Friday, January 21, 2011

Im A LAdy...9



“ IS…OMG! Kau ni jantan mana? Apa kau buat atas katil IS?”

Joana menjerit sekuat hati…IS pandangnya terkebil-kebil…la, aku pakai baju kaler pink pun dia kata aku jantan ek? Must be this cap then….

Minda IS merencanakan sesuatu yang nakal…

“Sayang, Sayang ni…Firhan pun dah tak kenal ek?”

Muka Joan dah pucat lesi….A`an panggil aku sayang…

“ A`an…I mean Fir…you buat apa kat sini?”

Tergagap-gagap Joan tanya…aku dah tersengih dalam hati…
Aku letakkan specs Joana di atas batang hidungnya …kesian…padanlah tak nampak…

Budak ni rabun!

“IS???!! Kamu ni!! Eih!!Geramnyaaaa!!”

Joan dah marah…aku tergelak terkekeh-kekeh…lawak…lawak…

“ Sikit lagi aku nak korek isi hati kau…Joana…Joana…”

Joan tarik muncung…alala…Abang weyh! Budak secantik ni pun kamu tak notice ke?
Haila…

“ Dah kau pakai macam lelaki…manalah aku nak cam…tadi bukan main cun…sekarang, segak tahap tak hengat!”

IS terkejut dengan kata-kata Joana…tak nampak macam perempuan lagi? Peliknya…baju aku dah pink…seluar jeans dah skinny…apa lagi yang patut aku buat?

“Babe! You must help me…aku kena menyamar jadi perempuan!!”

Joana pandang aku pelik…sepuluh kali lagi pelik dari tadi…

“ Kau ni bukanke dah perempuan ke?”

Apa punya ayat la, sayang oi!

Aku pun story dari A-Z pasal background aku yang di label sebagai tomboy ni.

“Oh…now I understand…ok, I`ll help…meh aku tashap shiket muka!”

Aku dah pandang segala jenis barangan ‘perempuan’ budak Joan ni…ngeri!!

Letak bedak siket…benda panjang macam pensel tu…and then dia berus aku dengan berus bulu tupai pastu buat bulat-bulat kat pipi aku…

“Hehehe….”

Aku tergelak…Joan jegilkan mata dia kat aku…

“Kau ni banyak songeh…acu duk senyap-senyap siket! Gerak aja kerja dia dari tadi!”

Mem besar dah sound…

“Sorry Joan…I`m a lil bit ticklish!”

Joana tersenyum dengan feedback aku tu…

“OK…you are ready!”

Aku terus menilik muka aku selepas Joan siap melakukan tugasnya…

“Joan? Aku ke ni? Sumpah aku tak nampak macam pondan…pandai kau Joan!!oooo…biarpun tak cukup lagi 24 jam kita jumpa…tapi, bestnya kalau kau jadi kakak ipar aku!! Bolehla kau ada affair dengan aku lepas kau kahwin dengan Firhan!”

Aku mengusik Joana…wah!! Dah merah dah muka dia… Sumpah aku tak cam muka aku…


“Dahlah nak usik aku…nak pukul 8 dah ni…ketua badge kita minta berkumpul!”

Aku mengangguk…best dapat kawan macam Joan ni…cool habes…

“Lagi satu beb! Sapa kata tomboy tak cun?”

Ayat Joana tu buat aku gelak…memang betul…kalau geng-geng aku tengok ni…mahu tak nangis mereka…

“IS dah tak macho…Is dah cantik!”

Aku puji aku sendiri…Joana tersengih macam kerang wangi kena masak dengan blackpaper…

“ Tapikan…Joan lagi suka kalau ‘bakal adik ipar’ Joan ni cantik!”

WHOA!! Gila punya ayat Joan tu…takpe…takpe…aku akan buat abang aku notice kau! Aku hanya akan terima Joan sebagai My SiS in-law! Fullstop!

