Wednesday, December 17, 2014

Cerpen : Sarikeya



Beberapa bulan sebelumnya...

Kakinya dipecut ke arah lobi hotel. Puas hati dia, puas! Padan muka kau Hud. Jangan ingat kau dah curang dengan aku, aku akan duduk diam tengok kau bahagia!

Keya terasa bangga dengan dirinya. Pertunangan Hud dicerobohnya. Sempat juga dia melayangkan sedas dua penampar Siam kepada lelaki tak guna tersebut.

Lantaklah orang nak kata dia apa. Asalkan hati dia puas!

Keya terhenti apabila kakinya keluar dari pintu utama hotel tersebut. Dia memandang lelaki yang sedang enak bersandar pada Kawasakinya. 
Amboi, enaknya dia sandar pada motor aku. Helmet aku pula sesuka hati ditimang-timangkan. Memang semua lelaki nak cari pasal dengan aku ke apa hari ni?

Keya merenung lelaki itu tajam. Namun beberapa saat kemudian, mata lelaki tadi bertemu dengannya.

“Your bike, Bimbo?”
Mata Keya mencerlung.
Bimbo?
Ke dia cakap dengan orang lain ni? Telunjuknya dihalakan ke dada.
"Yes Bimbo, you. Come here."
Lelaki itu menggamitnya. Keya mengetap bibirnya. 
Biadap! 
"Sini. Cepatlah." Dia mengarah lagi.
Keya tergamam. Who the hell is this guy again?

Tanpa lengah, Keya menapak ke arah lelaki itu. Belum sempat lelaki itu cakap apa-apa, Keya terlebih dahulu menampar wajah lelaki itu. 

Lelaki tersebut tercengang. Kemudian, matanya yang tajam itu kembali menikam mata Keya. Dibibirnya, sebuah senyuman yang cukup sinis dipamerkan.

"That's for having no manners, jackass! Lagi satu, jangan sandar atas motor orang macam motor tu kau yang punya." Keya tayang muka toya sambil merampas helmetnya dari tangan lelaki itu. Kemudian, dia dengan selamba kembali berjalan ke muka pintu bangunan tersebut.

"Hey," Lagi sekali suara itu memanggil. 
Keya menarik nafas dalam-dalam. Ingat Keya, ingat apa yang Shi cakap. Kemarahan itu datang dari diri sendiri. Orang lain evoke, tapi kita perlu tahan dia dari terbit. 

Tahan Keya, tahan. Jangan meletup kat sini.
Keya menghembus nafas perlahan-lahan. Dia memaksa sebuah senyuman di bibirnya. Setelah yakin, dia kembali memandang ke belakang.

"Yes?" Keya berkata sehabis manis, manis tahap munafik la tapi. Tak ikhlas.
"Kau park tempat aku. It's written here, reserved for Mr Kai Khalid. I think Bimbo is reserved elsewhere."

Selamba lelaki itu menyilangkan kakinya. 
Keya boleh rasakan asap berkepul-kepul keluar dari telinganya. Aku sumpah baby aku tu terbalik sekali dengan dia-dia baru tahu. 

Kai Khalid my foot! 
Reserved my a**!

**

BEG galasnya dicampak ke lantai. Punggung dilabuhkan ke atas sofa single yang berwarna merah baldu itu. Tangan yang dihiasi pelbagai jenis cincin dilarikan ke celah-celah rambut.

Boy’s cut.
I finally did it! 

Orang kata, kalau perempuan potong rambut, mesti dia nak berubah ataupun dengan bahasa yang lebih tepat...move on. 

Senyuman dilirik pada bibirnya. Teringat pula kata-kata teman rapatnya, Shi.

“Love lasts about seven years, babe. That's how long it takes for the cells of the body to totally replace themselves. Sarikeya, kau dengan dia dah 7 tahun bercinta…tapi kalau dah bukan jodoh tu…takkan kekal juga kan?”

Keya mengeluh halus. Kepala disandar pada bahu sofa. Fikiran terbang lagi sekali ke perbualan antara dirinya dan Shi tadi pagi.

"KAU masih nakkan dia kenapa, Keya? Kau stalk dia tanpa henti, kau buat khianat tunang dia, kau hantar mesej tak putus-putus, kalau kau tengok drama Melayu, perangai kau ni tak ubah macam antagonist. Tahu?" Shi membebel sebaik sahaja dia muncul di cafeteria.

Keya membeliakkan matanya. Paling dia benci bila orang mula nak nasihatkan dia. Tapi, memandangkan Shi tu satu-satunya kawan baik yang dia ada…terpaksalah dia menadah telinga sehingga bernanah.

"I still love him. He's mine. Until perempuan tu interframe. We were so in love, until dia datang buat gedik dia tu dengan my guy. "

"See. Antagonis punya dialog tu, Keya. Dengar sini. Fact number 1 he's not yours anymore. Fact number 2, that random girl is now his fiance. Fact number 3, where's your class girl?Perlukah kau pergi buat kecoh kat hotel masa dia tunang tu?" 

Shi menghentak gelas yang kosong sehinggakan Keya terangkat bahunya. Terkejut bila lihat Shi yang selama ini lemah lembut tetiba menjadi tegas sebegitu.

“Shihan...I just want him back. Tujuh tahun aku dengan dia...akhirnya sia-sia sahaja.I was just being cute dengan Haq tu. Iyalah, selama ni perempuan tu lah yang buat cute dengan dia agaknya sampaikan dia sanggup ketepikan tujuh tahun kami dan bertunang dengan betina tujuh hari tu!" 

Suara Keya naik seoktaf. Shi sudah menyilangkan tangan ke dada. Mata merenung tajam ke arah Keya yang seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang sexy Haq sudah tidak menjadi kepunyaan dia lagi.

Shi beralih tempat duduk. Dia bangun dan memeluk leher Keya dari belakang.Bestfriends are always there for each other.Through thick and thin...dan nampak gayanya Keya ni perlukan sokongan yang padu untuk lupakan Haq.Sumpah, dia tak pernah tengok Keya menjadi creepy macam ni.

"Well, enough now, darling. There's a thin line between cute and creepy, Keya. Now, you are being creepy sampai dia tu nak call polis.Nasib baik parents dia tak jadi nak failkan saman masa kau attack majlis mereka." Ujar Shi perlahan. Bahu Keya diusap-usap.

Keya sudah menegakkan badannya. Nampak yang dia masih lagi hendak berdebat tentang isu Haq.

"So? Telefon ajalah polis tu." Keya mendengus kasar. Bibir dimuncungkan. Tak guna kau Haq. Kalau dah tak sukakan aku tu, tak boleh ke cakap depan-depan? Perlukah dia tahu melalui Shi yang terserempak Haq bersama-sama ‘ cik tunang’ itu? Adilkah?

"Kau nak masuk jail? Nak? Mandi toilet share-share, tak ada kau punya custom made body scrub, loofah...tak ada air-conditioner..." Fikiran Keya yang tadinya melayang kepada Haq terus kembali. Persoalan Shi ditimang-timang. Lambat-lambat kepalanya digelengkan.

"Tak nak." Sepatah Keya jawab. Shi memalingkan Keya agar menghadap dirinya.

"Tak nak then move on, okey? Aku ada, aku tolong kau lupakan dia." Shi mencuba lagi nasibnya. Dia lakukan kesemua ini untuk kebaikan Keya juga. Tak ada faedahnya Keya ingin merampas kembali Haq yang curang itu. Buang karan! Macamlah tak ada lelaki yang lebih smoking hot dari Haq tu di Malaysia ini. 

Keya deserves better! Bisik hati Shi, nekad. 
Dia tersenyum penuh ikhlas ke arah Keya. Bahu Keya lagi sekali dipeluk apabila melihat mata Keya kembali berair.

"Kau macam adik aku dah, Sarikeya...” tokok Shi cepat-cepat. Keya terus tidak jadi hendak menangis.

"Eman baru break dengan si gedik tu...kau usha la dia, boleh jadi kakak ipar aku."sakat Keya.

Shi, dari mood prihatin terus tersentap. Bahu Keya ditampar pantas.

"No. Abang kau bukan dari golongan aku. Dia macam high maintenance, yang turut sukakan wanita-wanita yang sama high maintenance." 

Shi cepat-cepat menolak, walaupun hatinya sudah bergetar apabila nama Eman yang serba kacak itu disebut-sebut. Kalaulah Keya tahu dia sudah lama menaruh hati pada yang tidak sudi...manalah dia hendak letak muka tak seberapa dia tu nanti?

“Suka hati engkau lah, Shi...”
“Lupakan Haq okey, darling?”
Keya angguk.Ya, dia nekad. Haq patut dijadikan pengajaran.
“Good girl. Tahu apa yang Oscar Wilde cakap?” Shi menjungkitkan keningnya. Muka habis semangat ditayang.

Keya menggeleng. Alahai...kalau dah budak sastera tu...mulalah Shihan ni nak berfalsafah.

“Dia cakap, bila cinta tu dah tamat...the weaklings, cry. The efficient ones, instantly find another love...but the wise ones...well...they already has a reserved person .”

Giliran Keya untuk menaikkan keningnya tinggi-tinggi. Dalam banyak-banyak falsafah, yang inilah yang Keya rasa paling berguna yang pernah dituturkan oleh Shi.

“I’m wise, Shihan...kali ni, aku takkan pilih dah jenis Haq tu. Kali ni...aku nak cabaran.”
“Kau pasti?”
“Pasti! Aku nak...lelaki yang play hard to get.”
“Lagi?”
Shi tekun mendengar. Keya mula merencana di dalam fikirannya.
“I-mean-business kind of attitude.”
“Laaaagi?”
“A bad boy who will be good and mushy, for me and only me.”

Keya menayangkan muka yakinnya.
Shi pula ternganga apabila mendengar ayat terakhir Keya tika itu.

“Kau pasti ke yang terakhir tu? Ingat ni jenis Mills and Boon, ke?”
Keya diam mendengar persoalan Shi. Hanya senyum yang dikulum buat teman baiknya.

“Sarikeya! Kau jangan pergi hancurkan hati kau lagi sekali okey!” tengking Shi apabila senyuman Keya itu semakin pelik dimatanya.

**

BUK! 

Keya tersedar apabila sebiji bantal menghempap mukanya.

“Abang! Bila balik?”

Keya terus duduk menegak apabila matanya memandang figura yang sedang duduk bertentangan dengan sofanya. Eman menyilangkan kakinya sambil tangan cekap menarik keluar stokin hitam yang tersarung di kaki kiri.

Peak cap dikepala ditanggalkan dan diletakkan di atas meja kopi. Sesambil itu, mata sempat lagi meneliti adiknya yang kelihatan agak lain pada hari itu.

“Pendek rambut?” 

Eman tidak menjawab soalan Keya. Keya yang masih tidak menyesuaikan diri dengan penampilan barunya terus melarikan tangan ke atas kepala. 

“Change of heart, Abang.” Balas Keya selamba. 
Eman mencampakkan stokinnya ke lantai. Badan disandarkan ke badan sofa. Matanya walaubagaimanapun, masih teliti memerhatikan Keya.

