EE menggenyeh
matanya apabila dirasakan kereta sudah berhenti. Mata dibuka dan dia memandang
ke seat driver. Qays tengah tayang senyuman manis dia.
Hari ni, Christmas
holiday, dah Qays dengan hati yang gembira mengajak EE , mama dan papanya untuk
balik kampung. Nak ziarah tok wan katanya. Siap dengan adik Qays, Layla pun
ikut, sekali dengan Hud. Suami dia pergi outstation, so dia naik kereta dengan
mama dan papa.
“Dah sampai sleepy
head.”
Qays mengusap
kepala EE yang masih mamai itu. EE menegakkan seatnya. Amboi, macam dalam kapal
terbang dah dibuat BMW suami dia ni. Tidur tak ingat dunia. Siap mimpi dia
pergi lari dengan Abang Shah dia pun tau. Kesian dekat Qays kena tinggal
sorang-sorang.
“Sampai dah ya?
Cepat.”
Ee memberi komen.
Macam mana tak cepat adik manis, kau tidur je semedang, laki kau kat tepi tu
drive sampai kejang tengkuk.
“Cepatlah sebab
orang tu selamba je tidur. Sampai ke Venus dah kut.”
EE sengih saja.
Bukan Venus, tetapi Morocco, dengan Abang Shah. Itu sahaja yang pelik, kalau
dengan Qays mesti lagi seronok mimpi dia tu.
“ Long, buat apa
lagi tu. Tak mahu keluar ke?”
Layla yang sedang
mendukung Hud yang tengah lena itu mengetuk cermin kereta Qays. Layla siap
sengih gatal lagi, nak tease abang dia lah tu. Perangai tak macam mak budak
langsung.
“Ada je nak dengki
Layla ni. Dah sayang, jom turun. Beg tu nanti saja, Kovu angkatkan. Sayang
angkat si Byron dengan Cat.”
Qays berpesan. EE
angguk. Sukanya tak payah angkat beg. EE membuka pintu dan terkejut dengan
manusia yang ada dihadapan dia tu. Alahai, malaun ni pun ada sekali?
EE memandang
manusia di depan dia tu dengan mata yang mengecil, geram. Kalau dia ni ada
sekali, Qays tu memang tak berapa nak layan dia lah, dia kan gay buddy Qays.
Jogging pun sekali.
“Hello kakak? Apa
khabar kakak?”
Izz tayang muka
annoying dia. Tak sia-sia dia tarik muka simpati dengan Aunty Edzra dia sebab
nak ikut sekali mereka balik kampung. Alasan, dia bosan duduk rumah sebab mama
pergi Vietnam. EE pula tak sedar bila masa malaun Izz ni masuk kereta mak dan
ayah mertua dia tadi.
“Kau pun ada?
Terharu aku adik, rindu kat kakak ya?”
EE buat muka
selamba, soalan Izz tadi tak dijawab. EE buka pintu passenger seat di belakang
dan mencapai basket kucingnya itu.
“Rindu dekat Qays.
Tak rindu kat engkau. Lagipun, aku rindu angin kampung! Mama Era kata sini ada
dusun durian pun, kau ingat aku nak lepas chance?”
EE menepuk
kepalanya. Aunty dah jadi Mama Era? Ayoyo, memang muka tak tahu malu Izz ni.
“Hurm, apa-apa
sajalah. Malas nak layan kau. Ituha, nanti tolong abang ipar kau angkatkan beg.”
EE membuat muka
toya, Izz pun sama. Macam-macam karenah dua beradik ni. Mama Era dia pun
sporting, bagi Izz sewel ni tag along. Kovu, nanti jangan ditch EE sorang pulak
sebab nak layan si senget ni tau.
“Suruh aku angkat,
kau tu tak reti angkat?”
Izz bersuara dari
belakang. EE tunjuk muka big boss dekat adik dia.
“Aku dah sebulan
kahwin dengan Qays. Manalah tahu ada baby ke dalam ni? Not good for my health!”
Selamba EE
menjawab, tanpa memikirkan kesan dan akibat. Padahal saja je dia nak mainkan adik
dia. Tapi, mungkin juga pregnant, bestfriend tak jenguk lagi bulan ni. Ayoyo,
janganlah. Next week buka semester baru, kalau preggy, morning sickness segala
datang, mampus lah dia.
‘Eh tak adalah beb,
tak pregnant punya. Qays ada guna protection kan?’
