Sunday, December 16, 2012

Lelaki Idaman 12





Mata Qays memandang tepat pada siling. Jantungnya sudah berdetak kencang. Eryna, kenapa kau duga sangat aku ni?


Matanya diturunkan, dia memandang EE yang sudah memeluknya erat itu. Sebelah kaki EE dah ada dekat pinggang Qays, kepala EE pula dah ada dekat atas lengan Qays. Qays tarik nafas dalam-dalam apabila EE bergerak untuk menyedapkan lagi posisinya.


‘Qays...sabar. Fuh, down boy, down. Think of something peaceful, pantai ke? No, no...pantai tak sesuai. Orang putih punya pantai pakai bikini je, jangan ke sana Qays, semalam dah janji dengan Eryna. Ha, fikir pasal Tom and Jerry ke, Dexter ke, kerja construction kau ke... eh, kau zikir lagi bagus der. Ya latif, Ya latif...’


Qays bercakap dalam hatinya. Tahan je lah kau, Qays. Setelah beberapa ketika, Qays dapat dengar sayup-sayup azan berkumandang. Fuh, lega rasanya. Dah boleh kejutkan minah ni.


“Eryna, bangun. Subuh dah ni.”


Qays membisik perlahan. Kaki EE digoyangkan dengan kaki dia sendiri. No response. Masih berdengkur halus bini dia tu.


“Pumpkin, Eryna...Subuh! Bangkit.”


Masih kaku. Qays menggelengkan kepalanya. Heavy sleeper betul budak ni. Jarinya dilarikan perlahan pada lengan EE yang terdedah itu. EE pula sudah beberapa kali menepis, selepas ditepis dia garu pula tepat yang geli tadi.


 Qays menahan gelak, EE ni, tidur memang buas. Semalam entah berapa kali dah dia nyaris jatuh katil sebab EE pergi tolak badan dia dalam tidur.Kuat pulak tu EE mengigau. 


Dia tolak Qays sehingga hanya tinggal seinci je dari hujung katil, nasib tak jatuh. Kalau tak pepasal je dapat sakit belakang. Ada part tu  EE siap gelak dalam tidur. Qays pula tak lena tidur, first time ada perempuan dekat tepi, awkward pun ada, yang lagi satu tu pun ada. 


Kali ini, Qays meniup pula telinga kanan EE itu. Memang kena tepis lah muka Qays tu.


“Erh...ish nyamuk ni. Kacau je.”


EE menggumam dalam tidurnya. Selimut makin ditarik. Dari tadi lagi duduk kacau dia, mula-mula tangan, sekarang ni telinga pulak. Setan betul nyamuk ni. Kasi Shieldtox baru tersengih kau nyamuk tak guna.


“Allahuakbar Allahuakbar!”


Qays sudah azan di tepi telinga EE. EE terus membuka matanya.Dia bangkit bersila. Qays yang sedang bersandar pada kepala katil dipandang lama. Aiyak, lupa. Dia lupa yang ada Qays yang kongsi katil dengan dia semalam. EE menggenyeh matanya, rasa macam baru tidur pun ada. Selepas itu dia senyum.


“Dah Su...”


Alamak, suara rock pula. EE berdehem. Rasa merah dah muka dia ni sebab Qays dari tadi duduk pandang dia. Alahai, comel Qays ni, rambut dia pun masih messy, bedhair.


“Ehem, dah subuh ke?”


EE bertanya lagi sekali. Kali ini kurang rock-nya. Qays pula menghadiahkan sebuah senyuman. Kepala EE digosoknya, macam buat dekat budak-budak pula.


“Sudahlah. Dah banyak kali kejutkan Eryna, payah sangat nak bangkit.”


EE senyum lebar. Dia memang susah nak bangkit pun.


“Thehee...”


EE gelak sahaja mendengar omelan Qays. No komen. Dia bingkas bangun dan menggeliat di sebelah katil.


“Dah, pergi angkat wudhu’. Lepas solat kita pergi jogging.”


Qays berkata sambil bangun dari katil. Boxer diangkat kasi tinggi-tinggi sikit. Dia pun ikut sama menggeliat. Tudia, lenguh lengan tampung kepala EE tadi. Tulang dah bunyi tup tap dah. Lega sikit.


