Saturday, February 1, 2014

CHEESY MAYO : Part 2 (end)






            “YO, jersey number four! 
            Shanaz yang baru keluar dari kereta itu memandang ke arah suara yang memanggilnya. Shades di wajah, diturunkan. Topi POLO di kepala dibetulkan kedudukan.  Bibir tersenyum sekilas apabila si pemanggil tadi sudah menepuk bahunya.
            “Waalaikumussalam Sid! Awal kau sampai?” katanya kepada lelaki yang dipanggil Sid tadi. Sid menyeringai.
            “Aku lepas solat Jumaat tadi, balik rumah salin baju dan  terus pecut sini, bro. Ni, sorang? Singa kau mana? Nak jugak aku tengok...kut-kut old memories tu datang balik. Dulu kemain lagi kena sound atas gelanggang ni, sekarang dah jadi bini kau jugak ye. Hardcore betul kau Naz.”
            “Singa aku kat bilik guru lah kut. Dahlah, biarkan dia dulu, kita main. Tengah panas ni aku tak nak lah dia berjemur pula nanti. Dia sudahkan dulu kerja dia di bilik guru tu,” jawab Shanaz sambil memeluk bahu Sid.
            “Ceh...apa bini kau tu puteri lilin ke? Panggillah dia turun, aku bawak bini aku ni. Kesian bini aku takde orang teman.”
            “La, pulak dah? Didi tu bukan tengah mengandung ke, Sid? Kau angkut dia sama? Kesian lah dia.”  
            “Heh, Didi tu...makin mengandung, makin tak boleh renggang dengan aku ni. Kalau boleh, aku oncall pun dia nak ikut sekaki. Nasib baik aku dah cakap awal-awal dekat dia, kalau tak, meroyan nak melekat dengan aku 24-jam.” Sid ketawa sambil memeluk pinggang Shanaz. Dua kawan baik, dari zaman sekolah lagi, orang kata apa? Bromance?
            “Didi mana?” tanya Shanaz apabila tiba di tempat yang teduh sedikit.
            “Ni, besar macam ni pun kau tak nampak ke Naz?”
Shanaz memandang ke arah wanita yang sudah tarik muka masam apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Sid itu. Shanaz tergelak kecil.
            “Didi, nak aku pecahkan muka dia tak sebab cakap kau macam tu?” Shanaz memberitahu Didi dalam jenakanya. Sid sudah membeliakkan mata.
            “Sid tu tak sedar yang dia juga yang buat perut saya bulat ni, Naz.” Balas Didi sambil mencubit perlahan lengan Sid.
            “Alaa darling, my sentence wasn’t complete, alright. Ayat sebenar dia, besar and comel tambah-tambah ada seri ibu mengandung macam ni pun takkan kau tak nampak lagi, Naz. Itu ayat dia...” Sid cuba menutup kepincangan ayatnya tadi. Giliran Didi pula untuk membeliakkan mata.
            Didi memandang ke arah Shanaz lalu menarik senyumannya ke arah teman rapat suaminya itu.
            “Isteri you mana, Naz? Tak pernah jumpa lagi ni.”tanya Didi mesra. Shanaz tersenyum segaris lalu menguis tangannya ke arah seorang pelajar di situ. Dia kenal budak ni, pemain bola keranjang sekolah juga ni.
            “Kejap. Aku suruh student dia panggilkan.”
            “Ade, sini kejap.” Laung Shanaz. Dia duduk di atas bangku kayu dan mula mengikat tali kasutnya.
            Beberapa saat kemudian, budak lelaki bernama Ade itu menghampirinya.
            “Nak mula dah ke bang Naz, bang Sid? Members tak cukup lagi ni.” Jawab budak itu sambil turut melabuhkan duduk di tepi Shanaz.
            Shanaz mengangkat kepalanya lalu menggelengkan kepala laju-laju. Sid pula giat mengusik Didi.
            “Ada nampak wife abang tak?”
Soalan Shanaz itu membuat Ade berkerut dahi. Wife?
            “Err...siapa wife abang?” Ade bertanya, serius. Sumpah, dia tak kenal siapa isteri abang Naz dia ni. Dah kahwin ke? Tak tahu pun. Selama ni masa main tak pernah angkut bini dia, macam mana aku nak kenal? Desis hati Ade.
            “Jannah la dik. Dia kat mana?”
Mata Ade terus membulat. Woah! Selama ni memang dia tahu teacher Jan dia dah kahwin, tapi tak tahu la pulak kahwin dengan Abang Naz ni.
            “La, abang suami teacher Jan ke?”
            “Sibuk kau ni. Yelah, aku suami dia. Tahu tak dia ada kat mana?” Shanaz bertanya lagi. Okay, memang logiklah kan kalau anam murid Jan tak kenal siapa suami Jan, tak apa Shanaz, anak murid aja ni. Kalau rakan sekerja dia yang tak kenal kau, tu baru logik. Tapi yang tu pun ada kemungkinan juga, Jannah tu kan tak suka kau, jadi memang tak ada makna lah dia nak canang kau tu suami dia pada satu sekolah ni.
            Staff room maybe? Abang nak saya panggilkan dia ke?”
Shanaz tersenyum lebar. Kepala diangguk laju-laju.
            “Yap. Suruh dia turun. Cakap dekat dia abang Naz panggil.”
            Right on!
Setelah selesai mengikat tali kasutnya, Shanaz bangun dari duduknya.
            “Oi, dah-dah lah tu Sid...berbulu mata aku tengok. Tu, geng kita dah ada tu, jom warm up.” Selamba badak dia menarik Sid ke gelanggang. Didi pula tersenyum lebar lalu duduk di atas bangku Shanaz tadi.
           
  “TEACHER JAN! Abang Naz panggil teacher, dia suruh teacher  turun court.
            Aku yang sedang bertapa di dalam bilik guru itu memandang ke arah Ade yang sudah berpeluh-peluh itu. Jam di tangan aku kerling, pukul 4 dah rupanya. Dan, apa yang Ade cakap tadi? Suruh aku turun? Abang Naz?
            Teacher kemas barang dulu. Kamu pergi main dulu Ade, kejap-kejap lagi teacher turun.”
            Jawab aku sepatah. Dalam hati sudah bebal, ish, dahlah pagi tadi kena paksa naik kereta dengan dia, lepastu sekarang ni kena paksa tengok dia main juga? Nak turun ke tak ni? Kalau tak turun, malu lah pula ya dia dengan kawan-kawan dia? Turun ajalah Jan, nak balik karang pun kena hadap juga kawan-kawan dia tu...
            Aku mengambil persalinan baju jersey dan sweats bottom itu dan cepat-cepat berlalu ke tandas. Nak berjemur tengah panas, takkanlah nak pakai baju kurung warna putih ni kan? Karang buat freeshow lepas mandi peluh.