“The hottest love always have the coldest end, nimrod. Aku memang dari dulu tak suka Haq tu. Baguslah, kau dah putus dengan mamat tu.”
Keya nyaris ternganga dengan jawapan selamba abangnya. Ish, sangat tak membantu mamat ni!

“Abang ni kan, sama aja macam Shi. Sikit-sikit nak bagi quotes, dahlah dua-dua tak suka Haq tu.” Rungut Keya, tidak berpuas hati.
Eman pula semakin khusyuk memerhatikan Keya. Bagaikan ada sesuatu yang ingin ditanyanya, namun ditahan.

“Abang kenal Shi, kan?” Jantung Eman seakan terhenti. Dia berdehem, mengawal kocakan hebat dihatinya.

“Budak nerdy tu kan? Yang pakai tudung tak pernah nak kemas, yang cakap tak ada nak putar belit...yang mata bulat-bulat tu kan?” 
Keya dapat rasakan ada sesuatu yang dirahsiakan abangnya. Jangan kata Eman yang taste selalunya dari golongan model, anak dato’ dah terjatuh suka pada Shihan budak genius tu?

“A’ah. Dia single. Kalau abang minat dia, usha lah. Boleh Keya merasa ada kakak ipar yang kena dengan jiwa Keya ni. Macam abang anti dengan Haq, Keya anti dengan semua exes abang tu. Gedik!” Sedas Keya memulangkan paku buah keras.

Eman terdiam.

“Nimrod! Cakap tak pernah nak berlapik. Dah, aku nak pergi rehat. Baba cakap esok kau masuk kerja dekat Titan?”
Sempat Eman bertanya. Keya mengangguk.
“Papa suruh Keya kerja situ dulu, baru dia absorb Keya masuk ofis dia. Ofis dia tak ada kosong sekarang ni.”
“Nak pula Titan tu terima competitor masuk ya?”
“Allegedly, we should learn from each other kan? Business is tricky afterall.”

“Yup Nimrod, sebab tu aku suka terbang berbanding selesaikan masalah korporat ni. Dahlah, kau buat elok-elok di syarikat orang tu.Jangan kau bankrupkan Baba sudah.”

Sejurus Eman berlalu, Keya menjelirkan lidahnya dibelakang si abang. Ish, sinis tak sudah abang dia ni. Mahu dia kenenkan dengan Shihan, biar Shihan luruskan balik abang dia.

***present***

KAWASAKINYA diparkir benar-benar di hadapan pintu masuk bangunan tersebut. Hari ini hari Sabtu. Orang tak ramai overtime, namun disebabkan Keya terpaksa mendapatkan tandatangan bosnya, terpaksalah dia datang pada hari ini. Hancur habis rencana dia untuk lepak-lepak dengan Eman.

Ingat senang si Eman tu nak duduk rumah pada hari minggu? Bila dah jadi pilot tu, Eman turut menjadi manusia yang gila terbang. Seronok sangat agaknya berada 50 ribu kaki di atas langit sana. 

Bos Keya pula, sejak dia lapor diri di syarikat, tak pernah dia bertemu empat mata. Yang pasti, bos dia itu masih bujang, muda dan kaya tahap giga punya kaya! Kalau Keya ni mata duitan, sudah tentu dia pasang angan-angan nak tawan hati bos.

Keya tergelak sendiri. Pleaselah Keya, kau baru putus...takkan dah nak cari pengganti macam Shi cadangkan tu?

Tiba-tiba, ada suara lain menjelma di benak fikirannya. Unless he is a bad boy who will be good just for you...

Okey, Keya...jangan jadi psiko tengah-tengah parkir ni. Kau datang kerja harini sebab nak bersua muka dengan bos, nak suruh dia turunkan tandatangan azimat dia tu kan? So you do your job, then only think about how to treat your broken heart.

Sarikeya mendengus kecil. Apabila dia mengatur langkah ke pejabat CEOnya, otaknya tidak lari dari mempersoalkan bagaimanakah perwatakan bosnya itu. Semenjak sebulan di sini, dia tahu yang bos dia sangatlah sibuk, masuk pejabat pun pada hari minggu sahaja. Staf-staf kaki gosip juga ada melabelkan CEO mereka sebagai seorang lelaki Melayu terakhir yang ‘sexy smexy’. 

‘Kalau kau pandang mata dia, Keya...otomatik kaki kau takkan berpijak pada bumi nyata...he can make any woman go gooey in just a glance.’ Kata-kata Iqa, a.k.a cubematenya terngiang-ngiang ditelinga.

“Kak Wan...dia ada ke? Keya nak mintak sign final plan ni. B.O.D dah approve, cuma bos aja kena sahkan.”

Kak Wan yang juga menjadi setiausaha Mr ‘sexy smexy’ mendongak ke arah Keya. Intercom diangkat dan Mr Sexy Smexy dihubungi.

“He’s all yours, Keya. Mood dia K.O sikit, so beware.” Pesan Kak Wan.
Keya terasa jantungnya luruh ke bumi. 

Aiyo! 
Sudahlah baru pertama kali ingin berjumpa bos, bad timing pula?

**

Kai menghempas telefon bimbitnya ke atas meja. Kolar baju direnggangkan. Panas hati dia pagi-pagi ni.

Sebulan dia outstation, balik-balik tiba-tiba dapat tahu yang anak pesaing dan musuh hebat dapat kerja di syarikat dia. Siapa yang tak marah? Kalaulah ada rahsia syarikat yang terbongkar, macam mana?

Anak Dato’ Hayat pula tu. Orang tua tu berani betul cabar dia sebegini. Tengoklah apa yang dia akan buat pada anak kesayangan Dato’ Hayat tu nanti.

“Sarikeya...sudah tiba masa untuk kau pula sengsara...”ujar Kai,garau. Jantungnya berdegup laju. Bukan kerana gentar, tapi kerana geram, benci dan sakit hati terhadap Dato’ Hayat.

“Aku takkan pernah maafkan keluarga kau, Dato’ Hayat.Never!” 

***

Sarikeya menolak perlahan pintu dari berwarna mahogany itu. Ya Allah, janganlah bagi bos dia melenting tak tentu hala.

“Duduk.” Arah suatu suara garau yang sedang membelakanginya.
Keya tidak dapat melihat figura disebalik kerusi kulit hitam tersebut. Namun, melalui suara sahaja Keya dapat putuskan bahawa bosnya merupakan seorang lelaki yang mempunyai aura yang kuat.

Keya menurut. Kaki melangkah laju ke arah kerusi di meja bosnya. Tanpa banyak soal, dia duduk.

Lelaki di sebalik kerusi tersebut pusing menghadapnya. Apa yang dilihat Keya nyaris membuatnya berlari keluar dari ofis tersebut.

Oh hell!
Crapple de Drapple!
Sexy Smexy ni, manusia ni?

“Hello, Bimbo. Remember me?” Kai bertanya. Hujung bibirnya ternaik sedikit. Sinis.

Keya menelan liur kesat. 

“Rather rendered you speechless, did I?”

Keya menghantuk kepalanya ke meja.

Oh no, oh no, oh no!

“Tamparan you masih terasa pijarnya, tahu?” sambung Kai lagi seakan-akan segalanya normal. Dia mahu tergelak melihat Keya yang berlagak seolah-olah biliknya adalah tempat terakhir yang dia mahu jejakkan kaki.

Sweet! 
My payback is gonna be as sweet as sin!
Kai Khalid tersenyum penuh makna. Otaknya ligat membuat rencana.

“Boss...I tak tahu I akan jadi staff you that day. Sumpah!” Keya akhirnya bersuara.

Kening Kai terjungkit sebelah.
Oh really?

“Plus, any broken hearted girl will not think straight immediately.”terang Keya lagi.

Perasaan ingin tahu Kai makin meningkat. 
Oh really, Sarikeya? Kalau macam tu apa yang aku akan lakukan pada kau lepas ini kiranya valid lah kan? 
Your father hurt me deeply, Sarikeya.
He ruined everything for me.
Everything.
Adilkan kalau aku balas dendam pada anak kesayangan dia?

“Kita di pejabat sekarang, Bimbo. So, let’s just pretend that day, did not happen. Okay?” Kai memasang perangkapnya.

Keya memandang Kai penuh curiga. Hah?

“I bos you, tapi I anggap pekerja I sebagai kawan.Kalau you ada apa-apa cadangan, masalah...my door is always open.” Kai masih bernada lembut.
Keya ternganga.

Aik?
Kai Khalid ni ada masalah personaliti atau Keya yang mengigau tadi? Masa mula-mula tadi nada dia agak sinis, tapi sekarang ni kenapa lembut bak bersalut gula ni?

“Urm...baik bos.Oh ya, ini ada final draft untuk projek kita. Just need your approval and then we are on our track already.” Keya kembali ke mode bisnesnya. Namun, setiap kali dia bertemu mata dengan pesaing hebat Babanya ini, getaran di jantungnya semakin menjadi-jadi.

Kalau hari itu kerana adrenalin yang mengalir di dalam badannya, dia menampar Kai, hari ini...tanpa adrenalin yang memuncak, dia dapat memerhatikan setiap inci wajah bosnya itu. 

Sexy smexy is not even enough to describe this man!

Rambut yang keperang-perangan dibiarkan melepasi kolar baju. Dadanya bidang seakan-akan dada lelaki yang kaki gym. Lengan yang kekar seakan-akan lengan peninju. Kalaulah dapat sandar atas dada tu...

Keya terasa kupu-kupu riang berterbangan di dalam hatinya.

“There are a lot of brilliant suggestions, in here.” 

Pujian dari bibir yang menggiurkan itu sudah mampu membuat Keya meloncat ke bintang. 

Haila...untungnya siapa yang bakal jadi isteri Kai ni. Hari-hari dapat access bibir Kai tu.

Keya berdehem tiba-tiba. Apa yang kau buat ni Keya? Daydreaming? Dalam pejabat bos kau pula tu? Dahlah pasal bos kau sendiri! Tak malu sungguh!

“Okay, you may go...nanti I serahkan fail ni pada Wan. Isnin ni you ambil dari dia, I don’t want to keep you waiting for me to finish this up. Nanti you kata I ni slave-driver pula.”

I boleh jadi your slave anytime, Kai!

Keya menekup mulutnya. 

Dia tak cakap kuat-kuat kan?

Namun, melihatkan Kai yang sudah membulatkan mata itu ternyata persepsinya salah. 

You bloody loud mouth!

“Okey bos. Bye bos.Thanks bos!”

Ujar Keya cepat-cepat. Mencicit dia lari keluar dari pejabat Kai tika itu. Sejurus dia menutup pintu, dia mendengar dekahan kuat dari dalam pejabat Kai.

Kak Wan pula memandangnya dengan senyum penuh makna.

“Amboi Keya, kau keluar aja dia dah gelak? Pandai kau kembalikan mood baik dia.Kau buat apa?” persoalan Kak Wan dibiarkan tidak berjawab.

