Jarinya mencapai I-pod di atas meja lalu di
sambungkan ke home stereo itu.
Kemudian, dia mencapai pengelap mikrofiber itu lalu menyarungkan pada tangan
kanannya. Zaman sekarang ni sudah tidak memerlukan khidmat napkin buruk kalau
nak lap apa-apa permukaan. Gunalah pengelap mikrofiber, 99.9 peratus permukaan akan
bebas debu selepas penggunaan.
Kiah tersenyum apabila lagu kegemaran
bergema di stereo. Aku nampak aje jambu,tapi
jiwa ni rock okay! Lagipun, kalau layan Paul Anka semasa buat kerja rumah,
jangan harap nak cepat siaplah, makin tambah feel adalah! The more delayed
it will be, sebab, aku ni kan
sangatlah jiwang kalau bab cintan-cintun ni.
“Mental
wounds not heaaaaaaling, life’s a bitter shaaaame;”
Kiah mengikut rentak Ozzy Osbourne yang
berkumandang di stereo itu. Ditarik sepanjang mungkin, terlebih harakat pun iya
juga minah ni.
“Oih,
I’m going off the rails on a crazy train!!”
Kiah makin galak. Tangan juga makin laju
berlari di atas permukaan TV Flatscreen
itu. Debu, debu dan debu. Nyah engkau dari sini. Jangan berani tunjuk diri kau
depan aku lagi! Yee-ha!
Selepas itu, dia beralih pula pada bawah
sofa. Dah namanya nak kemas rumah, oleh itu, kenalah kemas betul-betul.Adoilah,bawah
sofa ni, macam-macam ada, kalah Astro tu. Entah-entah, tulang-temulang spesies Tyranosaurus Rex yang mati berabad-abad
tu pun ada di bawah kusyen sofa ni.
“Ish, mama ni pun, novel dia bersepah. Eh, apa
ni?”
Kiah terhenti membebel apabila tangannya
terjumpa sesuatu keras dan empat segi dari bawah sofa itu. Tangan mengelap permukaan
benda solid itu lalu tersenyum lebar.
“ Wah,
tak sangka nama aku pun ada orang buat novel, right on babe. Tajuk dia memang awesome, Cik Author yang awesome,
memang semua orang panggil saya Kiah instead
of nama saya yang berjela itu! Thanks sebab buat nama saya famous.”
Kiah mengutip novel Panggil Aku Kiah oleh
Liza Nur dari bawah sofa lalu ditelitinya lagi. Harga dia RM18.90, silalah cari
di kedai buku tempatan dan juga boleh membuat tempahan secara online.
Dia kemudiannya meletakkan novel itu dalam
sebuah kotak, khas untuk mama dia. Manalah tahu jumpa khazanah apa lagi dalam
rumah ni.Novel pun berterabur satu rumah sebab aku dan mama ni memang kaki
novel. Karang ada yang menangis tak berlagu sebab novel hilang. Siapa suruh
letak merata sangat kan? Kan? Dasar anak dara pemalas. Mana tak tumpah kuah
kalau tak ke nasi. Mak malas, anak sama malas.
Sedang Kiah galak mengikut tune Crazy Train itu, suatu suara
sumbang kedengaran dari mini garden
di luar rumah itu.
“Khairina Ibtisam Adam Hartigoff! Tune down the volume! Bingit telinga
mama ni.Ish budak zaman sekarang ni. Macam-macam karenah.”
Ayat lazim seorang ibu telah berbunyi. Puan
Maimunah sudah menyeka peluhnya di hadapan kolam ikannya.
Ish, apalah Kiah ni.Agaknya pasang lagu tu
nak bagi satu area ni dengar kut.
Gumam Puan Maimunah perlahan sambil tangannya bekerja menabur baja organik pada
pasu bunga ros nya. Cukup, usah membebel sangat Puan Maimunah, anda sudah tua,
nanti kena high blood pressure, nyawa
melayang. Ibadat dekat dunia ni dah cukup ke nak buat bekal kat Akhirat nanti?
Di dalam rumah pula, Kiah membuat mimik
mamanya yang tengah membebel dari luar rumah itu. Hari ini adalah hari gotong-royong satu rumah,
sebab esok ,Kashaff nak balik. Mommy’s pet! Namun, stereo tetap diperlahankan.
Dah tak ada umph dah nak buat kerja, volume
dah slow.
Mama ni pun satu, kalau anak teruna dia tu
nak balik, dan dan nak kemas rumah bagi spotless.
Tapikan, logically thinking, memang
rumah ni layak dikemas. Bersepah macam kena lalu dek air Tsunami.
Mandat sangat eh anak lelaki ni? Agak-agak
kena bentang karpet merah tak depan pintu untuk sambut ketibaan Duli Maha Mulia
Ahmad Kashaff Iman Adam Hartigoff tu.
Dustpan
merah batang hijau itu dicapai.
Bengkak juga hati Kiah bila anak lelaki kesayangan
mama dia nak balik je, mesti mama dia semangat buat itu ini.Kalau Kashaff tak
ada, ada-ada saja program entah apa kebendanya mama dia buat dengan kawan-kawan
datin dia tu kat luar. Kena tinggallah Kiah ni sensorang kat rumah. Effect Kashaff ke atas mama sangat kuat.
Bukan tak sayang abang, sayang, tapi mama ni agak bias pun ada.Gender biased.
Dulu pernah sekali dia bertanyakan mamanya
mengenai nama Kashaff tu, mama dia dengan muka selamba cakap,
‘Kiah, Kashaff tu tak ada maksud definite tapi lebih kurang macam terbuka hijab macam tu, Iman tu
yang ada maksud definite. Sedap dengar, mama dengan ayah kau main tu letak je la dua-dua sekali.’
Kiah selalu jadikan hal nama modal untuk
mengusik abangnya itu. Nama saja kembar, tapi perangai tu macam kucing dengan
rama-rama. Ada je kucing aka ‘Kiah’ ni nak attack
abang dia tu. Kashaff pula redha saja, jenis tak kisah sangat nak kena prank dengan adik sendiri.
