Sunday, March 6, 2011

I'm A lady 16 *final*




“To all passengers, please fasten the seatbelts. We’re going to land shortly.”



Suara pramugari itu menyedarkan Isya yang hanyut dibuai mimpinya.



“Isya, dear...bangun, Ikh nak betulkan seat.”



Farisy mengejutkan Isya yang terlena di atas bahunya itu dengan lembut. Kemudiannya dia teringat balik masa pertama kali mereka jumpa dahulu. 


Juga di atas flight, dan Isya juga lena tidur beralaskan lengannya. Namun, pada waktu itu Isya masih lagi tomboy, bukan seperti sekarang.


Tanpa disedari Farisy mencarikkan senyuman pada wajahnya.



Isya yang tengah terpisat-pisat itu dipandangnya penuh cinta. Risy kemudiannya menegakkan tempat duduknya dan juga tempat duduk Isya.



“Ikh...ngantuk...”



Ujar Isya sambil menarik kembali lengan Farisy untuk menyandarkan kepalanya. Farisy hanya membiarkan Isya. 


Inilah idamannya dari kecil, untuk meluangkan seluruh hidupnya bersama Isya. Dan, semuanya sudah tercapai, dan sekarang mereka tengah dalam perjalanan ke Langkawi, untuk berbulan madu.


Farisy yang mendengar Isya yang sudah berdengkur halus itu turut memejamkan matanya kembali. Bukannya nak landing lagi, selalunya mereka buat pengumuman 10 minit awal.



Farisy teringat kembali kejadian apabila dia dan Isya tiba di KLIA hari itu.




***




“Siapa ambil kita ni? Ikh dah cakap kat Firhan semalam, tapi dia kata tak tahu lagi siapa yang jemput kita.”



Farisy berkata-kata sambil menolak trolinya yang juga memuatkan barangan Isya. Isya hanya tersenyum penuh makna di sisi Farisy.



“Sabarlah sayang, kejap lagi sayang tengok sendiri siapa yang jemput kita.”



Isya berkata-kata sambil melangkah dengan penuh lenggoambut Isya yang panjang mengurai itu diikat dengan getah urat. Serabutlah, boleh jadi pontianak.



Mata Isya tertancap ke bahagian menunggu. Dia tersenyum.



“Sayang, nampaknya mereka semua datang jemput kita!”



Ucap Isya dengan teruja. Isya menundingkan jarinya ke arah satu sudut lapangan terbang itu.



Farisy membulatkan matanya, namun tangannya masih setia menolak troli. Mereka berdua menghampiri keluarga mereka itu. Mama dan papa tiri Farisy turut ada selain mama dan papa Isya. 


Rayyan Najmie, abang long Isya turut ada selain isterinya yang tercinta, Maria. Kazz dan Firhan pula menarik senyum yang paling manis. Opah pun ada, tapi dia dah tak kuat, dia duduk di atas kerusi roda.



“Surprise!!!”



Serentak mereka menjerit. Sememangnya KLIA ini milik diorang!



“Risy....”



Mama Farisy sudah memeluk anak terunanya itu. Farisy membalas pelukan mamanya. Kemudian yang lain pula memeluk Farisy. 


Apabila tiba giliran Kazz dan Firhan, mereka memeluk Risy dengan erat, ibarat ular sawa melilit mangsanya.



“8 tahun dude, 8 tahun! Haha...”



Firhan berkata sambil menepuk-nepuk belakang Risy. Risy hanya merenungnya dengan rasa geram bercampur bahagia.



“Kau Firhan, siap-sedia nak kena panggang dengan aku, memang dasar tak boleh simpan rahsia! Kau pergi kasi tahu Kazz ngan Isya tu buat apa?”



Risy terus attack Firhan on spot. Sebenarnya, dia bersyukur yang Firhan memberitahu di mana alamatnya, dia sudah terlampau merindui Isya dan keluarganya di sini.



“Risy, kau nak panggang ke, salai ke...tunggu sampai rumah dulu yea...lagipun, malam ni majlis kau.”



Kazz mencelah. Dia kemudiannya memandang Firhan dengan Isya dengan kening yang dijungkitkan. Farisy masih lagi keliru. Majlis apa?



“Dah jom-jom...kau dan Isya naik kereta aku, the rest naik Estima papa!”



Ujar Firhan sambil mengambil troli yang ditolak Risy tadi. Dia bergerak ke tempat dia parkir keretanya tadi.



Setelah keempat-empat mereka duduk di dalam kereta, Firhan terus memecut keretanya. Farisy hanya terdiam di sebelah Isya.



