Sunday, January 16, 2011

KP vs KB 1

Ok ALL!!
Ni Cerpan ye...so cerita dia less than 10 episode la...
Komen ye...yang ni Maybe cliche la...B vs G kan? 
So...korang bece yea....

Ketua Pengawas VS Ketua Blok!!(KP vs KB)

PESANAN PENAJA:
Sebarang nama, tempat, bangunan...dan kejadian adalah rekaan semata-mata...tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati....




**************** 

 Tahun ni tahun akhir aku belajar di Kolej Putra ni. Lima tahun aku terperap kat dalam ni...macam-macam kenangan aku cipta....

Entah apa yang merasuk Mummy Z(PK Hem), dia telah melantik aku untuk menjadi Ketua Blok merangkap Ketua Asrama pelajar perempuan...Ketua Blok kolej ni ada 4 orang sahaja...Dua orang wakil Aspura...Dua orang lagi wakil Aspuri...

" Lin, ni bancian pelajar perempuan Blok D yang nak outing esok..."


Aku mengambil kertas A4 yang dihulurkan oleh Kat, nama sebenar...Katrina...


Weyh!korang ni...dia ni bukan Katrina Kaif yang berlakon cerita Hindustan tu tau!


"Okay...nanti kau teman aku jumpa Mummy Z yea..." 
kataku kepada Kat sambil menyimpan kertas tadi di dalam fail...


"Kau ada hal apa dengan Mak Angkat KP 'tercinta' kau tu?"
Tanya Kat lagi...


"Aku nak report pasal perangai anak angkat dia yang tak-berapa-nak-berguna tu!  Kali ni kan Kat, memang si KP tu dah melebih tau! Ada ke patut? Masa board meeting dengan HEM dan warden haritue, dia bodek mak angkat dia, dia stress supaya semua kamar 'lights off' pukul 11.30 malam! Apa ke bangang sangat!"


Hoho...maaf ye aku berkasar bahasa...tapi memang aku KO dengan makhluk sorang tu,tau! Dari aku Form 1 lagi! Memang tak sebulu!


Setakat ni lah, dia sorang je yang aku iktiraf menjadi musuh ketat aku kat sekolah ni! Dasar KP berlagak!


'Varnish! Kau memang bikin gua panas!'


Kikiki...nama kau cantik KP...Danish tu...tapi bila kau cari pasal dengan aku...tak pepasal nama kau jadi sama dengan detergen tu! Huahuahua...memang padan muka kau!


"Weyh! Memang la si Danish tue...Lin, aku taula dia genius... tak payah nak revise pun tak apa...tapi at least fikirkan orang lain!"


Ohoho...nampaknya bukan aku sorang aje yang tak puas hati...Kat pun sama!


Haih! Si KP tu kan...semua perkara dalam sekolah pun dia nak menyebok...biar bukan dalam bidang kuasa dia pun! Besar sangat ke mandat dia??? 


Dah berjuta kali aku kasi warning kat dia...


**"Kan aku dah kata...kau jangan campur tangan hal Asrama! Kau ni memang tak paham ek ayat semudah tu?"

*tu ayat yang biasa aku guna against dia...dia pulak akan jawab...

**" Aku bertindak mengikut arahan HEM dan Pengetua...bukannya orang bawahan aku!Kau tu just jaga blok...Blok ASPURI sa-ha-ja...Aku? Organisasi aku yang jaga semua hal-ehwal pelajar dan akademik student kat sini! Dah-dah...pegi men jejauh...berbulu mata aku tengok kau ni...macam kucing kurap!"


* Boleh tahan nak kasi pelempang kan ayat Varnish tu! Kalau aku jadi JEBON...ish2...silap sebut...JAMES BOND, 007 tu...aku akan letupkan kepala KP ni dulu! Barulah dunia aku kekal 'Peace! No War'...


"Ala Lin...aku tak ingat la yang Teacher Nas nak jumpa...tak dapat aku teman kau petang ni...kau ok kan?"


Si Kat ni...dah nyanyuk la pulak...banyak sangat kot kerja...yalah...PRS pun dia Pembantu aku pun dia...


"Aku takpe...kau doakan ajalah yang Mummy Z tarik balik pasal 'lights off' tue..."


