“Shifa, aku turun bawah dulu okay? Abang Ael aku dah sampai, mama ada kirimkan juadah buat kita berbuka puasa nanti. Abang Ael dah jadi posmen mama sekarang ni. Hehe..”
Nur Rania Imani berpesan kepada rakan sebiliknya yang sedang khusyuk melayari laman Facebook. Shifa pula sekadar mengangguk, sebagai tanda dia mendengar setiap bait kata Rania tadi. Kemudian, dia mengerutkan dahinya.
“Rania, Rania...kejap! Abang Ael?”
Rania yang baru ingin menutup pintu tadi membukanya kembali setelah namanya dipanggil Shifa. Tangannya menahan pintu bilik. Mukanya dijengukkan sedikit ke dalam bilik, dia malas ingin memecat kasutnya.
“Yelah, Abang Ael la, siapa lagi? Aku kan ada sorang je abang, kau dah lupa ke aku anak kedua cik Shifa Abdullah ?”
Shifa menarik senyumannya. Rania, Rania...
“Manalah aku tau, aku ingat Abang Ael masih kat overseas...handle company baba kau kat sana...”
Shifa berdalih. Selama ini, memang rumah Rania menjadi rumah keduanya, tak pernah dia bertemu empat mata dengan Abang Ael Rania ni, Abang Ael bekerja di London, bagi memantau syarikat Babanya Rania di sana.
“Oh, haha..maaf, maaf, cheq lupa nak habaq! Dia dah dua bulan la balik Malaysia,nanti-nanti kau jumpa lah dia, dah 5 tahun aku asyik berlipur-lara tentang dia, tahun ni, nasib kau baik sebab dapat tengok dia secara LIVE. Ok la beb, aku turun dulu, Abang Ael tu mengamuk nanti, nak dekat berbuka puasa dah ni. Tata!”
Kata Rania sambil tergesa-gesa menutup pintu. Shifa hanya menggelengkan kepalanya. Sememangnya dia teruja untuk berjumpa dengan Abang Ael, abang kepada rakan baiknya itu. Kehadiran Rania dalam hidupnya cukup memberi erti yang besar. Sebelum ini, Shifa menyambut Aidilfitri keseorangan, tanpa saudara-mara mahupun keluarga di sisi, namun, dengan wujudnya Rania, dia dapat merasakan apa itu erti Aidilfitri, walaupun hanya menumpang berhari raya dengan keluarga Rania.
Semenjak 5 tahun dahulu, dia telah dianggap sebagai anak angkat oleh keluarga Rania. Baba dan Mama Rania tulus menerima kehadiran Shifa dalam keluarga itu. Shifa juga rapat dengan adik Rania, namun dengan Abang Ael, nasibnya masih belum diketahui. Abang Ael dah lama di luar negara, selepas dia graduasi, dia tidak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, Baba terus menyuruhnya menggalas tanggungjawab sebagai CEO syarikat Baba cawangan UK.
“Macam mana ya rupa Abang Ael? Mesti kacak kan? Si Rania ni pun tak pernah tunjuk aku gambar dia, haish, kenapalah aku ni menggedik tiba-tiba? Buang tebiat!”
Nurul Shifa terus menutup laptopnya dan berlalu ke arah katil. Patung Poohnya dibawa rapat ke dada. Sebuah keluhan terlepas dari bibirnya. Matanya ditalakan ke syiling. Selama 24 tahun dia di dunia ini, dia tidak pernah menyalahkan takdirnya kerana menjadikan dia yatim piatu.
Ibu dan ayahnya meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital, dan dia dilahirkan dalam keadaan gamat tersebut. Akhirnya, dia diletakkan insan yang amat mulia di rumah anak-anak yatim. Kuburan ibu bapanya juga dia tidak tahu, sahkan pula keluarga ibu bapanya. Kalau ada jodoh, maka bertemulah mereka. Itulah yang selalu disemai dalam hati Shifa.
“ Hugo, kau rasa mama kirim lauk apa ye? Nikan hari pertama kita puasa, apa agaknya yang mama masak?”
Shifa bertanya kepada patung POOHnya itu. Memang Shifa ni boleh terkategori dalam kumpulan gadis 24 tahun yang tak matang! Habis dikeleknya patung POOH itu, tak lena tidur kalau Hugonya tidak hadir di sisi.
“Gila agaknya aku ni. Dah nak jadi macam Mr. Bean agaknya, bezanya, dia ada Teddy, aku ada Hugo. Chait!”
Dia berkenalan dengan Rania 5 tahun lepas, sewaktu dia pertama kali mendaftar di kampus UiTM tersebut. Personaliti Rania yang ceria itu membuatkan Shifa berasa senang di sampingnya. Persahabatan mereka masih utuh sehingga sekarang.
“Hoi, semput kejap aku turun naik tangga! Ael tu bukannya nak tolong aku angkut semua ni!”
Rania yang tiba-tiba membuka pintu bilik itu membuat Shifa terperanjat. Shifa mengurut dadanya berkali-kali.
“Kau ni Safi Rania Gold, salam tak bagi! Terkejut aku tau! Kesian Hugo aku tercampak ke lantai.”
Ujar Shifa sambil mengutip POOHnya itu. Rania hanya tersengih sambil menayangkan lesung pipitnya ke arah Shifa.
“Maaf! Berat sangat ni, seguni beras kut mama tanak ni! Eh, kau panggil aku apa tadi? Sampai hati kau, aku makan sorang-sorang baru meleleh air liur kau.”
Rania mengugut Shifa. Shifa mencebikkan bibirnya.
“Eleh, nafsu, nafsu, anyways, aku boleh je report kat mama, yang anak dia ni tak mau share makanan. Well, mama kan sayang jugak kat aku!”
“Yelah, yelah! Ish, selalu aja aku kalah kalau berlawan kata dengan kau! Kau ni, sama aja dengan Ael tu, tak mau mengalah! Dahlah Paracetamol, jom siap-siap untuk berbuka, lagi 15 minit ni.”
Cepat benar Rania menukar topik. Shifa pula masih statik. Dia sedang memikirkan sesuatu.
“Rania, apa kaitan aku dengan Paracetamol? Ce cite ce cite”
Itu rupanya yang budak ni fikirkan tadi? Lawak betul Shifa ni.
“Ish kau neh, KIV la dulu, eden mau mandi.”
“Kau mandi tak sampai pun 5 minit, cerita la cepat!”
Shifa menggesa. Memang selama ni Rania memanggilnya Paracetamol apabila Shifa memanggilnya Safi Rania Gold, namun baru pertama kalinya Shifa terbuka hati ingin bertanya.
“Nama kau Shifa, bererti penyembuh, Pain reliever la kononnya kan? Orang makan Paracetamol aka Panadol tu untuk pain reliefs juga, betul tak? So, sama lah dengan maksud nama kau tu...dah, eden nak shawa shawa...everybody say shawa shawa...”
Rania sudah mengambil tualanya sambil menari mengikut rentak lagu Khabi Khushi Khabi Gham tu.
Shifa menggelengkan kepalanya. Macam-macam minah Rania tu.