Desis hati EE
seketika. Sebelum ni tak pernah terpikir pun pasal tu. Tapi hari tu ada dia
ternampak kotak Durex dalam laci undies dia. Ternampak je tau, lepas tu tak
cakap apa-apa. Wait, Durex ke Trojan ah?
Boleh pula pergi
pikir kut celah tu minah ni, Izz depan dia ni dah ternganga mendengar berita
itu.
“What? Aku dah
pesan awal-awal, jangan jadikan aku Uncle lagi! Korang ni, tak syok lah!”
Izz tarik muncung, EE masih tengah memikirkan
perihal protection tu. Minah otak kuningkan, memang macam ni. Qays yang
kebetulan menutup booth kereta itu memandang Izz yang muncung itu.
“Haih bro. Muncung
nampak? Gaduh ke dengan Eryna?”
Qays bertanya
selamba. Izz rasa macam nak hentak kaki pun ada. Qays ni pun, kenapa buat EE
pregnant awal-awal. Tak puas lagi dia nak kacau hidup kakak dia tu.
“EE ni ha, pregnant
pula!”
Izz mengadu macam
budak kecil. Qays ternganga. Come again? Pregnant?
Beg yang dipegang
Qays tadi terlepas ke tanah. EE yang tersedar adiknya telah cakap benda yang
bukan-bukan dengan suami dia itu pun terpempan. Alahai, orang main-main
sajalah. Saja je period ni, main cikucak pulak bulan ni.
Muka Qays pula
sudah bercahaya. Pregnant? Baby? Ayah?
“Sayang? Kita jadi
parents? Alhamdulillah.”
Qays menjerit riang
dan memeluk EE depan rumah tok wan dia tu. Habis sekampung tahu. EE pula sengih
jelah, tak tahu nak cakap apa. Mata dijegilkan pada Izz. Ada juga makan
pelangkung sat lagi.
“Love you sayang. A
baby...”
Serba salah EE dah
mari. Dia cuba melepaskan pelukan maut Qays.
“Kovu...EE tak...”
Namun, belum sempat
EE nak cakap, mereka diserbu oleh mama, papa, Layla, TokWan, semua sepupu
sepapak yang ada dekat situ. Even Hud pun terjaga dari tidur dia. Mulut EE
terkunci. Alamak, dah jadi macam the boy who called wolf dah ni. Qays nampak
happy sangat, macam mana dia nak cakap ni?
Disebabkan terdesak,
EE diam dahulu. Kemungkinan itu ada, tapi EE memang tak rasa dia pregnant. Esok
lusa datanglah tu.
Selepas scene di
depan rumah itu, semua pakat-pakat naik atas rumah. Rumah tok wan ni diperbuat
dari kayu jati tau. Sejuk saja rasa, nyaman. Sekeliling ada pokok.
“EE, nak tengok
monyet panjat pokok kelapa tak?”
Layla memanggil EE
yang sibuk menolong Umi Tok di dapur. Monyet panjat pokok? Nak!
“Umi tok. EE
tinggal sekejap ya?”
Umi Tok angguk.
“Kau tinggal saja,
kau datang sini bukan nak terperap kat dapur. Itu ha, mama kamu pun dah cukup
tolong Umi tok.”
Ee rasa nak
meloncat. Dia selamba pergi peluk Umi tok. Padanlah Tok Wan sayang sangat dekat
Umi tok dia ni, cool gitu.
“EE, kamu jangan
terkejut tengok monyet-monyet tu nanti. Handsome tau.”
Mama Era dia
mengacah. Kemudian Umi Tok, mama Era dan Layla tergelak serentak. Apa kes ah?
“Jom!”
Layla kemudiannya
menarik tangan EE ke belakang rumah.
“Oi, bukan yang tu.
Atas sikit, ha! Atas, atas!”
Dilihatnya tok wan
memberi arahan kepada monyet-monyet tersebut. Dua ekor monyet. EE mengecilkan
matanya sebab silau, dan dia mendongakkan kepalanya untuk melihat monyet itu.
“Tok wan latih
mereka ke?”
EE bertanya
selamba. Dia cabut spek dan mengelapnya, padanlah tak nampak apa-apa, ada kena
percikan halia yang ditumbuk tadi.
Tok wan hanya
tergelak.
“Cu, tengok
elok-elok. Beruk ke manusia tu?”
