Highlighter
biru itu dipusing-pusingnya buat kesekian kali. Apa yang dibacanya pun sudah
hilang kelaut. Keluhan dilepaskan. Rowena yang perasan akan Gee yang keresahan
itu terus bersila di atas katilnya.
“Gee...kau ok ke tak ni? Dari tadi
duduk resah gelisah kenapa?” Sedas ditanya Rowena. Gee mengeluh lagi. Highlighter dicampak dan buku setebal 2
inci itu dikatup. Kerusi dipusing menghadap teman sebiliknya itu. Telapak
tangan diregangkan dan dia menayangkan apa yang tertera di sana. Rowena bangkit dan memegang tangan Gee, nak
baca sikit apa yang tertulis.
~MRS Adrian Saidin.~
“Bapak! Gila drastik .Bila kau dapat
ni. Bukan last kau jumpa dia tiga
hari lepas ke?”Tanya Rowena. Komen dari Rowena membuat Gee mengangguk seperti
burung belatuk. Dah tiga hari, kesan name
stamp tu masih tak tanggal-tanggal. Name
stamp yang samar-samar mencatat nama Adrian dan jawatannya itu ditenung
geram. Sama kerek dan degil macam tuan
dia! Dia teringat balik scene
bagaimana name stamp itu boleh
melekap pada tangannya.
*** flashback
“Nur Jehan...” Gee yang sedang
menyusun kertas yang baru sudah di print
oleh Adrian itu mengangkat matanya sekilas dari kertas.
“Saya,”
kata Gee ringkas. Setelah dia pasti Adrian sudah tahu dia mendengar dia kembali
fokuskan matanya pada kertas-kertas tersebut. Ini kalau salah susun ada juga
budak dalam kelas tu tak faham. Nama aja budak-budak final year, tapi kalau dah keliru tu, kelirulah jugak.
“ Nombor phone ayah awak dalam student
profile ni betul tak?” Tanya Rian sepatah. Kertas di hadapannya itu
diangkat sedikit ke arahnya, tak adalah kantoi kalau Gee tiba-tiba intai kertas
tu nanti. Gee yang memang percaya saja dengan helah Rian itu tanpa syak
wasangka terus menyebut nombor telefon ayahnya, siap dengan nombor pejabat
lagi.
“Telly
kan doc?” Tanya Gee apabila
selesai menyusun segala kertas itu. Fail dibuka dan dia menyumbat khazanah
tersebut ke dalam folder yang
tersedia.
“How
would I know.” Balas Rian acuh tak acuh. Senyuman nakal diberikan kepada Gee.
Gee terlopong. Leher dipanjangkan sedikit, bukan tadi dia kata nak tengok sama
ke tidak dengan student’s profile ke?
Ke aku yang salah dengar?
“Tadi bukan ke...” Kata-kata Gee
dipotong. “I tricked you. I’m calling
your dad and I want to ask for your hands.” Gee terkelip-kelip memandang Rian. Dia cakap
bahasa apa ni? Kenapa otak aku tak boleh nak digest?
“What
are you gonna do with my hands??” Tanya Gee, otaknya sedang blurr. Dia nak
potong tangan aku ke apa? Rian tersenyum manis. Budak ni buat teruk
ke memang dia tak faham?
“Sini tangan tu...” Arah Rian
sepintas lalu. Gee menggelengkan kepalanya. Tangannya dikepal dan dibawa rapat
ke dada.
“Tak nak. Gunalah tangan awak
sendiri doc.” Gee cuak. Apa kes main
mintak tangan orang nih!! Seriau ahh!
“Letak sini saya kata. Karang saya
tarik tangan awak tu baru tau.” Ugut Rian. Gee mendengus geram. Tangan kirinya
didepakan ke hadapan. Mata memandang ke atas. Sejak Rian jadi tutor kelas dia,
hubungan dia dengan Rian pun makin rapat. Kalau dia singgah rumah Jo pun, kalau
Rian ada, nak nak je Rian tu datang menyemak dengan dia dengan Jo. Bajet muda
agaknya.
Rian menguis-nguis tangan Gee dengan
jari telunjuknya. Gee menarik sedikit tangannya.Bibir diketap, matanya merenung
Rian dengan geram. Rian hanya tayang muka kereknya. Mata dikecilkan sedikit dan
separuh daripada barisan gigi atas ditayang.