“Jap, Jap...Ponstan pun pain reliever apa? Ish...menyemak aja aku fikir benda tak berfaedah ini...”
Gumam Shifa sendirian. Dia bangkit dan terus menyelongkar plastik-plastik makanan yang dibekalkan mama Rania tadi. Harum semerbak aromanya. Memang menggiurkan.
‘Fuyooo....Asam pedas ikan parang, daging salai, ayam masak lemak cili api...fuuh! Terangkat!’
“Woi! Nafsu, nafsu. Tak berbuka lagi la!”
Shifa yang khusyuk menilik juadah itu terkejut dengan suara Rania yang menegurnya. Shifa berpaling memandang Rania.
“Kau tak mandi lagi ke?”Rania hanya sengih memanjang. Sah-sah tak mandi lagi tu.
“Ngee, shokubutsu aku habis, pinjam kau punya ok? Terima kasih my BFF!”
Selamba badak Rania mengambil gel mandian Shifa. Shifa pula redha. Dia dah khatam perangai Rania tu, barang yang dah habis, bukan nak beli terus, tunggu balik rumah juga baru dia nak beli. Memang sayang betul nak keluarkan duit poket sendiri.
Al maklumlah, rumah Rania tu kalau teropong dari UiTm ni confirm nampak! Memang jalan kaki pun boleh sampai. Tapi Rania ni nak juga berdikari, dia tingallah bersama-sama Shifa di asrama. Berdikari apa kalau barang habis nak balik ambil kat rumah? Rania...Rania
***
Pejam celik pejam celik, hanya dua hari lagi sebelum Aidilfitri menjelang. Baju Raya Rania dan Shifa sudah awal-awal disediakan oleh Mama. Kebetulan yang saiz dan juga ketinggian Rania serta Shifa ni sama, senang bagi Datin Seri Ecah (mama), menempah baju buat mereka berdua. Baju yang ditempah lebih memuaskan hati berbanding yang dibeli Ready-made, itulah yang selalu Datin Seri Ecah katakan.
Memang dia suka memanjakan Rania dan Shifa, memandangkan kesemua anaknya yang lain adalah lelaki. Shifa pula, pada mulanya agak segan dengan Datin Seri Ecah, tapi sifat merendah diri wanita tersebut serta kasih sayangnya yang melimpah ruah telah membuatkan Rania menganggap Datin Seri Ecah sebagai mamanya sendiri.
“Oi yong! Teman dah siap kemas barang ni. Yang Yong tu sedap-sedap duk tidur apasal? Abang Ael nak sampai dah tu, kemas dah barang?”
Rania mendaratkan punggungnya di atas katil Shifa. Shifa mengalihkan HUGOnya dan memandang wajah kawan baiknya itu. Berpeluh-peluh dahinya menahan sakit. Susah juga jadi perempuan ya, setiap bulan kena tahan ujian tersebut.
“Alahai, period pain lagi? Makan panadol dah?”
Rania bertanya cemas. Memang wajah Shifa sudah ibarat vampire, pucat lesi. Shifa pula sekadar mengangguk.
“Dah makan tadi, aku nak baring kejap, kau tolong urutkan pinggang aku beb. Lenguh tahap megapixel ni.”
Shifa berkata lemah. Dia terus meniarapkan badannya. Rania menyelak belakang baju Shifa dan memulakan tugasannya. Tiap-tiap bulan memang inilah kerjanya, a friend in need is a friend in deed, betulkan? Itulah gunanya kawan.
“ Nasib baik aku tak teruk macam ni period pain, kau ni, cubalah makan calcium pills, kalau tak makan Primrose Oil yang mama belikan tu.”
Shifa mendecit sakit apabila Rania menekan kuat di pinggangnya.
“Sakitlah. Kau ni, ubat selsema yang besar ciput tu pun aku tak makan, sahkan Primrose Oil yang dalam 2cm panjang tu. Terima kasih sajalah. Okay,okay...cik masseuse, aku dah ok. Thanks a lot! Lain kali, kau bebel je pasal ubat, lari terus period pain ni!”
Rania memberhentikan urutannya tadi. Baju Shifa ditarik turun.
“Pandailah kau ni kan? Aku report kat mama baru tahu, mama bukan main lagi belikan kau ubat nak kurangkan kesakitan kau, kau tak makan!”
‘Dah mula dah membebel mak cik ni,’
Getus hati Shifa. Shifa hanya membuat muka selamba apabila mendengar Rania berceramah tentang kesihatannya. Sepatutnya Rania ambil medic,bukannya TESL, tersalah cabang betul!
“Kau nikan, memang expert la dalam hal-hal sebegini, kenapa tak ambil medik dulu?”
Shifa bertanya, lantas memotong sesi ceramah Cik Nur Rania Imani binti Dato' Seri Megat Zulfattah.
“Ha? Owh...SPM aku tak cukup makan, semua B plus subjek sains, mama aku kata TESL lagi baik, and now, tengoklah kita, tahun depan grad, dah ada Masters, kalau doktor, lagi 5 tahun baru dapat pegang masters.Study pun macam nak maut, gaji dua kali lima juga kalau kerja dengan kerajaan.”
Panjang benar Rania memberikan hujah. Shifa hanya terangguk-angguk. Tiba-tiba, telefon bimbit Rania berdering.
“Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile...”
Nada dering I Phone 4 Rania nyaring mendendangkan lagu Jessi J-price Tag. Rania melihat sekilas nama pemanggil sebelum menyerahkan telefon bimbit canggih tersebut kepada Shifa. Shifa terkebil-kebil.
“Kenapa bagi kat aku?”
Shifa bertanya kehairanan apabila Rania secara mengejut menyerahkan telefonnya yang galak berdering tersebut.
“Emergency, Panggilan alam, aku tak dapat tahan...kau tolong jawab call Abang Ael tu.”
‘Bang!!’
Kasar, Rania menutup pintu. Sah-sah kecemasan sangat dah tu. Shifa pula masih memandang sepi I phone tersebut. Bertuah punya Rania, kalau iya pun, jawablah sekejap, suruh Ael call balik selepas ini. Ini tak, Shifa juga yang kena handle.
“Why is everybody so serious?
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time..”
Tak habis-habis pekikan dan lolongan I phone tersebut. Shifa menggagahkan tangannya untuk menekan butang hijau tersebut.
“ Hey budak kecik, aku dah macam tugu negara dah ni, tunggu kau and kawan kau yang so called cute tu, cepatlah! Panas terik kat bawah ni!”
Tanpa sempat Shifa memberi salam mahupun Helo, abang Rania sudah bersuara. Termangu-mangu Shifa dibuatnya.
“Erk...Abang Ael? Ni Shifa ni, sekejap lagi kami turun, Rania ada dalam tandas.”
Bersuara juga Shifa ni akhirnya. Megat Rafael Iman terkedu mendengar suara halus tersebut.
‘Cute suara budak ni, tuan punya suara pun mesti sama cute, kan? Ael, Ael, focus!’
Megat Rafael berdehem sesaat bagi mengembalikan fokusnya. Memang lembut betul suara Shifa sehinggakan membuat jantung Megat Rafael berdetak lebih laju berbanding kadar normal.