“Abang, kita pergi butik dulu. Chek saiz.”



Isya mengarah Firhan. Firhan hanya mengangguk. Keretanya dipecut setelah melihat jam menunjukkan pukul 15:30 di dashboard.



Tiba aja di hadapan butik, Isya menarik tangan Farisy. Farisy yang masih blurr itu hanya mengikut. Sampai saja di dalam butik, dirinya diukur dan diserahkan beberapa pasang baju melayu teluk belanga untuk dicuba.




“Korang? Kenapa ni? Esok Raya ke nak suruh aku test baju ni?”



Akhirnya Farisy bertanya. Memang dia tak faham apa yang tengah berlaku sekarang ni.



Firhan dan Kazz memandang Isya.



Isya menepuk dahinya.



“Sorry...Isya lupa nak kasi tau...”



Isya berkata-kata sambil membetulkan baju pada tubuh Farisy. Farisy sudah mencuba sepasang baju melayu berwarna turqoise dan berkenan dengannya. Pekerja butik itu telah membungkus baju itu.



“Isya lupa? Padanlah Risy ni blurr dari tadi! Apalah adik ni!”



Firhan mengeluh kasar. Isya pula menarik muka bersalah. Kazz pula memegang bahu adik tirinya.



Dia memandang tepat ke dalam anak mata Farisy. Farisy tergamam seketika. Kenapa dengan Kazz ni, macam serius aja? Gumam Risy dalam hati.



“Takpe, biar aku kasi tau! Farisy Ikhwan...malam ni, kau kahwin!”



Zapp!



Bbbuuushhh



Tttiiiingg



Weeewwwwoooooowwwweeeewwwoooo



Liur Farisy ditelan kesat. Gulp!



Wajah Farisy dah pucat. Matanya mencari anak mata Isya. Isya hanya tersenyum manis.




Dia kemudian memandang Kazz yang masih di hadapannya itu.



“Kah....win??”



Kesemua mereka mengangguk dengan persoalan itu. Farisy menggaru kepalanya yang tak gatal itu.



“Malam ni?”



Risy bertanya lagi. Angguk.



“MAAATTIII!! Aku nak berlatih lafaz akad!!!!”

Farisy terjerit lantang.





“Oh mak kau sayang bapak kau! Auh kucing mengembek ayam mengiau!Oit! Asal menjerit kat butik aku ni?”



Tuan punya butik itu melatah akibat terkejut dengan jeritan Farisy tadi. Farisy menekup mulutnya sebagai refleks.



Kemudian dia tersengih kepada pemilik butik itu.



Isya, Kazz dan Firhan dah tergelak kat situ.



“Korang ni, nak tercabut jantung aku! Kalau ye pun janganlah kasi aku surprise yang macam ni. Dahlah, jom balik, Isya, you bayar baju I tu...gelakkan Ikh lagi!”



Farisy mengarah sambil berlalu keluar butik. Isya hanya setuju, alah, bukannya guna duit dia pun, dia guna duit bakal mak mentua dia jugak...hahaha, mama Risy dah kasi in advance duit untuk beli baju Risy ni.




***




“Sahaja aku nikah dengan...”



BBUUKK.



Kali ini dah kali ke-5 Farisy kena baling dengan songkok. Firhan dan Kazz merenungnya geram. 


Sabar ajelah...kalau dulu formula Add math Farisy ni telan macam tu je, kali ni, nak ingat lafaz nikah bukan main susah. Nampak sangat dah lama tak makan kismis.



“Kau ni nak kahwin! Lagi 10 minit tok kadi dengan imam sampai! Kau better buat leklok Ikh! Abang tak mahu malu. Don’t drop my waterface brother!”



Kazz berkata geram. Aura abangnya dah keluar. Dia sudah berdiri tegak di atas katil itu mengahdap Farisy yang setia mengahafal lafaz nikah dari kertas yang sudah hampir lunyai itu.



“Janganlah tekan Risy!! Kazz...kesian kat adik ipar aku ni! Farisy, dengar aku cakap ni...”



Risy memandang Firhan dengan mulutnya yang terkumat-kamit menghafal lafaz nikah. Gemuruh, kilat petir, taufan, gempa bumi...semua ada dalam hatinya sekarang. 


Ingat senang ke nak lafaz nikah ni? Tak sama tau macam belajar dalam kelas Agama dulu!




“ Farisy! Kalau kau cakap sahaja aku blabla karang, aku suruh kau cerai on-spot ngan Isya! Hafal betul-betul!”