“Adrian!
No. Touching.My.Hands.”Gee menyebut satu persatu perkataan itu dengan gigi
yang diketap. Ini cari gaduh dah ni, tak pernah lagi lelaki sentuh tangan dia
ni. Dahlah sentuh tangan orang, tayang muka kerek dia pula tu. Paneh ni paneh!
“Whoops!
Kita kena kahwin la kan?” Rian tayang muka tak bersalah. Gee tetiba rasa kering
tekak. Dia ni memang macam yang Abah kata itu hari agaknya, mental! Macam manalah aku boleh kata okay masa dia minta couple itu hari ek? Mindanya kembali ke situasi setelah beberapa
hari selepas Adrian dan dirinya berbaik-baik.
Ketika
itu, dia, Jo dan Rian sama-sama naik kereta
nak balik rumah. Aunty nah
menyuruh Gee juga datang rumah, sebab dia nak suruh Gee rasa resipi
masak lemak cili apinya. Jo awal-awal lagi duduk di belakang, siap tersenyum
nakal lagi ke arah Gee. Gee yang turut ingin duduk di bahagian belakang ditegur
Rian.
“Nur Jehan, abang bukan driver korang dua. Duduk depan ni.”
Adrian otomatik membahasakan dirinya abang apabila tamat waktu kuliah. Gee
menayangkan muka tak puas hati pada Jo lalu dengan malasnya melangkah naik ke
tempat duduk hadapan. Adrian sudah tayang senyum macam kerang busuk itu. Gee,
sepanjang perjalanan, sibuk dengan Candy Crushnya. Tiba-tiba Adrian berdehem.
“Nur Jehan...” Panggil Rian.
“Hrmmm?” sahut Gee, jarinya rancak
berjalan di atas skrin telefon bimbitnya itu.
“Jo cakap Gee single...” Kali ini, Adrian berjaya menarik perhatiannya. Kepala
dikalihkan ke belakang lalu jelingan maut dihadiahkan kepada Jo. Jo sengih
panjang, sambil bibirnya membentukkan perkataan ‘kakak ipar’. Ish budak ni kan,
drastik betul. Gatal nak berkakak ipar bagai.
“Single
la abang, tak ada masa nak layan lelaki. Pointer kena maintain.
Serabut je kalau ada boyfriend.”
Sinis jawapan Gee itu. Adrian mengetuk-ngetuk stering. Bibirnya dimuncungkan
sedikit. Lampu merah sila lama-lama sikit.
“This
is your final sem right?” Rian tanya, walaupun dia sudah tahu jawapannya .Wajah
dipusing memandang Gee di sebelah. Gee mengangguk.
“Assignments
semua dah hantar pun kan?Practical pun
dah over. Tunggu final exam je kan?” Angguk lagi. Rian menaikkan kening kanannya.
Bibir tersenyum sungging.
“Then
be my girl?” Gee terbatuk mendegar proposal
tersebut. Jo pula terlebih dahulu lagi mengetuk bahu abangnya. Adrian
mengerutkan dahinya. Lorh, salahke?
“Abang...tak boleh romantik sikit
ke?” Komen Jo dari belakang.
“Kau duduk dediam kat belakang tu
Jo.” Arahan keras dari Rian membuat Jo menikus. Ek eleh, abang ni, nak usha
kawan kita, lepas tu suruh kita senyap. Pangg karang!
“Err...chop chop! Gee...Gee nak
tanya talian hayat boleh?” Gee buat muka paling comel. Adrian mengeluh. Tangan
Jo dicapai dari belakang dan adiknya itu ditarik ke tengah. Rian tahu sangat siapa talian hayat Gee itu.
Jo tayang muka bangga. Inilah salah satu sebab dia nak Gee jadi kakak ipar dia,
boleh buat Rian tu behave sikit bila
layan adik dia ni.
“Beb.Go
for it.” Cakap Jo sepatah. Adrian
tersenyum bangga. Ada guna juga adik dia ni rupanya. Ingat reti kikis duit dia
aja.
“Hurm. Ok.” Balas Gee. Adrian mengenyitkan
matanya sebelah kepada Gee. Jo pula bersorak riang.