Bagi Kiah, dia suka, sebab nama dia ada
maksud yang terang lagi nyata. Maksud best pula tu,
sebaik-baik senyuman agaknya maksud nama Kiah tu.Syukur, dia bukan Rokiah,
bukan juga Zakiah, tetapi Khairina Ibtisam Adam Hartigoff.
Tapi bila panggil nickname, nama panjang hanya tinggal empat huruf;
K-I-A-H.Kiah. Kee-yah.
Kesian juga, nama cantik, panggilan tetap
Kiah. Nama kampung glamour katakan.
Pasai pa tak letak Rokiah Adam Hartigoff? Bikin susah saja mau isi column I/C tu.
Akur sahaja
bahawasanya nama klasik Rokiah tu tak sesuai, tak ngam, tak masuk dengan nama matsalleh
ayah Kiah tu. Ayah nama Adam Hartigoff, anak takkanlah Rokiah kut, anak kenalah
glamour sikit. Inilah ha, orang Melayu kita ni. Fikir nak glamour
saja.
“Adoi, penat mama. Kiah sayang, tolong
ambilkan mama secateurs dalam kabinet
dekat dapur tu. Nak kena cantas daun pokok ni.”
Kiah menegakkan belakangnya. Apalah mama ni.
Dah namanya nak berkebun, lain kali keluarkanlah segala keperluan berkebun. Ini
tak, satu persatu disuruhnya. Penat tau, penat.
Kakinya diheret ke dapur dengan malas.
Pintu kabinet dibuka dan dia memandang sahaja barangan di dalam kabinet itu.
Macam mana ya secateurs ni boleh ada
dekat kabinet dapur? Bukan alatan berkebun ada dalam stor belakang rumah ke?
Mama ni, sangat tak teratur.
Dia mencapai benda itu lalu menyerahkan
kepada mamanya yang sedang menunggu di tepi tingkap ruang tamu.
“Thank
you sayang. Jangan lupa vacuum
ya? Lepas tu, kamu tolong gantikan cadar bilik Kashaff pun.”
Arahan diterima dengan senyap. Buat saja
Kiah, dapat pahala tolong mama tu. Kiah mencapai vacuum cleaner lalu memulakan kerjanya yang tertangguh tadi.
Sambil tangannya berjalan, dia turut
merencanakan sesuatu di dalam fikirannya.
Mama suruh ganti cadar bilik Kashaff, and I have the best cadar in the world untuk kau abang.
Lalu dia menarik senyuman paling nakal.
Adalah tu dia nak pekena abang dia. Selesai dia me-vacuum-kan seluruh pelusuk rumah itu, Kiah berlari ke biliknya lalu
menggeledah compartment di mana
koleksi cadarnya terletak.
“Ish, mana ni? Takkan nak pasang Sleeping Beauty punya, cantik kut. Cinderella punya aku pulak sayang nak
letak kat katil mamat tu. Ha! Ada pun kau Barbie!”
Dia menarik cadar Barbie itu lalu berlalu ke bilik Kashaff yang sudah lama tidak
berpenghuni itu. Kashaff belajar di Moscow, memang tak ada orang lah duduk
dalam bilik dia. Kiah memasang cadar dengan sepantas kilat. Kesemua sisi
ditarik bagi tegang. Macam duduk asrama pun ada. Cadar mesti tegang.
“Ouh, perfect!
Can’t wait to see his precious face!”
Kiah berlalu dengan muka bangga. Kashaff
paling anti warna merah jambu. Nabi Muhammad S.A.W pun suka merah jambu, Pak
Mat tu pula sesuki je nak anti. Haih.Dia kemudiannya menutup pintu bilik
abangnya. Nafas lega dilepaskan. At last,
siap juga kemas rumah ni. Heaven!
***
Botol kicap Mudim dicapainya dari fridge double door itu. Mata melilau-lilau mencari botol keramat itu. Hah! Ada pun! Kemudiannya botol oyster sauce pula diterpa.
Botol kicap Mudim dicapainya dari fridge double door itu. Mata melilau-lilau mencari botol keramat itu. Hah! Ada pun! Kemudiannya botol oyster sauce pula diterpa.
Di tepi kuali sudah dapat dilihat beberapa
jenis ingredients cantik tersusun.
Macam nak buka restoren pun ada gayanya. Hari ni mama suruh aku masak. Hehe,
mama mama. Kalau mama nak Kiah masak, ma, alamatnya Kiah masak benda yang
paling simple atas dunia ni tau. Macaroni goreng bodoh.
Macaroni yang telah direbus dicapainya lalu
ditoskan. Minyak di dalam kuali sudah panas. Ayam yang sudah didadukan
dicampakkan ke dalam kuali, diikuti dengan sos-sos tadi. Chilli, tomato, tiram
dan juga kicap. Garam secukup rasa. Resipi yang sangat mudah, semua main campak
saja.
Kiah menggaul bahan tadi dengan senduk
sebelum dia memasukkan macaroni tadi. Lastly
baru campakkan sayur sawi ke dalam kuali. Voila! Food is ready to be served! Ala chef Kiah.
“Wah, anak dara mama masak apa pagi ni? Sedap
mama bau ni.”
Puan Maimunah bertanya apabila Kiah sudah
mengangkat pyrex kaca ke ruang makan. Senyumnya melebar apabila mamanya
memuji. Aiseh, kembang hati ni, ingat senang mem besar ni nak puji orang? You have to earn it!
“Breakfast
Ma.Lepastu Kiah nak pergi fetch abang.
Flight dia land
at 11 a.m
right?”
Puan Maimunah angguk. Laju saja tangan
mencapai senduk di dalam pyrex itu.
Untunglah ada Kiah nak tolong dia, kalau anak dara ni tak ada, jenuh dia nak
uruskan rumah ni. Bukan senang jadi ibu tunggal tau. Banyak juga cabaran yang
dilalui apabila bercerai dahulu dengan ayah Kiah ni. Tapi Alhamdulillah,
hidupnya boleh dikira agak senang-lenang, kalau otak tu dah otak bisnes, memang
boleh hidup kat ceruk mana pun. Pandai cari ruang dan peluang.
“Anak dara mama tak nak teman mama sekali
ke?”