             BEG GALAS dipikul bersama dengan sebuah lagi beg bimbit yang penuh dengan alat tulis. Dah nama cikgu, tak cukup satu pen, sepuluh batang pen pun tak cukup. Aku melangkah ke arah gelanggang bola keranjang yang terletak nun jauh di hujung sekolah. Jauh betul nak kena jalan. Kenapalah aku tak suruh aja Ade tolong bawa satu beg ni tadi? 
            Sampai di kawasan gelanggang, aku mengintai mana satu si Shanaz tu.  Diorang dah mula main dah ke? Baru ingat nak simpan barang dalam kereta si tikus tadi.
            Aku berpaling ke belakang untuk duduk di bangku namun tiba-tiba nama aku di panggil.
            “Sayang!”
Erkk...okay, bukan nama aku, tapi aku kenal sangat suara yang panggil aku sayang tu. Aku berpaling ke belakang lalu melihat ke arah Shanaz yang sedang berjalan ke arah ku itu.
            Mukanya berpeluh, dan jersinya usah dikata, sudah mula nak basah dengan peluh.
            “Nak simpan barang ke?”
            Dia tanya lagi, dan aku sekadar mengangguk. Dia berjalan di sisiku lalu memeluk bahuku. Aiyak...euw euww euuwww...peluh bang oi! Peluh! Janganlah peluk orang masa tengah berpeluh satu badan tu...
            Jan, macamlah kalau dia tak berpeluh pun kau kasi peluk kan.Simpang malaikat lah yang oi!
            “Didi, kunci kereta I please?” Kata Shanaz sambil menarik aku ke tempat teduh.
            Mata aku pula sudah memandang ke arah wanita yang dipanggil Didi itu. Didi angkat muka dia dari majalah yang sedang dibaca lalu tersenyum sekilas ke arahku dan juga suamiku.
            Erk..maaf, bukan suami, tapi encik tikus.Tersasul panggil suami pulak dah.
            “Hai, saya Didi, wife Sid. Nah, Naz, your keys.
Shanaz mengambil kunci yang dihulurkan Didi tadi. Otak aku mencerna ayat yang dia katakan tadi. Wife, Sid? Sid...Sid...Sid? Hurk? Sid ketua pengawas paling kool dulu tu ke?
            Nak cakap aku punyalah duduk cerna maklumat siapa si Sid itu, bila masa si Shanaz tolong pergi simpan beg-beg aku tu pun aku tak perasan. Sedar-sedar, dia dah balik dan aku masih lagi diam tak berkutik di hadapan Didi ni.
            “Oi Naz, lama lagi ke? Nak mula ni.”
Sid kelihatan keluar dari gelanggang dan berlalu ke tempat aku, Naz, dan juga Didi tu. Aku terlopong seketika. Ini dia Sid?
            “Hai Puan Singa. Meet my darling wife, Didi.” Sid berkata apabila tiba di samping isteri dia. Aku terlopong.
            “Abang Sid! Apa singa singa?”
Aku mulalah nak melenting ni. Kalau dulu dia yang saksi aku mengamuk dengan Shanaz, sampai ke hari ni dia nak panggil aku singa.
            “Tu, singa lah tu. Dengan aku pun nak sentap kau ni, Jan. Naz, dengan kau pun dia singa lagi ke?”
            Sid membuat lawak antarabangsanya yang sudah menjadikan darah aku mendidih. Tak lawak okeh!
            Shanaz pula tergelak kecil lalu tersenyum penuh makna. Tangan aku ni rajin aja nak cubit perut si Shanaz tu, tapi belum sempat aku cubit, dia dah pegang tangan aku dan peluk bahu aku lagi sekali.
            “Sid, behave. Dah, pergi main, biar Didi borak dengan Jan ni.” Suara tenang wife mangkuk ayun nombor dua aka si Sid itu ibarat mencurahkan air sejuk aja di petang yang hangat ini. Sejuk sikit hati aku bila dia kerah Sid supaya berambus dengan tikus mondok yang sedang peluk bahu aku ni.
            “Okay darling. Tapikan, sebelum tu...” Ayat Sid termati di situ dan aku makin naik keliru apabila Sid mengelilingi aku dan Shanaz lalu bertepuk tangan kuat-kuat.
            “Wow, korang laki bini ni janji ke? Sama warna lah pulak jersey. Nombor pun sama!”
Sid mengacah lagi. Eee..Sid ni memangla!
            Aku terus  menjeling Shanaaz. Eeeee...dia tu yang tiru aku ok! Aku memang simpan siap-siap baju ni dekat bilik guru, senang waktu PJ ke apa ke, kena stayback ke, tak payah nak balik rumah kalau nak salin baju.
            “Sehati sejiwa lah Sid!”
            Suami aku jawab. Aku membulatkan mata cepat-cepat...aku panggil dia apa lagi tadi? Suami? Oh no...Jan, otak kau dah overheated ni...sebab tu boleh tersasul recognise dia sebagai suami kau. Scrap that...housemate  aku cakap! Ni dah kali keberapa dah tersasul ni, bahaya!
            “Dah dah dah, Singa, kau duduk dengan wife aku ya, karang aku pulangkan balik bapak singa kau ni.” Sid berpesan sambil menarik Shanaz kembali ke arah gelanggang.
            Aku mengerutkan hidung, yucks! Ambillah Shanaz tu, tak payah pulangkan pun tak apa, tak luak aih.
            “Jan...duduk lah. I’m guessing you do know my husband well?  tanya Didi sambil mengesyorkan aku duduk di sampingnya.
            Aku angguk lalu duduk. Aku pandang dia sekilas lalu tarik senyuman yang sehabis manis. Didi pula aku lihat ralit mengusap perut dia. Mata aku tiba-tiba membulat.Laa...
            “Eh, you pregnant ke?”
Spontan aku bertanya dan Didi tersenyum malu-malu. Tangan aku ni gatal aja naik pegang perut Didi tu. Dah namanya perempuan, seronok lebih bila tengok orang mengandung. Aku nak mengandung? Sorry...bukan mengandungkan anak-anak tikus mondok bernama Shanaz lah ye...tunggu anak suami kedua aku tu...baru aku mengandung.
            “Dah enam bulan ni,” Didi berkata lanjut.
Aku sekadar mengangguk, tangan aku masih rancak merasa bonjol perut Didi tu. Waa...seronoknya rasa baby kicking. Spontan itu, tangan kiri aku pula naik menekup perut aku yang masih kempis itu.
            Didi memandang aku penuh makna lalu tersenyum nakal.
            “Jan pun dah ada ke?”
Erk....mati kutu aku dibuatnya. Aku sengih malu-malu lalu menggelengkan kepala.
            “Belum.”
            “Tak apa, nanti ada lah tu. Just enjoy now, okay. When you started doing things for two, phewww...damn tiring. Nak layan suami lagi, nak usung perut lagi, tu pun tak tambah dengan morning sickness, seriously I tell you, I can’t remember the last time I saw my own feet!
            Didi mengeluh seketika.
            Aku menepuk perlahan pahanya. Biarlah aku KO dengan Sid tu, tapi wife dia ni memang boleh buat kawan.
            “Tak apa, lepas ni meriah la bila yang ni keluar.” Balasku, ringkas.
Didi mengangguk laju-laju sambil memandang ke hadapan.
            “Sid just can’t wait to see this one. Masa mula-mula dapat tahu I’m pregnant, dia tu yang cuak lebih. He said he wasn’t ready to be a dad. But now, he acts as if he is the baby’s bestest friend ever. Saya pun kalah tau. Kalau perut ni boleh alih, saya rasa Sid tu yang nak bawakan perut ni untuk saya. Guys can just be so sweet.” Didi bercerita panjang lebar.  Aku tersenyum sahaja. Dah kahwin sebab cinta, memanglah terlebih gula, aku ni kahwin sebab mama paksa...memang idaklah nak manis-manis dengan mamat keju tu.
            “Shanaz is annoying,” tanpa disengajakan, mulut aku lebih laju menuturkan komen. Didi memandang aku pelik, keningnya terangkat.