“Johanna, diam.Melalak tak
sudah-sudah.” Sempat lagi Adrian membakar hati Jo. Jo
menggerutu di dalam hatinya.
“Eh Gee, tarik baliklah. Kau cari
laki lain.” Bentak Jo. Adrian meletakkan tangan kirinya pada belakang kerusi
penumpang yang diduduki Gee. Dia merapatkan sedikit kepalanya pada telinga Gee
di sebalik tudung itu dan dia berbisik; “ You
bedazzled me, kenit.” Zapp! Muka Gee terus menjadi merah. Perbuatan itu
membuatkan apa yang ingin dihasut Jo kepada Gee tak boleh didengari. “You are too cute for your own good. Love
you, girl.” Sambung Rian lagi. Siapa sangka bila si kerek sudah naik miang
dia jadi sweet talker. Gee membekukan
dirinya. Mata pandang depan. Jantung sudah sama laju dengan kmph BMW ni. Dup
dap dup dap dup dap dari tadi.
Gee tersedar apabila terasa ada
benda dilalukan di atas telapak tangannya. Matanya dibulatkan. Rian tayang muka
comel sambil pen itu dikembalikan ke kocek kemeja. Gee melihat apa yang dibuat
Rian tadi. Mulutnya ternganga sedikit. Mrs.
Adrian Saidin.MRS! Astaghfirullah,
anak teruna terlajak pak cik Saidin ni memanglah weng!
“My
name looks good on you,” Lalu dia mengangkat tangan Gee itu dan
mengenggamnya erat. Gee rasa nak pengsan, hish la si kerek comel ni, lagi aku
kata jangan, lagi dia buat. Tangan ni rasa gatal je nak pang sebijik muka dia
tu.
“Rian...” suara Gee seakan-akan
memberi amaran terakhir. Leave my hand
alone or you die!!
“Hurm...lembutnya tangan dia, macam
tangan baby.” Rian menggeselkan
pipinya pada belakang tangan Gee. Gee bangkit dari kerusinya dan tangan
kanannya laju menarik telinga Adrian. Seperti ibu menarik telinga anaknya yang
nakal, itulah yang dibuat Gee. Hamek kau! Tak sabar-sabar nak pegang tangan
orang.
“Buat lagi sesuka hati. Orang kata
jangan dia buat lagi.” Luah Gee geram, cuping telinga Rian dipulas sehingga
Rian melepaskan tangan kirinya itu. Gee tersenyum puas apabila melihat Rian
sedang menekup telinga yang sudah merah itu. Muka geram ditayang.
“Sakitlah kenit!” Tempik Rian. Gee
mencebikkan bibirnya. Ada aku kesah ke bro? Nan hado! Sindiri buat sindiri
tanggung. Muka jahat ditayang Gee.
“Tak apa, Aunty Nah kata, kalau , kejap I
nak quote her, ‘Kalau anak jantan
aunty tui buat perangai macam-macam,
Gee ajar je dia. Jangan bagi dia naik kepala,’hehe, itu yang what your mak said.” Gee tayang muka bangga, sekarang, siapa yang lagi kerek?
Memang Abah dan Aunty Nah tahu hubungan mereka. Siapa lagi kalau bukan si mulut
kecoh Jo tu yang beritahu. Gee pun ada beritahu papa dia, dan papa dia tak
kisah pun sebab dia pun dah habis belajar. Lagilah dia suka sebab Rian tu pun accountant.
***
“Gee? Gee...” Suara Rowe itu
menyedarkan Gee kembali. Panjang dia berangan kali ni. Gee memangdang ke arah
Rowena yang membuat muka teruja tu.
“Bila kahwin??” Dush! Itu je ke dia nak tanya? Gee mengangkat bahu.
“Entah. For sure, dia dah bincang dengan papa aku. Papa aku ada call
aku semalam, cakap Rian datang jumpa dia. Dia pun dah bagi greenlight.Lepas grad kut.” Senang pula
papa dia nak lepaskan dia. Entah si kerek tu jampi apa lah dekat papa dia.
“Gee, kau kahwin la cepat-cepat. Aku
sponsor kek kahwin kau. Tapi kau kena
jadikan aku jadi orang tolong kipas-kipas kau atas pelamin tu ha.” Kemain lagi Rowena membodek. Gee merenung Rowena tajam.