EE pula dah pandang Qays macam alien. Otak dia terus emergency break selepas mendengar perkataan jogging tadi.


“Alaa Kovu, takmo jogging. I am not good at tracks.”


Qays sudah mencekak pinggangnya. EE lagi suka, cekak lagi Kovu sayang, I suka tengok your abs. Macam Arjun Rampal punya abs dah ni. Alahai handsomenya.


“Takda takda. Nak putus nafas saya semalam bila awak tetiba hempap separuh badan saya. Joging too is good for your heart, okay sayang?”


Qays berkata dengan tegas. EE mahu tak mahu perlu akur sahaja. Qays ni pun, cakap tu tak tapis. Padahal putus nafas sebab ada sexual tension, bukan sebab EE ni berat. Mangkuk betul mamat ni.



***


‘Ish, sabar je la uncle long ni. Mentang-mentang dia lari laju, orang kat belakang ni dia dah tak tunggu pun.’


Gumam EE  di dalam hati. Dah nak semput dah dia rasa, padahal baru 5 minit. Tetapi kan, best jugak bangun pagi-pagi ni, siap ada kabus lagi tau. Sejuk pun iya.


“Woh! Hai kakak!”


EE memandang Izz yang sedang berlari di tepinya itu. EE berhenti berlari. Apa nak pelik, Izz pun kaki jogging pepagi buta apa.


“Hai.Rindu aku tak?”


EE bertanya spontan, dia sudah berjalan laju sekarang. Mati hidup balik pun dia tak rasa dia boleh keep up dengan Uncle Long/Kovu dia tu.


“Tak rindu banyak pun, rindu sikit je. Ni mesti Qays buat kau kan?”


Izz bertanya menyakat. EE angguk lelaju. A’ah, memang Qays paksa, ada hati dia kata aku berat?


“Bagus abang ipar aku tu, kurus lah engkau lepas ni kan? Kesian kau, semalam pun kena kerjakan, pagi buta dah kena lari. Syok tak first night?”


EE mencerlung geram ke arah Izz. Dia cilikan juga mulut budak senteng ni kan baru tau tinggi rendah langit itu. Dia bercekak pinggang.


“First, aku memang dah kurus pun. Second, semalam tak ada apa-apa lah. Layan movie lepas tu tidur je. And lagi satu, kenapa aku nak report pasal first night aku dekat engkau? Kau ingat kau tu hebat sangat?”


EE menampar bahu Izz. Izz tergelak kuat. Suka sakat kakak tercinta ni.


“Ish engkau ni, tak buat apa-apa semalam? Alahai, I am gonna have to go. Aku nak catch up dengan my dearest bro in law itu. Kesian dekat dia, terseksa satu malam. Adieu!”


Dan begitu sahaja Izz lari mengejar Qays. EE menggerutu dalam hati. Dia kesiankan abang ipar dia je, kakak dia ni dia tak kesiankan. Tak guna punya adik, good for nothing! Pergilah engkau Izz, pergi sayang abang ipar engkau tu puas-puas. Kalau boleh siap rayu kasi stop suruh orang jogging dengan dia, semput oi!


Tapi itu hanya terungkap di hati sahaja. Gila apa nak terjerit terlolong pepagi ni, kang terbangun orang yang tengah tidur, kesian pula mereka.


“Eryna! Cepat sikit lari tu, kalau tak siap awak bila balik nanti.”


Qays menjerit dari hadapan. Izz pula sudah membuat muka jahat dia. Sengaja je mereka berdua tu, suka sangat pekena orang.


***


EE menunggu Qays selesai mandi. Dia sudah mandi pun,baju basah lencun akibat peluh. Memang habis nafas dia kejar dua duo tersebut tadi, tapi tak boleh nak tangkap, last-last dia give up dan lari balik rumah. Dibiarkan sahaja Izz dengan Qays.


Sampai saja rumah tadi, dia jumpa dengan mama Era. Mama Era senyum saja, dia pun selepas selesai mandi sempat masuk dapur sekejap sebelum Qays balik. At least tolong la mama sikit-sikit, kalau tak apa kata mama mertua dia tu kan.


