“Wawa...”
Wawa
cepat-cepat menyorokkan I-padnya ke bawah bantal sofa apabila suara garau
tersebut menegurnya. Nafas ditarik dalam-dalam sambil tangan merapikan rambut
di dahi.
‘Buat muka innocent,Wawa. Innocent!’
“Ya abang?”
Wawa
menyahut sehabis lembut. Tangannya sekali lagi dilarikan sekeliling bantal sofa
tersebut agar Thariq tidak memarahinya kerana asyik dengan I-pad 24-jam.
Thariq muncul di hadapan Wawa sambil
bercekak pinggang. Wawa sedaya upaya menarik muka tidak bersalahnya ke arah
encik suami.
“Kenapa pandang Wawa macam tu?” tanya
Wawa apabila Thariq merenungnya tajam.
Senyuman sinis terbit pada bibir
Thariq, seraya itu, tangan kanannya pantas mengangkat bantal di sebelah Wawa.
Gotcha!
“Ab...abang...I can explain.” Wawa tergagap-gagap cuba mempertahankan dirinya
apabila Thariq dengan lajunya merampas I-pad dari sisinya.
Thariq menggelengkan kepalanya
laju-laju.
“Hari ni dah exercise?”
Wawa
cepat-cepat geleng kepala. Bibir bawahnya digigit.
“Bananas
dah makan?”
Geleng
lagi.
“Your
milk, ada minum?”
Geleng.
“Quran ada baca?”
Geleng.
“Badam makan tak?”
Geleng lagi.
“Supplements?”
Angguk, akhirnya.
“You
are making me pissed off, tahu tak Wawa?”
Mata
hijau biru seakan-akan hazel itu menikam tepat anak mata Wawa. Gulp! Wawa telan
liur. Sah...sekejap lagi Hitler tu munculkan diri dia.
“Tahu tak, abang tanya?” suara
Thariq naik seoktaf apabila Wawa diam tidak berkutik.
Wawa pula, cepat-cepat mengangguk
apabila Thariq sudah naik berang.
“Kenapa tak exercise? Nanti nak duduk tiga hari dua malam ke dalam bilik
bersalin tu?”
Wawa diam.
“Dah bangun. I-pad ni abang sorok
sampai Wawa buat apa yang Wawa kena buat. Ingat, we have to care for our baby. Especially you, sayang.You need to be
healthy, in order for our child to be healthy too. Kalau Wawa asyik duduk
aja seharian, then you will have a
difficult childbirth later on.” Thariq mula berceramah.
Wawa mengeluh berat.
“Wawa penat...look. My tummy is so big, semput tahu. Abang mana nak tahu, bukan
abang yang bawa perut ni. Kerja abang mengarah Wawa aja 24-jam.” Adu Wawa.
Bibirnya sudah memuncung ke hadapan.
“Alasan. You are just being lazy.”
“Being
pregnant allows me to be lazy, abang.”
“Tengok tu. Orang cakap bukan dia
nak dengar.” Ujar Thariq sambil duduk di sebelah Wawa. Wawa membuat muka
toyanya. Sejak mengandung ni, rasa payah nak dengar cakap Thariq ni. Semua dia
cakap, semuanya Wawa nak bantah. Ikut kepala angin sendiri.
“Wawa penaaaat. Abang, picit kaki
Wawa...” tuturnya lembut, kali ini. Kepala disandarkan pada bahu Thariq lalu
digeselkan di situ sejenak. Thariq mengeluh perlahan.
Bahu Wawa dipeluknya lalu diusap
manja. Sekejap macam tu, sekejap macam ni. Wawa, wawa.
“Baring cepat. Ada-ada aja alasan
dia nak lari dari threadmill tu kan?”
kata Thariq serius, namun permintaan Wawa diturutkan jua.
Wawa cepat-cepat baring di atas sofa
itu lalu kakinya dilunjurkan ke atas
lutut Thariq.