Dia bersuara apabila melihat Kiah ingin
berlalu. Kiah yang baru membuka langkah kembali memandang mamanya. Matanya
kemudian beralih ke arah Grandfather
clock yang ada di sudut ruang makan itu. 7.15 pagi.
“Okaylah. Kiah teman mama makan.”
Pinggan dicapai lalu dia duduk di sisi
mamanya. Macaroni goreng dicedok.
“Mama nak ikut jemput Kashaff.”
Mama dia bersuara. Kiah angguk. Ikut boleh
mama, tapi janganlah duduk membebel dalam kereta tu. Penat dengar mama membebel.
***
“Kiah...”
“Kiah...”
“Hmm? Apa Mama?” Dia bertanya sambil mata
tidak lepas dari memandang ke hadapan. Mau mati ke tak pandang depan masa bawa
kereta? Mama ni pun, cara dia panggil nama aku tadi macam nak tanya benda saja.
“Mama nak tanya boleh?” Hah! Kan dah kata. Dah agak mama nak tanya
benda ni. Jangan dia tanya soalan luar alam sudah lah.Signal di beri lalu dia memotong sebuah herbie yang berwarna purple
itu. Ada lagi orang bawa herbie comel
zaman ni ya? Antik tu.
“Bila nak bawa balik menantu lelaki mama
ni? Mama jealous tengok anak-anak kawan mama tu, semua dah kahwin, dah ada
cucu. Anak mama ni bila lagi?”
Puan Maimunah terus shoot soalannya. Kiah bagai mati katak di driver’s seat itu. Masa ni
juga nak lampu merah jalan ni pun. Totally bad timing! Mama pula dah mula dah
dengan soalan luar alam dia ni. Tak ada soalan lain ke? Kalau tanya soalan
Addmaths pun lagi mudah berbanding dengan soalan ni.
Kiah tarik senyum tawar. Jangan kata mama
dia ni nak kenenkan dia dengan mana-mana anak datin. Minta maaf sikit. Anak
datin-datin yang obvious buaya
tembaga itu memang dia takkan masukkan
dalam list walaupun muka tu kalah
pelakon Hollywood. Never.
“Kalau
jumpa jodoh, kahwin lah anak mama ni.”
Jawab Kiah selamba. Gear ditolak ke mode Drive apabila
lampu sudah bertukar warna. Kiah bersorak di dalam hati apabila mamanya
mengeluh kecil. Sorry ma, anak mama
ni dah serik dengan past experiences. Sekarang
tak ada mood lagi nak cari boyfriend baru.
Kiah, Kiah. Kalau kau nak yang macam watak
hero Aa+Bb tu memang tak wujud atas dunia ni. Kalau wujud pun mesti dah kahwin.
Kiah ni, dari zaman dia sekolah dia taksub nak cari her own personal version of Mr Benz Aliff Sulaiman. Dia nak perasan
jadi Addin lah tu. Lagipun, watak fantasi Hlovate tu kan almost perfect.
Hero ala-ala Badboy, kacak, boleh tahan bijak, supercool, maskulin, romantis.
Tapi juga beriman, soleh, yadayada. Wujudkah seseorang yang sebegitu lengkap
pakejnya dalam real life ni? Kuat
sangat baca novel budak ni sorang.
“ Mama carikan nak?”
Tiba-tiba kaki Kiah menekan brek. What!
“Oh no-no-no. Kiah nak cari sendiri .”
Tegas Kiah. Mama ni tak boleh cakap atas
angin, nanti dia salah faham, aku juga yang kena kahwin paksa nanti. It is a Danger Zone.
“Mama tak tahulah macam mana nak buat dengan
kamu ni. Benz tu dalam novel je Kiah. Kau tengok balik semua past boyfriends kau tu. Kau tolong
diorang, tapi tengok, kamu juga yang mereka tinggalkan. You should think twice about searching for your Benz. Mama tak nak
kamu end
up dengan jantan bermasalah.”
Dia dah mula dah ceramah free dia. Kiah
buat muka tak ada perasaan. Suka hatilah nak cari prince charming ke, Michelangelo’s
David ke, Benz Aliff Sulaiman badboy
version ke, apa ke, ini hidup dia. Kalau dia buat salah pun dia yang dapat
pengajaran. Kan orang sendiri kata, the
best teacher is past experiences. It teaches you skills that no one can teach
you, other than yourselves.
“Janganlah
kecoh Ma. Kiah tengah dalam single phase sekarang
ni. Just, let it be, okay. Que sera,
sera.”
Kiah menjawab tenang. Syukur, dah nak
sampai KLIA.
“Mama bagi Kiah dalam tempoh setahun. Find a decent guy, and get married. Kalau
Kiah tak nak jadi anak derhaka la.”
Dan, debat perdana ini dimenangi oleh Puan
Maimunah. Kiah yang tadinya tampil tenang sudah mencerlung ke arah mamanya. Say that again!! Aku, kahwin dalam tahun
ni, to a decent guy? Kalau tak aku
dikira derhaka? My God! Holy Quran, she
must be kidding me!
Mana mau cekup lelaki macam tu? Baru je nak
cari lelaki yang utterly romantic, nakal, perangai tak badboy tak apa, tapi at least
adalah juga gaya macam badboy tu. Macam
Chris Evans ke, Josh Bowman pun okay juga.
Setahun tu mana cukup nak cari lelaki macam tu! A decent
guy has a decent look, not a badboy-ish look! Not my taste la decent-decent
ni.
“Mana cukup setahun ma.”
Dalih Kiah. Steering digenggam kemas. Geram
ni, geram.
“Tak jumpa senang je. Mama dah ada calon.
Banyak pula tu. Datin Ros, Datin Sue, Datin Mastura, semua tengah cari calon
untuk anak teruna dorang.”
Kiah mengetap gigi. Perlu ke ada reverse psychology waktu-waktu cenggini?
Tak perlu! Mama ni, gian nak menantu, kan aku carikan dia boyfriend baru, baru dia tahu tinggi rendah langit tu. Hish.
“Ala, Mama ni. Suruhlah abang kahwin dulu.
Mana aci Kiah langkah bendul.”
