Sunday, July 7, 2013

K.I.A.H - BAB 11





Jemarinya yang runcing dilarikan di atas kepala. Rambut yang tadinya kemas tersisir sudah kusut masai. Cawan kopi di atas meja di pusing-pusing. Dari tadi menunggu, sudah tiga cawan kopi pekat tanpa gula ditelannya. Benarlah orang kata, kalau dah hancur hati tu, kopi yang pahit pun dah tak rasa pahit.


“Lama tunggu?”


Jaz memberanikan diri untuk menegur Kay yang sedang mengelamun di meja bulat itu. Kay mengangkat kepalanya sekilas lalu kembali menekur ke permukaan meja. Mukanya kelat, macam kopi yang diminumnya itu.  


Jaz, kau jangan haraplah orang nak senyum pada kau selepas kau minta putus. In your dreams!


Kay menggaru dahinya yang tidak gatal itu. Jemari yang tadi rancak mengusik cawan kopi sudah berhenti setelah ditegur Jaz. Tangannya disilangkan ke dada. Matanya tajam menikam wajah wanita yang sudah duduk berhadapan dengan dia itu.


Dalam hati Kay, entah berapa kali Jaz ini dikutuk-kutuk. Bukan setakat kutuk, siap ditikam-tikam lagi dengan pisau. Tapi, itu hanyalah di dalam minda Kay.


“Maaf I lewat,  tunggu beg tadi. Ramai pula orang hari ni,”


Jaz berkata sambil menarik sebuah senyuman terpaksa ke arah lelaki di hadapannya itu. Kay masih lagi menjadi patung di tempatnya. Dia datang untuk memberi peluang Jaz menjelaskan dirinya, bukan datang saja-saja nak buat rombongan cik Kiah di lapangan terbang ni.


Skip the reasoning Jaz, shoot straight to the point.Why?”


Kay berkata malas. Jaz bersandar pada kerusi. Tangannya yang tiba-tiba basah dengan peluh itu dilapkan pada paha. Siapa tak gementar apabila Khayrel Reza tayang muka serius dia. Dan, Jaz sedar, isu yang dia ingin ketengahkan ini juga serius. Juga memang layak Kay tarik muka dengan dia. Dia juga yang gatal nak minta putus kan?


“Kita putus.”


Dua patah perkataan dari mulut Jaz yang berjaya menikam tepat pada dada Kay. Gigi Kay diketap-ketap. Ish Jaz ni, aku buat belacan baru tahu.


“ I tahu yang itu. Tak perlu ulang benda yang you dah bagitahu. Soalan I sekarang ni,Cik Jezamine, adalah,  kenapa you nak putus? Sedar tak yang kita ni dah nak kahwin? Kita dah bertunang dah dekat setahun. You kena sampuk apa  semasa mission tu?”


Senada, Kay bersuara. Tak ada masa ingin membuat public scene. Tenang Kay, tenang.


Jaz pula menggigit bibir bawahnya. Mata menekur meja, tidak berani untuk melihat kehancuran hati lelaki yang dia pernah sayang, pernah dan masih sayang. Tapi, kalau sayang sahaja tidak ke mana, bukan?


Jaz melepaskan keluhan yang berat. Bibir yang kering dibasahkan sebelum dia berkata-kata.


“Alasan I nak bagi ni tak konkrit Kay. Tapi I rasa kalau kita kahwin, I takkan bahagia.”


Kay setia mendengar. Badannya ditegakkan.


Define  your term ‘bahagia’.”


Jaz memandang Kay sekilas sebelum menyambung ayatnya. Seram pula bila riak muka Kay ni tenang semacam saja. Tenang tapi serius. Kalau tunang orang lain sudah melenting kerusi bangku agaknya, tetapi Kay masih memberi peluang untuk Jaz bersuara. Haih Jaz, kau pasti takkan menyesal ni? Jangan lepas ni nak balik pada Kay sudah ya.


“Bahagia... macam kita mula-mula kenal dulu. Cakap aja pasal you I dah tak fikir dua kali dah. Terus I ikut apa you suruh I buat. Setiap kali I pandang you, rasa macam ada butterflies  fluttering in my tummy. But sadly, I dah tak rasa macam tu, Kay. You are just too...realistic. I want to spend my life with someone romantic, macam Benji. Kalau dulu, you ajak kahwin pun memang I setuju terus, tapi ingat tak apa yang I buat masa sebelum I fly? I jadi was-was. I don’t feel that I want to spend my lifetime with you anymore.