Kazz sudah menggeleng kepalanya. Farisy sudah bangun dari duduknya. Kalau duduk dengan dua ekor manusia ni memang sampai bila dia tak akan ingat lafaz nikah! Dari tadi duk kasi dia stress.



“Senyap!”



Risy menjerit. Kazz dan Firhan memandang wajah Farisy yang sudah merah itu.



“Bagi aku pen...”



Selamba Farisy meminta. Kazz dan Firhan memandang satu sama lain. Kecut juga tengok wajah Risy yang serius tatkala itu.



“Nah...kau nak buat apa?”



Tanya Firhan sambil menyerahkan pen biru itu ke tangan Farisy. Farisy hanya diam, dia menulis sesuatu di telapak tangannya. Mata Kazz dan Firhan membulat.



“Weywey...kau gila ke? Tulis lafaz akad kat tangan? Tak gunalah!”



Kazz mencelah sambil tangkas merampas pen itu dari tangan Risy. Risy mendengus geram.



“Habis tu? Korang bukannya nak tolong aku, makin kasi aku tensyen adalah!”




Risy menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu. Kazz dan Firhan dipandangnya geram.



“Aku ada idea...”



Ujar Firhan sambil mengambil telefonnya. Dia mendail nama seseorang.



Setelah itu dia menyuakan telefon itu ke arah Farisy. Farisy hanya mengambil telefon itu dan letakkan ke telinganya.



“Sayang, releks yea...cuba lafaz sekali...kasi Isya dengar. Caiyok sayang!”



Suara Isya itu sedikit sebanyak menenangkan diri Farisy.





***




“Aku terima nikahnya Nuriesya Dania Mizan dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.”



Sekali lafaz sahaja Isya sudah sah menjadi milik Farisy tadi. Nasib baik lancar, terjaga jugalah air muka dia.



Farisy menghampiri Isya yang tengah merenung ke luar balkoni itu. Pinggang Isya dipeluknya dari belakang.



“Dah berapa lama plan semua ni? Cuba cerita siket kat abang.”



Bisik Farisy di telinga Isya. Isya memusingkan dirinya menghadap Farisy. Isya tersenyum.



Dia menarik Farisy untuk duduk di birai katil.



“Isya akan bagitahu, tapi...abang kena cakap dulu kenapa abang dulunya macam benci dengan Isya, tapi abang kata abang sayang Isya. Tell me? Then I will tell you...”



Ujar Isya. Farisy menarik Isya supaya berbaring. Kepala Isya diletakkan ke atas dadanya.


Rambut Isya diusap-usap.



“Sebab...dulu, sebelum mama abang kahwin dengan papa Kazz, Isya rapat dengan Ikh, bila Kazz hadir, Isya seakan-akan tinggalkan Ikh dan pergi kepada Kazz. I was jealous, and I wanna get your attention. Abang layan Isya dengan baik, Isya tak endahkan, so...abang buat-buat jahat dengan Isya...baru Isya respons dengan abang.”



Isya mengangkat wajahnya dan merenung wajah Risy. Matanya kuyu, dan tangannya mengusap-usap kening Farisy. Farisy hanya membiarkan.



“I’m sorry abang, memang Isya sedar kita jadi macam musuh bila Kazz hadir, tapi...sebenarnya semua itu salah diri Isya sendiri kan?”



Isya berkata sayu. Farisy tersenyum kecil.



“Biasalah sayang, kita budak-budak lagi masa tu...tak lari dari lakukan kesalahan. Tapi...abang tak berniat untuk sakitkan hati Isya, semua perasaan bersalah abang, abang luahkan kepada Kazz dan Firhan. Mereka sentiasa suruh abang cuba balik berlembut dengan Isya, tapi abang takut. Abang takut kalau tiba-tiba abang berlembut balik, Isya takkan layan kenakalan abang dah. I was so afraid of losing you. But now...I won’t lose you anymore...8 tahun yang abang beri tu, untuk betul-betul pastikan Isya boleh pilih siapa yang Isya nakkan sebenarnya, and I was so happy that you chose me!”



Farisy menunduk dan mencari wajah Isya. Isya sekadar menggigit bibirnya. Dirinya malu direnung sedemikian oleh sang suami.



“Tell me, how come you chose me?”



Isya memberanikan diri untuk menatap wajah Risy. Dia kemudiannya tersenyum.



“Because you stole my first kiss...and my second one too...”



Isya berkata perlahan. Farisy sudah tersenyum nakal.



“How about your third one? Nak kasi ke nak suruh I curi jugak?”



