Sunday, February 9, 2014

Jiran Rumah Abang : Bab 7




Kepalanya disandarkan pada dinding bersebelahan dengan pintu rumah Kris. Matanya asyik memandang Kris yang sedang membuka mangga pada pintu tersebut.
Kris yang sedar dirinya diperhatikan terus memandang ke arah kanannya sambil tangan fasih membuka mangga-mangga yang ada. Keningnya terjungkit dan bibirnya diketap sekejap.
“Pandang saya macam tu kenapa? Tak nak pergi minta kunci rumah awak dengan Ian ke?” soal Kris selamba sambil menolak grilnya.
Kia memeluk tangannya ke dada lalu mengangguk laju-laju. Mata  yang tadinya memandang Kris sudah ditekurkan ke lantai. Tiba-tiba rasa tak konfiden pula nak pergi menghadap Ian tu.
“Nak, tapi...” ayat Kia terhenti disitu. Kakinya sibuk menguis mozek pada lantai. Takkan lah nak cakap yang dia tak berani nak jumpa Ian pada Kris? Nanti membebel pula si Kris tu.
“Tapi apa? Pergilah...sampai bila awak nak tunggu depan ni?Ke, awak nak masuk rumah saya dulu?” Kris memberikan cadangan alternatif namun.
Kia pula setelah mendengar ayat Kris itu cepat-cepat menggeleng kepala. Nak masuk rumah dia? Tak apalah, terima  kasih. Kalau kena tangkap basah, tak pepasal aku kena kahwin dengan mamat gay.
“Tak mahu.”
“Habis tu? Tercegat depan ni lagi kenapa?”
Kris seolah –olah menghalau Kia dari situ. Kia mendecitkan lidahnya. Wajah Kris dijelingnya.
“Segan la nak jumpa Ian tu.” Terkeluar juga ayat tersebut dari bibir Kia.
Kris tergelak besar mendengar pengakuan tidak langsung dari Kia tika itu. Bahu Kia dipegangnya.
“Segan? Dengan saya awak tak segan pula?” sakat Kris.
Kia menepis tangan Kris di bahunya lalu mengundur selangkah.
“Awak tu bukan Ian. Rasa dia lain.”
“Macam tu pula?Kalau macam tu, saya masuk dalam dulu okay?” Kris berkata hambar lalu menapak ke pintu masuk rumahnya.
Kia mengetap bibirnya lagi sekali. Kenapa suara Kris macam hambar aja? Aku ada salah cakap ke?
“Kris!”  Kia memanggil Kris yang sedang gigih membuka pintu masuk rumahnya pula.
Kris menoleh ke belakang lalu mengangguk ke arah Kia.
“Kris, do I look okay?
            Kia bertanya sambil merapikan  rambutnya yang sudah tersedia rapi itu. Kris angguk. Dia kemudiannya berpaling membelakangi Kia dan membuka pintu masuk rumahnya.
“Serius lah ni. Rambut saya okay ke tak?” Kia kembali was-was dengan keputusannya. Kalau Ian suka perempuan rambut panjang macam mana? Kris lah ni yang suruh dia potong pendek-pendek.
Kris meninggalkan pintu masuknya lalu menapak ke arah Kia. Tiba di hadapan Kia, dia melepaskan keluhan yang berat.
“Okay sangat dah tu,” jawabnya sepatah.  Matanya memandang Kia yang dirasakan sangat comel dengan rambut separas leher itu.
“Ian akan suka, trust me,” katanya lagi, untuk meyakinkan Kia.
Kia memuncungkan bibirnya ke hadapan. Sebelah jarinya dilalukan ke rambut bahagian hadapan.
“Kalau dia tak suka?”
“Kalau dia tak suka tak apalah, saya kan ada?” selamba, Kris menyakat. Penangannya, Kris menerima sebuah tamparan pedih di bahagian bahunya.
“Buat lagi lawak tak bodoh awak tu. Saya tengah cuak, awak ada hati lagi nak buat lawak,” adu Kia, geram.
Cubalah faham Kris, orang tengah tak tahu macam mana nak pergi minta kunci rumah dengan si Ian tu, cubalah bagi tips kalau iya pun, janganlah pergi buat lawak ‘kalau Ian tak suka, Kris suka pun dah cukup tu’ dekat sini!
“Okay-okay. Saya tak buat awak marah dah. Pergi ajalah. Tak usah cuak-cuak. Ian tak makan orang lah. Dia pun manusia apa.” Kris cuba meyakinkan Kia.
Kia masih statik, tidak berganjak. Entah kenapa, rama-rama dalam perutnya itu melimpah ruah hari ini. Sedangkan, nak pergi jumpa Ian saja pun. Mungkin inilah perasaan yang dirasakan apabila hendak berhadapan dengan si pujaan hati, kan?
“Betulkan, rambut saya okay ni?” tanya Kia lagi sekali.
Kris menayangkan muka bosannya sambil bercekak pinggang. Wajah Kia ditikam tajam.
"Lagi sekali awak tanya soalan tu saya humban awak ke dalam kolam. Pergi lah cepat, tekan loceng rumah dia tu, dan minta kunci rumah awak." kata Kris malas. Siapa yang tak bosan kalau dari tadi lagi si Kia ni tetiba tak yakin diri. Geram dibuatnya Kris ni.
            "Orang tanya  sikit pun nak marah. Awak PMS ke hari ni? Moody semacam." Kia membalas balik.
Kris mengeluh sejenak. Kia dipandangnya tajam.Kalaulah Kia tahu betapa beratnya hati dia untuk melepaskan Kia pergi ke rumah Ian tu. Kalaulah Kia tahu dia sanggup gantikan tempat Ian kalau Ian tak sukakan Kia. Kalaulah Kia percaya apa yang dia cakap tadi, yang dianya bukan gay. Namun, apa dayanya, kalau hanyalah tinggal kalau.
            "Kiasatina...saya okay aja. Kalau awak tak nak sangat pergi minta, nak saya tolong mintakkan?" balas Kris, tegas.
Kia cepat-cepat menggeleng kepalanya. Tak payah! Nanti banyak pula halangan untuk dapatkan si Ian tu. Better now, then never,Kia. Buat macam Kris cakap, pergi rumah Ian, tekan loceng, dapatkan kunci. Itu saja.
Tapi...rama-rama dalam perut ni makin beranak-pinak. Cuak tak kena tempat  namanya ni.
            "Dah-dah lah nak cuak tu , pergi cepat. Kucing saya kat dalam tu dah lapar." Selamba Kris menghambatnya ke rumah Ian.
Namun Kia tetap statik di sebelah Kris. Kris merengus geram lalu tangan Kia ditariknya ke arah pintu gril unit Ian.
            Selamba badak Kris menarik jari telunjuk Kia lalu menekan loceng rumah Ian. Setelah itu, sekelip mata dia meninggalkan Kia keseorangan.
 Kening Kia sudah ternaik tinggi apabila Kris meninggalkannya di situ.Ceh, hari tu kata nak all out, ini tinggal aku terkontang kanting sorang-sorang ni boleh pula? Nak buat muka macam mana nanti bila Ian buka pintu ni? Kia berpusing membelakangi pintu lalu mula mencari gaya yang sesuai untuk menyapa Ian tu nanti.