Cari lagi alasan munasabah, Kiah. Escape button ada tak dalam kereta ni?
Tersangatlah perlu melarikan diri waktu ini.
“Takde takde. Kashaff kahwin lambat tak
apa, dia lelaki. Kamu tu ha, nanti tak laku, jadi andartu. Runsing tau mama ni.
Nanti apa orang cakap.”
Puan Maimunah bersuara. Windshield ditarik lalu dia memakai
gincu berwarna ros itu. Kemudian, cermin mata gedabak mata lalat itu
disarungkan kembali ke wajahnya. Sekali pandang macam pesakit yang baru lepas
laser mata dah. Mommy Vogue.
Handbreak
ditarik. Keluhan dilepaskan. Inilah nasib dilahirkan
dalam patriarchal system. Lelaki
boleh buat sesuka hati, perempuan semuanya ada pantang larang. Walaupun zaman
sudah berubah, namun masih payah untuk kita mengubah cara pemikiran para wanita
yang dibesarkan dalam sistem patriarki ini. Cewah Kiah, ayat kau bajet macam
kau ni Menteri Kebajikan, Wanita dan Keluarga dah. Cool babe, cool.
Orang kata nak tahan nafsu Amarah kena
banyak-banyak beristighfar.
“Astaghfirullah-al Azim, Astaghfirullah-al
Azim, Astaghfirullah-al Azim.”
Puan Maimunah memandang pelik perilaku
Kiah. Apo he ni tetibo dok istighfar ni. Sejuk perut aku mengandung kau dulu
Kiah, nak parking kereta pun duk beristghfar, boleh hancurkan dosa-dosa kecil.
Syukur.
“Haih. Mama turun dulu, Kiah pergi parking underground. Senang sikit abang nanti.”
Ye ke Kiah? Padahal kau tu dah nak
meletup tu kan? Suruh mama keluar
cepat-cepat sebab takut kau tertinggi suara nanti. Sabar Kiah, sabar.
Kiah menghantar mamanya keluar dengan ekor
mata. Setelah itu dia cepat-cepat mencari parkir. Selepas jumpa spot kosong, dia menurunkan suhu air-cond ke fullblast dengan harapan dapat menyejukkan darahnya yang tengah
mendidih ini.
Heh. Mama. A decent guy? Sekarang ni yang rambut belah tengah ala-ala pekerja
kerajaan tu pun belum tentu decent. Oh, my Benz, my real punya real
sehabis real Benz yang awesome, yang romantik dan yang ada gaya
Badboy tapi hati baik, bila kau nak
muncul ni? Muncul la cepat, wahai prince
charming ku, this damsel is really in
distress now!
***
Matanya melilau-lilau mencari kelibat Puan Maimunah
yang vogue itu. Sudahlah hari ini
ramai orang, memang susah nak cari mama dia tu. Tak reti ke nak duduk tempat
yang obvious sikit orang nak nampak? Tapi, kalau dah ramai
orang tu, duduk celah mana pun, memang susah juga nak nampak. Use some logic, Kiah darling!
“Apalah aku ni pun, mama tu bukannya jakun.
Cellphone kan ada, call sajalah.”
Gumam Kiah sambil menggeledah beg
sandangnya itu. Nampak sangat otak dah senget, dah putus wayar bumi, selepas
kena mandrem perihal kahwin dengan mem besar tadi.
“Ma kat ne?”
“Ini ha, depan ni je. Mama nampak kamu tu,
pandang depan cepat.”
Kiah memanggung kepalanya. Lorh, di situ je
rupanya. Laju dia melangkah ke arah mamanya.
“Khairina, ni Datin Zu. Kak Zu, ni lah ha, sorang-sorangnya
anak dara saya.”
Kiah tarik senyum malas. Mama ni, pergi je
celah mana, ada saja jumpa kenalan dia. Social life kalah anak perempuan dia
ni. Pandai pula mama panggil dia Khairina, ingat nak introduce sebagai Kiah
tadi.
Datin Zu tarik Kiah ke dalam dakapannya.
Kiah ternganga sendiri. Alohla, main peluk-peluk pulak Datin Kenit comel ni.
Kedua-dua belah pipi Kiah di beri air
kiss.
“Cantik anak dara you Mun. Haih, kalau si
Kay tu belum ada yang punya, I book
terus Khairina ni.”
Kembang sebakul Kiah apabila dipuji. Tapi
mukanya kembali masam apabila mendengar ayat selanjutnya. Datin-datin ni kan,
tak ada kerja lain ke? Asyik nak carikan menantu saja untuk anak mereka. Nasib
baik H,I,J,Kay tu dah ada yang punya, hei, aku tak sanggup nak kahwin dengan
orang yang di set up oleh mama ni. I want to create my own personal Cinderella
story! Tak perlu penglibatan orang ketiga, keempat, kelima, so on so forth.
“Lah, lupa pula Kay dah tunang. Last year kan? I tak dapat hadir waktu tu. I pergi lawat Kashaff dekat Moscow.”
Kiah memandang ke arah lain. Malas lah nak eavesdrop perbualan orang tua-tua ni.
Buang karan saja. Lagipun, dia bukannya kenal si datin tu. Dia bukan jenis nak tag along dengan mama dia.
“Opah! Atuk showed me a huuuuuuuge airplane!”
Fokus Kiah kini sudah kembali kepada mama
dia dan juga Datin Zu itu. Matanya beralih kepada budak lelaki yang comel,
berambut perang yang tengah berlari ke arah Datin Zu. Atoto, comel betul. Boleh
tak nak cubit pipi dia? Kenapa budak-budak ni comel ye?
“Really?
How huge?”
Datin Zu bertanya kembali. Budak itu
diangkat lalu diribanya. Pipi mulus budak itu dicium geram. Terkekek-kekek
budak itu ketawa, tahan geli barangkali.
“Opah, opah! Atuk, suruh opah stop it! Luth
geli.”
Mama yang menyaksikan adegan tersebut juga
turut tergelak. Pandai berkata-kata budak ni.
“Luth,
meet another opah. Opah Mun. Amin tangan dia cepat.”
