Bungkusan kedua
chupa chups itu dibuka dan dikemamnya di dalam mulut. Setelah itu dia bersandar
di muka pintu, memerhatikan Qays yang sedang bertungkus lumus memandikan Byron
itu.
“Eryna, daripada
kamu tengok saya macam tu, lebih baik tolong sabunkan Byron ni. Takut air
jantan ni sekor.”
Qays bersuara tanda
dia tak puas hati. Ingat senang ke nak mandikan kucing? Sangat susah tau, macam
bertarung antara hidup dan mati.
EE tarik senyuman
dia. Kepala digelengkan laju-laju. Upah sejuta ringgit pun dia belum tentu
setuju nak mandikan kucing jantan tu, Qays pun dah nyaris kena cakar tadi,
terima kasih jelah!
“Kovu buat jelah
sayang. EE tunggu sini, jadi cheerleader. Go Kovu, go go, go abang,go!”
Qays mendengus. Dia
mencapai gayung dan mencedok air lalu dibaling air itu ke arah EE. Senyap pun
EE, basah habis seluar dia, kena baling air. Dia mencekak pinggang.
Amboi-amboi, mentang-mentang dah pindah masuk rumah mereka, dah dua hari tak
duduk dengan Mama Era,singa ni dah tunjuk belang ya? Main simbah air pulak ya?
Siap Kovu ni!
“Haip! Sengaja
basahkan orang! Suruh tidur luar tengah hujan malam ni baru tau.”
EE tarik muncung.
Tangan masih dicekak ke pinggang. Qays gelak sahaja. Siap dah mandikan Byron,
dah wangi pun. Dia bangkit dan mencapai tuala untuk mengelap Byron sehingga
kering. Kemudian, dia melepaskan Byron.
“Kalau Kovu tidur
luar, ada yang tak lena malam ni.”
Selamba Qays
berkata, kebenaran apa. EE ni dah terbiasa peluk Qays masa tidur. Hilang bantal
peluk ni, mana nak cari ganti.
“Pandai je dia, tak
terdesak sangat lah nak peluk awak tu.”
EE sesuka hati dia
saja menjawab. Qays sudah menjungkitkan keningnya tinggi-
tinggi. Tak terdesak?
Malam-malam dia nak betulkan posisi pun orang tu dah merengek, itu ke namanya
tak terdesak.
Qays menghampiri EE
dan memeluknya. Baju Qays yang lencun itu telah turut membasahkan pakaian EE.
“Apa ni! Apa
ni!Basah la...miang nak peluk pulak dah.”
EE merengek. Qays
tahan gelak saja. Payback time Cik Eryna, siapa suruh mulut tu tak ada insurans
sangat?
“Tak terdesak ya?
Kovu ni miang ya? Nak suruh Kovu tidur luar ya?”
Qays sudah buat
suara mencabar dia. Muka dah habis serius. EE dah telan liur, muka pakcik ni
habis mischievous, aiyak! Masuk mulut buaya dah engkau EE, jangan sekali
mencabar orang yang pantang dicabar tau. Selalu kau lupa bab tu kalau dengan
Uncle Long ni! Nyanyuk betul.
Qays sudah menarik
tangan EE ke dalam bilik air itu. Kemudian dia tutup pintu bathroom itu . EE
sudah ternganga, semua benda yang dia baca dalam novel romance tu dah terlintas
dalam fikiran dia. Omaigod, Qays...dalam ni? Tak mungkin! No way. No way.
EE tak sedar yang
dia sudah ditarik ke ruangan shower. Qays pula dengan tak berhati perut dia
membuka paip dan habis lencun EE, dari rambut sampai ke kaki. Menjerit minah tu
bila dah kena air yang sejuk tahap ais tu. Luar hujan lebat, logik la air sejuk
tahap ais, kan?
“Turn it off! Euh,
Qays!”
EE memeluk badannya
yang menggigil itu. Yang hairannya, chupa chups dalam mulut tu masih belum
dilepaskan. Yucks!
“Apa dia? Kuatkan
air? Okay!”
Qays buat-buat tak
dengar. Dia pergi kuatkan air. EE menghentak-hentak kakinya. Dia cuba untuk
tolak Qays ke tepi, tapi tak larat, Qays tu berat macam polar bear. Sejengkal
pun tak berganjak. EE memandang Qays dengan geram.