“Ehem... siapa tadi? Shifa ya?”
“Ya saya Abang Ael...Shifa ni...”
‘Alahai...janganlah goda abang dengan suara lembut tu Shifa oi, Mama, Ael nak kahwin!!! Ish kau ni Ael, jumpa budak tu pun tak pernah, dah jatuh hati? Mengucap anak teruna Dato' Seri Megat Zulfattah, takkan lari gunung dikejar...ehehe...tak sabar nak tengok anak angkat kesayangan mama ni!’
“Abang Ael? You still there?”
Megat Rafael Iman kembali ke dunia nyata setelah namanya diseru berkali-kali oleh Nurul Shifa.
“Ha? Oh, yes, yes...Abang ada lagi ni, lambat lagi ke Shifa adik abang tu? Abang dah nak pitam ni menunggu.”
Tanpa disengajakan, Megat Rafael mengadu manja kepada Shifa. Shifa pula menarik senyuman, tak disangkakan olehnya bahawa abang kepada kawan karibnya itu seorang yang manja. Rania selalu menceritakan tentang ketegasan, kecerdikan, dan karisma Rafael, namun sepatah pun dia tak pernah cakap yang Megat Rafael Iman bin Dato' Seri Megat Zulfattah ini adalah seorang yang manja.
“Urm...” Shifa baru sahaja ingin memberitahu Rafael namun pintu bilik dibuka kasar.
“Oi, tak habis lagi berborak? Lamanya...”
Rania kembali ke kamar tersebut dengan bersahaja. Shifa tersenyum lalu menyerahkan
Telefon tadi kepada pemilik mutlaknya.
“Shifa, abang dah cramp ni berdiri...”
Di sebelah sana, Megat Rafael masih belum habis mengadu domba. Rania tersenyum nakal.
‘Abang, abang, aku set up kan dengan Shifa pun okay juga, cun la dapat kakak ipar yang memang ngam dengan aku!’
Desis hatinya.
“Hoi Abang! Manja ye kau dengan Shifa, ada apa-apa ke? Takkan lah baru dengar suara dah jatuh hati?”
Megat Rafael hampir melatah mendengar suara Rania yang menyapanya. Rania masih lagi tersengih nakal. Bila lagi nak sakat abang yang suka membuli dia kan? Ada boeing ada airbus, ada hari, wajiblah Rania balas!
“Banyak cakap lah kau ni, cepat turun! Abang penat ni! Be Fast!”
Rania menjarakkan telefonnya dari cuping telinga, inilah padah apabila membuat Megat Rafael Iman geram, habis kuat Abang Aelnya menjerit tadi.
“Hisy, mujur tak pekak aku! Memekik je kerja, dengan kau tadi tak pula dia terpekik-pekik?”
Rania bertanya kepada Shifa, sambil tangannya ligat mengambil beg-begnya untuk dibawa pulang. Shifa tersenyum manis.
“Masa dia mula-mula cakap tadi aja, tapi selepas aku beritahu aku ni Shifa, terus suara dia under control. Manja juga Abang Ael ea?”
Shifa berkata-kata sambil membetulkan rambutnya. Baju lengan panjangnya ditarik sedikit, seluar jeans yang disinsing ke paras betis tadi pula ditarik ke bawah. Rania sekadar mencebik.
“Tak pernah lagi dalam hayat aku, aku nampak dia manja. Eh, jomlah, nanti mengamuk pulak singa tua kat bawah tu.”
Rania dan Shifa tergelak. Ada pula panggil Megat Rafael singa tua. Macam-macam songeh mereka ni. Pintu bilik dikunci rapi sebelum mereka meninggalkan kampus.
***
Megat Rafael Iman menyeka keringat di dahinya. Jam berjenama yang tersarung pada pergelangan tangannya dipandang sekilas. Sudah setengah jam dia menunggu, namun bayang-bayang adiknya tidak juga muncul. Kalau tak mengenangkan dia berpuasa, sudah lama dia mengamuk dengan sikap adiknya yang tidak pernah mematuhi masa itu. Lagipun, Imam Bukhari ada mengatakan:
The strong is not the one who overcomes the people by his strength, but the strong is the one who controls himself while in anger.
Orang yang kuat tidak semestinya dapat mengalahkan orang lain dengan kekuatan zahir, namun orang yang kuat adalah orang yang dapat mematahkan serta mengawal nafsu amarahnya .
“Daripada aku maki hamun si Rania tu dalam hati, lebih baik aku berzikir. Dapatlah juga saham kat akhirat nanti”
Megat Rafael bermuhasabah dirinya. Sememangnya Ramadhan kali ini amat berbeza. Selama tujuh tahun dia berpuasa dan berhari raya di negara asing, alhamdulillah, Ramadhan kali ini berjaya mencelikkan mata hatinya. Sungguhlah, Malaysia bumi tercinta.
“ Abang!!!”
Rania memanggil abangnya yang sedang bersandar pada pintu BMW 7th series tersebut. Megat Rafael yang khusyuk berzikrullah tadi berpaling ke arah suara yang memanggilnya. Sebuah senyuman diukir.
“Rania,,,muncul pun! Ingat nak balik jalan kaki dah tadi."
Seloroh Rafael sambil mengambil alih tugas mengangkat beg adiknya itu. Berketul-ketul bisepsnya apabila dia memunggah beg tadi masuk ke dalam bonet kereta. Memang lelaki idaman Malaya si Megat Rafael Iman ni.
“Abang Ael, yang Shifa pun...”
Shifa cepat-cepat bersuara apabila Rafael kelihatan seperti ingin menutup bonet kereta tersebut. Megat Rafael berpaling ke arah gemersik suara halus tadi. Dirinya terpempan melihat makhluk ciptaan Allah ini. Nurul Shifa teramatlah comel serta cantik. Dengan ketinggian hanya separas dada Rafael yang sememangnya tinggi melangit itu, Shifa terasa begitu kecil sekali.
“Owh, sorry, abang...abang...abang tak ingat Shifa ada sekali.”
Rafael ni, dah macam Mamat Khalid juri Maharaja Lawak, abang...abang...abang. Tergagap seketika apabila melihat Shifa. Kagumkah dia dengan personaliti Shifa? Sudah jatuh cintakah Rafael?
Megat Rafael terus mengambil beg Shifa dan menyumbatnya ke dalam bonet. Setelah itu, dia berlalu dan memecut keretanya ke pekarangan Villa ibu bapanya.
Dia hanya mendengar sahaja adiknya serta Shifa berceloteh di dalam kereta tadi, tak ada mood nak mencelah. Seronok dia mendengar Shifa bercerita, suara Shifa yang lunak itu sememangnya membuat hatinya gundah-gulana.
***
“Mama, hari ni kita nak berbuka dengan apa?”
Shifa bertanya kepada Datin Seri Ecah yang sudah mesra dipanggil dengan gelaran mama. Datin Seri Ecah yang sedang bertungkus-lumus di dapur itu memandang sekilas ke arah Shifa yang sudah bersedia untuk membantunya itu. Tidak disangkal lagi, Shifa memang seorang yang rajin. Kontra dengan anak perempuannya, Rania. Rania dari balik tadi sehingga ke sekarang, masih lagi statik di hadapan televisyen, dengan abangnya.