            Really?And here I thought he is the sweetest guy on earth! Let me tell you Jan, if not because of your hubby, sampai sekarang saya tak kahwin dengan Sid tu tau. Dia tu bukan mainlah poyo dulu, kena sound dengan Shanaz baru dia sedar that he is no longer getting younger. Baru dia sedar yang dia nak masuk minang saya ni. Your husband is the sweetest and warmest person ever, kalau saya kenal dia dulu, memang Sid tu pun saya tak pandang rasanya. He is so nice to everyone, itu yang saya dapat cakap bila Sid kenalkan dia kepada saya.”
            Amboi, Didi ni...melambung puji Shanaz aku ni. Aiyak! Not again, Jan. Shanaz aku? Come on, kenapa nak possesive ni?
            Nak tak nak aku tarik senyum ajalah. Biarlah, memang Shanaz tu baik pun, dengan aku aja dia buat aku serba rimas. Kiranya, betullah apa yang Didi cakap tu.
            Darling! Come and sit by the bleachers ni. Dah teduh pun.”
Sid memanggil dari dalam gelanggang. Sempat lagi tu sambil dribble  bola di tangan nak panggil isteri dia suruh duduk dekat.
            Didi bangkit dan menarik tangan aku supaya turut bangkit.
            “Jom, duduk tepi gelanggang. Dekat sikit nak usha dorang.”
Ayat Didi itu buat aku nak muntah pun ada. Usha Naz? Never in hell! I mean,,, tak ada appeal pun tau!
            Serentak itu mataku memandang ke arah si dia berjersi warna sama dengan aku tu. Baju dah lencun dengan peluh. Didi menarikku duduk di sebelah dia dan kebetulannya, mereka yang sedang bermain baru mula untuk take 5.
            Sid datang ke arah sini, dan diikuti dengan encik suami. Eh, encik tikus! Ish...tersasul lagi!
            Sid duduk di kiri Didi dan Didi selamba mengusap bahu Sid. Ada lagi beberapa orang kawan mereka yang turut aku kenali, dan aku senyum sahaja kepada mereka. Naz pula, bila tengok Sid dah ralit dengan Didi dia...mula berborak sekejap dengan beberapa orang kawan dia. Dia perkenalkan aku kepada mereka dan memandangkan dorang tak bawa isteri masing-masing, aku sekadar sengih ajalah memanjang.
            “Sayang...penat ke? Banyak ke kerja hari ni?”
Shanaz bertanya tiba-tiba kepadaku. Aku terkedu. Alahai...depan Sid pun nak sayang-sayang ke?
            Aku gigit bibir lalu menggelengkan kepala. Canggung.
            Another half an hour, then we get to go home, okay?
Kini dia sudah duduk di sebelah aku. Aku telan liur, homai...lembutnya cara dia cakap. Sopan betul Shanaz ni.
            “Naz, jom. Time’s up.” Sid mengisyaratkan Shanaz supaya kembali ke gelanggang.
Shanaz mengangguk lalu bangkit. Dia meregangkan kakinya dan tanpa dipinta, baju yang lencun itu ditanggalkan dan dibaling ke sebelah aku. Aku ternganga melihat badan dia. Boleh tak nak tarik apa yang aku cakap tadi?
            Appealing sangat, okey! Sangat! Maaaaaaaaaaaaaaaak! Dia half naked depan Jan ni mak! Jantung Jan tiba-tiba nak laju bagai rak ni kenapa? Uwaaaaaa!!!
            Damn!
            Mulut aku seperti tadi, laju mengomen. Didi di sebelah yang faham maksud aku terus tergelak besar.
            Hell yeah. Damn. Sid pun selalu macam tu...tapikan Jan, baguslah tu, you balik rumah ni, habislah you. Dia dah bagi hint  dah tu. God I hope he is not too  tired after this game, kalau tak kesianlah you malam ni.”
            Ayat nakal Didi tu aku digest elok-elok. Ya Allah, kesian aku kalau dia tak penat. Aku nak kunci bilik malam ni, sebab Shanaz tu macam dah tak boleh harap belakangan ni. Miang terlebih, unpredictable dah. Kalau dia masuk bilik aku malam ni macam mana? Homai...seram!
            Wisel ditiup dan aku cuba fokus memerhatikan mereka bermain. Aku cuba lihat kehebatan para anak murid lawan dengan para alumni lagak muda, tapi mata aku ni gatal pula merayap ke arah badan encik suami yang sah tak berbaju tu.
            Wow!! That is one fine back!
            ‘Erk, Jan oo Jan...jangan kesitu Jan. Kau tak suka dia, remember? otak aku berkata.
            ‘Suka tak suka, dah dia tayang pada satu dunia, aku usha sekejap je pun...right?’ hati membidas kembali.
            ‘Dari mata turun ke hati nanti, Jan...’ otak memangkah.
            ‘Shh, diamlah hati. Bising je kau ni.’ hati berdegil.
            ‘Nanti kau jatuh cinta?’ otak balas lagi.
            Impossible.’ hati berkeras.
            “Sayang...jom?”
Aku tersedar dari lamunan apabila melihat Shanaz yang sudah kembali menyarungkan bajunya ke badan itu. Polo dikepalanya dibetulkan dan aku merenung dia macam orang tak siuman. Aik? Dah sudah? Lama gila aku mengelamun gamaknya.
            “Sudah dah?” tanyaku bodoh. Shanaz tergelak kecil lalu menarik aku bangun. Aku bagai lembu dicucuk hidung, turut aja dia berjalan ke arah kereta.
            What happened to you, sayang? Mengelamun ke?” dia bertanya aku.
Aku menggeleng laju-laju. Takkan nak kata aku mengelamun? No way, turun saham nanti mengelamun sebab tengok badan musuh sendiri. Buat malu aja nak mengaku.
            Jan, nak cakap apa ni?
            “Tak...urm...urm...pening sikit.” Aku memasang helah. Muka dikerutkan sehabis mungkin, membuktikan yang memang aku pening tahap migrain dah.
            “Pening? Nak pergi klinik? Dah, pegang tangan abang, nanti jatuh karang tambah penyakit.” Dia berkata laju. Tangan aku digenggamnya erat lalu dia membawaku ke arah kereta.
            Entah kenapa, saat tangan dia memegang tangan aku, jantung aku ni dah lari dari rentak. Hish, jantung ni pun satu. Berpeluh aku dibuatnya apabila dia berdegup rancak itu.
            “Sayang duduk dalam kereta sekejap, abang pergi cancel plan dengan Sid. Tadi dia cakap nak pergi pekena ikan bakar malam ni, tapi bila sayang cakap sayang pening, we’ll just rest at home, ya? Nah kunci...start the engine.
            Katanya lagi sambil mendudukkan aku ke tempat penumpang. Sebelum dia ligan Sid, sempat lagi dia mengusap dahi aku.
            God, you are sweating heavily. Sayang, are you coming down with a fever? Kalau abang tahu sayang tak sihat tadi abang boleh excuse, balik awal. Why didn’t you say anything, sayang?
            Panjang betul dia membebel. Aku senyum hambar sahaja. Kalaulah dia tahu yang aku berpeluh ni sebab proximity dengan dia yang terlampau dekat ni, mahu dia melonjak sampai ke bintang! Shanaz, awak yang buat saya rasa nak demam okay! Sekarang, helah saya yang makan diri sendiri ni.
            Start the engine, sayang. Abang pergi cakap dengan Sid kejap.” Lalu dia menutup pintu.
Aku mencucuh kunci lalu menghidupkan enjin kereta. Kepala kemudiannya disandarkan ke kerusi, oh hati...apakah maksudnya ni? Kenapa puan jantung berdegup laju sangat ni bila encik suami layan aku baik-baik?
            Oh no Jan, do not get comfortable! Shanaz is encik tikus, encik tikus and encik tikus! Bukan encik suami. Ingat tu! Padanlah kau tak tentu hala ni, dari tadi panggil dia tu encik suami...heeesh!
            Sampai aja di rumah malam itu, aku cepat-cepat berkurung di dalam bilik. Rasanya, tak mampu nak hadap encik tikus apabila jantung mula meragam ni. Tak sanggup nak tanggung risiko, nanti aku yang merana. Rela tak makan malam dari jatuh hati pada encik suami...erk, I mean encik tikus!
 