Aku sarung sneakers B.U.M warna putih tu…haha…jangan harap aku nak pakai stiletto yang dah macam KLCC tu ek…tak sampai seru lagi…

Diingatkan ye…ini HANYA penyamaran…sebab aku takut sangat dengan senjata yang Rish pegang tu…DSLR dia sememangnya merbahaya…kalah M-16…takpe-takpe…dua tahun aja aku korbankan title tomboy…I WILL SURVIVE!!


***


Sampai aja kat dewan, aku rasa macam buat grand opening pulak…semua mata duk pandang aku dan Joana…aku pandang Joana yang tengah pandang aku…
Joana buat muka simpati…

“ IS…sorry…aku ingat baru pukul 8 tadi…Tapi dah 8.20…huhu…Sorry beb! Jam aku dah tamat riwayatnya..”

Joana menunjukkan jam tangannya yang dah mampus tu kat aku…tak padan dengan jenama Santa Barbara…mati jugak kau jam!

“Takpe Joana…bila lagi nak dapat buat grand opening kan?”

Aku terus menarik tangan Joana untuk mencari Abang aku…

“ You must be ISYA, right?”

What? Kalau ye pun tak payah la guna mike…

Aku mengangguk kepada si Ketua Batch yang tengah sempoi duduk atas tangga pentas…

Semua orang lain yang sibuk beramah mesra tadi terdiam…semua pandang aku…kali ni aku sorang aja sebab Joana dah pergi ke tempat Ketua Batch tu…

“IS…every body…our new members of FREAKS!! Please welcome miss Nuriesya Dania!”

Tak sempat aku nak haling…mike sudah berada di tangan Joana…dia siap buat announcement lagi…Firhan…please introduce your sister yea…”

Hoho…siap mintak tolong bantuan abang aku lagi…aku nampak Firhan tampil ke hadapan…dia tersenyum manis…siap peluk aku lagi kat depan khalayak ramai ni…

Aku dapat nampak la mata-mata jelous pandang aku…hoho…mereka ini menakutkan…

Perempuan gedik bukan main ramai sekolah ni…

“I know you can drop your macho-ness dear…thanks Ana…”

Firhan pandang Joana penuh makna…Joan pulak tersengih manja, aku dah agak…mereka ni memang ada sumting2…

“Piyan… cun gila adik kau ek? Bukanke adik kau lelaki ke?”

Satu geng budak lelaki mari serbu tempat aku…salah sorang daripadanya bertanya soklan tadi…

“Bat…Adik aku perempuan”

Kelawar ke nama budak lelaki ni…kesian betul! Batman…Batman!!!

“Habis tu…gambar sapa yang dalam loker kau tu…masa haritu aku tanya kau…kau kata adik kau!”

Firhan dah naik rimas…

“ Tu dia la...masa tu dia duk dalam Zaman Gelap…Sekarang ni fasa Zaman Renaissance!”

HAha…Abang aku guna sejarah jawab soklan mereka…

Terangguk-angguk, geleng-geleng, ajalah lima orang budak tu…

“Adik…ni abang kenalkan…Geng 5-bersaudara!”

Ohoho…the re-emergence of the Malacca Sultanate era?

Yeah right!!! Eh…bukanke yang pakai seluar pendek ni Batch Leader tadi?

“Isya…I`m Tuah Syakirin….call me LUCKY!”

Batch Leader memperkenalkan diri…Next up is...

“ Najeb Batrish-BAT”

“ Mikael Chazz Turee Abdullah-KAZ”

Handsome gila KAZ ni…walawei! Muka macam Uncle rambut putih kat Britain tu…

“ I know I am very goodlooking honey!”

Kaz ni memang perasan…


“ Sorry Kaz, I like Girls!”

Terus bertukar muka Kaz masa tu…hahaha…

“ I was joking, dude!”

Aku tumbuk perlahan bahu KAZ…Firhan menggeleng kepala…appearance dah OK, Lagak tu still KO lagi la…

Firhan memandang Joana di sebelah…bahu Joana di cuit…

“ B, you kena ubah lagilah your sis-in-law to be tu…”

Mereka berbisik tau…kalau cakap kuat-kuat…habislah kipas susah mati Firhan serbu Joana lepas ni…

“ I`ll try my best, A`an!”