EE pakai balik
speks dan mulutnya ternganga. Dia pun rasa geli hati, melihat adik dia dan Qays
tengah potong daun kelapa itu. Alahai, macam beruk /monyet pun ada.
“Tok Wan! Kerengga!”
Izz terjerit. Qays
pula gelak dari pokok sebelah.
“Mangkuk, kerengga
pun kecoh. Man up la a bit, baru lelaki
namanya.”
Ejek Qays. Mereka
berdua ni, tak ada kerja dah ke pergi panjat pokok nyioq tu? Kalau jatuh mahu
patah tekak. Walaupun pokoknya agak renek, tapi masih merbahaya. Apalah budak
jantan dua ekoq ni.
“Oh, hye sayang!
Tak nak ambil gambar Kovu ke?”
Qays yang baru
sedar EE turut ada dibawah itu menegurnya. Peluh di dahi diseka, dah selesai ambil
daun nak buat ketupat. Entah Umi tok dia ni kena rasuk apa nak makan ketupat masa
Christmas. Tak logik pun ada, but what to do, One Malaysia apa. Tapi, dia pun
seronok sebab lama dah tak panjat pokok nyioq.
“Tak mahu! Kovu tak
handsome jadi beruk! Haha.”
Ee mengejek. Dia
menjelirkan lidahnya. Izz pula masih struggle dengan kerengga. Kesian dia, tak
ada orang pedulikan dia. Itulah, first timer panjat pokok nyoiq, kerengga pun
tak tahan. Eh, kerengga pun hinggap eh pada pokok kelapa? Ke semut api tu? Kalau
Izz kena sengat, memang sedap satu badan, menggaru macam beruk mak yeh dah
lepas ni.
“Tak handsome eh?
Siap orang tu bila orang ni turun.”
Qays berhati-hati
memanjat turun. EE tarik muka selamba. Siap? Memang dah siap pun.
“Woy? Qays! Tolong
aku bro!”
Izz yang terperasan
dia ditinggal Qays itu menjerit. Qays pula sudah selamat jejak tanah. Kepala
didongakkan, senyum mengejek ditarik.
“Bro, pandai naik,
pandai turun. Aku pun belajar sendiri dulu, kau pun kena macam tulah.”
Qays berkata tanpa
perasaan. Biorkan Izz tu, sekarang dia nak kejar EE ni. Ada ke kata Kovu tak
handsome panjat pokok.
“Uwargh! Tok Wan!!!”
Izz menjerit. Tok
Wan pula tarik sengih. Sama macam Qays.
“Take your time,
Cu. Tok wan tunggu kat bawah ni.”
Tok Wan kata dengan
sinis. Ambik hang, TokWan pun pandai speaking tau. Well he was trained under
the British Occupation dulu. No big deal.
Tok Wan menyalakan
cerutnya, dan memerhatikan Izz yang tengah struggle itu. Kesian pun ada, siapa
suruh panjat kalau tak tahu turun? Betul idak?
***
“Kovu! Kovu, sudah!Tak larat dah ni tahu.”
EE memegang
lututnya. Tercungap-cungap kena kejar dengan Qays ni.
“Fine! Tapi.
Tapi...tarik balik yang you I tak handsome tu.”
Qays pun tercungap.
Eh, bukan bini dia mengandung ke? Boleh pula main kejar-kejar macam tu sekali. Jatuh
mahu gugur tau.
“Okay. You handsome
sangat. Lagi-lagi bila panjat pokok.”
EE mengangkat
tangan dalam gaya surrender. Qays senyum lebar.
“I know right? Qays
memang handsome.”
Itudia, dah mari
kes syok sendiri lelaki ni.EE buat muka meluat. Tiba-tiba matanya memandang
pokok rambutan di hadapannya itu. Mak oi, merahnya buah. Yum!
“Abang handsome.
Petikkan rambutan? Terasa nak makan pula.”
EE minta dengan
muka simpati dia. Qays senyum, pinggang EE diraih. Untuk EE, pokok durian pun
dia sanggup panjat tau, tapi kena standbye helmet lah, baru selamat.
“Anything for my
love. Ni, sayang terasa nak makan ni, mengidam ke?”
Qays bertanya
selamba. Niatnak panjat dibatalkan apabila terlihat galah yang disandarkan pada
pokok itu. EE menggigt bibir. Qays perlu
tahu hal sebenar ni.