"COMELNYA anak saudara mak ucu ni...alahai gebunya pipi dia." Aku tatap puas-puas muka anak buah latest edition si tikus tu. Si tikus tu pula dari masa aku pegang baby Joey ni, dia pandang aku tak lepas-lepas. Cungkil juga biji mata tu nanti.
Angah, aka akak ipar aku ni baru lepas bersalin, dan sebagai adik yang misali, si tikus ni ajak aku balik rumah Mama Pisah aka rumah mertua tersayang. Aku pun memandangkan sayangkan budak punya pasal, nak juga tengok anak saudara terbaru Shanaz ni. Nak tunggu anak saudara sendiri, entah bila si Kiki tu nak beranak. Anak sendiri, laaaagilah lambat memandangkan proses mencari suami kedua tergendala apabila puan jantung dan hati ni bersekongkol nak kenakan aku.
Sekarang ni, aku dah jarang nak balas apa yang si tikus tu cakap. Bukan apa, sebab hati dan jantung ni dia jadi offtrack apabila Shanaz buka mulut. Dia akan jadi macam slowmotion dan aku akan akhiri episod itu dengan memalukan diri sendiri apabila encik tikus sedar yang aku tak habis-habis renung dia bercakap. Malu tau.
"Ini...Jan, kamu bila lagi?"
            Aku cepat-cepat memaut kemas baby Joey ke dada. Soalan dari mak mertua tu buat aku nyaris terlepas je si Joey ni. Nasib baik sempat tahan dari jatuh, kalau tak, niaya anak orang! mak mertua aku ni pun satu, soalan tu...aku tidur dengan anak dia pun tak, memang tak akan adalah baby tikus tu dalam rumah aku tu. Siapa nak bela baby tikus banyak-banyak. Tak hingin aku!
            "Jan kata tahun depan mama. Kan sayang kan? Kita nak kejar Angah ni, tahun depan awal tahun sorang, akhir tahun sorang."
            Suara si tikus tu sudah buat aku rasa nak pengsan. Ewah-ewah tikus ni...pepandai aja dia buat konklusi sendiri. Nak anak, carilah perempuan lain, cari aku kenapa. Aku pun tak nak tau! Tapi as usual, encik otak tolong jawab diam-diam aja. Nerve receptor tak mampu transmit maklumat ke vocal cords, jadi, suara pun tak mampu nak keluar untuk berkurang ajar dengan Shanaz ni. Dengar, telan ajalah.
            "Merah dah muka menantu mama ni , Naz. Kamu ni pun, bab sakat Jan ni nombor satu."
Si tikus sudah menampakkan lesung pipitnya, nak cakap apa yang mama dia cakap tu betul lah! Mana ada muka aku merah!
Dan oh...lesung pipit tu...kalau dulu aku benci, sekarang ni encik hati dan puan jantung mula nak melayang bila nampak dua lesung pipit tu terbit pada pipi encik tikus. Alahai...kacaknya...
WHAT!!
No! No! No!
Jaaaaaaaaaaaaaan!
Kau...kau cakap apa?Shanaz kacak? Encik otak...awak pun sama ke? Awak pun nak bersekongkol dengan encik hati dan puan jantung ke? Kenapa semua organ aku ni nak ambil pihak Shanaz? Mengapa oh mengapa?
Oh hell!
This. Is. Bad!
"Dah Naz sayangkan dia mama, Naz sakatlah dia, takkan Naz nak pergi sakat anak Makcik Limah pula! Dah Jannah, bagi Angah baby dia tu, jom kita buat baby kita pulak!"  
            Selamba aja si tikus ni tarik baby Joey dari tangan aku dan pass balik ke Angah. Angah sudah tergelak melihat aku. Aku terpinga sendirian bila si tikus pegang pula tangan aku sambil sengih penuh makna.
Ohoi, ni petanda kurang baik ni!
            "Shanaz ni, tak tahu malu betul! Mama pula yang terasa malu. Dah malam ni, masuk tidur. Korang dahlah jalan jauh tadi..."
Komen mertua aku tu memang tak membantu langsung. malah, macam lagi menggalakkan anak lelaki dia pun macam ada je.
             Habislah kau Jannah, your two-months' night ke malam ni? Kahwin dua bulan dah, hari ni perangai mengada tak hingga dia tumakin overdose, I hate you damn much tikus! Kau datang dekat dengan aku malam ni, aku bagi kau makan racun tikuih!
            No way, Jan! Be nice to him!’ puan Jantung marah aku.
            ‘Kau bagi dia makan racun tikus, aku buat tangan kau sumbat mulut makan keju nanti.’ Gertak encik otak.
            ‘Akur ajalah yang kau pun dah sukakan dia, Jan. Encik hati faham, Jan...Jan, you love him.’ Pernyataan encik hati tu buat aku rasa berpeluh satu badan.
            Is it true?
            Am I falling in love with my husband?
           