            “HAI Ian.." kata Kia sambil memuncungkan bibirnya.
            "Gedik sangat." Dia menggelengkan kepalanya.
            "Hai...Ian?" Kali ini dia membuat muka menggoda pula.
            "Macam gersang sangat dah!" lagi sekali kepala digelengkan.
            "Owh...Hai Ian!!" 'Terlebih teruja pulak dah!’
            "Hai..." Kia berpusing ke belakangnya sebelum menyambung.
"I...I....eeeep!!" Kia menelan liurnya apabila melihat Ian  yang sudah tersengih senget di muka pintu yang sudah terbuka luas itu. Terus muka Kia menjadi merah apabila sedar Ian telah memerhatikan dirinya tadi.
            "Hai...nak saya balas tiga kali juga ke?" jawab Ian bersahaja. Tangannya disilangkan ke dada sambil melangkah ke arah pintu grilnya.
Kia rasa macam nak kambus kepala dalam tanah sekarang ni.
 'Mak!! Malu!! Dia nampak orang buat gila depan rumah dia ni mak! Turun saham anak mak ni! Ya Allah!'
            “Nak ambil kunci kan?” tanya Ian walaupun dia sudah terang lagi bersuluh tahu kenapa gadis di hadapannya datang tika ini.
            Matanya memandang gadis itu atas bawah. Kenapa rasa macam ada yang lain aja dengan budak ni?
            Dia memerhatikan wajah Kia lama lalu dia sudah tersedar perubahan pada Kia. Tangan laju membuka mangga pada pintu jerijinya.
            Nice haircut.” Puji Ian sambil menghulurkan kunci rumah Kia.
            Kia yang tadinya cuak sudah mampu tersenyum lebar. Kunci yang dihulurkan Ian diambil laju. Wajah Ian dihadapannya dipandang dengan pandangan yang cukup bahagia.
            Really? Awak suka...maksud saya...” Kia cepat-cepat ingin membetulkan ayatnya tadi namun niatnya terbantut apabila Ian tergelak kecil.
            Ian mengangguk perlahan-lahan sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali.
            Really, saya suka.” Puji Ian, ikhlas.
Kia sudah dapat rasakan kesemua anak-pinak rama-rama di dalam perutnya tadi sudah terbang keluar. Dengan Kia-Kia pun rasa nak terbang sama apabila Ian puji rambut dia. Tak sia-sia lah dia dengar nasihat Kris tadi, kan? Ian pun sampai boleh perasanlah perubahan pada diri dia ni. Sukanya hati!
            “Terima kasih, Ian.” Balas Kia, konfiden. Senyuman pada wajahnya melebar ke telinga. Girangnya hati waktu itu tidak siapa yang tahu.
            “Sama-sama...urm,Tia?”
            Ian main sebut nama yang Sarah gunakan, kerana pada hari dia jumpa Kia dulu, dia tak dapat dengar nama Kia elok-elok, jadinya, dia tak tahu. Kalau Sarah panggil, Tia..makanya, nama dia mesti Tia..kan?
            Kia tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya.
            “Kia...Kiasatina. Tia tu Sarah aja yang panggil.” Kia perbetulkan sebutan namanya.
            Ian mengangguk tanda faham.
            “Sedap nama. Sama cantik dengan tuan nama dia.”
Lagi sekali Kia rasakan pipinya merah. Ian ni, kaya dengan pujian betul. Gadis manalah yang takkan jatuh suka kalau dia sweet talker memanjang!
            Thanks again,” jawab Kia sambil ingin menapak ke arah rumahnya.
            “Hey, Kia!” kelui Ian sambil menutup kembali gril tadi.
            Kia berhenti berjalan dan berpaling ke arah Ian.
            “Esok petang saya habis kerja pukul 5. Swimming lessons awak mula esok petang, boleh ya?”
            Mata Kia terus membulat. Oh mai...dia ingat lagi pasal tu? Esok petang dah nak mula?Seronoknya!
            “Atau...awak ada kerja lain?” tanya Ian setelah Kia membisu.
Kia tersedar dari khayalannya lalu menggeleng laju.
            “Tak...tak ada kerja lain.Esok petang, set!” jawab Kia laju. Bibir bawahnya digigit. Janganlah Ian nampak betapa dia teruja nak berenang dengan lelaki itu. Pembetulan Kia, nak ‘belajar’ berenang.
            “Okay. Jumpa esok.”
Ian mengenyitkan matanya sebelum masuk ke dalam rumahnya.
            Kia memegang kawasan jantungnya, tu dia! Laju betul jantung dia berdetak. Kesan Ian kenyit mata lah ni! Kena cakap sama Kris ni! Wah, pelan Kris berjaya juga, kan Kia? Pandai betul sifu mata biru tu! Tak rugi dengar apa yang sifu Kris cakap.
           