Tanpa berfikir
kesan dan akibat, EE memijak kaki Qays, kuat. Lepas tu, dia tendang pula Qays
dekat celah kangkang. Tak adalah kuat sangat, kan tak mengandung EE nanti,
tendang nak kasi Qays tunduk je, nak tutup air shower ni.
Qays pula sudah
mengaduh kecil. EE cepat-cepat tutup air, kemudian dia membuka pintu ruangan
shower itu. Akibat licin, dia tersadung sedikit. Namun Qays sempat tangkap EE.
EE yang masih geram itu cepat-cepat merungkai tangan Qays dipinggangnya lalu
keluar dari bilik air itu dalam keadaan yang basah kuyup. Chupa chupsnya turut
dibuang, dah pelik rasa, kena air.
Tuala dicapai dan
dia mengelap badannya. Tubir matanya terasa panas. Qays ni, nak gurau pun
janganlah overboard. EE menyalin pakaiannya, dah yang tu dah lencun teruk, mau
tak demam kalau tak tukar.
Dengan air mata
yang mengalir, dia membuka wardrobenya. Baju kelawar yang ada print leopard itu
dicapai dan disarungkan. Kemudian dia tunduk ke kakinya, patutlah pedih, dah
berdarah dah ibu jari tu. Semua ni Qays punya pasal. He is too rough.
“Eryna...”
Qays keluar dari
bilik mandi dengan hanya bertuala pada paras pinggang. EE yang tengok tu agak
tergoda, tapi dia pendam jauh-jauh perasaan tu, sekarang, nak merajuk
puas-puas. Kasi Qays rasa sikit, orang tengah PMS dia nak buat gurau bodoh dia.
EE tak jawab
panggilan Qays. Dia buat seakan-akan Qays tak wujud di dalam bilik itu. Qays
sudah rasa serba salah. Kemudian EE keluar, turun ke bawah lah tu.
Qays menyarung kain
pelikatnya dan kemudian t shirt Superman. Bagi EE cool dulu, baru dia pergi
pujuk. Ni baru first time EE betul-betul bengang dengan dia, even Qays pun tak
tahu macam mana nak handle keadaan ni. Perhatiannya kembali pada celah kangkang
dia, kuat juga penangan bini dia tadi.
Kena letak ais ni, adoi, nasib baik
boleh lagi jalan straight. Kaki dia pun sakit kena pijak. Sekurang-kurangnya,
sekarang dia tahu EE akan selamat kalau kena usik dekat lelaki lain pun sewaktu
dia ada.
Qays perlahan-lahan
membawa dirinya ke dapur. Pintu peti ais dibuka, alamak, ais tak cukup!
Matanya terpandang
pada paket kacang peas itu. Dia mencapainya, apa-apa jelah, asalkan sejuk!
Kemudian, dia membawa langkah ke sofa EE sedang duduk dan turut melabuhkan
punggungnya di sebelah EE yang tengah tunduk rawat kakinya itu.
Qays letak paket
peas itu pada you know where. Dia kemudiannya memandang EE. Tangannya
dilekapkan pada kepala EE. EE menolak begitu sahaja. Qays mendengus.
“Sayang, sorry
okay? I was overboard. Forgive me?”
EE terkaku. Itukan
yang dia nak dengar dari tadi? PMS punya pasal, dia rasa nak menangis lagi.
Payah jadi wanita ni, hormon tak menentu.
EE mengangkat
kepalanya. Plaster sudah ditampal pada lukanya tadi. Kemudian dia memandang
Qays, namun belum sempat mata dia pandang muka Qays, dah tersinggah dekat peha
Qays. Itu dia, paket kacang peas dia dah ada dekat situ.
“Apa peas tu buat
dekat situ?”
EE bertanya. Muka
dia masih ketat, walaupun air mata masih mengalir.
“Sayang tendang
sampai lebam?”
Qays cuba tarik
muka comel dia. Lama tak buat muka comel, entah jadi ke tak. EE cuba tahan diri
daripada senyum. Sumpah, lawak. Dia tak tahu pulak dia beri tendangan maut
tadi.
Qays sudah nampak
EE yang tahan gelak tu. Kena tekan suis gelak dia, then mesti keadaan kembali
normal.
“Eleh, dia nak
gelak la tu kan? Kan? Kan? Nak cover tapi tak jadi.”
Qays mengacah. Jari
telunjuk Qays dah hinggap pada leher EE, tempat dia paling geli sekali. Apa
lagi EE, nak kena suis tu, memang gelak tak henti la.
Qays mencucuknya
berkali-kali. Sampai nyaris tergolek jatuh dari sofa. Terbaring sudah EE itu.