“Patut ke aku kahwin terus lepas grad ni?” Dia tanya, musykil lah pulak!
Macam tak puas je hidup membujang.
“Kau nak dia buat cap mohor kat dahi
kau dulu ke baru kau nak kahwin ha? Dia dah nak dekat engkau tu, kau on sajelah! Itu pun susah.” Gee
mengembangkan hidungnya. Ish mak nenek ni, bila cakap, terus macam kejar kereta
api. Tak reti nak letak titik noktah.
“Senang lah kau cakap.Aku ni ha yang
nak kahwin” Balas Gee. Kaki dihentak laju-laju ke lantai. Nak kahwin ke tak
arr?
“Kau kahwin je lah. Dia tu kan dah
tua terlajak, kau nak tunggu dia masuk 40 ke baru kau nak kahwin dengan dia?
Bajet Hollywood sangat!” Rowena merungut geram. Tak faham betul dengan Gee ni.
Adrian tu dah suka kat dia, biarlah Adrian tu macam kerek sikit kekadang, tapi most of the time dengan Gee dia baik je.
Kahwin kahwin je lah.
“Ye tak ye kan? Lupa pulak dia tu tua.
Pandai kau Rowe.” Gee mengangguk sambil jari telunjuknya digigit sedikit. Hurm,
kahwin jelah. Nak tunggu pilihan lain, tak mungkin dapat macam yang kerek tapi
comel tu. Lagipun, dia memang dah rapat sangat dengan keluarga Jo tu. Dah
memang cukup ngam lah!
“Nanti, nanti...bila kau kahwin, aku
tau yang buat kek kahwin kau tu.” Dah berapa kali si sengal ni nak cakap? Gee
menarik pipi Rowena geram.
“Iyalah makcik! Lagi sekali kau
cakap, kau yang jadi kek kahwin aku. Dah, shuh sana, aku nak study ni. Kahwin tak
kahwin, sayang tak sayang, exam kena excellent! Lagipun, pak cik tu kerek,
bab markah pun kedekut tahi hidung masin! Salah eja pun dia potong markah.”
3 tahun kemudian
“ Uwaaaaaaaaa!!!” Gee yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah Jo melepaskan keluhan. Jo hanya memandangnya dengan penuh simpati. Aunty Nah yang sudah digelar mak juga memandang Gee kesian.
“ Uwaaaaaaaaa!!!” Gee yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa di sebelah Jo melepaskan keluhan. Jo hanya memandangnya dengan penuh simpati. Aunty Nah yang sudah digelar mak juga memandang Gee kesian.
“Gaduh lagi ke tu, Gee?” Tanya Abah
yang sedang membelek surat khabar itu. Gee bangkit sambil mengangkat bahu. Ada
juga dua orang manusia nak kena pang ni! Tak boleh tengok orang duduk senang
sikit. Gee melangkah memanjat anak tangga dengan malas. Giginya diketap geram. Perut
yang memboyot sedikit itu dipegang. Baby, bila keluar nanti, please mummy minta
tolong sangat, please jangan banyak songeh.
Pintu bilik yang bertanda ‘Rian’ itu
dibuka kasar. Tangan sudah naik ke pinggang. Wajah masam dua orang kaum adam
itu diperhatikan tajam. Sorang sedang menangis, sorang lagi tengah buat bodoh.
Tangan dia rasa gatal aja nak pang laju-laju muka yang tengah buat bodoh tu.
Dengan budak umur 2 tahun pun tak nak mengalah. Hish! Budak yang sedang
menangis itu memandang ke arah pintu. Tangisannya terhenti. Tangan mengelap
matanya lalu dia bangkit bertatih ke arah mummynya.
“Now
now Addi. What did Daddy do this time huh?”
Tanya Gee,
walaupun tahu sangat kenapa si kecil ni menangis. Mesti sebab berebut lego yang
bersepah tu. Daddy dia pun alahai, macam tak pernah main lego zaman kecik
dulu-dulu.
“Mimmi,
Diddi take mine. Blue one. Diddy bad!” Si Addi dengan polosnya mengadu pada
mummynya.Gee mengangkat Addi lalu
dikendongnya ke arah katil. Ini gaduh bukan sebab apa ni, si Addi ni dah
mengantuk sangat dah ni. Addi di peluk dan disandarkan pada dadanya. Belakang
Addi ditepuk-tepuk.