“Mama tak masak hari ni, mama tanak nasi je, nanti kejap lagi Ael keluar pergi bazaar.”
Datin Seri Ecah berkata dengan lembut. Shifa pula tersengih dari tadi.
“Owh, macam tu, kalau begitu, biar Shifa buatkan air. Dah pukul 6:00 ni, sempatlah sejuk nanti.”
Shifa masih lagi ingin membantu mama angkatnya itu. Datin Seri Ecah hanya menggelengkan kepala.
“Shifa, semua mama dah siapkan, kalau Shifa nak tolong, nanti dekat-dekat nak berbuka, siapkan Ael teh halia, dia suka minuman panas, dia tu, balik terawih baru dia makan berat-berat ni.”
“Ok set mama! Nanti Shifa buat teh halia yang super duper yummy buat Abang Ael!”
Shifa memeluk erat Datin Seri Ecah.
“Make sure super duper yummy ye Fafa, kalau tak, dengan Fafa Fafa sekali abang makan, nak?”
Shifa terloncat sedikit apabila mendengar suara garau di belakangnya itu. Terkejut tau, tiba-tiba je main sergah orang! Abang dengan adik sama aja.
“Ish Ael ni, apa pulak cakap macam tu, tak baik! Ha, ni bila nak pergi bazaar? Nanti habis baru nk melopong kamu semua!”
Ha, amek kau! Kan dah kena sound dengan Datin Seri Ecah!Ael pula menarik muka selamba.
"Nak pergi la ni mama, Ael masuk dapur ni pun nak tanya permaisuri kepada baba Ael ni, nak makan lauk apa? Kang kita beli, dia pulak tak puas hati.”
Dalam bertanya itu, sempat lagi Ael memerli mamanya. Datin Seri Ecah mencebik. Sebuah cubitan dihadiahkan ke lengan sasa Ael.
“Eleh ma, setakat mama cubit tu, rasa macam kena gigit semut api sahaja. Berbaloi betul Ael work out kat Gym!”
Serentak dengan itu, jemari Datin Seri Ecah semakin giat mengetam tangan anak sulongnya itu. Terkial-kial Ael menepis cubitan berbisa mamanya.
“Ha, sakitkan? Lain kali, jangan kerek sangat macam baba kamu tu ya, cubitan mama ni berbisa, tak kiralah kamu pergi gym ke tak!”
Bangga datin Seri Ecah dapat mencubit anaknya. Ael pula memandang mama dengan senyuman sinis. Tangannya pula ralit mengusap-usap tempat yang dicubit tadi. Shifa sudah tidak tahan gelaknya, dan akhirnya dia tergelak di hadapan mama dan Ael.
“Dahla, Ael nak pergi bazaar, malas layan mama dan Fafa.”
‘Merajuk ke Ael? Lawak betul. Ada hati dia panggil aku Fafa? Eish..tak suka tak suka!’
Getus hati Shifa. Namun, dia tidak menegur Ael daripada berhenti memanggil dirinya Fafa, dari satu sudut, comel juga ya nama samaran tersebut. Fafa~
***
Shifa sedang ralit membancuh teh halia untuk Ael. Sambil-sambil itu, mulutnya menyanyi-nyayi sedikit lagu yang dipopularkan oleh Jazz Hayat, I stalk your Profile. Lirik lagu tersebut begitu mudah dan catchy.
Tangannya cekap mengacau air teh tadi. Setelah itu, sudu dirapatkan ke bibir mulutnya dan dihirup sedikit.
“Hrmm...not bad at all!”
Dia memuji dirinya sendiri. Kemudian dia berpaling ke belakang dan...
“Astaghfirullah hal azim! Abang! Kus semangat tadi!”
Nasib baik teko teh tersebut tidak terlepas dari tangannya. Wajah Ael yang sedang tersenyum lebar itu dijeling sekilas. Selamba betul Ael menayangkan lesung pipitnya yang ada pada pipi sebelah kanannya. Sweet!
“Ooo...tak puasa ya??”
Ael menyakat Shifa. Plastik makanan yang ada di tangannya diletakkan ke atas kaunter. Matanya yang hazel itu tajam menikam mata coklat Shifa. Shifa kaku.
“ Err..urmm...”
Shifa tergagap. Ael pula masih tersenyum sinis.
“I saw what you did, syok betul dia rasa air tu tadi, sampaikan abang kat belakang ni pun dia tak sedar. Ish ish ish... sesuai sangatlah jadi BFF Rania tu. Yang tu pulak, selamba badak makan dalam kereta tadi. Nasib baik tak tercekik!”
Kata Megat Rafael sebelum berlalu ke biliknya. Ye lah, nak siap-siap, azan hendak berkumandang dah!
Shifa pula merasakan jantungnya berdetak lebih laju. Dia tersenyum manis. Kantoi.
Tanpa mereka sedari, 4 pasang mata telah memerhatikan mereka. Apakah muslihat seterusnya?
***
Sehari sebelum Aidilfitri
Suasana dalam rumah tersebut amatlah kecoh. Rafheeq, adik bongsu Rania, tengah panjat tangga, hendak pasang langsir baru mamanya itu. Baba tengah sibuk mengeluarkan segala kuali dan periuk bersaiz XXL, bagi memudahkan urusan merebus ketupat dan juga memasak rendang sekejap lagi. Ael pula, Ael pula sedang khusyuk menganyam ketupat bersama mamanya dan bibik-bibik. Memang handal betul Ael menganyam, sekejap sahaja dia berjaya menyiapkan 10 biji sarung ketupat.
Rania dan Shifa, mereka berdua mengemas segala bilik tetamu yang ada, mengelap debu-debu yang terkumpul, dan tentunya, membuat beberapa jenis biskut. Datin Seri Ecah melarang mereka membuat banyak-banyak kerana hampir kesemua biskut raya telah diborongnya sebelum ini. Nanti membazir pula.
“Ma, Ael stop ok? Ael nak pergi tolong baba, kuah kacang tu dah boleh buat dah.”
Ael berkata lantas bangun meninggalkan mamanya.
“Ce kau rasa, rangup kan biskut ni?”
Rania berkata sambil menyuakan biskut yang baru selesai dibakar ke mulut Shifa. Shifa mengangakan mulutnya. Ael yang kebetulan lalu di kawasan dapur itu , mendapat idea untuk menyakat dua orang manusia tersebut.
Rania pula menjolokkan kesemua biskut tadi ke dalam mulut Shifa. Nyaris-nyaris tercekik dibuatnya.
“Amboi amboi amboi, korang tak puasa kan, jangan mintak duit Raya esok! Semua aku pass kat Rafheeq. Sesedap oren dia makan depan kita. Makin bertambah pahala aku!”
Shifa pantas menekup mulutnya yang penuh itu, manakala Rania hanya membuat tanda peace ke arah abangnya itu. Ael tersenyum sinis melihat karenah Shifa yang bagai cacing kepanasan itu. Comel betul!