Luth turut saja arahan opah dia. Baik
sungguh. Kiah pula rasa geram sangat dengan Luth tu. Sekali tengok macam Caucasian. Rambut perang, mata pun nak-nak
hijau macam tu. Bibir pink. Haih, mak
bapak dia mesti handsome dengan cantik.
“Luth, you
want your I-pad?”
Luth angguk. Datin Zu menyerahkan Ipad 2
kepada cucunya itu lalu budak itu memanjat ke atas kerusi di sebelah Kiah. Ipad
di flip lalu khusyuk dia bermain
dengan entah apa benda dalam I-pad itu.
“Main apa tu?”
Kiah memulakan bicara. Muka Luth yang habis
serius tadi terus memandang Kiah. Keningnya diangkat. Mak oi, macam orang
dewasa dah gaya budak ni.
“Awak siapa?”
Soalan Kiah dibalas soalan. Kiah tarik
senyuman 700 Megawatt.
“Cinderella.”
Kata Kiah selamba sambil menjenguk ke Ipad
Luth itu. Temple Run rupanya.
“Cinderella? Awak tak pakai dress pun.”
Kiah tahan gelak. Budak ni, pandai juga
berfikiran logik. Jangan ingat dia budak-budak, dia tak tahu kita tipu dia.
“Dress
hantar dry-cleaning.”
Luth angguk. Apa-apa sajalah. Matanya
kembali fokus pada Temple Run.
“Tak bosan main tu?”
Kiah mencelah. Budak itu lagi sekali
pandang Kiah. Ipad ditutup.
“Bosan kan? Kita jalan-jalan nak? Teman kakak?”
Kiah menarik muka simpatinya. Luth pula
pandang kiri kanan. Alahai kakak ni, dia buat muka comel pulak, macam mana nak reject?
Luth mengangguk. Kiah senyum lalu bangkit
ke arah Datin Zu.
“Datin, saya bawa Luth jalan-jalan?”
“Okay.”
“Kiah, jangan lama sangat. Flight Kashaff
dah sampai, tengah tunggu luggage saja ni.”
Mama mencelah, Kiah angguk.Kiah terus tarik
tangan Luth apabila opah dia memberi
persetujuan. Rasa nak bersorak saja.
“Cinderella, I want Ice-cream.”
Luth berkata apabila Kiah membawanya di
hadapan Mick D. Kiah mengangkat Luth lalu meletaknya di atas kaunter.
“Ice-cream or McFlurry?”
Dia bertanya. Mata Luth bersinar-sinar. Ini
macam mintak betis, tapi dapat peha.
“McFlurry. Oreo.”
Semangat Luth menyampaikan hasratnya. Kiah
tergelak.
“Two
McFlurries please. One oreo one butterscotch.”
Duit dihulur kepada wanita di kaunter itu.
Beberapa minit kemudian, mereka mendapat ice-cream
mereka. Luth pun dah senyum sampai ke telinga.
“Carry
me?”
Luth meminta dengan muka seposen dia itu.
Kiah yang baru sahaja ingin menurunkan Luth dari kaunter terus tak jadi.
Alahai, budak comel buat muka comel, macam manalah nak tolak.
Kiah meletakkan Luth di atas pinggangnya.
Nasib baik kau ringan budak, kalau tak dah patah pinggang aku ni.
“You
know kakak Cinderella, I miss my mom
and daddy. Masa mom ada, selalu dia carry Luth macam ni. Daddy pun.”
Kiah senyum lalu mencium pipi Luth.
“Nanti balik ni suruh lah mom dengan daddy
dokong.”
Kiah berkata. Kaki dihayun ke arah bench
kosong di belakang tiang itu.
“Mom
dengan daddy dah tak ada, opah kata,
Allah sayang Mom dengan Daddy. Sebab tu Allah tarik nyawa Mom and Daddy.”
Selamba Luth bersuara sambil menyuap sesudu
McFlurry ke dalam mulutnya. Kemudian dia kemam sudu tersebut. Kiah pula terkaku
sendiri. MashaAllah, dia kecil lagi, tapi dah yatim piatu. Kesiannya. Kiah rasa
nak menangis pun ada.
“Owh.
Sorry to hear that.”
Kiah terasa canggung. Tak tahu nak beri
reaksi apa kepada si kecik ni. Luth tarik senyum lalu memanjat riba Kiah.
Sebuah kucupan dihadiahkan pada pipi Kiah.
“Luth suka sebab Allah sayang mom dengan Daddy. Dorang tak ada pun tak apa, Luth still ada Uncle Long,
Mama Jaz, Opah, Atuk, and now, Luth ada kakak Cinderella.”
Ceria saja budak ni. Kalau aku kat tempat
dia, haru aku rasa. Masa mama cerai dengan ayah dulu pun aku dah bercelaru, ini
Luth yang kehilangan dua insan tercinta buat releks saja. Tabah betul budak ni.
Such a special kid.
“Akak, jom balik. Luth dapat rasa yang Uncle Long dengan Mama Jaz dah sampai. Race you there!”
Belum sempat Kiah memberi respons, Luth
sudah memecut. Oh no you don’t mister! Ini kakak Cinderella, jaguh sekolah
dulu. Setakat pecut 100 meter tu kacang buncis saja tau.
“Hey,
Luth! Wait for me!”
Kiah juga turut berlari di belakang Luth.
Dia cuba menandingi Luth, lantak lah orang kat airport ni nak kata apa, asalkan
dia dapat have fun dengan little newly found buddy dia ni pun dah
cukup.
“Kakak!!!”
Luth menjerit. Kiah pula rasa bebal
kepalanya apabila terlanggar sesuatu objek yang sangatlah keras. Nak kata
cermin pun bukan cermin.Itulah Kiah, lain kali, nak lari sila pandang depan.
Jangan duduk pandang sebelah tepi sebab nak compete.
“Alahai anak dara aku!”
Puan Maimunah melatah. Datin Zu dan
beberapa lagi suara sudah tergelak. Lawak kut, Kiah dengan Luth, entah datang
dari mana, berlari-lari. Luth sempat brake,
Kiah pula melungsur laju melanggar anak teruna Datin Zu itu.