Mata Isya membulat. Waarrgghh...dia tak patut cakap macam tu tadi, dia patut cakap yang Risy dah selamatkan nyawanya sebanyak 2 kali, kali pertama ketika dia lemas, Risy yang menyelamatkannya, bukannya Kazz, Kazz juga nyaris-nyaris lemas sebab Kazz tak pandai berenang ketika itu, dan ketika itu jugalah Risy memberinya CPR. 


Kali kedua pula semasa di dalam kelas, Risy memberinya CPR apabila dia sesak nafas. Dah tak guna nak menyesal, bibir Risy sudahpun menakluki bibirnya.



Lama mereka berkeadaan sebegitu.



“I could tell, that that was way awesome than giving CPR!”



Kata Risy sambil menyambung menciumnya, kali ini Risy menjadi nakal. 


Kucupannya hinggap di bibir Isya sebelum meleret ke telinga dan leher jinjang Isya. Isya menjerit kegelian. Farisy menghiraukan sahaja.



“Risy...”



Isya memanggil Farisy yang semakin liar dan nakal itu.



“Janganlah kacau...dah lama I sabar tau!”



Kata Farisy antara dengar dan tak dengar. Isya hanya menggelengkan kepalanya. Farisy ni...memanglah.



“You tak nak tahu ke bila I dapat tahu I cintakan you?”



Persoalan Isya itu menyebabkan Farisy memberhentikan aktivitinya. Dia kembali menatap Isya.



“Isya, you kata masa I tinggalkan you, you dah tahu you cintakan I...now what?”



Risy seakan-akan tak berpuas hati. Isya tersenyum penuh rahsia.



“I tipu...”



Isya berkata sepatah sebelum dia melangkah turun dari katilnya. Isya menghampiri lacinya dan mengambil satu sampul surat.



Dia menyuakan sampul surat itu kepada Farisy. Farisy menjungkitkan keningnya, dia seakan-akan pernah melihat sampul surat itu.



“Cuba buka...dan baca...”



Farisy membaca tulisan di dalam itu.



Kemudiannya dia memandang Isya. Isya tersenyum manis.



“Terkejut ke macam mana surat Melly ni sampai kat I? Haha, I kan tomboy dulu, I menyamar jadi lelaki dan pura-pura cintakan Melly. Tak sangka pula you sengaja berpakat dengan Melly tu untuk kasi I cemburu. Melly pula, dia luahkan segalanya kat I yang dia anggap lelaki ketika itu. Pandai tak I? Bila I baca surat ni masa I sedar kat hospital tu, you dah tinggalkan I. I dah hilang you, dan I paksa Firhan buka mulut. 

 But he said, dia akan cakap 8 tahun lagi. That was two days before, 2 hari lepas genap 8 tahun you tinggal I. I cepat-cepat paksa Firhan buka mulut, dan bila dapat tahu alamat you, I terus pergi cari you. This wedding, I suruh mama dan papa bincang dengan ur mama, papa dan your real papa. I tahu I terlampau ikut emosi kat hospital dulu, tapi Ikh, I sayang you. Sejak hari I buka surat tu I dah sedar I cintakan you, dan I takut kehilangan you lagi.”



Isya menyingkirkan air mata yang mengalir pada pipinya. Farisy turut terkejut dengan pengakuan isterinya itu. How sweet. She did everything for our happiness. Gumam Farisy dalam hatinya.



“Thank you sayang, thank you for finding me. Kalau Isya tak semalam, Risy yang akan datang lamar sayang. Sebab Risy terlampau cintakan sayang. 8 tahun itu teramat lama. But now, kita dah belong to each other, kita mulakan chapter baru, title baru, but with the same old love that we filled our lives with.”



Sebuah kucupan kudus hinggap pada dahi licin Isya.Isya memejamkan matanya. Dia bahagia.



“Tapi...surat Isya ni kan...abang rasa abang pernah lihat la?”



Farisy kembali berkata-kata. Isya tergelak.



“Yes you did, Kazz kata abang ambil dari beg Isya masa abang cari inhaler tu, pastu abang letak kat poket belakang, and just like that, Kazz took it from you. Hahaha...”



Isya berkata-kata sambil tergelak. Mujur ada Kazz yang mengembalikannya surat itu, kalau tidak, entah bila dia akan sedar tentang pakatan Melly-Farish itu.


Kazz dan Firhan juga yang menceritakan segala-galanya, betapa kalutnya Farisy cuba menyelamatkannya ketika itu. Dan juga, bagaimana Farisy tak putus-putus memberi bantuan pernafasan kepadanya.



Melly juga ada datang memohon maaf daripadanya. Itupun setelah dipaksa beberapa kali oleh Firhan dan Kazz. 


