Kek sudah dipotong, lilin sudahpun ditiup.
Tetapi masih ada beberapa sanak saudara di villa itu. Kiah,yang bukan termasuk di dalam list sanak saudara pun, masih juga belum
pulang, tunggu mama dia yang tengah syok berborak dengan geng datin tu. Mama,
bila dah jumpa kawan-kawan dia...
Disebabkan Kiah tak biasa bergaul dengan
mak-mak datin itu semua, dia ambil inisiatif untuk kidnap Luth ke dapur. Sebab sebenar, nak suruh Luth rasa kek cawan
dia tadi. Kalau dia suka, bolehlah Kiah buat
lagi. Sanggup saja drive hari-hari
sebab nak jumpa Luth, nak jumpa Luth ke, dengan Uncle Long Luth sekali? A big
question mark over there!
“Kakak kakak. Boleh tak kalau Luth panggil
kakak, Mama?”
Kiah yang tengah membuka papercup kek cawan itu terhenti. Kek
diletakkan ke dalam piring. Posisi badan diubah ke sisi. Matanya menikam tajam
mata cerah Luth. Sekali tengok dapat tahu betapa innocent budak berusia lima tahun ini.
Nafas ditarik dalam-dalam. Kalau nak kira,
tak sanggup nak deny, tapi nanti apa
kata Datin Zu nanti? Kiah bukan keluarga nak sedap-sedap ada panggilan macam tu
sekali. Think Kiah, give him one good answer. Tangan
dilekapkan pada pipi mulus Luth.
“Kakak muda lagi,sayang, kurang sesuai kalalu
Luth panggil mama. Luth kan dah ada Mama Jaz? Lagipun kan, kakak suka Luth
panggil kakak Cinderella. Rasa macam...princess.”
Luth angguk sambil memakan kek cawan yang
disuakan Kiah. Kiah lepaskan nafas lega, nasib baik dia terima alasan aku,
kalau tak, nak cekau celah mana tipu helah? Lagipun, dengan budak-budak, kita
sebolehnya elakkan dari menipu ataupun menggunakan perkataan ada jangan, tidak, don’t. Semua yang ada connotation negatif sebolehnya
dielakkan.
Kiah tidak lepas memandang Luth. Amboi,
sukanya tengok dia makan kek tu. Habis comot pipi, kesian kan dia? Kecik-kecik
lagi dah hilang kasih-sayang mama papa.
“Kakak, sedap!
I love M&Ms, and chocolate! Siapa buat?”
Luth berkata dengan mulut yang masih rancak
mengunyah cupcake itu. Sedap sangat. Kiah
yang ralit memerhati tadi tarik senyum manis.Pipi gebu Luth dicubit perlahan.
Makan pun dah comot ni. Tisu diambil lalu dia mengelap mulut Luth.
“Akak buat. Best kan?”
Luth angguk. Dia mengambil lagi satu kek
dari kotak lalu menyuruh Kiah untuk membukakan pembalutnya. Kiah menurut. Suka
sangat dia layan si Luth ni. Nak tunggu anak sendiri, kahwin pun tak lagi.
“Jaz. Tadi you cakap you nak jadi volunteer,
sekarang you nak suruh I tunda
pula majlis kita? You dah gila ke
saja buat bangang ni?”
Kiah dan Luth memandang ke arah dua merpati
sejoli yang baru muncul dari pintu dapur itu. Esh, dorang ni tak ada tempat
lain ke nak gaduh? Nak ada peace and quiet
dengan Luth pun susah.
“Hish. You
ni cuba dengar apa I nak cakap.
Jangan nak potong line. Asal I nak explain saja you dah jump to conclusion. Kalau
macam ni lah kan perangai you, baik tak payah kahwin!”
Kaki dihentak. Geram sangat dengan mamat
degil nak mampus depan mata ni. Kalau bukan sebab sayangkan dia, nak lama aku
ganyang muka kacak dia tu. Orang nak terangkan pun tak bagi chance. Haih, payah betul lelaki ni kan?