Kay mendengus. Memang alasan  tak konkrit langsung. Betul ke depan dia ni doktor? Budak darjah enam pun pandai bagi alasan lain kalau nak break up. I don’t want to spend my lifetime with you konon! Dulu kalau dia merajuk siapa yang pujuk? Aku. Dia sakit siapa layan karenah dia? Aku. Dia nak beli belah, siapa yang teman? Aku jugak. Tak cukup romantik ke tu? Perlukah romantik itu diklasifikasikan hanya kepada cabang-cabang seperti bagi bunga, makan malam candlelight, jalan-jalan tepi pantai? Tak realistik lah benda tu!


“Bukan nak kata lah kan, Jaz. Kalau romantik 24 jam, I  nak bagi makan anak bini nanti apa? Makan kertas? Seriously I do not do romantic gestures. Dari awal lagi kan I dah cakap dulu, don’t take me the same as your past boyfriends, sebab I ni memang jenis praktikal. I am not the mushy type of guy who lure women with stupid gestures like giving flowers, perfumes, chocolates. You nak semua tu, lain kali mintak! I boleh saja bagi.”


 Masih selamba. Memang iya pun, bagi Khayrel, kalau dah sayang tu dan kalau dah cakap ‘I love you’ maka tak perlu lagi untuk beri segala jenis benda itu. Tapi bagi perempuan yang jenis Jaz ni, kalau dah sayang tu silalah tunjukkan. Actions speaks louder than words. Tuan badan saja kacak, tetapi tak romantis tak guna juga.


Well you know what, Kay. This woman loves that stupid gestures. This woman feels unbearable when her friends get all those stuffs for birthdays while she got nothing but a lame phone call from a lame fiancee!”


Jaz meninggikan suaranya. Sudah tidak tahan dengan gelagat tenang Khayrel Reza itu. Apa dia ingat dia betul lah? Lame gestures konon, lelaki orang lain boleh saja? Dia ni saja yang tak boleh. Menyesal tinggalkan Benji untuk si dia ni. Ah...Benjamin. Yang itu lagi satu, macam mana nak pikat balik hati lelaki yang dia telah hancurkan dulu? Memang karma sekarma karmanya.


Dia tinggal Benji yang sangat baik dan sangatlah menepati  citarasanya untuk Kay sebab dia ingatkan Kay lagi okay berbanding Benji. Tapi nampaknya, hati dia masih pada Benji. Tiga tahun dia bersama-sama dengan Kay telah membutakan matanya, sehinggakan dia kabur dan tersalah anggap perasaannya pada Kay. Benar, kalau dia betul-betul cintakan Kay, kenapa dia masih membuat perbandingan antara Kay dengan Benji. Nampak sangat yang dia masih sayangkan Benji.


“Kalau lame  kenapa dulu gembira saja? Kenapa tak cakap dari dulu? Kenapa baru sekarang nak ungkit semua benda tu? God Jaz, you are so childish! Apa masalah perempuan ni sebenarnya? Semua benda nak romantik. Korang ni banyak telan novel cinta agaknya. Hish. Kalau  I nak romantik kan, I jadi Romeo lah. Bukan doktor kanak-kanak!!”


Pedas ayat-ayat Kay. Ketenangan dan kesabaran semakin menipis. Semua orang ada tahap masing-masing. Sekejap lagi nampaknya ada lah gunung berapi ni meletup. Ada ke orang bagi alasan yang sangat tak munasabah macam tu untuk minta putus tunang? Jaz saja kut. Iyalah, kalau dah tak nak tu, semua benda tak logik pun boleh dijadikan alasan, asalkan jelas mengatakan dia tak nak kahwin dengan Kay. Tak sangka ya, cinta boleh dipermainkan sebegitu sekali.


Sekejap cakap sayang, dua minit lepas tu cakap lain pula. Apa dia ingat dia tinggalkan Kay, si Benjamin itu nak terima dia balik? Jaz oh Jaz...


“Fine! Okay I nak tanya you pulak ni. Kalau ada orang tembak I, you sanggup tak take the bullet for me?”


Kay pandang Jaz kecil besar sahaja. Dia ni nak melencong sebelah mana pulak ni? Memang minah ni saiko agaknya? Ke dia sawan kat Syria tu?
Kay mendengus. Tangan ditongkatkan ke meja dan wajah Jaz dipandang bosan. Memang, dia rasakan dirinya dipermainkan. Cintakan jaz bagai nak rak, tapi tup tup dia dibandingkan dengan Benjamin, bekas pakwe dia.