“He
took mine first, sayang! Adil lah I ambil balik.” Gee memandang Rian yang
menayangkan muka comel itu. Addi pun setelah mendengar daddynya membongkarkan rahsia turut buat muka comel yang sebijik
macam bapak dia. Gee mengeluh. Habis dia, habis! Kalau dua-dua buat muka comel,
ada juga Gee pangg diri sendiri. Payah!
“Dah dah. Tak kesian ke dekat mummy ni? Penat mummy layan korang. Ingat hujung minggu bila datang sini dapat mummy rehat kejap. Ini tak, dekat sini
pun nak gaduh, dekat rumah pun nak gaduh. Tak sayang mummy ke?” Gee sengaja tayang muka sayu. Addi sudah kembali
memandang daddynya. Dia memanjat
turun dari katil lalu menghampiri daddy dia.
Addi memang selalu buat manja balik dengan Rian kalau Gee buat touching macam tu. Memang emotional blackmail Gee dimakan
bulat-bulat oleh Addi. Yang tak makan saman, si bapak budak tu je. Kerek memanjang,
dengan anak sendiri pulak tu.
“Sowie
Diddy, Mimmy.” Kata Addi sambil berjinjit memeluk tengkuk Rian. Adrian
menepuk-nepuk belakang anak terunanya itu. Kepala Addi yang dilapik rambut yang
tebal itu dikucup. Gee yang melihat kemanjaan anak sulongnya itu tersenyum. Kan
tenteram sikit keadaan kalau dua-dua ni baik baik macam ni setiap masa.
“Kiss
daddy?” Adrian menyuakan pipinya. Addi mengucup kuat lalu apabila bibirnya
terkena pipi Adrian yang kasar berkumis nipis itu dia menyeringai. Geli! Gee
tergelak melihat respons semula jadi Addi itu. Addi paling tak suka cium muka orang
lelaki, tapi nak ambil hati punya pasal, sanggup!
“Now
help daddy put these back.” Addi tunduk mengutip lego-lego yang bersepah
itu dan meletakkan mereka ke dalam bakul yang tersedia, seiring dengan Adrian.
Sesudah aja mengemas, Addi menguap. Adrian menekup mulut Addi yang ternganga
luas itu. Mata Addi sudah berair, tanda dia sudah mengantuk. Tanpa dipamit,
Addi terus mendapatkan Diddynya.Gaduh
macam mana pun, nak tidur mesti kena cari bapak dia. Adrian bangkit dan
menepuk-nepuk punggung Addi yang montok dengan diapers itu.
“Diddy,
milk.”Pinta Addi. Gee yang terlupa untuk membawa naik botol susu ketika naik tadi terus
bangkit dari duduknya. “His bottle is
still downstairs. I turun ambik kejap.” Kata Gee. Adrian menggelengkan kepalanya
lalu meletakkan Addi ke atas katil. Mata budak tu sudah kuyu. Ibu jari kanan
dihisap.
“Tahulah dia supermom pun, tak payah lah rajin sangat.” Kata Rian sambil
menjamah perut Gee. Lagi empat bulan, konfem
makin riuh keluarga dia ni. Gee mendongak memandang Rian yang sedang
tersenyum kecil sambil mengusap kandungan Gee itu. Kerek macam mana pun, dia
tetap sayang. Tambah-tambah si Adrian ni kerek sebab mengada lebih. Nak rebut
perhatian dengan Addi tu.
“Addi kan nak abang je kalau dia nak
tidur.” Gee berkata, sambil-sambil menekap tangannya di atas tangan Rian yang
menekap perutnya itu. Rian memandang wajah Gee, senyum nakal ditarik.
“Aih, nada suara macam dengki je?”
Dengki ke? Dengki la jugak, sebab Addi tu sikit-sikit cari bapak dia je. Addi
cari dia bila gaduh dengan Adrian ni je.
“Dengki sikit.” Akui Gee. Tangan
Adrian dialihkan dari perut lalu dilekapkan pada pipinya. Adrian tunduk dan
memagut bibir Gee perlahan. Muka Gee terus merah. Tiga tahun masih tak dapat
hilangkan rasa malu bila Adrian manja-manja dengan dia. Bila si kerek naik
miang, inilah yang dia dapat.
