Friday, January 14, 2011

Im A LAdy...4



Si mat saleh celup tu tengah tenung aku, tanpa perasaan.
Padanla 'extra comfy' seat ni, aku tidur atas 'biceps' dia rupanya.


Topi GA aku entah dah ke mana?Jatuh bawah 'seat' kot? Tapi, yang hal topi ni tak apa lagi, maruah aku nak campak mana?Malu beb! Dahla aku memang syok gilerr tidur tadi...
huuu....I want my mommy!


Aku pandang balik mamat tadi...dia still duk tenung aku...tak puas hati la tu...kalau korang kat tempat aku, apa yang korang akan buat?

 A-ambil beg and lari pecut sebab flight dah landing.
 B-buat muka tak bersalah*muka kiutmiut*
 C-tanya dia "awak ada masalah ke tenung saya macam tu?"
 D-minum invisible potion dan *puff* hilang macam tu aje

Tapi, aku konfirm yang E paling banyak vote...ye...korang betul,aku yang salah...yelah...aku mintak maaf kat dia!


"Eherm,urmm...I`m so sorry,It never crossed my mind to lean on you"


...boleh pun suara aku yang serak-serak basah+garau 'apologize' kat orang ni.


Dia senyum kategori sinis.Tapi kan 'sweet' la dia ni...haha...anak sapa pulak ni IS kau pergi puji? Pantang tengok yang cun la kau ni IS!


"Tak apa, tak cramped pun muscles saya, oh! I am sorry too.."

Haa?Mamat...ko ngigau ke? Apa salah ko?Ke kau ada buat apa-apa tak senonoh masa aku tidur? Aku buat muka 'double confused'.Lagi satu,pandai pulak ber'BM' dia ni.


"HEY...don`t be too puzzled, short term memory betul awak ni, takpe...awak ingat kan masa mula-mula 'boarding' tadi? I called you SIR, I`m sorry for that...and now i know that you`re not a HE, it was my bad then!SORRY..."


Ternganga dua saat aku...budak ni memang baik atau aku yang 'overdosage' sekarang? Aku jadi 'blurr' kejap. 


'That guy' bangun dan menggalas beg dia, lalu laju melangkah ke pintu keluar kapal terbang.
Aku terkejut bila dia sempat lagi mengenyitkan mata ke arah aku before dia sempat keluar flight!

WAAARGHH!!Fobia aku...apa kes main kenyit-kenyit ni...tau la mata dia tu cantik!Tengok,anak 'homosapien' tu lagi aku puji...


ARRIVAL HALL

Luggage...luggage, di mana kamu luggage?Haa...tu dia!!
Aku lari macam tak cukup tanah untuk mendapatkan bagasi aku.Selepas selesai semua, barulah aku keluar...

Mana mereka ni? Eh...kenapa ek muka mamat tu 'familiar' gila?Eh...aku pernah nampak dia ni...la...si kembar aku rupanya...padanlah macam kenal...

Knitted hat di tangan disarung ke kepala.Rambut aku yang berwarna 'chesnut'  secara semula jadi di biarkan bebas.Ala,bukan panjang pun,paras bahu je...tak sempat nak buat haircut...troli di tolak ke arah Rayyan Firhan.


"ISYA?Adeq...is that you?"

Firhan tegur aku yang ada kat depan mata dia.RayBan dibuka...padanla adik sendiri pun tak cam...malam-malam buta pun ada hati nak pakai shades...


"Nggak si?Siapa adeq kamu...saya ke sini untuk bersiar kok...maafin ya..ternyata,kamu salah orang..."


Jom kita buat lawak dengan mamat skema ni...kita tengok apa reaction dia.


"Oo,maaf ya, saya ingatkan awak adik saya,muka awak macam muka adik saya..."


DUSHH!!Memang la dia ni L-U-R-U-S!!!
Ya Allah, aku dah tak tahan nak gelak dah ni...


"HAHAHAHAHAHA...hahaha" terduduk aku kat depan balai ketibaan ni...semua orang pandang aku...senang giler nak dapat publisiti murahan...


"Cik,awak OK ke ni?" Soalan si Firhan lagi membuatkan aku rasa nak guling-guling atas lantai KLIA ni...


"Rayyan Firhan...saya Nuriesya Dania, your T-W-I-N!!"


Aku cakap kat dia. Muka dia masih blurr...hahaha...sapa suruh kau jadi skema sangat?Mujurla perangai aje skema,personality tip-top,stylo!


"Dude! I`m your sister?Hello...ingat tak??...tak boleh nak kelentong siket!"


Haa...baru berubah riak muka dia...


"Oh? Betul la abang teka tadi? Why on earth did you lied to me? Isya ni,memang suka sangat sakat abang!"

'Abang?'eew...Firhan oi,kita beza beberapa saat aje...tak kuasa aku nak panggil kau abang...

Firhan peluk aku erat!Weyh!mana aci...dia lagi tinggi daripada aku...aku 169cm...dia ni dah macam 185cm aje...nak kena telan berbakul calci-yum lagi nampaknye kau ni IS!


'CHUPP!' Firhan kiss pipi aku...yucks!!
'saliva' dia dah berjaya aku lap...tahu la kau rindu aku FIRHAN, tapi janganlah buat muka aku ni kena kuman yang boleh menyebabkan jerawat!


"Firhan, mana papa?" Aku tanya dia...ye la..takkan dia ni yang drive kan? 


"Abang jawab kalau Isya panggil abang,A-B-A-N-G"

Amboi,nak bersyarat pulak dia...besar sangat ke mandat dia?Oh, aku lupa...wali aku ni....haha...kena respect siket kan...senang nak kahwin lari nanti...apa punya 'future-planning' kau ni IS...dasyat betul...