Aku pun berdebar ni...Mummy Z ni ikut mood...kalau kena angin dia, senang kerja aku...tapi kalau dah macam taufan Katrina tu...hampeh la harapan yang aku bawak ni...eh, Famous jugak ye nama si Kat ni...sampai taufan pun letak nama dia...


~bilik Hem


Pintu bilik Mummy Z terbuka luas...dengan langkah kaki kanan, aku mengetuk pintu...


"Ha, panjang umur kamu Amalin, saya baru je tengah bincang pasal "lights off awal tu dengan Danish ni...duduklah!"


Danish jeling tengok aku...Hei Varnish ni!...aku sumpah biar jadi juling seumur hidup baru tau!


"So, as I was saying just now...memang kita perlu awalkan masa untuk 'lights off'...Cikgu sendiri report kat Biro akademik yang ramai murid jadi General kat dalam kelas, *cikgu tengah mengajar, mereka dah terjenera...ada tu siap berzikir segala...tersengguk-sengguk...so, mereka perlu tidur lebih awal...BTW Hem, Pengetua sendiri cakap kan that everything begins from the HOSTEL..."

Danish meneruskan perbincangan yang tertunda tadi.


Aku pandang dia dengan tajam...rasa macam nak jadi Cyclops dalam X-Men aja...Kasi rentung mamat sabun ni!
Sengaja nak provoke aku punya bidang tugas! BENCINYA!!!


"Amalin, saya nak malam ni jugak benda ni kena dijalankan...Awak cakap kat  Ashraff, Katrina, dan Fared yea...ni dah muktamad dah ye..."


'Sedap' aja degar arahan Hem tu...terima kasih yea En.Danish sayang, KAU DAH HANCURKAN revision time kami! Mana cukup nak hidup dengan waktu prep aja! Homework lagi, Duty lagi...

"Oh iya...awak ke sini sebenarnya untuk apa?" Hem tanya...

'Saya sebenarnya nak mintak batalkan arahan lights off tu'
Boleh tak kalau aku cakap cam tu? Boleh...boleh bla...

Aku kenal sangat HEM ni...kalu dia cakap hitam, maka hitamlah...and vice versa...no more pujuk-rayu whatsoever! 

"Oh, saya just nak serahkan nama pelajar yang nak outing esok."

Kelentong ajalah...tapi...memang benda tu kena serahkan pun...HEM nak buat rekod...takut ada budak yang 'fly'..

"Ramai ke yang nak outing esok?" Hem tanya sambil mengambil borang dari tangan aku...

"Boleh tahan ramai jugak,Hem.."
Orang dah tanya kan? Aku jawab ajela...

"OKlah macam tu...awak berdua boleh bersurai, saya pun nak balik dah ni.."

Aku bangun. Menonong aja aku menuju ke pintu...

"Ish tepilah!Kasi aku keluar dulu!"
Sebuk betul sabun ni!Bla la weyh! Aku sepak sampai planet pluto baru tau!

"Aku ketua, aku yang kena keluar dulu!"

Macam budak-budak...Hem yang tengok hanya menggeleng kepala...dah lama dia tahu pasal betapa anti-nya aku dengan KP ni!

Dengan sedaya upaya...aku berjaya meloloskan diri aku...all thanks to this slim waist of mine! Tak membazir aku diet selama ni...ecece...
Tapi...ada satu lagi perkara yang belum selesai...

"OH Sayaaangg...banyak jugak duit awak ni yea?" Aku menunjukkan dompet yang berjaya aku cekup dari poket KP nie masa tengah berebut pintu...hahaha...

"WOI! Give-my-wallet-back!"

O-ooo...ada orang berasap la...

"U want it, take it!"

Aku sengaja menjatuhkan wallet dia di depan kaki aku...

"Kau ni perempuan!"

"YA! Memang aku perempuan! Kenapa? Ambil jelah dompet kau tu!" Aku dah jadi berang.

Dia menghampiri aku...muka dia pun ternyata marah dan tak puas hati...
"Fine, kau tak nak melutut, tak apa...aku ada idea lebih bagus!"

Aku terus aja meluru ke arah dia dan...

"URGHHHH!! Psycho punya KB! Gelap masa depan aku!"

Aku terus berlari ke BLOK..memang sakit la...kuat penangan aku kat celah kangkang dia...tapi, aku rasa puas hati siket...

Penangan itu hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan apa yang dia buat kat aku masa aku Form 3...aku masih ingat...Lelaki tak guna!



 















3 comments: