak dia rupanya...

“Kalau saya buat ni...awak janji kena kahwin dengan saya bulan ni jugak!”

Doktor Adam meletakkan syaratnya...nenda mengangguk bersetuju...

“I promise abang!! Saya discharge aja...kita kahwin! Nak kahwin lari pun boleh!”

Semangat nenda ni bila bab-bab kahwin...haih!

“Banyak lah awak tu! OK...saya nak berlakon ni...cium sikit!!”

Doktor Adam menghulurkan pipinya yang putih kemerahan itu...

“Banyak lah awak cium! Nikah dulu baru boleh...awak nak lebih daripada tu pun saya ready tau!”

Nenda tersipu malu...cover gedik betul!

Tergelak Doktor Adam dengan kata-kata Tg. Nahariah tersebut...

Doktor Adam bangun dan ingin keluar...tetapi dia menoleh kembali setelah nenda memanggilnya...

“MMUAAHH!! Buat bekal!! Berlakon elok-elok tau! Kalau tak jadi...no wedding!”

Nenda siap kasi flying kiss kat BF dia tu...waahh!! Tengku Adam menangkap flying kiss tersebut dan di bawa ke bibir...haha...

“I love you, sayang!”

Ucap Doktor Adam sambil menutup pintu....

~End of flashback~


Rayyan dan Zach memandang nenda mereka tanpa berkelip...

“SO? Faham dah?”

Suara mereka mengembalikan mereka ke alam realiti..

“NENDA!!Kami nak dapat datuk pun nenda tak cakap?”

Zach menjerit...lantang...Rayyan menekup mulut abangnya itu...Tak pandai nak simpan rahsia betul!

“Abang!! Senyap la!! Kita aja yang tahu sekarang ni!!”

Rayyan kasi warning kat Zach...Zach membetulkan tekaknya....

“Sorry...adrenalin terlebih tinggi tadi!”

Zach kembali memandang nenda...

“NENDA!! Kenapa tak cakap yang Dr tua yang macho tu bakal datuk kami!”

Rayyan pulak ulang soalan Zach tadi...Zach buat muka tak puas hati...ada hati dia nak curi soalan orang?

“La...kan nenda dah cakap tadi...hahaha...”

Tiba-tiba pintu terkuak...nenda buat-buat sakit balik...Rayyan dan Zach tersenyum setelah melihat Doktor Adam yang masuk...

Selamba badak aja Doktor tu duduk atas katil, tepi nenda, Badak pun tak ada seselamba tu tau! ...nenda pulak dah tumbuh miang dia...tak padan diri dah tua!

“Abang...cucu saya ada ni...malulah siket!”

Zach dan Rayyan memandang satu sama lain...biar betik nenda ni...manja tahap tak hengat!

“Releks la sayang...biar grandad guess...Rayyan dengan Zach?”

Rayyan dan Zach mengangguk teragak-agak...

‘Grandad?? pheewit!!’

Dahlah muka ada iras-iras Jalaludin Hassan...Handsome gak lah...secocok dengan nenda..

“So? OK tak kalau grandad kahwin dengan nenda kamu ni?”

Zach dan Rayyan tersipu-sipu...nenda dah blushing...

“Abang! Malulah siket...”

Perut Doktor Adam dicubitnya manja...

“Doc...I mean Gramps...Kami cucu yang paling cool...Saya boleh walikan kalau Grandad nak nikah sekarang!”

Nenda memukul tangan Zach yang lantan bersuara tersebut...

“Kamu ni Zach...dah teringin sangat nak manja-manja dengan datuk kamu ni...Abang ni pulak...siap bergrandad segala lagi! Ey! Mengada!”

Nenda tak puas hati tu...yelah...semua duk sakat dia...

“Nenda...nenda ni comel la, padanlah Grandad boleh sangkut! Dah Abang Ayiel....baik kita keluar...nenda nak dating tu!”

Berdekah-dekah ketawa...

dalam hati mereka...siap berjoget-joget lagi

'Yeye!! Dapat Grandad doktor!!Yeye!!'

“Bye nenda...Grandad!! Jangan nakal-nakal ye...”

Kata Rayyan sebelum menghilang di sebalik pintu...

“Nenda...ingat tau...orang yang ketiga adalah syaitan!! JIN-NOTTI tau!”

Zach buat lawak bodoh dia...famous sekejap jin Notti tu!

Zach cepat-ceoat menutup pintu....

“Esha, Mama...jom gerak! Esha...biar abang drive....adik dah ngantuk tu!”

Zach mengambil kunci dar Esha...Dia memeluk bahu Mamanya sambil berjalan ke tempat parkir...

Rayyan pula memegang tangan Esha kemas....kasih yang mendalam terjalin antara mereka...

‘Ya Allah...kekalkanlah keeratan anak-anakku ini, walaupun setelah pemergianku nanti’

Doa Lea dalam hati...entah dia masih boleh bertahan selama 6 bulan ataupun tidak, segala-galanya perancangan Allah...kun fayakun...maka terjadilah....kita sebagai umatnya, hanyalah boleh mendoakan yang terbaik!

7 comments:

  1. Angkat tangan kalau anda ada nenek sekool ni....huhu...besnya!!!

    ReplyDelete
  2. sy angkat kaki..hehe..best giler kalau dpt nenda cm tu..hmm, sweet je nenda ngn bf dia tu...best la awin..

    ReplyDelete
  3. gler la nenek! cool gler~~
    abang sayang tuu... jangan memain..
    caya la Awin.. anda berjaya membuat saya gelak walaupun otak dah beku kerana flu.. huhu

    ReplyDelete
  4. haha...kiwi yg paling bestnya...nenda angkat dia 2,,,hahaha...comel giler...kalaula zafran ngan Lea boleh jd g2...haih!

    ReplyDelete
  5. boleh x kat reaction tu nak tambah 1 item lg which is "tak cukup panjang, nak lg"...
    Bila bace crt ni mesti xsabar tgu next n3.. ksian Lea, sakit plak dia yerk.. tp mmg best giler r nenda n grandad tu... huargggg

    ReplyDelete
  6. betul²... kalau lah Lea dgn Zafran blh jadi bgini... kte stopkan treler yg sedang bergerak menuju ke rumah dia tu... hahaha XD

    ReplyDelete
  7. xleh blah punya nenek

    ReplyDelete