“Kami taste sugar dia je abang, lagipun, siapa suruh abang lalu sini? Tak kira, duit raya still on! Dah, shuuh shuuh...kami nak buat kek pulak!”
Selamba, Rania menolak Ael ke luar daripada dapur. Ael hanya menurut. Sebenarnya, dia hanya ingin melihat wajah memerah Shifa yang termalu sendiri itu. Tercapai juga hasratnya.
Rania menutup sliding door dapur, lalu kembali ke sisi Shifa.
“So beb, kek apa pulak ni?”
“Hurm...how about, kek gula hangus? Mama dan baba suka kan?”
Shifa berkata manakala Rania hanya akur. Shifa menyerahkan buku resepinya kepada Rania.
1 cawan gula
1cawan susu pekat manis
1 cawan air panas
1 camca mentega
1 cawan tepung gandum
2 camca teh baking soda
4 biji telur
“ Okay, lepas tu, ambik gula tu, kau letak dalam periuk, kacau sampai dia cair and jadi hangit, kalau nak kek lagi cantik, kasi warna dia betul betul coklat.”
Rania hanya menurut arahan Shifa. Memang Shifa mahir membuat kek tersebut.
“Okay, dah cantik tu, masukkan air panas secawan, guna cawan yang sama saiz dengan gula tadi, baru tak lari dia punya sukatan! Pour the water slowly tau, nanti dia terpercik kat kau! Tak pepasal melecur tangan.”
Wah, Shifa dah macam warden pencen. Serius benar ketika itu.
“Dah beb, so kacau je la ni?”
Rania bertanya. Shifa mengangguk.
“Kau kacau sampai dia pekat. Aku nak kebukkan telur.”
Shifa memecahkan 4 biji telur tadi lalu mengebukkannya dengan garfu, sehingga kembang. Kemudian, dia menambah secawan susu pekat manis ke dalam telur tadi lalu dikebukkan kembali. Setelah yakin telur dan susu tadi sudah sebati, barulah Shifa berhenti.
“Shif, dah pekat ni..”
“Ok, good, tutup api and bagi dia cool off kejap, tolong ayakkan tepung dengan baking soda tu.”
Setelah Rania selesai mengayak tepung, Shifa menambahkan sedikit demi sedikit tepung itu ke dalam campuran telur tadi. Perlahan-lahan dia mengacau sebatian tersebut sehinggalah pekat. Seterusnya, dia menambah gula hangus tadi yang telah disejukkan, dan sedikit essens vanilla bagi menambahkan keharuman kek nanti.
“Okay, selesai, kita perap adunan ni selama 4 jam, and then kita bakar nanti selama 50 minit dengan suhu 160 darjah celcius. Senang je kan?”
Shifa berceloteh. Rania hanya mengangguk.
“Tapi next time, kau buat, aku makan, aku malas nak buat sendiri!”
Memang mencabar perasaan Shifa aja, kata-kata Rania tadi. Bukan main semangat Shifa mengajar Rania, tapi ternyata Rania memang pemalas. Sabar ajelah!
***
“Assalamualaikum...”
Kedengaran seseorang memberi salam di muka pintu Villa tersebut. Datin Seri Ecah terkedek-kedek menyambut tetamunya.
“Waalaikumussalam...la, Ngah! Cakap nak mai esok! Hang ngigau pa ni Ngah oi?”
Kata Datin Seri Ecah sambil memeluk erat adik perempuannya itu.
“Tak da lah yong, ni, saja ja kami mai awal, kut-kut la boleh bantu hang, abang Syed pun tak dak bisnes meeting hari ni, kami bertolak awal la, hang ingat dekat ka Kedah dengan KL ni? Letih jugak, jetlagged cheq sesaat!”
Tersenyum Datin Seri Ecah mendengar kata-kata adik kesayangannya. Memang dia asal daripada keluarga yang kecil, ada dua orang adik beradik sahaja.
“Ajaklah Syed masuk. Kamu berdua je ke? Hanim mana? Aqif?”
“Tok sah gelabah, cheq angkut semua batalion cheq kali ni, Hanim, Aqif, Afeeq, semua ada Raya ni, balik semua, jenuh duk beraya kat negara omputeh!”
Panjang leher-leher Datin Seri Ecah mengintai anak-anak saudaranya itu. Oh, tengah angkat barang rupanya.
“Yong oi, hang tak mo ajak cheq masuk ka?”
“Adoi, masuk la Ngah oi, rumah hang jugak ni.”
“Mak Ngah!!! Awal sampai?”
Rania menerpa ke arah mak ngah nya itu. Kesian Mak Ngah, baru je nak landing atas sofa, dah terbantut niat.
“You got a problem with that?”
Hamekkau! Mak Ngah ni jangan dipandang tak ada mata tau! Dia ni experienced lecturer kat UUM tu tau!
“Oh, no no, happy ada la...makin up kadar duit raya Rania dan Shifa...”
Selamba betul Rania ni. Shifa pula tunduk untuk bersalaman dengan Mak Ngah. Memang dia sudah kenal rapat dengan mak Ngah ni, kecuali anak-anak dia je tak berapa nak kenal. Yalah, masing-masing belajar luar negara.
“Makin ayu aku nampak dua orang anak dara kau ni.”
Puji Mak Ngah. Shifa dan Rania tersengih.
“Adoi bonda, bonda bawak batu ke dalam beg ni? Aqif angkat pun tak larat.”
Anak sulong Mak Ngah masuk ke dalam rumah dengan membawa 2 biji beg besar. Mata Rania terpaku melihat wajah tersebut.
“Abang Aqif?? Waaaahh....cair Rania sesaat! Kacak abang sekarang!”
“Hoi, Rania...lama tak jumpa kau, makin pendek kau sekarang.”
Rania mencebik. Shifa terkekeh-kekeh ketawa di samping Rania.
‘Jaga kau Aqif, siaplah kau nanti...sesuki je perli aku pendek!’
Gumam Rania dalam hati. Mama dan Mak Ngah sudah sedia maklum dengan permusuhan Aqif dan Rania ni.
“Sudah, tak payah gaduh, bonda nikahkan jugak kamu baru tau! Bawak beg naik atas Qif.”
Rania cepat-cepat melarikan diri pabila mendengar ugutan Mak Ngah tersebut.
“Shifa, tolong panggilkan Ael, Baba dan Rafheeq. Cakap mak Ngah dah sampai.”
Shifa mengangguk sebelum berlalu ke belakang rumah, tempat di mana kerja-kerja memasak rendang, ketupat dan sebagainya dilakukan.
“Huish...sedap bau rendang tu, pandai Baba masak!”
Shifa memuji ayah angkatnya itu. Baba hanya tersenyum.
“Erk, Hello ye cik Shifa, bukan baba sorang, ni, hero idaman Malaya ni pun ada share tau dalam rendang tu.”
Ael menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Shifa hanya mencebik manja.
“Apa-apa lah korang ni, dah, baba nak masuk, kejap lagi off api rendang tu.”
Kata Baba lalu berlalu ke dalam rumah. Maka, tinggallah Shifa, Rafheeq dan Ael di situ.