Nampaknya, memang Melly tak sukakannya, sebab itulah dia menerima tawaran Farisy untuk membuat Isya cemburu. Apa-apalah kau Melly, harap-harap kau berubah. Tak tenang hidup benci-membenci orang ni. Lagipun, dah 8 tahun berlalu.



“owh...apa-apa jelah sayang, abang nak tidur...letih sangat ni...jetlag petang tadi dah datang balik, goodnight.”



Farisy menguap. Kemudiannya dia menarik Isya ke dalam pelukannya. Dan, malam itu merupakan tidurnya yang paling lena, 


Isya pula terbuai dengan degup jantung suaminya, lama-lama dia juga memejamkan matanya.




***




“Ikh...Ikh...Abang...dah landing ni...bangunlah...”



Isya mengejutkan Farisy perlahan-lahan.Memang mengantuk sangat pak cik ni. Sekali lagi bahu Farisy digoncang. Akhirnya dia mengalah.



‘Chup’



Dan Farisy terus membuka matanya. Dia tersengih manja ke arah Isya yang dah memuncung itu.



“Nice one, tu barulah betul nak kejutkan abang. Dah, jom turun!”



Mereka berdua beriringan turun dari pesawat MAS itu.




***




“Honeymoon suite, name under Mr. Kamarul Adham”



Ujar Risy kepada receptionist itu. Isya hanya memandang Farisy.



“Your real father yang book semua ni?”



Isya bertanya apabila receptionis itu menyerahkan kuci bilik. Risy hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih kepada lelaki tadi.


Dia memeluk bahu Isya dan membawa Isya ke bilik mereka.


“Semua under papa, ni hadiah dia, and juga tanda minta maaf dia sebab dia tak dapat hadirkan diri semasa perkahwinan kita.”



Ujar Risy sambil mengeluarkan slide card nya untuk membuka pintu bilik.



Apabila bilik dibuka, Isya berlari ke balcony. Cantik, amat cantik. Dari sini dia dapat melihat pemandangan indah pantai.



“Sayang!! Jom mandi pantai!!isya dah tak sabar ni...jom!”



Isya melompat-lompat kecil. Risy hanya menggelengkan kepalanya.



“Kejaplah dear, let me change into my bermuda dulu. You change too. Tapi takleh mandi sekarang, ni dah pukul 9 malam. Esok kita mandi, malam ni kita ambik angin dulu.”



Isya mengangguk. Terus dia mencapai pakaiannya lalu berlalu ke bilik air. Nak salin depan inche Farisy? Tak lagilah kot, mana rasmi lagi semalam! Hahaha...



5 minit kemudian, Isya keluar bilik. Dia memandang sekeliling suite itu, namun tiada kelibat Farisy. Namun dia menangkap sehelai kertas di atas katilnya dan sebuah wokie talkie.



Surat itu di ambil dan dibacanya.



“Catch me if you can...let the game begin? Game apenye laki aku ni?”



Isya kemudiannya menekan walkie talkie itu. Nak kena Farisy ni.



“Sayang! Game apa lak ni? Where are you?”



Isya menjerit ke corong wokie talkie itu. Mahunya tak pekak Farisy kejap lagi.



“Owh...Game for fun, Ok...I bagi you teka-teki, you kena selesaikan and cari barang tu dalam suite kita,awak kena cantumkan last-last kalau you pandai teka, you will find me!”



Farisy bersuara melalui walkie talkie itu. Isya tersenyum Best gak game ni.



“Ok...cepatlah, Im ready!”



Isya berkata.



“Okay...Saya lelaki kacak, apakah yang buat rambut saya terpacak?”



Lawak benar teka teki itu. Of course la Brylcream dia!



“Brylcream?”


Tanya Isya meminta kepastian. Farisy sudah tergelak di sebelah sana.



“Pandai pun...now you cari mana I letak brylcream, kat sana ada I letak kertas yang mengandungi your first letter.”



Isya hanya mengikut arahan Farisy. Dia menghampiri bekas Brylcream dan mengangkatnya. Ada kertas warna pink, dan tercatat huruf P di atasnya.



“Ok, dah jumpa. Next!”



“Dia tajam, tapi saya selalu gunanya setiap pagi, even nama dia ni femes dalam kalangan perempuan. Ada satu cerita melayu guna nama dia jadikan filem.Teka-teka...hahaha”



Isya sudah berkerut keningnya. 

Apa erk? Berus gigi? Tak..tak...mana ade cerita tajuk berus gigi. Hurm...pagi? 