Qays balik sahaja tadi dia terus membontoti Qays naik atas. Sepatah haram tak keluar dari mulut suaminya itu. Eleh, orang escape pun nak marah ke? Dah mai dah penyakit lama kepala angin dia.


“Kovu...”


EE memanggil manja. Qays buat tak tahu sahaja. Dia memecat t shirtnya diikuti seluar. Selamba.Tuala dicapai dan terus masuk bilik air. EE tercengang. Hello? Tak nampak eh orang tengah tunggu dia ni?


Pintu bilik air dibuka dan EE memandang Qays atas bawah. Dia pakai tuala sahaja, aush! Me likey! Pandang EE, jangan tak pandang. Selagi dia nak buat free show, kau pandang puas-puas.


“Keluar, saya nak pakai baju.”


Qays bersuara tegas. EE dah tarik muncung. Ish, pakai jelah dekat sini, nak suruh orang keluar pulak. Kau ke aku yang anak dara ni Uncle Long?


“Alaa, Kovu sayang. Kita kan dah kahwin...”


EE berkata perlahan sambil mencubit-cubit bantal yang diribanya itu. Qays pandang EE tajam. Tak dengar kata betul dia ni.


“Tak ada Kovu-Kovu. Siapa suruh lari balik rumah?”


Qays bertanya dari cermin. Deodorant dipakai. EE pula sudah tarik muncung panjang. Heh, jentik muncung tu baru tau, siapa suruh hilang macam tu saja tadi. Ingat dah kena culik ke apa dah. Syukur juga balik rumah tengok dia dah ada.


“Fine! Tak ada siapa yang suruh EE balik rumah, EE balik sendiri sebab singa EE ni lari laju sangat. Sheesh!”


EE keluar sambil menghentak kakinya. Pintu bilik nyaris dihempas namun terungatkan dia di rumah mertua, dia tutup perlahan-lahan. Eh, terlupa pulak nak cakap takmo kawan! 


Dan EE buka balik pintu. Kebetulan Qays pun baru lucutkan tuala, apalagi, menjeritlah makcik pontianak ni sorang. Qays pula cepat-cepat sarung balik tuala dia. Lemah sekejap jantung dia, nyaring sangat jeritan bini dia ni.


Cepat-cepat Qays pergi tarik EE masuk balik dalam bilik. Haila budak ni sorang, apa nak jadi ni.


“Qays, EE, kenapa tu?”


Suara Datin Edzra sudah kedengaran dari tingkat bawah. Qays menjeling tajam kepada EE.


“See, mama dah bunyi dah tu. Sayang ni pun, hal tu pun nak jerit. Relakslah.”


Dia berbisik. Lengan EE dipegangnya, dia menyahut suara mama dia itu dari pintu bilik.


“Tak ada apa-apa ma, EE ingat dia ternampak lipas tadi.”


Pandai Qays cover line. EE pulas sudah beri thumbs up, pandai punya alasan, memang dia geli dengan lipas. Eh EE, lupa dah ke nak cakap tak nak kawan dekat Qays tu? Perangai sebijik macam budak umur 3 tahun.


“Oh, ingatkan apa tadi. Cepat sikit turun, breakfast dah siap.”


Mama dia sambung lagi. Dia hanya membalas okay. Pintu bilik ditutup dan dikunci.


“Ish, awak ni pun satu. Saya warning awal kali ni, pejam mata kalau tak sanggup pandang. Jangan nak jerit-jerit. Bingit.”


EE hanya tergelak. Refleks action dowh tadi. Tak shengajer.


“Oh yes, after breakfast, kita pergi fetch Cat dari vet. Dressup la jugak, boleh keluar terus later.”


***


“Kovu, Kovu marah lagi ke hal jogging tadi?”


EE bertanya ketika Qays sedang memandu itu. Kena tanya, takut dia pendam, siapa yang niaya kena pujuk nanti? Dia jugak!


“Geram jelah, bukan marah. Ingat dah kena culik.”