“Ni dari highway utara selatan tiba-tiba nak tukar highway timur barat ni kenapa pulak? Oh, lupa. Kalau dah memang tak nak tu, by hook or crook you nak buat I terima juga lah kan alasan haprak you tu, Jaz? Okay fine! Dengar sini I jawab. No, I takkan ambil that bullet for you, Jaz. Kenapa? Sebab dalam hidup ni, kita tak boleh  percayakan orang lain lebih dari kita percayakan diri kita. Semua orang ada survival instinct.  You yang cari nahas suruh orang tembak you, you selamatkanlah diri sendiri. I pun bukannya polis nak ada baju kalis peluru bagai. Benda tu semuanya takdir, kalau dah you mati, you mati je lah. Apa-apa pun, life must go on. Puas?”


Kay membalas geram. Jaz mengetap bibir. Kan dah cakap, Kay ni sangatlah... hish, tak ada perkataan yang boleh  menggambarkan Kay ketika itu. Jaz dari berdebar terus menjadi geram. Memang betul keputusan yang dia buat untuk memutuskan tunang dengan Kay, lantaklah, alasan logik ke tidak logik. Mungkin orang macam Kay ni, boleh saja hidup tanpa perempuan.


“Okay then. Dah memang terang-terang alasan I tak logik, tapi you dah terima kan the fact that I want to end all these....thingy between us?”

Jaz bertanya lagi sambil memandang Kay tanpa perasaan. Dia semenjak mendengar sahaja jawapan Kay tadi terus terkambus perasaan kesian nak tinggalkan Kay. Hish, malang siapa dapat lelaki macam Kay ni. Jauh sekali kalau dibandingkan dengan Bruno Mars. Memang tak adalah kay nak pergi menyanyikan lagu When I was your man setelah Jaz tinggalkan dia selepas ni.


“Nak tak nak kena terima lah. Dah orang tak mahukan kita, kita pun tak terdesak la. Anyways, all the best lah Jaz. Semoga you tak buat macam ni pulak dengan Benjamin tu. Itupun, kalau dia nak kan you balik lah.”


“Eh, wedding date tu macam mana?”


Jaz bertanya tiba-tiba. Dia tak kisah kalau Kay nak canang apa-pun tentang dia kepada mama Zu. Tapi dia tahu, Kay ni bukan jenis bawa mulut nak memburukkan orang. Dan, memang dari hari tu kan dia cakap sama Kay yang dia tak sedia nak kahwin, tetapi Kay masih degil nak jugak kahwin, itu pun tunda sedikit saja dari tarikh sebenar.


“Pandai-pandai lah mama I buat apa yang patut. I just do not care any longer.”


Dan dengan itu, Kay bangkit meninggalkan Jaz yang termangu sendirian di Coffee Beans itu.


Memang lepas ni, jangan harap Kay nak jatuh cinta. Seram! Kalau semua gadis sama otak macam Jaz sawan tu, mahu niaya hidup dia. Asyik kena banding dengan lelaki lain yang pandai ber-romantika de amor dengan material. Heh. The lamest woman ever known to Khayrel Reza goes to Miss Jezamine Abdul Rafar!


***


Badan disandarkan pada kerusi kereta. Pendingin hawa diletakkan pada suhu paling minima. Punat mp3 player ditekan. Serentak itu, macam kena sahaja dengan situasi Kay, Nazareth menyanyikan lagi Love Hurts itu.


Love hurts, love scars
Love wounds, and marks
Any heart, not tough
Or strong enough


Sekarang, dah tak ada lagi Jaz-Kay, Kay Jaz. Sekarang, Kay sudah kembali solo. Cincin tunang pun dia tak minta balik dari Jaz tadi. Lupa. Dia melarikan diri dari Jaz. Sudah tidak mampu mendengar alasan yang tidak munasabah yang keluar dari mulut wanita yang sangat dicintainya itu. Sangat –sangat dicintainya. Wajahnya diraup kasar. Matanya berair.


Tadi, hati ditabahkan sahaja depan Jaz, dah orang tak mahukan kita, kita tak perlu terhegeh-hegeh. Kalau Jaz memang tak suka dia yang tak romantis ni, yang tak pernah nak bagi hadiah, bunga apa-apa yang selalunya lelaki bagi pada tunang dia, maka dia sanggup lepaskan Jaz dari menjadi seseorang yang hipokrit. Bagi dia, cinta bukan pada material, tetapi pada hati dan perasaan. Kalau kita dah sayang orang tu, kita ambil kisah, ambil berat dan jaga orang tu macam jaga gelas kaca. Tapi apakan daya, semua itu pun tak cukup lagi untuk Jaz.