“Ha, tak nak kahwin sudah. Aku pun tak desperate lah. Setakat yang macam kau ni
berlambak boleh dapat. Fikir tu guna otak tau lain kali, kalau tak nak kahwin,
cakap terus masa aku masuk meminang hari tu, bukan tunggu sampai dua bulan
sebelum kahwin baru nak cakap nak volunteer
lah, itu lah inilah. Bikin pening saja! Hish!”
Kay menggaru kepalanya. Kenapalah perempuan
depan dia ni sangat bipolar? Memang
semua perempuan macam ni ek? Sekejap nak kahwin, sekejap nak tunda. Yang mana
satu ni?
Kay mengetap bibirnya. Mata memandang wajah
Jaz yang sudah menjadi berganda murung itu. Aduhai adinda pujaan hati kanda,
benarlah kata pujangga, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata sebab marah,
kenalah mula sesi pujuk-memujuk.
Kay tarik nafas dalam-dalam. Bahu Jaz diraih.
Jaz pula sudah terdiam selepas Kay berbahasa ‘aku-kau’ tadi. Sentap sangat pun
janganlah sampai hilang terus bahasa sopan, betul tak?
“Tak nak kahwin sudah. I minta you tangguh saja,
itu pun susah ke? Kalau you dah tak
sayang I tak apalah. I pun tak mahu terhegeh-hegeh dengan you. I cuma minta you dengar sahaja dulu reason I.
Please.”
Jaz bersuara perlahan. Api lawan api jadi
api yang lagi besar, nanti hangus semua baru tau. Oleh itu, kalau tengah
bergaduh, kenalah ada yang cool down sikit
dulu, ada yang cakap perlahan-lahan, dan tentunya guna air mata
sedikit...lembutlah sikit hati orang tu nak dengar apa yang aku nak cakap ni.
Baik cakap sekarang, nanti tiba-tiba lepas kahwin, cakap belum sedia nak dapat
anak, karang tak pasal-pasal aku diceraikan dia.
Kay pula termakan rayuan Jaz. Dia patut
bagi peluang Jaz memberi alasan kenapa dia nak buat, apa yang dia rancang nak
buat itu. Kenapa tetiba jadi seseorang yang semangat sangat nak volunteer di negara orang? Give her a chance dude. Tak rugi apa-apa
pun... dengar saja,tak semestinya kena terima.
“Fine...spill.”
“I buat semua ni sebab I belum
sedia nak jadi isteri. Belum sedia nak jadi mama. Belum sedia nak ... you know what dengan you.
All in all, I belum sedia nak pegang
tanggungjawab seorang isteri tu. I need
more time please, sayang?”
Kan dah keluar ‘the truth’ itu. Kay pula
tercengang. Belum sedia dia kata?
“Bila
you nak sedia?” Selamba, namun terselit sedikit ayat perli. Jaz angkat
bahu.
“Tak tahu, you bagi I masa sampai I balik sini?”
Keluhan dilepaskan Kay. Boleh pula dia main
tarik tali kan? Ingat ini a game of truth
or dare ke? Truth : I love you, and
want to marry you. Dare : but you need to wait two months extra before
marrying me? Heh. Buang karan. Tapi sebab sayang kan, nak tak nak, redha
sajalah. Kalau tak, melepaslah.
“Ouf, alright, alright. Kita tunda majlis
kita. Now, give me a hug.”
Kay mengalah jua akhirnya. Jaz menjerit
girang lalu memeluk tunang dia. Dakapan berbalas. Comel sahaja Jaz sandarkan
kepala dia pada bahu Kay. Jaz tinggi, boleh sandar pada bahu... kalau Kiah di
tempat Jaz, sampai takat dada sajalah, pendek.
“Thank you for listening, Kay.” Kay tarik
senyum. Rambut Jaz diusap.
“Anything for my love.”