            SHANAZ memandang ke arah pintu biliknya yang baru ditutup itu. Bibirnya tersenyum manis melihat Jannah yang takut-takut itu. Alahai...sayang...abang tak makan oranglah.
            “Naz, you tidur bawah boleh?”
            Ayat dari mulut Jannah itu sudah dijangkanya, namun kali ini, dia akan berkeras juga dengan apa yang dirasakannya betul.
            “Tak boleh. Sayang tidur atas ni dengan abang, diam-diam.” Tegas Shanaz. Wajah pucat Jannah dipandangnya.
            “Tapi...”
            “Tak ada tapi-tapi. Dengar sini Jan, dah dua bulan kita kahwin. I’ve given you enough time and space I think. You have to get used to it, alright? And I think now is the time. You need to learn to be comfortable with me, sayang. I am your husband, legally. Saya sayangkan awak, tolong faham perasaan abang ni sayang.” Shanaz berterus terang.
            Jan pula semakin kusut. Aiyooo...macam mana ni? Bahaya kalau tidur sekatil, dia belum bersedia.
            “Tapi...”
            I promise not to touch you in that sense okay, sayang? Tidur aja. Abang tahu sayang masih belum terima abang ni. I will wait until you can accept me, alright?
            Jannah masih kaku di sisi katil. Bibir bawahnya digigit kejap.
            Shanaz mengeluh lalu menarik perlahan tangan Jannah.
            “Janji ya Shanaz.” Jannah berpesan lagi sekali sebelum menarik selimut menutupi separuh badannya. Badan dikalih membelakangi Shanaz.
            I will not  touch you in that sense, yet.
Jan menyeringai apabila merasa desah nafas Shanaz dekat ditelinganya.
            But I can still hug and kiss you...as long as it is not sex , kan?”
Serentak itu, tangan Shanaz melingkar ke pinggang Jan dan pipi Jan dikucup hangat. Puan jantung si jan sudah mula main dram, encik hati dan otak pula sudah melayang ke bima sakti.
            Oh...Jannah...ego kau tu melangit tahu tak!!
 