To take a lot of pain
Take a lot of pain
Love is like a cloud
Holds a lot of rain

Love hurts
Love hurts


“Damn right. Love hurts! Jangan harap aku nak lovey dovey dah lepas ni. Ingat aku ni tukang kebun ke nak bagi dia bunga? Ingat aku ni ada telaga  perfume ke nak bagi dia perfume? My foot!”


oooh oooh love hurts....




P/S :  And with that...Jaz is out of the picture. Lame right? Reaaaallly lame. I am seriously a noob in making conflict works. Siapa ada idea lagi bagus untuk reasoning Jaz, silalah contribute. You are always invoted to give ideas. So for the time being, this is it keputusan Jaz , and Kay terima jelah. Orang tak mahu, kita tak terhegeh. Kalau korang ada idea yang super bernas, just PM me. Thehee. Hope you enjoyed reading. Later, we will focus on who is this real Khayrel Reza.

and Yeah, thanks a lot Shiro! and Ina chan and Moon and kak Shahidah and also you readers for waiting a looooong time for this entry. So very sorry kalau korang tak puas hati for this lame excuse of an entry this time round.







17 comments:

  1. Satisfiedddd.. btl la tu winnn.. klu hati da kering, xromantik pn jd point... theres no word 'Luv me tender'.. thanx yang...akk sukaaa.. ekkeke.. -kak shahidah-

    ReplyDelete
  2. haaaaa, lega sikit. thanks akak!

    ReplyDelete
  3. (Y)

    hahaha! mana ada worst? okey la. good job! siap cepat2 tau.

    ReplyDelete
  4. Okey jer ni... Apepun ganbatte !! (y)

    ReplyDelete
  5. Bile ati dh xsuke sume pon nk bruk kan..xromantik laa x itu x ini...3 taun brsame oky je sblum nie kan...hehe...

    ReplyDelete
  6. I think it's ok. Klu conflict sgt nanti bederet2. Like Kay, saya pon nak move on dri Jaz-Kay cz it's time for Kay-Kiah-Benji story! Mcm mana ek c Kay yg tak nak cintan cintun tu falll for Kiah? That'll b interesting to unravel!

    ReplyDelete
  7. Yeah!!!! It's Cik Kiah's time! Cik Kiah, dah blh tackle uncle Long...yeay!

    ReplyDelete
  8. Time to temukan Kiah n Kay nice name K&K ....

    Pleaseeeee jgn lama lama windu ooooo... tahan je hati nak tanya lebeh lebeh tau orang tu sebuk study. ....

    ReplyDelete
  9. ok what,xde terrrrrrrlmpau cnflict sesgt...
    but sy suke yg "take the bullet for me...." hahahaha serius klakar ngn jwpan KAY....
    bkn ade bju kalis peluru 2....
    u mmg sempoi la cik shamein...
    ~~ZQ~~

    ReplyDelete
  10. ooh sis...cepat2 la continue this story.. lame da tggu next episode... love so much KIAH nie..

    ReplyDelete
  11. dear writer..
    i hope benji X KAN pilih Jaz..
    biarlah benji ngn org lain yg lebih matured.. benji deserve someone better..
    and off course.. cik kiah mestilah ngan uncle Long... yippiee!

    thank you and please update more.. he3

    m.a~

    ReplyDelete
  12. big apple feveretJuly 8, 2013 at 6:08 PM

    hate jaz..! harap benji buat pilihan yang betul.. choose kiah. nmpak sweet both of them together.. :) *big smile sengih2..
    hahahaha
    shamien.. cepat2 next n3..

    ReplyDelete
  13. Okey apa..mmg tipikal guy mcm kay mmg ada..tp diorang setia...tp jaz buat keputusan agak mendadak kot..tp saya mmg suka cerita ni..lama jgk nak tggu sambungannya...

    ReplyDelete
  14. oh tak sangka. rupanya jaz-ben dan kiah-kay. so unbelievable!

    ReplyDelete
  15. kesian jaz ... hehehe ... so lame .. ;)
    keep up the good work dik .... dah tak sabar2 dah ni

    ~ ai_sha ~

    ReplyDelete
  16. cite ni makan bulan nak update..tapi bila dah update x der plak part KIAH...urggg i want kiah pleaseee...kali ni nak support kay plak :D hehehe

    ReplyDelete
  17. thx for the comments guys, Anonymous : no worries dear, next one shall be abundant with Kiah's charm.

    ReplyDelete