Cewahh Kay, macam abang Shakespeare dah
engkau ni. Jiwang tahap...boleh hafal segala poem romantis Shakespeare tu.
Kiah dengan Luth pula dari tadi jadi
penonton setia. Sumpah, aku rasa macam tengok live action cerita dekat TV3 tu. Kiah menongkat dagunya pada peha,
mata masih lagi memandang pasangan dua sejoli itu, alangkah indah, dunia, bila
kita ada dengan orang yang kita cintai. Malangnya, lelaki itu bukan dan takkan
sesekali menjadi milik kau, Kiah. Tengok boleh, nak buat jugak, tak boleh.
Tunggu siapa jadi suami kau, baru kau boleh puas-puas nak sayang-sayang dia. Kay
is a big No-No for you.
“So sweet!!”
Kiah tiba-tiba menepuk tangannya. Kacau daun.
Jaz pula cepat-cepat melepaskan pelukan. Pipinya membahang, malu. Kay pula
tarik muka selamba. Mata memandang gadis girang itu dengan Luth di tepi. Luth
sudah membuat muka bosan, baik dia layan kek cawan di depan dia dari layan
drama swasta.
“Err...tak perasan ada penonton. Sorry
Kiah.”
Jaz bersuara segan-segan. Kiah angguk
sahaja. Sorry, naik lori. Dosa kau, sendiri-sendiri. Aku kalau tegur bab batasan
pergaulan nanti kena sound pula
dengan abang kacak di tepi tu. Memang sweet,
tapi kalau dikira hukum agama, mana boleh bawa main. Rasa menyesal pula
semangat sangat tepuk tangan tadi. Itulah kau minah, layan lagi novel romantik!
“Uncle Long, opah cakap, kalau tak kahwin
lagi, kita tak boleh sentuh girl sesuka
hati. Mama Jaz girl, Uncle Long a boy.
So, cannot touch. Nanti Allah marah, masuk neraka.”
Kay dapat rasakan rahangnya terjatuh. Mak ai
anak saudara aku ni, selama ni tak ada nak tegur aku bila dengan Jaz, hari ni
kena rasuk jin apa ni? Sejak dia ada Kakak Kiah dia, macam-macam benda baru dia
buat. Haih, Kiah ni good influence
pun iya, bad influence pun iya. Ini
lagi satu spesies, aku jugak yang pening.
“Urm...betul tu. Uncle salah. Eh, sedapnya cupcake tu. Nak satu?”
Jalan paling mudah nak elak, kita tukar
topik baru. Kay memandang kek cawan yang tersusun di dalam kotak itu. Nampak
macam sedap, moist semacam saja. Yum!
Luth pula tarik muka tiada perasaan. Tangan
disilang di dada.
“Itu kek Luth. Kakak Cinderella buat untuk
Luth,bukan untuk Uncle. Uncle nak,
suruh kakak buatkan. Ini-Luth-punya.”
Luth bersuara tegas. Kiah ternganga dengan drastic personality change Luth itu.
“Luth, sharing
is loving, sayang. Bagi Uncle satu, kesian Uncle tak dapat rasa.”
Kiah memainkan peranannya. Luth dipujuk
manja. Dengan budak-budak baya Luth, kita dah boleh ajar untuk berkongsi,
kanak-kanak sangatlah egocentric. They think
the world revolves around them. And it is kinda true, kita yang dewasa
memang sangat mudah untuk tertarik dengan perangai kanak-kanak. Namun, kita
haruslah menegaskan apa yang baik dan kurang baik pada umur yang lebih awal
lagi. Berkongsi itu satu amalan yang mulia, tak salah kalau kita terapkan pada
usia muda lagi.
“Fine!”
Luth mengikut kata Kiah. Kiah senyum manis.
Kepala Luth diusap. Bila dia dah buat benda bagus, kita kenalah acknowledge.
“Atta
boy. Pandai Luth kakak ni. Dah, give
uncle his cake.”