 Lelaki shave pagi hari...Bingo!Pisau cukur! Isya meloncat kegembiraan. Dia menggeledah beg Farisy. Jumpa pun kit Pisau cukur dia.




“Dah jumpa...Huruf O...tapi kenapa kat atas dia ada tanda squared?”




Isya bertanya lagi. Yelah, malu bertanya nanti tak jumpa cari laki dia ni nanti!



“Owh, sebab I malas nak tulis dua kali. Kiranya O tu dua kali.Okay, next...kalau nak masuk rumah, kita kena masuk melalui dia. Apakah dia?”



Cett, senang je ni. Pintulah, takkan tingkap kot!



“Pintu?”



“Betul...tapi bukan pintu bilik, pintu wardrobe. You buka wardrobe dan pakai baju tu...Next word I akan bagitahu jap lagi. Pergi pakai and siap-siap.”



Isya hanya akur. Dia membuka pintu wardrobenya dan walla! Matanya terpaku pada sehelai dress separas betis berwarna putih itu.Cantiknya...





Dia cepat-cepat menukar pakaiannya. Wajahnya di make-up sedikit dan rambutnya dibiarkan lepas. Amat elegan.



“Okay...dah ready...sekarang, Isya pakai kasut yang ada kat dalam kotak di atas kerusi meja solek tu.”



Isya berlalu mendapatkan kasut yang dimaksudkan Farisy itu. Oh-my-Louis Vuiton!!!!!




“Oh my...LV??? I love you even more darling husband!!!”




Sekali lagi Isya menjerit. Farisy terpaksa menjauhkan wokie talkienya. Bahaya betul Isya ni bila dah jadi true woman, hahaha...



“I love you too...sekarang, selesaikan puzzle you...the last letter for your word is the first word from the brand of your shoes. Boleh?”



Isya menggabungkan kesemuanya kembali. Kasutnya LV, maknanya huruf akhir adalah L... 


Gabung-gabung jadilah P-O-O-L...Pool? Kolam?



“Sayang? Are you at the pool?”



Isya bertanya. Dia kemudiannya menyarungkan kasutnya dan berdiri.



“Come and see for your self.”



Ringkas Farisy berkata-kata. Isya melangkah laju ke kolam renang hotel itu.



Sampai aja di kawasan kolam renang, matanya terpahat pada lantai.



Ada beberapa longgokan bunga ros. Dia menghampiri longgokan bunga itu. Dia membaca apa yang ditulis oleh longgokan bunga itu, 


owh...anak panah rupanya...dia hanya mengikut ke mana anak panah longgokan bunga itu berakhir.



Tiba aja di anak panah terakhir, dia membaca tulisan dengan bunga lagi. Kali ini...



‘I-Love-U-Isya...’



Isya tersenyum lebar. Farisy, Farisy...dia memandang ke hadapannya. 


Farisy dengan segaknya turun dari gazebo yang menghadap kolam renang itu dengan langkah bergaya. Farisy mengenakan Tuxedo hitam bersama-sama shirt Dior berwarna putih. 


Dia siap bertali leher berwarna silver lagi. Isya terpana melihat kekacakan suaminya itu.



“At last bella luna, you caught me...”



Isya tersenyum apabila Farisy melutut di hadapannya dan mengucup tangannya lembut.



“So, how do you like these suprises?”



Farisy bertanya sambil membawa Isya ke meja. Isya hanya tersenyum.



“Well, I didn’t expect them really, but I loved them so much! Thanks Ikh!You made me feel special.”



Isya mengucapkan kata-katanya sambil menggenggam tangan Farisy. Farisy tersenyum.



“You are special to me darling, I tak rasa I mampu hidup tanpa you sayang. I love you Isya, I really really love you...”



Isya tersentuh dengan ucapan ikhlas Farisy itu. Farisy mengambil tangan Isya dan mengucupnya syahdu.



“I love you too...”



Isya membalas. Farisy makin lebar tersenyum.



“Satu lagi I lupa...ros merah ros biru, dalam gelas ni ada hati I...dan I berikan hati I kepada you.”



Farisy kembali menarik senyuman nakalnya. Isya sudah terkedu. Matanya memandang gelas yang mengandungi dua batang bunga ros itu.



Farisy mencapai gelas itu dan mengeluarkan ros tadi. Dia kemudiannya menuang gelas tadi dan



‘Cling’



Sesuatu terjatuh dari gelas itu. Mata Isya tertancap pada benda itu. Isya sudah ternganga.



Farisy bangun dari duduknya dan dia mengambil tempat di belakang Isya. 