Jantungnya berdetak laju, Qays memegang kedua belah tangannya. Nafas mereka
sudah tercungap.
"Okay! Okay! Dah,
tak merajuk dah! Stop poking me, Kovu!”
Qays menghembus
nafas lega apabila melihat senyuman pada wajah EE. Syukur sangat dah okay.
“Sayang Eryna.
Makin cantik bila tak merajuk. I am sorry ya, love?”
Macam mana EE nak reject
ucapan maaf seikhlas tu? Even dia pun tercair on spot. EE mengangguk. Dia
memeluk Qays erat. Nak manja-manja la ni, nampak gayanya.
“Jangan buat lagi
tau. Sejuk tau. Ahchum!”
Untuk menguatkan
lagi point, EE buat-buat bersin. Qays sudah angguk kepalanya. Kepala EE diusap
sayang.
“Abang janji. Err,
sayang. Boleh tak jangan duduk atas riba? Still a little bruised over there.”
EE pun tak sedar
sejak bila dia duduk dalam ribaan Qays. Cepat-cepat dia berganjak, nasib baik
rumah sendiri, kalau rumah Mama Era, mana nak letak muka?
“Sakit eyh? Padan
muka, siapa suruh buat macam tu sangat.”
Qays gelak
mendengar omelan EE. Ada-ada ja minah ni nak tambah.
“Eryna pun sampai
hati tendang suami.”
Eryna mencebik.
Qays tergelak lagi. Nak gelak pun seksa tahu. Perit.
“Kovu sampai hati
dulu. So, bukan salah Eryna sebab react macam tu.”
Dah macam nak gaduh
balik je ni. Qays, take control dude!
“Okay, fine. Abang
salah, kasi senyuman yang paling manis satu for me?”
Qays request
elok-elok. EE buat muka unbelievable dia. Kening dijungkitkan.
“Kasilah. Abang
upah chupa chups kalau Eryna senyum.”
Itudia. EE dah
senyum tahap 800 MegaWatt. Chupa chups, siapa yang tak nak? Tambah-tambah yang
cream punya tu. Yummy!
“Alahai comelnya.
Esok kita pergi seven eleven ya? Kita beli 5 chupa chups. Cukup?”
EE rasa sayang
sangat dekat Qays sekarang. Kepala diangguknya, lima, teramatlah cukup. Haih EE,
mahu tak rongok gigi kamu lepas ni. Pulun sama itu lolipop, macam budak 2
tahun! Tak tahu malu betul.
“Cukup sangat!
Sayang Kovu!”
Hati Qays rasa berbunga sahaja. Senang nak
umpan isteri dia ni. Macam budak kecil pun ada. Wajah EE masih belum lekang
dari senyuman.
“Bagi cekelat baru
nak sayang.”
Sakat Qays. EE
sengih manja. Tentulah!
“Tak, bagi
cekelat lagi sayang.”
EE memperbetulkan
ayat Qays tadi. Qays hanya gelengkan kepalanya sahaja. Sering nak menang EE ni.
“And abang, kacang
peas tu, lepas pakai sila buang. Tak sanggup EE nak masak dah lepas ni.”
EE mengarah Qays.
Qays buat muka tak bersalah. La, bukannya kotor pun. Masih dalam paket apa peas
ni, dia pun pakai sarung apa.
“Membazir saja.
Masak jelah.”
Qays merungut.
“No way! You dah
letak dekat situ, tak kira lapik ke tak ke,still tak senonoh.”
Mem besar dah
bersuara, Qays ikut saja. Kalau tak, ada lah yang tarik muncung lepas ni.
*** Cat & Byron
‘Dios mio!
Catarina...mana you ni! Tengok ayah buat apa pada I?’
Byron yang baru
dilepaskan dari cengkaman maut dan air sejuk itu berlari mencari sang pujaan
hati. Cat ni pun mana?
‘Alah you ni, mandi
je pun. Hurm...very...nice...smell...’
Cat berkata dengan
muka menggoda dia tu. Byron tak jadi nak marah apabila melihat muka menggoda Cat
itu.
‘You should warn me
perihal mandi tu. I hate water.’
Byron berkata dalam
nada yang geram. Cat pula sudah menghampirinya. Dia menggesel kepalanya pada
kepala Byron.
‘But you look so
handsome after your bath, purr. More irresistable.’
Cat menjilat pipi
Byron. Terus terangkat ekor Byron, alahai, Cat. Penggoda betul kau ni, dasar
kucing miang.