Haila nasib...kan dah memalukan diri sendiri depan si Kai yang drop dead gorgeous tu!

Bak kata Shi, where’s your class, gurrrrl?

Lepas ini, kalau dia jumpa lagi Kai tu, manalah dia nak letak muka dia ni? Bawah meja?

***

KAI melepaskan tawanya apabila Sarikeya keluar. Sehelai kertas diambil dan direnyukkan. Kerusi kulitnya dipusing-pusing. Kertas yang renyuk tadi dijadikan bola.

“Sarikeya, Sarikeya, Sarikeya...” Kai menyebut nama Keya berkali-kali. 

“Tsk...tsk...tsk...I’m going to play with your heart. I’ll lure you, pretend to love you...and then...”Tangannya menggenggam kertas renyuk tadi.

“I’ll crunch your heart like this piece of paper. Baru Dato’ Hayat tahu dia sedang bermain api dengan siapa.” Kai berkata geram. 

Kertas tadi dicampakkan ke dalam bakul sampah.
Senyum jahat mula terbit dari bibir Kai Khalid. Rambut yang tadinya menutupi telinga diselak ke belakang.

Dengan itu, jelas terpampang telinganya yang bertindik.

Inikah masalah personaliti yang dispekulasikan Keya tadi?

Siapakah Kai Khalid ini?
Kenapakah dia berdendam sangat dengan Sarikeya?
Apa yang Dato' Hayat telah lakukan pada Kai?



***

“Aku benci kau! Benci! Jantan tak guna!” Esakan dia semakin kuat di sebalik pintu. Kai yang ketika itu berusia 20 tahun sekadar diam mendengar. Matanya memandang pula rakan baiknya yang turut memerhatikan dinding putih bertentangan dengan sofa, diiringi suara Merr yang seakan-akan sasau itu. Sebuah keluhan berat terlepas dari bibir si rakan.

“Sejak bila lagi dia macam ni?” Luth bertanya. Pelipisnya ditekan.

“One whole week. Tak makan, tak minum...meratap aja kerja dia. Aku pun dah tak tahu nak buat macam mana. Aku nak pergi kelas pun fikir dua tiga kali, Luth. Aku takut dia buat apa-apa masa aku tak ada.”

Luth angguk faham. Kai mengeluh kasar. Macam manalah maksu dia ni boleh terjebak dengan suami orang? Siap kahwin diam-diam pula tu! Padanlah ada beberapa kali dia ingin datang melawat dia kata dia tak ada, dia balik Malaysia. Rupa-rupanya...

“Darah! Kaaaai!! Ada darah!...Darah banyak...ha ha ha...mati kau, mati! Bapak kau pun tak nak kau! Hahaha!” Merr melaungkan nama Kai. Suaranya serak, diiringi dengan tawa yang amat kuat.

Kai serta Luth terus bangkit. Kalau tadi resah, kini memang dah tak senang duduk! Merr kata ada darah? Apa yang dia buat?

Pintu bilik Merr ditolak kuat kedua-dua jejaka. Mata Kai terus membuntang apabila melihat pisau ditangan Merr.

Luth terus mengucap panjang melihat Merr yang sedang bersandar di dinding biliknya. Bau hanyir darah menusuk hidung.

Kai terus berlari mendapatkan Merr yang kelihatan pucat itu.Mata kuyu Merr menikam mata Kai.

“Maksu! Ya Allah maksu! Apa yang maksu dah buat ni?” Kai cemas. Pisau ditangan Merr dirampas dan dicampak jauh-jauh. Kepala Merr ditampung dengan pahanya.

“Aku dah call ambulance, Kai...” Suara Luth mencelah. Matanya mengesan apa-apa disekeliling bilik yang boleh digunakan untuk rawatan cemas. Namun, melihatkan keadaan Merr tika itu, dia pasti yang mereka agak terlewat.

“Maksu...kenapa maksu buat macam ni, maksu? What did he do? Mak su aja yang Kai ada selama ni.” Kai mengetap giginya. Segala jenis perasaan membuak dihatinya. Geram, marah, sakit hati, semuanya ada. Mak su dia buat semua ini kerana cinta? Kerana cinta dia sanggup cederakan diri sendiri?

 “I love him Kai...I love him...tapi isteri dia dapat tahu yang dia kahwin lain. He chose her...her kids.Dia tak nak anak maksu...dia tak nak baby ni...baby ni kena mati...ha ha ha...mati dah baby...”

Merr tarik nafas dalam-dalam. Tangan Kai digenggam erat.

“Kai...sssaakit...darah...ada darah Kai...mak su...mak su dah bunuh baby dia...nanti, nanti Uncle Hayat mesti nak balik kat mak su kan?”Merr memang sudah tidak waras.

Kai mengesat air matanya dengan bahu. Mak su...

Kalaulah dia kenal siapa Uncle Hayat tu, sudah pasti dia akan melayangkan penumbuk ke muka jantan itu. Kerana dia Merr menjadi sebegini.

“Kai...tell him...Merr maafkan dia...Merr dah...maafkan...Hayat...”

Kai Khalid merenung wajah pucat Merr. Innalillah...sungguh dia tak sangka mak su dia akan pergi dengan cara ini. Sungguh!

Sebaris nama terlekat dibenak fikirannya dari saat itu.

Hayat!

Aku akan cari kau sampai dapat! Aku akan hancurkan kau sebagaimana kau hancurkan keluarga aku!

**

Kai terbangkit dari lenanya. Wajahnya yang berpeluh diraup. Pendingin hawa yang sudah dipasang pada tahap maksima tidak membantu lenanya tadi. Dia masih dihantui memori hitam tersebut.
Jam pada telefon ditilik.

4.30 pagi.

Kai kembali bersandar pada kepala katil. Telefonnya dicapai, dan sebaris nama didalam telefonnya itu diperhatikan.

Sarikeya Hayat.

Anak kesayangan Dato’ Hayat.
Anak yang diiktiraf Hayat.

“Kesian kau. Aku terpaksa buat kau, sebab kau anak Hayat. Start counting your sunny days, Sarikeya.” Kai tergelak sinis.

“I’m a man of no mercy, afterall.”

**

Pagi itu, Kai masuk ke pejabat dengan berpakaian kasual. Ini pejabat dia, suka hati dialah dia nak pakai macam mana sekalipun. Lagipun ini Malaysia, bukan Moscow! Tak ada faedah nak pakai three-piece from Aramis kalau tak jumpa klien.

Rambutnya yang sudah melepasi kolar diikat satu dibelakang leher, lantas membuat kesemua pekerja yang melihatnya sedar akan kewujudan subang yang elok bertindik di telinga kirinya.Tak cukup di telinga, dahi di atas kening kanannya juga ditindik dengan sepasang barbells. Kalau makcik-makcik di kampung lihat, mahu mengucap panjang dibuatnya.

Namun ada Kai kisah?

No!

Ya, dia tahu lelaki tak patut bertindik. Dia tahu, tapi dia tak kisah. Dia bukan Kai yang dulu, yang sering memikirkan apa yang orang lain fikirkan tentang dirinya. Tidak,dia Kai yang sudah berubah.

Solat pun boleh kira dengan jari berapa kali seminggu. Sekali sahaja kut, hari Jumaat. Itupun sebab Luth selalu ajak dia solat sama-sama di masjid.

Luth.
Kawan baiknya.
Dari keluarga yang sempurna.
Ada mak dan ayah yang penyayang.
Ada adik beradik yang riuh rendah.
Ada segalanya yang dia tidak ada.
Betullah, opposites attracts.

Macam mana dia boleh kenal Luth, consider it a fate!

Luth tahu apa yang dia lalui selama ini, dan Luth tidak pernah menjadi prejudis terhadapnya. Sebab itu kut Luth sahaja yang dijadikan kawannya. Yang lain, haram! Muka aja baik, tapi talam dua muka. Cakap depan berlapik, belakang ditikam-tikamnya Kai.

Tetapi Kai tahu, di dalam dunia ini dia hanya berdendam dengan Dato’ Hayat. Dari hari tragedi hitam itu, dia sudah membuat rencananya. Dia akan menjadi lebih hebat dari Dato’ Hayat, dan dia akan menghancurkan semua usaha Dato’ Hayat, termasuk keluarganya.

Getting even is the best medicine to settle a vengeance!

“Pagi Bos.” Beberapa orang pekerjanya menegur. Dia tarik senyuman yang menjadi label ‘sexy smexy’ di syarikat tersebut.

“Pagi semua.” Balas Kai, mesra.
Kakinya melangkah ke arah pejabatnya.

“Sarikeya is waiting for you, Kai. Dia ada kat dalam.” Wan memaklumkannya. Kai angguk, dan tangannya menolak pintu ofisnya.

Apa yang dia lihat tika itu membuat darahnya membuak-buak.

Sarikeya.
Behind his desk.
Looking at his picture-frame.
Gambar terakhir yang dia ada bersama Merr.

“Hai bos, your sister? Cantik sangat.” Keya meletakkan kembali gambar tersebut ke atas meja Kai. Dia tayang senyuman manis kepada Kai, namun senyuman itu terus pudar apabila melihat muka serius Kai.

Alamak, tak boleh tengok ke gambar tadi tu? Tapi gambar tu memang ada atas meja dia. Kecut hati Keya melihat Kai yang sedang berjalan ke arahnya ibarat seekor kerbau yang melihat kain merah.

Patut kah Keya lari?

Kai menyinsing lengan tshirt nya.
Kakinya melangkah laju ke arah Keya. Tanpa senyum, tanpa teguran, dia menarik gambar tersebut dari tangan Keya.

Keya jelas terkejut dengan sikap Kai yang tiba-tiba menjadi pelik itu.
Split personality dia mula balik lah ni.

“Keluar.” Sebaris arahan beku terbit dari bibir Mr Sexy Smexy itu. Keya bagai terpempan. Kenapa Kai marah sangat ni?

“I cakap keluar yang you tercegat lagi tu kenapa? Keluarlah!” bentak Kai. Oktaf suaranya meningkat sehinggakan Wan di luar juga datang menjenguk ke dalam.

Wajah Keya menjadi merah serta merta.
Okey...nak keluar lah ni. Tak perlulah nak tengking bagai...

“Tak faham bahasa betul.”

Belum sempat Keya mengangkat kakinya, lengannya terlebih dahulu ditarik ke pintu. Bagaikan kucing jalanan, Kai menolaknya keluar dari bilik tersebut.

Mata Keya membulat. Jantungnya berlari 400 kmph.

“Yikes...kau salah tekan suis ke, Keya?” Kak Wan yang sempat menghendap tadi bertanya. Wajah Keya yang jelas terkejut itu diperhatikan. Kesian Keya...baru dia tahu bos macam mana. Selama ini aku sahaja yang tahu makhluk kat dalam tu macam mana kalau badmood dia datang.

Keya memandang Kak Wan yang membuat muka simpati itu. Kepalanya digelengkan.