“Mrs Adrian Saidin, ibu kepada
anak-anak Rian, si kenit saya, nak dengki apanya. Addi cari saya bila nak
tidur, saya cari awak. See, undivided
attention. Dah, tengokkan dia, I’ll
get his bottle.” Sebelum Rian berlalu, sempat lagi dia mengucup Gee lagi
sekali. Gee hanya mampu gigit bibir. Tak menyesal dia ikut kata Rowena untuk
kahwin. Walaupun penat layan karenah sorang-sorang, tapi berbaloi. Si kerek dan
si kerek junior dan soon to be junior number two ini
membuatkan hari-harinya riuh rendah.
***3 tahun yang
lalu
“Dahlah kerek, tinggi pulak tu. Tunduk lah sikit.” Sempat lagi Gee memerli Rian. Adrian pula menyangkan muka tak puas hati.Namun dia tetap merendahkan badannya, memudahkan Gee untuk tolong mencabut butang baju melayu cekak musangnya itu. Dah nak tercekik rasa ni. Patut nama baju melayu ni cekik manusia, bukannya cekak musang!
“Dahlah kerek, tinggi pulak tu. Tunduk lah sikit.” Sempat lagi Gee memerli Rian. Adrian pula menyangkan muka tak puas hati.Namun dia tetap merendahkan badannya, memudahkan Gee untuk tolong mencabut butang baju melayu cekak musangnya itu. Dah nak tercekik rasa ni. Patut nama baju melayu ni cekik manusia, bukannya cekak musang!
“Dia yang kenit tak sedar pulak.
Dahlah kenit, makan tambah tiga kali.” Dah mula balik dah perangai kerek dia
tu. Gee memegang bibir Adrian yang cotcet
cotcet tanpa henti itu dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Hyper semacam mulut dia hari ni.
“Abang tak puas hati kenapa? Kenduri
saya ni sekali saja seumur hidup, makan lah banyak-banyak! Mana sama rasa nasi
minyak kita kahwin dengan nasi minyak orang lain kahwin. Tak macam orang tu,
makan pun nak kontrol. Kenapa? Takut students
abang cakap abang kaki lahap lah tu kan?” Sesedap rasa aja Gee menjawab. Tangan
Adrian memegang pergelangan tangan Gee. Jari yang memegang bibirnya tadi
dikucup perlahan. Gee mendengus, dia mula naik miang dah!!
“Bukan tak puas hati, saja nak buat
kerek dengan bini sendiri...” Gee membeliakkan matanya. Kerek tak bertempat
namanya tu. Pijak kaki karang!
“Dan saja nak buat Nur Jehan ni
marah. Sebab dia comel sangat. Dahlah kenit, tengah marah pulak tu, rasa macam
nak penyek-penyek je. Sekali pandang macam ayam penyet pun ada.” Adrian
berkata. Senyuman mengejek yang nakal ditarik. Gee menolak kasar dada Rian. Dasar Mr Kerek. Kita perli dia sikit,
berdas-das dia bagi balik.
“Nak tahu saya rasa nak buat apa
sekarang ni Mr Kerek? Saya rasa nak cili je mulut awak tu tau. Rasa nak buat
sambal belacan pun ada. Perli orang memanjang. Mulut takde ins...” Gee berhenti
dari bercakap apabila Rian mendiamkannya. Matanya ditutup sambil hujung bibirnya ternaik sedikit.
Sempat lagi nak senyum! Tangannya yang tadi menolak-nolak Rian sudah melingkari
tengkuk Rian. Tangan Rian yang melingkari pinggangnya diperketat. Kaki yang
tadi berpijak pada lantai sudah tidak mencecah lantai. Mata dibuka.
“Habis lah dia. Nanti jangkit dah
lepas ni, nasib baik tak dan nak cili lagi kan? Kalau tak, sayang pun sama-sama
rasa pedas.” Perli Rian apabila Gee membuka matanya. Tangan Gee memegang
pipinya. Dia menolak sedikit Gee ke atas, supaya tidak melorot jatuh. Gee
tersenyum memandangnya.
“Just
shut up Mr kerek. I’m enjoying this
free lift.” Kata Gee sambil tersenyum lebar. Last kena dokong masa dia umur
lima tahun agaknya. Ini rasa macam budak-budak balik.