Shifa memandang ke arah rendang yang sedang menggelegak itu. Takkanlah nak pandang anak teruna Datin Seri Ecah kut.
“Oh ya, Rafheeq, Abang Ael, Mak Ngah dah sampai...mama suruh ke hadapan.”
Shifa menyampaikan amanah mama angkatnya tadi. Terlupa sejenak apabila terleka dengan aroma serba wangi rendang tadi.
“Okay...kejap lagi kami ke depan, siapa lagi ada?”
“Hanim, Aqif, Afeeq......”
Belum sempat Shifa menghabiskan ayatnya, wajah Ael menjadi lebih ceria.
“Wait, Hanim? Shifa tolong jaga rendang, Abang nak ke depan!”
Cepat-cepat Ael menyerahkan tugasan itu kepada Shifa. Ael berlari ke dalam rumah.
Shifa pula, terpinga-pinga.
“Jangan pelik kak, normal tu, Abang Ael dah lama tak jumpa sepupu tercinta dia tu...”
Selamba Rafheeq bercerita apabila melihat wajah blurr Shifa tadi. Shifaa tersentap, entah mengapa, hatinya terasa sakit. Diam-diam ubi berisi, diam-diam cinta bersemi?
***
Buat kesekian kalinya Shifa mengeluh. Menyesal rasanya dia meng ‘add’ Megat Rafael Iman di Facebook.
‘Wall’ Megat Rafael Iman ditatapnya buat sekelian kali. Sudah 6 bulan berlalu, namun memori Aidilfitri mereka masih tersemat di dalam hatinya. Barulah dia sedari bahawa dia mencintai Rafael, itupun setelah puas dinafikan oleh dirinya sendiri.
Cinta pandang pertama memang wujud. Shifa rasa menyesal kerana terlampau mudah untuk jatuh cinta dengan Rafael. Dia tahu bahawa hati Rafael bukan padanya, namun ada pada Hanim.
Tangan Shifa lincah menggerakkan ‘cursor’ ke folder gambar Rafael yang berjudul Eid( Me n My lovely ones). Hanya dengan sekali ‘click’, wajah bahagia Hanim yang sedang bergelak tawa dengan Rafael terpampang pada layar mata Shifa. Shifa menggigit bibir bawahnya, menahan air mata daripada mengalir.
Memorinya kembali pada malam seribu kenangan tersebut.
“Abang Ael, nak bunga api satu”
Shifa meminta daripada Rafael yang memegang sekotak bunga api tersebut. Rafael tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
“Ni semua abang reserve untuk Hanim, dah lama kami tak main ni...cuba Shifa mintak dengan Rania.”
Ael berkata lalu menghampiri Hanim. Dia menyerahkan kotak tersebut dan Hanim pula tersenyum bahagia. Shifa agak terkilan namun dihiraukan sahaja.
Setitis air mata menodai wajah mulus Shifa. Memang salah dia kerana tertangkap cintan dengan Ael, sedangkan Ael pun tidak tahu akan perasaan sebenar Shifa. Mereka bersua muka selama seminggu sahaja, takkanlah Shifa sudah tergamak menjadi perigi mencari timba?
Shifa melekakan dirinya lagi dengan menatap semua gambar ceria Ael dengan Hanim tersebut. Ibarat pinang dibelah dua, siapalah Shifa yang mahu bergandingan di samping Ael? Shifa bukan sesiapa.
Shifa mengambil earfon lalu memutarkan lagu Jazz Hayat-I Stalk Your Profile. Memang kena betul dengan dirinya yang ibarat bertepuk sebelah tangan itu.
Ooh... Ini kisah sedih ku
Aku mengharap kan
Sesuatu yang tak pasti...
'Disaat kau disisiku
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni
Seperti pelangi...'
Kehadiran Ael semasa tempoh seminggu itu benar-benar membuat hidup Shifa berbunga, lebih berseri. Walaupun hanya senyuman yang dihadiahkan Ael, namun Shifa berasa seolah-olah melayang-layang. Memang sedih pabila tak dapat luahkan perasaan yang terpendam di hati.
'Ku akui ku rindukanmu
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku
Bila kau sudah berpunya...'
‘Ternyata Abang Ael sayangkan Hanim, Hanim sampai aja hari tu, terus dia teruja, berdampingan je dengan Hanim, sehinggakan Rania pun dihiraukan. Argh...kalaulah aku jadi Hanim...’
Gumam Shifa di dalam hati.
'I stalk your profile when I miss you
Tengok semua gambar you tanpa jemu
I stalk your profile when I miss you
Adakah kau juga memikirkan ku?'
’Tabik la Jazz Hayat ni, memang aku tatap FB dia je, dapat lihat dari jauh pun dah ok, at least aku tahu aku ikhlas dengan dia, tak penting bagi ku dia tak terima aku pun, asal aku tahu, aku cintakan dia.’
'Semua gambar-gambar you bersama si dia
Dalam captionnya kata mu aku cinta dia
Reaksi ku meluat sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya
Ku mahu kau Jua..'
‘Abang Ael bukan player, tapi aku nak jugak dia...aku tak mahu paksa, kalau ada jodoh, insyaallah, kalau tak..aku redha ajelah...’
'Kau seolah memberiku harapan
Disaat sunyi rasa kesepian
Kau seolah memainkan perasaan
Ingin ku membenci mu tapi aku yang
Tak tahan...'
‘Aku takkan sesekali membenci Abang Ael, apa hak aku untuk berbuat sedemikian? Bukannya dia tahu aku nakkan dia? Ni aku sedih ni..’
Makin giat air mata Shifa mengalir turun.
“Hoi, khusyuk main FB?”
Sergahan Rania dari arah belakang Shifa ternyata memeranjatkan Shifa. Cepat-cepat Shifa ingin menyeka air matanya tadi. Namun, Rania sempat menangkap pergelangan tangan Shifa. Rania merenung Shifa tajam.
“Hey babe, kenapa kau nangis? Huh?”
Shifa terkedu. Apakah yang dia ingin jawab? Patutkah dia berbohong?
“Aku...aku..”
Shifa tersangkut. Dia sama sekali tidak mahu menipu rakan karibnya itu. Mata Raniapula meliar ke arah laptop Shifa. Matanya terbuntang luas melihat Profile yang ditatap Shifa tadi.
“Kau nangis sebab tengok gambar Abang Ael?”
Rania bertanya. Shifa sekadar membatu.
“Terus-terang babe, kau cintakan abang aku kan?”
Rania merenung ke dalam anak mata Shifa. Shifa sekadar tertunduk.
“Betul kan?”
Akhirnya, Shifa mengangguk perlahan. Rania tersenyum.
“Dahlah nangis tu, kumbang bukan seekor.”
Kata Rania sebelum berlalu keluar bilik. Bukannya dia mahu pujuk Shifa. Shifa merebahkan badan ke katilnya.
‘Betul kata Rania, bukan tak ada lelaki lain dalam dunia ni.’
Tangannya erat memeluk HUGOnya itu. Lama kelamaan, dia terlena dengan sendirinya.
***
beberapa bulan berlalu...