“Kovu, there’s no
baby yet. Tadi I saja cakap macam tu dekat Izz, geram sangat dengan dia tu.”
EE beralasan. Qays masih
fokus pada rambutan bini dia nak makan tu. Satu tangkai, dua tangkai, dapat
pun! Galah ditarik dan buah pun jatuh.
“ Maknanya tak ada
baby lah ni?”
EE geleng. Qays
mengeluh, kemudian senyum ditarik.
“Kovu marah ke?”
EE bertanya,
manalah tahu pakcik ni. Dulukan famous dengan baran dia tu.
“Marah? Kenapa
pula? Lega sikit adalah, kalau boleh, kita tunggu EE habis study dulu. Then
kita start a family. Sekarang kita enjoy dulu hidup berdua.”
Qays berkata
selamba. Sebiji rambutan dicapai dan dikoyakkan kulitnya. Kemudian dia
menyerahkan rambutan itu kepada EE. EE senyum.
“Thanks for
understanding me, Kovu.”
EE senyum ikhlas.
Qays mengenyitkan matanya.
“I love you Eryna,
so I kenalah understand you. Tak payah nak rush pasal anak ni, kita stabilkan
dulu rumahtangga kita, barulah healthy to receive a baby. Kalau ada rezeki,
InshaAllah, by the time you grad, you pakai maternity dress. Nak?”
EE tergelak. Naik stage
dengan perut memboyot?
“Amboi? Sengaja je
kan? Like you said, ada rezeki, adalah. But, do use your Durex for the time
being, last semester dah ni next sem.”
Qays gelak. Muka EE
sudah memerah.
“Someone went
through my drawer.”
Lagi merah muka EE.
“Orang nak susun
undies dia lah. Berterabur tau. Tak reti nak lipat.”
EE beralasan. Qays
lagi mengacah isteri dia tu.
“Kovu! Jangan gelak
lah, sumbat dengan rambutan ni baru tahu. Kasi tercekik.”
EE mengugut. Suka
sangat sakat dia, tak seronok tahu.
“Kalau sumbat
rambutan, tercekik dan mati, ada juga jadi janda orang tu.”
Qays jawab balik.
EE tarik muka nakal.
“So? Jadi janda,
kahwin lain!”
Selamba EE
menjawab. Qays pula terkaku. Muka dia serious.
“Ewah, ewah. Gatal betul,
suami awak hidup lagi tahu. Babab karang.”
Qays memberi
amaran. EE tayang muka innocent dia.
“Nak lagi,
koyakkan, sayang?”
EE cepat-cepat alih
topik. Dia menyuakan rambutan kepada Qays supaya dikoyakkan. Nak kasi dia cool
down. Kang menggelegak dekat sini, mana mahu campak? Qays mengambil rambutan,
dikoyakkan dan menyerahkan kembali kepada EE.
“ Tengok, Kovu juga
yang baik, EE ada koyakkan rambutan untuk Kovu?”
Qays terasa nak
manja-manja. EE senyum.
“Eh? Siapa nak
koyakkan? Koyaklah sendiri.”
EE mengacah Qays.
Kemudian mereka berdua gelak girang. Dah lupakan hal tercekik tadi, tak ada
guna nak ungkit-ungkit. Suami ada depan mata,sihat walafiat, bersyukur saja.
Selepas itu, mereka
kembali ke rumah. Khabar EE tak mengandung itu diberitahu, yang seronok adalah
Izz, yang lain semua agak terkilan. Tapi mereka cepat-cepat pulihkan keadaan,
cakap, kalau ada rezeki tu adalah anak. Lepas tu, mereka kembali menganyam
ketupat.
Haih, Christmas makan ketupat. Kau ada? Unik betulkan mereka semua ni.
Ketupat tu bukan untuk Aidilfitri sahaja tahu. Makanan saja pun.
*** Cat&Byron
‘Ish! By, apa ni?
Boleh tak jangan nak sendeng-sendeng dekat I? Rimas tahu.’
Cat yang tengah
syok duduk di tangga rumah itu rasa nak hempuk saja Byron ni. Kucing nak relaks
tahu, jangan kacau boleh.
‘Perche, amor mio?
Kenapa you nak elak I ni, love? I nak manja dengan you tau.’
Byron berkata
sambil menjilat kepala Cat. Cat mendengus.
‘ I tak nak manja
dah. You lah ni, buat I macam ni.’