Tangannya pula memegang perut yang sudah
memboyot itu. Dah macam gunung dah.
Thariq mengangkat kakinya lalu
bangkit. Wawa terpempan. Eh? Kata nak urut...tu nak pergi mana pulak?
“Alaa abang...” rengek Wawa.
“Nak ambil krimlah. Takkan nak urut
macam tu kut, sakit nanti awak tu.” Cepat Thariq membalas.
Wawa tersengih sendirian. Itulah,
cepat sangat melatah kau ni Wawa. Laki kau tu understanding juga kekadang tu.
Seketika kemudian Thariq kembali ke
sofa. Kaki Wawa diurutnya sehabis lembut. Namun, bagi Wawa, sehabis lembut pun
dah rasa macam nak meraung bagi satu pekan dengar. Sakit oi!
“Dah.” Tutur Thariq apabila siap
mengurut kaki si Wawa. Dia kemudiannya memandang Wawa sekilas lalu menyentuh
perlahan perut Wawa.
Thariq letak aja tangan, baby dalam perut Wawa mula nak tendang
bertubi-tubi.
“Tskkk! Ganas betul anak kita ni.
Sebab tu Wawa penat, abang.”jelas Wawa. Betul, baby dia ni asal dengar suara papa dia nak tendang, asal nak exercise mula tendang, asal nak makan,
tendang lagi.
Kalau tendang ringan-ringan tak apa,
ini...tendang macam main bola. Penatlah mama dia nak melayan. Baik duduk
diam-diam, hadap I-pad, baby pun kurang
hyperactive.
‘Anak papa ni...buat mama penat ya?
Tengok, kan mama dah guna alasan nak
jadi malas tu.’
Ujar hati Thariq sambil tersenyum
kecil. Dia tunduk mengucup perut Wawa sesaat dua.
Wawa tersenyum lebar. Anak sulung
mama ni memang anak papa Ariq betul!
“Eeepp!!!” Wawa jerit kecil apabila
Thariq menyelak baju yang dipakainya. Thariq menjelingnya sekilas lalu Wawa
terdiam.
“Stretchmark
punya krim pun tak pakai budak ni. Semua nak abang buat kan ke? Pemalas ni.”
Thariq mencubit sedikit paha Wawa
lalu menarik turun baju isterinya. Wawa tayang sengih nakal.
“A’ah. Kalau abang boleh tolong exercise kan sekali, lagi bagus.”
Pandai
Wawa mencari helah. Thariq laju menggeleng lalu menarik Wawa untuk bangun.
“Enough
of your nonsense. Jom, abang teman Wawa atas treadmill.”
“Alaaa...”
“Apa ala ala? Nak abang masukkan kelab
Zumba baru nak bersenam? Wawa prefer
Zumba ke a simple five minutes walk on a
treadmill?”
Terdiam Wawa dibuatnya. Zumba? Dia
nak aku shake my bom bom
tengah-tengah mengandung ni? Rela aku berjalan pada menari tu!
“Fine!
I’ll walk, hitler.”Wawa mengalah.
Tangan
didepakan ke arah Thariq dan Thariq menariknya untuk berdiri.
“Now
that’s my darling wife.”
“Baru dia nak puji.”
“You
gotta earn it baby. Reinforcements. Wawa buat apa yang abang suruh, baru
abang akan puji.” Thariq memasang helahnya.
Wawa mencebik. Ish!!
“Dah...sit here.” Thariq menarik kerusi kecil di tepi rak kasut lalu
menyuruh Wawa duduk. Wawa akur lalu duduk.
Thariq melutut di hadapan Wawa
kemudiannya menyarungkan stokin pada kaki Wawa, diikuti dengan sepasang Nike
berwarna biru muda.
Setelah itu, Wawa ditarik ke tingkat
atas sekali untuk menghadap musuh ketatnya yakni inche Treadmill.
Thariq menekan butang, menetapkan
kelajuan pada kadar 3km/jam. Timer
disetkan selama lima minit.