           
            KRIS bermain-main dengan bulu lebat Bo yang selesa diribanya itu. Sekejap-sekejap, Bo akan mengiau dan menjilat tangan Kris.
            “Bo...kau rindu tuan kau ke?”
            Soalan Kris itu menerima sebuah ‘ngiau’ yang panjang dari Bo.
            “Aku rindu dia juga. Nanti Yusoff dah balik sini, mesti kau dah tak nak kan dengan aku? Lama aku jaga kau Bo...lama. Tapi kau bukan boleh jadi milik aku kan? Kau ni sama je macam Kia tu, kan Bo? Aku boleh tengok, tapi dia tak akan jadi milik aku. Aku dah buat kesalahan besar, Bo.”
            Bo, kucing berwarna beige itu ralit mendengar luahan hati Kris. Kris pula, seperti ralit bercerita dengan kucing milik teman rapatnya. Kenapa, masa Bo lari ke rumah Kia dahulu dia cakap Bo ni milik bekas teman lelaki dia? Kenapa dia tak cakap aja yang Bo ni kucing kawan baik dia? Kenapa dia cakap yang dia gay? Kenapa dia nak lari dari kenyataan? Kenapa dia nak mengelak apa yang dia rasa pada hari pertama dia ternampak Kia lagi?
            “Bo...she makes me feel how Dian made me feel. Bo,why is her face like Dian? Bo...kenapa Dian perlu hancurkan hati aku macam tu sekali Bo? She made me live a lie,Bo. Aku takut Bo, aku takut. Aku tak suka semua ni Bo. Am I crazy, Bo? I shouldn’t have lied to Dian, dan aku juga tak patut tipu dengan Kia. Tapi aku terpaksa Bo, aku terlampau ego dulu Bo, dan ego aku tu terbawa-bawa sampai sekarang. I was afraid to fall in love, tapi bila aku tengok dia kat lif tu...aku dah tak boleh elak Bo. Love at first sight happens all the time, aku tak boleh elak. Susahnya...kalaulah aku boleh putar masa...”
            Tingtong!Tingtong!
            Bo yang tadinya selesa diriba Kris terus melompat turun. Kris yang dilamun perasaan tadi meraup wajahnya. Dian...sudah sepuluh tahun dia tak sebut nama tu, namun setiap kali dia berjumpa Kia, dia akan teringat kembali sama wanita yang menjadi punca penipuan besar itu. Fobia. Kris hidup di dalam fobia.
            Tingtong!
            Kris bangkit dari kerusinya lalu mampir ke arah pintu. Siapa pula yang datang ni? Pintu rumahnya dibuka dan Kris terkejut melihat Kia yang sedang tersenyum lebar itu.
            “Kenapa Kia?” tanya Kris, malas untuk membuka gril. Buka pun, Kia bukannya akan masuk.
            Just nak cakap, you are right! Ian suka! Kris, you are the best cupid ever! I l love you, dude! Muah!” ucap Kia dengan teruja. Dia layangkan flying kissnya pada Kris lalu berlalu.
            Kris terpempan di muka pintunya. Bo mengiau di kakinya. Pintu rumahnya kembali ditutup. Dia mengeluh kasar.
            I love you too, Kia. Aku tahu kau bukan Dian, but I love you, lagi banyak dari aku sayangkan Dian.”