Byron menggelengkan
kepalanya. Kenapa dengan Cat ni? Selalunya suka saja kalau dia nak bermanja. Hari
ni, Cat dah jadi Harimau. Garang semacam.
‘Buat you macam
apa? Dimmi, amore. Tell me.’
Byron bersabar saja
dengan Cat tu. Cat mengangkat punggungnya, dia membalikkan badannya, perut
mengadap ke atas.
‘See for yourself.
I dah gemuk tahu.’
Byron terkelu. Dia
menghampiri Cat. Wajah Byron bercahaya. Dia menghidu bau Cat, hurm, dah berubah
baunya. Kemudian, mata Byron menikam Cat, tajam dan dalam. Sehingga Cat pun
rasa terpukau.
‘Cara. You tak
gemuk. Instead...kita, kita bakal dapat kittens!’
Byron berkata
gembira. Cat ternganga, mak ai, aku mengandung ke? Gila cepat. Byron lah ni,
naughty sangat! Muka tak tahu malu.
‘Heh. Kittens? By,
I nak pengsan sekejap boleh?’
Cat berkata lalu
dia pitam di kaki Byron. Byron gelak, Cat ni pun, macam-macam karenah.
Seronoknya ada anak kucing lepas ni. Byron baring disebelah Cat, sebelah
kakinya memeluk Cat.
‘Thanks cara. Love
you. Pengsan lah lama mana you nak. I ada di sisi you.’
Byron berbisik di
telinga Cat. Minah gedik tu pula, gatal nak pitam. Sengal punya kucing.
*** dah balik rumah
dah
EE membelek
telefonnya. Aiseh, number siapa pulak ni? Macamlah owner number tu famous
sangat sampai dia nak kenal. Siapa tak bebal bila orang hantar message ‘Hi,
kenal saya tak?’ dekat fon. Ingat dia ni
nak sangat ke kenal-kenal ni. Pergi mampus lah.
Telefon diletak
kembali ke atas meja dan EE kembali menumpukan perhatian pada kaca TV. Malam ni
ada cerita horror pula dekat HBO, Devil’s Seed. Berani pula minah ni tengok
cerita seram sorang-sorang. Cik Abang Kovu dia kat mana?
EE mengambil bantal
dan cuba berlindung di sebaliknya. Tapi mata tu gatal lagi nak tengok scene
perempuan tu kena possessed dengan demon tu. Huih, minta jauh la benda macam
ni. Kita tak ganggu dia,dia pun janganlah duk ganggu kita.
EE yang khusyuk itu
tersentak apabila telefonnya berbunyi. Orang baru nak tengah feel, kacau mood
betul. Fon dicapai dan ‘Kovu’ terpampang di skrin.
“Yello?”
EE berkata selamba
sambil cuba fokus dekat TV. Macam-macam budakni.
“Waalaikum assalam.
Haih, salam tinggal mana sayang?”
Kan dah kena perli
dengan cik abang Kovu tu. EE tersengih sendiri. Lupa lah pula.
“Assalamualaikum
wahai cik abang Kovu sayang. Ada apa?”
EE cuba menahan
gelak. Seronok sekali-sekala buat macam ni. Dia pasti Qays yang ada di sebelah
talian tu pun tengah tahan gelak.
“Tak ada apa. Ini
ha, chicken wings you Kovu dah beli, nasi kukus pun ada ni. Nak ke tak?”
Itu sahaja ke sebab
telefon? Qays hari ni semangat nak pergi tapau chicken wings dekat kedai dia
suka sangat tu. Rajin pula. Macam tahu-tahu saja EE tak ada mood nak masak hari
ni.
“Hurm, nasi kukus?
Boleh sangat Kovu.”
EE sudah dapat
bayangkan nasi kukus tu depan mata dia. Yum! Lama tak pekena. Pandai Qays agak
dia mengidam nak nasi kukus.
“Alright. See you
later sayang. Assalamualaikum.Love you!”
Qays mematikan
talian. EE kembali memfokuskan perhatiannya pada kaca skrin. Ayoyo, part
perempuan tu kena you know what dengan demon tu. Seriau sangat. Kesian pun ada,
apalah teruk sangat nasib dia.
Namun, sekali lagi
fokus EE lari disebabkan telefonnya. Haila.
“Sayang! Nak apa
lagi ni?”
EE bertanya manja.
Tak perlu nak tengok number pun, Qays dia ni memang mengada.
“Haha, I sayang you
juga Eryna.”