Qays berkata sambil mencuri pandang EE di sebelah. EE mengangguk.


“Sorry tau, EE memang benci lari-lari ni.”


EE melunakkan suaranya. Dalam hati duduk doa habis-habisan, please, ya Allah, tolong lembutkan hati Qays supaya dia kasi aku chance untuk tidak jogging sama-sama.Amin.


Qays pula sudah memikirkan helanya tersendiri. Ah, sudah sampai dekat vet, kereta diparkir, namun enjin masih belum dimatikan. Instead, dia memandang ke arah EE. Muka comelnya ditarik.


“Tak apa. Kalau benci, your Kovu has something you surely cannot resist.”


Qays mengangkat keningnya. Muka konfiden habis. EE pula muka dah macam gegula, dia ingatkan doa dia tadi tu dah makbul lah tu. Hehe, ini Qays la cik kak, everything goes his way.


“Really? Apa dia Kovu sayang?”


EE dah tak sabar. Qays pula makin cunning.


“Eryna teman I lari, every time habis lari this Kovu kasi you kiss? How does that sounds?”


Shoot! Double shoot! EE sudah macam nyawa-nyawa ikan. Sedih nya, tapi kalau lari dapat kiss, syok juga tu kan? And dapat bonding dengan Qays. Haha, setuju je lah. Cuma kena ubah sikit hal kiss tu.


EE kembali memandang Qays. Senyuman ditarik.


“Deal! Tapikan, ubah sikit. For every 5 minutes that I spend with you, it must equal to one kiss. Setengah jam lari equals to six kisses. You do the maths, my sweet darling Kovu!”


EE berkata sambil mencubit pipi Qays. Mulutnya juga dibuat macam duckface, nak kasi nampak comel lah tu. Selepas itu, dia keluar dari kereta meninggalkan Qays terpinga-pinga.


“My God, did she just have her way with me? Budak ni!”


Qays berkata apabila dia kembali sedar dengan apa yang EE telah lakukan tadi. 5 minit , 1 kiss. Hadoi, lepas ni memang hari-hari lewatlah dia masuk kerja. Tapi dia untung, dia tak describe what type of kiss, haha, flying kiss pun boleh apa? Ahaha. Nakal Uncle Long kita ni.


Dia keluar dari kereta dan melangkah menuju ke dalam klinik itu. Cat, ayah kamu nak datang ni! Dengan mommy sekali.


***


EE dan Qays berjalan seiringan setelah mengambil Cat.Cat dari saat jumpa mereka sudah sibuk duduk mengiau, tak henti-henti.


EE pula, dia dokong Cat dengan manjanya, kepala Cat dicium sayang.


“Kesian baby mommy ni, makan ikan tercekik tulang. Don’t worry Cat, mulai hari ini, mommy bagi Cat makan. Frieskies ke, ikan ke, no more tulang, okay.”


EE sibuk duduk bercakap. Qays pula dengar sahaja. Comel cara EE layan baby dia tu. Macam faham je isi hati Cat.


Baru sahaja mereka ingin melangkah keluar dari klinik vet itu, ada seekor kucing hitam menggigit kasut Qays. Entah dari mana muncul kucing ni pun dia tak tahu.


“Eh! No! Shuuh!”


Qays menghalau kucing jantan itu namun kucing itu masih statik di kaki Qays.


Cat pula sudah resah di dalam dakapan EE. Dia melompat turun dan pergi ke kucing jantan itu. Dia menjilat perlahan muka kucing itu sambil memandang ayah dan mommy dia. EE pula sudah memandang Qays yang nampak bengang itu.


“Cat! We are leaving! Come!”


Tegas, Qays berkata. Namun Cat masih melekat dengan kucing itu. EE seakan faham dengan Cat, dia memegang lembut bahu Qays. Diusap-usapnya belakang Qays.


“Kovu, cuba tengok mereka ni, I think they like each other.”


EE berbisik halus. Qays memandang EE pelik.


“What are you? Cat woman?”


Qays bertanya sinis, namun dia tetap pandang dekat baby dia tu. Amboi kau, tak habis lagi ke duduk menjilatnya Cat oi?