‘Dios, Catarina.
Don’t go there. You know where you will end up.’
Byron berkata dalam
nada menggoda. Cat senyum miang. Just imagine kucing boleh senyum lah ya.
‘Mana? You sejuk
kan Byron? Basket kita tu cukup...hangat.’
Lalu Cat berlari masuk
bakul. Byron sudah mengiau. Suara dia garau pelik.
‘You asked for it,
cara!’
Byron pun ikut
jejak Cat tadi. Haih, kalau macam inilah gayanya, esok lusa ada kittens la
duduk merayap dalam rumah ni.
***
EE dengan
bahagianya mengigit chupa chups itu. Qays tepati janji dia, tadi, Qays keluar
pergi pasar, then dia singgah 7E. Muka EE bercahaya apabila Qays menyerahkan
satu plastik dengan Chupa Chups itu.
Ini sudah batang
yang ketiga yang dimakan EE. Qays tak mahu cakap apa-apa, dia duduk diam tengok
TV saja. Kalau cakap, Eryna merajuk.
“Aduh!”
EE menjerit. Dia
baru nak gigit Chupa Chups itu namun tiba-tiba gigi rahangnya terasa sakit dan
sengal. Qays mengalihkan perhatiannya, dari Discovery Channel, ke EE yang sudah
mencabut lolipop itu dari mulutnya. Mata EE sudah berair.
“Kenapa?”
Qays bertanya
sepatah. Dengan reaksi EE, dia sudah dapat mengagak yang EE itu sakit gigi.
“Sakit. Uhuh
Kovu...sakit sangat!”
Qays bangun dan
menghadap EE. Matanya menikam EE tajam. Dia suruh EE nganga dan dia tengok
sendiri gigi EE tu. Macam dah goyang pun ada.
“Kita pergi
dentist? Dah goyang tu giginya.”
Qays cadangkan. EE
angguk laju-laju. Dia cepat-cepat bersiap.
***
“Oh no, tak ada parking la, Eryna turun dulu, Kovu pergi cari parking spot.”
“Oh no, tak ada parking la, Eryna turun dulu, Kovu pergi cari parking spot.”
Qays berkata
setelah tiba di hadapan klinik gigi itu. EE nak tak nak saja turun. Tempat dia
paling benci adalah klinik gigi. Entah kenapa, dari dulu lagi.
“Abang datang tau!”
EE mengingatkan
Qays sebelum dia tutup pintu. Qays sudah angguk. Mestilah dia datang, takkan
nak tinggal EE dekat situ pulak.
EE menabahkan hati
untuk masuk ke klinik itu. Dia register di kaunter reception dan menunggu
gilirannya. Tak ramai orang hari ni.
“Eh? Ezza Eryna?
You Eryna kan”
EE yang tadi duduk
termenung pandang lantai sudah berpaling pada suara itu. Macam kenal ja, tapi
di mana ya?
EE memandang tuan
punya suara. Matanya kembali bersinar. Bukan macam kenal, tapi memang kenal
pun!
“La! Abang Shah? My
goodness! Abang sihat?”
EE sudah senyum ke
telinga, dihiraukan giginya yang sakit. Abang Shah tu pun sudah duduk tepi EE.
Abang Shah, orang pertama EE pernah crush dulu. Cinta monyet masa form one
dulu, Abang Shah pula sudah upper six ketika itu.
Memang Abang Shah reject EE
sebagai kekasih, tapi dia terima EE sebagai adik angkat. Abang Shah kata, nak
cinta-cinta, tunggu EE habis sekolah dulu. Lagi best. Abang Shah ni jiran dia
masa duduk rumah lama, sebelum mama dan baba bercerai. Namun, mereka lost
contact, Shah ke overseas, EE pindah rumah. End of story.
“Sihat la sayang
oi! I am fit, and rocking as ever.”
EE senyum. Apalah
obvious sangat soalan dia tu.
“Ni datang klinik
abang ni kenapa? You are still hung up with candies aren’t you? Dah, come on.
Abang cek kan.”
EE telan liur. Klinik
Abang Shah ni? Wow! Memang ikut jejak langkah Uncle Saiful lah, like father
like son. Ayah doctor, anak dentist. Siap klinik sendiri.
Abang Shah sudah
menarik lengan EE lembut. EE terus terlupa tentang Qays. Ala, dia masuk
tu,pandai-pandai dia tunggu. Ya Allah, lama tak mumpa Abang Shah, makin kacak
dia sekarang. Dah kahwin ke dia ni?