Rambut Isya diselaknya ke tepi dan dia menyarungkan rantai platinum yang berloketkan bentuk love yang diperbuat dari berlian asli ke leher isterinya tercinta. Dia kemudiannya mengucup lembut leher Isya.



Isya menggenggam erat loket berbentuk love itu. Dia memandang Farisy.



“Jangan kata apa-apa. Kalau you nak mandi baru pecat rantai ni ok...I nak you tahu yang hati I ada seumur hidup bersama you. I thoroughly love you...”



Farisy memeluk erat Isya. Pelukannya itu berbalas.



“Dear...did I tell you that you look outstandingly gorgeous today, Exactly as gorgeous as the moon from far, surrounded by the galaxy of stars...shimmering and glittering, that excites people on dark nights. May I have a dance, my bella luna?”



Isya tak mampu meluahkan apa-apa. Memang Farisy dah terlampau romantik hari ini.


Isya sehingga menjadi speechless dengan layanan yang diterimanya hari ini. Farisy mambuat dirinya berada di awan-awangan.



Mereka menari waltz mengikut lagu yang dimainkan ketika itu. Bella Luna...The beautiful moon, all thanks to jason mraz...



Farisy tak lepas-lepas memandang wajah Isya, Isya juga sama...inilah honeymoon yang pertama dan paling romantic!



“I'm just a singer, you're the world
 All I can bring ya
 Is the language of a lover...
 Bella luna, my beautiful, beautiful moon
 How you swoon me like no other...”



Farisy turut menyanyikan lagu itu di telinga Isya. Isya senyum dengan lebarnya.



Farisy memusingkan Isya beberapa kali. Dia tak begitu pandai menari namun cukuplah sekadar membuatkan honeymoonnya perfect buat isteri tercinta.



Tarian mereka berhenti apabila muzik berakhir. Farisy kemudiannya melayan Isya makan dan berborak seketika. Setelah itu mereka kembali ke bilik mereka.



“Sayang...cantik kan bulan malam ni?”



Isya bertanya kapada Farisy yang tengah memeluknya dari belakang. Farisy hanya mengangguk. Pelukan pada Isya dikemaskannya.



“Cantik...but tak cantik macam bulan yang ada dalam pelukan saya ni, Ikh dedicate poem ni khas untuk Isya...listen...”




Farisy berdehem, untuk memperjelaskan suaranya.



“I never want us to end.
 So I will always love you.

 I never want to see you cry.
So I will always protect you.

I never want you to be lonely.
So I will always be by your side.

I never want to lose you.
So I will hold onto you ForeVeR!

I don't want you to worry.
So I will really truly smile.

I don't want you to doubt us.
So I will love you with all of my heart, and no less.

I never want you to feel neglected.
So I will do everything in my power to make that beautiful face smile.

I never want you to forget.
So I will never leave.

I never want you to be cold.
So I will keep you close and warm.

I always want us to be honest, strong, cute, true, and fly together no matter what kind of weather we face .
So I will start by saying, "I REALLY LOVE YOU"



Isya tersenyum. Tak habis lagi romantik Risy ni.



“Saya juga cintakan awak, hingga ke nafas terakhir...sorry, Isya tak pandai nak buat poem.”



Seraya itu Isya mengucup pipi Risy. Risy memandang lama wajah Isya yang merah itu.


Tidak lama kemudian, dia mencempung Isya. Isya tersenyum.Dia tahu keinginan Farisy. Sudah tiba masanya dia menunaikan tanggungjawabnya yang tertunda semalam.



Farisy melabuhkannya ke atas katil tersebut. Lampu bilik dipadamkan. 


Perlahan-lahan Farisy mengusap kepalanya. Isya asyik dengan usapan tersebut. Sungguh menenangkannya.



“Darling, are you sure? Kalau tak, Ikh boleh tunggu.”



Farisy Ikhwan bertanya kembali. Manalah tahu kalau-kalau Isya berubah fikiran. Namun hatinya kembang apabila Isya tersenyum penuh kasih.



“I am sure...”



Isya menggenggam cadarnya erat dan menjawab salam yang diberikan Farisy di dalam hatinya. 


Ya, dia bahagia, keputusannya memang tepat. Semoga kebahagiaan ini berkekalan. Semoga keluarga mereka dilimpahi nikmat yang bercucuran. Semoga mereka diberkati Sang pencipta.



~The End~




****


tralala...sape yg rase post ni romantik angat tangan!! Awin tak nak angkat sbb bg awin tak rase melayang lagi la...tapi takpe...epy ending kan???hahaha...Im gonna miss u Isya, Kazz, Risy, Firhan...