            SETELAH sebulan kejadian kena tidur sebilik di rumah mak mertua aku itu,  aku semakin canggung nak hadap Shanaz ni. Makin tak tentu arah rasanya, padahal  Shanaz tu tak buat apa-apa pun dekat aku.
            Oh, bukan dia tak buat apa-apa, tapi aku ni macam merelakan aja kalau dia buat-buat pegang tangan aku ke, buat-buat tercium dahi ke, semuanya aku relakan. Bila hati, jantung dan otak dah bersepakat, makanya...dah tak berdaya nak buat keras dengan Shanaz ni.
            Hari ni, aku balik lewat sebab sekolah ada buat latihan rumah sukan. Aku sebagai salah seorang guru yang incharge,  kenalah turut turun padang. Makanya, inilah jadinya.
            Lutut pun dah tertinggal di padang agaknya, tertinggal sekali dengan roh tadi. Ya tuhan, penatnya satu badan!!
            Pintu rumah aku buka setelah memberi salam dan kasut aku pecat dan letak di hadapan rak. Nanti-nanti karang baru aku kemas balik. Yang aku nak sekarang adalah mandi dan baring puas-puas. Penat!
            “Sayang, balik dah?”
Shanaz bertanya apabila aku meletakkan beg galasku ke atas sofa single di sebelahnya itu.
            “Hmm...” Jawabku sepatah sambil duduk memecat stokin di kaki. Setelah itu aku bangkit dan berlalu ke bilik tidurku, yang masih lagi berasingan dengan Shanaz.
            Ini pun, dah banyak kali kena tegur, tapi aku masih buat toya. Minggu lepas pun Shanaz dah tegur aku, dia cakap , kalau tak reti-reti lagi nak pindah bilik, dia yang akan tolong pindahkan semua barang aku masuk ke dalam bilik dia.
            Dan aku pula, seperti biasalah, buat pekak aja, nasib baik encik telinga ni masih tidak ikut serta tiga lagi organ aku tu, kalau tak, dah tentu aku pindah masuk bilik Shanaz tu ASAP.
            Aku memulas tombol pintu bilik aku dan mataku terus membulat. Aik? Berkunci?
Serentak itu, aku terdengar bunyi kunci berlaga dan aku cepat-cepat memandang ke arah Shanaz yang seperti menyorokkan sesuatu itu.
            "Bilik kunci." kataku sepatah. Bahu encik tikus aku cuit perlahan, tapi dia masih lagi tidak beriaksi.
            "Yuhuu...dengar tak ni? Bilik tu berkunci. Bak sini kunci.Saya nak masuk bilik ni." Oktaf suaraku semakin meninggi, tapi dia masih lagi leka merenung Ariana Rose di tv tu. Ya Allah, geramnya tikus ni... boleh dia buat pekak pulak.
            "Shanaz...saya tengah cakap dengan awak ni. Kunci bilik saya mana?"
            Aku tepuk kuat bahu dia. Dia pula dengan selamba menepis tangan aku lalu mengusap kecil tempat yang aku pukul tadi. Hurm... tangan aku yang sakit berdenyut, bahu dia boleh merah sikit saja. Dasar Iron man!
            "Shana..."
            "Shh...Diam. Masuk bilik abang dulu. Washup guna toilet abang. Abang nak layan TV ni." gumamnya tanpa nada.
            Aku mengeluh hebat. Wey, sakit jiwa kalau macam ni. Orang nak mandi, nak gunalah bilik air sendiri, sabun sendiri, syampu sendiri, baju pun sendiri. Ni, bilik dia mana lah nak ada baju aku! lagi satu...buang karan okay nak mandi guna bilik mandi dia!
            "Naz...please...no time for jokes okay. Dah nak Maghrib ni. Please kindly give me my room key."
            "Hilang."
            What? hilang? Ish, dia ni kan! Aku cincang 44 karang haaaa!
Aku berjalan ke hadapannya lalu menghalang pandangannya terhadap kaca TV itu. Dia sudah tarik muncung.
            "You are not transparent, Jannah." ujarnya malas.
Aku bercekak pinggang. Muka sehabis serius ditayangkan.
            "No kidding. Bangun cepat!" Aku tarik dia dan paksa dia berdiri, namun ibarat nak cari rambut dalam lori tepung lah gamaknya. Dia tu berat nak mampus, mana aku larat nak tarik.
            Kaki aku jadikan tuas pada sofa lalu aku cuba lagi untuk suruh dia berdiri. macam aku taktahu dia sorok kunci tu bawah seat sofa tu kan? ingat aku ni bodoh?
            "Orang. Kata. Bangun." aku kata sambil ketap gigi.
            "Abang. kata. nanak."
            Terus aku terlepas tangan dia apabila dia cakap 'nanak' tu. Akibatnya, aku jatuh terduduk di atas lantai, sebelah kaki terlipat, sebelah kaki lagi di atas sofa. Ni, dia buat comel cakap 'nanak' tu kenapa? Shanaaz! kau bukan budak kecik okay!
            "Hee, padan muka. kan dah jatuh. Dah, duduk dulu sini, layan cerita dengan abang. Iklan nanti abang kasi..."
            Dia tarik aku bangun dan mengusap-usap kepala aku dengan tangan kiri dia. Mata tu, masih khusyuk pada TV. Dia tarik aku rapat ke sisi dia lalu berbisik.
            But the thing is sayang, abang dah pindahkan semua barang sayang masuk bilik abang. Dan sayang kena masuk tidur dalam abang malam ni, kalau tak, I will throw all your clothes out of the balcony and you would have to wear my outfit to school.”
Gulp. Aku rela dia cakap 'nanak' daripada dengar dia cakap seserius ni. Maaak...nak lari!
“Shanaz, apa ni main kotor macam tu,” aku gumam perlahan.
Serentak itu aku terdengar dia tergelak kecil. Kemudiannya, tangannya merayap ke belakang leher aku.
No, ini...baru main kotor.”
Serentak itu mataku membulat besar apabila dia betul-betul buat jantung aku berlari 500kmph sejam. Encik hati, puan jantung, encik otak, tuan telinga, semuanya sudah sampai ke kayangan. Puan tangan pula naik miang, dada tegap Shanaz tu dia pergi raba. Datin mata, sudah terpejam, dan toh puan bibir, ringan membalas kucupan encik suami itu.
See...told you Jannah...you are melting into him now.
            Suara itu menyedarkan aku. Mataku kembali dibuka dan aku tolak Shanaz jauh-jauh.
            “Don’t touch me!”
Kataku kasar sebelum berlalu meninggalkan Shanaz terpinga-pinga sendirian. Aku masuk ke dalam bilik Shanaz dan mengunci pintu dari dalam. Aku melorot ke lantai dan bersandar pada pintu.
            Tanganku tekap pada jantung, apakah maksud semua ni? Aku dah nak terima dia ke? Jannah...you hate that guy remember? Ingat balik benda tu! He is the guy that you just hate!
            ‘Kenapa kau nak bencikan dia Jannah?’ encik hati bertanya.
            ‘kadang-kadang tu, kita tak perlukan sebab untuk bencikan seseorang!’ jawab aku tegas.
            ‘dan kadang-kadang tu, benci boleh bertukar jadi cinta...Jannah.’ puan jantung ambil port.
            ‘Aku tak cintakan dia!’ tegasku lagi.
            ‘ Kau tipu. Kau tak boleh lari lagi.’ Encik otak sambung lagi.
            ‘Dan hari-hari kau takkan lengkap Jan, kalau kau tak dengar suara dia...admit it.’ Kali ini, encik telinga pun campur tangan.
            And you love his warm touch too...and his cosy broad chest.’ Cik tangan buat hal sambil naik turun pada paha aku. Berpeluh lah pulak tangan ni.
            Not to forget that sweet first kiss babe...surely you can live with that?’ Toh puan bibir pun nak defend Shanaz.
            Mak!!! Jan dah gila!! Arghhhhhhhhhhhh!!! My body parts can talk, and they hate me!