‘Aku pun dah naik pening ni…mama A`an dah siap pass amanat tu kat aku…habisla aku kali ni…’
Gumam Joana dalam hati.


“OK..OK, KAZ…kami tak intro lagi…”

Kembar seiras tu bersuara…

“Jap, kasi aku chance teka nama korang…Lekir and Lekiu?”

Aku menunjuk jari kat mereka berdua…cuba luck kan …memang 5-bersaudara betul…

“Tak…”

Jawapan mereka serentak itu mematikan senyuman yang tersungging di wajah aku yang cantik bermekap ni…

“ Saya Lekir…”
“Saya pulak Lekiu”

“Awak salah tunjuk tadi…hahaha…”

Mereka ni siap ber high-5 lagi depan aku…pandai jugak aku teka nama mereka..

“ You can call me K”
“ Just call me Q”

“ And you 5 call me IS”Aku bersuara…yay! Dapat kawan cooolllll!!!!

“Korang…memang kipas-susah-mati Hang Tuah ek?”

Mereka mengangguk…dah agak dah…

“Mak kami adik-beradik…we five are cousins…ni mama punya planning la…”

K berkata-kata…

OOO…IC…kad pengenalan….

“ Mama kami mengandung serentak…hahaha…and then terlampau mengidam nak tengok filem Hang Tuah…sebab tu lekat kat anak…”

Q pulak mencelah…

“ EH! Korang…lepas ni pulak korang borak dengan IS ye…ramai lagi aku tak kenalkan kat dia ni…”

Joana menarik tangan IS dan menuju kea rah sekumpulan budak perempuan…

“Gals…Let me introduce…IS,”

Mereka berempat tersenyum kat aku…

“I`m June
“ Hi…awak saya Kayla
“IS…aku ni Trisy!”
“Me is Aya

“We are Joan`s BFF…dan sekarang, secara officialnya…kau BFF kami!!”

Ohoho…mereka ni selamba hippopotamus peluk aku…ahh! Rasa disayangi aja!!

“IS…Aya dengan Trisy ni duduk bilik A-5…june dengan Kayla pulak duk bilik A-9”
Terang Joan…

“Best! Boleh la kita lepak sama2”

Ujar aku lebih lanjut…I like their attitude…they are not the gedik type!

“Eh IS…Abang kau Firhan kan?”

Aku angguk…kan tadi dah terang-terang kena announce…

“ So, kau ni sepupu Farisy la”

Aku angguk lagi…what are they trying to prove here?

“Kau ni memang bertuah la…both most wanted guy kau kenal! Konfem ramai yang nak kawan dengan kau lepas ni…you are their key to get close to them tau!”

Kayla buat muka jelik…memang ada sebilangan aja girls kat sini yang bukan plastic…mereka berlima adalah di antaranya…still original…Kayla ni pulak, kasar siket! Tapi dah bertunang woo!! Budak form 5 sekolah tu jugak!

“Macam lah aku nak layan mereka semua tu…baik aku hang-out dengan korang!”

Aku menyatakan apa yang aku rasa…

“UH!!! You are so sweet!”

Mereka berlima buat muka cute…

Aku memandang ke arah kanan dewan…aku nampak Kazz tengah tersenyum menawan kat aku…sawan ke hapa budak tu, senyum sorang-sorang…

Tiba-tiba mata aku tertancap pada budak lelaki yang tengah syok-syok borak dalam satu geng perempuan…tangan dia tengah erat merangkul pinggang gadis itu…hati aku entah kenapa rasa sakit…terlebih oestrogen kot!

“ Tu Mellysa…current stable girlfriend sepupu kau! Farish Ikhwan…”

June memberitahu aku…ke-enam-enam pasang mata tertancap ke arah kumpulan budak gedik tu…

Taste Farisy memang macam tu ek?

“Tidak ku duga, mengapa begini, berakhirnya kisah cinta nan luka… tak mungkin akan bersinar kembali…tak mungkin kau sedari…”

Tetiba aja aku menyanyi lagu Memori Cinta Luka…haha…

“Kau ni kenapa IS? Sentap nak nyanyi tetiba?”