Erk? EE cepat-cepat
tarik fon dari telinga dan meneliti nombor tersebut. Holy Quran, number tak
dikenali tadi lah. Bukan Qays! Ayoyo.
“Sorry, ingatkan
suami saya tadi. Ni siapa?”
EE bertanya. Dia
berdehem beberapa kali untuk hilangkan lenggok dari suara dia tadi. Tiba-tiba
termalu sendiri.
“Alahai, baru jumpa
dua hari lepas sudah lupa?”
Dia main tarik tali
pula. EE mengasah kembali mindanya, kelmarin ye? Siapa? Tiba-tiba tangannya
dinaikkan ke rahang dan dia teringat.
“Abang Shah?”
EE meneka. Suara
dihujung talian tergelak.
“Clever girl.”
EE tersenyum. Kalau
ada orang tengok, mungkin dirinya sudah dianggap gila, tengok cerita seram,
boleh pergi senyum. Putus fius hijau betul! Dengar suara cinta hati tak jadi
pun boleh senyum. Gila.
“Ada apa call
malam-malam ni abang?”
Shah tergelak
dihujung talian. EE sangat polos kadang-kadang. Kalau depan Shah ni, mesti
comel kan muka EE ketika ini.
“Saja. Ni, hari ni
dah berapa kali berus gigi?”
Shah memerli. EE
mendecitkan lidahnya. Ada pula tanya pasal berus gigi.
“Dua kali dah. Tak
sangka orang tu buat home call sebab nak check patients dia.”
Ingat EE tak boleh
perli? Spontan, EE mencapai hujung rambutnya dan memintal-mintal. Gatal lah
pula rasa.
“Abang call
patients yang special saja. Eryna... boleh abang tanya sesuatu?”
Shah kembali
serius. EE menelan liur.
“Tanyalah.EE cuba jawab.”
EE menarik nafas
dalam-dalam. Perhatiannya sudah bukan pada televisyen. Dia rasa dia tahu apa
Shah nak tanya, dan dia tidak ada jawapannya.
“Why did you marry
him? Eryna tahukan abang tunggu Eryna? I was just giving you time to grow up.”
EE menggigit bibir.
Kan betul apa yang dia sangkakan itu. Shah mesti akan tanya dia pasal kahwin tu.
Apa nak jawab ni.
“Abang. Kita lost
contact. And...”
Belum pun EE sempat
habiskan ayatnya, Shah sudah menjampuk.
“But I thought I
made it clear that I love you, sayang. Eryna tak ingat langsung ke pada abang?
I mailed you, called you, sent letters to you. But I got nothing as a reply.”
EE rasa serba
salah. Macam mana ni, kesian abang Shah. Apa kau dah buat EE. You gave him a
false hope.
“Abang, EE pindah
rumah, phone EE kena curi, dan email EE dah tukar. Zaman dulu mana ada
Facebook, kalau tak kita still together sekarang. Just anggap kita tiada jodoh,
please?”
Shah mendengus. EE
keliru. Qais yang baru masuk rumah tu pula terpempan. EE cakap dengan siapa tu?
Dia memberi salam pun sampai tak dengar, buka gril pun bikin tak tahu saja.
Khusyuk bebenor nampak.
“Tiada jodoh ya?
But I still love you Eryna. Macam mana tu? You hurt me, sayang.”
Shah dah masuk hal
sensitif pula. EE makin galak gigit bibir. Ee berkira-kira nak balas apa. Deep
down dalam hati dia, dia pun rasa dia masih sayangkan Shah, tapi Qays nak
campak mana pulak?
“I am sorry. EE...”
Shah mendengus.
Eryna ni, macam tak faham saja dia cintakan Eryna tu. Sepatutnya dia yang
kahwin dengan Eryna, bukan Qays.
“God, sayang...put
that phone down! I am hungry.”
Shah terasa
jantungnya berhenti apabila mendengar suara Qays didalam corong telefon. Siap
dengar Qays kiss EE lagi, rasa nak tumbuk muka orang je keadaan Shah sekarang.
“Dammit! Qays...I
will have my Eryna back. Tak kisah dia bekas engkau ke, apa ke, she will be
mine.”
Shah membaringkan
kepalanya ke atas katil. Gambar dia dengan EE sewaktu sekolah dulu ditatap
sayang.
“I love you Eryna,
Abang akan dapatkan balik sayang abang ni. Night love.”