P/S: Next eps, swimming lesson begins. And who the hell is Dian , apa yang dia dah buat sampai si Kris tu jadi mengaku gay sebab nak jaga ego. Lol, Kris ni pun. Liar liar pants on fire.




 

26 comments:

  1. best! kesian kris. tu la org ckp jgn menipu. sekali dah menipu mulut tu cepat je nak menipu lg..! yusoff the 3rd hero?hehe but i still vote for ian. hot! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. #teamIan ! hahhaa. Ian is hot isn't he...

      Delete
  2. Excitednya kia...menyesalnya kris..

    ReplyDelete
  3. kesian dkt kris..hrp2 kia akan sedar yang kris cintakn dia

    ReplyDelete
  4. Siapa hero ni?konfius kejap. Dahlah dua2 sweet talker! Jatuh hati dekat ian.

    ReplyDelete
  5. Ian is hot .. but i love kris ♡ lol let kris be the hero k ? Hehe

    ReplyDelete
  6. Who the hell dian? Aichaaaa...
    Ian or Kris? Suka Ian yg hot.. Love kris yg super pengertian... Hokmaii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. take your pick. Western ada melayu ada...pilih pilih jangan tak pilih. Nanti kita tambah Arab mari pula...lagi susah mau pilih.lol

      Delete
  7. cam mana ni.....kris ke ian......aduhhhhh....akak pulak yg gawat...meme nak kena istiqarah juga yer awinnnnnnnnn.....

    ReplyDelete
  8. kris lah hero..kris sweet je baca

    ReplyDelete
  9. Best..vote 4 kris..
    -ada

    ReplyDelete
  10. best....sape dian tu....klu kia ngan kris msti sweetkn pangkal nme pon dh sme hehe-MISS Z

    ReplyDelete
  11. mien....

    betul juga anggapan kuuuuu... that kris tu bukan gay... juga seorang "muslim".... hurm nape la si Dian ni sanggup patah ranapkan hati seorang kriss yg hensemmm..... tertanya2 apa la kerja si kriss ni ... tak menahan tu... pakai R8... huhuhuhu..

    rasanya nanti kia... akan kecewa ngan Ian... and nanti dia baru tahu kris tu "siapa"

    kak itasukri

    ReplyDelete
  12. nak new n3... pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  13. bestlah cite nie cannot wait for the next chapter. Please continue... :)

    ReplyDelete
  14. xde n3 lgi ke crita ni....sweet sgt cam kiah hehehe..

    ReplyDelete
  15. Shamien....nice n sweet story, sambung pls!! hope ending Kris with Kia.

    ReplyDelete