“Kiah oih. Abang sendiri pun dah lupa ke
muka macam mana? Aku tahulah kau excited nak jumpa aku, tapi kau pergi serang
anak teruna orang tu kenapa?”
Kashaff menarik Kiah bangun. Kiah menggosok
hidungnya yang terlanggar entah siapa itu.
“Chee, perasan. Orang tak sempat brake la, abang.”
Namun Kashaff tetap dipeluknya. Rindu tau
kembar sendiri ni.
“Ye ke? Kerja kau ni dari dulu lagi, suka
sangat buat scene in public.”
Perli Kashaff. Tangannya rancak membetulkan
letak tudung Kiah. Dah lari habis tudung adik dia ni. Kiah tertunduk. Malu.
Siapalah yang malang kena langgar dek dia tadi tu.
“Uncle Long! Mama Jaz!”
“Hey dwarf. Miss me?” suara lelaki
bertanya.
“Yep! Nak kiss.” Kiah yang tadi tertunduk
malu terus memandang ke
hadapannya. Matanya memandang Luth yang didokong
seorang lelaki. Uncle Long dia lah tu.
“ Euh,lap mulut dulu. Mulut comot, ini
siapa yang beli ice-cream ni? Habis
comot.”
Wanita di sebelah lelaki itu pula yang
bersuara. Kiah masih tak dapat clear view
lelaki itu sebab dia membelakangi Kiah, tetapi, Kiah dapat lihat bahawa wanita
yang dipanggil Mama Jaz itu teramatlah cantik, elegan, tinggi lampai, body bentuk macam gitar. Macam real-life princess.
“Kakak Cinderella belikan.”
Kata Luth sambil menunjuk ke arah Kiah.
Lelaki itu pusing menghadap Kiah dan Kiah dapat merasakan waktu berhenti. Dapat
dengar rentak jantungnya, dupdap, dupdap. Matanya menikam mata lelaki itu.
Kenapalah anak Datin ni dah tunang, kalau tak boleh aku ngap! Kenapalah hari ni
juga nak jumpa version Benz Aliff tu, harunya hidup! Segala jenis kenapa
bermain di dalam fikiran Kiah.
Lelaki itu menghampiri Kiah. Dia berhenti
betul-betul di hadapan Kiah. Kiah terpaksa mendongak untuk memandang dia.
“Sorry, you
bumped into me tadi.”
Kiah tertunduk. Malu seyh, sepatutnya dia
yang minta maaf sebab dia yang langgar lelaki itu.
“ Urm, no,
no. Saya yang err...langgar encik tadi. So,
it is me who should be sorry.” Kiah bersuara jua, walaupun perlahan. Lelaki
itu tarik senyum sinis. Tahupun, ingat tak nak minta maaf tadi. Jadi juga reverse psychology ni. Minah kenit ni
pergi langgar sampai rasa nak terbatuk. Nampak je kecil, tapi impact collision tu besar.
“Lain kali, no running in hallways, or in public.”
Muka Kiah semakin merah. Nak menyorok bawah
ketiak mama boleh tak? Kenapa Kiah kau perlu memalukan diri sendiri di hadapan potential Mr badboy kau tu? Releks lah
kan, a girl can dream. Walaupun dah jadi
tunang orang, belum lagi kahwin kan? Angau dah Kiah ni, padahal nama penuh
lelaki itu pun dia tak tahu. Tadi Datin Zu sebut ‘Kay’ sahaja.
“Okay Kak Zu. Kita jumpa lagi nanti.”
Mama dah air kiss Datin tu. Lepas ni turn
Kiah pula.
“Khairina, take care. Nanti bosan-bosan ikut mama kamu ni ha. Datang rumah aunty.Boleh main dengan Luth ni.”
Kiah angguk saja. Tangan Datin slash Aunty Zu disalam.
“ Opah, sini sini.”
Luth menyuruh Aunty Zu tunduk. Kemudian dia bisikkan sesuatu di telinga opahnya.
Selepas itu Aunty Zu mengangguk.
“Lupa pula, Luth nak Khairina hadir masa birthday party dia nanti. Nanti aunty text details to your mom.”
Kiah tarik senyum. Pipi Luth dicuit manja.
Luth mengenyitkan matanya pada Kiah.
“Okay aunty.
See you Luth.”
Lalu Kiah membontoti Kashaff serta mamanya.
Baru beberapa langkah, satu tangan menarik tangannya. Kiah pandang belakang,
Luth rupanya.
“Kakak, nak kiss?”
Kiah tergelak. Dia duduk melutut lalu
memeluk Luth. Baru jumpa sekejap dah rasa sayang dekat budak ni. Kiah memegang
bahu Luth lalu tunduk.
‘Chup!’
Luth cepat-cepat tarik senyum nakal. Kiah
terpempan di lantai. Tangannya di bawa ke bibir. Nakal Luth ni, ingat nak kiss pipi, dia boleh pula give a little peck atas bibir.
“Dulu, mom
selalu kiss Luth dekat lips. Kakak Cinderella macam mom Luth. Love you kakak. Nanti bawa present
tau birthday Luth nanti.”
Kata Luth. Kemudian, Kiah memerhatikan Luth
berlari ke arah keluarganya. Kiah bangkit dan menyapu lututnya.
“First
kiss kena curi ke, Cinderella?”
Kashaff bergurau. Nampak sangat Kashaff eavesdrop tadi.Kiah senyum. Bahu si
abang dipeluknya. Mama sudah berada di hadapan.
“Boleh tak nak fall in love dengan that
kiddo?” Kiah meletakkan kepalanya pada tepi bahu Kashaff. Ini lagi satu spesies tinggi lampai. Kiah juga dapat gene pendek ketot.
“It
would be really weird, tapi kalau dengan Uncle Long dia, boleh kut?”
Selamba Kashaff ni.
“Tunang orang la.”
“Bukan suami orang.”
“It
would be rude, abang.”
“You
think that he is your long lost Benz, don’t you? Abang tahu isi hati adik
abang ni. Bila Kiah nak stop dreaming
pasal your Benz Aliff and that falsy charming
idea of a man, huh? Hidup bukan fairytale,
Kiah.”