"Iyelah, Abang 'dearest'...papa mana?"
Aku buat muka *kiutmiut*...tak tau la macam mana rupanya...


"Ha,kan sedap abang dengar ,tu Isya,papa tengah buat 'tata' kat Isya"


Kenapa aku dengar lembut sangat bahasa Firhan ni?...meremang bulu telinga tau...tak sesuai la nak lembut-lmbut dengan aku,aku kan berlagak kasar.


Kami berdua menghampiri papa.Rindu seyh!


"Papa!" aku peluk papa...aku kan anak bapak!Si Firhan tu anak mak...bawah ketiak mama je masa kecik-kecik dulu..


"Dah besar panjang princess ni,tapi kan...kenapa papa nampak tak macam princess pun, macam prince charming adalah!"

Papa aku nie,dah perli ke nak puji?Aku suka kalau dapat jadi prince!!BEST...


"Thanks pa,memang IS tau IS charming...ni sayang papa lebih...Abang jangan jealous tau, papa puji adeq."


Aku sengaja buat 'blurr' dengan papa.Tu la,perli lagi aku dengan benda yang aku suka...kalaula dapat jadi prince charming macam cerita Rapunzel tu kan cun?...


'Aik,anak aku ni,aku perli dia boleh pulak dia kata aku puji dia?Mama...papa tak tau la macam mana nak ubah balik anak kita ni?Papa serah semua dekat mama yea...jangan marah yea mama...papa tak bolehla...papa tak terdaya...'

En.Mizan bermonolog sendirian...main lepas tangan yea?



"Pa?Pa?" Isya melambai tangannya di hadapan muka papanya.



"Ya,sayang?" tanya En.Mizan...cover malu...


"Bila kita nak balik? Ke nak pasang khemah kat depan ni?"

Isya tanya dengan muka toya...Firhan tengah sibuk ber'sms'...dengan ntahsapasapa...


"Oh...Abang tak cakap ke?" 

cakap?cakap apa?Suspens betul papa ni!


"Cakap apa pa?" tanya aku lagi...


"Cakap yang...haa...tu dia dah sampai..."
Papa memandang ke arah balai ketibaan.Kelihatan seorang lelaki sedang keluar membawa troli dan sedang menuju ke arah aku,papa dan Firhan.

"Welcome back,son!" 

Papa peluk jejaka itu...sapa dia ni?Dia ni bukan abang aku...abang aku ada kat US...
Hey MR. Strange Guy, who are you?...dah la sama macam Firhan,malam buta pun nak pakai shade...silau sangat ke cahaya bulan tu?Tak pun kan...


"Thanks, Ayah Mi..."
haa? Ayah Mi...dude,kau sapa? Kenapa aku tak kenal kau? Setahu aku, cousins aku aje yang panggil papa Ayah Mi.


"Hi Fir," la...buat handshake pulak Firhan dengan dia...


"Papa...sapa budak ni?"
Senyap-senyap aku tanya papa...


"Oh...lupa pulak papa, Isya...meet Farish Ikhwan...your cousin brother"

Okay,dah paham sekarang...


"IS..." ujarku
"Risy..." turn aku pulak 'shakehand' dengan dia...


Alangkah terkejutnya aku bila terperasankan baju merah dia,macam pernah nampak tapi di mana yea? Dan bila dia buka shades,memang aku kenal dia ni..hoooo...memang dunia ni kecik!


"So Isya, best tak tidur atas flight tadi?"  

urgh!Boleh si Risy ni tanya soalan maut tu? Papa dan Firhan menarik muka confused...sememangnya mereka tak tau satu 'clue' pun apa yang TELAH berlaku tadi.


Satu lagi, memang dia ni suka cakap spontan ek? Aku baru je nak lupa hal tu...terima kasihlah bebanyak *mat saleh celup* sebab ingatkan aku balik...blushing aku beb,bukan sebab malu tapi sebab panas!Aku paling tak suka orang ungkit balik!Kan aku dah mintak sorry tadi...balik naik lori la kau Farisy!


"OK...papa pergi ambik kereta..." papa pun berlalu...


"What did you guys know that I don`t know?"
Firhan pandang aku dan Farish dengan pandangan muka -korang-berdua-ni-memang-suspicious.


"Aku  clash dengan adik kau atas flight tadi" spontan jawapan Farisy.


"How?" Firhan tanya lagi...


"Adeq duduk tepi dia..." jawabku lurus...no belok-belok.


"...and she unintentionally slept on me..." Ketawa mereka berdua meletus.Apa yang lawak sangat?Firhan ni,tadi aku buat lawak antarabangsa tak pulak nak gelak...hal yang memang tak lucu kau pergi gelak pulak yea...short-circuit ke hapa kau ni Abang?


Sharp timing betul papa!Tanpa menghiraukan dua orang perosak alam tersebut yang tengah gelak sakan ,aku memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta dan cepat-cepat masuk ke dalam BMW 7th series papa.


Firhan duduk depan, dan 'bestfriend' dia menempel lagi sekali kat sebelah aku...OOOhhh...this will be another long journey!














 
 

3 comments:

  1. hehe..dah agak dah..mesti terslept on that guy..n tak sape sagka that guy rupenye cousin dia..haha..lawak2..penat rahangku asyik senyum je dr tadi..hehe

    ReplyDelete
  2. nice story...... usaha yang baik. walau bahasa campur aduk tapi still very interesting

    ReplyDelete