Luth angguk lalu memerhatikan kotak kek
itu. Hurm, yang kuning sayang nak bagi, yang coklat pun sayang nak bagi...biru
ke kuning nak bagi Uncle ni?
“Uncle
nak the one with red M&M’s or blue
M&Ms?”
Luth bertanya setelah tidak dapat mencari
jawapannya sendiri. Kakak Kiah disebelah dipandang untuk memastikan apa yang
dilakukan adalah betul. Kiah masih senyum. Ha, betul lah tu apa yang dia buat.
“Nak dua-dua. Satu Uncle, satu Mama Jaz.”
Luth angguk. Dua pun dua lah. Luth pun dah
kenyang ni. Tangan kecilnya mengambil kek cawan lalu diletakkan ke dalam piring
yang dihulurkan Kakak Kiah tadi. Lepas tu baru dia tolak ke arah Uncle Long
dia.
“Luth, uncle,
akak pergi toilet ya? Jaz, toilet mana?”
Kiah bangkit dari kerusi. Toilet hanya
alasan. Bila Kay dah masuk dalam frame, Kiah kena keluar, baru tak jadi
inter-frame-ing third wheel. Jaz yang tadi hanya senyap di tepi peti ais
menunjuk ke arah tandas.
“Keluar dapur, pergi dekat tangga, toilet tu ada direct tepi lorong kecil sebelah tangga tu.”
Jaz berkata sambil senyum. Kiah angguk.
Belum sempat kaki melangkah meninggalkan si keluarga bahagia, suatu suara
memanggilnya.
“Kiah kan?”
Kiah menoleh sambil angguk. Jaz pun
kerutkan kening dengan pertanyaan tunang dia tu.
“Rasanya, awak tak perlu panggil saya uncle. Call me Kay,okay. Khayrel Reza kalau nak panggil nama penuh.”
Dan serentak itu juga Kay memasukkan kek
coklat yang sudah dibuka kertas pembalut itu ke dalam mulutnya. Kiah telan
liur, oh cobaan! Kiah, kelip mata kau Kiah. Kelipkan mata!! Jangan pandang si
dia yang HOT itu macam nak telan.
“Hurm, sedap. Pandai buat kek. Jaz, you boleh belajar dengan cik adik ni
nanti. Bila kita dah kahwin, you
boleh buatkan untuk I.”
Kay berkata sambil menyakat Jezamine. Jaz
mengerutkan hidung.
“Ish, mengada. Apa kata you belajar dan you buatkan untuk I? Lagi
sweet.”
“Boleh saja. Lagi hot kan bila I buat kek? I am the hot man who bakes. Macam cooking show dah.”
“Uncle Long, Mama Jaz... nak lagi. Bukakan
wrapper.”
Luth mencelah. Kiah pula tersedar yang dia
merenung mereka bertiga dari tadi lagi. Haish, kacau daun betul kau ni Kiah.
Dah, blah cepat. Toilet...toilet...
Kiah berlalu mencari tandas. Lepas ni, nak
suruh mama dia cepat-cepat tutup cerita dan balik rumah. Dah tak sanggup dah
ada di sini, dengki tau tengok kebahagiaan orang lain.
Sedang elok Kiah ingin membelok memasuki
ruangan di sebelah tangga, dia terserempak dengan mamat poyo tadi. Benjamin. Benji.
Benjamin Franklin wannabe sebab rambut dia pun dah ala-ala that particular America’s founding
father itu. Baru lepas keluar tandas, rambut pun basah. Baru lepas wudhu’
kut, dah masuk Asar ek?
Kiah ke kiri, dia ke kanan (kiri Kiah),
Kiah ke kanan, dia ke kiri (kanan Kiah). Sampai ke malam pun takkan berhenti
kalau duduk kiri kanan macam ni.
“Okay Benji! Kita dua gerak ke kanan, okay?”
Kiah berkata. Tangan diangkat gaya surrender kepada pihak polis. Benji
gelak sesaat, lalu mengangguk.