Kashaff memulakan mukaddimahnya. Kiah
mencebik. Ini tak syok ni, tadi mama, sekarang abang pula. Suka hatilah kita
nak dream pasal apa pun. Ada dream yang jadi realiti, kan?
“ What
can I say, I am hopelessly romantic. Tak macam abang, hopelessly practical! Abang tengoklah, nanti satu hari, akan ada
lelaki yang sweep me off my feet.”
Kiah menegakkan benang yang basah lencun.
Ingat Kiah, mama bagi kau tempoh setahun saja. Tak jumpa juga, dia yang tolong
carikan calon. Tapi, kalau mama nak carikan, nak yang macam anak aunty Zu tadi boleh tak agak-agak? Best lagi, kalau dapat anak aunty Zu tu
sendiri. Thehe, Kiah, no! Itu territory orang, jangan gatal nak tresspass. Kau bukan gadis perampas.
“Abang so
gonna burn all your stupid Disney’s Princesses DVDs. Kartun-kartun tu dah
rosakkan mentaliti kau dik. Grow up.”
Kashaff menyosori troli memasuki lif. Semua
dia bila mama dah pandang pelik dekat mereka berdua.
“Ma, adik nak tunggu prince charming ala-ala Benz Aliff dengan white horse datang
baru dia nak kahwin.”
Kashaff mula dah nak minta bala turun. Kiah
mencubit lengan abangnya. Sengaja ni nak cari gaduh dengan adik sendiri.
“Mama dah bagi dia setahun. Tak ada juga
Benz dia datang, mama carikan sendiri Hunchback
of Notre Dame untuk dia. Tak reti-reti nak guna logik. Macamlah wujud dalam
dunia ni kartun characters dengan
hero novel tu. Bosan mama.”
Muka Kiah dah menjeruk. Aku jumpa nanti
korang dua jangan ternganga ya. Kashaff pula ternganga. Adehla, lagi satu scene kahwin paksa ke lepas ni?
***
“Dik, ex engkau yang latest apa cerita?”
“Dik, ex engkau yang latest apa cerita?”
Kacang pistachio dikupas lalu dikunyah.
Mata masih tertancap pada kaca TV. Kiah pula meletakkan novel Projek Memikat
Suami ke bawah. Mata ditala ke atas, pada si abang.
“Entah, tatau, don’t care.”
“Hurm? Dulu kemain kata you wanna give him a chance. Sekarang
apa jadi?”
Kashaff ralit melihat aksi kejar-mengejar
Tom&Jerry tu. Adik hantu Disney, abang hantu Cartoon Network, sesuai lah
jadi kembar dua ekoq ni.
Kiah mengeluh. Tangan Kashaff di capai lalu
dia bermain dengan jari-jemari si abang. Tangan kiri Kashaff pula bermain
dengan rambut si adik yang tengah baring diribanya itu.
“Entah lah bang. No chemistry happened. Adik bagi dia semangat, cheer him up, make he see what happiness is, what forgiveness is, and
the next thing I know, he is off flying
to UK searching for his mother. Adik rasa adik nak give up dah dengan lelaki. Kita tolong
dia, lastly, dia tinggalkan kita
terkontang-kanting.”
Kashaff angguk. Kiah mengeluh lagi sekali.
“Jangan give up. Cuma, adik kena ubah taste
adik tu. Tak payah cari lelaki yang needy, yang ada masalah, cari yang normal.
Yang stabil. Lelaki normal pun ada je yang appreciate
wanita. You tak perlu nak cari yang needy
saja.”
Kiah mencebik. Iyalah tu.
“ Lelaki normal are like you. Tak pandai nak appreciate
orang yang hopelessly romantik
macam I ni. Tak suka benda cheesy macam
roses ke, chocolates ke, candle-light
dinner ke. Normal guys are practical.
Needy guys, well...they need you. Mereka tak akan function normally kalau you tak ada. Semua benda dia rujuk you,
minta pendapat you, that is kinda sweet,
abang. Impractical guys, they shove you
off. You bagi pendapat, dia akan
ingat you nak overpower them.”
Kiah bangkit lalu bersandar pada kepala
sofa. Payah betul nak jari boyfriend
sekarang ni. Semuanya tak betul. Yang needy,
mahupun yang normal.
“Adik, jangan jadi masochistic sangat. Adik tak nak apa yang jadi pada mama, jadi pada
adik bukan? Remember, hal mama, mama.
Adik pula lain. Ayah dengan mama bercerai, tapi tak bermakna adik pun akan
alami benda yang sama. This is not a
karma, adik. Just, for once,
minta doa dapat suami baik-baik.”
Kashaff menasihati Kiah. Adik sendiri,
mestilah kita nak yang terbaik untuk dia. Aku sebagai abang kenalah nasihat.
Ini tak, Kiah ni, asyik tersalah pilih saja, hopefully dia kahwin dengan mamat yang betul sikit. Jangan duk buat
perangai cari yang tindik sana sini, rambut punk cukup.
“Kalau adik minta doa, bagi prescription Benz Aliff tu agak-agak
Allah nak kasi tak seorang exactly
macam tu?”
Muka comel ditarik. Kashaff rasa nak hantuk
kepala dekat lantai. Minah ni kan, perlu ke tanya hal hero novel fiksyen tu?
“ Cuba sajalah. Adik ada tempoh setahun
untuk minta doa. Lepastu, harap-harap mama carikan calon macam Benz Aliff tu. Habis
cerita.”
Kashaff menjelirkan lidahnya lau berlalu ke
dapur. Muka Kiah sudah cemberut. Tak guna punya abang. Perluke stresskan bab mama nak carikan calon
suami tu? Bikin spoil mood saja.
Kiah berlalu ke biliknya. Novel Tunas
dicapai. Dia baring di katil lalu membuka part yang banyak ada appearance Benz.
Kiah senyum, haih, cair weyh kalau dapat mimpi Benz.
***
“You boleh tak pergi main jauh-jauh?” Si dia bersuara.Kiah senyum. Alahai encik hubby merajuk ke?
“You boleh tak pergi main jauh-jauh?” Si dia bersuara.Kiah senyum. Alahai encik hubby merajuk ke?
