“Wah dik, dari tadi aku dengar tung tang tung tang dari dapur...kau buat
apa ni?”
Kashaff bertanya sambil menggenyeh matanya. Kiah yang sedang menceduk
lauk dari kuali ke dalam tupperware itu
senyum hambar terhadap abangnya. Jam di pergelangan tangan dijeling, lagi 20 minit nak pukul 8.30 pagi, Benji dah nak
sampai ni. Aku dahlah tak mandi apa semua lagi, waaaa...lewat dah lepas ni.
“Adik tengah masak sardin. Dah siap pun.”
Kiah berkata sambil membiarkan bekas itu terbuka, kalau tutup masa lauk
tengah panas, nanti dia berpeluh pula nanti. Cepat basi. Kena tunggu sejuk dulu baru boleh tutup.
Kashaff pula mengerutkan keningnya serta menongkatkan kedua-dua belah
tangan ke bawah dagu. Wajah adiknya yang sedang tekun mengelap raga berkelah
itu diperhatikan.
“Isn’t it a little bit exaggerating to use that basket sedangkan you only
have sardin to eat?”
Kashaff berkata selamba. Kiah menayangkan muka tidak puas hatinya. Saji
di hadapan Kashaff di buka lalu Kiah menayangkan muka hebatnya. Kening
dijungkitkan berkali-kali. Kashaff pula ternganga.
“Wah!! Why you no tell me you makin’ chikin pie! Nak ikut!”
Kashaff memuncungkan bibirnya. Padanlah adiknya dari pukul lima lagi
duduk buat bising di dapur, tengah siapkan barang berkelah rupanya.
“Tengok. Itu chicken pie, chicken!
Not chikin! Tak payah nak rosakkan sangat bahasa tu.It is so uncute for a doc like you. Yang ni, mash potatoes, this...hurm...some mushroom soup...and...”
Kiah sudah dirasuk roh Nigella siaran TLC di Astro itu. Dah ada gaya nak
jadi chef. Dia menghampiri peti sejuk dua pintu itu lalu mengeluarkan bekas
yang mengandungi...
“Siot dik! Kau sengaja uji abang pagi-pagi ni kan? Kalau adik tak buat
eclairs tu lebih-lebih, abang tak kira, abang ambil juga yang adik tengah
pegang tu.”
Kiah cepat-cepat membawa bekas yang mengandungi jemari-jemari coklat itu
ke belakang badannya. Muka ditegaskan tahap singa betina baru beranak.
“Ada, lagi satu bekas. Abang punya. Hish, I am a good sister la... tentu
adik buat lebih untuk hantu coklat ni.”
Kashaff tarik senyum paling manis di abad ini. Kiah mengangkat hidungnya
sedikit. Ah, comel sangat lah tu, macam terencat dah dua beranak ni.
“I know right...Kiahlah
satu-satu adik tersayang abang. Dulu, masa kat uni, sebab rindukan sangat pastry yang adik selalu buat, abang
sanggup buat eksperimen memasak dengan Benji. Nasiblah kami serumah, dan nasib
baik menjadi. That Benji is quite an
expert. Lepas dia grad, abang dah
tak ada partner nak try
an error... semua sendiri-sendiri. ”
Kashaff berkata sambil matanya memandang ke hadapan. Sah-sah tengah
mengimbau kembali sewaktu zaman belajar dulu. Kiah berdehem. Benji pun pandai
masak? Hebat!
Kashaff pula kembali memandang Kiah apabila selesai adegan mengimbass
kembali nostalgia lama. Dia menarik Kiah untuk duduk di sebelahnya. Kiah
menurut.
“Adik suka Benji?”
Kiah terpempan. O-lalalalala. Dari mana datangnya soalan ini? Tadi bukan
main leisure, ini apakes abang nak tanya soalan maut ni? Eh,
aku suka ke Benji ah? Suka as in what?
Suka sebagai kawan, ya. Suka sebagai calon suami...err...entahlah?
Namun kepala dianggukkan sahaja. Bibir menarik senyuman ikhlas.