Tegur Trisy…

“Tapi beb! U have such a nice voice!”

Aya puji aku…comel betul Aya ni…



“Tak la beb! Aku ak sangka taste lipas kudung tu macam tu…lembik semacam aja aku tengok…macam baru lepas kena miang buluh!”

Mereka tergelak dengan pernyataan aku tu…

“Sebab tu la IS…we all panggil dia…”

Joana ni nak buat suspens lah pulak!

“…MELLY the JELLY!!”

Serentak lima suara bergabung!HAHAHA…
Boleh tak nak guling-guling kat sini? Lawak beb!!

“…Korang ni….memang tak leh nak blah la! Korang maksudkan Melly the Jelly from Bikini Bottom ke?”

Sekali lagi ketawa kami meletus…lawak…lawak…

“You are so good IS…Melly from Bikini Bottom…BFF of spongebob!!”

Puji Kayla…aku tersenyum bangga…orang dah puji…

“Hey…aku nak pergi kat abang aku jap!”

Aku berlari ke tempat Firhan tu…tak ingat nak mintak duit yang papa kasi tadi…

Tiba-tiba…masa aku tengah lari…Si Melly ni merempuh aku…tetiba aja minah ni…Farisy aku nampak tengah tersenyum sinis…dia ni ada sawan apa ek? Tak puas hati sangat dengan aku?

Aku hilang kawalan terhadap diri aku…aku dah rasa kaki aku tak jejak tanah…

Masa ni jugaklah getah rambut aku nak putus…habis rambut aku yang Joana ikat pony tail tadi terlepas….macam iklan Sunsilk!

Tiba-tiba, ada satu tangan sasa menyambut aku dari belakang…aku dicempungnya…

Anak matanya yang hazel dan memukau itu aku tenung…bibirnya yang pink tu aku tenung…aku berdebar memandang wajah itu.



…After Shave dia menggetarkan naluri tomboy aku…apa kena dengan aku ni? Aku tomboy…bukan perempuan sejati…tapi kenapa aku berdebar-debar?

Aku yakin dia dapat mendengar debaran jantung aku…dupdapdupdap…dah abnormal dah.

…dia menyelak sedikit rambut yang masih menutupi mata aku…aku masih belum diletakkan ke bawah…kurang seinci lagi jarak kami…hidung dia yang mancung nyaris menyentuh hidung aku yang sama naik mancungnya…


Wah!! Dia senyum kat aku…

“I got you, Dania!”

Aku dah rasa nak blackout! I`m melting!!!Mama…..tolong IS!!






10 comments:

  1. perggh..gila gempak la skool diaorang..hehe..btw mst farisy nnt notice Is da tukar jd cantik menawan..tp sape lak yg smbut IS tu? hmmm(usap-usap dagu)..curious plak..

    ReplyDelete
  2. haha...entah la...farisy kot yg sambut dia kan?? mana la kita tau!!

    ReplyDelete
  3. hmmm..mayb jugak kan..tak sabar nih nak tau..sampai cite doughnut pun tak jadi nak taip..hehe

    ReplyDelete
  4. huahuahua...
    1. selamba bdk je bring kt katil org... rupenya katil awek die.. patutlaa~~

    2. best gler skool ni... kt mne skool ni? nk dftar skolah balik lah. ^^

    3. Pahlawan Melaka 5-bersaudara!huahuahua... menarik sungguh! ;]

    4. kenapa Risy macam tu... tbe² aje nyampah kt dia... (emo sungguh kiwi ni)

    5. hohoho.. ni part best. dah lah jatuh + buat iklan sunsilk, disambut dek a mysterious guy.ngaa~~ such a lucky girl la u Is! ;D

    ReplyDelete
  5. thumbs up bebeh! :D

    ReplyDelete
  6. gila.. ada gaya..

    jom join bloglist terompah..

    http://brokenterompah.blogspot.com/2011/01/pembukaan-blog-list-terompah.html

    ReplyDelete
  7. Wohoho sapekah yg menyambutnya tu?

    ReplyDelete