“Shifa, kau ikut aku balik rumah hari ni.”
Rania memberi arahan mandatori kepada Shifa yang baru tersedar dari lena itu. Terpinga-pinga Shifa dibuatnya.
“Huh? Balik? Kenapa?”
Shifa bertanya sambil menggeselkan matanya.
“Abang Ael nak nikah! Aku lupa nak kasi tahu kau haritu.”
Shifa menahan rasa di hatinya.
“Sampai hati kau Rania, mentang-mentang kau tahu aku cintakan Abang Ael, kau sengaja kasi aku tahu lambat. Kenapa? Kau takut aku halang majlis mereka?”
Shifa bertanya sinis sambil melipat cadarnya. Rania terkelu.
“ Shifa, aku tak sengaja, aku memang terlupa, assignments banyak sangat, lagipun beb, kau BFF aku, aku tahu kau tak seteruk tu. Dahlah! Pergi mandi, kejap lagi kita balik. Majlis malam ni!”
Shifa hanya mengangguk lalu tersenyum hambar. Dia harus kikis nama Ael dari hatinya, Ael tidak mungkin akan menjadi miliknya sampai bila-bila.
***
Villa
Khemah sudah siap dipasang di halaman Villa tersebut. Apabila Shifa menjejakkan sahaja kaki, matanya tertancap indah pada pelamin yang sudah siap dihias itu.
“Haa...sampai pun kamu berdua, eh Rania, bawak Shifa ke atas. Tenyehkan banyak-banyak inai kat tangan anak dara ni.”
Rania hanya menurut. Shifa sudah pelik. Kenapa dia perlu memakai inai? Bukanya dia yang menjadi Raja Sehari.
“Kenapa pulak aku kena berinai segala beb?”
Shifa bertanya. Rania memandang Shifa sambil otaknya ligat berfikir.
“Eleh, pakai jelah, aku pun pakai inai, kau pun pakailah! Bila lagi kan? Aku kahwin lambat lagi. Aku tunggu putera kayangan.”
Selamba badak Rania menjawab, namun jawapan tersebut agak logik.
Setelah selesai berinai. Shifa diheret pula berhadapan dengan mak andam. Kali ini, alasan yang diberikan Rania juga masuk akal.
“Kenapa aku pun kena tenyeh make up tebal-tebal?”
Shifa bertanya.
“Alahai, banyak soal kau ni, mama dah bayar mahal-mahal, bila kita nak merasa? Aku pun make up tebal jugak ni!”
Namun, buat pertama kalinya alasan Rania tidak masuk akal, yakni pabila Rania disuruh memakai sepersalinan baju kurung moden berkain lace putih, bersama selendang. Dan kepalanya diletakkan tiara serta veil.
“Apa maksud semua ni? Aku ke kahwin, Rania?”
Rania hanya terkelu. Cepat-cepat dia mendapatkan mamanya di luar.
Datin Seri Ecah bergegas ke kamar Shifa dan berterus-terang dengan Shifa.
“Mama nak Shifa jadi menantu mama. Shifa setuju kan?”
Tenang Datin Seri Ecah berkata-kata. Shifa pula tidak berkelip memandang mama angkatnya itu.
“Shifa? Menantu? Maksud mama?”
Shifa bertanya kehairanan. Otaknya tidak mampu memproses maklumat yang diterima tadi.
“Menantu mamalah, wife kepada Ael? Bolehkan?Mama dengar.....Shifa memang cintakan Ael...”
Datin Seri Ecah berkata sambil menggenggam tangan Shifa yang sejuk itu. Shifa pula memandang Rania yang sedang tersenyum kambing sambil membuat simbol peace. Memang mulut tempayan!
“Mama baru sedar yang Ael ada secret admirer rupanya...bahagia betul mama! Dah, mama turun dulu, kadi dah sampai tu...”
Maka, tinggallah Shifa bersama Rania di dalam bilik tersebut.
“Kau cakap kat mama beb? Tapi kau dah janji dengan aku...”
Shifa bertanya kepada Rania. Rania memeluk Shifa erat.
“Aku buat ni semua, untuk kebahagiaan kau dan abang aku...”
“Tapi Abang Ael tak cintakan aku, dia cintakan Hanim!”
Selamba Shifa mematahkan hujah Rania. Rania sekadar tersenyum manis. Apakah maksud di sebalik senyuman itu?
“Kau ni, suka buat andaian, malas aku nak layan kau,,,hah! Ready ready! Abang aku nak masuk dah tu.”
Rania membetulkan sedikit veil Shifa. Shifa menunduk memandang lantai.
Tiba-tiba, ada sesusuk tubuh melutut di hadapannya. Tangan halus Shifa dicapai, lalu sebentuk cincin platinum bertatahkan sebutir berlian disematkan ke jari manis Shifa. Shifa memandang wajah jejaka di hadapannya. Serta-merta wajahnya memerah.
Megat Rafael Iman tersenyum manis ke arah isterinya itu. Tangannya dicapai Shifa, lalu dikucup kudus. Setelah itu, dia mengucup pula dahi serta kedua-dua belah pipi Shifa. Bahagia hatinya setelah dapat memiliki puteri idaman kalbu.
“I always stalk your profile too, my love...”
Kata-kata tersebut dibisikkan ke telinga Shifa, membutakan Shifa tercengang. Shifa ingin bertanya lanjut, namun para hadirin sibuk ingin mengambil gambar mereka.
***
12:00 malam
Shifa memasuki kamar pengantin dengan perasaan yang normal. Tak berdebar langsung.
‘Pandai betul mereka buat plan! Nasib baik aku tak rejek, kalau aku tolak Ael? Mana mama nak letak muka? Buat kerja surprise macam ni, memang kasi aku heart attack!’
Gumam Shifa sendirian sambil menghampiri katil. Ada Ipad di atas katil tersebut, hak milik siapa lagi kalau bukan Rafael.
Shifa yang telahpun menyegarkan diri tadi terus menatap I pad tersebut. Facebook dilog masuk.
Profile Megat Rafael Iman menjadi sasaran. Dia tersenyum sendirian. Akhirnya, dapat juga dia memiliki lelaki ini. Namun, adakah Rafael turut mempunyai perasaan yang sama dengannya? Dan apakah maksud kata-kata Rafael tadi?
“Eherm, first night pun nak hadap FB?”
Shifa berkalih ke arah suara tersebut. Terus, I pad itu diletak ke atas katil. Megat Rafael tersenyum manis ke arah Shifa yang kelihatan comel dengan ber ‘baby T’ serta berseluar tiga suku itu.
“Apa pulak first night? Kita bukan kahwin atas dasar cinta...awak tak cintakan saya, awak kahwin ni pun mesti sebab mama paksa kan?”
Shifa bersuara. Rafael menghampiri Shifa, lalu duduk di sampingnya.
“Apa yang sayang mengarut ni? Ingat ni novel ke nak kena paksa segala ni? Kebahagiaan abang, abang berhak decide.”
Lebut sahaja Ael memberitahu. Shifa mengerutkan keningnya.
“Maksud awak apa?”