“Suka lah juga. Dia sangatlah warm...
dan charming, dan...hurm let me see...spontaneous?”
Kashaff pula tarik senyum mengejek. Kiah mengecilkan matanya ke arah si
abang. Dia nak mula dah tu buat spekulasi.
“Kiah and Benji, sitting on a tree, K-I-S-S-I-N...”
Kiah mengetapkan giginya. Geram.
“Kashaff Iman, jangan buat saya pukul awak sampai lebam satu badan.”
“Eleh, tak takut pun.”
Kashaff menjelirkan lidahnya. Kiah bangkit lalu memukul kuat bahu
abangnya. Kashaff menyeringai keperitan. Kiah pula mengibas-ngibas buku
limanya. Mak oi, sakit gila ... dia ni makan ambil steroids ke apa? Badan keras
macam batu. Sakit tangan aku.
“Sakitlah bangang...”
“Kau tu bangang, bangang...”
“Eleh tak ori tiru abang...”
“Tak ada copyright abang pun kan?”
Puan Maimunah yang juga cantik berpakaian itu hanya menggeleng kepala
memerhatikan gelagat dua cahaya matanya itu. Dia mampir ke dapur.
“Apa ni bising dari tadi? Bangang lah, sakitlah...hish...ingatkan dah
besar panjang tak gaduh-gaduh dah.”
Kiah dan Kashaff terdiam. Kashaff secara spontan meraih pinggang Kiah
lalu memeluknya dari belakang. Senyuman manis dipamerkan kepada mamanya lalu
kepala adiknya dikucup sayang. Kiah
tayang “peace” siap-siap.
“Tak adalah ma, kami gaduh-gaduh sayang je. Kan dik kan?”
Kashaff berkata spontan dan Kiah mengangguk laju-laju. Yep, betul tu,
gaduh-gaduh sayang.
Puan Maimunah pula bercekak pinggang sambil menggeleng melihat gelagat dua
beradik itu, macam-macam karenah dari dulu sampai sekarang.
“Ewah ma, cantik ni? Nak ke mana? Dating ya?”
Kashaff menyakat pula mamanya setelah pelukan pada Kiah dilepaskan. Kini, giliran Puan Maimunah pula disakatnya.
Pipi mamanya sudah merah.
“ Selama ni mama tak cantik la ya , abang?”
Puan Maimunah buat ayat sedih. Kashaff menayang muka bosannya.
“God, you women are all alike.
Dah, malas dah nak cakap, makin abang cakap, makin korang minta dipuji
melambung-lambung. I’m out of here.”
Lalu Kashaff melangkah keluar dari dapur. Puan Maimunah tergelak melihat
Kashaff yang melarikan diri ibarat lipas kudung itu.
Kiah memandang mamanya yang galak tergelak itu. Matanya dilarikan atas
bawah meneliti mamanya yang sangat berseri itu.
“Amboi ma...pagi keluar hari ni?”
Kiah bertanya sambil mengemas permukaan kaunter itu. Mamanya tarik sengih mengada. Selendang di kepala di
tepuk-tepuk.
“Well, mama ada...date.”
Puan Maimunah berkata selamba. Namun, wajahnya sudah bertambah merah.
Kiah terkebil-kebil. Say what??
“You? A date? Wow...ada chance
nak dapat papa baru lah ni?”
Kiah bertanya. Puan Maimunah membuka peti lalu mencapai jus oren. Jus
dituangkan lalu dia menyisip seteguk air. Sejuk sikit anak tekak. Kemudian,
mata ditalakan pada Kiah.
“Baru, lama...sama saja kan? Oklah, I
think I heard your dad’s car kat luar tu. Bye bye, wish me luck!”
Dan, Kiah ditinggalkan tercengang di situ. Oh-my-god!
“Mama? Ayah? Dating? Owh...”
Kiah menggelengkan kepalanya lalu mengetuk pipinya perlahan. Bagus apa
kalau mama dengan ayah kahwin balik. Ayah pun sayangkan mama, jadi, tak adalah
pelik sangat. Biasalah, dulu-dulu, muda lagi, cerai tu ikut main suka sahaja
kan? Namun, manusia sentiasa melakukan kesilapan. But sometimes there’s a second chance waiting somewhere...for things to
be ammended again. Ini mungkin peluang kedua mereka, kan?