“Tengok frame gambar dia pun dia sentap macam tu...” ulas Keya perlahan. Buminya masih bergegar. Dia ingat dia dah nak kena pecat dah tadi. Sungguh dia tak sangka Kai boleh jadi semarah itu.

“Ohoho darling, kau tak tahu ke? Gambar tu memang sensitif. Kak Wan lupa nak pesan pada Keya, jangan sesekali sentuh barang atas meja dia, terutamanya gambar tu. A bit too late lah kan, warning Kak Wan?”

Keya setakat senyum hambar. Yes, Kak Wan, a little too late.

“Manusia Kak Wan, masing-masing ada kelemahan.” Keya berseloroh.

“Kak Wan pun tak tahu apa nak jadi dengan Kai tu. Usia dah 30, kahwinnya tidak. Kawan pun tak ramai, bertindik pula tu...dia buat agama macam mainan agaknya, bos kita tu. Kalau baik, sangat baik. Kalau angin dia datang, ini ha, Kak Wan yang kena tempias sorang-sorang. ”Kak Wan kembali duduk di kerusinya. Keluhan berat dilepaskan. Nampak sangat yang Kak Wan ni benar-benar runsingkan Kai Khalid tu.

“Haraplah dia dapat isteri yang boleh betulkan balik dia tu. Kacak macam tu, rugi sangat kalau tak kahwin. Dahlah ratio lelaki dan perempuan ni 1 : 28.”

Keya mengangguk sahaja. Malas dia nak kata apa-apa. Baik dia sambung kerja dia daripada bergosip dengan Kak Wan ni.

“Hah, yelah. Kak Wan, Keya turun dulu. Banyak lagi kerja tu. Nanti bila mood dia dah elok, Kak Wan roger Keya. Ada benda dia nak kena sign lagi ni.”

“Kau tinggal aja dekat sini,nanti Kak Wan bagi kat dia. Kalau akak jadi kau tadi Keya, Kak Wan ambil half day dah. Macam singa nak telan orang aja dia tadi. Meremang bulu roma akak tengok kau tadi.”
Sempat lagi Kak Wan ni menokok tambah. Alahai, jangan dia pergi bawa mulut canang satu ofis sudah. Mahu semua orang tahu akan hal tadi.

“Tak apa Kak Wan. Ada benda juga Keya nak bincang dengan dia.” Lantas itu, dia berangkat dari situ. Tak kempunan pun nak dengar lagi celoteh Kak Wan murai itu.

Yang pasti...Shi patut tahu yang Kai ni dah berjaya getarkan hati dia. Marah-marah pun kacak siot badboy dia tu!

Eh, badboy kau Keya?
Sejak bila dia jadi milik kau?
Dream on!

Sampai aja di mejanya, Keya terus menghantar mesej ke Shihan.
         Sleepover rumah aku malam ni. Aku dah jumpa Mr Badboy yang Sexy Smexy.

Sesaat kemudian mesejnya berbalas.
          That’s my gurrrrrrrl! Tell me everything, okay?
Kemudian, Keya mendapat suatu idea nakal.
          Eman ada kat rumah.
Shi membalas.
          So? Bajet aku minat abang kau lah?

Keya tidak membalas. Dia sekadar tergelak kecil.
          “Shi, bajet aku tak boleh baca kau? Tengok gambar Eman dalam fon aku pun mata dah ada bintang. Kalau tengok depan-depan mahu jantung dia loncat keluar sambil buat tarian tango, agaknya.”
Keya berkata perlahan. Kemudian, dia kembali fokus ke skrin komputernya.
Haih, kerja,kerja ,kerja...bila masuk kerja dengan Baba mesti kerjanya juga makin menimbun. Oh, kehidupan.

**

Shihan membulatkan mulutnya membentuk ‘O’. Lengan Keya ditampar perlahan.
“Baaaaabe! This is your boss? Sexy Smexy is not even close to describe him! This. Is.Freaking.Smoking!” Untuk menegaskan lagi pernyataannya, tangan Shihan tergawang di udara. Keya menekup mulut Shihan yang ternganga luas.
“What is him? Devil’s incarnate designated to lure all women kind ah?” tokok Shihan lagi. Tangannya kembali mengambil Ipad dari tangan Keya. Wajah di Google Image itu diperhatikan tanpa jemu.
Keya sekadar menggelengkan kepalanya melihat perilaku Shihan. Sabo ajela!
“Tadi aku kena marah dengan dia. Badmood semedang.” Keya membuka cerita, namun Shihan seakan-akan tidak mendengar.
“Woi...aku tengah cerita ni.”
“Hah? Oh...okay, cerita-cerita. Aku dengar ni.”
“Aku kena marah dengan dia.” Keya ulang suara.
“Damn. Must be freaking hot with him all pissed off. Devil’s incarnate tu sangat yummy. Go for it!”
Komen Shi membuat Keya menjulingkan mata. Ya Allah perempuan ni...sabar ajalah bila weng dia datang.
“Hot tu hot. Tapi seriau aku, with his piercings and all...”
Mata Shi membulat.
Say what?
“Hah?”
“Kau tahu tak devil's incarnate tu donned what kind of fashion today?” Keya menjungkitkan keningnya berkali-kali. Dia pasti Shi mesti terkejut punya.
“Tak tahu." 
Shi menjawab.
Keya membetulkan silanya. Wajah didekatkan ke telinga Shi. Dia berbisik perlahan.
"He pierced his right eyebrows. Bukan atas kening la, tapi atas dahi yang atas hujung kening dia tu."
Shi ternganga lagi sekali. Kill me now!
“No way!”
“Yes way!”
“Get outta here!”
“Barbells babe. God must’ve answered my prayers, agaknya. Badboy, check. Kacak gila, check. Cuma nak kena tame him, itu yang aku tak tahu aku mampu ke tidak.” Ujar Keya lanjut.
Shihan menggelengkan kepalanya.
“Tapikan Keya, aku rasa kau tak patut kut cuba jalinkan hubungan dengan dia. Aku rasa macam ada benda tak kena lah.”
“Kau yang kata aku kena move on kan?” Keya menjuihkan bibirnya. Shihan ni kenapa?
“Entah. Tapi aku takut kau patah hati lagi sekali.” Dia berkata.
Keya mencapai tangan Shihan. Mata Shihan dipandang.
I’m moving on, Shi. Aku bukan nak jadikan dia suami pun, just a fling untuk lupakan Hud pun jadilah. I wanna do something crazy for once. Lagipun, aku tak rasa Baba bagi kalau tetiba aku nak kahwin dengan pesaing terhebat dia.” Jelas Keya, cuba meyakinkan Shihan.
Shihan menarik senyum tawar. Telunjuknya hinggap pada jantung Keya.
“Jaga hati kau okey? Jangan patahkan dia lagi sekali.”
Sejurus itu, Keya menarik Shihan ke dalam pelukannya.
This is one understanding friend that I have…
Apabila pelukan dilepaskan, Keya lagi sekali menikam mata Shihan. Shihan mengangkat keningnya.
Aik, kenapa pandang aku semacam ni?
“Shi...kau sukakan Eman kan? Mengaku cepat!”
Aiyo, kantoi ke dia usha Eman masa dinner tadi?
Eman pun pergi main mata dengan dia kenapa? Kan dah terkantoi dengan Keya ni.
“Yelah yelah...aku mengaku. Dah lama aku suka abang kau.”
“So?”
“So what?”
“Tadi Eman tolong kau lap meja kan? Aku ada dengar cotcet cotcet korang duduk sembang...any progress?”
Jerat keya terkena. Shihan tunduk menyembamkan mukanya ke bantal.
“Eman bagi aku number fon dia. He said he likes ‘nerdy little Shihan’ more than those model figured ladies.” Akur Shihan malu-malu.
Keya lagi sekali memeluk Shihan.
“Kakak ipar in the house yo!”
“Shhhh! Eman dengar nanti kau ni...”
Dan, malam tersebut diselangi dengan gelak tawa mereka berdua. Tanpa sedar, Eman di bilik sebelah juga tersenyum lebar apabila mendengar celoteh Keya tadi.

Kakak ipar in the house, yo!
“Bakal bini aku, Shihan the Nerdy Nerd.” Dan dia juga tidak lekang dari senyuman. Kalau orang tengok, sah kata Eman ni gila.
Loco!
Senyum angau sorang-sorang.
Laci di sebelah katil dibuka.
Dubai.
Patutkah dia cakap pada Keya yang dia dapat tawaran untuk berkhidmat dengan Emirates? Shihan pula macam mana? Baru aja nak bercinta, dia dah kena ke Dubai.
Kalau suruh Baba pergi pinangkan Shihan tu, aci tak?

**

Keya mengetuk perlahan pintu pejabat Kai. Kak Wan tak ada hari ini, cuti demam katanya.
“Masuk.”
Perlahan-lahan pintu tadi ditolak. Dilihatnya Kai sedang sibuk membelek kertas projek. Jangan kata dia salah timing lagi.
“Morning bos.”
Kai mengangkat kepalanya apabila suara lunak Keya berdendang ditelinganya.
God, I’m so not in the mood to play nice with this girl, right now. Desis Kai perlahan. Wajah Keya yang dibuat-buat ceria itu diperhatikan.
“Nak apa Bimbo? Signature?” Sebelum sempat Kai tapis, perkataan Bimbo itu sudah keluar dari mulutnya.
Bagus Kai, bagus. Lupa dah ke pelan kau nak tawan dan patahkan hati anak si Hayat ni?
Wajah Keya diperhatikan lagi sekali.
See, dah berubah dah air muka perempuan tu. Great job, Kai Khalid.
“I nak apologise for the other day, bos. Memang I tak patut pun sentuh your stuff. Tapi you should hear me out, at least. Frame tu nyaris jatuh. I was just...”
Keya terdiam apabila Kai membuat simbol senyap ke arahnya.
“Once an enemy, always an enemy. I tak faham kenapa you masuk syarikat I, Keya? Nak curi maklumat? Macam tu?”
Keya terkejut dengan tuduhan itu.
Aik? Apakes ni?
“Macam mana HR boleh luluskan you pun I tak tahu. Look, why don’t we just stay as enemies, okay?”
Bodoh, Kai, bodoh! Kai tetiba menyumpah dirinya di dalam hati. There goes your ticket to Hayat’ destruction! Mulut tak ada insurans.
Keya terpaku di tempat dia berdiri. Kai macam ni sebab masalah syarikat ke?
“Bos, I bukan musuh you. I pekerja you. I tak pernah pun cakap apa-apa kepada Baba. Hal syarikat I tingal di pejabat bila balik rumah. Baba pun tak pernah nak korek apa-apa dari I. Kalau dia korek sekalipun, I takkan bagi. I have signed a contract of confidentiallity when I signed up here.”
Keya mempertahankan dirinya. Pantang dirinya dituduh bukan-bukan. Ni mesti ada mulut pekerja lain yang bawa khabar angin ni.
Kai memandang Keya tajam.
Keya yang tidak tahan dipandang atas bawah itu terus duduk bertentangan dengan Kai. Failnya diletakkan ke atas meja. Pen yang disisip dicelah fail dikeluarkan.
“Kai Khalid...apa yang I dah buat pada you sampai you iktiraf I ni musuh you?" Keya mengetuk mata pennya berkali-kali ke atas meja. Tangan kirinya turut mengetuk permukaan meja, selari dengan tangan kanannya. Kaki di bawah meja disilang.
          Kai terkejut sedikit apabila Keya membahasakan namanya. Cepat-cepat dia berdehem dan mengalihkan pandangannya.
          “I sibuk, you boleh keluar.” Kai cuba mendapatkan kawalannya terhadap situasi semasa itu.
          “No, I tak mahu keluar. I nak duduk sini, sampai you listen to me.”
Keya tahan dirinya dari tersenyum bangga. Arahan Kai dibuat bodoh sahaja. Kali ini dia takkan keluar!
Dia tahu yang Kai terkejut dengan tingkah spontannya sebentar tadi. Nak hadap orang yang iktiraf dia sebagai musuh, attitude tu kena ada.
For once Mr Kai Khalid, I am born with attitude in my blood! Desis hati Keya apabila melihat Kai juga sudah mula mengetuk permukaan meja.
Ini silap-silap boleh buat kumpulan marhaban, aci main ketuk-ketuk.