            APABILA aku selesai bermuhasabah diri, aku perhatikan seluruh bilik Shanaz itu. Betul apa yang dia cakap, memang dia dah angkut masuk barang-barang aku ke sini.
            Meja solek itu aku perhatikan, perkakas NAK3D yang jadi barang hantaran aku tu cantik tersusun di satu sudut. Kemudiannya, kain sembahyang aku pun elok tersangkut di tepi sejadahnya. Shanaz, you are so drastic!
            Aku capai tuala dan cepat-cepat mandi. Sejukkan dulu badan dan kepala ni, baru boleh fikir dengan lancar, walaupun encik otak sudah beratkan pihak Shanaz, tapi aku masih perlu berfikir tentang perihal aku dan Shanaz tu, dan aku pasti, well, fifty percent...no no, 45 percent....okay make it 15 percent sure that I still hate him. Deeeeep down, deeeep down in my gut, aku masih tak sukakan Shanaz tu. Dan aku akan pastikan yang Shanaz tahu yang aku tak akan sesekali terima dia, walaupun dia dah buat organ dalaman aku ni melayang ke angkasa lepas dengan layanan baik dia tu.
             Malam itu, aku tak berani pandang muka Shanaz. Aku diam sahaja, tak berkutik. Ketika dia sedang layan Buletin Utama, aku lepak di balkoni. Ambil angin malam untuk tenteramkan kepala otak lagi bagus, kan?
            Sedang aku menala dada langit, Shanaz bersuara.
            "Jannah, boleh abang cakap sesuatu?" Dia datang bertenggek sama di balkoni.
            Pantang betul tengok aku sendirian, mengada aja dia nak semakkan fikiran aku. Aku diam. Pandang budak-budak main futsal di bawah tu lagi menarik daripada pandang tikus di tepi ni.
            "Jan, abang tanya ni?"
            Dia tegaskan lagi sekali namun aku masih seperti tadi. Lama-lama aku dengar dia mengeluh berat. Aku mendongak pula menengadah langit. Subhanallah, cantiknya langit malam ni. Bintang bersepah menghiasi dada langit yang kelam itu.
            Tiba-tiba aku dapat rasakan belakang aku hangat. Liur aku telan, apa si Shanaaz nak buat ni? Tadi dah kena cium , sekarang ni dia nak buat apa pula? Seram pula aku dibuatnya.
            Mata aku semakin membulat apabila dia tiba-tiba peluk aku dari belakang. Kemudian, dia tongkatkan pula dagu dia pada kepala aku.
            Amboi, mentang-mentang dia tinggi sikit pada aku, suka hati dia aja nak tongkat dagu dia tu kat atas kepala aku ni kan? Tak guna betul!
            "Ya Allah, Kau lembutkanlah hati isteri aku ni. Kau rahmatilah dia dengan cahaya syurgaMu. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Pengasih." Katanya sambil mengucup kepalaku sejenak. Aku diam terkedu. Tiba-tiba tubir mata ni terasa panas.
            'Mak, Jan tak nak kahwin...tapi kenapa mak kahwinkan Jan dengan dia ni juga mak? Kenapa mak buat Jan rasa serba salah? Kenapa Jan rasa bersalah sangat dengan suami Jan ni...? Mak...Jan tak suka dia tapi kenapa semua organ dalaman Jan ni sukakan dia? Mak...Jan dah jatuh sayang sama dia mak...camna ni? Jan malu nak mengaku, Jan tak rasa Jan bersedia lagi ni mak...'
            " Nombor fon abang ada pada pintu peti sejuk tu. Bila Jan dah boleh terima abang, Jan telefon abang. Abang sedia bagi ruang pada Jan. Abang pergi dulu. " Shanaaz berkata sambil meninggalkan aku di balkoni itu. Aku menggigit bibir. Kenapa aku rasa apa yang aku buat ni teramat salah?
            Dia kata apa? Nombor fon dia atas peti? Ya Allah, selama aku kahwin dengan dia ni, aku tak pernah ambil nombor telefon dia? Teruknya aku ni kan? Derhakanya aku sama dia.
            Tapi aku seperti biasa, diam sahaja. Apabila belakang aku rasa sejuk, aku berpaling. Susuk tubuh yang baru hilang di sebalik pintu utama itu aku perhatikan lama...
            “Jan...encik tikus kau dah mengalah ke, Jan? God Jan...kenapa kaki kau tak nak kejar dia ni!” Aku berkata sendirian. Benar, kaki ni tiba-tiba seperti tak mahu berganjak dari balkoni. Encik hati sudah meronta ingin mengejar encik suami, puan jantung sudah berdetak seperti mahu pecah, tak mahu melihat encik suami pergi...namun kaki...kaki tak mampu melangkah. Kaki kau yang mengusung ego selama ni Jan, padan muka kau...padan muka.
            You can do nothing now, except watch him go...
            “Abang!! I love you...Abang!!!”
Aku cuba memanggilnya sekuat hati...namun seperti tadi, pintu hadapan rumah itu masih tertutup. Dia sudah pergi, semuanya sebab aku yang jual mahal selama ni. 
           What have you done Jan? You have hurt him, deeply.His ego, his dignity, his pride...everything that matters to a man...and most importantly, his love for you...itu pun kau permainkan selama ni. Kau tak layak untuk dia, Jannah. Tak layak.
            Serentak itu, setitis air mata mengalir ke pipi.
            “Abang, Jan tahu Jan bodoh, Jan ego, tapi Jan baru sedar yang Jan sayangkan abang juga. Jan dah tak bencikan abang. Abang...”
            Rayuan aku disapa angin lalu. Shanaz tak akan dengar. Shanaz dah pergi.
Aku terduduk di lantai balkoni. Muka ditekup pada lutut, bodoh kau Jannah, bodoh!
            Tiba-tiba, aku terdengar pintu rumah dibuka kembali. Kemudiannya, muncul susuk tubuh Shanaz dari muka pintu, kemudiannya dia menghilang ke dapur. Aku mengangkat kepala dan bangkit dari lantai balkoni.
            “A...abang?”
Aku panggil dia dari muka pintu dapur, suara aku sudah serak akibat menangis.