***
Tepat 8.30, Benji tiba dengan Luth di hadapan rumah Kiah. Kiah
mengangkut segala barang yang dia siapkan tadi dan meletakkannya di tempat
duduk belakang, di sebelah Luth.
“Kita nak pergi mana, Uncle Ben?”
Luth yang berada di tempat duduk belakang itu fasih bertanya. Dari mula
jumpa kakak Cinderella dia, mulut dia tak berhenti duduk cot-cet cot-cet
berceloteh. Dari perihal Uncle Long dia, sehinggalah perihal Uncle Ben dia.
“Picnic, boy.”
Selamba Benji menjawab sambil
matanya mengintai gerak geri Luth dari rear
mirror.
“Yes, picnic, but where at, Uncle
Ben?”
Kali ini Kiah pula bertanya. Dari tadi Benji merahsiakan tentang hala
tuju mereka ini.
“Haip. Mengada nak Uncle Ben juga ye Cik Kiah? Rahsia. Sekejap lagi korang
tahu lah.”
Kiah dan Luth tarik muncung. Benji yang melihat perbuatan seiras mereka
itu tarik senyum sungging. Kiah, mempunyai perangau yang sebijik macam mamanya
Luth. Gaya bercakap, cara senyum, cara pandang orang...
“Fine! Kalau macam tu, I tak
akan beritahu apa yang I bawa dalam
raga picnic tu. Rahsia.”
Kiah mengugut. Benji tergelak.
“Lorh, so what? I tak tanya
pun...” Benji tayang senyum selamba, dari sisi.
“I nak cakap jugak.”
Kiah tak mahu mengalah.
“Still... I tak nak tahu pun you
masak apa...nanti I tahu juga, kan?”
“Stop being a smartass la”
“Censor sikit, Luth kat
belakang tu.”
“Uncle Ben! Kakak used an F word!
Bad kakak!”
Adu Luth dengan muka serius.
“Ahh, kakak tak sengaja Luth!!!”
Ah sudah. Kiah cepat-cepat memandang ke sisinya. Ben juga turut
menayangkan muka serius. Gulp. Kan, dah keluar perkataan tak sepatutnya depan
budak-budak.
“Luth is right, bad kakak!”
Benji ambil port.
“Haip, awak jangan nak kakak sangatlah, awak lagi tua!”
Kiah mempertahankan dirinya.
“Smartass Uncle Ben...”
Luth mencelah dengan tiba-tiba.
“LUTH!! Bad word!”
Dua-dua suara menjerit kepada Luth. Luth ketawa terkekek-kekek di tempat
duduknya.
“Sorry...”
Dia mengangkat tangan gaya surrender,
macam gaya orang dewasa dah kalau
sekali tengok.
P/S : Sorry guys, but I was overwhelmed with the works at hand. Next week pula ada test, story tak best sorry, I am turning into a whacko.
Yeay.. new entry..tq writer
ReplyDeleteNk uncle long.. huhu..
ReplyDeletesuke nyeee kiah n benji
ReplyDeleteHahaha..so funny..luth comel lah..geram,ase nk cubit2 jew..
ReplyDeleteSuke..kiah n benji...
ReplyDeleteCiput
ReplyDeleteredpepperhere.
ReplyDelete*lugubrious*
it was nought rite?
XD i know u'r bz. its okay. btw, the entry wasnt sorely short. its not bean to yarn a story.knew it. cpt smbg ~ 'll b witng 4 the next
tyt.
yeaaa..xdpt uncle long..uncle ben pon ok!cute ape..hee..^_^
ReplyDeleteErrr.. ngan abg kay lagi besh kott.. ;)
ReplyDeletebiar la benji ngn jaz.. longlostgalfren diaa
ma~
Nk uncle long plak...windu..huhy
ReplyDeleteauuw. melayang2 kat awan chenta dah neh. tumpang chenta nukilan org pon boleh larhh.. :)
ReplyDelete