“Maksud abang, abang buat pilihan tepat dengan bernikah dengan sayang. Its because, Ik hou van je, mijn liefde...”
Kata Rafael, seraya mengucup telapak tangan Shifa. Shifa terkaku. Perasaan bahagia menyelinap ke seluruh urat sarafnya.
“What language is that? Saya faham Malay and English aja.”
Shifa berkata tegas, sambil menarik tangannya dari dikucup Ael. Ael menikam matanya tajam. Renungan yang amat menggoda dari seorang lelaki bergelar suami.
“Haha, ok, sebelum abang translate,Ru bahasa Dutch but before that, no more awak-saya, dari detik ini, hanyalah abang-sayang ye, kalau awak –saya lagi, abang beri punishment!”
Shifa menelan liur.
“Baiklah awak, saya ikut.”
Ael tersenyum sinis. Tak makan saman Shifa ni. Lekas, Ael mengucup bibir mulus Shifa. Shifa pula terkelu.
“Itu punishment untuk sayang.”
Ael berkata-kata bangga. Shifa mencebik.
“Abang ni, ish!”
Dia dapat merasakan wajahnya memerah. Malu tau dak!
“Comelnya sayang bila malu macam tu, no wonder la abang boleh terpaut at first glance.”
Shifa mencebik lagi. Ael ketawa bahagia.
“Translate la cepat! Gelak je kerja.”
“Okay okay...that was, because, I love you,My love...”
Ael menerangkannya. Shifa tersenyum nipis. Dia merasakan dirinya terlampau bahagia saat itu.
“Maknanya, abang dah cintakan Shifa la? Sejak bila lagi?”
Shifa bertanya lagi. Banyak betul soalan dia.
“Sejak kali pertama abang dengar suara sayang, abang sudah terpaut.”
Wah, jawapan Ael memang first class! Shifa tak sudah-sudah tersenyum.
“Habis tu, abang tak cintalah dengan Hanim?”
“Kami sepupu rapat je sayang, not more than that, kalau sayang nak tanya hal bunga api tu pun, abang saja je nak menggedik, suruh sayang jelez. Ok senyap! Kali ni abang pula nak tanya sayang soalan...”
Ael terus menutup kaunter pertanyaan bagi Shifa. Shifa menarik muncungnya.
“Muncung la muncung, abang gigit kang!”
Terus hilang muncungnya itu. Tahupun takut kau puan Shifa oi!
“Abang nak tanya ni taw...jujur taw...tipu berdosa...”
“Tanyalaaaa.....toksah duk ugut gitu, Shifa tahulah tipu tu dosa!”
Kan dah kena sebijik Rafael!
" Abang dapat tahu, yang Shifa suka stalk abang eh?"
‘Paap! Mati aku! Nak jawab apa ni?’
Gumam Shifa dalam hatinya...
Ael pula menjungkitkan keningnya, suka benar dia mengusik Shifa. Shifa sudah gugup.
"Huh? Tak..tak...mana ada, lawak kampus betul orang tu yea..."
Shifa berdalih. Tangannya dikpel-kepal. Soalan maut betul Ael tanya tu.
"Tak? Habis tu, kat Ipad tu apa? Bukan Wall abang ke tu?"
Tanya Ael sambil menunjukkan I pad nya kepada Shifa. Shifa menggigit bibir bawahnya. Kantoi.
"Err...hehe, tak sedar pulak tu wall abang..."
“Eleh, alasan lapuk Shifa...abang ingat abang sorang aja yang stalk profile dia, rupa-rupanya, dia pun stalk profile abang? Sesuai sangat kita kahwin! Mujur Rania cakap kat mama. Kalau tak, sampai ke The End la kita duk main hendap-hendap Profile kat FB!”
Ael berkata seraya memeluk erat Shifa. Shifa tersenyum bahagia.
“Mujur ada Rania kan? Tak pandai simpan rahsia betul adik abang tu...”
“Sayang tu lagi teruk, sampai hati kata abang in love dengan Hanim. Hanim tu dah ada tunang tahu tak?”
Shifa tersengih nakal. Ael pula tersenyum lega. Nampaknya, bukan cinta bertepuk sebelah tangan, dua-dua belah tepuk, tapi tak ada kompromi rupanya. Nasib baik ada Rania yang menjadi wartawan tak bergaji kepada mamanya. Dapat jugalah mereka berdua ni bahagia.
“Ehem...sayang minat lagu Jazz hayat tu kan?”
“Abang tahu mana?”
“Abangkan stalker professional? Bukan setakat FB abang stalk, dengan Twitter sayang sekali abang stalk tau. Hari-hari sayang tweet kat twitter tu, Mood:layan lagu Jazz Hayat.”
Ael berkata sedikit bangga. Shifa mencubit perlahan pipi Ael itu.
“Nakal juga abang ni en.”
“Nakal-nakal, suami dia jugak. Oh ya...meh abang nyanyi sikit...Jazz Hayat dengar pun boleh nangis, well, suara abang kan best!”
Tak habis-habis nak perasan si Rafael ni. Nasiblah Shifa cintakan dia.
“U stalk my profile, when u miss me,
tengok semua gambar I tanpa jemu,
U stalk my profile, when you love me,
But do U know that I love u too??”
Shifa tergelak mendengar lirik yang diubah suai itu.
“Gelak pulak? Jawab la..you know or not?”
Ael bertanya geram. Susah tau nak ubah lirik tu!
“Yayaya...I know la hunny bunny...abang kan dah confess tadi...”
Shifa berkata lembut. Ael tersenyum gembira.
“Good. So, memandangkan sayang dah tau...let’s do what a newly wed always do on this romantic night...”
Gulp! Shifa menelan liur.
‘Nak lari boleh?’
Shifa bermonolog sendirian. Namun, segalanya menjadi indah apabila terdengar Ael memberi salam serta berdoa dicuping telinganya. Semoga mereka berbahagia sepanjang hayat.
The end
cun..........aaaa
ReplyDeletebest la.. =)
ReplyDeletebest!!
ReplyDeletetahniah awin..
sengih sorang2 baca cerita ni...best lah.. :)
ReplyDeletebest!!!
ReplyDeleteHppy ending..best,tq
ReplyDeleteredpepper here,stalking ur story. ngeh3.
ReplyDeletefirst : dont u think like what i think.
*scratching my head*
it is quite. err. ape yep?.nauseous? or s.s myb? or . skema .
second : i was yawning at the first 7 to ten paragrf. but, still, decided to finish it.
third : ur penmanship for this time . er.
aku enngak fikir aku akan blg *wow* gitu.
lastly :hope u wont getting worth with these critics. because i wanna share my opinion too.
terus maju jaya.(cm trademark mne2 skolah x?)hee
redpepp: yang ni zaman belum jumpa identiti diri lagi. zaman belum masuk campus, haha. so, memang gaya tulis pun lain, sebab after this cerpen, i took a whole year break from writing.
ReplyDeleteouh.(red)
ReplyDeleteAwesome mak nenek k.
ReplyDelete99/100 !!!!
Perghhh.. sweet tak ingat dunia!
Best..
ReplyDeletesweet laa
ReplyDeletenice
ReplyDelete