                Kai mula tersenyum sinis. Keya di hadapannya diperhatikan. Seribu satu sebab dia ada untuk jadikan Keya ni musuh. Tapi rasanya belum tiba lagi waktu untuk Keya ni tahu.

                "Sebab apa? If there's love at first sight, there's hate at first sight too, Bimbo. Tak semestinya kita perlu ada sebab untuk benci seseorang. Kadang-kadang, sekali pandang pun dah boleh iktiraf sebagai musuh,tapi, I sepatutnya iktiraf you sebagai musuh dari awal lagi sebab kita ni pesaing tegar." jawab Kai selamba.
          Badan ditegakkan. Tangan yang berlari di permukaan meja ditarik. Tangan mencapai pen. Kai mula membuat helispin dengan fountain pen tadi. Kaki juga sudah mula menolak kerusinya, berpusing-pusing 180 darjah.

                Keya pula terus bangkit dari kerusi. That's it! Thaaaat's it! Last straw aku menghadap mamat ni. Tiba-tiba, sesuatu terlintas dibenak fikiran Keya. Ahah!

                Dia berganjak dari meja Kai. Kaki dibawa ke kerusi yang diduduki lelaki sejuk beku itu.Badan direndahkan, kedua-dua belah tangan ditampung pada handle kerusi di kiri dan kanan Kai. Mukanya diselarikan dengan wajah Kai. Senyuman manis dilayang.

                Kening Kai terangkat tinggi. What is she planning to do now? 
                "You know...they say, keep your friends close, but your enemies..." Keya berbisik di telinga Kai. "...closer." sengaja suaranya dilunakkan apabila tiba perkataan akhir itu. 

                Kemudian, dia bangkit menegak. Mata dikenyitkan pada Kai yang sudah memandangnya penuh minat itu.
          Muka Kai tika itu, priceless!                 Let the love game begin, Mr Badboy…kita tengok siapa akan menang.
          Setelahpintu ofisnya ditutup, Kai meniup rambutnya yang jatuh ke dahi. Dia merenung lama ke arah pintu tadi. Otaknya ligat mentafsir.
          “Did she just make my plan...easier?” Kai tertanya pada dirinya sendiri.
“Keya, Keya, Keya...aku baru nak pasang jerat, tapi kau dah galikan sendiri lubang untuk aku, marvellous!” Kai tersenyum bahagia.
Nampaknya, permainan ini berjalan lebih lancar dari yang dijangkanya.
Count your sunny days from now, Sarikeya.
“Jadi, sekarang ni...since Keya nak seduce aku...aku kena play hard to get lah, kan? Ke...damn...how I wish Luth knows about this plan. Peninglah cinta-cinta bagai ni! Women are so...complex!”
Aik, Kai...kata nak hancurkan hati orang...belum apa-apa dah pening? Nanti kau yang menyesal baru kau tahu!
“Ah, persetankan semua ini. Keya tak Keya, kerja aku ni setimbun lagi.

**
Keya terasa perutnya senak. Bagai dicucuk-cucuk jarum halus.
“Keya, kau okey tak?” Iqa menegur Keya yang jelas pucat itu.
Keya menggeleng laju.Tak okey ni, tak okey. Dia nak katil, dia nak hotpatch...dia nak panadol sepapan dan dia nak tidur!
Payah bila jadi perempuan bila period pain menyerang tiba-tiba.
“Aku nak pergi balik. Aku nak ambil MC, aku tak tahan dah ni. Period pain teruk gila kali ni.” Keya berkata lemah. Mejanya dikemas dan dia berlalu ke arah lif.
Nasibnya amat baik kerana sejurus dia tekan lif, lif tiba. Tak perlu tunggu lama-lama.
Ting!
Namun, apabila lif terbuka...jantungnya luruh ke lantai. Adoi, Kai. Tadi pagi dia berlagak seakan-akan seorang wanita yang sangat menggoda, tapi sekarang ini...haila.
Keya setakat senyum sebaris sahaja kepada Kai. Dia tak larat nak cakap apa-apa tika ini. Apabila lif ditutup, Keya terus menyandarkan kepalanya ke dinding.
Kalau Kai tak ada ni, tak pelik kalau dia bersila juga di atas lantai lif ini.
Baru sahaja Keya cakap pasal bersila, tiba-tiba lif tersebut bergegar, membuatkan dia nyaris terjelopok ke lantai. Nasib baik Kai sempat sambut dia.
My heroooo...
Sempat lagi Keya berangan. Cepat-cepat angan-angannya tertepis apabila dia sedar yang mereka berdua terperangkap di dalam lif tersebut.
Panel di lif dipandang.
13.
Tingkat 13.
Agaknya kalau lif ni jatuh macam dalam Final Destination tu...mahu patah riuk tulang belulang dia.
Ya Allah...nauzubillah!
Tak nak mati lagi, please.
Tudung pun tak pakai ni. Bertaubat pun belum.
“Ah...damn. Damn damn damn damn...daaaaaaaamn!”
Suara Kai memecah keheningan di dalam lif tersebut. Nafas Kai juga kedengaran lebih berat dari biasa.
Kening Keya bertaut. Di dah kenapa ni? Claustrophobic?
Tanggapan Keya jelas benar kerana Kai kelihatan amat resah. Oh, takutkan tempat terkurung dan sempit Kai Khalid ni.
“Bos, you okay?” soal Keya prihatin. Titisan peluh yang terbit di dahi Kai jelas menunjukkan lelaki itu sedang cemas. Cuma, tidak ditunjukkan sahaja.
Pandai Kai ni cover.
“Stuck. I’m stuck here.” Kai tidak menjawab soalan Keya, sebaliknya, dia seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.
Please, jangan buat dia panik. Tolonglah...
          "Kai. Hey...Kai...pandang I please?" Keya menepiskan sakitnya ke tepi. Dia mencapai bahu Kai dan diarahkan wajah Kai agar memandang wajahnya.
Mata Kai mengelak dari memandang matanya. Tangannya dibahu dilurut kasar.
“Kai...”cuba Keya lagi sekali. "Shhhh! Diamlah Bimbo! We are stuck here, you understand!" Kai mula menjerkah.
Keya terdiam.
Oooookey...panic attack started! Lucky me...NOT! "Sheesh. Singa mengaum. I nak tolong you lah!" Keya menyindir kembali.
          Kai mendecitkan lidahnya. Dia tidak suka berada dalam keadaan lemah sebegini di hadapan Keya.
          Musuh ketat dah tahu kelemahan diri dia...strike one! "What do you want, bimbo?"soal Kai rimas apabila Keya mendesaknya berkali-kali. Aku pag karang Keya ni! "You ever meditate?" Soalan Keya itu sangat luar alam.
 Meditate? Kai? Never! "Why would I even want to meditate? Ingat aku ni kerja goyang kaki ke ?Aku goyang kaki, korang semua tak dapat gaji, faham?" Balas Kai lagi. Nadanya masih tidak turun walaupun seoktaf.
Panik lagi lah tu! "See, you should meditate. Try it sometimes. It'll surely help with the whole uptight, arrogant, stuffed-shirt thing you've got going on." Keya pula masih tidak puas bermain kata dengan Kai, tak padan dengan period pain.
Kai semakin geram. Keya di sebelah dipandangnya tajam. Keya terus menggigit bibir bawahnya.
          Sexy smouldering look much!
   Oh hati...bertahanlah kau. "Can you shut up for a second Sarikeya? I'm pissed." "You are stuck with me, Kai. Not until the lift is opened. Miraculously." Perli Keya lagi.
Tiba-tiba, kesakitannya tadi kembali mencengkam rahimnya.
          Oh...crap...
Tanpa menghiraukan Kai, Keya terus duduk di atas lantai lif tersebut. Kaki dia sudah tidak mampu
bertahan.
  “Ack!” Keya terjerit kecil. Air matanya sudah bergenang. Ya Allah peritnya jadi perempuan ni.
Kai juga sudah memandangya pelik apabila dia selamba baring di lantai. Kakinya diangkat ke paras dada, sumpah...dia sudah tidak tahan lagi.
  Lambat-lambat Kai turut duduk di lantai lif. Dia masih tunak memandang Keya yang ibarat hilang akal tika itu.
“You kenapa? Appendicitis?” suara Kai bertanya.
Keya menggeleng laju.
“Menstrual pain.”
“Oh...”
Dan keadaan menjadi hening kembali. Kai memandang siling. Musuh-musuh pun, bila tengok Keya meringkuk sebegitu rupa, jatuh kasihan juga.
“Urm...ada apa-apa yang I boleh tolong.” Soal Kai beberapa minit kemudian. Dia sudah tak tahan mendengar erangan dari Keya.
“Kalau you perempuan I dah suruh you urut belakang I ni. My backbone feels like splitting into halves...”
Kai pula tersenyum nakal.
“I give mean back rubs. I pernah jadi masseuse mak su I dulu. Dia dah macam kakak I sebab jarak umur kami tak adalah jauh sangat. She used to have  a terrible pain like yours monthly.” Tanpa sedar, Kai membuka cerita.
“Used to? Kenapa past tense?” Keya bertanya tiba-tiba.
Aiyoyo, kalau dibuatnya Kai mengamuk dalam lif tersangkut ni macam mana?
“Dia commit suicide. Stabbed herself with a knife. Dia isteri kedua, dan suami dia tinggalkan dia bila isteri pertama dapat tahu. She was pregnant at that time.”
Sayu suara Kai, bercerita.
Rahang Keya terjatuh. Gi-la!
Bunuh diri?
Nauzubillah!
“Sampai macam tu sekali?”
Kai angguk.
“Sebab itulah I tak mahu bercinta. I takut kalau I terhancurkan mana-mana hati orang, dia akan buat macam mak su I buat. Love is a crazy shit.”
Kai mengeluh. Dia senyum sebaris ke arah Keya. Namun dalam hatinya, dia sudah senyum selebar-lebarnya.
Sarikeya, you just fell for my sob story, didnt you?