23 comments:

  1. yaaww... I love Risy even more...
    he's so romantic that I'm melting~
    Awin... xyah end.... sambung aje la... haha...
    tq for this story.. love it very mucho!

    ReplyDelete
  2. huhuhu..dh ending upenya...
    bru nak feeling.heheh

    ReplyDelete
  3. meltzzzzz........chezzyyyyyyyyy.....

    yummyyyy......i like!

    ReplyDelete
  4. nice ending! so sweet la risy!
    :)

    ReplyDelete
  5. Oh mai..Moon pun dah cair. :D Hehee...nice ending! sgt suka!

    ReplyDelete
  6. awin : i'm speechless 2
    ^____^
    xsngke risy romntik..
    btw..bnyk 18sx lam ni
    hahaha..

    great job(thumbs up)..sngt3 bez
    epy ending..

    nak oder special entry boleh??
    ~ngeee


    xpuas g bace IAL ni..

    ReplyDelete
  7. kalolah dpt hubby cetu...

    besnye~~~~
    melayang2 di awangan..

    nk special entry gak...

    p/s: awin... I miss RAY,AD,JAZZ N DAYE more.... hehehe

    ReplyDelete
  8. spesel N3...boleh aja...nanti2 yerp!!

    ReplyDelete
  9. sweet....siap ngan puisi ag...

    ReplyDelete
  10. argh!!!!sweet giler...so sweeet,wish i get a man like Ikh...

    ReplyDelete
  11. Omaaaigosh! so sweeet. Aww aww, NAK SE too. Hihi. cerita about their friends. Rindu pulak kat K and Q :D comeeel. haha. buat dorang ade twin pulak lahh xP mesti comeeel. HAHA

    ReplyDelete
  12. peeewwwiiiitttt..
    sooo sweet..
    hehehe..
    nk i'm your pulak..
    huhu =)

    ReplyDelete
  13. hehehe..aduh part salam x tahan tu..bestt. kalo x end lagi xleh ke? haha..suke2 request.

    gud job awien...suke bangat! muacks!

    ReplyDelete
  14. takleh2..dah end dah!!hahaha

    ReplyDelete
  15. OH NO!!!!! iam melting....

    chessz wezzy i like hehehehe...
    double triple frotple best hahahaha...

    NAK SE!!!! nak tau apa jadi kat kazz.. dia dah ada org lain kew?? windu la kat kwn2 isya ;p

    neway congrast.. best thp gaban !!!

    chayok2

    love amie :)

    ReplyDelete
  16. hai...xtggl kome b4 sbb rsa mcm dh trlmbt nk komen post2 sblum nie.heee...but then again..it was nice...=)

    ReplyDelete
  17. owh...............sweet overdose to the moon!!!


    i wish i am isya.. auwwwww!!


    ma~

    ReplyDelete
  18. omgg terbaik&terbalik!!!!!!!!

    ReplyDelete
  19. wawa : hye kak writer.. i'm the new reader .. bila sye suka cara penulisan.. hehe .. i start from the 1 en3 yg dibuat ..so sori lmbt nk jmpa ur blog ..

    alaa .. i was actually looking 4 the lovey dovey part of firhan and joana ... nak S.E pasal diorang .. hehe .. but enjoyed this so so so much ... best sesangat .. hehe .. thumbs up 4 the writer yg kreatif ...

    wondering .. jodoh Kazz ngn spew plk ea .. hehe .. sori .. sye ni klw boleyh .. nk smua wtak yg best2 adew partner .. hehe .. demanding sgt kn .. slap2 .. bleh jdik 800 ms klw ikot my taste ni .. tp nk bt cmna kn .. huhu .. x de bkat nk mnulis .. idea pon trgendala .. hehe ..

    last but not least .. hehehe .. love ur writing so muchhh .. mmg the bomb .. i keep laughing n crying n rse trharu (tang part2 yg cheesy n romantic sgt tu .. huahuahua) n then laughing again .. hehe .. it goes round the wheel tw my feelings ni .. smpi finale .. bru wheel emosi tu stop turning .. hehehe .. sori sbb byk ckp .. hehe .. sye mmg cm ni .. x de brek .. hrap x bt cik writer bosan membaca komen yg berjela ni ..huhu :) .. keep in touch ..(peace)

    ReplyDelete
  20. hi wawa, haha....cerita ni dah lama, sampaikan I tak ingat dah lah watak cerita ni.

    Tq for your support dear :)

    ReplyDelete
  21. hehehe at first it reminds me to vampire knight. Kazz as kuran kaname and! farizh is our forever handsome hero ! ZERO!! but overall best yet overdose with sweet sugar!love it!

    ReplyDelete