“Kiss
me first.” Gee mengucup dahi Rian. Rian tayang muka tak puas hati.Bukan
cium dahilah yang oi...
“Dahlah, turun, berat nak mampus.
Naik lima kilo ke apa lepas tambah tiga kali tadi tu.” Acah Rian sambil
buat-buat hendak menurunkan Gee. Gee menolak sedikit pipi Rian. Ish la dia ni
kan. Suka demand lebih-lebih. Gee mendengus kecil lalu mengucup perlahan
bibir Rian. Tak sampai sesaat lepas tu dia tarik balik mukanya. There, dah kena pun kira cukup ah kan?
“Ceh, macam tu pun muka merah macam
kena tuang sos. Dasyat, dasyat.” Rian
tetap dengan kritikannya. Gee memegang telinga Rian lalu dipulas.
“Banyak cakap lagi...saya repot
dekat mak!Biar mak sendiri pulas telinga anak jantan dia ni.”Ugut Gee. Namun
bibirnya tersenyum.
“Saya lagi suka awak yang pulas
telinga saya,” Kata Adrian sambil mengenyitkan matanya. Gee diletakkan ke
lantai. Tuala di sudut bilik dicapai.
“Saya sayang awak for real tau, by the way.” Katanya. Gee menjungkitkan keningnya. Itu semua orang
pun tahulah.
“Iya...dahlah pergi mandi tu.” Gee
menghambat Adrian. Adrian berlalu. Gee merebahkan dirinya ke atas katil.
Penatnya layan Adrian sorang, ini, kalau dah ada anak nanti, bertambah
penatnya! Beberapa saat kemudian pintu bilik air terbuka.
“Kalau sayang rasa nak join, pintu ni tak kunci tau...” Gee
membulatkan matanya. Muka Adrian terjongol dari sebalik pintu, siap dibuat secomel mungkin lagi. Macam mana dia boleh buat ayat minta penampar
tu jadi macam polos je? Gee berkira-kira di dalam otaknya. Kemudian dia
menggelengkan kepalanya. Nah...siapa nak
join dia tu.Bluwekk! Tak hingin pun lah.
Lagi
sekali pintu bilik air dibuka.Kali ini Adrian sendiri yang keluar macam lipas
kudung. Gee diangkatnya dan dibawak ke bilik air. Gee pula, macam roh dia
melayang saja. Bila kerek dah guna kuasa veto, dia diam sajalah. Pintu bilik
air ditutup dengan kaki. Adrian tayang muka bangga.
“Itulah,
siapa suruh fikir panjang-panjang!”
The End =)
best giler...puas hati...lama kot tunggu sambungan citer ni...
ReplyDeleteTq salmi. Sorry for the long delay
ReplyDeleteIts seriously awesome
ReplyDeletetq luv
ReplyDeletelol! hadoi x larat nk ketawa..ngan anak pn jd gdo..comel jerk.. best sangat !!
ReplyDeleteLamanya tunggu.. Best3...
ReplyDeletelame menanti, sekali teroverdose manis, hampir terkena diabetes >.<
ReplyDeleteat last... yeay!!!
ReplyDeletebest3...
Sweetnye...best...
ReplyDeletecomel je citer ni. suka3
ReplyDeletesoooooooo....sweeeeeeettttt.....rasa cam jatuh cinta berkali-kali kat enciksuamiii.............
ReplyDeleteYesss...best citer ni...Good job cik writer.
ReplyDeleteso sweet....dah habis da...
ReplyDeletenak lagiiiiiiiiii ^________^
ReplyDeletearhhh best nya ! senyum lebar2 dah ni ...
ReplyDeletebest !!!!!! :)
ReplyDeletekenapa comel sangat!!! kenapa?! why lahaiii so cute this story. from part1 till the end. sweet tak habes iKennot!! cant stop smiling! well done writer! i just found your blog.. your first cerpen 'ive read is stestoskop mr surgeon at penulisan2u. never knew! till today that you have your own blog. im sooo yesterday but truly glad that i've found your blog!! love you and your masterpiece!!
ReplyDeleteSweet nya...
ReplyDeleteThe best Evah!! Huhu I fall in love with your writing ♥♥
ReplyDelete