**

Setelah kejadian lif tersangkut itu, Keya menceritakan segala-galanya kepada Shi. Apa yang Shi cakap nyaris membuatnya tergelak besar.
“Aww, kesiannya dia. Keya...dia tu macam baiklah. Dia cuma fobia untuk bercinta, agaknya.”
Keya bersetuju dengan komen Shi.
Yep.
Fobia.
Dan dia yakin dia dapat mengubat fobia Kai itu.
Badboy yang akan menjadi baik untuk dirinya.
Mr Kai Khalid, Keya akan ajar you bab cintan-cintan ni!
“Apa yang patut aku buat sekarang Shi? Tiba-tiba aku rasa macam mustahil aja dia nak serahkan hati dia tu pada aku.” Keya menyuarakan ragu-ragunya kepada Shihan.
Shihan mengeluh kecil.
“Ajar dia , Keya. Teach him to stop and smell the roses. Teach him that love can be beautiful, not dreadful.”
“Kalau aku gagal?”
“Sekurang-kurangnya, kau dah cuba kan? Hanya dia yang boleh ubah diri sendiri Keya. Kau hanya tolong tunjuk jalan pada dia.”
Tak sia-sia dia rapat dengan pakar falsafah ini.
“Okey. Aku cuba.”
“That’s my adik ipar!” Shi tergelak apabila tersedar dia tersasur. Oops Eman, rahsia terbongkar!
“Really? Eman dah lamar kau?” Keya kembali teruja.
“Tadi dia ajak pilih cincin. Nanti bulan depan agaknya Baba kau masuk meminang, bila dia balik Malaysia.” Tenang sahaja Shi memberi maklumat. Terlupa terus yang Eman hendak membuat kejutan kepada Keya ni.
“Wey...jangan cakap apa-apa dekat Eman tau, Keya...”
Tet! Tet! Tet!
Shihan menggeleng kepalanya. Baru sahaja nak pesan, mesti Keya dah pergi serbu si Eman itu. Habislah abang pilot dia tu membebel nanti.
Kelautlah kejutan si Eman itu.

**

Jam 5 tepat, Kai sudah berdiri tegak di sebelah Kawasaki Keya. Mana perempuan ni? Ingat matahari ni sejuk?
Rungutan Kai di dalam diam termati apabila matanya menangkap susuk tubuh Keya yang sedang berlenggang keluar dari bangunan pejabatnya.
Keya yang baru habis kerja itu mengeluh nafas lega.
Kesemua kerjanya siap hari ini. Dia ada seminggu untuk tolong Eman dan Shi menyiapkan barang-barang pertunangan mereka. Selepas itu, bolehlah dia mulakan apa-apa projek baru.
Dia sudah selesa berada di Titan, sebenarnya. Kalau ikutkan hati, dia nak sahaja kerja selamanya di bawah syarikat Kai.
Kalau dah suka sama Kai tu...semua benda nak dibuat dengan Kai!
Keya, Keya...
Lamunan Keya terhenti apabila melihat susuk tubuh lelaki yang baru sahaja dibayangkannya tadi, elok duduk di atas Kawasakinya.
          Muka ketat. Check.                 Senyum sinis. Check.                 Lagak heartless. Check.                 Egois. Check.                 Alpha male.Double check.
Sexy smexy, check.
Piercings...aik? Tak ada dah? Alaaa...sayangnya.

                "You buat apa atas bike I, Kai?" Keya bercekak pinggang. Takkanlah dia nak peluk pula Kai tu kan? Buat-buatlah marah sedikit, nanti Kai kata terdesak pula.
                Kai tidak menjawab, sebaliknya tangan menghulur topi keledar kepada Keya.                 "Naik." Sepatah yang dikeluarkan apabila Keya tidak beri respon.                 "Huh?" Keya bingung.
Apa dia?                 "Naik. Pagi sebelum kita terperangkap tu, you cakap that I need to keep my enemies closer, kan. Top speed, you dapat peluk I..."jelas Kai, dilayang dengan balasan sarkastik.                 "Gila ke?" Keya terjerit kecil.
 Lol! Bukan 'closer' macam tu lah bangang! Mahu aku cair secair-cairnya kalau peluk dia.                 " Haritu nak closer bagai. Now, I'm giving you closer. Only clothes separating us,Keya.Tuduh I gila kenapa?" luah Kai dengan nada bosan.
“Gila lah juga. I nampak aja macam ni, tapi batas I still jaga. Kesian lah suami I nanti kalau I sesuka hati aja peluk lelaki lain.” Keya membalas sedas. Betul tau, dia mungkin fikir pelik-pelik pasal Kai, tapi dia takkan peluk Kai dengan semudah itu. Kai kena faham bab tu!
Kening Kai ternaik tinggi.
Wow...gadis yang berprinsip. Menakjubkan betul Keya ni.
What? Kai...perasaan tu jaga sedikit. Ini lakonan saja kan, ingat tak? Akalnya bersuara.
                Kau suka dia kan Kai? Kau cakap aja kau nak buat macam-macam, tapi kau tak sampai hati kan, Kai Khalid? Suara hatinya bertutur.
                Kecelaruan melanda Kai. Akal cakap lain, hati cakap lain...namun apabila syaitan merasuk...
                ‘Shut up, stupid heart! Aku nak hancurkan Hayat tu, I shall use all means to get him.’ Akal Kai bermaharajalela.
                Ingat Kai...mainkan dia, dan hancurkan dia...
                “Hey, mengelamun.”
Teguran Keya menyedarkannya. Senyuman sebaris dicarikkan di bibir.
Hati Keya melayang...
                “I melawak aja lah. I tak angkut anak dara orang naik motor.” Kai berkata-kata. Senyumannya semakin lebar sehinggakan menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
Hati Keya meloncat girang.
                Kacaknya bila dia gelak.
                “Kai...I nak cintakan you boleh tak?”
Kai terus berhenti gelak. Strike three, Keya! Weehuu! Namun, wajahnya dibuat seolah-olah terkejut.
                “I serius ni. I rasa I dah tercintakan you lah, bos. Musuh.Pesaing. Apa sahajalah you labelkan diri you.” Keya sedar dia sedang membebel, namun bak kata Shi...dia harus tolong Kai.
                Tak banyak pun yang dia perlu tolong sebab dia yakin dia juga memang dah betul-betul cintakan Kai Khalid Baharom ini.
                “Maksud you, Keya?” Kai berpura-pura menjadi dungu.
                “Maksud I...I nak you bagi peluang pada diri you, dan juga diri I...peluang untuk kita berdua. Bercinta. You know, be sweet, be mushy...be on top of the world...”
                “Be in love, maksud you?” Kai pura-pura meneka. Kalaulah boleh dapat anugerah ni, memang Kai layak menyandang tempat pelakon terbaik!
                Keya mengangguk laju-laju.
                “Awak pasti Keya? I tahu I ni emotionally burdened. Perangai pelik pada orang...” Kai cuba menjual mahal. Namun Keya menggelengkan kepalanya.
                “I suka everything about you. Everything, termasuk kekurangan you.”
Ayat Keya jelas tidak disangka Kai. Tiba-tiba terasa jantungnya berdetak lebih laju.
Is this girl for real?
Atau dia pun ada motif lain?
                “Awak benar-benar pasti?” soal Kai lagi sekali, dan seperti tadi, Keya angguk.
                “Kalau macam tu...dinner date malam ni?”
                Keya terjerit girang! Ya, dia bahagia sangat. Tak sangka Kai terima proposal dia secepat itu. Tak sangka, sungguh dia tak sangka yang Kai dan dirinya akan ‘date’.
                I’m so telling Shi about this!

**
                Sedar tidak sedar, sudah tiga bulan Eman dan Shi bertunang. Lagi 2 minggu mereka akan berkahwin. Eman juga sudah cakap yang dia dan Shi akan menetap di Dubai setelah berkahwin. Terkejut juga dia apabila Eman memberitahunya semalam. Baba sudah bagi Eman greenlight, namun Keya agak sedih apabila memikirkan dia akan keseorangan nanti.
                Selama ini, walaupun Eman kerap terbang, sekurang-kurangnya ada juga hari-hari cuti yang diluangkan di rumah. Kini, dengan Baba sibuk ke luar negara, nampak gayanya Keya bercakap dengan dinding ajalah nanti. Shi pun Eman dah kebas! Tak guna punya abang...
                “Hey, nimrod...”
                Keya terus mengangkat kepalanya dari meja di cafe itu.
                Kai yang sedang tersenyum lebar dipandangnya.
                Nimrod.
                Ni semua gara-gara Eman. Mentang-mentang dia dah perkenalkan Shi dan Eman pada Kai, Kai ni pun galak sangat nak turut gelarkan dia nimrod.
                “Hey.” Jawab Keya lemah. Dia tak ada mood apabila dia sedih mengenangkan si abang dan si kawan baik yang akan berkahwin.
                Pelik kan?
                Dulu dia yang beria nak kenenkan Shi dengan Eman, sekarang dia yang menyesal.
                “Kenapa sedih ni, sayang? Rindukan I ke?” Kai bertanya, muka dibuat se-prihatin yang mungkin.
                Keya menggelengkan kepalanya.
                “Sedihlah. Semua orang nak kahwin, semua nak tinggalkan Keya.” Adu Keya, manja. Kai tergelak kecil.
                Kalaulah dia tahu aku pun tak lama lagi nak dump dia...
                "You rasa pelik tak kalau I cakap I selesa sangat bila dengan you?" Kai mengguris senyuman paling manis ketika bertanya soalan itu.
                Keya menelan liurnya. Segala kesedihan tadi dicampak ke tepi. Fokusnya kini tepat pada Kai.
                "Urm...what?" Keya merasakan dirinya bagai bermimpi.
                Sah, aku yang salah dengar ni.
                Kai tergelak kecil. Tangan Keya dicapai dan dielusnya lembut.Jari manis Keya dimain-main.
                "I wanna put a ring on...this finger...can I?"
                Kalaulah mata Keya ada spring, sudah tersembul matanya melompat keluar dari soket. Ya Allah! Dia lamar aku? For real? Mr Sexy Smexy ni lamar aku?
                Lelaki yang dulunya cakap dia tak boleh jatuh cinta ni...lamar aku? Sarikeya Hayat dilamar Kai Khalid Baharom?
                History is made!
                "Tapi Baba competitor you...dia akan setuju ke?" Keya mendecitkan lidahnya.
                 Aish, mulut ni laju pula menjawab! Bukan itulah jawapan yang dia nak beri!
Dia nak cakap Yes! Yes and forever Yes!
                Kai melepaskan tangan Keya. Dia mengelus pula pipi Keya. Matanya yang menggoda itu menikam  mata Keya.
                Lagi sekali, Keya menelan liur. Dapat dia rasakan lututnya bergetar, walaupun dia sedang duduk.
                 Oh, nak pengsan!                 Mana pergi semua oksigen dalam cafe ni.
                "You are not answering my question honeycrumbs." Nada Kai perlahan, namun suaranya terlebih garau berjaya menegakkan bulu roma Keya.
                Grrr!!! Jangan salahkan aku kalau aku terkam juga Mr Sexy Smexy ni!
                "Tapi Baba..." Keya terdiam apabila ibu jari Kai hinggap pada bibir bawahnya.
                "If you say yes, I sendiri akan pergi slow talk dengan Dato' Hayat...hmm?" Kai melirik matanya. Jarinya selamba mengelus pipi Keya kembali.
                Come on, Bimbo. Say yes! Selesai satu step lagi plan aku ni...
                "You love me, Keya.And it is reciprocal. I can't hide it from you anymore, you are a transparent yet strong lady, and I love every inch of that spunk of yours. Baby, say yes?You dah buat I jatuh cinta, dan sekarang I nak you tanggung akibat dia. Kahwin dengan I, sayang?"
                Kai melepaskan jerat terakhirnya.
                Love is so cheap on your lips Kai Khalid! Satu suara terbit dibenaknya.
                Dia membeliakkan matanya, mentally.
                 Oh shut up, you fucking heart! All is fair in love and war, this is war! I'll get my revenge, by all means. Tak dapat cuit bapak dia,cuit anak pun jadilah.
                Jangan tipu diri kau, Kai. Kau rasakan sesuatu untuk Keya, kan? Suara itu masih bergema dibenak fikirannya.
                Ya, aku rasa sesuatu.Dendam. Itu yang aku rasa.
                Tipu...suara itu lagi.
                “I...Yes! Yes, Yes, a million times a yes! Terima kasih Kai...terima kasih sebab balas perasaan I ni. I janji, I janji I akan sayangkan you sampai bila-bila...”
                Kata-kata itu membuat jantung Kai nyaris terhenti.
                Really Keya? Bila aku dah hancurkan hati kau nanti sekalipun, kau tetap akan sayangkan aku kah?
                “Esok I pergi jumpa Baba you.”
                “Tak, petang ni. Baba ada di rumah. Kita cakap sama-sama.” Keya menyuarakan pendapatnya.
                “Takut I tak lulus penilaian Baba ke?” sakat Kai. Keya menampar perlahan bahu tegap Kai.
                “Takut you overachiever sangat, dear.” Perli Keya dalam gelak tawanya.
Kemudian, Keya memandangnya dengan penuh kebahagiaan. “ You make me so happy, Kai. Thank you...” Senyuman ikhlas Keya ibarat menjerut Kai.
                Tidak tahu untuk beriaksi, Kai sekadar mencuit hidung Keya. Tiada patah kata yang mampu diungkapkan tika itu. Tiada ungkap kata yang mampu menandingi kebahagiaan yang terpancar pada wajah Keya.
                Kai...I told you so...suara itu muncul kembali. Kali ini Kai tidak membantah.
                Oh...crap.