Shanaz yang sedang menggeledah peti sejuk itu kalih memandangku.
            “Hah?”
Dia bertanya kembali. Aku mengelap pipi aku yang basah lalu cepat-cepat peluk Shanaz yang kelihatan terpinga-pinga itu.
            Iyalah, terpinga sebab aku panggil dia abang barangkali. Namun, ada aku kisah? Aku peluk dia erat-erat, macam ular sawa peluk mangsanya.
            “Jannah? Sayang okay tak ni?”
            Tanyanya lagi, pelukan aku cuba direnggangkan dan dia berjaya berbuat demikian. Tangan aku digenggam erat. Wajahnya tunduk memandang wajah aku dan tangan kanannya naik ke kening aku.
            “Kenapa ni sayang? You have been crying...why are you crying?
Tanyanya lagi, dalam nada yang lembut. Jarinya rancak berlari di atas kening aku. Sekali lagi bibir aku bergetar, nak menangis buat sesi kedua sebab terharu sangat dengan sikap prihatin Shanaz ni.
            Lagi sekali, air mata jatuh ke pipi.
Shanaz cepat-cepat menepis air mata aku lalu mengucup dahi aku, penuh sayang.
            “Sayang, are you crying because of me?
Aku mengangguk kemudiannya menggeleng.
            “Kenapa sayang menangis sebab abang ni?”
Aku menekap mukaku ke bahunya. Tangan melingkar ke belakang badan Shanaz.
            “Abang cakap abang nak tinggalkan Jan. Lepastu abang doa macam tu tadi, Jan terharu. Jan bodoh, Jan tak tahu bila Jan dah jatuh sayang pada abang. Tadi baru Jan sedar. Abang...jangan tinggalkan Jan...Jan minta maaf. Jan tahu Jan jahat.Tapi...”
            Aku terdiam apabila Shanaz menekup tangannya ke atas mulut aku. Dia menggelengkan kepalanya lalu tersenyum kecil.
            “Jannah sayangkan abang?”
Tanyanya lembut. Aku angguk laju-laju. Lagi sekali ubun-ubun aku dia kucup.
            For the record, Jannah. Abang nak pergi HERO je tadi. Cheese  dah habis, esok nak breakfast apa? Lepastu masa abang sampai bawah baru abang teringat yang abang lupa nak tengok mayonis sayang pun. Sebab tu abang naik atas, tengok balik ada lagi ke tak stok. But lucky me...I came to look for mayonnaise, but I got a love confession instead!
            Kata Shanaz dalam nada bergurau.
            Muka aku sudah jadi merah apabila Shanaz pandang aku macam tu. Apa dia kata tadi? Nak pergi HERO? Habis tu...yang tinggal nombor telefon bagai atas peti tu kenapa? Gaya macam nak balik rumah Mama Pisah tu haaaa...aku yang terlebih cuak lah ni?
            “Abang...tak merajuk ke? Abang tak balik rumah mama abang?”
Pertanyaan aku itu mengundang tawa dari Shanaz. Shanaz peluk aku erat.
            “Sayang...now, not only my mom’s house, HERO tu pun abang tak jadi pergi. Your love confession has made my day, sayang. I love you too! Always will love you too, sayang.
            “Jan sayang abang juga. Encik hati, puan jantung, encik otak, toh puan bibir, datin mata, cik tangan, semua organ saya cintakan abang.”
            Oh no...Jannah abang has turned Cheesy.”
            “Cheesy mayo more like it. I still hate cheese though.”
            “Siapa tahu...suatu hari nanti sayang akan sukakan keju, macam sayang sukakan abang.”
            “Abang...toh puan bibir kan...dia nak...”
Belum habis aku punya ayat, Shanaz dah bagi apa yang aku nak minta tu. And this second one is way sweeter from the first one! Toh puan bibir dah mampu tersenyum lebar sebab encik suami sangat memahami.
            Cheesy Mayo...esok kita tak payah sarapan lah ya? Abang malas nak pergi HERO beli barang ni.” Kata encik suami sambil mengunci pintu rumah. Aku tersenyum sambil mengunci pintu balkoni. Tangan aku hulurkan pada encik suami dan aku angguk. Kami berdua berlalu ke dalam bilik encik suami.
            As you like, abang. Jan rasa esok kita bangun pun masa lunch ni.”
            My...you sure...”
            “Positif. Light’s off, please. Jan nak tidur. Penat sangat tadi kat sekolah.” Aku buat-buat menguap. Shanaz tutup lampu dan cepat-cepat berbaring di sebelah.
            “Ey, belum apa-apa dah cakap penat! I’m not letting you sleep that easily tonight, Jan!”
Aku tergelak mendengar ayat tak puas hati Shanaz tu. Oh well!
            “Abang...just teasing you okay.”
            “Cheesy Mayo abang ni dah pandai sakat ya. Siap dia...”
Ahaks. Encik suami, Jannah awak ni memang dah siap tahu. Siap dengan hati, untuk sayangkan awak. Siap dengan otak, untuk fikirkan awak. Siap dengan tangan, untuk peluk awak. Siap dengan telinga, untuk dengar kata-kata awak. Siap dengan mulut, untuk cakap yang dia cintakan awak.
            Cukup siap serba serbi dah kan tu? Oh ya, siap dengan kaki, untuk lari kejar awak. Hehe...love you encik suami.
 Till...Jannah!


THE END
=)

P/S: Sid tu nama tikus bilik bilik one of my pal in hostel. Apparently he has died a slow death bila disimbah air panas. RIP Sid. In memory of you la kununnya. Dasar tikuih!

P/S/S: join my groupies if you haven't , on FB : Lala~Land Readers

6 comments:

  1. Wah such a sweet couple. Happy ending at last.. love them. Tq awin

    ReplyDelete
  2. sweet giloss..hahha. esk final exam hrp xmelayang berangan psl jannah n shanaz sudah..heheehe.. melting abis...

    ReplyDelete
  3. ohmai....

    this is awesome!
    10 star...

    ReplyDelete
  4. love ur writing soo muccchhh !!!
    awesome :D

    ReplyDelete