“No, Kovu. Ingat tak kita tengok Lion King tu semalam. This is their way of interacting, they are in love. I am a woman, I rasa I faham Cat. Mungkin dia pun sunyi dekat rumah tu, you pun tak benarkan dia keluar dari kepompong dia.”


EE berkata pandai. Qays masih mendengar, ada betulnya kan. Cat nak teman ye selama ni?


“So? Nak buat apa sekarang ni? Kucing tu pun kita tak tahu siapa punya.”


EE mengenyitkan matanya. Dia mencium pipi Qays. Sayang Kovu ni!


“Let me handle that!”


EE berkata lalu mengangkat kucing hitam kelabu mata biru itu. Dia kemudian berlenggang ke kaunter. Dia bertanya kepada nurse itu.


“Cik, ni kucing siapa ya?”


 Dia bertanya selamba. Kucing itu dibelai manja. Qays dan Cat juga turut serta di sisi EE.


“Alahai, Byron! Engkau ni selalu je keluar ye? Sorry ye, kucing ni dah lama ada dekat sini, tuan dia dah meninggal.”


EE sudah meloncat gembira. Qays senyum sahaja.


“Okay then, kami nak adopt dia, boleh?”


Kali ini Qays ambil alih. Nurse itu mengangguk. Dia keluarkan borang apa yang perlu diisi dan akhirnya Byron berjaya dibawa pulang dengan mereka. Seronoklah Cat lepas ni, ada teman.


“Kovu jangan jelouslah kalau Cat tak layan Kovu, haha, kita dapat menantu dah, baru sehari kita kahwin.”


EE membuat lawak. Qays mencubit pipi EE.


“Jangan nak sakat I sangat, malam ni kita buat apa yang kita tangguh semalam. Kebetulan Cat pun dah tak tidur dalam bilik kita dah.”


Qays berkata sinis. EE terdiam. Alamak, lupa terus bab itu. Mama!!!


*** Monolog dalaman Cat & Byron


‘Cat makan ikan Datin bagi, sedap tu sedap, tapi banyak tulang. Sebab lapar Cat makanlah cepat-cepat. Manalah Cat tahu ada tulang, kalau Ayah kasi mesti dia cabut dulu tulang. Ish, Datin ni, pemalas je. Buat besar bontot je dia tahu.’


‘Tengok, kan Cat dah miss mommy dengan Ayah punya wedding. Ni geram ni. Rasa nak mengamuk pun ada.’


Cat mengiau sepuas hatinya. Ekornya dikibas-kibas tanda geram. Nak  cakar je rasa muka datin tu, pasal dia lah semua ni terjadi.


‘Bella, why are you complaining a lot, huh?’


Cat terus memandang ke belakangnya. Bulunya naik, macam kena current, oh my, kucing jantan depan dia ni sangat tampan, unik, dan mata biru itu, fuh, cair cair.


 Cat, cover sikit Cat, jangan murah sangat, jual mahal sikit.


‘Diam pula? Bella...cantik. Sangat cantik.’


Kucing itu menghampiri Cat.Dia puji Cat yang sudah terkaku itu. Tiba-tiba dia menjilat pipi tembam Cat. Cat rasa macam nak pengsanlah, dahlah ada accent Italian tu, dia pula pergi kiss Cat. Alahai!


‘Saya bukan Bella, nama saya Cat. Saya tak beri kebenaran pun dekat awak nak kiss saya ni.’


Cat berkata angkuh.


‘Il mio nome e Byron. Nama saya Byron. And you, il mio bella, Cat? Catarina...’


Cat sudah seratus peratus cair. Arh, to hell nak jual mahal. I want this feline! I want him to be mine! Oh my sweet Italian mari punya hubby to be, Cat milik awak!


‘Byron...purrrr...’


Hamek kau. Cat  bila mai gatal, kalah mommy dia tau. Byron lagi sekali mengusap kepalanya dengan kepala Cat. Comel je.


Cat, setelah betul-betul pasti dengan latar belakang Byron ni, sudah merangka plan agar Ayah setuju untuk adopt Byron bila dia datang nak ambil Cat nanti. Byron ni memang dah lama ada di sini, tuan dia dulu beli dia dari Italy, dan tuan dia tu dah mati, so sekarang Byron nak ikut Cat.