**

                “Baba tak sangka Keya dan Kai sudah bercinta. Diam-diam pula tu. This is good news!” Dato’ Hayat jelas gembira dengan khabar yang disampaikan Keya dan Kai tika itu.
                Sudah lama dia memasang angan-angan untuk memperkenalkan Keya pada Kai. Siapa yang tak nak buat businessman berjaya macam Kai ni sebagai menantu? Cuma itulah, akidah Kai ni yang dia musykil sedikit.
                Baru sahaja Dato’ Hayat ingin bertanya, tiba-tiba Azan Maghrib berkumandang. Dia kemudiannya memandang ke arah Keya dan Kai.
                “Ah, elok la tu. Maghrib dah ni...boleh kita jema’ah.” Perlahan-lahan, Dato’ Hayat menyucuk. Kai tersenyum yakin.
                Nak dijadikan cerita, sejak dia nak jerat Keya, segala jenis tindik yang dipakainya, dibuang. Solat Jumaat pun dia tidak perlu tunggu Luth lagi. Sahkan solat Jumaat, solat harian pun dia tidak tinggal. Adalah juga sekali dua dalam seminggu tu dia singgah masjid.
                Entah kenapa, dia rasakan kalau dia nak tawan Keya, dia kena tahu segala benda itu. Nak berlakon kena real, bukan?
                “Boleh, Dato’. Saya imamkan?” Keya tersenyum lebar apabila melihat Babanya tiba-tiba memeluk Kai erat.
                Dah peluk tu, kira dah setuju lah tu kan?
                Kai pula terus terkaku apabila dipeluk Dato’ Hayat. Entah kenapa, dia rasa amat...selesa menerima pelukan seorang ayah.
                “Baba, Kai. Baba.” Dato’ Hayat menepuk perlahan bahu Kai. Senyuman di bibir anak gadisnya membuat hatinya gembira.
                Kai pula tersenyum, namun kelat.
Merr...
Kai...jangan hanyut. Ingat, lelaki inilah yang menganiayai Merr...
Separuh diri Kai dahagakan kasih bapa, separuh lagi...dahagakan dendam.
This is harder than what I thought, Merr...betulkah apa yang Kai buat ni, Mak su?Kenapa Kai rasa bersalah?

**

                Shi memeluk bahu Keya erat. Kedua-duanya memandang ke dalam cermin.
                “Kau nak kahwin dah, Babe...” Shi berkata. Tubir matanya bergenang, begitu juga dengan Keya.
                “Kau ni, selalu over. Kau tu dah mengandung pun. Bunting pelamin pula tu.” Keya membalas. Shi tergelak kecil sambil tangannya mengusap perut yang masih tidak ketara bulat. Baru tiga bulan.
                “Buat peneman aku ni bila ayah dia terbang keliling dunia.” Shi tersenyum, bahagia. Keya turut merasakan kebahagiaan Eman dan juga Shi tika itu. Tak sabar dia nak timang anak saudaranya. Lagi tak sabar dia nak timang anak dia dengan Kai nanti.
                Dia pasti, Kai akan jadi ayah yang baik nanti. Anak dia pula kalau lelaki mesti ikut wajah Kai. Habislah, kesian semua budak nanti. Ada little Sexy Smexy, ah seronoknya berangan!
                “Dah, shawl kau dah elok ni. Turun jom? Rombongan Kai dah sampai tu.” Shihan mempelawa.
                Jantung Keya tika itu berdetak laju. Dalam masa 15 minit lagi, dia akan menjadi isteri Kai. Bolehkah dia menjadi isteri yang terbaik untuk Kai?
                Shihan memimpin Keya turun ke tingkat bawah. Mata Keya mencari-cari kelibat Kai,namun tidak pula dia nampak. Tiba-tiba,dia terasa debaran hatinya semakin menjadi. Kenapa dengan dia ni? Gemuruh sangat mengalahkan pengantin lelaki.
                “Kai mana, Shi?” soal Keya.
                “Kai pergi tandas sekejap, sampin dia tertanggal tadi. Anak Baba ni okeyke?” Baba pula bertanya sambil mengusap belakang Keya.
                Keya mengangguk.
                “Baba...Keya nak jumpa Kai dulu boleh?” Pinta Keya. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati.
                “Kan kadi dah sampai tu?”
                “Dua minit aja...” Keya berkata. Mata bundarnya memandang Babanya dengan penuh harapan. Dato’ Hayat terus mengalah.
                “Make it fast.”
                “Thank you Baba.” Keya mengucup pipi Babanya. Dato’ Hayat menggelengkan kepalanya. Dah besar anak dara dia ni.
                Keya memacukan langkah ke arah tandas di bilik tetamu. Pintu tandas tersebut tidak tertutup rapat.
                “Are you out of your mind, Kai? Kau rahsiakan semua ini daripada aku? I’m your bestfriend!”
Suara tersebut membuat Keya tersentak. Pengantin lelaki kena marah dengan siapa pula tu?
                “Luth...I did not plan this to happen.”  Suara Kai pula mencelah. Perasaan ingin tahu Keya semakin memuncak.
                Plan what to happen? Nyaris sahaja dia ingin bertanya kepada Kai, namun ditahannya.
                “Aku kenal kau luar dalam, Kai. Pelik kalau kau tak rancang semua ini beforehand.You won’t fool me, you bastard! Bila Dato’ Hayat, dan kau, terlibat sama...semuanya mesti sebab kau yang rancang.”
Kerutan di dahi Keya semakin ketara apabila nama Babanya disebut lelaki yang tidak diketahui siapa itu.
                “Ya, aku rancang semua ni! Aku rancang! Aku sengaja nak buat Keya cintakan aku. Aku sengaja buat semua ini sebab aku nak balas dendam dekat bapak dia tu! Puas hati kau, Luth?”
Keya terkedu mendengar pengakuan Kai itu.
                “Aku buat semua ni, sebab Merr bunuh diri sebab Hayat ceraikan dia! Merr yang satu-satunya keluarga yang aku ada, mati...sebab Baba si Keya tu tak cukup berani untuk berlaku adil! Semua ni, sebab aku nak balas dendam bagi pihak Mak Su aku. Baru aku puas hati, Luthfi. Sumpah, aku puas hati. Tapi Luth...”
Belum sempat Kai menyambung ayatnya, pintu tandas itu ditolak dari luar. Di sebaliknya, Kai dapat lihat wajah Keya yang sudah merah menahan tangis.
                “Keya? You buat apa kat sini?” soalan dungu dari Kai itu berjaya membuat air mata Keya mengalir.
                Tanpa jawapan pun, Kai sudah dapat mengagak tembelangnya sudah terbongkar.
                Oh...crap...crap...crap!
                "You weren't supposed to hear that, Keya."bisik Kai perlahan.
Jantungnya bagai luruh ke bumi apabila melihat air mata menitis dari tubir mata Keya. Luth di sebelahnya juga terkaku.

               Shit, what've you done Kai Khalid! 
               “Baba...baba curang dengan arwah mama? Baba kahwin lain?”
Langkah kaki diatur ke arah Keya yang masih tercegat di muka pintu. Dilihatnya wanita itu seakan-akan tidak lagi mampu berdiri.

               Shit Kai, shit. 
              
“Baba suami Mak Su you? Sebab Baba dia bunuh diri...Kai? Kai...jawab I? You pura-pura cintakan I sebab you nak balas dendam, Kai? Do I really mean nothing in your life, huh?”
               "Sayang...I..." Kai cuba untuk mencerahkan keadaan namun Keya pantas menggeleng.

               Bunga ros putih di tangannya dibaling ke dada Kai. Air mata yang tadinya mengalir ditepis dari pipi. Dia tak cukup lemah untuk menangis.

               "Sayang...I have to explain to you...I love you so much, Sarikeya...tolong dengar penjelasan I?"seru Kai lagi sekali.                Keya mendongak memandang Kai. Matanya tajam menikam wajah lelaki yang sepatutnya mencintai dia itu.
 Hah. Cinta? Murah betul cinta seorang Kai Khalid tika ini. Sangat murah.