“Bukan senang nak buat scene terserempak
lepas tu sama-sama gerak dalam arah yang sama tau. Dalam drama adalah benda tu.”
Kiah mendengar Benji bersuara apabila dia
ingin membuka pintu tandas. Kiah memandang Benji lalu mengenyitkan matanya,
spontan. Tangan benji pula serta-merta diangkat ke jantung. Nak kata Kiah curi
hati dia lah tu.
“Bukan senang nak dapat wink dari ladies. Dalam novel adalah tau.”
Kiah membalas sepintas lalu, kemudiannya
menutup pintu tandas. Dia kemudiannya memandang wajahnya di dalam cermin. Bibir bawah digigit.
Benji tu pun boleh kira smart and goodlooking juga kan? ‘Hurm...Benji,
Benji, you are such a dandy!’
Kemudian tangan dibawa ke jantung.
Aisehman! Kalau depan Benji, kau tak nak pula kencang macam enjin turbo yang
menggunakan empat kuasa kuda tu? Tapi kalau depan si tunang orang tu, kau
kemain lagi nak kencang ya Inche jantung? Grr...
Tangan dijatuhkan. Fikiran melayang kepada
Benjamin. Senyuman terukir pada wajah Kiah. Benji? Walaupun aku tak berapa
kenal dia , but I know he is quite something.
Sekali pandang pun aku dah dapat rasa yang dia tu a limited edition of his own special class.
Tapikan, agak-agaknya dia sesuai tak jadi my own personal tequila shot? The one that will soothe my stressed life and be as romantic as I expected him to be, the one that could hinder me from dreaming
about that tunang orang? Should I
have a go on him eventhough he doesn’t
make my heart do a double flip?
Kiah...nak try couple dengan Benjamin Franklin tu ke tak ni? Susahnya nak buat
keputusan bila semua yang kacak ada depan mata. Aduhai, beginilah hidup. Setiap
perkara itu ada hikmahnya yang tersendiri.
P/S : Kiah is in a dilemma. Help needed, what should she do? Move on or just keep on dreaming?
nak benji untuk kiah . boleh ?
ReplyDeletebolehje, tapi benji tu nak ke kat kiah? hurm???
ReplyDeletebiar r benji ngan kiah....hehehe...
ReplyDeletebenji untuk kiah ok gak setuju...
ReplyDeletebenji n kiah...ermmmmmm...setuju :)
ReplyDeleteMove on..tak baik ambik hak orang hehe
ReplyDeleteKiah + Benji..Sweeeettt!!!
X sabar nk tunggu sambungannya. Yg penting x usik org punya. . He3
ReplyDeleteahaha...setuju ngan Luth..dosa!! nasib baik ada budak kecik tu..klau x cik writer aii marah...haha
ReplyDeleteCOBAANNNN!!!!! Hahahaha
ReplyDeleteredpepper here.
ReplyDeleteerr, x berkonan den dgn kiah nih
stop palpitating la ==''
enough with tht future husband
just alter to benjamin kiah oi~~~~
n =='' what a jerk.no hug2. once it is haram means forever it is.
suke kat luth..dh terbyg2 kecomelan bdk tu..
ReplyDeleteso x kesah la kiah ngn kay ke benji..yg pasti nak ending nnt kiah dpt bersama luth..bleh x cik writer? ^_^
thehee, kiah bersama luth equals to only one solution duh. We will see how... yang penting, korang kena tanya, Kiah nak dekat dua2, tapi yang mana satu ada hati dekat kiah tu. Tengok2 dua2 takmo kat kiah. sobs
ReplyDeleteKiah try arr gan benji..kot2 leh m'lekat kan...hehe...
ReplyDeletekiah + benji= sweet couple...boleh kannn ;)
ReplyDeletei think benji sweet with kiah... plez, move on kiah stop dreaming.....
ReplyDeletebaik nyer sound dr luth psal peluk2 tu
ReplyDelete