Dan dia meletakkan
kembali gambar itu ke dalam laci, seterusnya memejamkan matanya. Eryna...oh
Eryna.
***
EE pula terkejut apabila menyedari Qays dibelakangnya itu. Mukanya pucat lesi. Qays dah balik, dia dengar ke apa yang diperbualkan tadi?
“Abang dah lapar
ni, makan jom?”
Qays mengajaknya ke
meja makan. Banyak juga yang dibeli. Qays menolongnya menyalin chicken wings ke
dalam pinggan.
“Muka pucat. Berani
pula tengok horror sorang-sorang.”
Qays mengeluarkan
statement kepada EE. EE tarik senyum . Dia menjilat bibirnya. Jantungnya masih
dalam mode overdrive,masih terkejut dengan sudden approach Qays tadi. Nasib
baik dia cepat-cepat matikan talian. Khusyuk berborak.
“Tak seram sangat
sebab tengah on phone.”
EE cepat-cepat
gigit bibir dia. God, terlepas pula.
Qays yang tengah
menyuap nasi itu terhenti. Dia memandang EE tajam.
“Siapa tadi? Abang
bagi salam pun Eryna tak jawab.”
Qays tarik muka
curious. EE antara dua, nak cakap ke nak simpan dulu. Nafas ditarik. Tipu sunat
nak jaga hati suami boleh tak?
“Urm, my long lost
friend.”
EE cakap senada.
Dia berdoa sangat agar Qays tak tanya lanjut perihal tu.
“Really? Padanlah borak
tak ingat dunia. Nama siapa?”
Mati kau EE. Nak tipu
ke? EE cepat-cepat cari idea nak lari. Ha, dia teringat pasal Cat.
“Forget that
person. EE ada berita, Cat is preggo! I nampak dia sengaja nak jauh dengan
Byron. Pastu perut dia pun dah besar sikit.”
EE lepas nafas
lega. Qays tarik muka. Masih tak dapat terima kenyataan Cat ada figure lelaki
lain selain Ayah dia ni.
“Haish. Byron tu
pun, sama miang dengan Cat. Dahlah, sayang. Makan nasi tu sebelum sejuk.”
Qays mengarahkan
EE. EE angguk, lalu meneruskan suapannya. Dalam hati, dia berdoa agar Qays tak
tahu yang dia dengan Shah tu saling
kenal sebelum ni. Harap-harap lah ada perempuan lain yang Shah sangkut, kesian
dia, EE tak sengaja nak lukakan hati dia.
♥
ReplyDeletebest!!!nk lg..hehe..
ReplyDeleteapa syah ni jahat..EE tetapkan hatimu pleaseeee...kovu tu makhluk tuhan yg paling baik dah...jgn terpesong :)
ReplyDeleteWaahh, best best! Suka yg part kucing tu. :)
ReplyDeleteKenapa EE, kenapa? Please jangan ubah fikiran nak pegi kat Shah tu no matter what happen. Go raiter, go! *sokongan padu* Hahah~
ReplyDeletethanks writer... NOOO!! Shah plis lupakan EE, cik writer tolong carikan girl lain kay kat si Shahzad ni..
ReplyDeletewish diorg cepat2 jadi mommy-daddy .. muehehehehhe
plizz stia pd yg satu ek EE..nk kovu je
ReplyDeleteEE patut berterus terang je dgn Qays who called her. Ini mesti ada masalah besar nanti. masalah yang boleh dielakkan sebenarnya. Harap sangat writer dapat buat watak EE walaupun gila-gila kebudak-budakan tetapi sangat matang dalam melayari rumahtangga. Banyak lagi cara lain nak olah konflik rumahtangga selain daripada gangguan org ke 3 atau pasangan berlaku curang. Saya ada kawan yang dah 10 tahun berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat, mcm-mcm couple tu kena lalui. Ada juga yg dapat suami yg bermasalah dgn keluarga sendiri sampai raya pun tak balik rumah his parents.
ReplyDeleteMasalah gangguan org ke 3 dan pasangan curang dah byk sgt, dah klise.
ainulrida: thx dear, noted. third wheel mmg bayak sangat, i am not gonna make orang ketiga kacau daun punya. like you said, cliche. this was just the intro to conflict, who knows, ni bukannya konflik sgt pun. thehe =D
ReplyDeletearhhhhg menci la syah ni .. thehell u syah hahahah
ReplyDelete