‘By, ingat tau. Ayah nak keluar je, cepat-cepat gigit kasut dia. I hope my mommy ada sekali, mommy I tu understanding tau.’


Cat lagi sekali mengingatkan sang kekasih hati.


‘Relax, caro. I ingat. You do not worry, I have my charms.’


Byron berkata dengan konfiden. Cat hanya mengiau-kan sahaja.


‘Jangan cakap sahaja, buat tu biar perfect, baru kita happily ever after.’


Cat bertegas kembali.


Selepas mommy dan Ayahnya dah angkat dia nak balik, dia mengaiu kuat-kuat dalam dakapan mommy. Byron diarahnya supaya menggigit kasut Ayah, sekarang juga.


Byron yang sudah menunggu masa itu lekas bertindak. Kasut Qays digigit perlahan.


Qays menghambatnya namun dia tidak lepaskan gigitannya. Akhir sekali Cat datang menyertainya. Cat pula cium dia kali ni. Byron terpaku, alahai, comel je dia tengok wajah Cat ketika itu. Malu, tapi mahu.


Sedar-sedar sahaja, Byron sudah diangkat oleh mommy Cat, dan juga bakal mommy dia. Dia di bawak ke kaunter.


“Cik, ni kucing siapa ya?”


Mommy Cat bertanya. Then, Ayah dan Cat juga ikut serta. Nurse itu dipandang Byron dengan muka minta simpati. Dia dah tak sanggup duduk dekat sini, sunyi.


“Alahai, Byron! Engkau ni selalu je keluar ye? Sorry ye, kucing ni dah lama ada dekat sini, tuan dia dah meninggal.”


Nurse itu berkata. Then ada lagi yang mereka bincangkan namun Byron hanya memerhatikan Cat sahaja. Harap-harap boleh bersama dengan Cat. Seterusnya, dia dibawa keluar dari klinik itu, memang Byron rasa sangat gembira, sebab dah ada teman secantik Cat. Dalam kereta, dia tumpang sekaki bakul Cat, memang sempit, tapi rasa romantik sangat. Dia akan protect Cat yang kecil tapi comel itu. Dia ibarat sudah jumpa dengan soul-mate dia.


‘Ti amo, cara.’


Byron berbisik pada telinga Cat. Cat hanya tunduk, tahu malu jugak kucing miang ni.








15 comments:

  1. Kehkehkeh,,Cat ohh Cat,,Funny! Keep up the good work, raiter.

    ReplyDelete
  2. haha,,, cat yang comeyll,,, hehe... next bla plak?

    ReplyDelete
  3. next? hopefully within this week jugaklah. haha, tak janji bila =D

    ReplyDelete
  4. sweet ler citer ni... part bilik tido tu finny.. hehe

    ReplyDelete
  5. Sweettt <3
    Cepat habiskan yewww . 3 entry lagi . chaiyokkk . tak sabarrr ^^

    ReplyDelete
  6. its do funny, tuan kucing ngan kucing2 skali miang hehehe x sabar nak tunggu next entri

    ReplyDelete
  7. haha, silalah sabar ye, saya pun tatau mana hala tuju novel ni. Konflik tang apa pun tak pikir lagi lol.

    ReplyDelete
  8. comel lahhh cat ...hheee bryon pon

    ReplyDelete
  9. wakakaka. miang punye cat. zzz ==''
    tp, mmg most kucng betina gtl2 pun.
    memule tnjk mhl, pdehal mahu. zzz
    it reminds me kucing betina gtl nk mmpos kt skola dlu yg kononnye dgelar HOT. sbb die la kucing betina yg menawn dkt ctu.. kahkahkah..>,<''(zzz. ini pun nk ckp ke ?:sharing.)
    redpepper sipenakut kucing.=='

    ReplyDelete
  10. walawehh. kucing lg romantik.hahaha

    ReplyDelete
  11. kakakakakaka...kucing pun nak jd mcm mommy and ayah dia....so funny but intresting.

    ReplyDelete