EE berkira-kira
sendiri di dalam otaknya. Sedar-sedar dia sudah berada di atas dental chair
itu.
“Nganga luas lagi
Eryna. Hurm, gigi cantik, goyang sikit tapi tak apa, sayang rasa sengal sebab
ada lubang. Abang simenkan ya. Just be a good girl, and layback. Sekejap saja
ni.’
EE ikut sahaja.
Tenang dia rasa mendengar suara Abang Shah yang memang tahu apa yang dia sedang
buat itu. Well, he is the expert there, memang EE kena trust abang angkat dia
ni lah kan.
Memang rasa sekejap
saja, tengok-tengok dah selesai pun rawatan giginya itu.
Abang Shah tarik
senyum manis. Dia memegang sebiji coklat di tangan. Kemudian dia tenung EE.
“Macamm abang
selalu pesan dengan patients sebelum ni, always brush your teeth, and come for
check-ups every six months. Okay?”
EE rasa pipinya
panas. Alahai, dia layan aku macam budak-budak pula.
“I know abang.”
EE berkata sepatah.
Coklat itu dirampas dari tangan Shah. Tergelak Shah dengan perlakuan EE itu.
Masih tak berubah, still the 13 year old girl yang confess dengan dia dulu.
Still that caring and loving Eryna.
“Setahu abang,
budak tu yang paling tak suka jumpa dentist. Kahwin dengan dentist baru tahu.”
EE menjelirkan
lidahnya. Tak mungkin dah nak kahwin dentist, dia dah dapat COO sebagai suami,
namun entah mengapa tak terkeluar kata-kata tersebut. EE hanya senyum.
“Okay then. Jom,
abang hantar Eryna ke luar.”
EE angguk. Dia
membontoti Abang Shah.
“Before that, may I
have your number? And your mom’s? Mama abang dah lama nak call Mama Rina, tapi
dia lost her number.”
EE hanya memberikan
apa yang dipinta itu. Sekian lama tak jumpa, rasa seronok pun ada. Rasa rindu
pun turut ada.
“Save elok-elok. Kirim
salam EE dekat mama abang ya?”
EE pesan, setelah
itu mereka keluar dari bilik rawatan itu. Qays yang tengah menghadap majalah
itu bangun apabila perasan akan EE yang baru keluar itu.
“Shah!”
Qays menghampiri EE
dan Shah. Shah senyum buat kesekian kalinya. Murah betul dengan senyuman.
“Hey! Qays...”
Shah memeluk Qays.
Qays juga menepuk belakang Shah. Kawan rapat dari A levels dahulu, housemate di University, sampai sekarang
kekal persahabatan mereka.
“ Amboi engkau! Aku
ingat kau still ada dekat England, conference apa dah yang haritu kau cakap tu.
Cakap kat sana sampai half the year.
Balik pun tak cakap.”
Qays merungut. Shah
gelak. EE pula terkaku. Mereka saling kenal? My husband and my ex-crush saling
kenal? Aiyoyo.
“Tak adalah. 3
bulan saja. Eh...sorry Eryna. This is...”
Shah yang baru
ingin memperkenalkan EE kepada Qays itu terhenti apabila Qays menarik EE dan
memeluknya dari belakang. Shah terasa marah tiba-tiba. Apa biadab sangat Qays
ni?
“I know her Shah.
Sayang, ini Shahzad. My best buddy since A levels until now. Shah, my wife.
Ezza Eryna.”
Qays dengan
bangganya membuat sesi introduksi. EE nak tak nak tarik senyum sahaja. Shah
juga, tarik senyuman yang kelat. Eryna dah kahwin, tak bagitahu abang pun?
Sayang dah kahwin?
Shah kembali
menarik senyumannya. Dia lagi sekali memeluk Qays. Belakang Qays ditepuknya.
“Congrats bro.
Cong...rats.”
Sambil itu Shah
memandang EE. EE menggigit bibirnya. Abang Shah, EE tak tahu EE akan jumpa
abang balik. Kita lost contact, and Qays, Qays seemed to be the right guy.
“Haha, aku nak
jemput engkau, tapi engkau tak ada dalam state. It’s cool, nanti kau datang
rumah mama aku, I’ll text you the date later.”
Shah angguk. Qays
senyum.
“You better! Kahwin
pun tak bagitahu. Okaylah bro, next patient punya turn pula.”