               "Am I not too low to be your Sayang, Kai? I kan musuh you , atau you sudah lupa?" cabar Keya terang-terangan. Giginya diketap. Sumpah, kalau Kai belah hati dia waktu ini, memang boleh nampak serpihan-serpihan kaca menusuk di setiap penjuru.

               Patah hati. Makan hati.Sakit hati. Tiga rasa yang mampu mematahkan semangat seorang wanita. Tambah-tambah lagi apabila orang yang paling dicintai yang menjadi puncanya.

               "Keya...listen to me." Kai masih berusaha untuk bersuara namun tamparan sulung dari Keya membuatnya terdiam. 

               Kai terpaling ke kanan.Pipinya pijar dan merah. Namun dia tahu, dia layak ditampar Keya.

               "I hate you, Kai Khalid. Aku...benci kau.Benci!"Jerit Keya sekuat hati. Dada bidang Kai ditolak-tolaknya. Luth sekadar memerhati.

“Apa yang bising sangat ni?” Dato’ Hayat membuka pintu bilik tetamu tersebut.

Keya terus berpaling ke arah Babanya. Eman dan juga Shihan turut ada tika itu.

“Baba tipu! Baba curang dengan Mama. Ini semua sebab Baba. Kai benci Keya sebab Baba! Keya benci Baba. Keya benci!” Keya menjerit lagi.

Veil yang dipakainya dilurut kasar dan dibaling ke atas lantai. Flower crownnya juga dicabut dan dibaling ke arah Babanya.

“Sarikeya, jangan kurang ajar dengan Baba.” Eman mencelah. Keya tetap menggeleng laju.
Matanya memandang Shi, dan dia terus menerpa kakak iparnya itu. Segala tangisan dilepaskan pada bahu Shihan.

“Shi...I don’t want to be in this hell, Shi...please...suruh dia pergi. Aku tak nak tengok muka dia lagi. Sakit Shi...sakit sangat Shi...” rintihan Keya jelas menusuk kalbu kesemua yang mendengar tika itu.

“Keya...Baba tak curang dengan Mama, sayang. Mama izinkan Baba, tapi bila mama dapat tahu dia ada tumor, Baba tak sanggup nak abaikan keluarga Baba. Ya, semua ini salah Baba, sayang.” Dato’ Hayat menjelaskan keadaannya.

“Bila Ameera dapat tahu yang Baba lebihkan Mama, dia mula nak kawal Baba. Dia jadi agresif. Kai...Baba tak pernah lafaz cerai pada dia. Cuma yalah, sebelum dia jadi hilang kawalan, kami bergaduh besar. Semuanya hanyalah salah faham, Kai. Your Merr was depressed without any reason. Baba terkejut dengar berita yang dia bunuh diri.”

Kai diam mendengar. Maksudnya, Merr yang overeact? Merr yang salah faham?

“Keya.Tak.Nak.Dengar! Keluar, semua keluar!” Keya memberontak. Satu persatu badan manusia di dalam bilik
itu ditolak keluar.

“Keya...Sayang...” Kai masih tidak berputus asa. Wajah tiada perasaan Keya, ditatap. Ya Allah...apa aku dah buat ni?

“Sayang kau, dah mati. Ma-ti. Dah, kau pergi balik. Sukalah kau kan, tak perlu nak kahwin dengan aku ni. Kalau tak mesti kau meluat kan?” Senada bait-bait Keya diungkap. Namun, bait-bait itu ibarat sembilu halus yang menusuk segenap jantung Kai.

“Listen to me, Keya. Apa yang you dengar tadi tu, it was just half of it! I love you, goddamn it!” Kai memaut erat bahu Keya.

“Kai Khalid sudah mati bagi Sarikeya.” Tangan Kai di bahunya dilurut.

“ Get out of my face, will you?” Serentak itu, Keya menutup kuat pintu bilik tetamu tersebut.

Kai mengeluh hebat. Tanpa disedarinya, air matanya turut mengalir.

“Keya...Keya...buka pintu ni sayang...I cintakan you...demi Allah, I cintakan you.” Namun seperti pungguk rindukan bulan, hanya angin yang menyapa akuan cintanya tika itu.

Nothing hurts more than realising that you miss the chance of ever experiencing a true love. And you missed it slightly, Kai. Slightly.

“Kai...sudahlah tu...istighfar...” Luth menepuk bahu Kai.

Kai memeluk Luth erat. Kali ini, dia tidak kisahkan sesiapa. Dia menangis semahu-mahunya.

“Memang aku rancang semuanya Luth. Tapi, setiap langkah tu, hati aku makin memberat. Aku tak sanggup nak buat dia macam tu, tak sanggup. Masa itulah aku sedar yang aku sebenarnya memang dah cintakan dia, Luth. I love her, but she is inside there,hurting because of me. Sebab aku, Luth...” Kai tersedu-sedan di bahu Luth.

“Jodoh tak ke mana, Kai. Give her time, okay?”

Kai menggeleng.

“Aku tak layak untuk dia. She deserves a better man.” Dengan hati yang berat, Kai melangkah pergi.
Luth sekadar memerhatikan kawan baiknya itu.

Cinta...
As sweet as sin,
As deadly as poison.

**

                Tiga tahun kemudian...

                “Ucu, aiskrim.”

Dia tersenyum melihat gelagat budak kecil itu. Namun, senyuman dia semakin melebar apabila dia melihat ‘ucu’ budak kecil itu yang tidak jemu melayan karenah.

                “Aiskrim lagi? Nanti Ayah marah Ucu lah.” Keya menarik muncung simpati.

Si dia yang asyik memerhatikan gelagat ibu saudara dan anak saudara dari sebalik cermin mata hitam itu tergelak kecil.

                “Ucu, Ayah dan Mama tade sini. I want icecream.”

Seperti yang diperhatikan selama ini, dia yakin yang ‘Ucu’ bakal mengalah juga akhirnya.

                “Okey. Tapi kena kongsi dengan ‘Ucu’.”

                “KAI!” Kopi ditangannya nyaris jatuh ke tanah. Mangkuk ayun ni nak kena juga dengan aku!
Luth yang sedang tayangkan senyuman sinisnya mengorak langkah ke arah kerusi yang diduduki Kai. Namun, Kai bingkas bangun. Tak selesa pula duduk di sini.

                “Jom pindah tempat. Nanti dia tahu aku ada dekat sini.” Dalih Kai.
Luth menurut sahaja.

                “Sampai bila kau nak tengok dari jauh, Kai?” soal Luth.
Kai mengeluh, sebelum dia menarik senyum tawar.

                Tangannya naik mencengkam bahu Luth.

                “Sampai dia masih mampu tersenyum. Aku takut, bila aku muncul, dia tak akan senyum dah.” Kai Khalid, seorang pendendam, sudah bertukar menjadi seorang Majnun.

                “Sampai bila kau nak jadi macam ni?” Luth menyoal lagi. Sungguh, dia runsingkan kawan dia ni. Mabuk cinta sangat!

                Kai tersenyum hambar.

                “Tak lama pun...just as soon as forever is through, I’ll be done with her…no worries.” Jawapan selamba Kai membuat Luth melayangkan sebuah penumbuk ke bahu bidangnya. Mereka tergelak besar kemudiannya.

                “Kau gilalah Kai.”

                “Gilakan Sarikeya, you mean? Yes, that’s me.” Kai berkata dengan bangga. Luth menjungkitkan keningnya.

                “Move on lah, Kai…”

                “Easier said than done.”

                “Ramai apa perempuan yang nakkan kau…”

                “Eh, adik kau Yaya tu single lagi kan?” Luth terus terdiam. Kai dipandang tajam.

                “Jangan nak cari nahas, Kai.” Amaran Luth mengundang tawa besar dari Kai. Ah, bahagianya. Walaupun tidak dapat jasad, pandang kebahagiaan si dia dari jauh pun dah cukup, kan?

                “What if dia minat aku instead?” Kai masih lagi dalam mood menyakat.

                Luth tidak membalas apa-apa. Sebaliknya, sebuah renungan membunuh dihadiahkan kepada Kai.

                “Okay, aku tak kacau. Lagipun, setiap inci hati aku ni…hak milik Sarikeya…” Kai tersenyum manis.

                Sarikeya binti Hayat.

                I’ll keep loving you with every piece of my broken heart, and I guess it is reciprocal darling. Senyum you, tawa you…they doesn’t even reach your eyes.

                You keep your promise.

                You tetap sayangkan I sampai bila-bila, walaupun I sudah hancurkan hati you, namun you tetap sayangkan I.

                Terima kasih, Sayang. Thank you for teaching me what love is. I’ll always be watching you from far away…always.

                Sarikeya, you are as sweet as unreqruited love. Yet deadly, as sin.


There are things that we don't want to happen but have to accept, things we don't want to know but have to learn, and people we can't live without but have to let go.

TAMAT

16 comments:

  1. Best sgt2.....
    Mcm Ada smbung je...
    Story about luth with yaya

    ReplyDelete
  2. Kak shamien kai n keya mmg x together gether eh...best cite diaorg ni

    ReplyDelete
  3. Eh,ada luth n yaya. Best best best. Sambung pleaseee..
    -Amira

    ReplyDelete
  4. alaaaa.. x nak ending macam ni... :(

    ReplyDelete
  5. Ok babe.....I think you should seriously consider to expand this story (make a novel please!) and lead Kai & Keya together towards that light and rainbow at the end of the road. They deserve their own happy ending in each others' arms. Please do consider this request as I'm sure a lot of other readers feel the same too ��

    ReplyDelete
  6. Nice story and luth yaya pretty please😘

    ReplyDelete
  7. nice story tho..consider to continue this story please..waiting for more stories from you.. :)

    ReplyDelete
  8. darl! no doubt this is the best story ever. awesome plot with great conflict. secukup rasa. and as cliche as it may sounds but we all do love happy ending kan? so big hope here,hoping that you will continue this Sarikeya part2. please. and my fav lines from here is "just as soon as forever" dangg thats line is truly the best! Ngiaww please make part 2

    ReplyDelete
  9. kai & keya plissss

    -bungateddy-

    ReplyDelete
  10. nak tahu cite pasal luth n yaya please...

    ReplyDelete
  11. sounds greedy but i want both
    kai n keya
    luth n yaya

    ¬prettty please

    ReplyDelete
  12. Nonton pertandingan bola pasti kurang seru tanpa taruhan
    Ayo pasang taruhan anda bersama kami WWW.MGMCASH88.COM
    Akun taruhan olah raga terbaik dan terpecaya di Asia
    - SBOBET
    - MAXBET
    - 368BET
    - Tangkas
    - Livecasino
    - Sabung Ayam
    (Baccarat,Sicbo/Dadu,Slot)

    Minimal deposit Rp 50.000
    Minimal Withdraw Rp 100.000

    Info lengkap hubungi live support custumer service 24 jam di :
    PIN BBM : 7B2EC260
    PIN BBM : D8796C4C
    WHATSAAP : +66615620266
    LINE : mgmcash88

    ReplyDelete