“Tak syok main jauh-jauh, bosan.”
Kiah memeluk si jejaka itu dari belakang. Namun,
beberapa saat kemudian, tangannya ditepis kasar.
“Ey, keep
your hands to yourself, boleh?” Lelaki itu marah. Kiah masih tersenyum.
“Kalau tak boleh macam mana?” Dalih Kiah.Lelaki
itu mendengus. Rambut ala-ala bedhair
itu dikusutkan. Jarinya ada memakai cincin tengkorak di jari hantu, dan entah
gelang azimat apa entah. Cepatlah pusing, tak sabar nak tengok muka awak ni.
“Kalau tak boleh, I boleh saja buat marriage kita ni like hell? Nak?” Aura singa sudah keluar. Tapi Kiah tetap Kiah, tak
kecut. Makin suka adalah, boleh main pujuk-pujuk pula lepas ni.
“Mister
Angry Man, your wife ni sayang sangat dekat you. You bila nak sayang I
huh?
Kiah menjawab. Sebuah kucupan hinggap pada
leher lelaki itu. Lelaki itu memalingkan wajahnya. Double jerk diberikan pada
Kiah. Kiah rasa nak lari ke hujung dunia.
“Bila-bila pun I takkan sayang you.”
Dia menjawab lalu memberi sebuah senyuman
sinis. Senyuman sinis yang sangat menikam dada Kiah.
“NOOO!”
Kiah tersedar dari mimpi. Novel Tunas sudah
tercampak ke bawah. Kiah memegang dadanya yang sudah lari rentak itu. Peluh di
dahi di seka.
“What
was that all about? Benz? Shucks! Aku mimpi
Benz? Tapikan, kenapa muka Benz macam...macam...alaa, tunang orang seyh! Potongla.” Kiah mengucap panjang. Bukan tu Kiah, mainan
Shaitan saja tu. Tak mungkin kau rampas tunang orang. Dah kau tadi tengok dia
pun dah rasa semacam, terbawa-bawa dalam mimpi tu.
“Aduhai, tak dapat tuan, dapat mimpi pun
dah cukuplah. Sambung tidur Kiah.”
Lalu Kiah kembali baring. Mata di pejam.
Itulah Kiah, mimpi tu petanda tau,petanda supaya kau tak jadi hopelessly romantik! Dah dah lah tu, be a little bit practical dalam hidup
ni, jangan nak berjiwang dua-puluh-empat jam saja. Dan jangan juga duk harap
bulan jatuh ke riba, jangan jadi macam pungguk rindukan bulan, and don’t be like a wolf howling at the
moon!
Lepas ni, kalau jumpa si Kay tu, nak pejam
mata. Tak nak pergi dekat dia, takut nanti ter-rampas. Biar dia happy dengan tunang dia, dan biar Kiah
ni cari prince charming dia yang tak
wujud tu. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, kita tunggu saja pilihan mama tu. Nasib
kaulah labu.
P/S : yep! tergantung, banyak persoalan tak diresolvekan. hehe, readers dearest, this is a prologue! Wee-huu. Suka tak? Tak suka kita ubah!
P/S/S : Baru lepas baca Projek Memikat Suami, seriously awesome!! Kalau korang tak beli lagi, sila beli and baca. I can't put that novel down, sanggup tak tidur sebab nak habiskan.
P/S/S : Baru lepas baca Projek Memikat Suami, seriously awesome!! Kalau korang tak beli lagi, sila beli and baca. I can't put that novel down, sanggup tak tidur sebab nak habiskan.
best3... hehehe.. cepat2 sambung tau..
ReplyDeletenak jugak novel memikat suami.. dah cari kat popular x jumpa... huhuhu sedewnyw..
haha, best novel tu!
ReplyDeletekat popular penang belambak ada, stock baru sampai agaknya
suke2 ngan cite ni ....i think kan.. u patut bace kisah naz dan khalish.. cite baru dari penulis tu jugakk cite tu pun awesome .. best! hehehe
ReplyDeletedah publish ke citer tu????hahhaha,, nak nak
ReplyDeletedah.. baru masuk pasaran rasenye.. beli online jer.. lebih senang
ReplyDeletebest nya cik kiah niii. hehe
ReplyDeleteCik Kiah yg sangat brutel... hmmm satu cerita yg lain , sangat suke...tolong sambung ye TQ TQ Tq Tqvm
ReplyDeleteawak,, smbong plezz. sgt best!! thanks!!!
ReplyDeleteakan disambung awaknyaa. aha, sabar ya. =D
ReplyDeleteredpepper here.
ReplyDeleteei minachi. changed? hurm . ok.*garu2 kepala*
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
omg.omg.omg (cit,my cheeky is coming)
oh mmg gmpk. tht said. (dun just the book by its title)-->puerility pun puerility lah.
best2. im deadly crasy dah nih.
haih.kiah.kiah. lol.
big hand for this one.
i like this style (the way u write) i like the characters. i like the story. ( ahh,faint)
although it is just starting.
oh my benz.
amekkaw.too long ? tht means im 120 percent excited with this story.
thumbs up.
haha, wey amoi, dah salah memang kena ubah babe. haha, thanks to you bagi I info sikit2. haha, just pray I get some wondrful ideas for the first chappie nnt =D glad u like KIAH! yep, do not judge a book by its cover or in this case, by the title.
ReplyDeletealoo ..pisat kak sini..
ReplyDeletedrop here lps disuggest oleh seorang poyo..
shamien, keep it up yeah!
masyeh ..
-pisat-
love it..
ReplyDeletebuat cepat2 eh..( saje je nih, tau awop bz..) kekeke..
thanks ye.. :)
-syu-
Love this entry... Prolog yg mantapppp... Cant wait for the next one.. Cik kiah yg melihat glasses half full..
ReplyDeleteOk..dah mula nak melekat dgn kisah si kiah ni.. ^__^
ReplyDeletesuke...nk trus bc..nk tgk jauh mn kiah bertahan nak cr calon suami cam benz alif a.k.a benji
ReplyDeletebru terjah sbb di promo kan oleh kawanku Rozy...
ReplyDeletenice story...
happy reading then =D
ReplyDelete