Shah berkata kepada
Qays. Kemudian dia menghadap EE.
“Sa....I mean
Eryna. Jangan kuat sangat makan sweets. Qays, ingatkan your wife ni, aku dah
simenkan gigi dia, berlubang.”
Nyaris Shah nak
panggil EE sayang tadi. EE perasan, Shah tengah tahan perasaan dia. EE pun rasa
serba salah.
“Yes doc.”
Sepatah EE
menjawab. Muka dia sudah tak seceria tadi, raut wajah Shah pun sama. Semua
nampak sangat fake, like a facade.
“Thanks Shah! Nanti
aku discuss dengan Mama pasal dinner tu. See you.”
Qays berkata
sebelum berlalu. Tangannya diletakkan pada pinggang EE. Shah memandang mereka
pergi dengan hati yang sebak. Eryna... I was waiting for you to grow up. Simply
waiting, damn!
***
“Hey, moyok kenapa?”
Qays bertanya
apabila mereka sudah berada di dalam kereta. EE memandang Qays. Ya Allah, apa
dia dah buat ni? Kenapa dia lupa janji dia dengan Abang Shah dulu?
“Sengal gigi, Kovu.”
EE beralasan logik.
Qays mengangguk. Dia mengucup perlahan pipi EE.
“There, I have
kissed it better. Kejap lagi okay lah tu.”
Qays berkata
prihatin. Sayang sangat dekat wifey dia ni. EE tarik senyum.
“Thank you.”
EE ucapkan kepada
Qays. Kenapa dengan hati dia ni, Qays tu punya baik, kenapa hati dia masih lagi
rasa gelisah? Kenapa hari ni juga dia jumpa balik Abang Shah? Dan, kenapa
sebelum ni dia langsung tak ingat dengan janji bodoh dia dengan Shah dulu? Why
today?
“Anything for my
sweetheart. Love you, sayang.”
EE tersentak.
Alahai, hari ni pulak dia nak cakap I love you. Sebelum ni, dia pernah cakap
tak? EE pun dah lupa.
“Love you too.”
EE balas. Love? Ke
sekadar formalities. Dengan Shah in the picture, EE sudah tak tahu apa yang
sepatutnya dia rasa.
best2
ReplyDeletesuka part cat,,patut ade stiap bab lahh...blh takkkkk
ReplyDeleteInshaAllah, akan dicuba, walaupun tak kait dengan scene hero heroin! haha, XD
ReplyDeleteoh no..jgn la EE nk blik plak dgn shah..kata kovu lelaki idaman..btambah sweet plak kovu nie
ReplyDeleteBest sgt....terbaeklah cite ne....nak2 part cat 2......sweeet sgt.....
ReplyDeleteOH NO! KENAPA ADA SHAH PULAK NI? JGN LA ADA KONFLIK BERAT-BERAT. SI QAYS TU DAH OK DAH. OR U AKAN TIMBULKAN WATAK PEREMPUAN LAIN YG SUKA KAT SI QAYS TU. TAPI TAK NAK SEDIH-SEDIH TAU....
ReplyDeleteOH chupa chups!! yg cream.. superb!! :) cat lovey dovey tu wat citer ni unique.. keep up!!
ReplyDeleteayookkkk delema la plak EE
ReplyDeletealamak..tgh syok syok jiwang karat ni..tetiba ada watak pengacau lak... harap2 x de krisis teruk2 sgt ekkk...gaduh2 manja je ok...
ReplyDeleteAlaaaa~~ Mana pulak datang si Shah tuu,,Konflik dah bermula~
ReplyDeleteShah turun dari langit! haha, setakat ni itu je kut watak dalam ni, tak ada kut perempuan lain. Lelaki lain saja dah memadai =D
ReplyDeletebest2....gedik lah pulak si cat tu..
ReplyDeletehaha,good job writer....
tudia...dh keluar dh wtk bru dlm ni...agk2 cter ni byk konflik x kak???kak,cter ni nk bt novel ke mini novel?
ReplyDeleteanonymous : Novel or mini novel itu belum pasti, tapi hal publish, hundred percent cerita ini khas untuk blog ini sahaja, i will not submit it anywhere. Kalau ada terjumpa cerita ni kat mana2, sah orang tu ciplak sini punya. So no worries, saya tau perasaan orang baca e-novel and then suddenly next day stop sbb kena publish. Yes, memang tak akan diterbitkan mana-mana. My next novel, mungkin, this one, nope, tidak, nicht, nehi. =D
ReplyDelete