“Ready?”
tanyanya kepada Wawa.
‘Teeeeeeeeeeeeeet’ mesin itu mula
bergerak dan Wawa nak tak nak kenalah juga gerak.
Thariq tersenyum lalu mencapai tali skippingnya.
“Skip
in front of me, will you?” kata Wawa tiba-tiba.
Thariq
tergelak kasar.
“Why?
You need a nice view for more reinforcement?”
Sakat
Thariq kembali. Dia bergerak ke hadapan treadmill Wawa lalu mula skipping.
“Wawa tengok abang, kejap aja masa
berlalu. So I would not feel like walking
at all.” Jawab Wawa selamba.
“Gatal.”
“Abang nak Wawa letak muka Chris
Hemsworth ke abang nak Wawa tengok abang aja? Pilih?”
Serius, nada Wawa.
Thariq senyum senget.
“Baby tu Papa Ariq punya, bukan Thor
awak tu punya. Buat apa nak letak muka dia? Nanti anak Papa Ariq tak ikut muka
papa dia.” Alasan tak boleh pakai dari Thariq itu membuat Wawa senyum.
Papa Ariq oi...hitler tak hitler,
sekali keluar ayat sentap, manja habis!
“Sentap lah tu.” Sakat Wawa.
“Agaklah. Abang dah sedia kacak,
Wawa ada hati nak tilik muka matsaleh tu.”
“Dah abang suka paksa Wawa.”
“For
your own good, sayang.” Tali skipping
Thariq semakin laju. Peluh mula
merenik pada dahi Thariq, manakala Wawa masih steady.
“Wawa tahu.”
“Tahu...tapi masih tak buat pun tak
ada guna.”
“Saja je. Suka degar abang berleter.”
“Nakal Wawa abang ni.”
“Yap. One more minute, then give me back my I-pad.” Ucap Wawa sambil
mengenyitkan matanya ke arah Thariq.
Thariq mendengus.
“Tak habis-habis.”
“Tengah cari nama la abang.”
“Hum. Yelah.”
“That’s
my Papa Ariq.”
“Me-nga-da.”
“And
yet you love me, kan?”
‘Teeeeeeet’.
Bunyi mesin itu menandakan lima minit sudah berlalu.
Wawa
tersenyum lebar. Thariq mengerutkan hidungnya.
“That’s
a fact, Wawa pemalas. Dah, go meddle with your gizmos, abang bawakan your fruits, nuts, and milk. Kena paksa
baru nak minum. Semua nak tunggu abang.”
“Everything,
should be fair in pregnancy.You are so lucky mister, that I did not stick a ten
pound brick on your tummy for you to carry.”balas Wawa mudah. Thariq buat
muka toya.
“Yelah yelah. Cakap abang hitler,
dia tu lagi hitler.”
“And
yet abang sabar aja kan?”
“Have
to.”
“That’s
my husband.Sayang abang.”
“Iyalah. Sayang Wawa and
baby juga.”
The End
=)
=)
kyaaa...abg thariq is so sweeettt <3..love thi SE kak shamien :)
ReplyDeletethanks iman
Deletecayalah my abe thariq....cam sweettttttttttttttt jer....
ReplyDeletetq iman and bella
ReplyDeleteX sangka ada SE.
ReplyDelete. Sambunglah lg ye
ala...tak cukup...nak lagi sweet giler abg thariq ni..best kut kalau dapat husband camni...huhu...mana nak cari ni...
ReplyDeletebeats me, nak jugak macam ni kan? doa la sampai dapat
Deleteouchhh sweet husband..jeleznye..agak2 ad kew husband mcm ni?? huu
ReplyDeleteentah
DeleteSweet..
ReplyDeletesweetnyer................
ReplyDeletei just love how you use dat english language! sound so cool for me! keep on writing cause i will always waiting for your cerpen ;)
ReplyDeletewahhhh nak suami mcm nie ~~~
ReplyDelete